Friday 10 February 2017

MALU BESAR JIKA PAS TAK BERANI SAMAN HUSAM


Wahhh....belum pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.

Kata Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran  isu yang berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.

Tidak seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?

Apa pun, malu besarlah Pas jika tidak berani atau masih bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam yang seolah-olah memang menunggu saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua. (SH 10/02/2017).

75 comments:

  1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

    Tahukah anda bahawa Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah milik IKRAM. Dulunya JIM atau IRC. IKRAM ini terbabit cuba menguasai PAS. Mereka menghuru-hara PAS bila cuba membuat Jamaah dalam Jamaah. Bila operasi mereka tak berjaya menguasai PAS dalam Muktamar 2015 atas kesedaran ahli PAS yang tidak lagi mengundi mereka. Mereka keluar ramai-ramai membina Parti AMANAH @ PAN yang berkiblatkan DAP.

    Tujuan mereka adalah cuba mengambil alih semua yang PAS buat termasuk aset PAS seperti bangunan dan sebagainya. Mereka buat PASTI, Mereka Buat UNIT AMAL, Mereka buat NISA'. Mereka buat akhbar sendiri.

    Mereka masuk dalam PAS untuk mendapatkan semua kepentingan bagi merangka parti baru untuk MELUMPUH dan MEMATIKAN Pas.

    Itu kerja jahat puak IKRAM.

    Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

    Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.

    Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

    Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

    Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

    Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

    Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?

    Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

    Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.

    Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh!! Komen mcm orang kampung.otak sempit.kau punya komen layak kat suratkhabar harakah sahaja.x layak utk dibaca disini..kau hidup mcm dalam gua.nama je islam tp otak sempit..buat malu melayu je

      Delete
    2. Jangan BERHASAD DENGKI saudara,sifat Mazmumah itu diBENCI oleh ALLAH,Tak kiralah siapa umat islam yg beriman nak buat "KEBAIKAN".Jangan kita fikir kita berparti berjenamakan islam,orang islam lain tak boleh buat kebaikan.

      Delete
    3. Anon 15:59 - otak udang. Period.

      Delete
    4. saudara tak berani sebenarnya kalau berani tak yah le letak nama anonymous... letak nama sendiri baru semua pembaca siapa saudara... bagaimana nak pertahankan PAS klu x berani tunjuk muka

      Delete
    5. Artikel ini tentang Husam mempertahankan ucapannya berkaitan PAS menerima wang seperti yang disebutnya. Mengapa pula si "Anonymous" bercakap/menulis menjela-jela tetapi di luar topik? Jangan orang ramai-ramai bercakap tentang topik cuaca kita pula nak tunjuk pandai dengan mencelah menjela-jela tetapi membicarakan tentang topik makanan pula; bukan akan nampak pandai macam ni, tapi akan nampak "terlebih pandai".

      Delete
    6. Kalau Pas terlalu Islam, apakah sumbangan Pas terhadap Islam setakat ini?

      Saya bukan menidakkan Pas, cuma tak tahu. Tolonglah beritahu.

      Delete
    7. Come telajok perangai play-play perkauman dan agama untuk hidup. Zaman 60 an dulu kawe cayo la mu wat pelawok. Lo ni Pas doh tok supo mulo. Doh lupo ko TG Nik Aziz Nik Mat biar ado anok dan bini tapi cumo hiase tanpa maruah dan aura TGNA. Mugo AMANAH bakal jadi parti pemerintah Kerajaan Islam Kelate pada PRU14 kelak. Ambo dan keluargo bui 25 undi dan haram pangkoh pemimpin hok bino tugu banjir untuk sembahan puok thoghut...

      Delete
    8. Pas bagi berapa jota utk SAR pada tahun 2011? Ado?

      Duit potongan gaji cikgi agama 14 jota tu dah pulang balik ker??

      Delete
    9. Kalo dilihat Hadi terus hidup membatukan diri spt berhala yg disembah. Yg bising cuma para penyembah berhala sahaja. Berhala terus membatukan dirinya tanpa sepatah kata.

      Delete
    10. Ini lah padahnya apabila parti dijadikan sama taraf dengan agama...
      Kumpulan/jamaah lain semuanya dituduh sesat, kufur, barua, jebon, pil kuda dll. Bertaubatlah, kembalilah kpd ajaran Islam yg sebenar seperti yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

      Delete
    11. elok benar pun kalau pas berkubur.....

      Delete
    12. Mca Dan gerakan yg umno bersekutu Tu bkn anti Islam kah..lg pas nk kerjasama buat apa..nk tubuhkan kerajaan Islam Sama umno..ingat ini ngara arabkah yg semuanya sebangsa?

      Delete
  2. PKR sedar kalau parti itu cuba bertaut dengan Pas, DAP akan pandang sinis.Maka benarlah kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali elok sahaja Pas bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).




    PPBM pun rakan kongsi mereka. Pusing kiri, kanan, atas dan belakang, balik semula dalam pakatan harapan diketuai DAP nanti.



    Cuma Pas, dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan biarkan mereka jatuh dua kali dalam lubang sama.

    Yang penyokong dan ahli Pas ‘menyirap darah’ kerana Pas diperlekehkan begitu teruk sekali oleh DAP.

    Hakikatnya, tanpa Pas dalam siri pilihan raya umum lalu, jangan haraplah DAP boleh meraih undi Melayu.

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang harus sedar. Sebelum DAP dan PKR berada dalam kedudukan kuat sekarang, Pas terlebih dahulu dominan.

    Dalam pilihan raya umum 1999, Pas muncul pemenang terbesar dalam pakatan dikenali Barisan Alternatif apabila berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan.

    DAP waktu itu berdepan kekecewaan besar apabila hanya meraih 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR pula yang baru muncul, memenangi lima kerusi parlimen dan empat kerusi DUN.

    Kalau diamati pencapaian pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13, DAP dan PKR telah lama mendapat ‘hasil masyhulnya’ daripada pakatan rakyat yang dijana dengan Pas.

