Tuesday, 25 August 2015

DINAMAKAN "OPERASI KEDUA", MUHYIDDIN AKAN DIPECAT 9 SEPT INI?


Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini?

Adakah keahlian UMNOnya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau beliau akan dibebaskan daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti dan Presiden UMNO serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada 2018 nanti?

Setakat ini berbagai pendapat dan andaian dapat didengar mengenai untung nasib bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Ada yang mengatakan beliau akan dipecat untuk memudahkan langkah-langkah Najib seterusnya, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan dan ada pula yang yakin tiada apa-apa tindakan akan diambil kerana ia akan memburukkan lagi peluang BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru sebaik saja  9 September depan ini diumumkan sebagai tarikh mesyuarat MT UMNO menunjukkan kemungkinan paling besar ialah Muhyiddin akan dipecat daripada UMNO.

Beliau dijangka akan dipecat kerana didakwa menjejaskan imej parti dan memburukkan nama Najib selaku Presiden UMNO berikutan beberapa kritikan terbukanya terhadap 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diucapkan ketika merasmikan beberapa mesyuarat perwakilan UMNO dua tiga minggu sebelum ini.

Selepas Muhyiddin dipecat daripada kerajaan pada 28 Julai lalu, MT UMNO sepatutnya bermesyuarat pada 31 Julai bersekali dengan majlis penerangan mengenai 1MDB kepada pemimpin UMNO bahagian-bahagian seluruh negara.

Tetapi ia kemudian telah ditangguhkan, lalu tarikh mesyuarat MT seterusnya ditetapkan pada 28 Ogos ini. Namun demikian, ia sekali lagi ditangguhkan sehinggalah beberapa hari lalu diumumkan 9 September sebagai tarikh baru mesyuarat MT UMNO yang sepatutnya bersidang sebulan sekali.

Seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang dikenali memang rapat dengan Perdana Menteri ada memberitahu seorang kenalannya baru-baru ini bahawa "operasi kedua" akan dilakukan Najib dalam tempoh terdekat ini yang menurutnya akan menyebabkan "semua masalah Najib dalam UMNO dapat diselesaikan".

Tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud atau bentuk "operasi kedua" tersebut, pegawai itu berkata, selepas operasi itu nanti, Najib tiada masalah lagi dalam parti dan boleh menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghadapi PRU 14 akan datang.

Daripada cara pegawai ibu pejabat UMNO itu bercakap yang menunjukkan Najib mahu menyelesaikan masalahnya dalam parti terlebih dahulu, tindakan paling munasabah dan bersesuaian pula dengan tarikh mesyuarat MT sudah ditetapkan ialah dengan mengenepikan ancaman yang disebabkan oleh Muhyiddin.

"Operasi kedua" dalam usaha menghapuskan sebarang ancaman terhadap Najib ini adalah susulan "operasi pertama" yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dalam rombakan kabinet pada 28 Julai baru-baru ini.

Selagi Muhyiddin kekal dengan jawatannya dan bebas mengkritik parti serta kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka, ia dilihat suatu gangguan kepada kedudukan Najib dalam UMNO serta menggugat usahanya mengukuhkan BN memenangi pilihanraya nanti.

Dipercayai dengan menyingkirkan Muhyiddin daripada UMNO yang sekaligus menyebabkan jawatan Timbalan Presidennya terlucut, kesan pengaruhnya kepada parti dapat dihapuskan kerana suaranya selepas itu akan dianggap "suara bebas" atau "suara pembangkang" saja lagi.

Adalah dijangkakan Muhyiddin seorang saja yang akan dipecat daripada UMNO manakala Shafie Apdal, seorang lagi pemimpin UMNO yang turut lantang mengkritik Najib dan digugurkan daripada jawatan kabinet baru-baru ini, tidak akan diambil apa-apa tindakan pada 9 September nanti bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada parti.

Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan dan secara perlahan-lahan akan dipujuk supaya terus menyokong kepimpinan Najib demi memastikan keharmonian politik Sabah dapat memberi sumbangan kepada kelangsungan kuasa BN.

Sumber lain pula memberitahu, gerakan mengumpul sokongan di kalangan ahli-ahli MT bagi tindakan memecat keahlian Muhyiddin itu sudah pun bermula sejak beberapa hari lalu untuk memastikan sokongan dua pertiga diperolehi jika undian terpaksa dilakukan.

