Wednesday, 12 August 2015

SOALAN MUDAH UNTUK NAJIB - MANA BAKI RM2,600 JUTA, MASIH ADA ATAU SUDAH HABIS?

Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.

Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

Sepertimana kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini.

Ini tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.

Jika benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.

Rekod dunia lagi...

Bagaimanapun, sejak wang itu ditakrifkan sebagai derma, Najib masih berkias-kias mengenainya. Beliau hanya menyatakan ia untuk kepentingan parti dan sedia mendedahkannya jika parti-parti pembangkang juga mahu mendedahkan akaun masing-masing. Namun tidak pula Najib menyatakan sedia mendedahkan akaun peribadinya.

Beliau juga enggan memberitahu siapakah penderma itu, cuma dikatakan daripada Timur Tengah. Siapakah agaknya manusia berhati malaikat yang menderma tidak mengharapkan balasan itu?

Selebihnya, untuk mengesahkan beliau menerima derma itu, Najib turut menyatakan rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan sudah mengambil wang daripadanya.

Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN dalam mempertahankan Najib menyatakan, penggunaan akaun peribadi lebih selamat berbanding akaun parti dan beliau serta ahli-ahli parti pula lebih yakin mengenainya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dalam nada yang sama berkata,  kemasukan ke dalam akaun peribadi lebih telus berbanding pemberian wang tunai kepada Najib.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyatakan amalan biasa bagi mana-mana parti membenarkan presidennya memiliki akaun amanah atas nama peribadi.

Hakikatnya, hanya para menteri yang banyak berkata-kata menyokong kemasukan wang tunai ke dalam akaun peribadi sebagai halal manakala di peringkat bahagian atau akar umbi, lebih banyak yang berdiam diri, malah mengeluh kerana tidak mampu berdepan dengan orangramai dalam isu itu.

Dalam masa yang sama, kiranya kata-kata menteri ini mahu dijadikan pegangan,  ia  memberi gambaran seolah-olah para pemimpin, ketua jabatan, guru besar, pengerusi PIBG dan sebagainya tidak dianggap bersalah jika menerima sumbangan derma ke dalam akaun peribadi mereka.

Rakyat, bagaimanapun terutamanya ibu bapa tentu pening kepala dengan pendirian menteri-menteri ini kerana selama ini mereka sering menasihatkan anak-anak agar bekerja dengan baik dan jangan mudah menerima sebarang bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk tunai, barangan, hamper atau derma sekali pun.

Anak-anak muda yang sedang belajar, terutama dalam bidang undang-undang dan pentadbiran pula terpaksa membuka lebih banyak buku untuk menjustifikasi penerimaan wang, termasuk derma, rupa-rupanya bukan lagi suatu bentuk rasuah.
Tetapi di sebalik itu, semuanya menyatakan derma RM2,600 juta itu adalah dana politik untuk UMNO bagi kelangsungan perjuangannya dalam mempertahankan kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low bagaimanapun nampaknya masih ada sedikit intergriti apabila mengatakan dana politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti dan tidak kepada akaun peribadi pemimpin.

Tak tahulah bagaimana nasib beliau dalam kabinet selepas ini...

MCA turut menyatakan dana politik untuk parti sepatutnya disalurkan  kepada akaun parti.

Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan berkata, bukan amalan parti itu mendepositkan wang ke dalam akaun peribadi presiden dan memegangnya bagi pihak parti untuk menghalang kemungkinan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.

Barangkali hanya di era Najib, derma parti disimpan dalam akaun peribadi. Ohh, ini pun mungkin rekod dunia juga!!

Okaylah...oleh kerana para pemimpin UMNO tak habis-habis berkuntau dan bersilat mempertahankan wang itu sebagai derma politik untuk UMNO, manakala SPRM pula sudah mengesahkan demikian, kita terima terima sajalah hakikat tersebut walaupun bukan dengan sepenuh hati dan masih banyak tanda tanya dalam sanubari.

Terus berhujah pun tidak ke mana-mana, cuma sekadar boleh mengurangkan lagi sokongan rakyat kepada Najib dan UMNO saja. Kalau masih mahu menghukum, tunggulah waktu pilihanraya atau pemilihan parti nanti.

