Sunday, 9 August 2015

DUA MENTERI BANTAH, PENGARAH SPRM TIDAK PERLU AKUR PERTUKARAN KE JPM

Selepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu boleh dirasai di mana-mana.

Sama ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai tidak wajar sama sekali.

Kata Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini  bahawa kebenaran mestilah dipertahankan.

"Saya akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.

Serentak dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.

Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!

Selepas Muhyiddin  dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.

Seolah-olah menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.

Tetapi, sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.

Kiranya KJ dipecat juga,  maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau cuba menafikan hakikat itu.

Selain KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.

Katanya, walaupun pertukaran itu  digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.

"SPRM adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara dalaman," tegasnya.

Beriringan dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas seperti biasa.

Johan Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak syak wasangka serta teori konspirasi".

Johan adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk didalamnya  stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini, beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.

Dengan sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan terhadap mereka.

Mereka tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu, malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran selama ini. Di JPM nanti, bukan saja tiada tugas khusus, bahkan tidak mustahil tiada kerusi meja pun disediakan kepada mereka.

Melalui tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.

Tindakan yang sama juga pastinya  merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.

Jika Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita semua.

Keberanian harus disambut dengan keberanian, maka barulah perubahan boleh diharapkan. (SH 09/08/2015)

41 comments:

  1. dah masa dah buang sifat pentingkan jawatan tu.....dunia politik hari in dah berbeza dah,,,,,,,siapa yg berani,jujur dan bijak menilai rentak politik masa hadapan sahaja layak jadi pemimpin melayu.....jangan diikut formula najib tu....itu formula dah tak pakai dek pemerhati dan penilai politik negara.....gelak dek org je DS Najib oiiii....siapalah yg jd pencatur korang ni,ikut sgt trend politik STYLE AMERIKA tu....tak suka pancung,tegur sikit pancung,,,,,,buat hutang negara pandai,nak menjawab soalan dah tak pandai....Allah tu dah tarik pemikiran intelektual hang tu kot.....malu negara jib oiii.....yg malu bukan hang,,,,yang malunya TITLE PERDANA MENTERI MALAYSIA.....hang memang muka tak tau malu,,,,,,belajar la malu sikit jib oiiii,,,,,nak tunggu RM5.00-USD1 ke baru nak turun jawatan tu,,,,,ke nak tunggu PETIR tu panah hang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari atok sampai ke cucu mentekedarah duit haram. Memang tak berjenis keturunan nih.

      Delete
    2. inilah akibatnya bila membsar makan hasil dr sumber yg haram. Yayasan Noah dan Yayasan Razak terima dana dr saham TS Noah dlm genting. Nak beramal bantu org susah tp sumber dr genting yg mana hasil utama dr duit judi kasino d'genting.

      Delete
  2. Kini sudah ada menteri Melayu yang berani menegur kedurjanaan Najib. Bagaimana dengan menteri menteri yang lain terutama yang menjaga agama "ISLAM" tu. Kesalahan para pemimpin sudah berlori lori di dedah kan, mengapa kau masih membisu. Bagaima pula dengan timb menteri dan para MP yang beragama "ISLAM"? Mengapa masih membisu. Tak percaya kan rukun "IMAN" ke? atau hari pembalasan. Jangan buat buat lupa bahawa Negara ini sudah pun berada di ambang "KEMUSANAHAN". Nak tunggu "TOTAL DESTRUCTION" ke baru bertindak. Ia nya sama saperti nyawa sudah sampai di kerongkongan baru nak bertubat. Its too late my friends.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri2 lain mana ada batu

