Thursday 2 February 2017

SEKALI LAGI, BALU DALAM EDAH JADI CALON BN


Balu Adenan Satem, Jamilah Anu akhirnya diputuskan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Tanjung Datu yang akan diadakan pada 18 Februari ini.

Pilihanraya kecil itu, yang penamaan calonnya pada 4 Februari ini, diadakan berikutan kematian Ketua Menteri, Adenan Satem pada 11 Januari lalu.

Pemilihan Jamilah ini, sama seperti yang dilakukan BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar lalu, di mana balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak, Mastura Mohd Yazid dipilih bertanding menggantikan tempat suaminya.

Dengan pemilihan Jamilah ini bermakna sekali lagi wanita dalam edah dipertaruhkan oleh BN sebagai calon.
Adakah amalan ini sesuatu yang sihat?

Apakah tidak ada calon-calon lain yang boleh diketengahkan di Tanjung Datu sehingga Jamilah, balu yang baru kematian suami, perlu diletakkan sebagai calon?

Bukankah Tanjung Datu kerusi yang cukup selamat bagi BN berikutan kecemerlangan dan ketokohan Adenan Satem sebelum ini sehingga dikhabarkan, sesiapa saja jika diletak sebagai calon, turut tidak banyak masalah untuk memenanginya?

Lalu, mengapa Jamilah juga dijadikan pilihan?

Tiadakah tokoh-tokoh lain, khususnya pemimpin muda PBB yang boleh ditonjolkan sebagai calon BN di kerusi tersebut?

Sejujurnya, meletakkan balu yang dalam edah dan baru kematian suami sebagai calon, bukan saja tidak baik dari segi hukum agama, malah juga tidak sihat dari segi peremajaan kepimpinan.

Ia dengan sendirinya menafikan calon-calon parti yang lebih muda dan berkelayakan untuk ditonjolkan sebagai pemimpin.

Gambaran lain ialah seolah-olah BN sudah begitu ketandusan pemimpin pelapis yang boleh diketengahkan sehingga tidak ada seorang pun yang layak dipilih dan seterusnya mampu memenangi pilihanraya.

Sampai bila BN mahu bergantung kepada serta faktor undi simpati orang yang sudah meninggal dunia untuk menang pilihanraya?

Yang lebih bahaya, amalan itu dengan sendirinya merangsang isteri-isteri pemimpin yang sedia ada sekarang untuk turut berangan-angan dipilih sebagai calon juga jika suami mereka meninggal dunia nanti.

Tak ke haru negara kita akhirnya....(SH 02/02/2017).

127 comments:

  1. Al-fatihah...dah takziah pada keluarga Allahyarham.

    Pada parti pembangkang tak payahlah nk letakkan calon lawan BN di Serawak.Pengundi di sana dah BN totok.Letak hebat mana pun calon lawan BN tetap akan kalah.
    Pengundi disana bagi beras sekilo,duit 10 ringgit pun tetap bermatian sokong BN tampa sedar dengan masaalah national.
    Masaalah IMDB,GST,rasuah,salah guna kuasa dan lain-lain yang menyusahkan rakyat akhirnya.

    Berlainan dengan orang semenanjung yang berfikran lebih terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Sarawak pandai main politik, umno Tak boleh masuk. Sape yg ada di putrajaya itu disokong janji Sarawak interest first.. Bijak... Mmg bijak!!!

      Delete
    2. Pendapat yang bijak dan saya sokong.

      Apa salahnya kali ini kita minta PH termasuk PPBM jangan letakkan calon di sana. Biar PBB menang tanpa bertanding atau alternatifnya menang dengan laluan mudah. PBB bukan UMNO, hanya sekutu di dalam BN.

      Lepas ni mudah sikit untuk nego dengan PBB sertai PH melawan BN. Sebab dari awal kita dah tunjukkan niat untuk jadikan PBB sekutu.

      Biar PAS lawan di sana kalau dia nak.

      Apa pun setuju bebenor memang balu tak patut diambil jadi calon. Hukum eddah bukan bertujuan untuk mengurung isteri2 yang kematian suami secara zahir, itu adalah amalinya, tetapi matlamatnya ialah untuk merendahkan hati si isteri bagi menunjukkan sikap berkabung di atas kematian suami.

      Apabila seseorang isteri bertanding pilihanraya di dalam tempoh edah kematian, maka segala sifat berkabung akan melayang. Jadilah ia hukum amali tanpa ruh.

      Ibarat orang sedang bertawaf dan bersai sibuk nak selfie dan upload dalam fb, walaupun ia tidak membatalkan tawaf dan sai tapi akan hilang matlamatnya untuk merendahkan hati dan mengingati Allah.

      Kalau ibadah dan hukum eddah hanya untuk dilakukan secara amali kasar tanpa ruh di sebaliknya, maka sudah tentulah ayat AlQuran yang mewajibkan puasa bulan Ramadhan di dalam AlQuran tidak akan diakhiri dengan terma 'laalakum tattaqun' yang bermaksud 'mudah2an kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. Memadailah dengan ayat yang memfardukannya tanpa perlu ditutup dengan hikmah di sebalik penfarduannya.

      Setuju juga meletakkan balu seorang bekas YB akan menghalang proses peremajaan sesuatu parti itu.

      Harap PBB tidak meniru UMNO di dalam hal ini.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. .

      Seperti mana mereka kaum hawa tuntut cuti bersalin sehingga 90 hari.. cuti edah pun elok lah di tambah ke 60 hari ..

      Suami berkhidmat dan berjasa pada parti dari bawah. Dapat lah jadi KM. Itu sudah kira satu ganjaran atas usaha suami.

      Sumbang balu tak banyak mana jika di bandingkan dengan sumbangan orang lain yang bercita-cita seperti suami nya. Malah lebih sesuai sebagai penganti jika diukur dari gaya kepimpinan.

      Bila yang bersusah payah berkerja tidak dapat apa yang di cita-citakan maka berlaku lah lencongan atau ketitisan.

      Macamana kalau isteri yang mati, adakah tempat nya di gantikan oleh si duda atau kerusi tersebut dipertahan kan sebagai kerusi untuk kaum ibu ?

      Nampak nya seperti era lelaki tunduk pada perempuan. Dah lah PM begitu sampai yang lain pun terikut...!

