Jika pesalah itu dapat melarikan diri pula, dia lebih dikecam lagi kerana dianggap tidak menghormati undang-undang dan hanya "berani buat tapi tak berani tanggung" atas perbuatannya.
Yang lain akan memperlekeh, "berani buat, kena beranilah tanggung" manakala yang budiman pula akan berkata, "sebab itu kena fikir sebelum buat sesuatu".
Tetapi kelaziman itu berbeza dengan Sirul Azhar Umar, pesalah yang dijatuhkan hukukan mati bersama Azilah Hadri oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh model kelahiran Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Ketiadaannya di mahkamah ketika hukuman mati dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke Australia sejak dua bulan sebelum itu, sebaliknya lebih mengundang pujian dan sanjungan. Beliau dianggap bijak dan berotak geliga, bukan saja kerana melarikan diri tetapi juga sebab memilih Australia, sebuah negara yang tidak melaksanakan hukuman mati, sebagai destinasinya.
Walaupun Sirul kini sudah ditahan oleh pihak berkuasa Australia berikutan Interpol sudah meletakkan tanda merah pada namanya, namun dilaporkan beliau juga ditahan di pusat tahanan berkeselamatan tinggi di Sydney.
Australia pula mustahil memenuhi tuntutan Malaysia agar Sirul dibawa pulang berikutan undang-undang negara itu menghalang seseorang yang bakal dihukum mati daripada diekstradisi. Mereka hanya sedia menghantar pulang jika hukuman mati dikurangkan kepada penjara saja.
Sekiranya ada pula usaha kerajaan Malaysia untuk melakukan ekstradisi melalui saluran mahkamah di Australia,m peguam Sirul di negara ini sudah pun berikrar untuk melawan dan mempertahankan hak anak guamnya daripada menerima hukuman tali gantung.
Dalam masa yang, selain kerajaan Australia, rakyat dan pejuang-pejuang hak asasinya sudah tentulah akan bermati-matian mempertahankan undang-undangnya mereka sendiri yang menghalang ekstradisi hukuman mati itu.
Secara hukum akal, memang nampak mustahil untuk melihat Sirul dapat dibawa ke Malaysia untuk menjalani hukuman matinya. Beliau kini nampak selamat berada di Australia - sekurang-kurangnya daripada jerutan tali gantung, walaupun diletakkan di sebuah pusat tahanan.
Berserta pujian dan sanjungan atas keberaniannya melarikan diri serta dianggap cerdik kerana memilih Australia sebagai destinasi pelariannya, Sirul kini semakin kuat diminta mendedahkan semua kebenaran mengenai pembunuhan Altantuya daripada negara kangaroo itu.
Jika dinilai suara rakyat melalui media sosial dan perbualan hari-hari pelbagai kelompok masyarakat, tiada satu pun yang menyalahkan Sirul kerana melarikan diri itu. Kesalahan lebih banyak diletakkan kepada pihak polis, Imigresen serta pendakwaraya yang gagal menghalangnya daripada lesap begitu saja.
Setelah berjaya melarikan diri dan mengelak hukuman mati, ramai yang menunggu beliau mendedahkan semua kebenaran mengenai pembunuhan Altantuya dari Australia. Jika tindakannya melarikan diri sudah dianggap cerdik dan berani, mendedahkannya pula, bagi kebanyakan orang, pasti akan menjadikannya sebagai "hero".
Ramai yang ingin tahu siapakah yang mengarahkannya melakukan pembunuhan itu? Walaupun buat pertama kali dalam sejarah, mahkamah membuat keputusan motif tidak penting dalam pembunuhan Altantuya ini, lawak jenaka ini hanya dapat dihentikan jika Sirul berani mendedahkan segala-galanya.
Apakah pula maksud keterangannya di mahkamah sebelum ini bahawa beliau adalah "kambing hitam" semata-mata? Dalam masa yang sama, sebagaimana pengakuan Sirul kepada ibunya bahawa beliau diarahkan oleh seseorang, inilah juga masanya untuk mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan itu?
Ramai juga ingin tahu siapakah yang dihubunginya daripada Puncak Alam, tempat Altantuya diletupkan dengan bom C4 sebaik tugas membunuh itu selesai sebagaimana yang direkodkan dalam log telefon bimbitnya?
Sejujurnya kes perbicaraan melibatkan Altantuya terlalu banyak peliknya. Selain motif dianggap tidak penting, DSP Musa Safri yang ketika kejadian merupakan ketua pengawal peribadi Najib Razak tidak dipanggil memberi keterangan, keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Razak Baginda juga tidak dirayu oleh pihak pendakwa.
Berbeza dengan kes liwat Anwar Ibrahim yang juga dianggap berprofil tinggi, keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Ketua Pembangkang itu bukan saja pantas dirayu, bahkan pasukan pendakwaraya juga ditukar dengan diambil alih oleh Shafee Abdullah yang lebih dikenali sebagai peguam UMNO, walaupun berulangkali cuba menegakkan benang lembab bahawa kes itu tidak melibatkan UMNO dan kerajaan.