      Delete
  3. Halo Setiap Satu, saya Mrs Nie Aetu, saya ingin menggunakan media ini untuk berbagi kesaksian tentang bagaimana saya mendapat pinjaman kredit Legit online di mana saya mendapat pinjaman saya dan saya juga telah memperkenalkan teman-teman dan keluarga untuk dia yang mendapatkan pinjaman mereka juga dan bisa bersaksi untuk itu. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman online dan scammed jumlah Rp7,200,000 saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman kredit legit secara online yang tidak akan menambah rasa sakit saya, maka saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru ini mendapat pinjaman online, kita bahas tentang masalah ini dan kesimpulan kami dia mengatakan kepada saya tentang Mariam Suleiman Badan Kredit di mana dia mendapat pinjaman nya juga Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp650,000,000) dengan tingkat bunga rendah dari 2 %, pinjaman tersebut disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan di mana dibuat tentang transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 48 jam pinjaman tersebut disetorkan ke bank saya jadi saya ingin saran salah satu yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi dia melalui email: mariamsuleimanloanfirm@gmail.com Anda juga dapat menghubungi saya untuk arah melalui email: aetunie@gmail.com, dia adalah seorang wanita takut bagus dan Tuhan dan juga dia adalah jenis membangkitkan semangat terima kasih, saya berharap Anda semua berkat Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie Aetu atau Hantu. Di sini bukan tempat INDON melacur

      Delete
    2. Kalau mau MELACUR balik Indon

      Delete
  4. Sekalung tahniah buat anak2 Malaysia yang berani menyanggah kebatilan dan menegakkan yang hak. Solute buat KJ dan Low. Majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan memusuhi "double standard law" mengharap lebih ramai pimpinan khususnya dari dalam UMNO BN sendiri untuk bingkas bangun mengkepalai rakyat bagi membenam kelompok pemimpim durjana dan petualang negara ini ke tempat sewajarnya. Jangan sengaja butakan mata dan tumpulkan akal waras anda semata semata kerana laba untuk peribadi sedangkan onar oleh tangan tangan jijik kelompok pimpinan atasan anda ini jelas memberi akibah buruk kepada kepada hampir semua marhaen yang kais pagi makan petang, kais petang makan malam, dan pagi mereka ini tidak bermakanan atau malam mereka bertidurkan irama perut yang kelaparan. Bukankah mereka ini yang meletak kalian di posisi sekarang lalu tega kah kalian tidak memperdulikan mereka. Ayuh lah anak Malaysia dan pimpinan yang berjati diri. PM Najid dan sekutunya tidak lagi sahabat dan pemimpin yang jitu untuk negara kita Malaysia. Sosok ini perlu ditumbangkan segera atau kalian mau tunggu rebah bersama dengannya?. Sekaranglah untuk membuktikannya bahawa kalian bukan "hamba duit dan laba" atau hari esok kalian akan gelita bersama "pahlawan Bugis" yang meroyan mabuk harta.

    ReplyDelete

  5. Kasi pechat maa aa , mesti ikut cakap ketua laa aa ,mana bulih lain-lain cekap lea aa , semua olang mesti mau ngam lea aa ,baru betut.

    Lulu itu UNcle Lim pon itu macam maa aa ,sikalang manyak strong maa aa .

    ReplyDelete
  6. Kini terdapat 3 kelompok dalam UMNO.

    1. Yang terang2 dari awal lagi enggan menjadi Yes man lantas mereka ditendang keluar. Mereka kini berdiri di hadapan ribuan rakyat yg memang cintakan kebenaran dan ketelusan. Mereka akan dipandang Hero oleh rakyat.

    2. Kumpulan yang dalam pertimbangan. Nak lawan hilang jawatan dan peluang. Tak lawan, nanti kalau Najib tumbang mereka akan masuk kumpulan kecundang. otomatik jadi "pembangkang" Akhirnya mereka membaca riak akan jadi gelombang. Kini mereka senada dengan ku,pulan pertama. In sya Allah mereka akan selamat.

    3. Kumpulan ketiga..hahahaha... akan berakhir jua segala takhta, dan akan tergugat segala harta. Apabila Najib tumbang mereka semua akan sama2 menikmati azab kesetiaan. Merasai nikmat dipinggirkan oleh rakyat. Merasai bahana segala penyelewengan yang bakal didedahkan.