Atau boleh juga ikut nasihat sesetengah pemimpin yang bijaksana, pindah saja ke luar negara atau planet Marikh kalau tidak suka negara ini....hehehe.

Cumanya, soalan perlu ditanyakan kepada Najib, kalau wang tersebut merupakan derma untuk dana politik, di mana baki selebihnya?

Apakah wang berkoyan-koyan sebanyak RM2,600 juta itu sudah habis dibelanjakan? 

Jika ada bakinya, kenapa Najib masih menyimpannya dan tidak segera  dipulangkan kepada akaun parti? Bukankah derma itu diberikan untuk UMNO dan Najib cuma pemegang amanahnya saja?

Bagaimana jika  Najib tiba-tiba meletakkan jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang mewarisi baki wang itu?

Kalau wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan berbelanja yang begitu luar biasa sekali.

Hanya kerana wang RM2,600 juta, banyak rekod dunia tercatat untuk Najib dan negara kita rupanya. (SH 12/08/2015)

34 comments:

  1. Mulai hari ni saya berhenti sekolah Dan isi borang umno agar cita2 saya untuk menjadi seperti idola saya iaitu najib yang memperolehi derma 2.6 billion tanpa tonggeng jubo Dan jual bini tercapai....umno sila terima saya!!! Umno hebat negara selamat!!!!pallaaaaaaaaa buuuuuuuttuuuuuuhhhh

    ReplyDelete
  2. Agaknya baki dpd RM2.6B itu PM Najib mungkin tak tahu ke mana perginya.
    Rasanya, yg tahu dn boleh jawab b/p beliau adalah org2 kuatnya sprt Ku Nan, Nazri Aziz dan Rahman Dahlan.
    Mari kita tunggu jawapan kpd persoalan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama2 yg mustapa sebut ni lagi penyangak besar. Mcm ku nan tu sampai buncit perut dia makan harta rakyat. Nazri nak kira apa dia tu lanun yg mempunyai lesen besar

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Agaknya baki dpd RM2.6B itu PM Najib mungkin tak tahu ke mana perginya.
    Rasanya, yg tahu dn boleh jawab b/p beliau adalah org2 kuatnya sprt Ku Nan, Nazri Aziz dan Rahman Dahlan.
    Mari kita tunggu jawapan kpd persoalan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak mus, apa kato kito buek sepakulasi.......duit dapek sebelum pru 13, tranaksi tahun 2013, tutup akaun bilo, duit sangkut kat s'pore bilo.. dlm unit...skg dah semuo sangkut....ku nan, nazri,rahman tak tau apo.....cuma tau best fren dia jeo.... itu pon dah semua arwah....jolor ko kasto ko, tu semuo diversion jeo.....pak mus keno tengok mesin imposible ompek......duik ado kat gohek ghostann

      Delete
  4. Saya rasa wang US700 juta (RM2.6 billion) kini dibekukan di singapore utk siasiatan termasuk akaun jho low, sebenarnya tidak ada satu sen pun untuk kegunaan parti ini dakyah bagi melepas diri , Yang dikuatiri ialah dasar orang munafik suka menipu ini dia akan buat apa saja untuk lepas diri dari siasiatan dan jugamembebaskan wang tersebut dari dibekukan , jadi akan digadaikan semua kepentingan negara kepada jiran tersebut ini yang saya kuatir .

    ReplyDelete
  5. Jahanam negara Malaysia ini dibuat oleh empat X Najib, Rahman, Nazri dan Adnan yang mengatakan boleh simpan dalam akaun peribadi. Masha'Allah, perkara jenayah pun mereka pertahankan. Semua orang tahu ianya salah disisi undang2. Cepatlah Najib undur. Mungkin mereka berempat ini ada menerima dalam akaun peribadi dana politik kot.

    ReplyDelete
  6. Zaman Tun M,
    Pemimpin mesti bersih, dan kelihatan bersih.

