Saturday, 8 August 2015

SPRM DITEKAN LAGI, APAKAH SHUKRI BAKAL MANGSA SETERUSNYA?

SPRM diganggu, diancam, digugat dan dilemahkan lagi.

Jika sebelum ini SPRM ditekan dengan penahanan beberapa pegawainya di ketika tugas mereka belum selesai dalam menjalankan siasatan berhubung kemungkinan wujud elemen rasuah berkaitan SRC International Sdn Bhd, kini agensi itu terus dijadikan mangsa.

Kali ini Pengarah Operasi Khasnya, Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategiknya, Rohaizad Yaakob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri yang berupa suatu tindakan disiplin terhadap mereka.

Bahri adalah pegawai SPRM yang lantang mengkritik penahanan beberapa pegawainya oleh pihak polis untuk disiasat berkaitan kebocoran maklumat sehingga menyifatkannya sebagai "kerja gila"  dan percaya ada tangan ghaib di belakangnya.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah untuk mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing sambil mengingatkan kuasa yang mereka ada cuma sedikit saja.

Rohaizad pula adalah pegawai SPRM yang menerima kunjungan pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada badan itu yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkapan oleh pihak polis.

Insiden pertukaran ini berlaku tidak berapa lama selepas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memberi jaminan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap pegawai SPRM yang disiasat itu, sebaliknya mengatakan mereka hanya diambil keterangan sahaja.

Soalnya apakah kesalahan disiplin mereka sehingga dikenakan tindakan disiplin dan ditukarkan itu? Apakah berjuang menegakkan kebenaran sudah menjadi suatu kesalahan? Apakah juga menerima tetamu yang datang yang merupakan sebahagian daripada amalan berbudi bahasa turut merupakan suatu dosa?

Daripada derma berjumlah RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib, RM42 juta daripadanya diterima daripada Ihsan Perdana, sebuah anak syarikat 1MDB yang menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial yang menerima RM50 juta daripada SRC International melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Ketika ini siasatan SPRM terhadap SRC International masih berjalan. Melalui tindakan polis sebelum ini, beberapa fail, dokumen dan komputer riba telah dirampas, manakala dengan pertukaran ini pula menyebabkan peneraju siasatan telah ditukarkan secara serta merta.

Dengan ini, sukar meramalkan sama ada siasatan seterusnya dapat dijalankan dengan sempurna, kecuali jika pihak polis memulangkan semua yang telah dirampas itu atau pegawai SPRM ada menyimpan bukti-bukti di tempat lain.

Bagaimanapun, dalam reaksi segeranya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul menuntut agar Jabatan Perdana Menteri atau JPM memulangkan semula kedua-dua pegawainya yang ditukarkan itu serta menawarkan dirinya sebagai ganti.

"Segera pulangkan mereka dan ambillah saya sebagai pengganti. Pegawai terbabit bertindak atas arahan saya," tegasnya.

Dengan menuntut JPM yang diketuai oleh Najib agar memulangkan kembali kedua-dua pegawai terbabit, Shukri umpama sudah mengisytiharkan "perang" terhadap sesiapa yang cuba mengganggu tugas badan itu dalam memerangi rasuah.

Suatu keberanian yang terpuji dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Yang ditunggu selepas ini ialah apakah reaksi Najib terhadap tuntutan Shukri ini? Bagaimana pula respon Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebagai orang nombor dua di JPM mengenainya?

Mungkinkah hanya Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa atau Jabatan Perkhidmatan Awam saja yang akan menjawabnya nanti?

Atau semuanya akan diam saja? Apakah sehari dua nanti Shukri pula akan menjadi mangsa tindakan disiplin atau pertukaran seterusnya?

Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah mengapakah SPRM terus diganggu dan diamcam sebegini rupa? Tidak bolehkah badan itu dibiarkan menjalankan tugasnya dengan adil dan telus sebagaimana kebencian kita semua terhadap gejala rasuah?

Apakah tindakan itu menunjukkan Najib berasa kedudukannya masih tidak selamat meskipun sebahagian besar daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada luar negara itu sudah diisytiharkan sebagai derma?

