Monday, 17 August 2015

PENINGLAH ZAHID NI...ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!!

Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula.

Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.

Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan kerajaan ini lebih langkap dan terperinci lagi.

Beliau siap mendedahkan bahawa perancangan tok dalang itu ialah melibatkan akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan oleh peguam yang juga diketahuinya identitinya.

Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu Perdana Menteri, Najib Razak pada jam 6 petang semalam (Ahad) untuk meminta maaf.

Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.

Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui Perdana Menteri.

Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Gerik menjelang jam 8 malam.

Kesian wartawan...
Pewakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saduddin yang  video ucapannya tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib telah "kencing" tiga juta ahli UMNO, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid ini berlaku sebelum beliau berucap.

Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.

Sambil itu, di depan Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut yang memang diketahui penyokong kuat Muhyiddin, Zahid turut mendedahkan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kami (Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh, jadi kami faham perasaan orang jatuh, tambahnya lagi.

Ehem, ehem...pertahankan Muhyiddin pulak?

Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib Razak berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diakui masuk ke akaun peribadinya?

Dari Kemaman, kemudian ke Semporna hinggalah ke Pontian, pentas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO minggu ini meriah dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh Muhyiddin kepada Najib.

Tetapi Zahid yang antara peranan utamanya dilantik sebagai orang nombor dua dalam kerajaan ialah untuk mempertahankan Najib, bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan.

Selepas beliau mendedahkan adanya dalang yang mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan, jawapan yang ditunggu oleh orangramai tentunya ialah siapakah orang  yang dimaksudkannya itu?

Kalau betul sudah ada cukup maklumat dan yakin ianya bukan maklumat tepi jalan atau khabar yang dibawa oleh burung-burung berterbangan, malah berdegar-degar mengatakan langkah mayatnya dulu jika pertukaran kerajaan melalui pintu belakang mahu dilakukan juga, maka dedahkanlah nama siapa dalang itu?

Buat apa mendedahkan tentang Muhyiddin yang tidak terlibat? Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.

Ngomonglah sopo dalang sing terlibat, sopo sing orak terlibat...ojo meneng waeh...

Peninglah....

Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan prestasinya. (SH 17/08/2015)

27 comments:

  1. Zahid jawa ni, kalau kencing memang hancing maksima, kencing petai campur tempey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen x bole blah punya.. ha ha

      Delete
  2. Dey amma..ini bukan lagi kencing maa. Ini kira sudah berak cirit depan orang. Yang dulu bukan yang sekarang. Zahid dulu bukan Zahid sekarang. Kalau Najib kuat bohong, padan sama ini orang kuat auta. Jangan tak faham..mau bodek maaa.

    ReplyDelete
  3. Ini zahid ting..tong...ting..tong

    Tin kosong mmg kuat berbunyi..Tak lama lagi dia pun bakal dikenali sebagai menteri amaran juga.

    ReplyDelete
  4. Kita gelar dia zahid BOM asap

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya zahid tak sabar nk jd p.m

    Tau najib lemah.... zahid pakat dgn hantu utk backdoor...bila lagi nk belasah najib si anjing luka parah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuannya kencing atas tilam, anaknya pun kencing atas tilam ngak....pergi jemur si hancing 2 ekor ni

      Delete
  6. Wa ingat eaa aa ,itu dalang kasi sembunyi itu dalang maa aa , Sikalang manyak olang macam itu lalang lor rr .

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar percaya ke cakap zahid ni kena kencing lagilah org umno yg kata sokong najib 3 juta to sekarang ada kuasa cakaplah puas2 macamlah kita ni bodoh sangat

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar percaya ke cakap zahid ni kena kencing lagilah org umno yg kata sokong najib 3 juta to sekarang ada kuasa cakaplah puas2 macamlah kita ni bodoh sangat

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar percaya ke cakap zahid ni kena kencing lagilah org umno yg kata sokong najib 3 juta to sekarang ada kuasa cakaplah puas2 macamlah kita ni bodoh sangat

    ReplyDelete
  10. Orang kalau dah tak boleh jawap soalan, tau dia tu salah macam ni lah. Kona pegi buat tajuk lain. Cari isu lain, Anwar style.
    Orang duk tanya sykt percetakan nasional tu nak swastakan ke siapa? Mana jawapan dia? Isu guling kerajaan ni pun idea nuar jugak korang pakai.
    Kadang2 tengok Anwar dgn Najib ni macam Pope hitam dgn Pope putih pulak. Sorang duk luar sorang duk penjara. Ala2 da vinci demon style.

