Bagi mereka inilah antara beban terbesar yang bakal menyukarkan lagi peluang UMNO menambah sokongan serta untuk menang dalam pilihanraya nanti.
Sejak 2009, sebaik Najib Razak mengambil alih teraju kelimpinan negara, topik perbualan mengenai Rosmah muncul satu demi satu tanpa hentinya, daripada kegemaran berbelanja barang mewah, membeli perhiasan, pembaziran, penggunaan jet hinggalah berpeluk, semuanya merupakan isu-isu yang kian merimaskan UMNO.
Jika di era pentadbiran sebelum ini isu berkaitan isteri Perdana Menteri tidak pernah berbangkit dan menjadi topik perbualan sama-sekali, sebaliknya ketika ini ia sudah menjadi sebahagian tugas ahli dan pemimpin UMNO pula untuk menanganinya
Lantaran itu, apabila isu Rosmah ini timbul secara berterusan, ramai yang mulai bersungut dah merasakan ia membebankan mereka.
Bagi mereka, jika Perdana Menteri, Najib Razak yang dibebani dengan pelbagai masalah seperti 1MDB, hutang yang meningkat, ekonomi yang perlahan atau kepimpinannya yang lemah yang menjadi isu, ia tidaklah menjadi masalah bagi mereka untuk mempertahan dan membelanya kerana ia memang peranan yang sewajarnya mereka pikul.
Tetapi apabila turut membela dan mempertahankan Rosmah juga, ia seperti menambahkan lagi tugas dan bebanan sedia ada, tambahan pula apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri yang menjadi bualan seperti penggunaan jet kerajaan dan berpelukan, adalah sesuatu yang jelas salahnya dan sukar dipertahankan.
Lantaran itu, ramai yang memilih berdiam diri daripada tampil mempertahankan Rosmah sejak kebelakangan ini kerana mereka mula merasakan ia sebagai beban dan bukannya tugas hakiki sebagai ahli atau pemimpin parti.
Yang agak berani dan terbuka mula bertanya, "sejak bila membela isteri Perdana Menteri sudah menjadi sebahagian perjuangan ahli dan pemimpin UMNO?"
Yang lain pula bertanya, "tidak bolehkah Rosmah berperanan seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini atau sekurang-kurangnya mencontohi perwatakan Siti Hasmah yang bukan saja tidak pernah menyusahkan parti dan kerajaan, bahkan amat menyenangkan semua orang?"
Bagi mereka, sejak dahulu lagi, isteri-isteri Perdana Menteri tidak pernah menimbulkan masalah dan karenah, malah kehadirannya lebih banyak membantu daripada menyusahkan Perdana Menteri. Tetapi kini, semua sudah menjadi sebaliknya.
Dalam masa yang sama juga, sudahlah Najib, UMNO dan kerajaan turut dibebani dengan masalah yang kian bertambah, munculnya isu berkaitan Rosmah secara berterusan dan tanpa henti-henti hanya akan menipiskan lagi peluang mempertahankan kuasa dalam pilihanraya akan datang ini.
Seharusnya, kata mereka, Najib menyedari bahawa keputusan pilihanraya lalu yang lebih buruk prestasinya berbanding 2008, sebahagiannya adalah disebabkan timbul isu-isu yang tidak berkesudahan berkaitan Rosmah yang tidak menyenangkan rakyat itu.
Najib juga digesa menyedari luahan-luahan di media sosial serta respon negatif terhadap isterinya sebagaimana yang ditunjukkan oleh penonton dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki baru-baru adalah gambaran perasaan oleh pengundi muda yang menjadi penentu dalam pilihanraya nanti.
Untuk menghadapi pilihanraya akan datang, ramai yang mencadangkan agar Najib segera memulakan langkah menjadikan isterinya tidak lagi menjadi perhatian atau topik perbualan atau berhadapan dengan kehilangan lebih banyak sokongan daripada rakyat.