Di mata umum, kiranya pertukaran pegawai SPRM ini dilakukan dengan pengetahuan Najib, ia jelas memberi makna beliau sedang cuba mengelakkan kesalahannya daripada dikesan serta dibuktikan manakala jika tanpa pengetahuannya pula, bermakna ada orang lain mahu menganiaya dan memburukkan namanya.

Akhirnya, pahlawan Bugis tidak boleh lagi sekadar diam dan membatu sahaja. (SH 08/08/2015)

45 comments:

  1. Sdr Shahbudin,

    Apakah Malaysia ketika ini dikuasai sebuah kerajaan Dajal?. Melihat kepada apa yang berlaku kebelakangan ini, ianya menampakkan wajah sedemikian. Dajal akan memusuhi dan memusnahkan sesiapa saja yang tidak menyokong dan mendewakannya apatah lagi yang menentang kemungkaran. Berkata benar amat dibenci dajal dan ciri ciri ini jelas kelihatan sekarang. Apa yang berlaku kepada TPM dan mereka mereka dalam badan siasatan seakan mengesahkan tanggapan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kemungkinan,,,ciri ciri tu dah nampak,,,yg peliknye puak puak ni solat,ic islam,,,ciri ciri tu dah nampak dah,,,risau nengoknye,,,dah mcm firaun pun ye gak.

      Delete
    2. Tutup je sprm... Tak bolih dibayangkan tekanan emosi seluroh kakitangan sprm...bersabar lah...Allah swt maha adil lg maha mengetaui...

      Delete
    3. 5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW

      Umat Nabi Muhammad SAW akan mengalami 5 fasa atau zaman mengikut kerangka masa sebelum berlakunya kiamat. Fasa atau zaman ini bermula daripada perutusan kenabian baginda ketika berumur 40 tahun.

      Pertama - Zaman Kenabian

      Kedua - Zaman Khilafah. (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)

      Ketiga - Zaman Pemerintahan Kerajaan yang Menggigit(Mulkan 'Adhan)

      Keempat - Zaman Pemerintahan yang Sombong (Mulkan Jabariyyan)
      iaitu zaman sekarang. Pada zaman ini umat islam akan ditindas dan dalam zaman ini juga tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat akan berlaku. Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah Dajjal.

      Kelima - Zaman Khilafah (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)

      Delete
    4. Zaman keempat juga.....

      Zaman Diktator, yaitu zaman pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan, raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem diktator, separti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadits di atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi separti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial (beraja), berorientasikan­ parti-parti politik (Perdana Menteri), pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat separti apa yang kita alami hari ini.Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi.

      Delete
    5. Hadith “Kekhalifahan akan berlaku ke atas umatku selama 30 tahun. Selepas itu, berlaku pula zaman amir-amir.” Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tarmizi dan lain-lain.
      Hadits yang kedua juga menyebutkan Zaman Kekhalifahan. Zaman ini telah berlaku menurut catatan sejarah dan telah juga berlalu daripada kita.

      Delete
  2. Itu pekala biasa ma aa , mau kasi transpomasi sama itu prekhidmatan lea aa .
    Mau kasi lebih babut maa aa ,memang itu macam lea aa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transformasi oleh transfomer berkuku besi. Transformasi style 69.
      Chee bye punya transfomer

      Delete
  3. Wahai warga sprm terus berjuang menegakan kebenaran n hapuskan kekejaman kami doakan kerja murni itu mendapat keredaan allah kpd yg bersalah semoga allah turunkan bala keatasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami rakyat Malaysia berikrar tetap bersama SPRM

      Delete
  4. Wahai warga sprm terus berjuang menegakan kebenaran n hapuskan kekejaman kami doakan kerja murni itu mendapat keredaan allah kpd yg bersalah semoga allah turunkan bala keatasnya

    ReplyDelete
  5. aku sentiasa ada keraguan terhadap keupayaan najib mentadbir sejak dia jd menteri pelajaran dan pertahanan.
    tapi tak kusangka sampai begini sekali kemusnahan yg dia lakukan. Hanya Allah swt yg dapat selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..anak yg dibesarkan dlm kemewahan..lepas tu pi kahwin dng betina, yg perangai mcm Imelda Marcos. yg bagi arahan semua ialah Rosmah...Najib ikut shj. Najib budak hingus...yg tak pernah erti kesusahan.

