Wednesday 14 January 2015

Jawi Yang Kena "Masuk Jawi"


Dalam satu tindakan yang dianggap sangat efisien, proaktif dan sangat pantas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang video mereka berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan tersebar luas, baru-baru ini.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada ketiga-tiga gadis remaja itu untuk menyerah diri untuk siasatan dan sekiranya gagal, waran tangkap akan dikeluarkan.

Katanya, kes melibatkan mereka itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Senonoh Di Tempat Awam.

Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan apa saja hukuman atau denda akan diputuskan, tambahnya lagi.

Walaupun menghargai kecekapan, sikap proaktif dan kepantasan Jawi terhadap perbuatan tidak senonoh gadis-gadis remaja ini sebagai usaha mencegah amalan maksiat dalam masyarakat, rasanya pihak berkuasa agama itu agak keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam hal ini.

Ternampak bahawa, mentang-mentang isu melibatkan remaja itu menjadi viral di media sosial dan topik perbualan dalam masyarakat, Jawi seolah-olah ingin "tumpang semangkuk" menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap amalan maksiat dalam negara ini.

Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula Jawi bersungguh mahu membanterasnya. Maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium yang melibatkan orang Islam sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh Jawi jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.

Di pusat hiburan, pusat urut, disko, refleksiologi dan banyak lagi pusat aktiviti sosial bercambah-cambah gejala maksiat, peluk dan cium setiap hari yang bukan saja melibatkan golongan muda Islam, bahkan juga yang sudah berusia. Pusat-pusat itu pula terletak di tempat terbuka dan di tepi-tepi jalan, bukannya tersorok dan tersembunyi. Di malam minggu, adegannya lebih panas dan menggiurkan lagi.

Begitu juga di taman-taman bunga, taman di sekitar pusat membeli-belah, bahkan di dalam pusat membeli-belah sendiri, adegan berpeluk dan bercium di kalangan remaja ini seperti perkara biasa saja. Majoritinya juga Melayu dan Islam.

Jika ada majlis hiburan, majlis hari jadi atau parti-parti sosial peribadi yang selalunya diadakan di hotel-hotel ternama, pergaulan bebas, berpeluk dan bercium ini lebih dahsyat lagi perlakuannya. Tambahan pula jika turut disertai minuman keras, semuanya bak "dunia ana yang punya". Di sini juga ramai orang Islam terlibat.

Dalam masa yang sama, di tv pula, sepanjang masa adegan drama-drama tempatan bukan sekadar berpeluk, bercium, bahkan ada juga aksi mandi berkemban dan berselimut berdua-duaan dengan mesra di atas katil, turut bagaikan perkara biasa juga. Lagi sekali, majoritinya juga melibatkan artis Melayu dan Islam.

Jika mahu dihuraikan, sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh Jawi berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu. Memang diakui tindakan remaja itu salah, tetapi janganlah Jawi hanya "nampak kuman di seberang laut, namun buat-buat buta dengan gajah di depan mata".

Dalam konteks maksiat dan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, banyak lagi yang boleh diambil tindakan oleh Jawi. Malah, jika bercium dengan artis atau berpeluk dengan selebriti boleh dianggap salah, bagamana pula dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang juga pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini?

Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu Jawi diam saja?

Begitu juga dengan pelakon-pelakon yang menayangkan aksi berpeluk, bercium, berkemban dan bermesra di atas katil sepanjang masa di kaca tv, ambillah juga tindakan yang sama?

Adalah penting untuk Jawi bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja.

Mengeluarkan waran tangkap seolah-olah penjenayah besar adalah  agak keterlaluan dan boleh menjejaskan masa depan mereka sedangkan pesalah lain yang sepatutnya hadir ke mahkamah pun masih boleh lepas bebas hingga ke luar negara.

Dengan menghebohkan tindakan dalam perkara yang kecil dan remeh, tetapi mengabaikan maksiat yang lebih besar dan terang dalam masyarakat,  hanya mendedahkan Jawi kepada kecaman dan pensendaan masyarakat semata-mata. Dalam kes remaja dengan artis K-Pop ini, tidak perlulah juga Jawi muncul setiap hari di media dengan menunjuk kuasa seolah-olah begitu gila publisiti.

Perlakuan itu sebaliknya hanya memperlihatkan Jawi seolah-olah tidak matang, terangsang dengan perkara remeh, gagal melihat keutamaan dan seperti lagak budak-budak yang belum "masuk jawi" saja.  