    Ada kemungkinan yang celik dann mula nampak akan segera beralih arah. berduyun2 mencari kapal yang selamat. Mungkin ianya sudah terlambat kerana kemunafikan itu telah dihidu.

    ReplyDelete
  7. KJ, kipidap man.. Baguslah kalau semakin matang, kurangkan kontroversi. Mungkin KJ dah nampak cahaya di hujung terowong. Era Najib akan berakhir, jgn ikut sama tenggelam dlm pinisi yang dah barai ditebuk tikus2 mondok belaan juragan kapal. Carilah bot penyelamat atau pelampung kecemasan atau apa saja tempat berpaut dari hanyut dan tenggelam. Juragan mungkin dah standby sebiji scorpene di bawah laut, tapi takut set menyelam dan tangki oksigen terhad dan terpaksa berebut-rebut. Takut juga tikus2 mondok belaan menyusup masuk dlm scorpene dan gigit pulak wayar2 elektrik, nanti scorpene terus tak boleh timbul. Innallilahhiraji'un. KJ, moga berubahlah anda ke arah yg lebih baik. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Manusia sentiasa cari tempat yg selamat utk bergantung. Bila lihat seorg ketua itu kuat, ramai yg bergantung harap & sokong kpdnya. Ketua itu akan dikelilingi ramai org yg memujinya.

    Tetapi bila melihat ketua itu mula hilang kekuatan masing2 mula menjauhkan diri. Ketua itu akn dpti dirinya ditinggalkn. Suaranya sudah tidak laku lagi.

    Inilah fitrah hidup dan sejarah telh membuktiknnya.

    ReplyDelete
  9. Najib bingai kj kentut.kj tu marah sbb fb dia dah jd mcm fb najib je tempat maki hamun.najib dah tahap sadis jika dia berjaya mematahkan plan a,b n c sekalipun yg dcipta utk jatuhkan dia apakah dia dpt mematahkan plan dr Allah juga.jika satu malaysia berdoa utk kejatuhannya apakah dia akan dpt terus bertahan.it just the matter of time utk najib.sekarangpun sudah berlindung dbalik kaki jilatnya.seranggg katanya tp dia lari sembunyi dibalik duit derma haram jadah bilion bilionnya.pak arab tu tak ada kaitan dgn perniagaan haram jadah 1mdb tu ke.jual haram jadah apa syarikat tu.

    ReplyDelete
  10. Salam bro shahbudin....pada hemat saya Pegawai tidak perlu beremosi...silap silap hilang pencen...itu lah sumber menyara keluarga mereka. Walaupun rezeki dimana mana...dan ketentuan allah...politician come and go...bertindak dgn lebih berhemah...tp setiap tulisan saudara memang ada isu yg perlu difikirkan oleh rakyat malaysia...tp saya ingat ada teman berkata...org malaysia hanya keras dan lantang dimulutnya tp hatinya kecik....

    ReplyDelete
  11. Salam bro shahbudin....pada hemat saya Pegawai tidak perlu beremosi...silap silap hilang pencen...itu lah sumber menyara keluarga mereka. Walaupun rezeki dimana mana...dan ketentuan allah...politician come and go...bertindak dgn lebih berhemah...tp setiap tulisan saudara memang ada isu yg perlu difikirkan oleh rakyat malaysia...tp saya ingat ada teman berkata...org malaysia hanya keras dan lantang dimulutnya tp hatinya kecik....

