Sunday, 11 January 2015

Kegilaan Remaja Terhadap K-Pop Adalah Salah Kerajaan Juga


Sepanjang hari ini media sosial dipenuhi dengan kecaman pelbagai pihak mengenai perbuatan beberapa remaja  perempuan bertudung yang bercium dan berpeluk dengan artis K-Pop Korea Selatan,  Kumpulan K1A4.

Ia berikutan tersebarnya video yang menunjukkan gadis-gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis tersebut, sambil mendapat sorakan penonton.

Walaupun kelihatan malu-malu tetapi gadis bertudung itu nampaknya rela dipeluk oleh artis K-Pop yang bertali leher dan memakai jaket yang melakukannya bukan sebagai acara spontan, tetapi secara sengaja.

Aksi mesra gadis-gadis bertudung itu dipercayai dirakam di sebuah pusat hiburan di ibu kota di mana artis Korea Selatan itu mengadakan pertunjukannya, malam semalam.

Aksi-aksi yang tersebar di laman sosial itu segera membangkitkan kecaman ramai terhadap perlakuan tidak sopan dan melanggar hukum agama, tambahan lagi dilakukan oleh remaja yang menutup aurat.

Mereka dianggap sebagai remaja murahan, membelakangkan adat budaya Melayu serta mencemarkan kesucian Islam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut terpanggil memberi reaksi dengan menulis di twitternya, "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan hensem. Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati."

Secara umumnya memang ramai yang marah, kecewa dan meluat dengan perlakuan gadis-gadis yang dianggap tidak sopan itu. Kegilaan dan keterujaan terhadap artis K-Pop membuatkan mereka seolah-olah lupa asal-usul, budaya sendiri serta anutan agama yang seharusnya membentengi diri mereka daripada perlakuan tidak sopan, memalukan diri sendiri serta keluarga.

Sudah tentu, selain gadis-gadis remaja tersebut yang dipersalahkan, ibu bapa mereka juga turut terpalit sama dengan dianggap tidak memberi didikan yang sehabis baik kepada anak masing-masing.

Kegilaan golongan remaja terhadap artis adalah perkara biasa. Daripada Hollywood, Bollywood, artis tempatan sehinggalah K-Pop, mereka ini sentiasa digilai oleh sesetengah masyarakat kita silih berganti, terutamanya golongan remaja.

Tetapi dalam konteks kegilaan remaja negara kita terhadap artis K-Pop ini, selain perkembangan semasa di seluruh dunia yang menyebabkan mereka begitu digilai, kerajaan sendiri sebenarnya ada saham dalam menabur benih dan menambah-suburkan lagi keterujaan terhadapnya.

Dalam dua acara besar iaitu Sambutan Hari Belia pada 2012 dan Perayaan Tahun Baru Cina 2013 di Pulau Pinang, kerajaan sendiri nampaknya turut teruja dan "syok" terhadap artis K-Pop ini. Kedua-dua acara itu dihadiri sama oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam sambutan hari belia itu, kerajaan dikatakan membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan artis remaja K-Pop memeriahkannya sehingga menimbulkan pelbagai kecaman tentang kos dan kewajarannya manakala pada sambutan Tahun Baru Cina pula, artis Psy yang popular dengan tarian Gangnam dikatakan dibayar sebanyak RM2 juta untuk membawanya ke sini.

Walaupun bahasa nyanyian mereka tidak difahami, hanya berdasarkan godaan tarian dan wajah cantik semata-mata, dengan sedia membayar harga mahal untuknya, ia tidak lain memperlihatkan kerajaan sendiri teruja dan "gila" dengan budaya K-Pop ini.

Apabila kerajaan sendiri sudah membuka ruang seluas-luasnya mengenai kekaguman terhadap artis K-Pop ini, maka janganlah disalahkan jika golongan remaja dan muda-mudi lebih "syok"dan "stim" dengannya.

Melalui apa yang ditunjukkan oleh kerajaan itu juga menyebabkan banyak pihak swasta dan penganjur hiburan turut tegila-gila sama membawa artis Korea Selatan itu.