      Delete
    2. Yg ni ak sokong. Semua suami waras nmpk sgt si najib ni salah pilih isteri. Kes yg ni mmg kita xleh nk buat apa.doa je la..dh tu ak mmg xsuka budak kaya jd pemimpin yg mcm terpksa ambil.alih keje bapak dia.

      Delete
  6. Kerajaan mula bertindak kpd sprm kerana sprm sudah mula nak buat kerja benar, selama ini sprm selamat krn sprm bnyk menyembunyikan rasuah menteri2. Yg perlu di faham,,di Malaysia,, buat salah selamat,, berlaku benar tidak selamat.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin dan kerajaan berciri dajal ni sama sekali tak layak dikekalkan. Mana para mufti? Suara mufti sunyi sepi. Dah jadi bisu ke?. Apakah para mufti juga buta? Tak ada deria rasa?. Kezaliman begini dibiarkan saja tanpa bersuara. Nampaknya yang ada agama pun jadi bacul juga, konon takut Allah melebihi manusia. Tapi cuma pandang sebelah mata. Apakah para mufti rasa PM Najib ini tadbir berlandas agama?. Pecat sini pecat sana ikut suka. Atau para mufti rasa duit RM2.6 billion tu memang derma dan perlu disembunyikan dari semua?.

    Cuma Dr Mohd Asri berani bersuara. Mufti dan ustaz lain bagaimana?. Takut ke penjara mengatasi takut ke neraka?. Lalu pilih membisu dari berkata?. Negara dah makin caca marba tapi hangpa langsung tak berusaha menggerakkan massa. Jika inilah pendirian hangpa. Sahl ah hangpa ni mufti dan ustaz bernawaitu fulus dan harta saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Kazim dah menyindir... Tak terasa juga

      Delete
    2. Bak kata raja bomoh, ada mopti bercakap pasal halal haram tapi perangai macam anak haram. Kaah kah kah. Harussani mana? Idup lagi ke dah mampus?

      Delete
  8. Tahniah buat Dato Seri Shukri Abdul. Berani kerana benar. Rakyat akan pastikan Dato Seri dan mereka mereka yang teraniaya nanti (jika berlaku) akan mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka yang zalim dan menegakkan hukum dan undang undang songsang ini kelak akan diburu hingga ke lubang cacing. Rakyat semakin tahu siapa salah dan siapa yang benar dan yang salah itu akan diseret ke muka pengadilan. Kami sebagai rakyat yang sayangkan negara ini amat yakin bahawa kebathilan akhirnya akan rebah jua kerana Allah telah menjanjikan begitu. Allah tidak mungkin memungkiri janji. Masanya kian hampir untuk perosak dan perompak kahazanah negara ini rebah dan tumbang. Ayuh sama sama kita bersatu menumbangkan regim zalim lagi pendusta ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sendiri patut tahu peg2 SPRM tidak bolih ditukarkan kecualik atas arahan Ketua No 1 atau ketiadaan dia No2 atau No 3.

      Pegi nak serah badan kat JPM tu apa hal???? Patut dia arah peg2 supaya jgn melapor diri sehingga No 1 selesai isu ini.

      Delete
  9. Baca ALASAN baghal Dr Zuhdi kenapa Hadi tidak menyerang Najib, kononnya untuk kesejahteraaan agama dan bangsa dan negara. Sejahtera kepala bana Dr Zuhdi apa kalau kebocoran mega berbillion billion oleh kerajaan UMNO BN hinggalah ke era Najib ini langsung tidak dapat dikesan pelakunya sedangkan wang yang terlalu banyak yang hilang itu boleh dipergunakan untuk rakyat jelata.

