Tuesday, 13 January 2015

PR Wajar Timbang Mejar Zaidi Calon PRU 14


Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad telah memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah.

Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Mejar Zaidi adalah "intan terpilih" yang barangkali hanya ditemui "satu dalam sejuta".

Sebagai pegawai TUDM, beliau boleh saja memilih berdiam diri dan redha dengan isu "dakwat kekal yang tidak kekal", apatah lagi dengan rekod perkhidmatan selama 26 tahun, mustahil tidak mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya sebagai anggota tentera.

Tetapi tindakannya membuat laporan polis dan bercakap mengenai dakwat kekal tentulah datang daripada nalurinya yang tinggi untuk melihat sistem dan perjalanan pilihanraya serta pentadbiran negara berjalan dengan baik dan adil. 

Keyakinannya juga tentulah bersandarkan bahawa hanya melalui sistem dan perjalanan pilihanraya yang adil saja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang adil juga.

Mungkin dengan jawatan serta pangkat yang dimilikinya, Mejar Zaidi merasakan suaranya mengenai isu dakwat kekal lebih berupaya mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada SPR dan kerajaan, berbanding jika hanya pengundi biasa yang membuat laporan polis.

Malangnya, sementara SPR kemudiannya mengakui dakwat yang digunakan dalam PRU 13 itu memang "ada masalah" serta benar-benar tidak kekal, Mejar Zaidi terpaksa pula berhadapan tindakan yang memusnahkan karier dan masa depannya.

Kes beliau ini tidak lebih umpama pencuri tidak ditangkap tetapi orang yang melaporkan siapa pencuri pula yang dihukum. SPR, pembekal dakwat dan lain-lain pihak tidak pula dikenakan apa-apa tindakan walaupun beratus laporan dan rungutan mengenainya didedahkan.

Beliau didapati bersalah hanya kerana bersikap berani dan inginkan kebenaran. Kalaulah Mejar Saidi bercakap mengenai wajar dan layaknya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menggunakan jet TUDM, sudah tentu hari ni beliau akan disanjung dan dinaikkan pangkat, walaupun perkara itu tidak berasaskan kebenaran dan kejujuran.

Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berbangga mempunyai kakitangan sepertinya yang terbukti berani, jujur, ikhlas dan amanah. Setelah dijatuhkan hukuman dan dibuang daripada TUDM pula, sambil meletakkan mahkamah Allah untuk pertimbangan keadilan yang hakiki untuknya, jelas beliau juga seorang yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap konsep redha dan tawakal.

Secara umumnya, memang ramai yang bersimpati dengan nasib Mejar Zaidi. Tetapi yakinlah dunia belum kiamat untuknya. Walaupun dunia ini selalu memberi kemenangan dan kejayaan kepada mereka yang tidak jujur, pembelit, penipu, penjahat, peminum arak, malah pembunuh sekali pun, tetapi janji Tuhan mengenai doa mereka yang teraniaya juga kerapkali ditunjukkan kepada kita sebagai pengajaran.

Namun, kita tidak tahu bila doa Mejar Zaidi ini akan dimakbulkan Tuhan. Jika benar beliau teraniaya dan hukuman tidak adil dikenakan keatasnya, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk turut sama mengangkat tangan berdoa menuntut keadilan diberikan kepadanya serta pihak yang menganiayanya pula diberikan balasan.

Tetapi, sementara banyak pihak bangun bersuara ingin membela nasib dan kedudukan keluarga Mejar Zaidi yang kini hilang punca pendapatan, kerajaan negeri yang ditadbir PR iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan wajar segera tampil menunjukkkan diri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Buatlah sesuatu untuk beliau meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan anak-anaknya. Berikanlah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya. Yang lebih penting, hargailah keberanian dan kejujurannya.