    ReplyDelete
  12. Salam bro shahbudin....pada hemat saya Pegawai tidak perlu beremosi...silap silap hilang pencen...itu lah sumber menyara keluarga mereka. Walaupun rezeki dimana mana...dan ketentuan allah...politician come and go...bertindak dgn lebih berhemah...tp setiap tulisan saudara memang ada isu yg perlu difikirkan oleh rakyat malaysia...tp saya ingat ada teman berkata...org malaysia hanya keras dan lantang dimulutnya tp hatinya kecik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu semua penjawat awam di seluruh Malaysia tolong sedar diri. Penjawat awam paling ramai di dunia ini di mana-mana negara ialah Malaysia. Kerajaan yg diketuai UMNO BN telah licik dalam pencaturan mereka. Mereka nak orang yang ikut arahan setia pada bos. Ini satu cara mencekik setiap tindak tanduk semua penjawat awam yg menjadI punca segala cengkaman sosial,ekonomi dan politik. Hanya kata-kata sahaja untuk nk didik rakyat. Salah cara didikan ini. Membentuk rakyat yg penakut. Salah rakyatkah jika dari bayI smpai jadi mak ayah seluruh hidupnya dari cara
      makan,pendidikan,kesihatan semuanya
      sistem UMNOBN? Jika presiden ,pm nya bijak,tinggi adab akhlak moral intergiti kenal dirI tak akannya biarkan seorang pun pegang banyak jawatan. Dah tak amanah,mana -mana orang waras tak suka deal dgn orang mcmni. Itu sebablah ekonomi ringgit jatuh. Letakla bijak pandai phd cmne pn kt kementerian kewangan jika ada undur ragu-ragu mana mana orang tak akan percaya. Cuba kick out najib,husni and the gang dlm kementerian kewangan dan najib sbg pm..inshaAllah naik sikit nnt ringgit. Org dtg blk kedai kita bila kita bersihkan pentadbiran kedai. Orang kampung kedai runcit niaga tepi jalan pun faham konsep amanah jujur ni. Ada barakah dlm niaga jika jujur. Sekali tipu tgklah mmg xde barajah niaga bankrap hidup merana.

      Delete
    2. Kalau nak yes bos saja lebih baik letak kerbau dalam kabinet

      Delete
  13. Pada pandangan saya semua ahli UMNO dari pringkat atas hingga pingkat akar umbi tidak ada KEBERANIAN DAN BERJIWA PERJUANG demi sesuap nasi mereka dari hasil sokongan rakyat sebab hari ini terang terang menampakan kesemua ORANG UMNO lebih lembik dari MAK NYA yang melawa di tengah malam mencari pelanggan... NAJIB seorang yang paling BIJAKSANA kerana di dah lama dah mengkaji kelemahan jiwa orang orang UMNO lebih lebih lagi orang yang banyak memikirkan bagaimana nak menampakkan kemewahan di kawasan yang mereka wakili. MEMANG BENAR APA YANG DI PERKATA KAN bahawa DUIT LAH TUHAN SEGALA GALANYA.. sehingga kini setelah NAJIB sendiri mewartakan bahawa setiap BAHAGIAN dah dapat BAHAGIANNYA jadi memang BENAR lah apa yang kita lihat hari tiada seorang UMNO menapar mulut NAJIB yang sangat LANCAU tu bagi menafikan pemberian tersebut. PERCAYA LAH Najib tidak akan membiarkan dirinya di jerat sendiri dan dia akan pastikan sesiapa yang di beri SESUAP maupun SESUDU lemak akan di senaraikan sebagai UGUTAN. Kalau pegawai SPRM boleh di tunjal ini kan KETUA POLIS begitu juga GABNOR BANK.. cuba lah kalau berani penyokong UMNO iklankan duit AKAUN BANK KPN dan TPM kita yang terkini. TOLONG LAH hentikan saja KOMEN KOMEN dan TEGURAN SERTA UGUT UGUTAN kepada NAJIB, dia lah manusia yang sebaik baik umat islam yang tidak pandai MENIPU DAN MENGADU DOBA dalam hal hal kebaikan RAKYAT MALAYSIA ..NAJIB mempunyai kelebihan jiwa mendalami kemiskinan rakyat.. belajar dari menonton cerita HINDI DAN TAMIL dan KOREA dia pandai MENARI DAN BERDENDANG dan berlakun part part yang dapat di selami oleh semua ORANG KUAT UMNO... KESIAN NAJIB dia berhampas pulas, bermatian matian dan berlinang airmata dalam mengharungi SEGALA PENGHINAAN DAN PENCABULAN MINDA dia amat tertekan kerana dia tidak BERDOSA dan dia lah satu satunya PEMIMPIN yang mengikut KEPIMPINAN NABI.... So kepada semua ORANG UMNO keluar beramai ramai nyatakan memang DUIT ITU ADA DALAM AKAUN NAJIB DAN DUIT ITU SEMUA DAH KAMI GUNAKAN TANPA WAS WAS dan NAJIB DAPAT DARI BELAS KASIHAN ORANG ARAB yang mahukan rakyat MALAYSIA terutama orang MELAYU di ISLAMKAN dengan TRANFOMASI ala alah ARAB mengikut sunah NABI kita... ayuh katakan NAJIB itu ADALAH UMAT ALLAH YANG PATUT di SEMBAH dengan menutup sebelah MATA bagi mencari KEBENARAN apa yang dia LAKUKAN sekarang adalah sebenar benarnya untuk kita ORANG MELAYU yang sentiasa miskin AKAL dan BUDIPERKERTI... JOM SEMBAH NAJIB SEBANYAK MUNGKIN tidak mengikut WAKTU WAKTU yang di WARTAKAN seperti apa yang dalam rukun ugama ketengahkan.. tapi bagi mereka yang terasa ini adalah dusta CARI LAH JALAN BAGAIMANA NAK MENJERNIH AIR MUKA NAJIB yang sekarangnya nampak HITAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg emosi sgt komen ni.. Nak sindir dlm sindir la ni.. Komen la cara berhemah kalu nak org lain berhemah juga. Yg salah tetap salah yg benar tetap benar..