    Pas berkembang kepada parti yang lebih berpengaruh di negeri-negeri utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

    Bagi DAP pula, pengli­batannya bersama Pas dalam pakatan membolehkannya me­menangi 38 kerusi parlimen dan 107 kerusi DUN.

    Ini termasuk 16 kerusi parlimen di Semenanjung yang mempu­nyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (sembilan daripadanya mempu­nyai kurang dari 50 peratus pengundi Cina). Dan memenangi 44 kerusi DUN yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (15 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina).

    Bagi DAP, perbu­atannya menolak Pas dari berada dalam pakatan kerana beranggapan kedudukan DAP dalam kalangan orang Cina ‘amat solid’. Tetapi buat PKR, sesuatu yang besar perlu difikirkannya kerana PKR tidak memiliki jentera yang efisien seperti Pas.

    Tanpa Pas, PKR bakal terkubur kerana PKR bersan­darkan pada Pas untuk survival politiknya. Dan kalau dilihat prestasi PKR dari 1999 hingga 2013, ternyata PKR telah memanfaatkan kekuatan pakatan di kawasan ‘campuran’ - yang mana tiada pe­ngundi dari sesuatu kaum lebih dari 60% dan dahulunya kubu BN.

    Pada 1999, satu-satunya kerusi parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% )Melayu) yang terletak dalam parlimen Permatang Pauh. Di Penanti, semua maklum ramainya penyokong Pas di situ.- utusan.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR hari ini menampilkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya berkenaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan terbitan Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

      Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti itu berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian presidennya pada 20 Oktober 2016 (Kena jelas bukan berasaskan keputusan ulama dan sebagaianya).

      PKR juga akan mengedar buku risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

      Saya tak pasti kenapa PKR memilih untuk bertentangan dengan cara PAS dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah?

      Saya pernah bertanya seorang pakar agama berkenaan boleh tak makan tupai? Dia tanya saya nak makan atau tak nak makan? Kalau nak makan dia akan beri dalil nak makan. Kalau tak nak makan dia akan beri dalil yang tak boleh makan tupai.

      Perkara yang sama juga berlaku dengan PKR. Samada benar-benar PKR mahu meperkasakan Mahkmah Syariah atau PKR mencari hujah dan dalil untuk mengelak melaksanakannya.

      Ini bukan perkara pelik, Iblis semasa Allah menyuruh sujud kepada Nabi Adam pun memberikan hujah yang sangat logik untuk mengelak dia tidak sujud kepada Adam a.s. antaranya dia kata dia lebih 'senior' daripada Adam. Memang betul, mana ada senior akur kepada junior? Iblis juga kata dia daripada api sedangkan Adam daripada tanah.

      Kalau nak kira logik memang logik hujah Iblis.

      Perkara yang sama juga berlaku kepada geng IKRAM dan parti PAN. Mereka juga mencari hujah mengatakan bahawa bukan masanya melaksanakan hukum Hudud. Mereka meletakkan kemenangan lebih utama.

      Mereka cuba mempengaruhi penyokong dan ahli-ahli PAS bukan masa kita memperjuangan hukum hudud. Yang lebih utama dapatkan kemenangan dulu.

      Persoalan timbul, apakah selepas memang nanti hukum Islam akan dilaksanakan? Adakah anda mempercayai?

      Sekarang pun di Pulau Pinang 'orang agama PKR dan PAN' menjual agama untuk meraih sokongan DAP.

      Delete
    2. BERPOLITIK hendaklah dengan dua tujuan iaitu untuk menegakkan Islam dan untuk negara di tadbir dengan Islam. Itulah takrifan kepada Khilafah pemerintahan dalam Islam sebagaimana dihuraikan oleh Sarjana Islam awal seperti al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Imam al-Juwaini dan lain-lainnya iaitu "menegakkan agama dan mentadbir bumi dengannya".


      Politik hendaklah kerana ingin menegakkan dalam sebuah negara semua hukum-hakam Islam merangkumi hukum hakam ibadat, hukum hakam kekeluargaan, hukum hakam kemasyarakatan, hukum hakam ekonomi melibatkan cara menjana pendapatan, kontrak dan transaksi kewangan Islam, hukum hakam jenayah melibatkan jenayah agama, nyawa, maruah, harta dan akal dan hukum hakam pengurusan negara.

      Politik hendaklah bertujuan menegakkan pemerintahan Islam menerusi seorang pemerintah Islam yang beriman, bertakwa lagi adil.

      Politik bukan perjuangan untuk mencari makan dan rezeki atas nama ahli politik.

      Politik juga bukan hanya kerana untuk menjatuhkan sesebuah parti dan digantikan dengan parti lain tetapi untuk menukar satu sistem pentadbiran agar mengikut prinsip dan dasar Islam sepenuhnya.

      Politik bukan hanya kerana kebencian kepada kelompok tertentu tetapi kerana kebencian pada perlakuan maksiat bercanggah dengan agama seperti zalim, rasuah, amalan riba dan kemungkaran meninggalkan pelaksanaan hukum jenayah Islam.

      Politik hendaklah kerana kasih dan sayang bagi menyelamatkan manusia daripada neraka Allah dan membimbing manusia ke syurga Allah.

      Inilah intipati perjuangan politik Islam yang tidak sehaluan dan sejalan dengan politik sekuler yang memisahkan agama daripada pemerintahan.

      Ia tidak sejalan dengan politik sosialis.

      Ia tidak sehaluan dengan politik demokrasi yang bertuhankan manusia semara-mata.

      Ia tidak sejalan dengan politik liberal yang ingin bebas daripada keterikatan dengan hukum agama.

      Politik Islam adalah perjuangan kita.

      Delete
    3. Nak dapat kemenangan dulu? Adakah sebab tu kau dan parti kau bersekongkol dengan parti penyamun? Dalil all quran mana yg kau pakai ni saga pak lebai bodoh? Silakan gunakan kau punya dalil ni utk org yg duduk dalam gua sahaja..tolong jangan gunakan agama utk perjuangkan dalil sesatmu bersekongkol dengan pemimpin perosak penyamun perompak dan pengkhianat anak bangsa..ptuihh

      Delete
    4. Politik islam sebenarnya,politik ajaran "RASULALLAH"S.A.W. BERTAKWA,Perintah allah dan mengikut pertunjuknya.