Dalam PRU 14 akan datang pula, PR juga wajar memilih Mejar Zaidi ini sebagai salah seorang calonnya. Letakkanlah di mana-mana kawasan DUN atau Parlimen kerana sifat berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah yang dimilikinya adalah aset paling tinggi untuk menjadi pemimpin di negara kita yang semakin "rosak" ini.

Beliau bukan saja boleh menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat melalui sifat-sifat yang dimilikinya itu, malah meletakkan sebagai calon juga memberi lebih harapan kepada rakyat akan kewujudan sebuah kerajaan baru yang lebih diyakini. (SH 13/01/2015)

22 comments:

  1. Fully agree with shah, he should be given peluang! Dlm dunia materialistik skrng sukar utk dpt orng sptnya.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan PR must do something to prive that they care! @GE14, calonkan dia, I m certain boleh menang, insyaaAllah. Salute you maj zaidi...

    ReplyDelete
  3. Orang2 yang berani macam ini yang kita perlukan sebagai peminpim sama ada BN atau PR kerana membawa aspirasi rakyat dan berani berkata benar walau pun dihadapan raja yang zalim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani tak bertempat

      Delete
    2. Setuju dengan anonymouse 13 Januari.

      berani bertempat adalah berani menyembunyikan kemungkaran, dan berani menerima balasan dari Maha pencipta kelak, seperti politikus yang berani membiarkan kemungkaran melata.

      Hidup anonymouse dan kemungkaran! (Satire)

      Delete
  4. nak pas nak anbik bekaih mejar ni?terutama geng jebon tu!geng jebon kalu bule nak GU ja.sebab geng tak leh kena teguq.macam bekaih mejar berani teguq (kera jaan)lagi la geng ni tak nak terima apa tah nak calon bekaih mejar ni.

    ReplyDelete
  5. Mahkamah Tentera terutama Pengerusi nya Col Saadon mengambarkan betapa Angkatan Tentera Msia telah dipolitikakan...dimana pegawai tentera ikut telunjuk politik Umno.

    Macam ni nak berjuang dimedan peperangan. Low class air force officers.

    ReplyDelete
  6. First of all, tabik tuan shah sbb mengutarakan isu mejar zaidi. Ternyata tuan shah mendengar pendapat pengunjung blog anda. Aku cukup sedih dgn kes mejar zaidi. Dan yg paling sedih, yg memecatnya adalah org melayu mengaku islam atas arahan.. Of course org melayu atasan yg juga mengaku islam. Sungguh signifikasi dgn kes2 yg melibatkan melayu yg tak setuju dgn penguasa negara. Aku tak berapa setuju dgn cadangan jadikan mejar zaidi sbg calon. Dia patut kekal sbg mejar yg berprinsip. Kalau dia masuk politik, org akan anggap dia bias kepada PR. Jadikan beliau sbg contoh didalam kempen. Org akan menilai sebagai manusia yg berotak dari beranggapan mejar zaidi ingin berpolitik. In the same time, bagilah opportunity kepada mejar utk bekerja dan mencari rezeki. So, PR kena tolonglah. MB selangor, KM pp kena take into consideration. Leave out MB kelantan. Banyak keja dia kena buat sbb banjir. Sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  7. Masalahnya boleh ka kerajaan PR ditegur? Atau kalau Major Zaidi bekerja dgn Kerajaan PR, dia akan berdiam diri kalau ada isu isu yg perlu ditegur. PR nampaknya terlalu taksub kpd pemimpin PR, tidak boleh ditegur apa, mcm Tokong.

    Atau PR mmg suka menegur dan megkritik lawan, terlalu gairah dengan kebolehan, kejujuran dan ketelusan sendiri? Dalam BN, pemimpin ke apa ke, semua kena kritik. Tak de sapa boleh jadi Tokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin BN boleh di kritik? Ko adalah seorang manusia yg sudah hilang akal. Jatuh tahap bodoh ni. Yg kena tangkap berbondong2 tu hapenye? Tolonglah jadi manusia.. Don't put your level as low as animals.