      Delete
  14. Konsep Malaysia pada Rukun Negara. Jika kepercayaan kepada Tuhan ..segala fikiran,tindakan kita semua tak berasas dan berpandu pada ajaran Tuhan..susahlah hidup kita semua. PERCAYA KEPADA TUHAN. bukan percaya kepada pemimpin parti.

    ReplyDelete
  15. MELUAT tengok Zahid, MACAI Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  16. KSN Ali pun sudah hilang integriti dan maruah apabila sanggup jadi barua Najib dalam pemecetan AG Gani dan juga pertukaran pegawai SPRM. Apabila KSN pun sudah jadi barua politik, apakah yang boleh diharapkan kepada perkhidmatan awam. Boleh diambil tindakan tatatertib kepada Khalid dan Ali, tetapi siapa ya yang nak ambil tindakan. Yang jelas, Ali dan Khalid sudah hilang kredibiliti, dengan menjadi barua Najib.

    ReplyDelete
  17. Maaf lari dari topik sekejap..sebab bila dapati semua penjawat awam seolah-olah akur sahaja bila trima arahan walaupun xkuat xkukuh alasan diberi membuatkan sy teringat ttg kes sirul yg dia kata dia hanya buat kerja atasan trima arahan....penjawat awam yg dah mati akal mati hati mayat hidup

    sebenarnya......