Memanglah perlakuan yang ditunjukkan oleh remaja-remaja betudung ini adalah gerak hati peribadi mereka sendiri sebagai golongan muda, tetapi kerajaan sendiri tidak harus lepas tangan daripada mengakui mempunyai saham dengan turut menyemai benih dan menyiram lagi kegilaan terhadap artis K-Pop itu.

Jika tanpa kerajaan sendiri secara langsung menunjukkan kegilaan terhadap K-Pop ini, keterujaan remaja kita mungkin hanya "biasa-biasa saja"  dan tidak sampai kepada merelakan diri mereka dipeluk dan dicium sesuka hati.

Bukankah pepatah selalu mengingatkan, "apa yang disemai, itulah  juga yang tumbuh?" SH 11/01/2015)

Najib pun teruja sama dengan K-Pop...



Kerajaan melalui Hari Belia turut 'merosakkan' jiwa remaja dengan K-Pop..

14 comments:

  1. pandangan ikhlas saya perbuatan bebudsak yg bertudung tu tak memudaratkan kepada orang lain tetapi kalau perbuatan rasuah dan salah guna kuasa kita nampak akibatnya saperti di cameroon highland dan kelantan

    ReplyDelete
  2. Ala tuan Shahbudin. Bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Tak ingat kah bagaimana sorang bini VVIP kat Malaysia ini bercium pipi dengan pelakun hindustan Shah Rukh Khan dalam satu majlis tidak lama dulu?. Kalau pemimpin sendiri buat tak betul malah tak rasa malu membiar bini sendiri bersentuhan pipi dengan bukan mahramnya, apa nak heran dengan rakyat jelata. Yang jauh lebih tua sanggup buat perkara tak senonoh, apa la nak heran kalau yang muda ikut meniru perangai setan yang sama. Cuma bezanya yang tua tu gila dan mabuk hero hindustan, yang muda mudi tu pula gila dan mabuk hero gangnam. Kepimpinan melalui teladan. Tak tahulah kalau ini yang dikatakan wasatiyah Najib. Kah kah kah

    ReplyDelete
  3. ada ke x memduaraytkan org la.ada mangkuk hayun kat atas tu tulis! klu bala datang dia x kira sesapa, mangkuuk hayun bertingkat oii? kita dakwah kek pompuan tu..dakwah kek mak bapak dia dan lain-lain lagi.ttg rasuah dan salah guna kuasa..ko poun tahu nie 1malaya la..sapa pigang, semua pilih bulu la..yg bilis semua kena rembat, yg jaw, paus, gorila, kingkong..ada kena..x caya tanya itu aruah altantuya la mangkuk hayaun???

    ReplyDelete
  4. nama pun kerajaan haramjadah,habis semua anak-anak melayu dah jadi macam anak haramjadah,bangsa tak sedar diri.pemimpin kalau kuat kencing rakyat semua benda-benda haramjadah akan menyusul yang memalukan melayu.siapa yang menjadi teladan semua ni kalu bukan pemimpin melayu sendiri yang menjual bangsa dan agama demi kuasa untuk terus tipu umat melayu.tak lain tak bukan macam kata seorang kapir umno tu memang celaka.

    ReplyDelete
  5. Apakah kerajaan tidak mengambil iktibar dari bala yg menimpa negara spt banjir, MH370 hilang, MH17 terhempas, Airasia terhempas dll. Kenapa ketika kita ditimpa bala ada lagi mereka yg buat maksiat secara terang-terangan. Apa kata para mufti dan ahli agama yg makan gaji dgn kerajaan? Senyap sebab dah kenyang.................

    Apa pula bala yg akan datang lagi...........semoga Allah lindung kita dari bala itu. Kpd anak2 perempuan & para isteri tu jagalah maruah diri kamu & para suami kamu serta keluarga kamu.

    ReplyDelete
  6. mana mufti yang bising bila orang peluk anjing tu...bising la dengan dosa ni...hai mufti2 di malaysia...mufti mane kamu ni...dok berk pop ke...hihihihihihi jangan jadi bak mufti dalm peti, peti dalam seluar dalam umno...