Dikatakan juga usul untuk memecat Muhyiddin nanti akan dilakukan oleh seseorang yang berjawatan kanan dalam parti dan kerajaan.

Dalam masa yang sama, selain pemecatan Muhyiddin,  mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini dijangka turut melakukan perubahan bagi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Perak.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang sekarang disandang oleh Mukhriz Mahathir dijangka akan diambil alih oleh Mahadzir Khalid yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pendidikan manakala Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri akan mengambil alih jawatan Pengerusi UMNO Perak daripada Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin yang terlihat begitu simpati kepada Muhyiddin sehingga beberapa bahagian di negeri itu lantang bersuara dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini bagaimanapun tidak akan terjejas kedudukannya sebagai Pengerusi UMNO Johor kerana Najib dikatakan tidak mahu orang Johor lebih terluka hatinya jika tindakan itu diambil. (SH 25/08/2015)

Di Kedah baru-baru ini, Mukhriz mula tidak dipedulikan oleh Najib dan ini jelas merupakan petanda tidak baik baginya...

46 comments:

  1. jika percaturan politik kurang bijak dilaksanakan bertujuan menutup PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN, maruah pemimpin2 boleh dijualbeli, akan bermulalah penolakan penolakan secara besar2an dari akarumbi, mungkin disetengah tempat bendera diturunkan setengah tiang tanda berkabung.

    nasihat kami:

    FIKIR HABIS2AN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. biarlah dia nak buat apa pon, balasan nya Allah dah sediakan di dunia ni dan akhirat kelak. kita sebagai rakyat usaha saja mana yang baik dan doakan yang baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong.. Dan mana yg tak baik kita jgn sokong

      Delete
  3. Lagi cepat umno hancur lagi baik apakah kalau umno tak ada org melayu tak boleh hidup ke aku lebih suka pemimpin umno ni tertonggeng selamat berkubur umno

    ReplyDelete
  4. Lagi cepat umno hancur lagi baik apakah kalau umno tak ada org melayu tak boleh hidup ke aku lebih suka pemimpin umno ni tertonggeng selamat berkubur umno

    ReplyDelete
  5. Lagi cepat umno hancur lagi baik apakah kalau umno tak ada org melayu tak boleh hidup ke aku lebih suka pemimpin umno ni tertonggeng selamat berkubur umno

    ReplyDelete
  6. Najib dah nyawa nyawa ikan

    Sebelum Najib undur pastikan umno huru hara supaya ahli umno lupa kpd masalah 1mdb dan rasuah 2b

    Cara Najib tidak pelik. Huru harakan umno sehingga umno hancur dan kalah pilihanraya... Suka atau tidak ahli umno tiada pilihan lain kecuali menyokong haji Najib... Sebab umno dah lemah... Nak harapkan siapa?

    Zaman Najib 'unprecedented disaster' kes Mongolia. 1mdb. Penjara Anwar. Hakim di jual. Pegawai awam di pecat. Ringgit jatuh teruk. Pasaran saham junam. Banjir teruk. Gst. Segala macam sial dari haji Najib untuk rakyat...

    Ahli umno tetap buduh selamanya tak boleh harap bela melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pasti Allah jadikan najib salah satu ujian utk org di Malaysia amnya... Kita jena buat amal yg cegah yg mungkar.. Ramai sgt pemimpin dan pengikut pentingkan diri lebih dari yg sepatutnya.. Inilah ujian

      Delete
    2. Takde kene mengena dgn Allah pun.. tak pasal2 nama dia dijual. Mentang2 Allah dok diam, senang2 kena jual nama. Jangan jadi mcm mat serban, sindiri bodoh, cakap sumer kerja Allah. Phuiii...

      Delete
    3. pada anon 19.32 ;

      yg dimaksudkan anon 12.46 "UJIAN DARI ALLAH SWT" adalah Qada & Qadr termaktub dalam Rukun Iman ke-6.

      jika nak faham lagi jelas kena rujuk Al Quran berkenaan iman kita ditahap mana bila diuji, sebagai panduan rujuk surah Al Baqarah 2:155 & 2:214.

      bila menyatakan kalimah Allah swt, jaga tertib, jangan digunakan perkataan berunsur jelek meludah, pelihara adab muslim.

