Monday 3 August 2015

MAKNANYA BENARLAH LAPORAN WSJ, SARAWAK REPORT DAN THE EDGE SELAMA INI...

Kita selalu melihat lambang "u turn" di jalan-jalan dan perbuatan "u turn" juga kerap berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Di jalanraya  banyak jalan susur untuk pergi ke mana-mana destinasi lain daripada jalan utama dan dalam kehidupan seharian juga kerapkali sesuatu perkara disusurkan daripada matlamat asal yang mahu dituju.

Begitulah lumrah dan rencah dalam kehidupan manusia. Hanya mereka yang teguh pendirian, sentiasa berbuat yang benar dan tidak takut dengan kebenaran saja yang tidak memilih laluan "u turn" atau jalan susur jika sudah membuat keputusan untuk melalui jalan lurus sehingga sampai ke matlamat yang mahu dituju sejak awal lagi.

Melalui penubuhan pasukan petugas khas oleh Peguam Negara sebelum ini, ia adalah untuk menyiasat dakwaan kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Selepas melakukan lima tangkapan dengan terakhir seorang despatch dan kemudian Gani Patail disingkirkan sebagai Peguam Negara atas alasan kesihatan, kita tidak pernah mendengar apa-apa khabar berita lagi tentang pasukan itu.

Cuma yang kita tahu kemudiannya tiga orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Mereka ialah bekas pengerusi sebuah panel penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh, kakitangan di Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang yang berjawatan timbalan pendakwaraya di SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

Buat seketika, ramai yang bingung dengan penangkapan mereka ini. Apa tujuan orang yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat tiba-tiba ditahan polis?

Akhirnya semalam, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan ketiga-tiga mereka ini  ialah untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB.

Katanya, kerajaan memandang serius isu kebocoran itu kerana maklumat berkaitan siasatan 1MDB telah digunakan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

"Kita ambil serius isu kebocoran ini dan polis akan menyiasatnya dengan profesional. Kami mahu menentukan bagaimana maklumat itu dibocorkan sama ada melalui SPRM, Peguam Negara, Bank Negara atau pihak polis sendiri," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Pulakkk!!! 

Dengan tumpuan siasatan kini disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat berbanding isu wang RM2.6 bilion yang menjadi matlamat asalnya, ia secara langsung memberi gambaran bahawa laporan The Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge selama ini adalah benar dan sahih belaka.

Secara sedar dan sengaja, Zahid Hamidi telah mengesahkannya untuk pencerahan kita semua. Maknanya maklumat yang bocor itu adalah benar, cuma ia dianggap boleh menjejaskan imej Najib.

Maknanya juga, jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, buat apa pembocor maklumat ingin dicari? Lebih baik ambil tindakan undang-undang terus kepada media terbabit saja atas dakwaan fitnah dan sebagainya?

Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat  dan The Edge digantung permitnya?

Tentunya ini akan membuatkan ramai tertanya-tanya, apa jadi kepada siasatan pasukan petugas khas selepas ini?

Mungkin juga sebahagian yang lain  merasakan tidak lagi penting untuk mengetahui hasil siasatan pasukan petugas khas itu setelah Gani Patail disingkirkan dan mencari pembocor maklumat  lebih disasarkan.

Bagi yang ingin mengetahui kebenaran, pasti turut tertanya-tanya, apakah setelah pembocor maklumat diketahui nanti, isu wang RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib itu akan diteruskan siasatannya atau bakal disenyapkan begitu saja?

Tidak kurang yang mencadangkan agar sebuah Suruhajaya Diraja segera ditubuhkan bagi menggantikan pasukan petugas khas itu kerana dengan jalan susur semakin menjadi pilihan untuk melencong daripada laluan utama yang mahu dituju sebelum ini, ia adalah pilihan terbaik untuk mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan semakin kabur hari demi hari. (SH 03/08/2015)

34 comments:

  1. Apa pula tak betulnya laporan WSJ, SR dan the Edge. Najib menerima wang rasuah berjumlah RM2.5billion. Dalam istilah undang2 corruption...istilah atau label apa digunakan wang tu tak penting..kita bolih gunakan istilah 'political donation' ke 'derma' ke, ' wang-sagu hati' ke. Tetapi apabila penjawat awam menerima wang dari sesiapa, wang tu di anggap sebagai rasuah sehinggalah sipesalah telah membuktikan sebaliknya...

    PM Malaysia rasuah...dan mengikut amalan parliamentary democracy beliau harus pergi bercuti rehat, dibicarakan dimahkamah untk menegakkan keadilan. Apa2 percubaan untk menggagalkan perlaksanaan undang2 bolih dianggap ' an act which is detrimental to parliamentary democracy' dibawah sek 124 Kanun Keseksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kuncu Najib cuba memberi takrifan baru derma itu tidak rasuah. Masya'Allah, begitu sekali nafsu dan sikap mereka. Semua orang tahu, derma itu rasuah jika tidak istihar, apatah lagi ianya dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

      Delete
  2. yang ini pun kena buang pulak, kot...

