Saturday, 15 August 2015

BETUL KATA WANITA UMNO LANGKAWI, NAJIB PERLU PERGI BERUBAT...

Apabila Abdul Rahman Dahlan mengatakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri terbaik sehingga ini, terutama dalam konteks menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak, ramai yang ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala.

Ini kerana, isu besar yang sedang melanda negara dan diperkatakan di seluruh dunia ketika ini ialah mengenai wang derma sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimana beliau boleh digelar terbaik sedangkan ada wang RM2,600 juta pernah mengalir ke dalam akaun peribadinya?

Tambahan lagi, Najib juga tidak pernah jujur mengaku mengenai wang itu, meskipun ia sudah masuk ke akaunnya sejak 2013 lagi.

Jadi, di mana terbaiknya Najib itu?
Terbaiknya Najib, barangkali ialah kemampuan beliau untuk tidak peduli dan seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan, malah tetap suci bersih di sebalik semua orang sedang memperkatakan mengenai dirinya dan mengaitkan dengan wang tersebut.

Meskipun SPRM sudah membersihkan namanya dengan mengatakan wang tersebut merupakan derma, beliau sebenarnya masih dibicarakan dari sudut moral oleh seluruh pelusuk dunia. Pemimpin tidak saja perlu bebas daripada mahkamah undang-undang, tetapi juga mahkamah rakyat yang melihatnya dari sudut bersih dan kelihatan bersih.

Semalam, beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang bertujuan mengawal selia pembiayaan dana politik bagi memastikan kebertanggungjawban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat.

Jawatankuasa ini juga katanya, akan menimbang semua aspek, termasuk perubahan institusi, pemantauan, penguatkuasaan undang-undang serta peraturan baru mengenai pembiayaan politik di negara ini.

Mungkin tidak menghairankan jika yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa ini bukan Najib atau sekiranya ketika membuat pengumuman ini beliau tidak dibelenggu dengan isu derma politik sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tanpa memperdulikan semua orang sedang bercakap mengenainya di samping desakan agar beliau berterus terang mengenai wang tersebut - siapa pendermanya, apa tujuannya menderma sebesar itu, bagaimana ia dibelanjakan dan mana baki selebihnya, Najib memang "terbaik" dalam konteks mempersembahkan dirinya seolah-olah pemimpin paling bersih dan berwibawa.

Ketam di tepi pantai yang sedang mengajar anaknya berjalan pun boleh kalah dengan kehebatan Najib ini!!

Bukankah sebelum menubuhkan jawatankuasa ini, Najib seharusnya jujur kepada dirinya dan kepada seluruh rakyat mengenai wang RM2,600 juta itu terlebih dahulu?

Sebelum ini pula, dalam mempertahankan mengenai derma politik itu, beliau juga berkata sedia mendedahkan akaun UMNO jika parti-parti pembangkang turut sama-sama berbuat demikian.

Ini pun terbaik juga. Yang dibangkitkan ramai sebenarnya ialah akaun peribadinya tapi yang sedia didedahkannya pula akaun UMNO. 
Namun demikian, apabila beberapa parti pembangkang satu demi satu sedia menyahut cabarannya, Najib tidak lagi bercakap mengenainya. Mungkin sedang mencari idea lain agaknya.

Minggu lepas, menjadi viral di media sosial apabila perwakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saaduddin mengkritik keras Najib dengan dakwaan telah "kencing" tiga juta ahli UMNO dan menyarankannya agar pergi "berubat" dengan segera.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan cara teguran beliau itu, lebih-lebih lagi tidak lama sebelum itu Najib juga dikatakan sebagai Perdana Menteri terbaik yang pernah kita ada.