      Delete
  7. Rakyat sudah malas dengan kenyataan-kenyataan 'pemimpin' negara. Setiap hari semenjak isu 1MDB, SRC dan 'derma' ini diketahui umum, perkara paling penting 'pemimpin' ini bercakap adalah mempertahankan dirinya manakala barua-baruanya pula bersusah payah belit membelit lidah dan aksi silat mereka mempertahankan tindakan 'Tuhan' kedudukan dan rezqi mereka itu.

    Tiada lagi perkara lebih besar yang dirisaukan. Rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang melampau tinggi, tiada 'pemimpin' perduli. Rakyat terhimpit dengan beban hutang dan pengangguran, tiada 'pemimpin' ambil kisah. Rakyat bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka, ketika gejala sosial terus melanda masyarakat, tiada 'pemimpin' ambil pusing. Rakyat marah dengan pekerjaan fitnah, dusta dan laga melaga antara pemimpin dan rakyat, tiada 'oemimpin' rasa bersalah.

    Pemimpin di Malaysia ini sudah rosak sampai ke usus. Dan mereka sedang menjangkitkan wabak mereka kepada rakyat dan negara.

    Melayu keturunan Jawa, Acheh, Minang, Bugis boleh balik ke negara asal mereka, keturunan India Sikh, Hindustani dan Tamilan boleh balik ke negara asal mereka, keturunan Cina boleh balik ke negara asal mereka. Mereka masih ada sanak saudara dan kampung halaman. Akan tetapi Melayu asal Semenanjung akan dijajah dan dihina kedudukan mereka sekali lagi jika sesuatu malapetaka menimpa bumi Malaysia. Jika Melayu tidak mahu terus diharamjadahkan, dibangangkan, dibaruakan dan dibangsatkan maka Melayu perlu mula melangkah sekarang. Inilah masanya berjihad. Jihad sebenar ke jalan Allah. Runtuhkan kezaliman dan kecelakaan buatan manusia di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu mana kah yg akan mulakan langkah dulu???...harap2 masih ada Melayu Melayu yg sedar ttg hakikat yg mereka adalah 'tuan' di bumi sendiri...bkn kuli atau hamba...w/p zahirnya mereka hidup melarat.....yg benar melayu langkat

      Delete
  8. Kaki jilat najib bergegar marahkan pembangkang n yahudi dihotel hilton.hotel hilton.paris.jholo.amarika.yahudi la juga tu.jgn pasal dpt ke hilton sj dah jilat najis kau kau.dpt juga habuan dr bilion bilion agaknya.kg apa d pulau pinang tu.kg diselangor yg hilang masa bn memerintah tak kira.kg puah rasanya masih baru lg berlaku.kalau nak buat pembangunanpun bg la biar berpatutan.sy tahu apa kebajikan yg najib lakukan dgn duit derma bilion bilionnya itu selain bermewah mewah utk keluarga nya dgn duit haram jadah.ia adalah menyuap org org yg mcm ahmad maslan supaya dpt terus membela nya sampai mati.tdk tahu la dgn muka org org tak tahu malu ini.sekarang telah dketahui umum bahawa kaki jilat najis ini adalah org yg sanggup dsuap dgn duit haram.muka tak jd lebih tebal dr kulit babi ke.teruskan menjilat demi perut n bawah perut.tuan shah istoqamah sampai mng ok

    ReplyDelete
  9. Apa mau kacau sama Najib maa aa , kasi lia buat apa lia suka lah hh . Lia atak kuasa maa aa ,apa lia mau buat ,tatak olang bolih kasi halang lor rr .

    Tatak kuasa punya olang apa mau bising-bising ,luluk liam-liam kasi ikut sutak lah .

    ReplyDelete
  10. Umno boleh main pecat timbalan presiden macam tu je ke? Kalau kerajaan tu lainlah.
    Tapi takpe kita tgk lagi permainan mat bugis ni camana. Mcm syok lak. Najib merancang Allah pun merancang jugak. Mungkin dia tak nampak kot macamana tsunami Acheh boleh selesaikan 240k org sehari semalam je.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoiiii Togel Haramjadah Bangsat...kau pegi la masuk kat blog-blog kat Indon tu...menyemak aje kat sini

      Delete
  12. Permainan menghampiri detik "game over".Najib nekad dan tekad harakiri UMNO. Selamat berantakan dan huru hara.