    ReplyDelete
  3. Pada 28 atau 29 July, Najib sepatutnya ditangkap dan dituduh diMahkamah kerana menerima RM27juta sebagai hadiah untuk beliau mengarahkan Pension Fund mendahulukan pinjaman sebanyak RM2.5 billion kepada anak syarikat 1MDB. Inilah hasil siasatan petugas Khasyg dianggotai 3 org lelaki dan 1 perempuan.

    1 ekor 'tikus' atau 'rat' dari Pasukan Bertugas telah membocorkan maklumat kepada Najib yg belian akan ditangkap dan dituduh. Najib bertindak segera memecat satu laki2 Gani yg bolih memberi izin utk mendakwa beliau. Lagi 1 laki dan 1 perempuan sekarang tercengang akan tindakan 'rat' ni. Siapakah 'rat' ini?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menariknya!

      Delete
    2. Yang paling menarik tanah TRX yang Tabung Haji beli tu belum dijual jual lagi sampai sekarang. Dulu PM kata dah ada pembeli.
      Kalau Tabung haji jual tanah tu akan senang senang akan dapat untung RM5 hingga RM 6 juta atas angin saja.

      Sekarang ni siapa atau syarikat mana yang dah beli tanah tu?????Tolong bagi tahu.

      Pahlawan Bugis ni memang kaki penipu.

      Delete
    3. Dalam bab pelaburan hartanah Tabung Haji dalam project mega cetusan idea najib ni, dia ingat rakyat mudah lupa macam dia. Dia ingat rakyat mudah diperbodohkan sebagaimana dia diperbodohkan.

      Sama ada dia nak turun daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia atau tidak itu dia punya pasal. Rakyat langsung dah tak ada keyakinan terhadap dia lagi. Ahli perniagaan pun dah tak ada keyakinan terhadap kerajan. Lebih lebih lagi terhadap kabinet 1MDB dia sekarang ini.

      Sekali pun dia boleh bercakap besar dalam mana mana majlis berjumpa rakyat dengan mengatakan 3 juta ahli UMNO tetap setia menyokong dia. Itu yang dia cakap. Bukan ahli UMNO yang cakap. Bukan semua ketua ketua bahagian sokong dia lagi Orang sokong UMNO tapi orang tak sokong Najib dan kerajaan Najib dah. Ahli UMNO sokong UMNO tapi dah tak sokong presiden UMNO dah.

      Biarlah dia merapu dan syok sendiri sebab masanya tetap akan sampai juga.

      Delete
  4. Ssya cadangkan Zahid Hamidi & KPN & AG yg baru disiasat atas alasan menganggu siasatan yg sedang berjln secara memberi tekanan kpd mereka sedang menjlnkan tugas rasmi. Ketiga2 mereka telah salahguna kuasa utk menutup atau menghalang siasatan yg sedang berjln.

    ReplyDelete
  5. Pengajaran dari Menteri Zahid Hamidi dan Ajaran Islam amalan UMNO ialah adalah lebih mulia menjadi seorang yang pecah amanah dan korup berbanding menjadi seorang yang melaporkan kegiatan salah urus dan penyelewengan. Dengan kata lain jika rakyat Malaysia mendapatai mana mana menteri mengamalkan rasuah atau pecah amanah, diamkan saja dan jangan lapor. Begitu juga jika mana mana rakyat menjadi saksi dan mempunyai bukti tentang kecurian atau rompakan wang, emas, harta benda dan sebagainya, jangan sesekali beri kerjasama kepada polis atau pandai pandai membuat laporan kerana membuat aduan atau laporan sedemikian merupakan satu kesalahan besar dan berkemungkinan anda ditangkap, direman dan disumbat ke lokap.

    Dalam amalan biasa kepolisian selama ini, bila seseorang didakwa atau disyaki terleibat dalam sesuatu perbuatan yang menyalahi undang undang, mereka ini akan ditahan dan dilokap untuk direman. Tapi hari ini dan sejak kes penyelewengan 1MDB, mereka yang disyaki atau didakwa terlibat tidak lagi ditangkap dan direman. Barangkali undang undang ini baru digazet dan diguna pakai serta merta sejak isu kehilangan wang 1MDB melibatkan PM Najib atau mungkin kedudukan Najib di atas undang undang mengatasi Agung?.