Tapi nampaknya ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Anina - Najib perlu segera dibawa "berubat" sebelum UMNO dan kerajaan terus menjadi bahan persendaan dalam banyak tindakannya yang orang Cina kata "cakap tak serupa bikin." (SH 15/08/2015)

46 comments:

  1. Agak2 Najib sedekah berapa ringgit yang boleh buat dia dapat rm2.6 billion?

    http://kachipemas.blogspot.com/2015/08/belanja-pak-cik-tiket-rm2-gadis-dibalas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+ApaKhabarOrangKampung+(Apa+Khabar+Orang+Kampung)&m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Kau ni mmg bangang...x faham bahasa...judi harammmmmmmmmmmm m

      Delete
    3. Indon tu memang tidak tahu malu.
      Kalau nak berjudi balik indon lah.Jangan bikin sial di Malaysia

      Delete
  2. Hai yaa aa ! , itu Najib atak apa sakit ?, kesian maa aa itu macam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lanjiou lu la.Lu pi konkek lu punya china doll lagi bagus maa.

      Delete
  3. Ubat kan najib? Hahahaha
    Apa komen org seri menanti... perkara ni penting ni...(tempat asal usul rosmah)....takkan senyap je. Kan anda semua lebih tahu apa yg telah terjadi....malah ada yg jadi org tengah lagi....kan? Tlg sahkan pernyataan anda.WAJIB. Jika tidak anda telah menfitnah beliau,tak kira lah walaupun anda saudara rapat beliau.

    ReplyDelete
  4. ubat round up is the best medicine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paraquet lagi bagus.Padam terus.

      Delete
  5. Bukan Najib sorang saja yg perlu pergi berubat. Semua kabinet 1MDB pun kena pergi check otak mereka.

    Huru hara hari ini yg dikatakan oleh Keruak itu angkara siapa????Kalau bukan angkara Najib, Keruak, Mat Maslan, Rahman Dahlan, Tengku Nan, Nazri Aziz dan ahli kabinet IMDB atau Kabinet yg dianggotai oleh kerbau kerbau belaka.

    Najib bukan lagi PM tapi TOYOL .

    Mat Maslan yg kononnya bijakpandai tetapi menyampaikan konsep dan message perlaksanaan GST pun tak tahu. Bijakpandai ker begitu? Atau bodoh sombong mcm Toyol taukeh 1MDB dan 1Malaysia?

    Kalau diri sendiri bodoh. Jangan ingat rakyat pun bodoh dan bangang mcm kamu semua.

    Jangan tuduh Tun Mahathir yg bukan bukan. Jgn jadikan Tun yg kami muliakan Tun yg kami sanjung sebagai kambing hitam.Rakyat lebih faham dan senang faham apa yg Tun perjelaskan. Hidup mati kami pun tetap bersama Tun. Kami sayangkan Tun sebagaimana kami sayangkan tanah air kami. Hidup mati kami tetap di sini.

    Kami tidak memerlukan Najib dan kabinet 1MDB untuk memimpin kami. Kamu semua tidak layak untuk bergelar pemimpin kepada kami. Kami tidak pernah rasa sedikit pun terhutang budi kepada kamu.

    Huru hara yg berlaku hari ini adalah angkara tangan dan otak kamu semua. Janganlah bersusah payah untuk menjadi hero kepada kami. Dalam erti kata yg lain kamu semua tidak kami perlukan lagi.

    Toyol dan kabinet 1MDB adalah lanun, perompak dan pencuri duit rakyat dan harta negara. Jangan kamu fikir rakyat akan melepaskan kamu begitu saja tanpa dibicarakan dan dihukum dengan hukuman seberat beratnya.

    Hari hari terakhir kamu dalam politik tanah air pasti berakhir. Hanya masa saja yg menentukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TEPAT. Buat taik sana sini lepas tu salah kan pihak lain. Dah la jadi toyol bangang pulak takut kat toyol betina.. Ingat! Msia ni bukan bapak kau punya. Masa tetap akan sampai kalian semua akan tersungkur hina. Tu janji Allah....bukan janji saya pasal kau semua zalim dan bodoh gaban. Dah la bodoh.....sombong pulak. Duit banyak otak udang mcm bangkai bernyawa. Anak bini semua makan duit haram...bangga bini banyak....bukan ramai! Binatang la tu....