      Bukan MANUSIA gunakan agama islam dgn politik buatan manusia.Itulah bahananya bila mengikut perintah Allah tapi mengikut telunjuk sendiri-sendiri.Jalan ALLAH jalan yg LURUS tiada bengkang-bengkok.Tiada minta pada "MAKHLUK"TAK SYIRIK"Mengangap ada kuasa dibumi boleh tegakkan agama Allah".Senjata umat islam.Adalah "DOA".NAK DITERIMA DOA,SAORANG MUKMIN KENA PASTIKAN,SELURUH ANGGOTA/AMALANNYA..darahnya "TIADA RIBA,DUIT HARAM".mUKMIN wajib/Fardusegala fardu,mentaati ALLAH,dalam mengerjaka"AMAL MAARUF,NAHI MUNGKAR"..DGN IKHLAS..TANPA INI "DOA TAK DITERIMA.INI JAJNJI ALLAH,BUKAN JANJI TOK GUTU,ATAU JANJI MAHKLUK.

      WASSALAM.

      Delete
    5. Aku cukup benci dengan orang macam ni..bagai nak rak laungkan islam islam islam tapi.munafik tahap @$#&?@..perompak depan mata kau dan parti kau sokong pulak

      Delete
    6. Dalam satu ceramah Presiden PAS di Kodiang minggu lepas, sekali lagi beliau membangkitkan isu GST. Beliau menyuarakan kesediaan PAS untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kewangan tanpa membebankan rakyat. Sudah tentu penyelesaian ini dengan cara Islam.


      Ini membuktikan peranan sebenar PAS dalam sistem politik negara. Walaupun orang menuduh PAS mesra Umno, hakikatnya 'kemesraan' yang didakwa itu langsung tidak membuatkan PAS membisu dan redha dengan setiap tindakan pihak lain. Yang pasti matlamat PAS berpolitik tidak tertumpu kepada aspek kuasa semata-mata, tetapi ia hanya wasilah untuk membantu negara dan rakyat makmur bahagia.

      PAS sejak dahulu adalah parti yang berpegang teguh kepada prinsip. Semasa bersama DAP, beberapa kali PAS berbeza pendapat dengan mereka. Isu TPPA, isu Pilihan raya Kerajaan Tempatan, Kajang Move, 16 September dan Bersih. Malah PAS tidak sekali-kali tunduk apabila meminta PAS tidak memperjuangkan agenda syariat Islam sehingga menerima balah dan berpecah.

      Dalam isu GST kali ini, PAS bukan sekadar membantah bahkan turut menawarkan penyelesaian. Bukan sekadar retorik, bahkan PAS telah menyiapkan sebuah pelan pengurusan kewangan yang digelar Dokumen Hijau. Dokumen ini menawarkan solusi bagaimana kerajaan boleh menghasilkan pendapatan tanpa melibatkan cukai ke atas rakyat miskin dan sederhana sebaliknya dikenakan ke atas golongan terkaya melalui cukai saham-saham dan cukai simpanan korporat.

      Idea ini tidak terhenti setakat itu sahaja. PAS bersedia pada bila bila masa untuk mengadakan perbincangan dan perundingan antara pakar pakar ekonomi PAS dan pihak Kerajaan Pusat bagi membincang penyelesaian jangkamasa panjang yang tidak membebankan rakyat. Dengan keahlian melebihi sejuta orang, PAS dibarisi profesional berbagai kepakaran, termasuk kalangan bukan Islam. Ini sekaligus menafikan dakwaan parti pak lebai seperti yang digembar-gemburkan. Cukup lengkap untuk mentadbir negara pada bila-bila masa.

      Delete
    7. Adakah ini petanda mahu bergabung dengan Umno? Cukup simplistik, dangkal dan tidak matang kenyataan sebegini. Pemikiran mereka masih terkambus di bawah tempurung politik kepartian ketinggalan zaman. Mereka masih tidak boleh menerima sebuah parti pembangkang bekerjasama dengan parti pemerintah dalam isu-isu rakyat. Bagi mereka, kalau pembangkang mesti bangkang kerajaan habis-habisan. Membantu rakyat melalui kerjasama dengan kerajaan ibarat membantu kerajaan untuk terus berkuasa, justeru ia adalah terlarang.

      Daripada kenyatan Presiden PAS di Kodiang itu, beliau sekali lagi bertegas bahawa kerjasama ini bukan bermakna PAS bergabung dengan Umno. Parti tersebut sudah banyak kerosakan. Bekas presidennya sendiri tidak sanggup bersama lagi. PAS tidak akan menanggung kerosakan Umno. Bergabung dengan mereka hanya menyusahkan PAS. Lebih baik biarkan mereka sendiri urus masalahnya. Kerjasama PAS hanya dalam urusan mempertahankan Islam dan nasib rakyat.

      Selain itu, TGHH cukup optimis mampu menyelesai masalah negara. Semestinya sikap ini lahir dari keyakinan beliau bahawa hanya Islam satu-satu penyelesaian. Beliau memberi contoh bagaimana PAS mampu mentadbir Terengganu walaupun menghapuskan cukai pintu dan tol. Kerajaan Kelantan boleh bertahan selama 20 tahun dan lebih maju dari beberapa negeri di bawah BN walaupun disekat dengan berbagai segi sejak zaman Mahathir. DAP yang memerintah negeri kedua terkaya pun belum mampu menghapuskan tol walau sudah 2 penggal berkuasa.

      Konsep ekonomi Islam cukup mudah; (تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم) diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin. Kerajaan sebagai moderator mengurus kewangan rakyat (كي لا تكون دولة بين الأغنياء منكم) agar harta tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya semata-mata. Barulah akan mencapai (بلدة طيبة ورب غفور) negara yang baik dan tuhan Yang Mengampun

      Delete
    8. TAK PAYAH LAH NAK GUNAKAN AGAMA NAK HALALKAN PERBUATAN PRESIDENG MUNG..TERIMA LAH HAKIKAT TUANG PRESIDENG MAKANG DEDAK,,,HAHAHAHA

      Delete
    9. Dengan rendah diri, saya memohon agar Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang bersekolah dengan saya terlebih dahulu sebelum merendah-rendahkan intelek orang lain.