      Delete
    4. Saya tantang sekeras2nya.. PM Kita adalah b lelaki dari keturunan pahlawan bugis mappudulung.. Biar halilintar membelah bumi, utk undur dari Medan perang tidak sesekali.. Tu yg korang nampak, Bini aku tampar aku tu, dia tampar nyamuk kt pipi aku tu.. Dia syg kt aku.. Hatta nyamuk pun dia Tak bg gigit tau... Bini korang ada buat mcm tu? Tak Ada kan!!! Jd jgn jeles ye.

      Delete
    5. Best le jadi adun dan mp umno ni...kalo dah xde, boleh pas kat bini jawatan tu..at least xde le risau pasal anak bini nak makan apa dalam kubur nnt...

      Delete
    6. Kalo Najib mampos, Rosmah boleh jadi PM. Ini sudah baguih..

      Delete
  2. Jumlah wanita yg mengundi dlm sesuatu pilihanraya adalah sekitar 50%, yetapi calon tak sampai 25% , bagi le peluang mereka pula. Mungkin wanita2 lebih berintergriti lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt2, Bini balik kg seminggu, ari2 makan Maggi dan minum kopi air sejuk. Nak masak nasi dan air pun tak reti... Tp Bab komplen masakan Bini #1,masin la,pedas la Dan mcm2.. He he.. Teman ni lelaki ckp dr pengalaman he he.

      Delete
  3. Kalau balunya jadi calon kemudian meninggal dunia, adakah anaknya pula akan jadi taruhan?? Dah macam tiada calon lain lah.. Mungkin belum puas lagi mengorek kekayaan bumi Sarawak..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Memamglah ini trans mya di Malaysia, Singapore Dan beberapa negara lain di rantau ini

      Delete
    2. Bro.. Tak sape nk halang Kita jd calun, cukup syarat dan Ada wang pertaruhan.. Klu x naik undi, pangkah muka jd undi rosak.. Klu nk lepas geran..he he..

      Delete
    3. Teringat teman calon parlimen kat kuala trengganu dulu..nenek maimum yusof..

      Delete
  4. Teman setuju bebenor.. Tangan yg mengoncang buaian boleh mengoncang donia.. Lepas Kuala kangsar diperak, kini di tanjung Datu Sarawak.. INI ada awalan kepada first lady menjadi ahli parlimen pekan dan seterusnya menjadi presiden Dan merangkap perdana merangkap menteri kewangan. Precedent case dh Ada dua Case.. Tak gitu.. Tak caya tanya Salleh keluak belud.. Laju dia angguk2... Lg pun arwah tun razak meninggal krn leukemia, dah ini adalah sakit keturunan.. Yg hidup pasti akan merasai mati,itu janji Allah... Apa pun hidup PM in waiting Tun Rosmah Mansur... Ucapan tahniah pertama fi terima ialah dari Robert Mugabe Zimbabwe...Dan lain2 dunia ke 3 Dan dunia ghaib. Aduh.. Kena angkut la aku g SG.buloh lps ni..he he..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jangan risau Labu. Sekarang ni tidak, 20 thn dulu mungkin kena angkut pukul 2 lagi.

      Delete
    2. Syukur.. Teman Ada 3 serangkai yeop..

      Delete
    3. .
      .

      Macamana kalau yang ayun buaian ialah indon ?

      Delete
    4. Ko ni, jgn le sebut Bini #2 aku.. Syyy..

      Delete
    5. Kejora budak hingusan kurang pengalaman. Mana dia tahu hikmah 'Ramuan Madura, Betawi & Jawa'...betul tak sdra labu labi....???? Saya pernah tinggal di Jakarta pd awal tahun 80an sewaktu berkhidmat dgn PT Infood Interna.

      Delete
    6. Pak othaman ni ada2 je lah.. Malu la saya.. He he..

      Delete
    7. Ceh malu konon...labu labi kusangka satu sekali tiga dah hahaha....

      Delete
  5. Andaikata PM pulak meninggal dunia selepas ini, adakah calon penggantinya isterinya.......??? Adoooi

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Itu sebab tolong lah .. tolong lah. Jangan sumpah dan mintak sangat Naj cepat mati !

      Delete
    2. Berkemungkinan besar.nnti kita lihat semua kaki bodek cium tangan rosmah

      Delete
    3. Hidup tun rosmah.. IBU pemodenan dan pendidikan Malaysia... Keme dulu lg mmg sokong dia.. Kome je fitnah kata keme anti rosmah.. Itu junu janah namanya weh!!!

      Delete
    4. Sdraku labu labi....

      Rosmah...??? Amit-amit..minta diselisihkan malaikat. Saya pun nak ikut jejak seperti anda pakai 3 serangkai (sekarang dah ada 2 saja). Tolong beritahu kalau ada janda yg kerja kondakter bas. Ya, saya hanya berminat yg bekerja sebagai kondakter bas saja. Banyak hikmah kebahagiaan hakiki, tau....!!!

      Delete
    5. He he..nk kena belajor dgn pak othaman ni.. Musti ada rahsia dlm rahsia konduktor wanita nie.. Hr he.

      Delete
    6. Sdraku labu labi,

      Kalau kahwin dgn...

      Cikgu:
      Hari2 kita kena buat kerja rumah.

      Pensyarah:
      Hari-hari kita kena leter & syarahannya, bosan.

      Doktor & Jururawat:
      Kempunanlah kamu, dia asyik utamakan 'Patient, patient', anda boleh sabar ker...???

      Parking Attendant:
      Masuk dulu bayar kemudian bila keluar, tapi kena bayar cash mengikut berapa lama kita masuk pulak tuu. Bankraplah suami....!!

      Haaa....Kondakter bas dia malah menjerit, "Cepat Bang naik, jgn terhegeh-hegeh. Masuk dalam-dalam, lagi dalam & belakang Bang oii...".

      Amacam tak bahagia ker? Tak perlu klepet macam Najib nak beri emas berlian & duit juta2 kpd si Rosmah.
      Betul tak Tuan Guru kita.....???

      Delete
    7. Hr he. Pak othaman ni ada2 je citer dia.
      Suspense jgk..

      Delete
    8. Betul tu labu...pak man ni ada ada je senak perut aku yang boroi ni asyik ketawa...

      Delete
  6. .