Selain mengimbas perwatakan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini yang cukup sederhana dan tidak berlebih-lebihan, ada juga yang mahukan Rosmah kembali kepada watak dan peranannya sebagai isteri seperti ketika Najib menjadi menteri dahulu.
Secara umumnya, kian ramai yang berpandangan bahawa UMNO dan BN hanya mempunyai peluang mengekalkan kuasanya jika isu berkaitan Rosmah dapat diketepikan terus daripada menjadi mainan. Yang lain pula berpendapat, jika bukan Najib mengemudi parti dan kerajaan, harapan menang jauh lebih cerah.
Pendeknya, tanpa Najib dan Rosmah, lebih selamatlah negara ini. (17/01/2015)
Pendeknya, tanpa Najib dan Rosmah, lebih selamatlah negara ini. (17/01/2015)
ReplyDeletePM & his wife - the real enemy of the state.
Beban Malaysia yang paling berat...satu dunia tahu,dan US tahu Rosmah adalah liabiliti kp Malaysia tp aset kp mereka!ABU jgn lupa
ReplyDeleteLiabiliti2 pun.. Bila ngundi sanggup jer nak pangkah BN. Takut melayu hilang kuasa katanya... So guane melayu?
ReplyDeleteTak apa..... nanti akan ada ketua bahagian yg kuat bodek tu hingga hukum hakam juga di ambil mudah kata pandangan penulis tu pandangan terpencil.... Pembodek tak tahu malu.... Dah berumur pula tu......
ReplyDeleteKita berpendapat di sudut hati kecil Najib hendak berhenti saja dan mengundurkan diri.Hell with all these,Knowing Najib has always been a cultured guy. Dia pun tahu the situation is beyond redemption. Tetapi ada "makhluk asing" !!! yang disamping beliau tidak akan setuju. Dan juga badut2 seperti JJ, Mat Maslan dan penjilat jubok lain tidak akan membenarkan atas alasan2 peribadi. Kesian Najib. Terus jadi bebal dan bodoh. Salam
ReplyDeletesudah terantuk baru terngadah. Kedepan masaalah nak undurpun masaalah.Orang putih kata "too little too late."
ReplyDeletesemua anon-anon di atas aku nie salah..najib dan pasangan suaminya bukan liabiliti untuk umporno - parti keris telanjang tu dan be end..malah ada pendokong biawak idup yg kuat serta mampu menjadi tonggek negara sejak dulu, kini dan selamanya..iaitu dalam tanah la..kah..kah..kah..kah..! lagi najib dan pasangan suaminya ada kekal di singahsanasinisitu..lebih cepat la gol dalam tanah..tu yg semolek-moleknya!!! kah..kah...akahahaha..
ReplyDeleteKalau nak dibandingkan maruah Ah Jib dengan Tun Taib Mamud - YDP Negeri Sarawak, maka jauh panggang dari api....... Tua-tua Tun Taib pun masih mampu meratah wanita cun melecun Lubnan dan rakyat pun banyak yang memuji beliau kerana citarasa yang begitu tinggi dan rakyat tak pula mencemuh beliau? Jauh sekali dengan Ah Jib yang setiap kali bangun tidur maka terlihat ibu badak yang tengah berdengkur disisi beliau...... Kalau bukan kerana dayus, sudah lama Ziana berada di pangkuan beliau. Sebab sifat dayuslah maka masih menanggung "ibu badak" hidup hinggakan rakyat pun dah meludah kat peti TV bila melihat kelibat "ibu badak" tersebut di kaca TV.
ReplyDeletekiedentech18 Januari 2015 9:51 PG (dicedok dari komen tukartiub)
ReplyDeletePAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan pada awal 90-an dan TGNA menjadi MBnya. Di awal pemerintahan, TGNA sebagai seorang Ulama selesa untuk mengajar dan membiarkan ekonomi bergerak dengan sendiri tanpa ada tindakan dan dasar yang komprehensif, walaupun ada usaha dilakukan untuk memajukan ekonomi Kelantan tetapi momentumnya tidak cukup.