    mmg semua bos semua jabatan kerajaan semua terikat dgn bos besar mereka...ketua jabatan mereka...jadinya...najib and the geng termasuk ksn igp ag ....mmg confirm jahat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegawai ketua PAC dan ahli PAC pun sendiri terima arahan masuk jadi menteri...
      AG,muhiddin,shafie ditamatkn perkhidmatan berkuatkuasa serta merta...mereka akur...mereka smua akur...Jika orang besar pangkat kerja tinggi kerajaaan semua akur terima arahan...dilucutkn jawatan akur,dinaikkan pun akur,dipindahkan pun akur....jadi pegawai gred bawah lagilah akur..jadi segala arahan yang ganas melanggari keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-undang,kesopanan dan kesusilaan TAK ADA dah. DIKHIANATI semuanya. JadI tak heran jika tengah malam tgh awal pagi tidur ada polis serbu masuk tanpa tunjuk sebab waran terus geledah nak cari bukti hasil kerja kita. Mmg dah tak ada dah smua undang-undang..atas kertas shj. Semua polis bwh khalid,smua bwh zahid,smua bwh KSN,smua bwh Najib tak boleh dipercayai tindakan mereka. Tengok sirul je la. Org bwh yg dpt arahan bunuh dia akur je la bunuh lepastu bos dia kata dia bunuh. Semua polis jika xpk sblm buat nnt end up mcm sirul jg jadi kambing hitam. Fikir fikir lah yg kerja bwh barua najib ni...

      Delete
  18. Dulu salahkan tun buat persepsi buruk terhadapnya sekarang salahkan pembanfkang pulak sbb umno dah tak seiasekata dgn nya.sendiri buat salah sendiri mahu ingat la pok jib.duit derma tu adalah duit najib pinjam along timur tengah.pinjam along dlm negara malu la muka dia.bila bunga dah jadi byk mcm biasa la pinjam dgn along jd tak mampu bayar jd kena buat gst.jaga jaga nanti duit gst hilang sama mcm duit wan emdibi juga.jgn negara hilang sbb najib sudoh.

    ReplyDelete
  19. Hanimabdullah@gmail.com9 August 2015 at 14:53

    Syabas, teruskan menulis walaupun pelbagai cabaran.

    ReplyDelete
  20. Setuju dng Pak Budin. Arahan KSN tu tak bolih pakai kerana bertentangan denga sek. 6(4) Akta SPRM yg menyataka:

    " ssemua peg2 SPRM adalah dibawah kawalan, arahan dan pengawasaan Ketua Pesuruhjaya ...dan mesti melaksanakan fungsi2 dan menjalankan tugas seperti arahan bertulis atau lisan Ketua Pesuruhjaya.

    Dengan demikian, dimana peg2 SPRM bertugas dan apa tugas yg dibuatnya adalah diatas kawalan dan arahan bertulis atau lisan Ketua Pesurohjaya SPRM dan bukan KSN, yg telah menjejaskan integrity dn prisip berkecuali penjawat awam..

    Peruntukan sedemikian tidak terdapat didalam perlantikan pegawai2 awam lain dimana ia dicatitkan secara pentadbiran dan bukan secara undang2. Tujuannya adalah utk menjamin kebebasan SPRM dan peg2 untuk menjalankan tugas dan tidak diganggu gugat olih orang2 yg dianggap 'kaki sibuk'. KSN adalah 'kaki sibuk' dlm isu pertukaran peg2 SPRM/

    ReplyDelete
  21. Sekalung tahniah kepada atok seri haji khalifah monggolia tipunistan pembelit wal putar alam najid bengong. Kalau ko turun ko masak. Dari pada ko kena sesorang ada lebih baik ko heret parti tong taik ko terbenam sekali. Ini lah satu satunya sumbangan ko yang paling besar kepada negara dari kedurjanaan parti tong taik ko tu.. huhu..

    ReplyDelete
  22. Kita tukar PM, asalkan bukan Najib. Setuju?

    ReplyDelete
  23. Hari tu kata fitnah ini kata derma pulak.lepas ni apa pulak najib nazak ni.dan dan masa duit wan emdibi hilang dan dan time itu jugak muncul derma.siasat belum habis lg jib oii org yg dok siasat apa hang dok kacau.org tu masih menyiasat duit wan emdibi hilang hang pulok cepat cepat kata dah bersih sbb derma haram jadah tu.itu baru bab derma haram jadah jib oii blum lg ttg syarikat haram jadah yg mentekedarah duit haram tu.