    ReplyDelete
  13. Org2 besar UMNO semua dah dapat bahagian Units Just Units masing2 buat pe nak kecoh2 kita rakyat biasala yang kena menanggungnya
    Jangan pulak lepas ni BRIM pun bagi Units Just Units aje kpd yang layak

    ReplyDelete
  14. Sayang sekali negaraku dikuasai pemimpin-pemimpin badut yang kalut malut. Mudah-mudahan semua ini akan berubah selepas pru14 nanti. Marilah ramai-ramai kita berdoa, aamiiin.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Najib ni merancang seolah-olah umurnya masih panjang..walhal belum tentu kita dapat hidup separuh daripada usia kita yg telah lalu. Dia (najib) usahakan berbagai pembohongan dan putar belit ibarat dunia begitu besar keutamaannya berbanding akhirat. Sedangkan tempoh hidup kita sangat singkat..laksana jarak maghrib ke isyak. Ya Allah, janganlah Engkau lalaikan kami dengan urusan dunia sepertimana yg sedang Engkau timpakan ke atas najib dan orang2 suruhannya..janganlah Engkau jadikan kami terlalu sibuk kerana dunia sehingga mengabaikan halal dan haram. Ya Allah, bebaskan kami rkyat malaysia dari pemimpin2 yg tidak layak memimpin hatta dalam rumahtangga mereka sendiri, inikan pula sebuah negara. Aamiiin..

    ReplyDelete
  18. Silap2 Najib yang kena pecat 9hb Sept. ni

    ReplyDelete
  19. Sekiranya Benar terjadi,perilaku najib lebih keji daripada firaun!!!!!

    ReplyDelete
  20. Pecat memecat ni semua Mahthir yg ajar kepada pemimpin2 Umno, Mahathir yg pecat Ketua Hakim Negara. Dia juga pecat TPM dia yg juga Timbalan Presiden Umno. Sekarang dia terpinga2 tengok lanun bugis ni mempraktikkan ajaran dia. Hancor Msia selagi Umno berkuasa.

    Selepas Najib, PM Umno akan bertindak lebih ganas lagi. Munkin semuat MT dipecatnya. Semua belajar dari Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak geng jubo dgn kahak hijau kat sini..hmmmm

      Delete
    2. Hakikat mmg sukar ditelan..

      Delete
    3. Anon 12.25,
      Cuba renungkan dan kaji masa mereka-mereka yang kena pecat zaman TUN adakah malaysia jadi tunggang langgang selepas itu.Aku tengok malaysia steady je rakyat pun ok.

      Delete
    4. Maaf maksud saya anon 12.52

      Delete
    5. Anon 1300: Apa kau keluar dari jubo emak kau ke?? Patut lah serupa macam Najib bugis tu...guna perkataan yg menunjukkan kau dating melalui jubo emak kau.

      Delete
    6. Allahuakbar. Kenapa le benci dgn Tun M ni tak habis2?? Skrg ni masalah dgn Najib. Dok kutuk Tun M boleh selamatkan negara ke? Stop lah. Sudah-sudahlah jgn politik sampai Taksub Benci dan dendam. Aku pun sokong PR sbb dah muak dgn UMNO BN tak boleh selesai masalah-masalah mcmni. Tapi jasa Tun M sbgai pemimpin dan negarawan jgn le sampai kita lupa lsg.

      Delete
    7. bro,,,,zaman Tun M ialah zaman public phone........zaman Najib ialah zaman Internet.........maklumat cepat sampai.........bijak sikit la kalau nak menyamakan SENARIO dulu dgn harini.........ini soal NEGARA.....becakap mcm budak darjah satu pun ye gak la ko ni.....bijak sikit otak tu bro.

      Delete
    8. Belajar dari Anwar pun ya jugak. Minjam duit dgn yahudi. Jadi boneka talibarut. Pandai menipu menggunakan agama. Bezanya sorang ikut cakap bini sorang tipu bini pegi main dgn china doll.
      Ini shemua fitchnah, konshpiracy.