    Memang baghal Dr sorang ni. Sayang sangat beliau kepada Najib. Berlemah lembut dan berhemah betul dia ni dengan Najib dan kerajaan BN sedangkan sikap beliau terhadap kelompok progresif PAS yang terbukti tidak pernah membaham dan membalun duit negara adalah sebaliknya, diserang dan dihina. Nampaknya Najib bijak menyerap pakar perang sarafnya ini ke dalam PAS. Punca keretakan dan perpecahan dalam PAS tidak sedikit disumbangkan oleh watak Zuhdi ini yang bijak bermuka muka dengan cara diplomasi dengan pimpinan tertinggi PAS agar kelihatan setia menurut kata berbanding puak progresif yang bercakap berhujahkan fakta.

    Sila baca komentar pakar perang saraf Najib dalam PAS ini:
    KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

    Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

    “Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

    “Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

    Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

    Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    “Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc

    Terang terang PM Najib dah baham duit sebegitu besar, masih berkias Hj Hadi tidak menyerang Najib demi untuk kesejahteraan rakyat, agama dan negara. Kepala hotak ko Dr Zuhdi! Dr baghal.


    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS mengurat bini orang tahulah mereka

      Delete
    2. Pas parti lebai...mana dia tahu semua hal2 dunia ni??? nk faham 1MDB, merka kena mati dan beranak semula. mLebai2 kampong asyik kena tipu shj siang malam dgn orang politik..terutama org Umno.

      Delete
    3. Org PAS x kesah pun Najib rembat duit berapa billion. Sbb tu Abg Mat n da gang x leh duduk lagi dlm PAS. Pada PAS, rembat sikit2 x boleh. Alang2 merembat, biar beratus billion!! Yg skrg tu sikit la tu..Madet Pak Lah pun sakan..beratus billion gak depa kowtim.. Itu baru org Melayu. Janji hangpa mesti Melayu Islam.

      Lain2 ada aku kesah?? Rakyat hidup susah ke, harga barang melambung ker, cukai mcm2 kena.. Ini idea Mat Sabu n da gang.. pada PAS, asalkan rakyat boleh bersolat, beribadat..ini dah cukup bertuah. Janji Malaysia aman .. sama mcm totok UMNO punya kepala otak.

      Delete
  10. SPRM..sy yakin doa seluruh rkyat msia bersama anda. Moga Allah kurniakn keteguhan hati n fikiran yg lapang bt smua petugas sprm yg berjuang mcari kebenaran demi tanahair kita.

    Tiba2 tringat zahid hamidi pnah announce dlm media that in future nk bwk masuk bangla sbyk 1.5 j org konon utk memenuhi keperluan dlm ngra. Tp xdinyatakan utk sektor apa. Kmgknn utk PRU 14..risaunya ya Allah..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah..lindungilah orang2 yang mahu menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini ya Allah.Engkau hapuskankan kezaliman dan orang orang yg zalim.Hancur dan binasakan pemerintah yang zalim dan orang orang yang bersekongkol dengan mereka Ya Allah.Sesungguhnya Engkau Amat Amat Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu...

    ReplyDelete
  12. Lantikkan pegawai SPRM adalah dbawah bidang kuasa YDP Agung. Takkan biarkan perompak BN ni merompak siang malam...babi punya BN. Semua ahli UMNO yang masih sokong Lanun Bugis memang sial...pelacur sundal yang makan duit haram. Tuan Shah...maafkan bahasa saya..dah tak boleh tolerate kerja syaitan lanun2 UMNO ni semua.

    ReplyDelete
  13. Bila pemimpin jenis haram jadah, satu negara mau diharam jadahkannya juga. Nak ke biar jenis pemimpin haram jadah begini terus kekal dimercu kuasa? Mau terus mereka haram jadahkan kita semua dengan membolot segala harta dan khazanah negara utk diri, keluarga dan kroni mereka?. Sah memang spesis haram jadah tak sedar diri dan tak malu malu rembat duit negara. Derma haram jadah dia!