    ReplyDelete
  24. As a reminder to all including me of what is probably coming our way in the way that it has come to be for entities such as the former Attorney General Gani Patail and the MAAC who/which over the years have been called the lap dogs - hounding dogs of you-know-what, I would like to paraphrase Martin Niemöller's poem:

    First they came for the young
    and I did not speak out
    because I was not young

    Then they came for the Opposition MPs
    and I did not speak out
    because I was not an Opposition MP

    Then they came for the civil servants working in Bank Negara, MAAC and Attorney General Office
    and I did not speak out
    because I was not a civil servant of such institutions

    Then they came for me
    and there was no one left
    to speak out for me.

    (The IGP Khalid, members of the federal cabinet, top civil servants, "the untouchables", kampong people, Felda inhabitants, Hadi-Haron and the gang, etc. who continue to do the bidding of and/or give their strong support to who-know-you have been warned...)

    ReplyDelete
  25. apa guna jawatan tinggi kalau hidup hanya jadi suruhan orang

    ReplyDelete
  26. Hmmm najib dgn cerita derma rasuahnya.bagaimana syarikat haram jadah 1mdb boleh jd begitu bermasalah sedangkan ia ditatang bagai minyak yg penuh oleh kerajaan msia.bg tanah yg bagai percuma pinjaman mudah n pelbagai sokongan lg tp berakhir dgn memalukan iaitu tak mampu membayar hutangnya.apa masalahnya dsitu.sudah lama rasanya parti pembangkang membuka cerita tp byk org bagai tak percaya.barangkali fikir ianya hanya cerita rekaan.sehinggalah tun m bersuara barulah suaranya bagai bersambut sedikit.ia krn org marah tun itu bagai dihina.lalu gemparlah oleh katanya tuduhan atau fitnah wsj n serawak report pula.siasatanpun dlakukan.belum habis siasatan kabinet pula dirombak sbb tpm yg tak faham hal 1mdb itu bertanya soalan.geng penyiasat pula telah dijadikan menteri.tpmpun tak faham juga.sekarang apa jgn ingat najib tu faham ye.dia yg telah memutar belitkan semuanya utk mengelirukan org.sampai sekarang dia sendiri sudah keliru buntu lalu menerima la cadangan yg serupa idea ahmad maslan dgn menyatakan duit itu sebagai derma.sekarang mampukah najib bertahan dengan derma haram jadahnya itu.najib yg tak akan jumpa punca mulanya sendiri akan terjerat dgn tipu helah yg dbuat sendiri.

    ReplyDelete
  27. Kita semua jangan cepat terperangkap dengan permainan KJ dan Paul Low ni. Jangan lupa sandiwara sama dimainkan oleh NurJazlan sebelum perlantikan Timbalan Menteri. Semuanya adalah taktik "good cop-bad cop" UMNO untuk mendapat simpati rakyat yang marah dengan kes salahguna kuasa, rasuah, CBT, money laundering 1MDB dan Najib.

    KDN dan PDRM sibuk menyiasat pengkritik Najib dibawah kesalahan Section 124B aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

    Bagi orang Islam yang patuh kepada AlQuran dan Sunnah, rakyat marhaen, pembayar cukai, pegawai SPRM, Bank Negara dan penjawat awam yang perihatin terus mendokong Section XYZ amal maaruf dan nahi mungkar yakni membongkar salahlaku dan penipuan pemimpin yang zalim dan tidak amanah yang memudaratkan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  28. Najib sudah terkenal diseluruh dunia. Tahniah UMNO kerana mempunyai Najib sebagai Presiden UMNO dan PM. Lihat ulasan akhbar Forbes terbaru dan WSJ. TAHNIAH UMNO !!!

