Wednesday 1 February 2017

KERJASAMA BERSATU DAN PAS - POSITIF TERUS POSITIF ATAU POSITIF AKAN JADI NEGATIF?


Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan selepas rundingan kerjasama antara Bersatu dengan Pas yang diadakan di Bangsar, hari ini:-

KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden Pas
                            
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM

1 Februari 2017.


Sekali imbas ternampak rundingan itu berjalan serta menghasilkan ketetapan positif untuk mewujudkan kerjasama antara Bersatu dengan Pas bagi merealisasikan formula satu lawan satu menentang BN.

Bagaimanapun, sebagaimana yang disebut dalam kenyataan itu, kata putus kerjasama tersebut akhirnya masih perlu diperhalusi untuk dipersetujui oleh Presiden kedua-dua parti.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mungkin tidak banyak masalah untuk bersetuju mewujudkan kerjasama tersebut kerana beliau bersama parti itu memang ingin mengalahkan UMNO dan BN, tetapi bagaimana dengan Presiden Pas, Hadi Awang?

Apakah pendirian sebenar Hadi dalam soal-soal berikut:-

- serius benarkah beliau mahu menjayakan formula satu lawan satu untuk mengalahkan UMNO dan BN?

- bagaimana dengan 70 kerusi yang Pas selalu sebut sebelum ini sebagai milik mereka dan tidak sesekali akan dikompromi? Adakah Pas kekal dengan pendirian mahu 70 kerusi juga atau sedia menyerahkan sebahagiannya untuk ditandingi oleh Bersatu?

- setuju dan akurkah Pas terhadap hubungan berterusan antara Bersatu dengan DAP dan Amanah?

- kalaupun kerjasama itu wujud, adakah Pas hanya setuju tidak meletakkan calon di tempat Bersatu bertanding saja, tetapi parti itu masih bebas meletakkan calon di kerusi-kerusi lain, khususnya di mana DAP dan Amanah bertanding?

Berjaya atau tidak akhirnya persetujuan kerjasama Bersatu dengan Pas ini, mahu tidak mahu, harus diakui banyak terletak di tangan Hadi. 

Jika jiwa dan hati Hadi  seteguh pendirian Allahyarham Nik Aziz Nik Mat untuk berlawan serta mengalahkan UMNO dan BN, cerahlah harapan untuk melihat kerjasama itu menjadi realiti.

Tetapi, jika Hadi masih seperti Hadi yang ada sekarang...siapa boleh memberi jaminan?

Ataukah apa yang dipersetujui hari ini hanya merupakan "masa tambahan untuk pementasan drama dapat diteruskan lagi" dan dalam masa yang sama membolehkah Pas terus bermain mata  dan "berdating" dengan sesiapa saja sehinggalah tarikh PRU 14 diumumkan?

Apakah rundingan yang dikatakan positif hari ini sebenarnya hanya positif di permukaan saja, tetapi sebenarnya disedari sukar untuk menghasilkan keputusan akhir yang benar-benar positif, bahkan lebih mungkin daripada positif menjadi negatif akhirnya? (SH 01/02/2017).

93 comments:

  1. Hadi bukan tak setuju tapi 90j punya cerita, dia tak boleh buat apa2..kesian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tidak ada guna sumbangannya kepada kebajikan masyarakat. Sebab tidak ada waliullah di sisi mereka.

      Delete
    2. Objektif parti ialah satu lawan satu.. Peluang utk Kita ke putrajaya cerah dan juga nk tengok koleksi beg juga cerah... He he..dgr citer Imelda Marcos pun kalah.. Tu yg nk tau sgt tu.

      Delete
    3. Orang berbudi kita berbahasa. Sekali najib memberi 7 ketuturan masih merasa. Penyokong pas dan umno ramai yang sudah kurang yakin dengan kepimpinan mereka berdua.

      Delete
    4. Ha ha ha lawak petang rabu....

      Hang ingat Presden Lebai Musang Berjanggut naik sain kerjasama dengan Tan Seri Mahyuddin ke???

      No money No Talk!!! Fulus Fulus dulu....

      Delete
    5. Nabi besar kita berpesan berikhtiar kamu dahulu sblm bertawakal. Saya teringat satu ceritera, di mana arwah datuk saya menyelamatkan ramai melayu dan cina yg hendak di hukum tembak oleh bintang tiga,berkat usaha beliau semua di lepas kan dan Selamat nyawa mereka dgn izin Allah.. Saya pernah bertanya apa ilmu yg datuk pakai.. Jawapnya Tak ada apa2 ilmu.. Hanya aku yakin dgn Allah.. Hidup dan matiku demi DIA.. Cu yakin dgn allah ,dia lah maha perkasa dan sebaik2 perancang.. Saya tanya lg tu je.. Dgn senyuman penuh kasih syg beliau menganguk.