Semua kesangsian dan tanda-tanya yang masih berbaki di hati rakyat, khususnya mengenai Najib dan Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya hanya terungkai jika Sirul memilih untuk berani bercakap dengan berpaksikan kebenaran dalam kata-katanya. Siapa pun meragui bagaimana seorang polis UTK boleh membunuh dan meletupkan seseorang yang tidak dikenalinya, kecuali ada arahan yang diterimanya.
Realitinya, memang tali gantung sudah semakin jauh daripada leher Sirul. Sama ada selepas ini beliau terus berada di Australia atau berjaya dibawa pulang ke Malaysia, yang menunggunya bukan lagi hukuman mati.
Tetapi jika berani mendedahkan kebenaran pula, selain dapat membersihkan namanya, gelaran "hero" juga sedang menunggunya. (SH 25/01/2015)
Sdra Shah, kami yang jauh dari ibu kota KL pun hairan mengikut perkembangan kes Altantuya. Bagaimana mahkamah boleh membuat keputusan seperti itu. Apakah mahkamah sudah hilang identiti nya sebagai penegak keadilan?? Kamu akan tunggu penghabisan cerita dongeng ini.
ReplyDeletela nape lak ko heraan..aku dah 50 tahun idup nie lagi x heran..sehjak dulu,m kini dan selamanya mmg 1malaya tu mmg cam nie..nak heran buat apa? kejap ada kejap x de, x motif, hakim tu pun blh letupkan kambing kek kandang dia..kah..kah..kah..idup 1malaya..esok-esok, bala besar akan datang..1MDB-1MalayaDahBangkrup...elokla migrate..nnti 1malaya nie akan jadi Banglasia kah..kah..kah..?
DeleteAku pun dah nak nak masuk kubor ni, tapi mahkamah kat malaysia ni masih tahap mahkamah taraf negara afrika saja.tangkap musa, tangkap najib, tangkap baginda semua boleh beres.yang peguam keling tu boleh humban masuk laut.
Deletesebelum ditahan di negara kangro tu kalau tidak ada jugak persediaan yang dibuat untuk pertahankan diri memang nampak bodo la sangat mamat ni.
ReplyDeletelakonan ni untuk bagi ancaman kepada yang berkenaan
Hanya Sirul yang mampu untuk membuka jerutan tali gantung dileher Azilah. Inilah masanya untuk Sirul menyelamatkan nyawa pegawainya.
ReplyDeleteTuan
ReplyDeleteInilah nasib penjawat awam kalau kuat membodek. Ke2 2 orang ini ini sebenarnya telah merelakan diri mereka menjadi kambing.Ingatlah semua penjawat awam jangan terlampau mengikut arahan orang2 politik.
Orang politik buat kerja tanpa SOP. Mereka boleh berbohong. Mereka boleh berjanji. Mereka boleh derhaka kpd Agung. Mana ada tindakan terhadap mereka tetapi pejawat awam , buat saja undang2 sudah menunggu.
Oleh yg demikian, sebelum mengikut arahan fikir dan renung dahulu.kalau dah kena macam ke2 pegawai ini menyesal tidak berguna lagi.
Tuan Shahbudin,
ReplyDeleteAndaikata ruang yang ada dan tersisa ini tidak dipergunakan oleh Sirul sebaiknya untuk mendedahkan siapa dibelakang tabir kes pembunuhan Altantuya ini yang beliau dakwa dirinya "dikambing hitamkan", berarti Sirul cuma mencipta sensasi untuk mendapatkan simpati orang ramai.
Samada ianya dilakukan atas kemahuan Sirul sendiri atau pun atas arahan pihak tertentu, hukuman mati tetap menjadi balasan buatnya. Dengan mendedahkan nama pihak ketiga yang menjadi master mind, ia tidak akan mengubah nasib Sirul. Oleh itu adalah baik Sirul ikut mengheret mereka mereka yang membuka "pintu neraka" kepada beliau ini agar ikut bersama mendapat balasan setimpal. Orang ramai akan kekal mempercayai Sirul jika pendedahan segera beliau lakukan atau orang cuma akan menganggap Sirul hanya mereka cerita untuk menagih simpati.
Segala galanya ditangan Sirul sekarang. Peluang kini terbuka dan beliau perlu lakukan sesuatu. Malah peguambela Sirul harus lebih bertanggungjawab untuk membantu dan tidak perlu teragak agak untuk memastikan kebenaran tertegak. Orang ramai juga sedang melihat dan menilai peranan peguam Sirul ini,
Pada pandangan says..semua Ni drama je.. Lojiknya mengapa azila masih membisu..sedangkan dia lah sepatut bersuara tentang ketidak adilan Ni...kawan dia terlepas.. So dramatiknya plot perceritaan
ReplyDelete