      Lima perkara penting yang gagal dijawab oleh rakan pembangkang anda terutama dalam soal skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) ialah seperti berikut.


      1. Apakah kerugian sebenar yang dialami BNM hasil kegiatan spekulasi di dalam pasaran hadapan tukaran matawang asing sejak 1992? Kerajaan hanya mengakui BNM mengalami kerugian RM5.7 bilion pada 1993 dalam tukaran matawang asing.
      BNM tidak mengakui ia juga mengalami masalah kerugian dalam tukaran matawang asing pada 1992 walaupun pada hakikatnya, BNM mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM9.3 bilion.

      2. Sejauh manakah kebenaran kenyataan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mengarahkan BNM memberhentikan kegiatan urusniaga tukaran matawang asing hadapan apabila menyedari kerugian dalam urusniaga matawang asing bank tersebut sejak Oktober 1992.

      Jika ini benar mengapa BNM masih mengalami kerugian dalam urusniaga tukaran matawang asing pada 1994 sedangkan kesemua kontrak tukaran matawang asing seharusnya berakhir pada 1993?




      Malah persoalan mengapa BNM perlu menyediakan “contingent liability” dengan kerugian sebanyak RM1.4 bilion pada 1994 yang disebabkan oleh urusniaga tukaran matawang asing tidak pernah dijawab oleh Anwar.

      3. Sejauh manakah kebenaran spekulasi BNM dalam pasaran tukaran matawang asing hadapan dalam tahun 1992 mempertaruhkan RM270 bilion iaitu 3 kali ganda keluaran dalam negara dan lebih 5 kali ganda rizab simpanan asing negara ketika itu?

      Kini, bukankah anda harus mengutuk tindakan tidak bertanggunghjawab ini kerana ianya melibatkan wang para pembayar cukai?

      4. Sejauh manakah kebenaran jaminan yang diberikan oleh menteri kewangan ketika itu semasa soal jawab Parlimen pada 19 Julai 1993 bahawa BNM tidak mengalami sebarang kerugian tambahan atau baru dalam urusan tukaran matawang asing setakat Julai 1993, tetapi hakikatnya ia mengalami kerugian sebanyak RM5.7 bilion pada akhir Disember 1993?

      Delete
    10. 5. Sudah berapa lamakah BNM terlibat spekulasi urusniaga matawang asing ini dan berapakah jumlah keuntungan yang diperolehi sejak BNM membabitkan diri dalam spekulasi urusniaga tukaran asing ini sehingga menyebabkan kerugian yang amat besar kepada bank pusat itu dan pembayar cukai Malaysia?

      Untuk pengetahuan Kit Siang, kesemua soalan yang diajukan ini adalah berdasarkan penyata rasmi Parlimen ke-8 penggal ke-4 bertarikh 3 Mei 1994 (muka surat 1837-1842), yang mana ahli Parlimen Gelang Patah sendiri mengajukan soalan seperti yang dinyatakan ini selaku wakil rakyat Tanjong.

      Dan ironinya, individu yang anda serang atas tuduhan menyebabkan kerugian berbilion ringgit melibatkan wang para pembayar cukai negara ini kini merupakan sahabat politik anda.

      Saya tidak faham bagaimana anda bersama-sama dengan sahabat anda yang terlibat secara langsung dalam skandal forex BNM ini atas kapasiti pemimpin negara ketika itu memiliki kredibiliti untuk kononnya mahu selamatkan negara pada hari ini.

      Delete
    11. Ikan kembung sekarang 20 henget, ko nk citer harga ikan kebong 30 tahun dulu. Ko simpan ke kecerdikan ko tu..aku Ada 2 je soalan.. Bila kos sara hidup nk turun dan bila ringgit nk naik balik!!! Kalo x ada baik ko bwk kavadi dgn pecah kelapa... Jgn ko pecah kan kepala sendiri dh la...nukilan ikhlas bekas pembeli tiket syurga pas..

      Delete
    12. PAS dibawah pimpinan almarhum TGNA dan Dato Fadzil Nor penuh dengan kebijaksanaan daawah...

      PAS sekarang...??? Malas aku nak cakap, lugai nak muntah bau nasikangkang campur dedak.

      Delete
    13. Nak tulis pjg2 ttg PAS buat le blog sendiri, lari tajuk pulak tu.

      Delete
  3. Salam Sdr. Shahbudin.
    PAS ada berani ke? kasihan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sepatutnya Tuan Ibrahim harus bersama AMANAH sekarang, maka perjuanganya membawa erti.
    Walau bagaimanapun kita tunggu dan lihat. Kemana penghujungnya.

    ReplyDelete
  4. Exco Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim hari ini menegaskan, tidak ada campur tangan dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan sebelum ini.


    Sebaliknya Abdul Malik berkata, apa yang berlaku hanyalah keinginan kerajaan supaya mufti yang mempengerusikan majlis fatwa membincangkan keputusan mereak dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

    "Selaku exco hal ehwal Islam, saya tidak pernah mengarahkan untuk menukar keputusan mereka (jawatankuasa fatwa) sebaliknya saya memohon kepada mufti yang mempengerusikan jawatankuasa fatwa untuk membincang semula keputusan itu dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

    "Sekali lagi saya tegaskan, kerajaan negeri tidak campur tangan dalam isu memfatwakan kalimah Allah, apatah lagi mengarahkan jawatankuasa fatwa mengubah fatwa itu mengikut pendirian kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

    Semalam Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan PAS Pulau Pinang.

    Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Abdul Malik mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

    Kejadian itu, katanya, berlaku pada 2010.

    Justeru, Md Salleh berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan seolah-olah kuasa exco agama dalam hal penfatwaan lebih besar daripada jawatankuasa fatwa Pulau Pinang.