    Zaman Jibby,
    Pemimpin mesti tolol, dan kelihatan tolol... Supaya rakyat pasrah dan tak banyak tanya. Hahahaha.. Jibby jibby... Apa nak jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ini ingat negara ni bapak dia punya

      Delete
  7. why ringgit getting weaker? supaya banyak tourist (spore) masuk? ksian org johor smakin mahal barang....tapi coba main maths sikit:
    usd700, katakan dibelanja or masuk kocek usd200, tinggal usd 500 simpan di spore. jika di tukar hari tu, cuma dpt myr1.9. (2.6 =700)...
    jdi biarlah ringgit free fall... utk jadikan usd 500=2.6? whoaw! usd1 =myr5.2??? impossible...
    tapi beza 0.3 dah buat duit xtra 150!!

    ReplyDelete
  8. Ada berita kata baki duit itu telah dipindahkan ke singapura dan pihak singapura dah bekukan akaun duit itu. Persoalan akaun tu atas nama sapa plak?

    ReplyDelete
  9. Rasa-rasa korang,2.6bilion ada kaitan dgn mh370@mh17 tak?

    ReplyDelete
  10. Yang paling bodoh ialah sesiapa yang sokong Najib selama ini !!!!

    Abang Najib kita ini apa dia peduli ... dia kaya, mewah, berkuasa ... yang penykong totok UMNO selama ini sekarang ini kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... bisinglah kamu semua sekarang ....nasi sudah jadi bubur busuk.

    Itulah selama ini kita dah kata pimpinan UMNO ini jangan percaya ... kamu semua tak peduli... nah rasakanlah... padan muka ..

    ReplyDelete
  11. Tuan Shah,

    Saya rasa negara kita dah sampai hari ni dah sampai ke tahap mempunyai seorang PM Gila Babi dan dipimpin oleh pimpinan dari parti yang juga menuju ke arah menjadi Gila Babi. Macam mana mungkin seorang PM dan pemimpin yang waras boleh menghalalkan perbuatan begitu dan menganggapnya satu amalan yang normal dan bukan luar biasa walhal ianya berkaitan urusan kewangan walau pun derma yang tentunya satu jumlah wang diamanahkan melainkan PM dan pimpinan begini memang jenis gila babi aka gila duit dan mata duitan. Ucapan dan ulasan kelompok manusia macam ini yang cuba menghalalkan perbuatan mereka merupakan signal jelas bahawa kelompok ini memang bukan golongan pemimpin yang amanah dan jujur. Jika mahu negara selamat, mereka mereka ini perlu dijatuhkan secepat mungkin dari hiraki kepimpinan walau dengan apa cara jua. Tidak mustahil negara ini akan ikut menjadi gila babi dan caca marba jika pimpinan jenis Gila Babi ini terus dibiarkan berkuasa dan mentadbir negara.

    ReplyDelete
  12. Selamat jalan Najib. Selamat jalan kabinet 1MDB. Kamu semua berada dihujung nyawa.
    Kali ini seluruh rakyat Malaysia akan menghukum kamu.Pilihanraya umum ke 14 pasti datang. Kamu semua akan ditelanjangkan rakyat. Tiada ampun tiada belas kasihan. Dosa dosa kamu akan mendapat pembalasan.
    Pembankang... kami bersama kamu sekarang.Undi kami untuk kamu dgn syarat kasi masuk jail semua pengkhianat pengkhianat negara ini. Rampas semua harta benda rakyat yg mereka curi. Biar mereka ini hidup dalam penuh kehinaan sepanjang hayat.Atau pun biar mati saja di dalam penjara.

    ReplyDelete
  13. Tu lah..orang tua sudah cakap...hal duit dan "b___it" tak leh caya!! Itu pun ada kaki nak kelentong..! Cih! tak boleh harap...

    ReplyDelete
  14. Bukan saja gila babi tapi juga jenis haram jadah. Sebab duit akai pun jadi jenis akai longkang mat lalok. Berkecai altantuya tentu sebab bu.it dan duit..yg terbaru ni pun sebab duit..mmg najib ni jenis shit. Mampuih lagi baik.

    ReplyDelete
  15. Macamlah penulis tak tahu mana lagi baki RM 2500juta selepas RM 200juta diagihkan kepada ketua2 bahagian dan ketua2 cawangan umno seperti dakwa Najib.( cuma Mahyuddin dan Shafie Afdal melepas). Cuba singkap sarung2 bantal dan tilam serta bawah katil di Sri Petdana.