Barisan Exco pada masa itu pun terdiri dari golongan ulama yang juga selesa untuk mengajar dan bergerak dari masjid ke masjid. Golongan profesional di dalam parti pada masa itu hanya menjadi tukang tampal poster dan pacak bendera parti. Perkara ini disedari Tengku Razaleigh(Ku Li), apabila Ku Li membubarkan parti Semangat 46 dan menyertai parti gerombolan pada akhir 90-an dan awal tahun 2000 satu serangan dilakukan dengan slogan “AMBO TAK SEY OGHE MAKE GAJI BUTO”.
Tersentaak dengan serangan itu TGNA bingkas bangkit dengan mengambil Husam Musa, lulusan ekonomi dari UM yang telah bergerak cergas dalam parti PAS sebagai ADUN dan seterusnya menjadi EXCO. Peranan untuk memajukan ekonomi Negeri Kelantan dijalankan dengan sebaiknya oleh Husam Musa. Melihatkan keadaan ini, Husam Musa pun diserang dari dalam parti, dan pernah beliau menawarkan diri untuk meletak jawatan. Ia ditenangkan oleh TGNA dengan mengatakan bahawa rakyat Kelantan menyayangi Husam Musa.
Pada PRU 2014 TGNA mengambil keputusan untuk berundur, perkara yang sama berlaku pada Husam Musa, begitu juga dengan ekonomi Kelantan, kembali suram dengan pembatalan kontrak yang dirancang dan lain-lain tindakan untuk menguburkan legasi Husam Musa.
Penghujung tahun 2014 Kelantan dijadualkan untuk membentang Hukum Hudud yang kononnya dengan hukum hudud dapat mengelakkan murka ALLAH dan mengelakkan bencana. Kelantan dilanda banjir, jangkaannya ia adalah banjir biasa tahunan, ramai pimpinan kerajaan sibuk berselfie untuk menunjukkan bahawa akulah orang yang paling mengambil berat masalah rakyat tetapi gagal berfungsi sepenuhnya apabila ia adalah banjir luar biasa.
MB Kelantan, Ahmad Yaakub juga sibuk dengan banjir di paras buku lali di kampungnya di Pasir Tumbuh tanpa menyedari beliau adalah milik rakyat Kelantan yang mana tindakan yang patut diambil ialah menggerakkan jentera Kerajaan untuk membantu rakyat Kelantan yang mengalami kesusahan yang berat seperti tiada bekalan makanan, rumah hanyut dan melantik wakil untuk menguruskan banjir paras buku lali di pasir tumbuh.
Melihatkan MB sibuk dengan banjir di paras buku lali dikampungnya Husam Musa tanpa berlengah mengerakkan misi bantuan banjir sehingga sekarang walu di caci dengan gelaran MB swasta. Jikalau keadaan ini kekal dan Nik Amar masih lagi dalam kerajaan negeri saya percaya PRU kali ini adalah PRU terakhir akan dimenangi parti PAS.
Sebagai pengundi selagi keadaan ini kekal saya tidak akan turun mengundi kerana saya bukan ahli PAS yang boleh menentukan hala tuju PAS pada masa sama saya memang bencikan gerombolan.
En Budin agak salah kali ini. Sebenarnya kita kene sokong Rosmah supaya orang ramai terus meluat. Najib adalah lelaki paling bodoh atas muka bumi. Dgn jawatan PM, entah supermodel mana boleh ditangkap buat bini. Ini tidak, anak badak jugak yg dia minat. Dah la gemok, buat banyak masalah pulak tu. Kalo cun melecun bergetah, mungkin lain cerita sikik.
ReplyDeleteApapun kita ucapkan tahniah dekat Najib sbb masih sanggup bela anak badak ni. Kalo tak, entah lelaki malang mana sanggup bela biawak huduh ni.