    Md Salleh yang juga adik kepada bekas mufti terdahulu - Datuk Hassan Ahmad - menggesa agar campur tangan itu segera dihentikan dan semua fatwa hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu melalui mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang.

    Mengulas lanjut Abdul Malik berkata, pihaknya cuma berharap jawatankuasa fatwa dapat mendengar dan menilai semula keputusan mereka dengan mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri.

    Kata Abdul Malik memang menjadi amalan jawatankuasa fatwa untuk menjemput mana-mana pihak yang berbeza pandangan dengan mereka untuk bermuzakarah.

    Hasil perbincangan semula itu, katanya, jawatankuasa fatwa mengekalkan keputusan fatwa yang diwartakan pada 29 April 2010 dan kerajaan negeri menghormati serta menerima keputusan tanpa sebarang masalah berbangkit.

    "Memohon untuk membincangkan semula keputusan fatwa bukan bermakna ada campur tangan dalam pemfatwaan," katanya.

    ReplyDelete
  5. SAYA membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini 8 Februari 2017 yang menyatakan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal. Saya sifatkan kenyataan Guan Eng tersebut hanyalah untuk mengalih tumpuan daripada kontroversi campur tangan terhadap fatwa yang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini.

    Di dalam usaha mengalih perhatian tersebut, Guan Eng menyerang Kelantan. Barangkali pada tanggapannya, dengan menjadikan Kelantan sebagai sasaran, seluruh perhatian ke Pulau Pinang ekoran keceluparannya sendiri akan terhenti seketika. Namun, meletakkan Kelantan sebagai sasaran hanya akan menjadikan Guan Eng sebagai bahan ketawa.

    Guan Eng memfintah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Negeri Kelantan berada pada kedudukan ke-3 tertinggi di Malaysia dari sudut pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9%. Saya mencabar Guan Eng untuk mendatangkan statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu. Saya barangkali boleh sedikit membantu Guan Eng mengingatkan beliau terhadap fakta bahawa mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663 juta orang iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7 peratus).

    Bagaimanapun dari sudut pemilikan tanah, Pejabat Tanah dan Galian pada 2010 telah mengeluarkan statistik bahawa pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak 8 peratus.
    Ini bukan isu perkauman, ini adalah fakta dan timbanglah sendiri mengikut neraca yang sihat dan adil. Tepatkah peratus pemilikan tersebut jika dibandingkan peratus bilangan penduduk? Adalah lebih baik Kelantan yang diktakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

    Untuk makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah. Sekalpun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri tersebut ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.00. Ia sekaligus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaiti sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8. Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bangkrap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka untuk saya nyatakan kepada Guan Eng, Kelantan telah mencatatkan penurunan kadar kemiskinan sebanyak 1.8% daripada 2.7% pada 2012 kepada 0.9% pada tahun 2014. Pencapaian ‘negeri bangkrap’ ini juga dari sudut anggaran tahunan hasil negeri meningkat dari tahun ke setahun di mana pada tahun 2017, Kelantan mengunjurkanmemperolehi hasil sebanyak RM636.98 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM179.67 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM308.02 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM149.29 juta. Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM43.18 juta ataupun sebanyak 7.27% berbanding dengan anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

      Adapun kegagalan pemimpin kami membeli rumah banglo yang dilengkapi dengan kolam renang, ia bukanlah kerana Kelantan tidak mempunyai wang dan hampir bangkrap, tetapi negeri ini sudah diasaskan di atas prinsip Membangun Bersama Islam. Prinsip ini sudah cukup menyejukkan tanpa memerlukan kolam renang untuk menurunkan suhu kepanasan. Hakikatnya, membuat perbandingan ‘apple to apple’ di antara dua buah kerajaan negeri ini adalah tidak adil kerana banyak lagi faktor perlu ditimbangkan, namun menuduh dengan bahasa kesat bahawa Kelantan ialah sebuah negeri yang bangkrap dan muflis ialah satu tuduhan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

      Kelantan terus ditadbir dengan baik oleh kerajaan PAS. Projek-projek persekutuan sekalipun ada yang mengalami diskriminasi, namun sebahagiannya berjalan sekalipun pemimpin negeri tidak berpegangan tangan mesra dengan pemimpin UMNO di atas lantai kaca. Cukup hanya sekadar bergambar bersama pun sudah dilambakkan dengan tuduhan ‘UG’ oleh lidah-lidah pengikut Guan Eng.
      Saya hanya memilih menjawab beberapa serangan sahaja sebelum menjawab beberapa isu lain. Samalah seperti seperti kata Guan Eng sewaktu ditanya kenapa tidak menyaman Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, jawabnya “Kenapa perlu membuang masa..?”

      Saya syorkan kepada Guan Eng, nikmatilah hari-hari terakhir sebagai seorang manusia yang bebas dengan sebaik mungkin. Bimbang nanti jika anda ‘ke dalam’ untuk kali kedua, lebih ramai yang bergembira daripada yang bersimpati dengan nasib tuan.

      Delete
    2. Pemantau media, Gerakan Media Marah (Geramm) menggesa Lim Kit Siang supaya menghormati kebebasan akhbar selepas berlaku pertikaian antara veteran DAP itu dengan seorang wartawan TV3.




      Perbalahan berlaku pada sidang media yang diadakan di rumah bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pada Selasa, di mana Kit Siang dilihat marah dengan wartawan itu yang mengajukan soalan kepadanya.

      Ketika kejadian, Kit Siang jelas hilang sabar apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil 'nada berbeza' dalam isu skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd (BMF) dan pertukaran asing sekiranya tidak menjalankan kerjasama politik dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Kit Siang berulang kali menuduh wartawan berkenaan membuat 'tuduhan tidak berasas' diiringi ejekan oleh tetamu yang hadir apabila mengetahui bahawa wartawan berkenaan adalah dari TV3.




      Kit Siang juga tidak memberi peluang untuk wartawan itu mempertahankan dirinya.