    .
    Kepada wakil rakyat UMNO baik Parlimen atau DUN, pastikan makanan dan minuman selamat. Tidur jangan tidur mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn terus tidur ye wahai YB Dan YAB.... Nnti ke liang lahat rakyat angkut.. Bkn ugutan atau teguran.. Hanya ingatan tulus ikhlas yg serious.

      Delete
  7. lama-lama jadi parti untuk balu atau janda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak anak dara.. Cer teropong puteri umno.. Ramai ada tu.. Yg dh nk masak Ada, sedang2 masak Ada,terlebih masak pun Ada... He he

      Delete
  8. Slm perjuangan,
    Sekarang adalah masa semua kita yg cintakan bangsa dan tanah air bertindak di lapangan .
    kita perlu menjelaskan isu2 sebenarnya yg berlaku di tanah air angkara BN esp MO1,fokus utama kita utk menewaskan BN dlm PRU ke 14,so,dekati penyokong totok mereka-org kg,org lama,warga felda,gol yg tidak menguasai IT,sekadar menjadi penonton tv3 dan baca Utusan.....
    Mereka ini merupakan antaranya terdiri dp kaum keluarga kita, org kg kita ,rakan sekerja,dsb.
    Penerangan mesti jelas dan mudah difahami oleh mereka,berikan anologi/cth yg simple(rasuah,mencuri,menyeleweng,mengkhianati,salah guna kuasa,menipu).berikan contoh 2.6 billion,42 juta,apa tindakan Spore dan DOJ US berhubung 1MDB,Tabung Hj,YPEIM,penghapusan subsidi petrol,GST,Felda,MARA,cite AG,SPRM,KPN,Bank Negara)lakukan sesi penerangan mcm para guru mengajar anak2 murid yg lemah/sederhana di sekolah,yg penting murid faham,kemudian blh apply, buat analisis dan sintesis,akhirnya buat penilaian dan perubahan....
    Ayuh kwn2 semua,baca blog dan mengulas tak salah, baik utk mencanai minda,tapi lebih efektif diseiringi dgn GERAK KERJA......
    Selamat berjuang...semoga ada cahaya di hj terowong...Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jua Guru Tua.. Mana yg salah tegur kan.sama2 Kita istiqamah dlm menghapuskan yg bathil dan tegak yg haq.. Itu matlamat Kita.

      Delete
    2. Salam tuan Guru.

      Setuju dengan tuan Guru.

      Delete
  9. Ni selingan saja bukannya serious.

    Kalau lah bapa ko meninggal, maaf ye?, agak2 siapa yg mempunyai lebih power berkaitan harta peninggalan bapa ko?
    Emak ko? Atau, ko dan adik beradik ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya secara umum ada pada hukum faraid.

      Ia bukan tentang power tetapi hanyalah bahagian masing-masing. Kesemua pihak ada bahgian yang tak boleh dinafikan.

      Jawapan khusus pula mengikut fakta kes masing-masing.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Tambahan klu ada hibah Dan wasiat.. Contohnya tanah sekian2 utk masjid dan Rumah anak yatim DLL.

      Delete
    3. .
      .

      Selalunya masalah bila emak tiri yang jaga bapa atau Mak tiri muda dan manja. Atau pada bini kedua yang berkahwin secara senyap.

      Si bapa pun bagi bahagian lebih kepada yang yang no. 2. Kalau di 'bodoh-bodoh'kan bukan yang guna bomoh, si bapa pun tinggalkan wasiat.

      Perlu di ingatkan bahawa lelaki yang dapat harta yang lebih adalah kerana menjadi tanggungjawab nya menjaga adik-beradik lain dan jika ada yang susah seperti anak melanjutkan pelajaran si lelaki lah yang perlu bantu. Kalau perlu serahkan harta yang diwarisi dari si bapa kepada saudaranya tadi. Tetapi berapa ramai yang berani buat begitu.

      Ada tu yang selesaikan hutang si bapa orang lain, yang tuntut lebih orang yang langsung tak menjenguk si bapa.

      Saya dan adik beradik bertuah kerana masing-masing dapat bahagian semasa ibu dan bapa masih hidup. Mereka berdua tidak ragu-ragu memberi harta tersebut tanpa takut mereka akan di abaikan oleh anak-anak setelah di bahagikan hak masing-masing.

      Campurtangan pasangan masing-masing pun perlu di tangani. Jika menantu tak baik orang nya pun susah jadi.nya.


      Yang penting apa pun sayangi lah kedua-dua orang tua kita dalam apa keadaan sekali pun. Jaga lah mereka walaupun mereka terbaring di atas katil.

      Delete
    4. Yg paling baik, cari harta sendiri dgn tulang 4 kerat tanpa harap harta sape2 pun hatta hatta mak bapak. Jiwa Kita tenang dan jaga org tua ikhlas... Barang di ingat yg Allah timbang atas mizan adalah keikhlasan Kita.. Dlm hadis qudsi Allah campak kan kitab yg tertulis semua amalan baik Dan pahala sekalian byknya...wallahualam.

      Delete
    5. Sdr 12:18.

      Ada hadith Nabi yang jelas berbunyi 'tiada wasiat ke atas waris'.

      Maka kalau seseorang itu buat wasiat kpd waris maka waris-waris lain tak perlu risau sebab pelaksanaan bahagian wasiat itu tertakluk kepada persetujuan semua para waris.

      Kalau waris tidak persetujui maka kesemua harta pusaka akan dibahagi secara faradih.

      Setiap orang akan tetap mendapat bahagian yang mereka berhak.

      Delete
    6. Setuju dgn bro labu,kalau cari harta dgn kedrat sendiri lebih tenang dan aman hidup,kalau ada kelebihan boleh ar tambah lagi...

      Delete
    7. Harta yg paling baik ialah anak yang soleh..

      Delete

  10. Shahbudin ko pun silap banyak la....

    Yang first2 yg 'lsmgkah kajang' tu.

    Hai buat2 lupa pula si Budin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah kajang tu intro je.. Supaya partai lawan boleh dpt precedent.

      Delete
    2. .

      Itu strategik politik. Langkah Kajang ialah faktor politik. Bukan ganti orang yang mati.

      Nak memang di Kajang pun bukan mudah.

      Ini lawan kat tempat yang 90% menang. Apa cerita ?

      Bagi kedua-dua balu tersebut tempat lain lah ...