    ReplyDelete
  7. Mana pi alim ulama dan pimpinan UMNO BN termasuk KJ saat bini orang nombor 1 negara bercium pipi dengan artis Bolywood? Adakah agegan cium bini VVIP Malaysia dengan artis Bolywood tu halal?. Pasai apa pula budak2 muda berhingus dan mentah buat perangai sama baru pak menteri dan ulama nak heboh?. Hukum dosa pahala ada kasta ka?. Dalam menegakkan hukum Allah pun ada amalan Double Standard juga ka dikalangan alim ulama dan ustaz. Ada ustaz kata perbuatan peluk cium pompuan2 bertudung dengan artis K Pop tu lebih berat disabya berbanding berpeluk dengan anjing. Jadi minta ustaz berkenaan tolong jelaskan adakah ciuman antara bini VVIP nombot Wahid Malaysia dengan aktor Shah Rukh Khan dulu juga lebih hina dan keji berbanding memeluk seekur anjing?. Katakan yang benar dan jelas wahai ustaz dan kecamlah VVIP berkenaan jika hukumnya sama. Jangan ustaz cuma pandai perangkap ikan bilis saja tapi lari bila jerung yg melintas. Kalau ustaz jenis begini, elok saja mati lagi baik dari hidup bermuka muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini vvip tu dah monopouse la. Tak pa bergesel pipi pun.

      Delete
  8. Dunia akhir zaman,segala maksiat dan fitnah akan terjadi.Didalam Al-Quran telah termaktub.

    ReplyDelete
  9. Kalo sudah ramai yg tahu dunia menghampiri akhir masa, ditahan2 bagaimanapun, sesuatu yg tidak diingini tetap akan berlaku.

    Langit terbuka membuatkan wanita2 melayu gelap sudah mula bertukar selera. Begitu juga lelaki2 melayu gelap, batin mereka terseksa hidup dgn lelaki gelap yg suka membuli. Sekali sekala ingin juga stim2 dan merasa sosok konek tak bersunat pulak. Dunia remaja hanya sekali. Lelaki melayu hitam legam dan kelam serta kulit kelabu asap mmg mudah jeles. Apabila mereka dapat aweks putih melepak dan menteri2 dapat china doll, sumer pakat diam2 senyum. Anak dara sudah tak tahan meloc*k di rumah. Syok jugak geli2 ditempat berbayar.

    Kpd abg2 mat gelap dan kelabu asap, khidmat anda sudah tidak diperlukan lagi. Warga eropah pun tak sudi buat suami yg suka membuli atas nama agama. Awak bersedap tak ada wanita ambil kesah.. wanita nak bersedap2, semuanya dikunci tak boleh itu ini.

    ReplyDelete
  10. Sejarah telah membuktikan bahawa Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka hancur berkecai dan tewas kepada Portugis hanya kerana penyelewengan dan tipu belit Bangsa MAMAK yang begitu berpengaruh di dalam Kesultanan Melayu Melaka. MAMAK ini telah berjaya mengadu domba, menabur fitnah, menikam dari belakang dan macam-macam helah, sehinggakan Pembesar Melayu bersengketa dan bergaduh sesama sendiri. Tipu helah mereka berjaya membuatkan Sultan hanya percaya dan memberikan kuasa kepada mereka. Banyak Pembesar Melayu kecewa dan berpatah arang..Hari ini, pusingan ini terjadi lagi sekali di dalam era Melayu Pasca Merdeka.. cuma sedikit perbezaan dengan peredaran masa dan suasana. Apabila Kedudukan Orang Melayu hari ini bukan lagi kuat, tetapi Golongan Melayu Kelas Atasan dan Menengah, di dapati sombong angkuh, marahkan Kerajaan kerana kecewa dengan sikap kerajaan Pemerintah Hari ini yang mengenepikan Kategori Orang-Orang Melayu Kelas Atasan dan Menengah.