    ReplyDelete
  16. Macamlah penulis tak tahu mana lagi baki RM 2500juta selepas RM 200juta diagihkan kepada ketua2 bahagian dan ketua2 cawangan umno seperti dakwa Najib.( cuma Mahyuddin dan Shafie Afdal melepas). Cuba singkap sarung2 bantal dan tilam serta bawah katil di Sri Petdana.

    ReplyDelete
  17. Dulu geng geng Umno mengutuk PAS sebab kutip derma dalam tin Milo dan duit derma tak tahu entah kemana. Sekarang apa bezanya derma 2.6B dengan derma tin Milo PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada beza.......dua dua melayu ngok.....buat malu kat bangsa bangla jee,.......dulu mat indon perli'' kalau bukannya kami jadi kuli batak,msia ngak ada bangunan macam sekarang''.......skg nak impot 1.5m mat bangla......hancuss msia

      Delete
  18. Dua dua Najib kena. 1. Duit itu derma BUKAN derma pada UMNO. Atas kapasiti peribadi. Najib salah. Kerana org kerajaan tak boleh terima derma. 2. Duit itu derma pada UMNO. Najib salah.( rujuk video beliau). Memang org UMNO x leh jwb. Kiri kanamn kena kilas.

    ReplyDelete
  19. Najib tetap senyum..duit ada dgn aku ...cakap la apa pun ..duit tu aku punya ...sampai lubang cacing pun duit tu masih aku punya...raja bole ku suap..hakim boleh aku ketuk..ini kan kamu rakyat yg masih mengharapkan BRIM yg aku bagi..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Hari ini dlm sejarah slogan utk hari kemerdekaan tahun ini telah diciptakan lebih awal.#tangkap najib.sesiapa yg telah mencipta slogan itu harap dpt menghubungi urusetia utk menerima hadiah.manakala penerima derma @perasuah terbanyak akan menerima sijil guni book on rekod n hadiah pakej perlancungan seumur hidup ke mankasar berserta gelaran tuntung sekiang tq

    ReplyDelete
  22. Derma haram jadah apa cam gitu.pemimpin apa cam gitu.rakyat kebulur kena gst dia kaya raya dpt derma buat joli katak.tak lama nak mati terpenyet cam katak la tu.

    ReplyDelete
  23. HANYA ADA 2 KATOGERI MANUSIA SAJA YANG BOLEH PERCAYA PENJELASAN NAJIB BERKAITAN 1MDB DAN RM2.6 BIL DALAM AKAUNNYA:

    1. MANUSIA YANG MEMANG BODOH DAN RENDAH IQ
    2. MANUSIA YANG ADA KEPENTINGAN DIRI

    2 JENIS MANUSIA NI MEMANG RAMAI DALAM UMNO BN

    STOP

    ReplyDelete
  24. Hai yaa aa ! apa macam tanya lor rr .

    Lu jaga lu punya luit maa aa , itu Najib jaga lia punya luit , apa pasat mau tanya maa aa .

    Sendili punya akaun , mesti punya luit lor rr , apa pasat mau tanya .

    Kalau mau UBAH ,kasi UBAH saja maa aa ,tatak perlu manyak tanya lea aa .

    ReplyDelete
  25. La ni, wayang bab 2, main actor, sama cerita Us 007b dan imbeede. bab 1 mongolia sirul ,c4 ,sd2, baginda,bala semua lari dan mati.Malaysia betul betul kelapa pandan muda dimakan dan telan.

    ReplyDelete
  26. Confirm najib mesti terkencet bila nak jawap mana baki wang 2.6billion tu,last-last nanti dia jawap er...tunggu audit.

    ReplyDelete
  27. Saudara/saudari.....

    Semua kemelut yang terjadi saya simpulkan dengan satu ayat " tidak memilih ulamak sebagai pemimpin".

    Buktinya, di bawah kepimpinan Almarhum TGNANM, bagaimana beliau mentadbir Kelantan. Seorang manusia yang takutkan Allah dan takut yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin ummah.

    ReplyDelete
  28. Mungkin tak makan pokok,tetapi bunga macam mana?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...