      Delete
    3. Tajuk tuan Budin adalah edah. Apa kaitan langkah Kajang dengan edah ni?

      Delete
    4. john....

      Kalau si Edah kerja kondaktor bas, saya berminat. Tapi si Rosmah...sorry tak masuk book, SELISIHHHHHHHH....!!!!!!

      Jangan marah.

      Delete
    5. Hahaha...

      Rugi pak othman nanti tak dapat guna Credit card tanpa limit.

      Hehehe..

      Delete
    6. Takde mananya rugi...tetap nak kondakter bas. Tak caya, tanya labu labi.

      Delete
  11. Puak2 Ni pulun kat diaorg semua..mentekedarah tak cukup2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena jaga balu Dan anak yatim supaya mereka tidak meminta2...

      Delete
    2. Bro labu labi,

      Pendapat yang betul tapi tak applicable untuk balu pada YB dan YAB yang rata2nya telah mengumpul harta yang cukup semasa hidup mereka dan pencen yang cukup juga untuk tanggunagan mereka selepas meninggal.

      Memang setuju dengan kalimah 'mentekedarah tak cukup2' bagi golongan ini.

      Ibarat kekayaan yang hanya berlegar-legar di kalangan puak sendiri.

      Apa orang lain tak mampukah nak jadi YB?

      Delete
    3. Hr he teman kenen je tu..reverse psychology je bro

      Delete
    4. Aduuuh, teman dah terpedaya...

      Delete
  12. En Shbudin,
    Sapa yg peduli pd hukum iddah kematian suami dikalangan puak2 ni...? Dikalangan mereka ni ada mantan mufti Perlis, Juanda, namanya kalau tak salah, Dr lagi....
    Bagaimanapun, terima kasih kerana berani memberi peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Syarat dan makna l edah sudah di ubah kan sebab politik.

      Isteri tak perlu lah di kenakan edah lagi. Dan si lelaki pun tak payah lah nak baca taklik. Dah jadi tidak munasabah .

      Pakai je jubah serba hitam selama 40 hari sebagai tanda kematian suami.

      Bila Sisters in Islam buat atau persoalkan tahu pulak marah ..

      Delete
    2. Bila dia sebut aje "Sisters in Islam"..dah tahu jantan betina ikan di air yg berkocak. Betul tak Kejora? Dia mana mau kalah dgn brother john doe..!!

      Delete
    3. Pak othman.

      Yang buat komen di atas tu antijibo tu, guna teknik reverse. Sudah tentu bukan Kejora.

      Mgkn pak othman tak sedar lagi, saya terperasan tapi belum mahu bangkitkan lagi, tapi disebabkan pak othman sebut nama kejora maka saya bangkitkanlah.

      Saya perasan, sejak kes annuar musa kena gantung semua jawatan, kejora masih tak muncul-muncul. Malah projibo yang lain juga tak muncul.

      Mogok agaknya.

      Delete
    4. Ayam betina takut kena taji kot.. He he.. Depa loyar buruk, Kita otai lg loyar buruk.. Baru kena buku dgn ruas.

      Delete
    5. Pengerusi penerangan sibuk ngan sprm la ni, depa tak dapat arahan apa apa..tu yg sengap tu..

      Delete
  13. Pada saya..trend pemilihan calon ini nampak tak sihat...pasal jantan dan betina..saya no komen sangatšŸ˜‰šŸ˜‰..politik waris mewaris ne tak relevan..anak automatik ganti bapa...isteri jd calon ganti suami..hurmmm...berilah dgn org lain..lagi ramai yg berkelayakan.....yg jd buah mulut rakyat adalah.."kekeluargaan" pertalian dgn ex..wakil yg terdahulu....apakah tittle YB @ wakil rakyat memang utk diwarisi ???? klu jawapan nya ya...ini sudah macam mewariskan pangkat/ darjat seperti kepada pewaris sultan / raja......PRK Tanjung Datu ..Sarawak.. calonnya diberi peluang mengambil kira popularity Ex CM @ arwah TS Adenan Satem....kira bagi PBB (BN)..winable candidates..apa pun itu pilihan dia org....tapi calon waris mewaris ini saya tetap tak setuju.... YB @ wakil rakyat bukan utk diwarisi..It not for one family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro najib mgkn mewarisi sakit ayahandanya leukemia, jika dia pergi, Kita patut bangga dpt ahli parlimen wanita balu dia dan wanita pertama jd PM Malaysia merangkap menteri kewangan.. Ko Tak bangga ke!!! Klu dia shopping no credit limit.. Payor government of Malaysia..mana ada boutique atau Kedai emas permata berani reject...aku bangga weh!!!

      Delete

    2. .

      Mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi? Makna nya kalau diwarisi oleh anak kira acceptable lah tapi macamana boleh di warisi oleh si isteri sebab isteri mewarisi dari ayah dan ibu dia bukan dari suami.

      Boleh tapi bagi lah tempat lain..

      Kalau anak ambil tempat ayah ada lah logik nya..

      Kalau Pasir Salak bagi pada anak dia, memang patut.

      Kalau Marang bagi pada anak dia, mangsa patut.

      Yang tak patut bila Pekan bagi pada isteri bukan pada anak..

      Delete
    3. Bro..labu labi (jokes)...klu lah benar Najis tu "keok" Rosbadak jd PM..kira single and available lah dia masa tue...klu kau nak goyang kaki sje and berkenan pada dia boleh angkat jd nombor dua bro...šŸ˜„šŸ˜„..wang banyak...rumah besar..keta besar..nafsu besar..semua "big big" hujung thn "melencong"..syarat kau kena pandai main golf..haha..šŸ˜‚šŸ˜‚

      Delete
    4. Teman sakit belakang.. Slip disc.. Tak lalu nk dokong.. Klu dia ngigau nk hempap teman, terus teman aruah.. Teman ni kurus sekeping je..he he

      Delete
    5. Bro creater jgn lupa mesti tahan kena penampar.