      Delete
    3. "Geramm dengan ini menegaskan bahawa setiap wartawan mempunyai hak untuk bertanya dan menjalankan tugas tanpa diganggu," kata Geramm dalam satu kenyataan, Selasa.

      "Sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media yang hanya menjalankan tugas mereka," katanya.

      Dalam pada itu Geramm juga menggesa semua pihak supaya tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan daripada media berkenaan.

      Ini susulan tindak balas Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga anak Kit Siang, Lim Guan Eng, yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar News Straits Times dan Berita Harian yang didakwa sebagai fitnah.

      "Geramm menghormati hak mana-mana ahli politik untuk menuntut keadilan dari pihak media melalui proses undang-undang.
      "Pada masa yang sama, kami turut ingin mengingatkan agar tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan dari media yang berkenaan," katanya.

      Geramm juga menggesa pihak sidang pengarang syarikat penerbitan mematuhi etika kewartawanan dan melaporkan dengan tepat, telus dan jelas agar kredibiliti mereka tidak terus terhakis dalam era pembaca yang lebih bijak mencari maklumat.

      Geramm adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.

      "Geramm sekali-kali tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi berusaha bersama mereka yang giat mahu menjadikan kewartawanan Malaysia boleh dibanggakan demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.

      Delete
    4. Pengakuan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad yang berkata bahawa beliau pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong mengesahkan dakwaan PAS adalah benar.

      Delete
    5. “Bekas mufti Dato’ Seri Hassan juga telah tampil mengakui pernah membantah campur tangan politik ini seperti yang dilaporkan FMT,”katanya dalam Facebook hari ini.

      Menurutnya, isu ini dapat diselesaikan secara mudah, sekurang-kurang melalui dua tindakan yang perlu dilakukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

      “Batalkan prosedur yang mengarahkan semua keputusan fatwa perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada mesyt Exco Kerajaan Negeri (MMK) sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong. Berikan hak sepenuhnya kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri sebagai badan bebas yang berautoriti dalam hal ehwal hukum Islam mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004.

      ” ‘Lepaskan’ fatwa-fatwa yang masih tersangkut (seperti yang tercatat dalam Minit Mesyuarat Fatwa bil 3/2015 & bil 4/2015) untuk diangkat kepada Yang Dipertuan Agong bagi proses selanjutnya termasuk digazetkan (jika belum gazet),”katanya.

      Delete
    6. Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukan menggunakan emosi.


      Malah beliau turut meminta Guan Eng untuk membuat perbandingan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dan Kelantan, yang dakwanya hak kaum di negeri itu lebih banyak dinafikan.



      "Saya mengharapkan sebagai (seorang) ketua menteri ni menghormatilah kerajaan-kerajaan yang ada ni dan bercakap dengan fakta dan bukan bercakap dengan emosi, tuduhan-tuduhan melulu tanpa bukti dan fakta.



      "Cuba dapatkan fakta perbandingan, orang Melayu di Pulau Pinang dengan orang Melayu di Kelantan. Siapa yang merempat? Lalu orang Melayu di Pulau Pinang yang merempat tu, bukan ke dia rakyat negeri itu, jadi siapa punya kegagalan.



      "Manakala di Kelantan pula minoritinya orang bukan Melayu, Cina, Siam dan sebagainya, ada yang merempat di Kelantan?," soal beliau ketika dihubungi Antarapos.



      Semalam Guan Eng berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.



      Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.



      Meskipun mengakui Kelantan adalah negeri termiskin, Che Abdullah yang juga merupakan Setiausaha PAS Negeri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan banyak peluang untuk mengkayakan negeri itu dinafikan.



      "Kita tak nafikan kerajaan negeri ni miskin kerana kita dinafikan hak banyak benda seperti royalti, pelabuhan. Apabila pelabuhan ni tak ada, banyak perkara berlaku secara berganda.



      "Banyak syarikat-syarikat besar pelaburan tidak melabur di kelantan. Kita tak ada lebuhraya, lapangan terbang antarabangsa, yang semua benda ni ada di negeri-negeri lain yang diselenggara kerajaan Pusat," jelas beliau.



      Malah katanya, jika Pulau Pinang adalah negeri terkaya, kerajaan negeri berkenaan tidak akan meminta sebarang bantuan daripada kerajaan Pusat.



      "Di Pulau Pinang pun jambatan-jambatan di sana dibuat kerajaan Pusat. Baru-baru ini kerajaan Pulau Pinang ada meminta peruntukan daripada Pusat bagi mengatasi masalah banjir. Maknanya kerajaan Pulau Pinang sendiri tak mampu atasi masalah banjir dengan kewangan dan pentadbiran mereka sendiri," ujarnya.

      Delete
    7. SEKIRANYA dicongak-congak mandat pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat penganalisis serta pemerhati politik tanah air mula meramal tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


      Ada yang meramalkan September ini iaitu selepas berlangsungnya Sukan SEA Kuala Lumpur dan tidak kurang juga yang meramalkan sekitar tiga bulan pertama tahun depan iaitu antara Januari, Februari dan Mac.

      Tarikh luput mandat pula adalah pada 24 Jun 2018 iaitu berdasarkan kepada hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas PRU-13. Hasil semakan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum itu adalah pada 24 Jun 2013.




      Dalam bahasa lebih mudah, penentuan tarikh pembubaran Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) secara automatik berdasarkan tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

      Justeru, jika tiada sebarang pengumuman tentang pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tarikh luputnya, secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh ber­kenaan.

      Bagaimanapun keadaan seperti itu tidak mungkin berlaku kerana kebiasaannya Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa bulan sebelum mandat pemerintahan lima tahun berakhir. Inilah yang menjadi teka-teki dan perbualan oleh individu atau kumpulan pemikir yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air.

      Paling penting di fasa ini BN tidak boleh leka dan berasa selesa kerana banyak pihak berpandangan pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN akan memberikan cabaran terkuat mereka kepada parti kerajaan pada PRU-14.

      Cabaran semakin hebat lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pakatan pembangkang.