    ReplyDelete
  29. Teringat aku kes liwat 1 Anwar Ibrahim dulu. Antara sebab Anwar dijatuhkan hukuman penjara kerana dakwaan mengatakan Anwar telah campur tangan untuk mempengaruhi saksi terhadap tuduhan ke atasnya. Akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun ke atas Anwar pada tahun 1999 kerana tuduhan salah guna kuasa ini,

    Soalnya apakah penamatan Ghani Patail secara tiba tiba sebagai AG kononnya atas faktur kesihatan yang beliau sendiri tidak tahu itu bukan merupakan salah guna kuasa juga?. Bagaimana dengan cubaan mengganggu siasatan SPRM oleh polis serta arahan penukaran pegawai pegawai SPRM yang terlibat dalam sisatan isu 1MDB dan kemasukan wang ke akaun pribadi PM secara mendadak itu tidak dianggap salah guna kuasa?. Malah Dato Bahri sendiri sangat yakin ada tangan tangan ghaib dibelakang tindakan tersebut.

    Kalau dalam kes Anwar dulu yang tidak pun melibatkan kepentingan harta dan duit awam, siasatan salah guna kuasa ini boleh dijalankan, kenapa dalam isu 1MDB dan kemasukan wang billion RM ke akaun peribadi PM yang jelas menampakkan ada campur tangan pihak tertentu, tiada pula siasatan dilakukan?. Ketika Anwar disiasat beliau adalah TPM dan tidak ada banyak bezanya dengan Najib selaku PM yang merupakan tertuduh sekarang.

    Dari 2 kes ini yang memperlihatkan adanya salah guna kuasa oleh penjawat awam, tetapi kenapa tindakannya jelas "double standard". Jika Anwar selaku tertuduh ketika itu boleh disiasat kerana dakwaaan salah guna kuasa, kenapa Najib sebagai PM selaku tertuduh dalam kes melibatkan wang berbillion RM ini tidak juga diambil tindakan sama walhal apa yang telah dan sedang berlaku di depan mata ramai hari ini diakui dan dipercayai majoriti bahawa ada campur tangan terhadap siasatan SPRM, AG dan BNM terhadap tertuduh iaitu Najib?.

    Andai pemerintah hari ini yang diketuai PM Najib memandang sepi perkara ini dan tiada usaha untuk menyiasat hal ini, berarti undang undang di negara Malaysia mempunyai set set yang berbeza beza, mungkin tidak sekadar"double standard" malah boleh "triple standard" dan berbilang bilang lagi "standard" yang semuanya melindungi penguasa walau pun mereka sebenarnya adalah pesalah. Adil kah sebuah kerajaan begini dan perlukah dipertahankan pihak yang membenarkan kepincangan begini berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. setuju sangat. PM harus didakwa atas tuduhan salah guna kuasa. Apa yang terjadi keatas Ghani Patail serta SPRM tidak mungkin kebetulan lagi kerana ia berlaku serentak sewaktu siasatan keatas Najib sedang berlangsung. Dakwaan mesti dibuat segera. Alasan yang diberi pihak terbabit sama sekali sukar untuk diterima. Najib perlu dikenakan tuduhan ini dan disasat serta dihukum segera jika bukti bukti mencukupi.

      Delete
  30. DATO SRI NAJIB PM kita taknak BEREHAT dari jawatan PM takpa,,,,kami ahli UMNO hormati,,,,,kami semua ahli bahagian,cawangan UMNO pulak yang nak berehat dari bekerja utk parti dah,,,,,,,kasi hantar ini mcm punya memorandom la kalu,kalau berani beb.....suh la PM tu buat keje sorg sorg,,,,pastu letih la tu dia,degil sgt najib ni.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih atas luahan perasaan anda semua...kita turunkan najib dgn cara aman ...jgn buat kecoh....cintai keamanan yg ada...lepas najib turun pastikan penggantinya walau x berapa pandai bidang ekonomi tapi teguh pegangannya pada iman ...yg x cinta duit tapi ada sifat zuhud...yg fikirannya x ekstrim dan rasis...rasa rasa ada x calon sebegini pd zaman sekarang...klu ada pun pasti dia tolak jawatan ...sy yakin ada .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...