      Delete
  21. MEMANG PATUT PUN NAJIB PECAT MAYUDDIN DARI MT UMNO SEBAB Melayu Bangsat macam penyokong UMNO tak perlu dalam hidupnya.. BIARKAN ORANG BANGSAT MACAM NAJIB DAPAT MENJAMINKAN KUASANYA YANG TAK SEBERAPA TU.. INGAT ADA BANYAK PEKARA YANG BOLEH DI BANGSATKAN KE ATAS NAJIB SELAIN DARI DUIT DALAM AKAUNNYA.. macam dia buat BANGSAT DENGAN SEMUA RAKYAT BANGSAT YAND MENYOKONGNYA..

    ReplyDelete
  22. Gwa kencing kuburlu nanti najib kalau cenggini la perangai lu

    ReplyDelete
  23. Makin panas politik m'sia dgn pelbagai kisah menarik & meloyakan

    ReplyDelete
  24. Pemecatan Anwar, selepas dirujuk kepada MKT.
    Pemecatan Hakim selepas dibentuk tribunal seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan.

    ReplyDelete
  25. Pahlawan bugis memang pandai bersandiwara. Memang pandai bermuka muka.
    Anak tiri pula pengarah filem lucah di holywood.
    Nak susah apa. Duit pula ada saudagar yg cukup permurah yg derma kat dia. Atas sebab apa atas dasar apa bagi derma tu hanya najib sorang yang tahu. Sebab derma tu masuk ke akaun peribadi beliau sendiri.Maka itu telah menjadi hak peribadi beliau. Bukan hak rakyat dan bukan untuk negara.
    Hanya najib sorang saja yg tahu siapa penderma itu dan apa hajat dia menderma. Samada derma ikhlas atau ada agenda disebaliknya hanya najib sorang yg tahu.
    Akantetapi ironinya apabila benda ini terbongkar dan terbukti nampaknya semua menteri menteri kanannya sanggup mengaku pula yg mereka tahu najib ada duit sebesar itu. Mereka juga tahu siapa penderma dan untuk apa derma itu dibuat. Kalau dah tahu cakap sajalah secara terus terang nama penderma tu sebab rakyat pun nak tahu juga.Munkin rakyat yg tidak berkemampuan ingin minta jasabaiknya pula untuk menampung pembedahan dan sebagainya.
    Bila najib dah ada duit yg cukup byk tentu menteri2nya sanggup jadi lembu yg dicucuk hidung.
    Yg penting dapat habuan atau commission. Kalau UMNO kalah pun mereka tak akan jadi bangsat dan boleh hidup senang lenang sebab taiko ada.Boleh honeymoon seumur hidup. Boleh menikmati kehidupan dan keseronokan serta boleh berhibur sebagaimana Jho low di luar negara.
    Masa tu apa sahaja masalah negara mereka dah cuci tangan sebab mereka dah ada one way ticket to the blue. Itulah namanya national blue ocean strategy atau NBOS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DUIT ngan BUxIT ni bro Serban besar pun terpelanting...

      Delete
  26. Ada gambo najib nak tumbang dlm bloq mountdweller bwh tajuk ratib tu juger.tak lama tumbang agaknya.amin.pm mana nak menyusahkan rakyat.kalau sy nak menyamunpun.pala otak dia

    ReplyDelete
  27. Najib x ingt mati.. dia ingt dia hdup seribu tahun lg

    ReplyDelete
  28. Najib tu belum kena balasan Allah lg.. buat le dosa bnyk2.. biar Allah je yg balas perbuatan dia menganiaya rakyat malaysia ni.. x lama pun lg dia hdup..da 60 an pun..uban pun da memutih atas kepala masih x sedar2 lg.. bini dia je yg rmbt itam memanjang tu yg perasan lama lg nk mati.. enjoy je kejanya menghabiskan duit rakyat dan kerajaan.. xpe2 ada balasannya tu nt.. tngk aje le..

    ReplyDelete
  29. masih adakah pengarah/penerbit filem Msia yg mahu memfilemkan tragedi berdarah Revolusi Sosial 1946...Pembantaian raja-raja melayu bersama kaum kerabat mereka di Langkat,Asahan ,Kualuh,Serdang/Deli..(Sumatera Timur)..agar menjadi peringatan kpd generasi muda supaya jgn terlalu percaya pd masyrakat pendatang...Ketika revolusi sosial 1946,pendtg jawa/PKI membunuh,memancung dan merogol putera dan puteri melayu tanpa dibicarakan...malah hal ini disenyapkan dari pengetahuan umum..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...