      Delete
    2. Memang olahan terbaik.Rakyat memang amat kecewa apa boleh dibuat oleh rakyat cuma rakyat dpt bersabar menunggu masa PRU 14 utk menghukum TOYOL yg mencuri dan semua menteri2 1MDB yg dipilih oleh Toyol tersebut.

      Delete
    3. highlight hari.ni
      a. r dahlan kata cabinet tak lantik task force siasat Najib..MaCC tu berfungsi atas arahan kabinet ke? Mrk bertindak atas undang undang akta yg telah digubal. bukan atas arahan kabinet dapur. lg pulak toyol tu buang AG Patail secara kontroversi.. tak pulak dia ckp pasal tribunal atau bdn khusus yg melucutkan jwtn Patail. inilah menteri pilihan toyol yg rakyat bole tepinga2 akan "kepintaran"mrk

      b. Toyol cakap semua derma adalah "hak ekslusif" tuan presiden. bole masuk akaun pribadi dan org lain khususnya termasuk pembangkang tak bole ambil tahu hak ekslusif akaun pribadi presiden toyol
      c.menteri jaga internet ketiak busuk kata dulupun TDM ada dpt derma dr pak arab..tapi yg dia dah buta dan tak nampak ialah duit derma itu (entah betul fakta dakwaan) bukannya masuk akaun peribadi TDM. Lagi satu bukti bgm pintarnya mentri pilihan toyol sebab kelayakan asasnya ialah kesetiaan bukan kepada rakyat tapi kpd toyol
      d. toyol sebut baru2 ni kita mesti cinta parti..tapi boleh disangsikan sesangsi sangsinya dia faham akan apa yg disebut2 oleh ahli2 parti dlm konteks yg diutarakan... he is completely clueless and could also be said like to be clueless in the hope that rakyat can and will be fooled
      e. rafizi hari ni kata kalau nk undi tak percaya mesti lepaskan boss dia, haa,,inilah bukti bgmn we are all doom and Malaysia is waaaayy behind any developed countries to become successful. yg belah satu parti ketuanya kata cash is king ...dan tentunya wakil2 yg bole dibeli.. akan.memilih presiden seumpama ini...yg parti lawan pulak tak kisah kalau negara ini diketuai oleh perompak..sebab ketua mrk mesti dibebaskan baru ada sokongan utk undi tak percaya. Bolehlah dikatakan pd tahap ini Malaysia = Malangsia

      Delete
  6. Semoga allah turunkan laknat keatas pemimpin yg rasuah penipu rakyat tetapi mengaku dirinya bersih ameen

    ReplyDelete
  7. Semoga allah turunkan laknat keatas pemimpin yg rasuah penipu rakyat tetapi mengaku dirinya bersih ameen

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HOI....Mangkuk nomor togel ke bogel ke JGN menyemak kat sini mcm bangkai.

      Delete
  9. Pelik betul tindakan tindakan pm Sejak akhir ni....mcm bagus je....ni cubaan nak alihkan isu Pokok. 2.6b

    ReplyDelete
  10. Hari ini diberitakan Zahid Hamidi "tidak akan membenarkan" undi tidak percaya terhadap panglima bugis. Konon ianya menentang/bertentangan amalan demokrasi. Tapi org yg berani dgn skandal 2.6bilionnya sepatutnya perlu berani akan undi tidak percaya, spt yg diamalkan byk negara demokrasi. Tapi tentunya panglima bugis tak mahu benarkan undi terlibat, sbb dia sendiri tahu betapa hodihnya keadaan dia skrg. Dlm Perlembagaan sudah menyatakan Agung berhak melantik PM baru yg mempunyai kepercayaan majoriti..inilah peranan Agung bila ada krisis.. dia bole menggunakan kuasa yg disebut dlm Perlembagaan ...cuma mrk yg tak mahu amalan demokrasi sebenar diamalkan yg harus pihak Polis , pihak tentera dan pihak berkuasa tangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi tidak percaya terhadap kepimpinan pemimpin adalah sebahagian dari demokrasi.