      Delete
    8. Pakatan pembangkang juga dikatakan telah merangka beberapa strategi melalui gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk merampas beberapa buah negeri yang kini berada di bawah pemerintahan BN selain mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang.

      Sehubungan itu, cabaran empat parti pembangkang ini tidak boleh sesekali dipandang mudah. Bahkan BN di pe­ringkat ini seharusnya mempunyai strategi tertentu untuk berhadapan dengan tentangan sengit mereka dalam PRU-14.

      Pernah orang bertanya kepada penulis, mengapa terlalu khuatir jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum itu? Penulis menjawab sebagai orang Islam kita perlu bimbang. Kita tidak tahu di saat itu apakah nasib yang bakal menimpa orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

      Sebab apa? Sebab kita tahu parti mana yang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Parti mana yang begitu lantang menolak dan menentang kehendak umat Islam sehingga turut mendatangkan kemarahan kepada Pas. Agak-agak apa yang akan berlaku jika parti ini dan rakan-rakan sekutunya yang memerintah?

      Apa akan jadi kepada sistem sekolah agama kita, sistem pondok kita, kedudukan Islam dalam Perlembagaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan agama Islam negeri, Tabung Haji termasuk agenda membela serta memajukan bumiputera jika kekhuatiran kita itu menjadi kenyataan.

      Tidak boleh tidak, BN dan UMNO perlu memperkemaskan jentera pilihan raya bermula dari sekarang. Malah jika perlu dilakukan tahaluf siyasi dengan Pas, silakan. Jangan bertangguh lagi kerana tarikh PRU-14 semakin dekat.

      Seperkara lagi tentang setiap keputusan kerajaan yang berkaitan secara langsung dengan kepentingan rakyat khususnya melibatkan kos sara hidup. Dalam hal ini setiap perkara yang diputuskan wajar dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Jika tidak, sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO mungkin akan terjejas.-

      Delete
    9. CUBA LAGI...TAK ADA ISI ANON 1657..

      Delete
    10. Mangkuk hayun,

      Kalau blog sendiri tak laku, jgn lah menempel tulisan kau berjela jela mcm mabuk pil kuda dlm blog Tuan Shahbudin ni....tulisan dlm blog kau tu memang mangkuk hayun cap ayam.

      Delete
    11. Nak termunta nengok macam nak gila balaci najip mengopipes dalam ni

      Buat lenguh jari je kena scroll lelaju

      Nak baca isi semua bukan dedak tapi dah tahap hampas dah

      Delete
    12. Blog dia takde org lawat, tu yg sibuk menempel kat blog shahbuddin, muka tak tau malu.

      Delete
  6. Yg nak saman bukan Pas tapi Brahim. Spt kata Husam, Brahim tk tahu hujung pangkal. Jadi Timbalan asyik dbodohkan olih Hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok le tu si bodoh dibodohkan dek si bangang

      Saman tu pun pada hadi umpama besi je xada nilai pun

      Delete
  7. Yang paling resah gelisah tentang isu duit RM90 juta ni ialah Zohdi. Din Ayam dan Hadi sendiri. 3 orang ini [aling tahu berbanding pmpinan tertinggi PAS lain termasuk Tn Ibrahim Tn Man yang tidak sedar bahawa dia kini umpama digurkha kan oleh Hadi dan kelompok terdekatnya. Kesian Tn Ibrahim yang sebenarnya tidak tahu menahu kedudukan sebenar dan kekal mempertahankan Hadi dan PAS walhal teraju parti dah tak senang duduk. Akhirnya rakyat Malaysia akan tahu siapa Hadi ini sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ya betul, nampak gaya camtu lah, hj hadi dah kena kaotim, pakai baju pun warna sama dgn najib. Timbalannya yg x tau apa2 ttg rm90 juta tu.

      Delete
  8. Husam leh kata lobai2 tu, bwk 4 saksi dan SD sekali yg dia ckp itu fitnah... Buat style akal tunku Aziz tu.. Klu tidak husam pulak saman pas 900 juta.. Apa mcm macai??? Tane elek, sabdee ya.. Seriik..

    ReplyDelete
  9. PAS dah tersepit..Saman silap tak saman salah.. Kalau tolak umno nanti umno yg pecah lobang.. Pendekar mustar dah hilang Arah..

    ReplyDelete
  10. HABIS LAH HADI AWANG...TIDU TAK LENA LAH..ORANG TAK BIASA BERBOHONG...SEKARANG BOHONG DAH JADI MAKANAN..NGEKU AJE LA DAPAT 90J ..SEBELUM DAPAT BALA LAGI BESAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan keluar lah amanat Hj hadi versi ke 2...Tak lama je lg...

      Delete
    2. Mana mau sorok muka tuan guru hadi..saya sarankan dia pegi berguru ngan bijan bab muka tebal ni pasal bijan paling tebal mukanya di malaysia..

      Delete
    3. Takyah belajar

      Muka hadi lagi tebal mengembang dari rambut rosmah

      Delete
    4. org yg dah makan duit haram ni muka dah takde nur, nampak sgt beza dari tahun2 dulu.

      Delete
  11. Jadikan PAS dan UMNO sbg pembangkang di Msia. Islam dan org Melayu lebih selamat.