      Delete
    6. ya ke..mana tau..nk pasang nombor dua..si suami dia dah number 1..kau jd number 2 lahšŸ˜šŸ˜..tak payah tdo bsama bro..pakai single bed..klu dia tampal duit billion dekat muka ...yg ugly jadi pretty bro..hehe

      Delete
    7. Bro Md Noor..klu Labu Labi ne..jd nombor 2 RosBadak nanti..kasihan dia..penampar tu kena sudi n rela terima....šŸ˜‚šŸ˜‚..kemungkinan juga labu labi selalu mengigau..bukan apa ..terpandang muka Rosbadak ..terbawa dlm mimpi buruk yg menakutkan....bukan Ros mengigau..hehe..šŸ‘ŒšŸ‘Œ

      Delete
  14. Huhu..Klu RosBadak tu..šŸ¤—šŸ¤—šŸ¤—šŸ¤—..tak berani saya..besar kos maintainance tu...dah namanya "boRos"....takde main sen2 ..ringgit2..ratus2..ribu2 tu..million billion tu bro..haha..klu lah dia ini mewarisi taktha PIRates of Malaysia...jd menteri kewangan dahsyat lagi filem dia ne...banyak lagi drama bersiri..mengalahkan filem X..FILES..tak tercari/ tak selesai...."Long Hand " perempuan ini bro...hehe..pandang muka pun dah takut...banyak misteri " bomoh"..bunian..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la, itu self-maintain, silap hb ko pun dapat maintainance lagi.

      Delete
  15. aku dah komen pun sebelum ni..tentang trend politik malaysia ni..dah macam sistem beraja...hairaki...lepas laki mati bini ambik alih...nanti bini yb mati laki pulak ambik alih...semua dah jadi mcm pusaka pulak...

    mungkin bukan nak kenang budi suami yang berjasa pada negara...bagi bini pulak jadi wakil rakyat...mungkin sebab lain
    ..ada rahsia tersembunyi ke..ada tembelang yang takut pecah...
    ada rahsia dalam rahsia...
    kalau kita kaji balik...kerajaan bagi pencen....tak tahu lah pencen ketua menteri berapa....tapi cukuplah tu....campur itu campur ini...lagipun milah bukan ada ada yang masih sekolah lagi...bukan ada anak yang masih menetek...menyusu badan...
    dan ini yang paling penting....kalau agama diketepikan....kalau quran dan sunnah langsung tak ikut...hukum wanita dalam edah cerai dan edah kematian...susah kalau hidup berkiblatkan kebaratan...susah kalau quran dan sunnah hanya ditaati dan diguna pakai..dalam perkahwinan dan kematian saja..itupun bercampur aduk dengan adat budaya luar...

    memang huru hara kalau quran dan sunnah hanya dijadikan hiasan kehidupan....

    padan juga pun mufti mufti dan ulama ulama...langsung tak berfungsi...sekurang kurangnya bagi pandangan kalau pun takut untuk menegur secara langsung...

    milah...milah...jangan kita pun ikut jadi mcm kak mah...bukan apa ...kamek sik mau nanggah mun kita jadi mcm kak mah...selama lamanya oghang mengeji dari memuji....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Cass baru tau ke.. Welcome to Malaysia.. Land of smiles... He he..

      Delete
    2. Slogan zaman TUN=
      Malaysia boleh

      Slogan zaman najib=
      Malaysia asal boleh

      Delete
  16. Saya rasa perkara ini diatur oleh FLOM supaya dia boleh jadi calon bila kematian suaminya samada dirancang atau kebetulan.

    ReplyDelete
  17. saya bagi perbandingan ..Orang cina biasanya mewariskan perniagaan / business kepada keluarga...bini..ank..atau saudara mara apabila tiba masanya....itu memang trend....agak2nya lah..yang "terhiddden" tu...dalam hal politik ini pun " near same".. i mean.."politic is business" it only my opinion..correct me if i am wrongšŸ¤˜šŸ¤˜

    ReplyDelete
  18. Ini politic family atau family politic..konfius aku ngan ameno ni..no one cares for the voters..

    ReplyDelete
  19. Bro. Kt Sarawak tu ko letak bujang senang atas lambang dacing pun durang pangkah.janji dacing.. Lepas tu kena ngap dgn buaya tu.. He he..

    ReplyDelete
  20. maknanya andaikata ahli parlimen pekan dah takde, balu dia akan jadi calon? oh tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kpd budi bicara Zaid Hamidi semua tu. Kalau Zaid fikirkan Rosmah paling popular Rosmah lah dapat.

      Delete
    2. Silap tu bro.. Budi bicara Hisham kan ke sepupu sepapat.. Zahid masa tu Dh jd mantan dan santan nyor.

      Delete
  21. Haha..kan dah dacing..timbang kilo lah..hehe....klu dah kena beli..itu milik si pembeli lah...☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he.. Zaman teman masih lg timbang Kati..

      Delete
  22. Teman nk ceritera ttg babad kerajaan demak bintoro yg di perintah oleh raden Fatah dan beliau di lantik oleh ayahandanya raja majapahit yg besar jajahan takluknya. Apabila dia menyeru ayahnya utk menegakkan yg haq dan hapuskan yg bathil, ayah nya enggan.maka raden Fatah dgn tentera yg sedikit berjaya mengalahkan bala tentera majapahit yg tak terperi ramai nya. Dgn keyakinan yg tinggi dan pertolongan Allah, majapahit berjaya di tumbang kan..... Persoalannya... Berani Kah Pangeran Raden Dr Zahid langgar mappudulung bg menegakkan yg haq dan menghapuskan yg bathil spt yg do buat oleh Pangeran Raden Fatah??? Saje nk bg perangat... Hulubalang Si hisyam telah sedia menghunus keris dan lembing utk turunkan dia dr takhta...

    ReplyDelete
  23. terfikir pula saya bahawa system/kaedah ini idak pula d guna pakai bila tun razak meninggal dahulu.

    kalau lah ya bgh tun rahah d pilih, mungkin sejarah Malaysia berlainan pila.

    hidup n mati kita d tangan Allah swt.

    kata lah takdir najibayaf tiba2 'padam'. sudah tentu rospopomayaf akan d gesa atau d pilih utk mengganti nya.

    seronok lah pengundi Pekan !. saya pun tak payah lah bersusah payah utk membantu menggempur kerana UMNO/bn akan tumbang dgn sendiri nya. he he he.

    jgn marah! bergurau saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok pompuan negeri 9 ramai yg queen control dan suka tayang emas penuh di lengan. Its women world. Lelaki kena ikut kata.

      Delete
    2. Bkn mcm tu bang.. Bkn kami takut Bini, tp Bini Tak takut kami.. Beza tu bang.. Kocik ati den.