    ReplyDelete
  14. Jangan salahkan Najib, usah marah ke menteri yang lain kerana kesemua mereka sudah kena santet. Agak2 siapa yang kuat main bomoh tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab ni gwa mula mula ingat ini semua tahyul......tapi kena batang idung sendiri....bila kena vandram...you lost everything even your soul..... see hhardy,arron djinn...hancurkan penyantet ... jh lopeh

      Delete
  15. Scorpene, kos RM7.3B... komisyen RM570M
    1MDB, kos RM42B... derma RM2.6B
    Wowwww!!! Tolak campur darab bahagi mcm lebih kurang aje peratusnya?? Rakyat miskin pinjam duit bank kena interest, Khalifah Amirul Mukminin Wasatiyah pinjam duit dapat interest... Wowwwww!!!!!

    ReplyDelete
  16. Saya tabit kpd MACC .....Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul. ...... ketua yang bertanggongjawab kpd orang bawahannya. Kalau lah sya dapat boss macam ni ... lega .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa??? Dia pun tak tahu undang2. Mana2 pegawai SPRM hanya bolih ditukarkan atas arahan Ketuanya iaitu Abu Kassim atau Shukri. Dia patut bagitahu peg2 dia supaya tidak melaporkan diri sebab dia atau Ketunya tiada keluarkan arahan bertukar.

      Buat apa dia hendak serah diri kepada perasuah Negara. Kan diJPM ada perasuah Negara dan pelindung2nya. Kerja banganglah kau kalau serah diri diJPM.

      Patut mesti ada diSPRM dan teruskan siasatan keatas perasuah Negara.

      Delete
  17. KRONOLOGI CICAK VS BUAYA(DI INDONESIA KPK/KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI VS POLISI,DI MALAYSIA SPRM VS POLIS):Sama saja Malaysia dan Indonesia.Dan waktunya juga hampir sama,hanya Malaysia kemudian setahun.Saya jadi garu kepala,kerana nilai RUPIAH jatuh begitu juga RINGGIT akibat 'TANGAN2 AJAIB BERMAIN',SOALAN SAYA?adakah ini dari 'Magic power dari Negara Jauh?'untuk wilayah kita ini?Adakah ini utk 2 Negara Islam rantau Asean?entahlah.saya hanya insan kerdil yg kurang faham hal politik dan kewangan,sebab sekolah tak 'Tinggi'.

    ReplyDelete
  18. Msia negara terbilang
    habis dilangar lanun bibir merah
    duit wan emdibi byk hilang
    bila ditanya youre fired

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila siasat you are fired too.

      Delete
    2. Sejak memecat Tan Sri Mahyudin tanpa sebab. Najib sekarang berlagak seperti ayam jantan yang sering berkokok bertalu talu menceritakan betapa baik dirinya sebagai PM. Tetapi makin hari rakyat nampak dirinya bergelumbangan dengan tahi saja.

      Pembohongan demi pembohongan yg najib buat untuk membersihkan dirinya.Rakyat makin muak dan makin menyampah kerana dalam politik seorang pemimpin mesti bersih dan nampak bersih. Najib dah tak pedulikan itu semua. Bagi Najib tetap Cash is King. I have the cash. Now l am the king.

      Delete
  19. Anda semua ingat kes Altantuya, rekod imigresen dipadamkan. Bagaimana dengan judgment motif penting tapi tak relevan kerana mengelak untuk memanggil Musa Safri dan "bosses" Musa Safri yang boleh meberi gambaran siapa arah dan mengapa Sirul dan Azilah bunuh Altantuya dengan kejam. Bagaimana dengan adik Najib, Deepak, Cecil Abraham bertungkus lumus untuk membayar Bala menukar SD atau Deepak mendapat durian runtuh bayaran Boustead dan kemudahan Bank Rakyat bila buka mulut untuk membocorkan rahsia Najib dalam kes Altantuya.

    Demekian jugalah yang berlaku depan mata kita sekarang. Zahid yalah barua Najib. IGP yalah barua Zahid. Jadi sudah tentu IGP akan main peranan penting untuk menekan penyiasat dan merampas dan menghilangkan semua bukti yang akan mensabitkan Najib dengan rasuah.

