Wednesday, 7 January 2015

"Biarlah Najib Main Golf, Muhyiddin Kan Ada"


Sekali lagi media luar negara memalukan Perdana Menteri, Najib Razak. Jika dulu Washington Post mendedahkan beliau bermain golf dengan Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii ketika banjir mula melanda, kini Bangkok Post pula menyatakan pemergiannya  ke Thailand ketika banjir sedang menggila baru-baru ini adalah juga kerana main golf.

Dalam laporannya, Bangkok Post menyatakan, Najib berada di ibu negara Thailand, Bangkok pada awal tahun baru 2015 baru-baru ini adalah untuk "bercuti dan beriadah" dengan  antara aktivitinya dipenuhi acara membeli-belah dan bermain golf.

Dalam kunjungan peribadi yang diturut diambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha, Najib dan keluarganya juga dilaporkan menginap di Hotel Shangri-La Bangkok.

Selain percutiannya ke Hawaii yang dilakukan secara senyap-senyap, kehilangan Najib di awal tahun baru 2015 baru-baru ini turut menjadi perbualan ramai kerana ia turut dilakukan secara rahsia sehingga beliau sendiri menulis di laman sosialnya memaklumkan tentang kunjungannya ke Thailand serta mengadakan perbincangan dengan Jenderal Prayudh mengenai banjir.

Kunjungan Najib ke Thailand yang kebetulan dengan pengesahan oleh FlightRadar24 bahawa jet kerajaan 9M-NAA juga singgah di bandar itu dalam perjalanan daripada beberapa bandar besar dunia iaitu Los Angelas, New York, London, Dubai dan segera menimbulkan andaian beliau sekeluarga bercuti sekali lagi di negara jiran itu bersama keluarganya.

Dalam masa yang sama, ia juga menimbulkan misteri mengenai siapakah yang menaiki jet khas kerajaan  dan menjadi "Perdana Menteri" sepanjang perjalanan itu?

Tersebarnya gambar-gambar yang menampakkan Rosmah Mansor didapati membeli-belah di Central Chidlom, Bangkok sekali lagi merancakkan perbualan ramai mengenai hobi isteri Perdana Menteri yang memang sejak dulu digambarkan gemar mengunjungi butik dan kedai-kedai mewah di seluruh dunia.

Dengan tersebarnya berita oleh Bangkok Post ini, nyata bahawa Najib sentiasa mencari masa meluangkan masa bermain golf tidak kira masa, ketika dan suasana.

Jika di Hawaii beliau didapati bermain golf ketika banjir baru mula melanda, setelah pulang dan meninjau negeri-negeri yang ditimpa musibah itu dan ketika air  belum surut, Najib juga disahkan bermain golf di Bangkok pula.

Walaupun tidak disebut dengan siapa beliau bermain golf di Bangkok itu, adakah ia juga sebahagian daripada "diplomasi golf" seperti yang dilakukannya di Hawaii dengan Obama sebelum itu?

Jika sebelum ini, ramai yang mengkritiknya kerana lebih mengutamakan diplomasi golf berbanding mangsa banjir, nampaknya sekali lagi Najib tidak dapat melupakan golf dalam agenda kehidupannya.

Ini tentunya menimbulkan persoalan, apakah pemimpin negara lain tersinggung dan berkecil hati jika acara main golf itu dibatalkan semata-mata kerana keadaan banjir luar biasa sedang berlaku dalam negara?

Andainya pendedahan Bangkok Post bahawa kunjungan peribadi Najib ke Thailand baru-baru ini adalah semata-mata untuk 
bertemu dengan Jenderal Prayudh, ia mungkin tidak begitu menjejaskan namanya tetapi apabila didapati turut bermain golf dan membeli-belah, gambarannya ialah beliau dilihat memang tidak sensitif dengan derita dan sengsara mangsa banjir.

Golf seolah-olah sangat penting. Di Hawaii bermain golf, di Bangkok juga main golf.

Kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pernah berkata, "biarlah Najib bercuti" beliau pun manusia biasa juga" dan "saya kan ada" sebagai usaha meredakan kritikan ramai berhubung tidak sensitifnya Najib dengan keadaan banjir, kini barangkali waktu yang sesuai pula untuk rakyat mengucapkan ungkapan yang sama kepada Perdana Menteri.

"Biarlah Najib terus main golf sesuka hatinya, Muhyiddin kan ada". ( SH 07/01/2015 )

3 comments:

  1. Saudara Shahbuddin, Sebenarnya saya dah naik meluat dengan cerita PM kita yang dikasihini. Cerita bermain golf bukan lah issue besar bagi saya.
    Mari kita sama sama membuat sedikit analitical thinking kenapa PM kita ke BANGKOK.
    Alasan alasan capik yang di beri dan di buat olih saudara saudara kita yang BANGANG dan juga PM sendiri, semuanya bertujuan menyedapkan hati yang sedang gundah gulana. Kononya masalah teknikal pesawat yg membuatkan pesawat terpaksa di tinggalkan d LA dan PM terpaksa balik dengan pesawat lain, megunjungi PM Thai untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan banjir dan sebagainya.
    Soalanya di sini apa perlu PM menyambut Pesawat yang BAERAMASALAH TEKNIKAL tu di BANGKOK dan pulang bersama sama FLOM keMalaysia.
    Kalau FLOM bolih membuat perjalanan balik dari LA-Indianapolis-LA-London-Dubai-Bangkok, Takkan Bangkok-KL kena di teman olih PM.
    Ataa adakah begitu penting dan kritikal PM perlu menemani FLOM bershopping d Bangkok, sedangkan di Indianapolis tak perlu ditemani.
    Adakah temujanji untuk PM bermain GOLF bersama PM Thailand begitu penting sehinggakan dikala Tsunami melanda NEGARA PM sanggup memenuhi temujanji itu, sedangkan Presiden Obama pun bolih PM tinggal dan balik ke Malaysia.
    Jadi apakah yang sebenarnya yang begitu kritikal menghantui PM sehinggakan terbang ke BANGKOK.
    Berbalik kita pada tulisan Tuan OUTSYED THE BOX. Tak lain dan tak bukan ialah IMDB.
    Perkembangan perkembangan terakhir yang berlaku dalam isu IMDB adalah umpama ITU BESAR PUNYA BATU ADA PM KEPALA PUNYA ATAS. Kata orang putih THE SHIT HAS HIT THE FAN, dan selepas ini the FLOODGATE WILL BURST.
    Marilah kita samasama tunggu dan lihat SIAPA yang KENA.

    ReplyDelete
  2. Duit cash tak cukup tulah sebabnya kena hantar, Tau tau aje lah org mcm mereka duit tunai byk kat tangan

    ReplyDelete
  3. SEDIH TGK MALAYSIA SKRG. APA YG TINGGAL UTK ANAK CUCU SAYA NANTI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...