      Delete
    3. Saya suka nak bagi tip... hanya lelaki yg jenis BUAYA, HARIMAU & BERUANG saja dapat memberi kebahagiaan sebenarnya kepada kaum hawa. Setuju....???

      Delete
    4. Setuju...angkat tangan lg ni pak othaman..he he

      Delete
    5. BERUANG - Mesti berwang untuk tampung hidup.
      HARIMAU - Hari2 mau, baru bini sayang.
      BUAYA - Sama2 pikul tanggungjawab iBU-aYAh.

      Isteri mana tak sayang kalau suaminya ada 3 ciri berkeaan. Betul tak......????

      Delete
    6. Pak rahman jpc


      Saya tertarik dengan komen seorang anon di atas bahawa ini semua adalah idea FLOM SS apabila suami mati isteri jadi calon.

      Walaupun bunyi kelakar tapi memang nampak tak mustahil apatah lagi Najib diketahui seantero dunia tunduk kepada Rosmah.

      Apabila ia berlaku dua kali kebarangkalian ini adalah 'idea' Rosmah amat tinggi.

      Apa komen pak rahman?

      Pak othman, bro labu dan sesiapa sahaja dipersilakan memberi pendapat.

      Delete
    7. Saudara john doe ni..kurak2 dalam perahu, purak2 tidak tahu.. Ikut kata sepai leman arahan mmg dari Kak Ros, Abg jib sign je... Mcm biasa.. Dia Tak tahu apa yg dia sign pun.. He he..

      Delete
    8. Kan saya dah kata, "kalau Rosmah, Selisehhhh malaikat 44". Itu menyindirlah. Setiap sentuhan Rosmah adalah berpuaka dan mendatangkan mala petaka. Datuk rahman jpc kita lebih arif ttg hal ini & saya sendiri bertanggapan Najib jadi rusak setelah menebus talaq Rosmah dari bekas suaminya. Lagipun Rosmah nie memang ada amal ilmu bomoh macam Mona Fandey.

      Delete
    9. john doe...

      Berbalik pd soalan sdra, saya percaya FLOM adalah dalangnya...mungkin juga dia nak test market 'womanpowernya' kalau2 berpeluang jika Najib 'jalan daa' atau di PRU 14 nanti.


      Oh ya....bukankah (perbetulkan saya jika tersilap) terdapat LIMA (5) larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

      1. bertunang (secara berterus-terang)
      2. berkahwin
      3. berhias pada diri atau pakaian
      4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
      5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu.

      Dipersilakan komentar dari sdra2 sekelian. Terima Kasih.

      Delete
    10. sdr john doe,

      saya tlh menjawb pertanyaan sdr secara tidak langsung.

      jika rosmah d pilih utk mengambil tempat najib d pekan, 'she will b skinned alive'.

      no body wants her except najib, not even ds zahid. bercaya lah dgn pandangan saya.

      Delete
    11. Salam

      Lama saya tak berkomentar he he (cuti gong si fa cai)

      Lepas ni najip ada bakat la nak ilang atas flight mcm kes mh370

      Secara otomatiknya Rosmah naik jadi pi em

      Zahid jadi timbalan je la sampai pencen (atau tenggelam terus bila amno karam)

      David teo dan usop aslam pencen dari buat filem sebab takleh beat cerita blu karya riza Aziz

      Dan semua yb2 dah mula tak tidor sekatil dgn Bini masing2 Malah ada yg tak serumah terus - takut 'mati mengejut' masa tidor dibuat dek bini masing2 yg teringin nak merasa jadi Wai bi jugak

      Delete
  24. As a sarawakian, I am disappointed at the choice of candidate

    ReplyDelete
    Replies
    1. We Malayan reserve our comment. We don't want to interfere into Sabah and Sarawak affair.. Otherwise, Sabah Sarawak keluar Malaysia will get louder.. Mind u,my wife is a sabahan.. Klu lps ni nk masuk Sabah atau Sarawak pakai visa sik mau tuk.

      Delete
    2. Sdra labu labi...

      Kita perlu pemimpin berani, cekal tapi prihatin seperti Tun Mahathir. Masih ingat dulu di awal 80an, jet pejuang kita mengebom pulau Spratlys (pulau Layang-layang) atas arahan Tun M memberi amaran negara2 jiran & asing bahawa pulau itu milik kita. Saya diberitahu rakan setugas (sewaktu berkhidmat di Vietnam pd 1993) bahawa orang Vietnam anggap Tun Mahathir pemimpin berani & cekal (and he meant what he says). Sebab tuu mereka tidak bertindak balas. Sekarang apa dah jadi sejak Tun M meninggalkan pentadbiran negara? Batu Putih diambil Spura. Tentera China dah menduduki pulau Spratlys. Apa yg Tun Dol & Najib buat demi mempertahankan kedaulatan wilayah kita?

      Perlu kita ingat, Filipina pernah tuntut Sabah & Indonesia pula tuntut Sarawak.

      Delete
    3. Ingat lg paraku.. Berapa ramai org Kita yg terkorban. Dulu Kita ada NAM,Kita Tak memihak dan tunduk pd mana2 kuasa asing atau superpower. Jgn lupa setiap butir peluru yg menembusi anak watan dan mencacatkan mereka sehingga alhir hayat dtg Dari China komunis...najib never learnt the lesson on how the veteran felt... He just want to save his own skin... After the mistakes made by him and his handler.. A.k.A..smah... Disturbing news that our plane is still missing due to double Intel.. Mole

      Delete
    4. As a Malaysian Muslim, i am dissapointed too.

      Its a mockery to the hukum of edah.

      Delete
    5. Maaf ye Labu

      Najib dah +-x/ sejak zaman pPertugis, Belanda, Inggeris Dan Jepun dulu.

      Delete
    6. Fuyoo..mcm highlander la..
      Leh idup beratus tahun.. Wa caya lu la bro...tp wa ada baca sape yg amalkan lakkad ja akum...pagi dan malam..mmg lambat mati..ada riwayat smpi 500 tahun... Sebab dia mati kemudian lupa laki..