    ReplyDelete
  11. Kalau budak sekolah/pelajar IPTA/IPTS tak boleh jawab soalan sudah tentu dia akan gagal dalam peperiksaan.

    Bila gagal dalam peperiksaan jawapan hanya satu. "Dismissed"

    ReplyDelete
  12. Menteri bertaraf TOK Dalang

    ReplyDelete
  13. haha... lawak2.. x abis2 anwar jugak yang salah.. elok la anwar duduk dalam lama2 sikit.. nak tengok sape lagi yg dok sebut nama dia bila ada isu muncul...ringgit jatuh pun salah anwar jugak? hahahaha...

    ReplyDelete
  14. Booooooo!!!! penyokong totok UMNO ada pimpinan bodoh!!!! Berbelit-belit cakap....booooooo!!

    Kesian penyokong totok UMNO..... tak habis-habis kena kencing pemimpin perompak...

    ReplyDelete
  15. Wak Zahid ni dah overdose makan petai dan jengkol agaknya. Bom asap dan bom 'angin'nya bertebaran satu malaya ni.. Tak pasal2 rakyat kena hidu baunya, pedih lagi mata kena asap. Tutup mata dan hidung tahan nafas, tak lama kena buka balik pun bau dan asapnya masih ada.. Pengsan rakyat mcm ni. Minta tolong pada pemimpin selain dari kabinet 1mdb, yg masih ada belas kasihan kepada rakyat, supplykan oksigen kasi rakyat bernafas... Topple government, NO!!!! Topple Najibiawak, YESSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. Endas sih wes mumet.Wong jowo ki e wes labuh monyor.rupa ne pun wes lain macem

    ReplyDelete
  17. Najis kantoi lg kata duit sbb menentang is tp is tak wujud lg masa tu.apa punya putar tu.rasanya dah games over la.dpt hadiah gelaran tuntung sebagai pemain paling kuat putar.sy putar lg kata najis wang besar wang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish,ish,ish.....duit derma untok tentang is,is,is yang tak ujud lagi ketika itu.......kaplaq untus wal verutoose mana yang boleh peeecaqya mana punya auttaa.........autaa tu diaaaaa
      u kooret ,koret,koret laa anon 2225....GAME OVER

      Delete
    2. Kalau IS Zahid mesti ada info punya. Kasi korek tengok Zahid stiakawan. Betul ka apa Najib cakap?
      IS tu kan islamic state, dah kerajaan islam wasatiyah Najib selama ni non islamic ke? Isteri State, gitu?
      Piang betui hang, kalau perang negara sendiri.

      Delete
  18. Sedar tak sedar ramai juga menteri yg senyap....bagus la tu.....asyik2 muka tu je yg becakap. Nampak sangat kaki bodek. Yg silap identiti pun senyap dah.

    Cuma hakim main mata dgn maling....Haha hihi....

    ReplyDelete
  19. Dah jadi budaya, cakap dulu, pikir kemudian.

    ReplyDelete
  20. udah udah la jadi puppet najib tu.....hilang maruah korang dikerjakan dek rakyat kang,,,,malu anak bini dek kerana mempertahankan KEBODOHAN ORG LAIN.....malu UMNO lah.

    ReplyDelete
  21. RASANYA NAMA NALAYSIA NI KENA MODIFIED SIKIT KEPADA :-

    " MALAYSIA DARUL AUTA "

    Sana sini cerita bohong belaka.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...