    Nasihat rakyat yang perihatin kepada pegawai2 SPRM dan Bank Negara yang diintimidasi oleh IGP dan Zahid untuk menyelamatkan Najib:

    1.Buat salinan semua bukti-bukti rasuah, money laundering, AMLA ini dan serah kepada lawyer yang neutral dalam negara dan luar negara
    2. Jika perlu lawyer boleh buat pendedahan didalam dan luar negara
    3. SPRM bukalah dan ambil tindakan fail-fail rasuah yang bertimbun mengenai Zahid, IGP, Boss2 Polis lain kerana mereka ini semua penyangak rasuah ikut boss mereka.
    4. Najib adalah PM yang kotor, korup dan penjenayah akan ketar lutut kalau bukti-bukti ini sampai kepengetahuan rakyat

    Bangkit SPRM, Bank Negara, Gani Patail.. inilah masa untuk mengikut naluri hati untuk mempertahankan hak rakyat bukan hak penyangak sial tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Altantunya pun xsetel secara betul. SPRM xde pn selidik ttg pegawai imigresen ttg hal data tak de ttg kluar masuk altantunya. Xde international report selidik xde la diorg nk selidik. Mmg semacam dgn si Razak Baginda ...tau sgt menipu dia tu. Yang lain saya setuju dengan anda. Semua kaki gangster mafia punya pemimpin. Negara ni company diorg kita ni kuli hamba. Social class org melayu skrg pn jauh sgt dh. Yg golongan kaya bertambah kaya golongan miskin lg miskin.

      Delete
  20. pembangkang satu dari komponen dalam sistem negara ini
    tak kan jumpa dengan orang pembangkang pun haram
    gaji pembangkang pun kita bayar macam gaji kerajaang jugak
    kalau kita betoi pasai pa yang takut sangat jumpa sapa pun
    apa masalah warga jabatan kerajaang jumpa wakil pembangkang yang dipilih oleh rakyat negara ini
    lain kali buat keja bagi betoi baru la tak takut kantoi
    ada paham ka

    ReplyDelete
  21. Saya pun hairan dng Peg SPRM dan ketuanya Abu Kassim. Mana ada undang2, pegawai SPRM bolih ditukarkan kecuali atas arahan Ketuanya iaitu Abu Kassim.

    Soalannya: siapa yg arah pertukaran peg SPRM ni??? Kabinet pun tak de kuasa utk arah pertukaran mana2 pegawai SPRM atau mana2 penjawat awam. Itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Art.144.

    Siapa Najib atau Zahid yg pandai2 nak tukar pegawai????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ketuanya Abu Kassim yg arahkan.....sbb pelik dan semacam Abu Kassim ni..Abu Kassim ni pun...ada kes dia juga...dia pun mau cover hal dia...

      Delete
  22. Fuhh malaysia dah sama taraf dengan korup di india...filiphine..bangla..etcdulu tgk filem tamil ja..dok maki polis..pak menteri..not its happen here in malaysia..welldone najib..zahid..moga Allah akan memberi sedikit petunjuk kepada rakyat malaysia untuk buka mata dan minda..jgn terlalu leka dgn dunia...sibuk membazir masa...bulalah minda. .lihat yg nyata

    ReplyDelete
  23. Jgn pula lupa cara MACC siasat Beng Hock dan Sarbaini!!! Melayu biol mmg mudah lupa.. aku sikit pun x percaya MACC ni mcm baguih..

    Bagi yg x pernah disiasat atas motif politik, mmg syok MACC ni buat muka kesian bila kena main dgn Najib. Bodoh la Malay ni..Fuck Off la..

    Jgn guna nama Allah sewenang2nya.. jenis totok UMNO dan PAS..mmg begini.. jaja nama Allah kehulu kehilir nak tunjuk terlebih Islam dan suci murni amalan diri..phui!!! Kebejatan MACC dan kebejatan pemimpin UMNO tidak layak menggunakan nama Allah untuk diolah persetujuan atau diolah ketidaksetujuan warga ramai.. you shud go to hell bullshit!!!

    ReplyDelete
  24. Ditukarkan ke JPM . Apa spesifikasi kerja? Cari fail.
    a.k.a disejuk bekukan. Dijadikan kera sumbang. Bilik tu takde kerja. Bilik ni menganggur. 8am-4pm duk goyang kaki. Itulah hukuman ringan paling berat kepada mereka yg suka bekerja. akhirnya minta berehenti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...