      Delete
  25. mlm tadi dalam berita tv...depa tunjuk jamilah anu...berkaraokey lagi....ingatkan berzikir ke atau baca alquran sedekah pada suami...rupanya tidak...visual berkaraokey yang disiarkan buat tatapan umum...calon wakil rakyat tanjung datu....

    baru kita tahu rupanya...salah satu syarat yang perlu ada untuk menjadi wakil rakyat..mesti pandai pegang mikrofon...mesti pandai melalak dan melenggok...supaya senang berdamping dengan bijan dan bini bijan....

    jangan lepas ni pi pegang mikrofon berurat sudah....malanglah penduduk tanjung datu...dapat wakil rakyat tak seperti yang diharapkan mungkin...abg joe pun bukan main rekomen milah jadi wakil rakyat...baik punya komen...

    aku dah tak minat tentang pemimpin sarawak....bila mengiktirafkan UEC...bercanggah dari ketetapan KPM...nak terus membantu sekolah cina....yang sekolah di perdalaman iban dan bidayuh...tak pun disebut....sampai pacat pun malu nak menetap disekolah perdalaman tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun sama...kumpul harta, materialistik dan taksub dgn duit. Firaun je yg boleh bawa harta dlm kubur. Msia belum dengar lg.

      Delete
    2. Sarawak affair,we Malayan reserve our comment. Nnti tak pasal2 Tak leh masuk Sarawak.. Bini iban dan bidayuh aku sape nk jaga.. Oiii...kedatangan aku tu..

      Delete
    3. wah bro labu labi...beghapa banyak bini kita tok...? kamek ingatkan oghang sabah jak..sik tau kamek kita pun ada bini iban dan bidayuh...
      hebat kita....kita menuntut ilmu dalam gelok jampi kah...mun kalau kita ada lebeh gelok bagilah kamek sigik...kamek pun nak cuba ghasa...bebini lebeh....heehe..

      Delete
  26. Seronok tengok rakan berhibur
    Sambil komen hippo dan jibo
    Kita bergurau sempat menegur
    Bila nak kumpul minum kopi o?

    Kita disini tukar pendapat
    Bela yg baik hentam yg jahat
    Sekali sekala minda nak rehat
    Cerita bini itu yg hebat!

    Ala Pak Othaman tolonglah cerita
    Awek konduktor bas, apa powernya
    Tak cerita, kami derita
    Nanti kempunan hilanglah nyawa

    Betul bro John, Kad kredit tak berlimit
    jadi laki dia, kasut tak haus tumit
    Laki sudah takde, tak salah boleh kenyit
    Tapi disaster menunggu, takut ketiak hangit!

    Bro Labu, bersiap waktu malam
    No cushion required, tak payah guna tilam
    Tidur pakai baju besi, macam pahlawan silam
    Kalau kena hempap,tak cedera luar dalam..

    Ikan merah ikan kurau
    Jangan marah saya gurau..!!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedara fan tun always the best...kipidap.

      Delete
    2. From east to west
      Bus conductor is the BEST..!!

      Delete
  27. Mana leh marah bro..

    Hari ni walaupun tanpa Kejora dan Unknown kita masih boleh berkongsi pendapat dan berhibur. Blog ni dah jadi serupa whatsapp group plak dah.

    šŸ˜šŸ˜šŸ˜

    ReplyDelete
  28. sekadar mengimbas kembali kisah PRN Sarawak - aku melihat dan mendengar bagaimana buasnya percaturan politik Pakatan Harapan dengan tiadanya cengkaman Tun Taib Mahmud (klon Tun Mahathir) yang menyerahkan kuasa pada Allahyarham Tn Haji Adenan Satem (persis Tun Abdullah).

    Maka melihat pada peluang ini, mabuklah tuan2 politik Pakatan Harapan bagai mabuknya si kaki minum tegar (alcoholic).

    Segala MOU yang dimetrai sebagai lambang dan tanda kelahiran PH (PKR,DAP plus PAN) hanya berusia beberapa bulan tidak mampu membendung nafsu para politikus itu dari berkhianat dan menipu daya sesama mereka dan mereka saling mengigit antara satu sama lain (bertindih kerusi dan berperang mulut).

    Hatta betapa yakinnya mereka bakal menguasai sarawak sehingga mereka lupa pada Kuasa dan Qudrat Allahswt.

    Pada waktu itu rakyat Sarawak dipuji dengan segala macam pujian dan dengan "janji" yang paling utama adalah kempen FREE SARAWAK.

    Sesungguhnya percaturan-Nya mengatasi tipu daya sekalian politikus yang berkhianat itu. Akhirnya masing2 menanggung aib dan kerugian apabila keputusan PRN Sarawak sangat berlawanan dari segala kehendak para politikus dari kem Pakatan Harapan.

    Allah Maha Besar - sekelip mata tiada lagi pujian melainkan celaan dan fitnah buat seluruh rakyat Sarawak dari golongan yang jahil lagi menyombong diri.

    tuan2 politik itu terdiam tanpa mampu berkata apa2 - bahkan buat pertama kali didalam sejarah, mereka kelihatan terlalu bingung sehingga terlupa pada alasan yang paling klise "SPR menipu,pengundi hantu,blackout,undi pos". tiba-tiba sahaja aura Allahyarham tuan haji Adenan bin Satem yg diibaratkan setaraf Tun Abdullah Ahmad Badawi dijadikan alasan tumbangnya mereka jauh terperosok di dalam lembah yang hanyir dan sangat memualkan.

    Maha Suci Allahswt - sesungguhnya tuan2 politikmu itu dihinakan Allahswt pada PRN Sarawak pada waktu itu adalah diatas tipu daya yang mereka kerjakan.

    kini berlaku lagi PRK di negeri Sarawak - ironinya di kerusi milik Allahyarham tuan haji Adenan Satem, pemimpin yang membuatkan segala tipu daya dan kekuatan tuan2 politik kalian lumpuh sama sekali.

    Khabarnya tuan2 politik itu tidak mahu meletakkan calonnya - indah sungguh pengajaran yang dapat diambil, bahkan tuan2 politikmu ibarat sang malaikat dan tidak lagi mengigit (berebutkan kerusi).

    Allahuakbar - benarlah tatkala datangnya yang Haq maka yang Bathil akan hilang dan pergi tanpa mahu kembali lagi.

    Salam petang untuk semua.
    Ikhlas dari unknown aka sahabat.

    apa khabar si empunya Blog serta sekalian penarinya ??

