Thursday, 8 January 2015

Haru Betul...Bakal Setiausaha Kerja UMNO Diminta Jadi 'Protege' Terlebih Dahulu


Antara rungutan paling banyak kedengaran mengenai UMNO dalam era kepimpinan Najib Razak ialah berkaitan dengan watak Setiausaha Kerja di ibu pejabat parti itu iaitu Abd Rauf Jusoh yang tidak mesra, berlagak dan tidak menyumbang kepada pentadbiran yang lebih baik.

Sejak memegang jawatan itu seiring dengan Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 2009, beliau dilihat lebih banyak menjadi beban berbanding aset kepada parti.

Namun demikian, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan itu kerana hubungannya yang rapat dan sering menampakkan wajahnya di belakang Najib dalam banyak program anjuran UMNO.

Melalui jawatannya sebagai Setiausaha Kerja itu, Abd Rauf juga kini sudah meningkat setakuk lagi kedudukannya dalam parti iaitu menjadi Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka sejak 2013 lalu.

Berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 dan prestasi UMNO yang terus dipertikaikan serta menilai rungutan yang bertali arus itu, para penasihat Najib dikatakan mula melihat kewajaran perlunya meletakan calon baru sebagai Setiausaha Kerja UMNO.

Calon yang sudah dipersetujui ialah Mohd Sufian Awang, bekas Exco Pemuda UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kuantan serta pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Jamaluddin Jarjis tetapi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

Mohd Sufian juga pernah menjadi calon BN bagi Parlimen Kuantan pada PRU 13 lalu tetapi kecundang kepada calon PKR, Puziah Salleh.

Kedudukan beliau sebagai orang muda yang berlatarbelakangkan profesion undang-undang dilihat oleh para penasihat Najib mampu membawa imej lebih baik kepada UMNO bagi menghadapi cabaran mendatang.

Bagaimanapun, Abd Rauf sehingga ini dikatakan enggan melepaskan jawatannya itu dan ini menjadikan usaha meletakkan Sufian  di kerusi pentadbiran UMNO itu tersangkut di pertengahan jalan.

Dalam satu insiden, Abd Rauf juga dikatakan "menyergah" Sufian dengan mengatakannya belum layak memegang jawatan Setiausaha Kerja kerana tidak mempunyai hubungan yang serapatnya dengan Presiden serta kebanyakan pemimpin utama UMNO yang lain.

Beliau malah mencadangkan Suffian  yang kini bertugas di Prima atau Perumahan Rakyat 1Malaysia, agar menjadi "protegenya" sekurang-kurangnya selama dua tahun terlebih dahulu jika ingin mengambil alih tempatnya.

Dalam masa yang sama, persetujuan menukar Abd Rauf yang dicadangkan oleh para penasihat di Putrajaya itu tidak pula mendapat respon positif daripada Najib dan beliau seolah-olah enggan bertegas untuk meminta Abd Rauf melepaskan jawatannya itu walaupun ia jelas lebih baik untuk masa depan parti.

Ini menjadikan, walaupun nama Sufian telah diketahui ramai bakal menjadi Setiausaha Kerja UMNO yang baru tetapi masih belum dapat dipastikan bila beliau boleh memulakan tugasnya. ( SH 08/01/2015)

Mohd Sufian sudah dipersetujui sebagai SUK UMNO yang baru tapi Abd Rauf masih enggan melepaskan jawatan itu.

6 comments:

  1. Tuan shah,

    Tajuk kali ni tak menarik. UMNO punya kes ni predictable. Bukan benda baru makhluk2 berperangai camni kat dlm UMNO, malah dlm organisasi berkaitan dgn kerajaan sekalipun. Bab membodek hebat. Buat keje hampeh. Tp. Still kekal kat situ selagi tak mampuih. Itulah UMNO dan melayunya.

    ReplyDelete
  2. Shahbudin..jasad luar umno..hati syg umno lg..rumah pertama lagikan dikenang..saya faham

    ReplyDelete
  3. Tuan Shah, kita pun pelik bagaimana mamat ni dapat jawatan tersebut. Kajilah dulu asal usul mamat ni. kita difahamkan SRP pun tak lulus tapi mengaku ada degree. Tetapi dalam UMNO apa2 pun boleh jadi asalkan pandai bercakap dan menjilat jubok2 pemimpin diatas. Dengar khabar sebelum ni jadi macai towkay2 besar China di KL dan ada lah duit sikit untuk naik dalam UMNO. Dia ni berasal dari Kampong Pulau Melaka. dan dapat menjadi Ketua UMNO Bahagian setelah berbelanja besar untuk mendapatkan sokongan. Bayangkan sekurang2 dua ekor kambing untuk tiap2 minggu bagi orang kampong makan. Padahal dikawasan tu bukan tak ramai ahli UMNO yang ada berkelayakan. Chontohnya HJ Ismail Adun Kuala Linggi saorang akitekdan Dato Sri Abu Seman saorang peguam. Dia ni lebih kurang Boss dia Teuku Adnan. Pandai membodek dan ada duit kerana jadi macai Towkay China. Jadi macam mana pembakang nak hormat beruk2 sebigini yang mentadbir UMNO. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt2....tepat lagikan jitu...abis dia beli setiap ceruk org kampung yg dh buta dgn duit dia ni.....

      Delete
  4. rocky the great brown unused dick says: huwaaa ka ka ka ka ka ka wa stuju sama lu Anonymous 1.1.15 01:30.. sape tak kenal Raop kat Pandan & Meru nuh; brape die buleh sebulan kat Menara (...) di Pandan (..) tuh? kalu muke bertepek itam, buleh agak laa jenis ape.. ka ka ka ka SU/Kerja UMNO ni taraf menteri woo satu Malaya sume bahagian kene tunduk; boley jadik broker Tanah satu Malaya woooo.. berebut orang nak jadik SU/K nih biar gaji RM1,500 je, free pon tak pe; wa cadang elok si Raop ni diganti dengan Tuan Shah atau Sang Kelembai (lama benar dok melalak, Kak Ros dok nguji lagi ke?) ka ka ka ka

    ReplyDelete
  5. Kalau orang kalah nak dilantik ke jawatan penting, tu tak bijak namanya. Bagaimana nak rangka strategi parti, kalau diri sendiri pun tak boleh menang?

    Jangan buat lawak lah. Ini zaman persepsi. Persepsi itu AMAT PENTING.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...