Walaupun berlainan agama dengan Altantuya Sharibu, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang sekaligus menyebabkan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bakal menerima hukuman gantung sampai mati, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada sesiapa jua yang cintakan keadilan sesama manusia.
Namun, jika diselusuri renteten kes itu sejak kejadiannya pada 2006, keputusan mahkamah ini hanya membawa separuh kelegaan saja.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-kedua anggota Unit Tindakan Khas itu sebelum ini, sebaliknya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh model kelahiran Mongolia itu.
Dengan hukuman tersebut, Azilah dan Sirul bakal menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Hanya Rayuan Diraja saja satu-satunya peluang untuk kedua-dua pesalah ini menukar hukuman mati di tali gantung ini kepada penjara seumur hidup.
Bagaimanapun, dalam keputusan yang diumumkan semalam, hanya Azilah yang hadir di mahkamah manakala Sirul masih tidak dapat dikesan di mana beradanya. Mula-mula beliau dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan, tetapi kemudian dilaporkan beliau sebenarnya berada di luar negara dan tidak mempunyai wang untuk pulang.
Namun demikian, mahkamah sudah pun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan usaha-usaha mengesannya dipercayai sedang giat dijalankan.
Walaupun hukuman telah dijatuhkan, kes perbicaraan sudah berakhir dan bapa Altantuya juga nampaknya puas, beliau masih tercari-cari motif anaknya dibunuh. Sementara beliau tampak berpuas hati dengan keadilan yang ditegakkan, realitinya hanya separuh kelegaan menjelma dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ini.
Separuh lagi kelegaan hanya terjawab jika motif pembunuhan itu dapat dirungkai serta siapakah yang mengarahkan kedua-dua anggota polis UTK itu melakukan pembunuhan dengan meletupkannya menggunakan C4.
Tiada siapa tahu apakah motif mereka membunuh Altantuya yang merupakan penterjemah dalam pembelian kapal selam itu? Apakah mereka mengenali Altantuya atau melakukannya kerana diarahkan oleh seseorang yang lain?
Jika ada yang mengarahkan pembunuhan itu pula, siapakah orangnya?
Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibicarakan sudah pun dilepaskan dan kesnya tidak pula dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Beberapa saksi yang relevan juga tidak dipanggil atau ditolak untuk diambil keterangannya menyebabkan motif dan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya ini mungkin kekal misteri untuk selama-lamanya,
Apakah dalam kes saman seterusnya oleh bapa Altantuya terhadap kerajaan Malaysia, semua persoalan mengenai motif dan siapa yang memberi arahan itu akan terjawab?
Apakah juga mereka yang tidak dipanggil sebelum ini seperti DSP Musa Safri, Razak Baginda yang sudah dibebaskan dan Najib Razak yang sudah dibersihkan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya, akan dipanggil semula memberi keterangan nanti?
Hakikatnya, episod Altantuya ini tidak berakhir begitu saja dengan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul. Selain ada lagi "cerita-cerita mahkamah" dalam kes saman seterusnya, pencarian kepada keadilan yang hakiki tentu juga lebih berpanjangan.
Hanya jika sudah dihukum siapa pelaku dan diketahui pula motif pembunuhan atau siapa yang mengarahkannya, barulah boleh dikira lengkap kelegaan orangramai dan keluarga mangsa dalam kes pembunuhan Altantuya ini. Dalam masa yang sama, barulah juga keadilan sudah tertegak sepenuhnya.
Sebagaimana ingatan alim ulama dan bijak pandai bahawa dunia ini tidak pernah adil dan keadilan yang sebenar-benarnya hanyalah di Mahkamah Allah nanti, pencarian mengenai motif dan siapakah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya juga mungkin hanya terjawab "di sana" nanti.
Kiranya mahkamah dunia gagal memberi jawapan, di mahkamah akhiratlah tempat selayaknya untuk menuntut keadilan.