    ReplyDelete
  6. Zahid seorang yang mengaku islam dan berlatarbelakang pelajaran agama tetapi memalukan umat islam. Malu pada orang cina dan india yang kapir cara melayu islam mentadbir negara.Sepatutnya dia meletak jawatan saja kerana dosa AhJib Gor tak boleh dimaafkan lagi sebab satu dunia tahu yang dia menipu.Takdir sudah tersurat yang najib akan jatuh dengan cara paling hina.Ingat tiada pemimpin negara dunia yang berjaya melawan dengan rakyatnya.Najib harus menghitung hari-harinya yang akan berakhir.Berjuta umat islam di negara ini sedang berdoa kan kehancuran Najib.Ingat, doa adalah senjata yang paling mustajab untuk meyinkirkan mausia yang tak berguna seperti najib.

    ReplyDelete
  7. Tanya zahid komedi tu...kes dia pukul xboyfriend anak dia tu dah settle ke belum....???dia ni lagi upin ipin Dari najib!!!!aku berani jamin negara lagi hancur kalau dia jadi pm!!!!fuck jawa!!!!jawa bugis bukan melayu!!!!

    ReplyDelete
  8. Tuan Shahbudin,

    Najib kini adalah seorang desperado dalam kondisi terdesak dan tersepit akibat perbuatan mungkarnya sendiri. Kalau maut Altantuya akibat di C4 oleh tangan pengawal peribadinya tidak disiasat secara telus dan pemberi arahan bunuh tidak ketahuan sehingga sekarang, hal yang serupa ikut berjangkit dalam kes kehilangan wang 1MDB yang beliau sendiri adalah pengerusi syarikat tersebut. Maka tidak menghairankan jika pergerakan buah catur Najib ini hampir sama saja.

    Samada dalam kes pembunuhan Altantuya mahu pun kes penyelewengan wang 1MDB ini, kedua dua kes itui jelas melibatkan dan terkait dengan Najib sebagai watak utama. Apa yang zahir di mata ramai dan ada persamaan dalam penyelesaian kedua kes ini ialah ada watak watak yang di "kambing hitamkan" demi menyelamatkan pelaku dan dalang sebenar kedua dua "tragedi puaka" tersebut.

    Relitinya Najib kini adalah seekor harimau yang telah tercedera dan beliau bersedia melakukan apa saja untuk lepaskan diri dari terjerat dan maut. Justru itu kebelakangani ini kita dapat melihat bagaimana Najib mengatur silat dan langkah, merogol dan memperkosakan segala institusi yang ada dalam genggaman kuasa beliau tanpa rasa segan dan malu lagi dengan matlamat yang satu iaitu untuk survival dirinya sendiri. Dua tragedi puaka berkenaan telah menjadikan Najib "gila" dan "meroyan" lalu sanggup melacurkan segala jentera kerajaan demi menyelamatkan diri dan menutup bangkai gajah yang sudah pun mulai membusung dan busuk. Najib sekarang di dua persimpangan,"hidup" atau "mati".

    Tidak sukar untuk menelah dan memahami apa yang sedang disembunyikan sebenarnya. Tindakan dan aksi luar biasa Najib dan aparat lantikan barunya kebelakangan ini menggambarkan bahawa beliau sedang bertungkus lumus dan berusaha untuk melepaskan diri dari angkara durjana yang diciptanya sendiri.

    Samada isu hancurnya jasad Altantuya mahu pun kes penyelewengan 1MDB, watak utama tidak lain dan tidak bukan adalah PM Najib. Ironinya jika beliau tidak terlibat, maka selaku PM beliau wajart membenarkan siasatan dijalankan secara telus dan tranparan tanpa sebarang gangguan atau campur tangan. Tapi ini tidak berlaku. Maka sebagai rakyat Malaysia yang cerdik kita harus bijak memainkan peranan dan tidak terus membiarkan pemimpin jenis "puaka" ini terus diberi mandat mentadbir negara. Tanpa peduli apa pun fahaman dan pegangan politik kita, jenis pemimpin puaka begini tidak harus dibiarkan terus berkuasa.. Malaysia harus segera diselamatkan dari pimpinan gila dan rakus bernama Najib ini.

    ReplyDelete
  9. Memang tepat sebagaimana kata anon 15.47 diatas,tetapi baigamanakah caranya?.....kerana apa sahaja jalan kebelakangan ini nampaknya buntu sebaliknya najib semakin kuat......cukupkah kita hanya berdoa sahaja sedangkan tidak ada usaha yang dilakukan atau maksud saya kita tidak ada kepala yang kuat untuk memimpin pasukan kita untuk menentang kemungkaran ini !!!......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada jln.....bagaimana? Boleh bersatu? Mustahil tiada!

      Delete
    2. Jika ada jln.....bagaimana? Boleh bersatu? Mustahil tiada!

      Delete
    3. Tunggu tertubuhnya suruhanjaya diraja ambik alih dari pasukan khas.. Kena ada gerakkan kearah situ..

      Delete
    4. Jika takda jalan kita tarah jalan.. Kalu takda jambatan kita bina jambatan..