    ReplyDelete
  12. #cepatsamanhusam

    ReplyDelete
  13. Sekarang bola di kaki PAS. Apa tunggu lagi. Tuduhan Husam ni senang sangat untuk dibuktikan. Yang penting bawak pergi ke mahkamah dulu. PAS kena bawak dulu perkara ni ke mahkamah bukan Husam pasal Husam tak ada locus standi untuk bawa perkara ke mahkamah.
    Sampai saja di sana, Husam dan peguamnya tak perlu buat apa-apa. Affin Bank atau Bank Negara boleh membuktikan tuduhan Husam itu benar atau fitnah. Pihak Bank akan menyanyi riang dalam mahkamah dalam membicarakan kes ini. They will sing like cannary..
    Affin Bank atau BNM akan mengesahkan kepada mahkamah wujud ke tak transaksi 90 juta ke akaun Presiden parti. Bukan saja bukti duit masuk, bahkan bila duit tu masuk, jam berapa, di cawangan Affin bank mana duit itu dimasukkan, adakah duit itu dimasukkan secara lump sum atau berperingkat-peringkat, kesemuanya akan dibentangkan dengan detail oleh pihak bank di mahkamah nanti.
    Bukan saja bukti duit masuk tapi ke mana duit tu dibelanjakan sehingga ke 1 sen yang terakhir pun akan diceritakan oleh pihak bank. Pihak bank akan print semua bukti-bukti ini dan diceritakan satu-persatu perihal setiap transaksi. Masa tu dah tak ada tempat nak lari. Kebenaran akan terserlah dan dirungkaikan satu-persatu. Yang ni tak perlu buat sumpah laknat pasal bukti dah cukup jelas. Ada money trail melalui sistem pengkomputeran yang mustahil untuk dipadamkan. Samada duit tersebut dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau dibelanjakan untuk tujuan parti pun boleh ditunjukkan oleh pihak berwajib. Jadi tunggu apa lagi wahai PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan tak sibijan akan menyelamatkan pas dengan meng'offer'kan untuk diosakan dokumen tersebut dengan syarat pas mengikut cakap dia...hadi dan rakan2 akan selamat, tapi menjadi kaldai tunggangan bijan...

      Delete
    2. Kita tunggu apakah ada yang jadi keldai. Saman Pas penting untuk mencari kebenaran.

      Delete
    3. Nanti hadi kata mahkamah pun besi je jugak

      Delete
  14. Is it true that a senior cabinet has resigned because he wants to distance himself from 1MDB fiasco?

    Any latest info?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A senior cabinet minister?

      Delete
    2. MAT MASLAN ke............??????
      atau Salleh Keruak...........KIHKIHKIH

      Me think, he could be Tan Sri Noor Yaacop.

      Delete
    3. Individu paling menepati kriteria Anifah Aman, Lagipun dia menteri luar... byk kena jawab dgn pemimpin asing.. ntah laaa...

      Delete
  15. Boleh tak walaun yg tulis berjela tu buat blog dia sendiri agak semak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tulis panjang panjang guna nama lain kamu tuduh walaun?...kamu nak berlakun?...jika nak kejar harta dunia pun, cari yg halal....selamat.

      Delete
  16. Bila Lobai2 PAS telan Dedak taek low basi, Jatuh la PAS PARTAI MUNAFIK.
    Tak perlu pusing putar. SIMPLE. Pas dh boleh ditong sampahkan oleh umat Islam yg waras.
    Apa kecoh2 lagi,

    ReplyDelete
  17. Nak saman? Jangan harap lah!!!!!
    Tapi saya harap saman lah, jangan tak jadi ye Parti Islam SeMalaysia. Tunjukan keIslaman Mu.

    ReplyDelete
  18. Kelantan ko kata untong juta2.
    Duit gi mana?
    Rumah mangsa banjir dah siap?
    Bagi kat team bola brapa?
    Duit ambik potongan gaji cikgu agama dah bayar?
    Lebuh raya dah siap????

    Cam mana la nak bantu najib atasi masalah kewangan negara tanpa gst kalu negeri sendiri tenggelam timbul cukup2 paras hidung!!

    ReplyDelete
  19. Peratusan pemilikan tanah mengikut komposisi kaum memang tidak setara . Di negeri mana pun di Malaysia , kaum cina memang memiliki peratusan yang lebih besar kecuali di Kelantan . Ini kerana di Kelantan ,bukan rakyat asal Kelantan memang sukar untuk memiliki tanah di sana .

    Masaalah ini di sebabkan perangai orang melayu sendiri yang suka menjual untuk kaya cepat terutama kepada kaum lain yang kebiasaan menawarkan harga lebih tinggi . Lihat saja tabiat MO1 ... jual,jual,jual semua bagi kat Cina .

    Tidak menghairankan jika kadar kemiskinan di Kelantan lebih rendah dari tempat lain . Majoriti rakyat Kelantan yang miskin telah pun berhijrah ke negeri lain terutama Kuala Lumpur , Selangor dan Pulau Pinang .

    Satu ketika dulu , pernah saya menghadiri majlis perkahwinan di kolompok perumahan PPR di Kuala Lumpur . Suasana nya ... wow... terasa macam di Kota Bahru , bukannya di Kuala Lumpur .

    Di kawasan penempatan sekarang pun bagitu . Punyalah ramainya rakyat dari Kelantan kekadang khutbah Juma'at pun kadang2 dalam loghat Kelate !

    ReplyDelete
  20. RM 2.6 Bilion boleh settle.... tak kan RM 90 jota tak bolih settle... alahai.... tak payah kecoh la wei....
    Kamu TITM.... lain kali tanya ayatollah dulu sebelum keluar kenyataan. Kan dah nampak celaru antara kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TITM ni bekokok kemain kuat lagi

      Nak bgtau najip yg dia pun nak dedak jugak la tu

      90 jota aritu dah licin dibelasah hadi & kengkawannya

      Delete
  21. Hujah Dato' Husam mmg logik sebab AFFIN BANK dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera yg banyak salur duit kepada najeeeb. (Armed Force FINance - AFFIN).
    Saman la lobai wei... solat hajat jer x cukup.
    TABIK YB SALOR....

    ReplyDelete
  22. Ada masalah ke rm90juta untuk Pas? Harap PAS guna untuk berjuang menegak dan memertabatkan Islam bukan semata2 berpolitik melemahkan perpaduan umat Islam.

    ReplyDelete
  23. mana pas berani saman..pemimpin pas semua teloq kemughok...telor temelang....

    luaq nampak elok...bila pecah busuk hau....mcm umno juga heboh nak saman Tun M....apa lancau pun tarak....
    penyokong haprak umno yg dok copypaste dalam blog pembangkang ni...mmg hampa ni...pelaq...musibat...bodo piang...beghambuih la....hampa tak paham ka....kami tak mau hampa dok buat menyemak kat sini....dah la bodo sombong pulak.....malu la sikit....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...