Ia bakal mengulangi sepertimana yang dialami oleh Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah kerana menyatakan kebenaran mengenai "dakwat kekal yang tidak kekal" semasa proses pilihanraya umum lalu.
Setelah melalui beberapa episod perbicaraan yang mengecewakan, termasuk komen seorang panel hakim yang tidak sewajarnya dalam laman sosial Facebook yang berbunyi, "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je", Mejar Zaidi akhirnya menolak untuk melakukan sebarang pembelaan diri, sebaliknya hanya berkata, "kita jumpa di Mahkamah Allah nanti."
Tidak mampu melawan ketidakadilan di dunia, Mejar Zaidi hanya berserah kepada Tuhan menentukan segala-galanya.
Selain keluarga Altantuya yang tentunya juga mengharapkan keadilan sepenuhnya dapat ditegakkan dalam kes pembunuhan itu, kita sebagai manusia biasa yang cintakan keadilan juga turut berperasaan sama. Ini kerana keadilan tidak mengenal rupa bangsa, kaum, bahasa dan agama mana-mana manusia.
Jika tidak di dunia ini, pasti "di dunia yang lagi satu" nanti Tuhan akan menunjukkan siapa yang benar, siapa yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang berbohong.
Tetapi kadang-kadang juga Keesaan dan Maha Kaya Tuhan tak terjangkau dek akal dan tipu muslihat manusia memikirkannya. Tidak sampai ke akhirat, di dunia pun Tuhan selalu menunjukkan balasan-Nya. (SH 14/01/2015)
Azilah dan Sirul lah yang tahu selain daripada orang2 yg mengarahkan pembunuhan.
ReplyDeleteMasa ni lah Sirul buat duit untuk masa depan anak dia. Jual cerita dia kepada media massa Australia atau kepada TV Australia. Senang shj dpt Aust$ 1 million. Cukup utk beli rumaah dan belanja anak sekolah diAustralia.
Sirul mesti bijak utk mengambil kesempatan ni sebelum digantong sampai mati.
saya rasa sirrrull dan azzzilah tidak tahu kepala utama yang bagi arahan... raaaaz'k baginda terlepas dan hanya dia tahu apa yb berlaku dan kaitan politik...
ReplyDeleteSetuju dengan penulis. Aku pon rasa ada yang tak kena dengan kes ini tapi aku tak bisa memikirkannya.
ReplyDeleteAtlantuya tu kekasih gelap Razak baginda...mereka ada secret affair kat luar negara....semasa kemaruk asmara,razak janji manis macam 2 dgn tuya....Untuk menuntut janji itu, tuya dtg ke M'sia ke rumah & pejabat razak...razak gelabah,camner nak cover line nih?....lalu dia terfikir ,dia beberapa kenal org besar kat bukit aman utk settle problemnya....lalu diarah dua polis malang bodoh utk tahan Tuya...semasa dlm tahanan polis dua ekor tu telah beberapa kali melampiaskan nafsu mrk dgn Tuya. Bimbang nanti Tuya bocor rahsia lalu ditembak & diletupkan utk hilangkan bukti.
ReplyDeleteSebab itu polis dua ekor tu tak dapat mengatakan siapa mengarahkan mrk kerana jenayah mrk sendiri....kalau ada yg mengarahkannya hari pertama perbicaraan mrk telah mengatakannya....Saper tak sayang nyawa beb?...sebab itu razak baginda terlepas....macam cerita sang buaya ditipu sang kancil utk menyeberangi sungai tu......moral of storynya si bodoh akan menjadi si penipu.....
Skrip yg hang buat ni kalau buat filem, hang saja yg tengok. Baca teks saja dah nak termuntah. Taraf cerita kancil dan boya saja.
Deletemoral of storynya si bodoh akan menjadi si penipu.....(hang pnya investigate kalah dtktif conan) #byktgokkartun
ReplyDelete