      Delete
  10. nanti sejarah kaedah pengunduran PM kali ni sangat mendukacitakan bangsa Malsysia la,,,,,Najib,Najib ,,,, hang buat malu agama hang sendiri la,,,,mana punya jin kapir yg bertenggek kat ko ni lah....rosak imej parti UMNO dek sebabkan ko le.

    ReplyDelete
  11. Ramai rakan rakan beruniform BN saya kata NAJIB dah ingatkan semua AKAR UMBI sama ada nak biarkan parti yg selama ni banyak menolong orang MELAYU lingkup di sebabkan kenyataan Bekas TM Yasin atau nak biarkan 1Negara Malaysia yg lingkup ...so kita akar umbi kena buat pilihan..APA YG ada dalam AKAUN NAJIB sikit je...dan kalau nak di bandingkan jangka umur parti yg telah banyak BERJASA dgn orang MELAYU selama ni ...Duit boleh di ganti tapi JENAMA UMNO..kalau dah lenyap nak di cari ganti tidak akan dapat yg ASLI..jadi semua AKAR UMBI kena fikir kan masak masak..itulah yg di sampaikan kepada akar umbi dari ketua bahagian masing masing...dan kawan kawan saya masih sedang Berfikir fikir akan KEBENARAN KENYATAAN ni dan ada yg sampai menagis semasa menyapaikan misi penerangan kemelut ni..tapi bila saya betul ke itu yg mereka di arahkan utk di maklumkan pada semua orang melayu ..mereka sikit lebih kurang lah gitu di maksudkan NAJIB tapi mereka juga sedang banyak memikirkan sampai tak bole tidur di buatnya...harap harap lepas ni dapat Le sikit seceput habuanya...PORA BETUL BUDAK BUDAK MUDA UMNO NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakat pakat terajang Najib dan team pembodeknya keluar dari UMNO, baru UMNO boleh selamat. Perbuatan Najib dan para kuncunya itulah sebenarnya yang meningkatkan lagi kebencian ramai terhadap UMNO. Yang menjerumuskan UMNO dalam konflik dan masalah melibatkan berbilion RM ini adalah PM Najib, bukan orang lain dan yang mempertahankan perbuatan salah dan mungkar Najib adalah kuncu kuncu berkepentingan peribadi dari menteri hinggalah ketua bahagian. Sedangkan rakyat kebanyakan yang menyokong UMNO tidak pun berubah nasib hidup sebaik mereka mereka itu. Jadi jika mahu UMNO selamat dan terus relevan di masa hadapan, Najib dan team pombodek sekelling beliaulah yang wajar ditendang keluar atau terus didakwa kerana perbuatan mereka ternyata telah menyebabkan UMNO semakin ditolak orang ramai. Maka kitalah selaku ahli UMNO perlu bersatu dalam memastikan pemimpin yang menguasai parti ketika ini tidak lagi berada dikedudukan sekarang. Cuma dengan cara ini UMNO masih dapat diselamatkan.

      Delete
  12. Zahid bercakap melalui lobang jubur dia tu..tu pasal tak ada elemen kecerdikan akal dalam ayat2 yang dia guna..tak tau la mungkin uratsaraf otak kemulut dia dah rosak kut....tak pa orang berdosa kat dunia ni boleh cakap dari lobang mana pun, kat sana nanti lobang2 tu kena sumbat...pandai2 la tanggung

    ReplyDelete
  13. Weiiii...derma masuk account sendiri konon utk parti. Yang ajaip nya sorang pun dlm parti tak tahu ada duit masuk. Meskipun TPM sendiri.
    Kah...kah...kah

    Lepas tu cepat2 tutup account

    Kalau issu ni tak terbongkar...pasti senyap membisu
    Tak siapa tahu

    Hairan...
    Kenapakah ada manusia yg sanggup melundungi penyamun
    Yg penyamunnya melayu...yg melundungi penyamun juga melayu
    Inilah nasib bangsaku
    Menyamun kerana Islam kah???

    Sama dalam penghukuman kes Altantuya, pelindungan diberi kepada yang mengarah pembunuhan bila Hakim memutuskan motif penting tapi tidak relevan.

    ReplyDelete
  14. tak hebat mana pun pemimpin yang duk ada ni
    banyak beserabut

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. lepas ni mana mana kes PECAH AMANAH dlm mana mana organisasi,confirm SI PEMECAH AMANAH akan terlepas,,,,PEMBERI MAKLUMAT confirm kantoi masuk lokap....fohhh hebat TRANSFORMASI najib untuk negara Malaysia ni.....steady najib,,,,,,rembat lagi sampai dunia ikut ko punya TRANFORMASI ni....tahniah PM

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. DYMM Agong makan, tidur makan tidur.....rakyat dah nak mampuh dia senang lenang goyang kaki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...