Makanya, eloklah Jawi "bersunat" dulu agar tindakannya tidak kekok di mata masyarakat. (SH 14/01/2015)

Jika ini dianggap salah dan mahu diberi waran tangkap...

Bagaimana dengan yang ini...

Dan yang ini...

Atau yang ini...

8 comments:

  1. Kaki tangan JAWI belum bersunat lagi agaknya?. Cara bertindak pun memang macam budak belum bersunat. Elok benar hantaq JAWI "MASUK JAWI", baru boleh campur hal hal "orang dewasa". Nak tanya JAWI sikit.antara.berpeluk tanpa sentuh kulit sesama mahram bujang dara berbanding bini orang dengan laki orang bercium pipi , mana lebih berat dosanya?. Tolong alim ulama JAWI habaq mai sat!. Bila bini VVIP denan laki orang asing bercium, pasai apa JAWI diam?. Ptuihhh...adil lah tu konon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nawaitu tembolok dan bawah pusat jadi nombor wahid kan kan kan ?. Satu haram pun tak keluar komen dan statement dari JAWI bila si R____h bini N___b berkissing pipi dgn artis Bollywood. Semua staff JAWI buta, bisu dan tangan kudung ker?

      Delete
  2. jawi jangan jadi penguasa yg zalim..hanya bertegas pada yg lemah dan berlembut pada yg kaya....ikutilah sifat rasullullah..hayati islam sebenar.....subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawi oh jawi apa sudah jadi?Bertindak biar adil kalau bolih biarlah sama rata diberi amaran.jangan pandang sebelah mata....

      Delete
  3. Jawi dan sewaktu dgn nya, satu berat sebelah, pendakwaan terpilih. Dua, kalau pemikiran spt Jawi dibenar tadbir dunia, lumpuh segala aktiviti kehidupan dan tamadun manusia. Manusia kena masuk gua balik. Kena perut ibu balik, tinggal amoeba saja.

    ReplyDelete
  4. Jawi ni memang buat kalot betoi la....buat di ketawakan orang saja.

    ReplyDelete
  5. Memang menjadi lumrah pihak berkuasa ugama (jakim,jais dan semua yang sewaktu dengan nya) lebih gemar untuk memberi pendidikan dengan mengaibkan pesalah secara total dan maksimum , dengan harapan orang yang mereka anggap bersalah ini menjadi baik atau dalam angan-angan mat jenin mereka orang-orang ini akan merangkak memohon maaf dan bertaubat depan mereka.

    ReplyDelete
  6. Ini Jawikah atau sayur sawi? Jaiskah atau ikan pais?

    Memang sudah lari dari Quran. Quran kata tentang kemanusiaan, keadilan dalam segala aspek. Tidak ada double standard.

    Quran bukan hanya di baca oleh Pak Imam, TOk kiai, makcik-makcik di kampung. Quran harus dibaca oleh semua umat manusia, tidak kira orang Koreakah, agama apakah, bangsa apakah. Inilah akibatnya Quran seolah hanya khusus untuk orang beragama Islam sahaja.

    Quran tak boleh dipegang oleh orang bukan Islam kerana mereka najis? Najis apa? Kalau orang Arab Kristian hendak baca Quran sudah tentulah Quran Arab, mana mereka boleh baca Quran tafsir Melayu.

    Kalau kita orang Islam bersikap adil sakasama, justice to all humankind, maka kita akan dihormati. Penjenyah pun boleh tukar 360 darjah jadi baik.

    Kalau kita bertindak macam sayur sawi atau kangkungkah, maka siapa nak hormat kita????

    Maka itulah umat Islam, nak buat Boeing Airbus pun tak mampu. Nak buat Facebook, Twitter siapa? Bukankah dari US?

    Yang terhegeh-hegeh puak Taliban, ISIS konon kata nak hancur orang Barat, tapi mereka sendiri pakai Facebook. Buatlah social media sendiri. Kalau bom berani mati apasal bunuh pakcik makcik tak berdosa di pasar. Pergilah ke Israel kalau ada berani.

    Kalau beria benar hendak menubuhkan Daulah Islamiyah, bukannya membunuh menghalau puak minoriti Kristian.

    Rasanya Nabi Muhammad pun geleng kepala melihat telatah sebahaigan fahaman ekxtremis orang Islam hari ini.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...