Friday 9 January 2015

Ketegasan Jokowi Yang Najib Perlu Belajar Daripadanya


Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo  atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu.

Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.

Kita akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya tidak lama dahulu.

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Sebelum ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.

Meskipun ada yang menganggap tindakan Indonesia itu keterlaluan tetapi Presiden Jokowi telah membuktikan dirinya seorang pemimpin negara yang tegas dan lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya berbanding rakyat luar.

Dilihat lemah-lembut, bertubuh kurus dan bercakap pun tidak menjerit-jerit, namun sebaliknya Jokowi telah membuktikan sikap tegasnya yang terpuji sebagai pemimpin.

Walaupun kita sebangsa dan serumpun dengan Indonesia, kita sebenarnya tidak boleh marah atau berasa hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Jokowi itu kerana ia menunjukkan sikap dan pendiriannya yang lebih mengutamakan rakyatnya sendiri.

Sudah tentu pendirian Jokowi itu mendapat pujian daripada rakyatnya. Jika pemimpin kita pun lebih mengutamakan rakyat sendiri berbanding rakyat luar, sudah tentu juga pujian yang akh diterimanya.

Ada nilai-nilai yang perlu pemimpin kita belajar daripada ketegasn Jokowi itu. Kecuali dalam era kepimpinan Mahathir yang bersikap tegas dalam mempertahankan hak-hak negara sendiri, kepimpinan selepasnya dilihat amat lembut dengan negara asing dan juga negara jiran.

Lihat saja bagaimana ketika era Pak Lah dan Najib Razak ini dalam berurusan dengan Singapura misalnya. Kita bukan saja lembut dan sering mengalah, tetapi juga seolah-olah suka dilihat kalah dan menunduk kepada negara jiran itu.

Dengan negara besar seperti Amerika Syarikat lebih lagilah mengalahnya kita sehingga antara golf dan banjir besar pun, pemimpin kita gagal membuat pertimbangan yang mana satu keutamaan yang harus didahulukan.

Begitu juga dalam beberapa isu yang melibatkan kaum dan agama, pemimpin negara kita kerapkali gagal bertindak sewajarnya berlandaskan peruntukan undang-undang dan keutamaan sehingga menyebabkan ketegangan kaum dan agama terus berlaku dan berulang-ulang sehingga kini.

Dengan tindakan Jokowi menunaikan janjinya untuk meletup dan menenggelamkan kapal nelayan yang menceroboh perairannya, ada nilai-nilai ketegasan yang perlu pemimpin kita, terutamanya Najib Razak, perlu belajar daripada pemmpin Indonesia yang bertubuh kurus dan berwajah kekampungan itu.

Janganlah terlalu lembut, diam, senyap dan lebih suka tidak berbuat apa-apa dalam negara yang semakin banyak masalah ini.

Mahathir berulangkali menyatakan, "jadi pemimpin mestilah tegas dan berani". Anwar Ibrahim juga menyatakan, "kalau tiada sifat berani, jangan jadi pemimpin".

Sekiranya Najib malu untuk mendengar nasihat Mahathir yang tidak lagi menyokongnya atau segan dengan kata-kata Anwar yang menjadi musuh politiknya, sekurang-kurangnya nilai ketegasan  yang ditunjukkan Jokowi ini telah menyentap hati dan perasaannya.(SH 09/01/2015)

13 comments:

  1. JokoJib juga tegas Tuan Shahbudin. Lihat bagaimana tegasnya JokoJib dalam memastikan Anwar diheret ke mahkamah atas isu liwat. JokoJib mewarisi ketegasan JokoDet dalam mengurusi kes liwat Anwar.

    Cuma JokoLah saja yang tidak tegas kerana JokoLah lebih mendahulukan Islam berbanding JokoJib dan JokoDet. Maka pujian harus diberi pada JokoJib dan JokoDet kerana tegas dan kedua2nya mampu menjulang sebagai Pengarah aka Penulis Drama Liwat Terbaik Dunia.