      Delete
    2. Saiful bukhari dulu tegur anwar la..tgk apa jadi..

      Delete
    3. Anon 19:19 you are an animal indeed..}

      Delete
    4. kau ni mabok ketum ke?kerjaan 47% kerajaan penipu.kritik kepala bana kau.

      Delete
  8. PR dan penyokong2 WAJIB lakukan sesuatu bagi membela insan yang teraniaya ini hanya kerana berkata benar. Begitulah jadinya kalau puak puak haram jadah memegang kuasa. Saya sangat sangat sokong saranan Tuan Shahbudin ini.

    ReplyDelete
  9. Dalam ATM penuh dengan manusia yang kaki bodek dan kipas sana dan sini. Perlantikkan berdasarkan politik semata-mata dan orang kampung Menteri Pertahanan (dahulu) yang macam "Si Luncai" dan "tak cukup inci" pun boleh dilantik hingga ke tahap Panglima ATM. Dahulu Panglima Angkatan Tentera seperti Hashim Mohd Ali yang berbadan tegap dan gagah walaupun adik ipar kepada PM di waktu itu namun beliau memang layak dilantik sebagai peneraju ATM, tetapi sekarang apa dah jadi? Muncul dan bercakap di TV pun tak henti-henti dan tak lekang dari mulut memuji pemimpin politik dan para menteri (atas dasar terhutang budi). Kalau dah "Si Luncai terjun dengan labu-labunya maka rakyat yang mengatakan "biarkan-biarkan" akan menjadikan negara ini seperti "askar gurkha" sudahnya. Nak tahu tahap dan kualiti anggota tentera Malaysia terkini, maka lihat sahaja kepada para panglima atau pemimpin mereka sekarang........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Bercakap diTV pun tergagap-gagap mcm takde confidence

      Delete
  10. Jangan menuduh membabi buta. Khidmat pasukan tentera bukan sahaja perlu bagi keselamatan Negara, malam satu bentuk bidang pekerjaan utk org Melayu. Kalau tak dak kerja, mana lagi org Melayu nak kerja.

    Masalah nya bila org Melayu diberi kerja, tak faham peraturan kerja pulak. Jangan campur aduk politik dalam kerja. Bahaya jadi nya. Kerja tetap kerja sbb mau menyara keluarga.

    Kalau sudah bosan kerja dan mau berpolitik, berhenti kerja...politik seventh masa..

    Tak perlu menjerit membabi buta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau merapek ni Labu?????

      Delete
    2. Labu ni Tak kena kat batang idung dia atau keluarga dia. Nanti kalo dah kena dia pun melalak juga..

      Delete
  11. PR tak perlu melatah itu ini berkenaan kes Mejar..Lebih baik duduk diam.

    Apa ni tuan? Satu dlm sejuta? Tuan betul2 tak reti kira. Sebenarnya satu dlm 30 juta.

    Hidup kita biarlah ikut kehendak zaman. Bukan melawan arus. Skrg zaman akhir zaman. Jadi ikut trend yg dah nabi cakap. Yg bukan trend akhir zaman spt jujur amanah sudah lama berkubur.

    Lagipun keadilan hanya boleh diperolehi drpd Allah. Mahkamah itu dikawal manusia. Parti2 juga dikawal manusia. Semua parti melebong untuk memenangi kuasa2 punca ekonomi. Keadilan tidak wujud dimana2 tanah atas mukabumi ni. Dah tahu tiada keadilan atau susah nak dpt, mengapa buat report.

    ReplyDelete
  12. Saya setuju dengan cadangna Tuan, Majar Zaidi tinggaldi Bertam P041. Tolong majukan pada Majlis PR

    ReplyDelete
  13. Masuk dap jd kurang ajar mcm ng wei aik,masuk pkr jd parti kencing rakyat...masuk pas ada puak pasma gila nama....dinasihat masuk tabligh sj senang....tkda sapa kacau d sri petaling tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...