    Golongan MAMAK telah berjaya di dalam Agenda Tersendiri mereka pabila mereka telah Menguasai Majoriti Kedudukkan Tertinggi Jawatan di dalam Kerajaan, lihatlah di bawah:-

    1. Ketua Setiausaha Negara - Tan Sri Dr. Ali Hamsa - MAMAK.
    2. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara - Tan Sri Dr Irwan Serigar - MAMAK.
    3. Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara - KSN - Datuk Mohamed Thajudeen - MAMAK.
    4. Ketua Polis Negara - Tan Sri Khalid Abu Bakar - MAMAK.
    5. 1MDB yang bermasalah besar kerana berhutang BerBillion Ringgit juga telah melantik ARUL yang juga merupakan seorang MAMAK.
    6. Ketua Pembangkang yang siang dan malam hari berfikir macam mana nak Menjatuhkan Malaysia iaitu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM jugak seorang MAMAK.
    7. Khairy Jamaluddin jugak begitu percaya kepada MAMAK melebihi Orang Melayu apabila kebanyakan orang kuat Khairy adalah MAMAK. dulu orang kuat Khairy adalah Reeza Merican pon seorang Mamak. rujuk weblink - http://parpukari.blogspot.com/2013/05/mesej-khas-untuk-khairy-jamaluddin.html ; http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/khairy-desperado-guna-taktik-azeez.html
    8.Tabung Haji Dana Orang Melayu untuk Menunaikan Haji jugak diPENGERUSIkan oleh Datuk Seri Abdul Azeez - MAMAK juga. Mamk nie Gangster luma motor, manyak sombong sama Melayu..
    baca weblink : http://no2azeezrahim.blogspot.com/ ; http://www.rockybru.com.my/2013/06/tabung-haji-gets-new-chairman.html= baca keluhan komen melayu.

    Orang Cina di Malaysia sudah hidup begitu lama di Malaysia dan mereka sudah mengenali isi hati, tingkah laku dan adat resam orang melayu. Orang Melayu dikenali dengan berbudi pekerti yang tinggi, sopan santun dan berhemah tinggi. Sejarah Kerajaan UMNO Barisan Nasional kekal memerintah kerana Kebanyakkan Jawatan Tertinggi adalah dari kalangan Orang Melayu. Perubahan tidak percayakan melayu apabila Tun Mahathir mengatakan Melayu Mudah Lupa, walaupon Perdana Menteri Tun Mahathir seorang Mamak beliau dari jenis MAMAK yang boleh dipercayai..mungkin Genetik Melayu kuat padanya..kulit beliau pon bukan macam kebanyakkan Mamak. Orang Cina dah pon menunjukkan mereka tidak percaya pada MAMAK bila menolak Tun Dollah Badawi kerana kebergantunggan Pak Lah pada Mamak begitu ketara, Restoran Mamak naik bagai Cendawan tumbuh berkeliaran, menenggelamkan dan memakan bisness restoran cina dan melayu. (Org Cina banyak support bisness org melayu), bisness mereka banyak lingkop.

    Kesempatan diambil oleh DAP mengelirukan Orang Cina dan Melayu Kebanyakkan supaya menuntut macam2 drp Kerajaan, jadi Najib dengan Bodoh dan Angkuhnya menghapuskan Akta Hasutan, Ordinan Darurat.... Cina Dap berjaya memutar belitkan isu dan Pemimpin Ulama PAS semuanya tertipu...Apakah mereka betul2 Ulamak..aiiish..tampak jelasnya BUKAN, tapi DAP melobi-loba mereka dan berjaya menengahkan mereka.

    Kembalikan Orang Melayu didalam Pimpinan Utama Kerajaan.. Nescaya Orang Cina akan kembali menyokong Kerajaan BN UMNO.

    ReplyDelete
  11. Tuan shah, tulis skit pasal mejar zaidi yg di aibkan kerana mempertahankan kebenaran. Aku rasa ramai yg menyambut tulisan anda diatas nama kebenaran. Sekadar cAdangan

    ReplyDelete
  12. Bila kepimpinan menunjukkan teladan yang negatif, inilah padahnya kepada yang dipimpin. Perangai ketam mengajar anak berjalan betul masih ada dalam diri pimpinan utama hari ini. Sedar sedarlah diri. Jangan cuma cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  13. Inilah malaysia, isu kpop salahkan agama lain, isu ekonomi salahkan bangsa lain, isu demokrasi bebas mengundi pon nak salahkan apalagi bangsa ini mau dan bila berlaku keganasan diluar negara salahkan orang lain.apa nak jadi pada orang bahalol ni hidup senang lenang dengan hanya menyalahkan agama/bangsa lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...