Wednesday 7 January 2015

Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?


Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.

Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.

Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah  peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit  di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Berdepan dengan rumah Najib itu pula  ialah kediaman bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Harun Idris dan bahagian belakang rumah bekas pemimpin Selangor itulah yang sebenarnya mengadap Jalan Duta. 

Tetapi rumah Harun Idris itu terletak agak tinggi di atas bukit dan jika ada mat rempit berlumba di Jalan Duta, penghuni di rumah itu pun mungkin hanya mendengar sipi-sipi saja bunyi bisingnya.

Tidak jauh daripada rumah Najib di Jalan Duta itu ialah kediaman Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor. Walaupun demikian, rumah Ku Nan itu juga agak jauh daripada tepi Jalan Duta dan tidak mungkin terganggu dengan bunyi bising mat rempit.

Berbanding rumah Harun Idris dan Ku Nan, kediaman Najib jauh lebih ke dalam daripada tepi Jalan Duta yang agak sibuk itu.

Jadi bagaimana  Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat rempit?

Dalam suatu majlis semalam yang memperkatakan masalah sosial golongan remaja, isteri Perdana Menteri itu berkata, "saya dan Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal pukul 2 pagi.

"Rumah saya di Kuala Lumpur ( Jalan Duta ) bila tengah malam dengar bunyi motosikal bukan main laju dan kuat...lama pulak tu, mestilah ramai yang berlumba di tengah jalan," katanya.

Beliau menambah lagi, "apabila dengar bunyi bising, saya fikir kita kenalah buat sesuatu sebab saya dan Najib memang tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal."

Sehubungan itu, beliau yang baru kembali daripada bercuti dari Hawaii dan Amerika Syarikat serta Bangkok, berharap orangramai tidak mudah mengalah dan putus asa dalam mendidik remaja yang gemar berlumba motosikal pada waktu malam.

Kata ramai orang-orang UMNO lagi, tidak mungkin Rosmah dan Najib terganggu serta tak boleh tidur kerana bunyi bising motosikal mat rempit memandangkan rumahnya itu bukan terletak di tepi jalan pun, kecualilah jika "nikmat tidurnya" telah ditarik Tuhan atau kerana memikirkan terlalu banyak perkara lain.

Selain untuk menarik simpati, tambah mereka, mungkin juga "cerita tak masuk akal" ini sengaja direka oleh Rosmah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada terus bercakap berkenaan jet, golf, cuti, joli dan e.coli yang terus menjadi bualan ketika ini. (SH 08/01/2015)

14 comments:

  1. Tuan Shah,

    Barangkali Yang Maha Esa mahu telanjangkan lagi betapa hipokrit dan pendustanya isteri pimpinan no 1 Malaysia ini. TIba tiba Rosmah menjadi bodoh dan tak mampu memikir secara logika dan secara tidak langsung telah memperbodohkan diri sendiri. Hanya para macai yang bodoh saja mempercayai dongeng bodoh Rosmah itu. Hebatnya yang mendengar dongeng Rosmah dalam majlis berkenaan beriya iya tepuk tangan.

    Tepuk tangan perli agaknya tu atau memang yang bertepuk itu spesis bodoh juga. Terbongkar habis kurap, panau dan sopak pada Rosmah. Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosmah gedempong tu cerdik sikit je dari beruang yang laki dia beli dari China tu...

      Delete
  2. Pergi kutip berita Malaysiakini gitu lah jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysiakini ke, apa ker, yang penting video ucapan Rosmah kat majlis berkenaan tu real dan genuince, cukup untuk membuktikan betapa hipokrit dan pembohongnya idola kesayangan anda tu. Terang lagi bersuluh idola awak tu buat cerita bodoh. Dan awak adalah pengkagum yang lebih bodoh kerana sentiasa membenarkan diperbodohkan oleh penglipurlara bodoh.

      Delete
    2. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/01/07/From-Mat-Rempit-to-being-an-offshore-rig-worker/

      berita yang ini tak siar pulak

      Delete
  3. Wah, ko ni memang takde kerja/ambition lain...kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..yang kau pi baca..apasal?

      Dh baca...tak perlu komen standard macm ni....kesian

      Delete
    2. Kau ni lagi takde kerja baca orang lain punya komen...jangan jaga tepi kain orang!

      KESIAN doh...

      Delete
  4. semua cakap-cakap hanya nak kencing rakyat.ingat rakyat bodoh macam boRosmah dan isterinya najib monggol.

    ReplyDelete
  5. Tuan Shah,

    Tak kan begitu kokak Najib/Rosmah punya rumah tidak bertingkap!
    Semua rumah pembesar UMNO kebanyakannya kalis bunyi. maksudnya semua rumah pemimpin UMNO sedia berhawa dingin keseluruhan rumah. Ini bermakna kesan bnyi dr luar adalah minima. Lainlah kalau Rosmah/Najib buka semua tingkap rumah semasa hendak tidur atau tidur kat garaj kereta. Kalu nak rekapun biar lah nampak real, ini macam cerita Hindustan, org dah blh baca plot cerita.

    ReplyDelete
  6. Tuan shah,

    Kesian rosmah n najib kena asak dek tuan hari-hari. Diorg tak terkesan pun. Maklumlah, tengah berkuasa. Tp. Aku paling kesian dekat pengkagum2 rosmah n najib. Sanggup buat apa saja utk pertahankan diorg sehingga ke tahap pemikiran yg paling baghal. Not only in your blog, but other online news. So, tak yah la asak2 rosmah n najib...

    ReplyDelete
  7. Saudara Shah,saya sgt berterima kasih kerana info u selalu terkini dan sarat bukti ,walaupun macai cuba nak bantah dengan komen merapu dan tak logik paling lawak gambo rosmah sopping d bangkok terbaekkk,anyway entah bila dorang nak sedo n insaf jgn perkudakan rakyat.x ingat ke rakyat 30 juta minus 47% semua menyumpah celakakan mereka pemimpin ameno n keluarga yang mengkudakan rakyat ...tak takut ke bala Allah atas keturunan mereka kemudian hari...

    ReplyDelete
  8. Saja nak ngaleh kan cerita pasal berjoli.... Setakat tengok mat motor kata budak-budak tu merempit.. Saja nak bajet utk buat projek baru sebab Permata dah abis duit masa berjoli.. Nnt buat projek baru Permata Rempit ..mungkin boleh dapat berbillion untuk "pulihkan" mat rempit jadi pencetus ummah lak..
    Pas tu gi joli-joli katak ngan duit rakyat...
    Joli ler kau selagi boleh.. Kubur kata mari... Rumah kata pergi...
    Berapa sangat lah kita boleh hidup..70 tahun...? 100 tahun...?
    Akhirnya semua barang yang dibeli ..tu tinggal atas dunia...
    Duduk dalam kubur..pakai kain kapan jer...
    Semua orang mati....
    Dia pun mati...
    Kita pun mati...
    Tunggu ler.. Mati pasti tiba...


    Mangsa banjir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...