Tuesday, 20 January 2015

Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'?


Ungkapan politik selau mengingatkan,  tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi.

Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik,  dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu.

Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.

Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut"  antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar.

Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama.

Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara.

Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut"  itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR.

Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti. 

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. (SH 20/01/2015)

Dulu minum teh tarik bersama, kini Mahathir dan Daim juga sudah jadi musuh bersama...

26 comments:

  1. Tuan...blog Tuan mmg hebat, bernas dan berintelektual.

    Biar lah Najib dan Anuar berbaik...demi kepentingan masing masing dan Melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh pulak dah...eloklah Anwar berbaik dengan Najib untuk kesinambungan perjuangan UMNO..kalau bubar PKR lagi baik..demi kepentingan masing masing dan Melayu ...tak gitu...hehehe

      Delete
  2. Assalam
    Sdr,

    Otto von Bismarck pernah berkata, saya quote & unquote....
    “Politics is the art of the possible, the attainable — the art of the next best”.

    Maknanya apa2 boleh terjadi apabila masing2 dah tersepit & terkepit....

    Tunggu dan lihat.

    Masa akan menentukan......

    ReplyDelete
  3. Saya setuju, Anwar dgn PR semakin tak ke mana lebih2 lagi sikap agamawan PAS yang semakin jauh dari akhlak org Islam. Untuk kepentingan agama dan mengelakkan perpecahan sesama rakyat semakin parah, mungkin cara terbaiknya adalah seperti yg tuan cadangkan. Semoga Allah melindungi kita semua dengan rahmatNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Get rid of Pas is to get rid off hadi along with mahathir daim. Hari tu dah memang boleh menang solid tapi mulut hadi yang menggatal mengomen bukan masanaya untuk mengomen. Ia dinampak seolah olah hadi nak bagi nafas kepada umno konon =nya nak bagi x terlepas kuasa melayu, hadi lebih rela menkhianati PR.

      Delete
    2. Kalau Anwar menggatal nak 'bercium mulut' apa kena mengena dengan Hadi.

      Delete
    3. memang kena mengena dengan hadi la bang....sebab hadi yang beriyariya nak berpelukan dengan hamno...tetiba nuar yang terlebih dulu cium mulut....yang frust tentulah din ayam...

      Delete
    4. apa lak tak kena mengena dengan hadi ....dia yang ghairah dan stim nak berpelukan dengan hamno...tetiba nuar pula terlebih dulu cium mulut....yang frust tentulah din ayam...

      Delete
    5. Setuju. Utk kepentingan diri sanggup baruakan orang. Watever let anuar be no.1.

      Delete
  4. Assalamualaykum Tuan

    Anwar Ibrahim diberi karpet merah untuk membalas dendam terhadap musuh terhebat beliau. Bukan suatu rahsia Daim Zainuddin adalah arkitek Liwat 1998. Semenjak itu dendam dan marah Anwar kepada Daim tidak pernah redha. Selepas dibebaskan dari penjara tahun 2004 di pentas umum Anwar mengakui telah memaafkan semua seteru politiknya termasuklah mentor-bertukar-nemesis yang menghantar beliau ke penjara yakni Mahathir Mohamad kecuali seorang, Daim Zainuddin.

    Di tambah kebebalan Lebai-Lebai yang berlagak pandai serba serbi seperti pepatah 'sudah lah bodoh sombong pulak' semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, malah keuzuran hubungan DAP-PAS yang seperti ajal di hujung tanduk, Anwar mesti berpaut pada Najib.

    Namun apapon alasan Anwar terhadap 'sumbangan' menjatuhkan Daim kali ini, bersahabat dan berganding bahu dengan 'musuh kepada musuh' bukanlah strategi politik yang bijak, apatah lagi yang dikomprominya ialah Najib Razak. Najib terbukti bukan lah seorang yang boleh dipercayai akan janji-janjinya.

    Percaturan 'you scratch my back I scratch yours' hanya bijak di mata ahli UMNO bukan 52% rakyat Malaysia yang mengundi PR. Silap haribulan kedua-dua Anwar dan Najib tersungkur bahana keterujaan berekonsilasi cara Obama. Dan tidak mustahil PR juga diheret sama kerana kegagalan warlord-warlord mereka membuktikan mereka jauh lebih baik berbanding yang ada dalam UMNO.

    Rakyat sudah muak dengan drama politik Malaysia kerana apapon kesudahannya yang tetap untung mereka (ahli politik) yang kekal rugi rakyat jelata. Tidak mustahil, jika Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu, dan bertanding dalam PRU14 nanti, beliau dan pasukannya mampu menang.