    ReplyDelete
  29. Arif billah ke tu? Long time no see. How are u bro? Sihat? Alhamdullilah. Klu nk layan org jahil mcm kami2 ni mmg pening. Eh..ubat darah tinggi,gaot dgn kencing manis dah makan dak? Maklomlah Si jahil, soalan2 nya kadang2 Tak terjangkau dek akal.. Ada baca buku tak bertajuk " the spy master " by KGB major general oleg kalugin... Fuh.. Itu politik antarabangsa dan serantau hebat.. Oops lupa ada baca buku operation mince meat Tak... Maka tuan2 politik mereka tidak lah menceritakan hal yg sebenarnya...you tell the truth, half truth or no truth at all.. Concocted story or planted story... Wahai arifbillah... Kami Si jahil bkn tandinganmu.. Ilmu kamu Tak tercapai oleh kami ):

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar dedaklah tu..bab tu baru keluar..klu kenyang tido jk..ow...PRK Sarawak..crta apa dia bawa ni..aku ingat dia menang jd YB @ wakil rakyat sana tadi..ingat dia nk angkat sumpah..šŸ˜–šŸ˜–

      Delete
    2. Sdra labu labi & Creatter 727qp....

      Jika tak silap bulan lepas, sangkeng terujanya saya dgn kehebatan si Unknown ini, maka saya telah memohon untuk berguru & membuat temujanji serta meminta no. h/p untuk dihubungi. Tapi malang dia tak layan pun. Harap2 dia ada membaca nukilan saya kali ini.

      Delete
    3. Bro...Oth.Ahmad..hehe..ada telor ke ayam betinašŸ˜‚šŸ˜‚..lupa suruh labu labi tanya dia..jauh pula ayam betina ne merantau "mengais ngais "dedak smpai ke Sarawak..tanya dia labu labi..sama tak gred dedak sem.Malaysia dgn Sarawak..šŸ˜ŠšŸ˜Š..aku nak tanya tak faham bahsa dia..

      Delete
    4. Sampai ke Sarawak dia kejar dedak?

      Dapat ulat sagu je lah jawabnya dia

      Delete
  30. Dah mai dah...tu la bro john doe, jgn disebut sebut ttg penyondoi najib..tengok dah datang..depa ilmu makrifat tinggi, tembus langit ketuj7h tau..tapi ilmunya tu untuk tengok dan nasihat org je pasal diri da maksum, tak dak dosa...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena biaq dia mai la jugak. Dia kan cari rezeki.

      Tapi tak kisahlah sebab tulisannya tiada isi yang menggugat pun.

      Delete
  31. Muncul unknown alias sahabat
    Macam biasa Mahathir disebat
    Mantan tidur(zzz..)dikata hebat
    Penyonglap negara dia menjilat

    Dah putus modal, sebut Sarawak
    Konon PAKATAN dihina banyak
    Itu buat kita nak gelak
    Nak tampal gambar, jibo tak layak!

    PRK juga PAKATAN dicaci
    Tak letak calon tak rebut kerusi
    Macamlah dia pakar strategi
    Entahkan tugas membancuh kopi

    Bathil kan hilang itu katanya
    Pendapat ini kita serupa
    Jual negara songlap berjuta
    Yang buat ini sebelah dia..






    ReplyDelete
  32. semalam dalam berita keluar visual milah yg bakal jadi wakil rakyat tg datu...
    bagus punya promosi...milah berkaraokey...rupanya kalau nak jadi yb mesti pandai berkaraokey...baru boleh join team bijan dan kak mah...mesti pandai pegang mikrofon...jgn pegang mikrofon lain sudahlah...

    nasib korang lah pengundi tg datu dapat wakil rakyat pandai berkaraokey....hairan jugak aku kenapa salleh belud boleh biarkan visual sebegitu lolos siaran...sedangkan milah masih lagi dalam edah....
    tunjuklah milah sedang baca quran ke...buat kerja amal ke....nak jadi calon wakil rakyat tau bukan nak jadi wakil penyanyi sarawak..
    abg joe pun bagus punya rekomen...
    lantak koranglah sarawak...abg joe pun tetap nak mengiktirafkan UEC dalam konteks pensijilan dalam pembelajaran sekolah di sarawak...abg joe juga telah berjanji nak bantu sekolah cina...sekolah diperdalaman kaum iban..bidayuh...dan lain2..tak pun abg joe sebut...
    sedangkan sekolah2 diperdalaman tu lah yang perlu diberi perhatian bukan sekolah cina yang rata2nya berada dibandar...
    sekolah perdalaman punyalah teruk...cikgi cikgi siap tunjuk betis selak kain...bila tiba musim hujan...pacat pun malu bak menetap di perdalaman tu...
    sekolah yang dah senang tu jugak yang nak dibantu...

    nasib koranglah rakyat sarawak..kamek sik masuk campur...kamek cuma mau nanggah jak....mun apa jadi pun sia kamek nanggah jakn...

    ReplyDelete
  33. Ramai yang buat kesimpulan mudah bila bali wakil rakyat jadi calon BN:

    1. Menarik simpati pengundi supaya kesian...
    2. BN boleh menang mudah dengan sifat kesian rakyat. Siapa tak sokong akan dicap sebagai tak kenang budi.
    3. Pemimpin muda jangan berangan-angan nak jadi wakil rakyat masa sekarang. Biar kroni didahulukan !.
    4. Salah satu cara BN ' menghiburkan ' janda wakil rakyat supaya jangan bersedih. Sebab di sebalik kesusahan ada kegembiraan ( Konon ! ).
    5. Pemimpin yang tidak terpilih jadi calon jangan susah hati , sebab ada disediakan ' habuan ' dah untuk kamu...
    6. Mufti dah pun bagi penjelasan tentang hukum janda dalam tempuh ' berkabong ' dengan panjang lebar masa pilihanraya kat K.Kangsar dulu ! Eh, takkan kome tak paham2 gak lagi ? He he he...

    ReplyDelete
  34. TS Jamilah satu-satunya wanita yg ada 'anu'.. perghh
    Tentu YB Pasir Menyalak suka komen ambo.. hahahaaa
    Jangan mare yer... (IJK) i'm just kidding

    ReplyDelete
  35. Berdoalah agar peem kita panjang umoq. Sbb senario BN la ni suami meninggal isteri jd calon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...