      Delete
    2. Kalu semua ahli parlimen nak buat undi tak percaya, zahid nak buat apa?

      Delete
    3. Bersungguh sungguh nampaknya zahid mempertahan Najib TOYOL negara ni.

      Rupa rupanya Najib ni adalah peliharaan zahid dan kabinet 1MDB

      Delete
    4. woitt mat maslan dah dapat rm2 juta, berapa pula yang najib tawar pada zahid?mat jawa ni tak paham politik macam mana boleh jadi ahli politik.ini mesti salah anwar brahim.

      Delete
    5. Mana Najib n Zaid berani...pemilihan umno pun ditangguh.
      ...takut kalah...mana penyokong tiga juta?...tp Saya yakin tak semua ahli umno penakut n pembodek...



      Delete
    6. Dia mengaku saja tiga juta untuk sedapkan hati sendiri di samping nak tipu orang kampong.

      Dalam keadaan gawat macam ni pun dia masih nak menipu lagi. Dia ingat semua orang kampung ni kerbau macam dia. Dia masih sayangkan jawatan dia lagi. Dia masih gilakan kuasa juga. Kuasa yg boleh membeli masa untuk menyelamatkan nyawa dia.

      Betul ker Najib tiga juta????
      Tiga juga inilah yg sekarang ni nak tendang kau keluar dari Putrajaya.

      Sedar diri lah sikit Najib oiiiii...Dulu memanglah kau dikenali sebagai Perdana Menteri. Sekarang ni kau lebih di kenali sebagai Toyol Negara. Ada faham cakap Melayu???

      Delete
  11. Berubat... Dlm kata lain, p Darul Syifa' atau perubatan Islam yang lain, check adakah najib dah kena nasi kangkang. Sbb nampak sudah jadi bodoh sgt. Kita kena ingat yang wanita di sisi beliau adalah seorang wanita yang sgt ambitious. Kita boleh baca sejarah, betapa ambitious nya beliau sejak hari pertama lagi beliau cuba hendak mendapatkan najib. Dan skrg ni, segala tindak tanduk PM kita serta keputusan beliau dalam kerajaan / negara kebanyakannya dipengaruhi oleh isteri beliau. So, lebih baik pegi check, mungkin dah kena buatan orang / kena nasi kangkang ke atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama mana nat idup...10 thn,20thn....kalu umo tu muda tak pe lah....yng senang anak antu,cucu cicit birit yg belum tentu doa untuk mak bapak....... mamat lacak mesti bengang baca ni...

      Delete
    2. Isteri yang dibeli

      Delete
    3. berubat kat darul sifa'..........xpayahlah,bapak jinn dah kono d'sepak....approved wats pea no nuts is doing... mangau oohh mangau laa

      presideng parti mencalat sotong
      sotong dibuat gulai lomak
      ngorat ungok kunun nak untong
      hudud tak dapek, kono kiki mak