    Indonesia Boleh..Malaysia lagi Boleh di bawah JokoDet dan juga JokoJib.

    ReplyDelete
  2. Najib harus bertegas dlm isu anwar..penjarakannya jika dia bersalah..apa nak takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang najib perlu takutkan kepada anwar.. mungkin najib takut tembelangnya fitnah anwar terbongkar rasanya.. bukankah tangkapan dan bicara dah dilakukan kepada anwar dan peguam shafee pun yang 'hebat' telah dilantik.. masalahnya peguam najib kelihatan 'hebat' mencipta kes dari mengemukakan bukti yang kukuh.. bagaimana hakim dengan mudah untuk jatuhkan hukuman kpd anwar.. isu harus bertegas takda kena mengenakan dengan kronologi pendakwaan terhadap anwar..

      Delete
    2. Dah la fabricate the case, baguih sungguh humban musuh politik masuk penjara.

      UMNO mana reti atau tahu apa itu profesionalism. Walaupun beribu kali kantoi pun, UMNO tetap anggap Melayu itu totok dan bodoh mcm pemimpinnya jugak.

      Nak harapkan ini berubah? Tak payahlah.. mmg Allah Taala ciptakan bangsa melayu ni bodoh-tolol-totok. Dari pakcik makcik kampung hinggalah ke lulusan doktor juga ulamak2nya hingga ke menteri2 dan raja2. Khalas.

      Delete
    3. Kepada yang tak punyai nama,
      Komen kamu yang tertera dia atas ada kebenaran nya walau pun masih samar samar. Aku pernah terbaca bahawa bapa Sial-fool telah menyatakan kekesalan nya kerana menyusah kan keluarga Anuar.
      Tetapi macam mana pula dengan kebanyakan salah laku yang umum tahu telah di lakukan oleh orang orang tertentu tetapi di "LINDUNGGI" oleh undang undang. Yang tersohor adalah pembunuhan Altantuyya, komission pembelian kapal selam yang bermasa'alah, wang 250 juta untuk membeli lembu di mana projek nya tak menjadi, 1MDB yang bermasa'alah dan banyak lagi. Fikir fikir kan lah

      Delete
    4. Rafizi kata pengusaha stesen minyak rugi apabila minyak turun...macam2

      Delete
    5. Buat apa najib nak belajar.dia kan anak razak yang dilahirkan bangang.kalu setakat najib yang jadi pm,mat rempit pun boleh jadi pm malaysia.

      Delete
  3. Berani ka bertegas buang kes atas kesalahan2 mengarut? Berani UMNO bertegas jadi gentlemen bila berpolitik?

    Babi hutan pun malu nak tgk muka melayu. Saya sanggup bunuh diri jika ini berlaku (walaupun hanya sehari UMNO melakukannya). Hinanya melayu drpd biawak kerana UMNO. Perkara semudah ABC pun, UMNO perlu mencari jalan selesai menggunakan kaedah laplace dan binomial.

    ReplyDelete
  4. Bang jgn ikuti hati kata bunuh diri tu tak dibenarkan. Sejarah sudah tercatat Mahatir Kutty telah melakukan kepincangan terhadap Malaysia , skg berpura pura menunjuk nunjuk keperihatian nya, orang bangang saja yang percaya

    ReplyDelete
  5. Di mana jam omega anwar? Jd misteri sehingga penyokong anwar sendiri bingung dan tiada jawapan sehingga kini..

    ReplyDelete
  6. Mesti mamat 19.18 ni under pay roll Umnoporno kalau bukan 2 kali bertingkat bangangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tanya. Dah ko pandai sangat, jawab la. Ramai yang nak tahu..

      Delete
  7. Penyokong anwar pkr begitu gembira apabila al gore memuji golongan demonstrasi,jd apa bezanya...setiap pemimpin dunia ketiga akan melutut pada amerika...aku rasa anwar akan membontot gembira jika obama sebut nama anwar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...