    ReplyDelete
  5. Take less evil than much worse evil. Ada baiknya najib bergabung ngan anwar, mudah mudahan lepas tu Allah lembutkan hati Najib . Walaupun aku x suka najib (kerana perbuatannya. Itupun kerana ada 13 mufti sapa seorang x berani nak menasihati najib secara public supaya mufti kita ni bukan jenis mufti makan gaji. Ingat lagi aku kisah bekas Mufti selangor ustaz Ishak baharom, tegas pendiriannya walaupun dipecat jadi mufti dan hilang pendapatan makan gaji. Lain lain mufti x berani takut kena buang kerja dan x dak gaji nak belanja makan ).Najib dosa sebesar manapun dengan kehendak Allah allah boleh tukar jadi pahala, selamat kau. Ada dengar kisah pembunuh yang dah bunuh 99 orang lalu terdetik nak taubat. Diusaha langkahnya jumpa seorang alim lalu sialim tu kata Tuhan x ampun lalu dibunuhnya orang tu jadilah 100 orang semuanya.Dia masih x puas hati atas jawaban itu di carinya lagi org alim yg dapat beri jawaban bahawa Allah boleh mengampuni dosanya, di jumpanya seorang lagi, bila dah dengar org alim tu pun dengan hikmah syor dia pergi jumpa org disatu kampung lagi.... dipendekkan dia mati.Di kira sebagai ahli syurga.

    ReplyDelete
  6. Tuan Budin sudah silap. Anwar ni bukannya cerdik sangat utk Najib bergantung buat kawan. Pendek kata boleh dibuat lauk pauk jer sblm dihantar ke penjara.

    Orang melayu hanya fikrah pak turut dan tak ada lendir. Sejarah telah membuktikan Melayu senang diperbodohkan dgn ayat2 agama sbg mantra dan trus langsung tak branik melawan. Fitrah melayu adalah kudus dan dayus. Kalo tuan ada berjumpa melayu kental, tuan tolonglah publish kaw blog ini. Saya bersedia untuk membunuh diri demi memberi penghormatan kpd melayu tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat-ayat agama tu dari parti mana?

      Delete
    2. la ni usah kata parti amnu...

      parti diapee pun dah pandai pakai ayat-ayat agama...

      hanq tak tau ka Anonymous21 January 2015 at 07:59?

      Delete
    3. kau ni sikit sikit nak bunuh diri...bedose tu...cakap la nak potong konek ke potong telinga ke mcm denan yaakub....

      Delete
  7. Apa benda la kau merepek Budin.Kejap kau kutuk orang ini kejap kau sokong.Kau punya tulisan ni ibarat tong kosong dan hanya khayalan sendiri mengikut cerita semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau sorang je berfikiran begitu...tong kosong la...tapi tak pula bagi hujah...kau pegi merancaplah dari menyebuk kat sini....

      Delete
  8. Aku berharap anwar tak bergabung dgn najib. Hancur PR, hancur kepercayaan org ndakkan perubahan. Dah la geng UG Pas buat kacau... Jgn ditambahi dgn kerjasama yg amat memberi kesan ini

    ReplyDelete
  9. Anwar telah melakukan sesuatu yg betul iaitu guna satu peluru utk 2 musuh

    ReplyDelete
  10. Aku juga berharap Anwar berstrategi begitu.

    ReplyDelete
  11. Anwar dah tak da jalan lain, melainkan menghidupkan kembali suasana 16 Sept. Sebenarnya 16 sept hampir berjaya tapi geng UG membantah dengan alasan kerusi melayu tak cukup.pi mamposlah dengan melayu dari rakyat terus tertekan dengan karenah bn yang terus menindas rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dok mula kata tertidaih tu aku tengok hidup sonang lenang...

      peluang k'jaan bagi semua dia rembat...

      siap sanggup menipu bila isi borang...

      malah bebas menuduh k'jaan menindas lagik!

      Delete
    2. hidup sonang lenang kepalo ayah kau.....kau tahu betapa susahnya rakyat kebanyakan sekarang ini menjalani kehidupan seharian....

      Delete
  12. hidup DAP semoga Islam kita lebih baik dibawah kuasa Cina yg dikatakan beretika dan bermoral, pergi jahanam dgn kebencian, dendam, irihati, sebab itu adalah menyakiti diri sendiri, ibarat barah. semoga rakyat miskin yg melayu papa kedana akan menjadi bahagia dibawah kuasa sosialisme DAP, semoga di sek2 akan lebih lantang dr sekarang bacaan doa dn selawat di awal pg, semoga baju kurung menjadi pakaian yg wajib pd semua races di sekolah nanti, semoga solat subuh kita azannya lebih lunak supaya ramai lg org islam yg tak solat akan berminat ut solat subuh dan org cina india boleh tidur lena dipagi hari.

    Hidup Islam Hidup DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang tebiat nak mampos ke budak ni....sinis tak tentu hala....kalau melayu islam kuat dalam serba bidang tak petlu takut pada china DAP atau china MCA...apa? kau ingat kalau dapat azan kuatkuat sampai nsk pecaj anak telinga satu khairah sudah kira Islam dah jadi kuat ka pirahhh...itu kulit bukan isinya....

      Delete
  13. Terlalu banyak " mungkin" kemungkinan2 begini nnti yg di anggap realiti.....andai2an ini sebenar amat berbahaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...