      Delete
  12. NAJIB adalah manusia yg sebaik baik umat yg ALLAH jadikan...NAJIB juga tidak MENIPU..dia tidak pun makan duit RAKYAT ..dia tak sekali kali tidak membela KEHIDUPAN RAKYAT ..dia selalu bersikap terbuka..dia adalah Manusia Lurus ..dia orangnya BERKEPERIBADIAN..BERAHKLAK MULIA ..BERJIWA NABI.. tapi RAKYAT YANG SUKA BERBOHONG PADANYA ..SUKA MENGHINA AKALNYA..MENJATUH KAN AIRMUKANYA..MERENDAHKAN MARUAH KETURUNANNYA..SUKA SANGAT MENCARI KESALAHAN KECILNYA DAN SUKA BERKATA DUSTA KEPADANYA..manakan tidaknya..sehingga hari ini tiada Rakyat Malaysia yang sanggup Menampar Mukanya selain memanggilnya KENCINGKAN penyokongnya.. Yang sepatutnya pergi berubat ialah RAKYAT SENDIRI sebab Berkomen Tanpa TINDAKAN...macam kita marahkan nyamok..kita tampar terus Nyamok Mati Berdarah atas lenggan kita ..mahu pun di atas pipi kita..KALAU SETAKAT ISU NYAMOK DINGGI PUN RAKYAT TAK AMBIL BERAT INIKAN ISU DUIT ATAUPUN MENTAL NAJIB...rakyat perlu jumpa BOMOH macam mana nak SANTAU NAJIB ..itu pun kalau tidak menjadi kerja kurafat yg boleh menjejaskan Akidah UMAT MELAYU yg rasa islam..jom fikir fikirkan macam mana nak BERUBAT JIWA KITA SEBAGAI RAKYAT yg di takdirkan ke atas kita oleh yang maha berkuasa iaitu ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah emosinya komen diatas ni.. Betoi najib salah tapi utk komen kita kena ada cara baik juga.. Sokong najib kena undur.. Ramai yg dah tak sokong lagi.

      Delete
    2. Wah emosinya komen diatas ni.. Betoi najib salah tapi utk komen kita kena ada cara baik juga.. Sokong najib kena undur.. Ramai yg dah tak sokong lagi.

      Delete
    3. Tuan Jengoi sat

      Cuba bagi satu contoh terbaik bagaimana nak bagi komen untuk TOYOL NEGARA ni.

      Najib TOYOL NEGARA.

      Delete
    4. Bijak....bijak ntn

      Delete
    5. Komen Doa la sungguh2 supaya najib undur dan jangan sokong lagi apa saja yg najib buat. Yg paling penting pru nt pakat2 tolak umno kalu masih kekalkan najib dlm umno. Kita komen buruk2 pon bukan bukan boleh ubah po keduduan najib la ni.. Kecuali ada gerakan yg kuat yg dapat kita joint utk tolak najib kita kena ikot. Contoh komen yg bekesan ikot macam muhyidin.. Org mcm najib patut di tolak

      Delete
  13. Mari kita doakan yg terbaik utk m'sia.krn dia lebih mengetahui segalanya & berkuasa keatas nya

    ReplyDelete
  14. disamping doa kena ada usaha untuk betulkan
    yang perlu turun turun jangan duk tunggu lagi
    bagi laluan

    ReplyDelete
  15. biar masa yang menentukan segala dosa yang dibuat oleh Toyol ini.....la!
    tak guna kita maki hamun disini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong.. Tak guna maki hamun.. Cuba buat blog mcm tuan shah kita.. Dia taksuka najib tapi komen(tegur cara yg patut) dgn cara yg agama anjur la. Harap usul undi tak percaya berjaya turunkan najib

      Delete
    2. Nak tau blog maki hamun pegi blog pihak sebelah....memalukan.

      Delete
    3. Jengoi...jengoi..luku kepala baru tau.

      Delete
    4. Biasa la manusia jengoi. Ajak buat baik pon nak kena luku balik

      Delete
    5. Kalau nak ajak buat baik bagi salam dulu...itu amalan kita.
      jangan jengoi jengoi tak tentu pasal. Kena dgn alu lesung padam terus kot

      Delete
  16. Jibby oh Jibby
    Kenapa kau mencuri

    Macamana aku tak mencuri
    Rossy kuat joli, rossy kuat joli

    Rossy oh Rossy
    Kenapa kau kuat joli

    Macamana aku tak kuat joli
    Aku kan first lady, aku kan first lady

    ReplyDelete
    Replies
    1. First lady apa jadahnya
      Mcm beauty and the beast saja

      Delete
  17. kj mimpi sedap......dah kena mandi wajib, maknanya dah akhil baliqh ,
    boleh jadi bapa....bapa APA?...itu pandai bos,nak jadi apa

    go for your gold...btw LVG of mu sucks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...