      Delete
    6. selagi hadi mangkok ayon jadi ketua pas. selagi tu pas akan terlungkop.
      dia dah gagao rm90juda. pasai duit terpelanting serban. hadi ni betoi2 haram jadah

      Delete

    7. Saya terbaca satu artikel daripada Melayu Boneka DAP dalam Malaysiakini yang kononnya mengutuk PAS yang tidak serius melawan "kleptokrasi" isilah baru dipopulari oleh Tun Mahathir Mohamad.

      DAP daripada Lim Kit Siang, anaknya, pimpinan DAP sehingga Melayu boneka yang ada dalam DAP mewawarkan kononnya PAS menolak agenda selamatkan Malaysia daripada kleptokrasi.

      Mereka cuba membina persepsi kononnya kalau tak bersama dengan DAP dan Pakatan Harapan maka orang atau parti itu tidak melawan kleptokrasi. Malah lebih teruk lagi mereka anggap orang atau parti itu bersama dengan kleptokrasi.

      Hujah Al Quran diberikan. Jangan main-main DAP sekarang dah pandai rujuk Al Quran semenjak berkawan dengan PAN. Petikan hujah DAP di bawah.

      Berulang kali kami diingatkan bahawa Allah berfirman (bermaksud): "Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka." (Hud: 113)

      Malah sering diulang-ulang - baik ketika tamrin mahupun kuliah - kata-kata Sufyan at-Tsauri bahawa, tukang jahit baju pemimpin yang zalim itu sendiri termasuk dalam kelompok zalim.
      Apakah melawan "kleptokrasi" mesti ikut cara DAP. Kalau tak ikut cara DAP maka dianggap tak melawan "kleptokrasi"??

      Rakyat dan pembaca disonggok dengan persepsi ini. Tidak bermaksud lain, melainkan nak perkenakan PAS dan nak hentam ulama kononnya bersetongkol dengan "kleptokrasi".

      Kenapa "kleptokrasi" bukan "Korupsi" dan "Nepotisme"

      Kleptokrasi bermakna pemerintah yang mencuri harta rakyat. Pembaca sedar atau tidak istilah ini dipopularkan oleh Tun Mahathir.
      Kenapa Tun Mahathir tidak menggunakan istilah Korupsi dan Nepotisme? Tun Mahathir ini orang licik. Ramai pimpinan diperbodohkan oleh dia. Jangan lawan dia. Dia akan lanyak sampai mati.

      Dia tak guna Korupsi dan Nepotisme kerana dialah BAPAK KORUPSI DAN NEPOTISME.

      Politik untuk menguasai PAKATAN HARAPAN adalah antara DAP dan Mahathir. Siapa guna siapa dan siapa makan siapa? Kita akan lihat pertarungan antara Lim Kit Siang dan Mahathir. Masing-masing cari keutungan. Kalau tak ikut mereka kita akan di label ikut Najib. Itu sifir mudah untuk bina persepsi buruk.

      Tapi Islam mengajar kita politik. Kita bukan nak jatuhkan Najib tetapi kita nak jatuhkan UMNO @ BN membina Islam di atasdnya. Bukan membina 'skularime'.

      PAS dah 60 tahun lebih berlawan dengan UMNO. Kalau PAS bertanding 70 kerusi pun semuanya berlawan dengan BN @ UMNO melainkan ada pembangkang lain nak jadi TONGKAT UMNO.

      Jangan mudah diperdaya serangan fitnah, permainan persepsi dan 'istilah-istilah'. Islam mengajar kita berfikir matang dan mendekati Al Quran, menghayati dan memahaminya agar kita bukan sahaja selamat di dunia tetapi dijamin di akhirat.

      Delete
    8. Ikhlas ke nk lwn dgn amno klu dh duduk brsama dgn najib ke majlis2 seMalaysia...mcm belangkas!!..atau Ada kerang di sblk kuetiau..tujuan hanya nk selamatkan najib baginda razak aje akhirnya..

      Delete
  2. Berlapang dada dan berjiwa besar kepada saudara saudariku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro.. Rapatkan saf, ikut imam. Pimpinan tau apa yg terbaik utk partai Kita.

      Delete
    2. .

      Bukankah Hj Hadi itu si kuku besi ?

      Ada dua saf ..

      Delete
    3. Saya mahu Hadi sendiri buka mulut besau besau dan nyatakan PENDIRIAN secara jelas dan terang. Baru mahu percaya ngan PAS ni!

      Delete
  3. kebanyakan pemimpin melayu bodo dan bebal.mereka tidak dapat mengambil pengajaran daripada rentetan peristiwa yang berlaku dan tidak berani menanggung risiko ,selalu "play safe" dalam apa jua keadaan dan tiada pelan strategik yang berkesan,main ikut rasa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pimpinan ada banyak plan kontigensi,tp tak leh nk di hebohkan. Nnti partai lawan akan neutralize Kita. Percaya lah plan strstegik Dan taktikal mmg telah Ada, kdg2 kena improvise utk adapt situasi semasa.. Kecuali act of God.. Tu Kita kalah.. Allah sebaik2 perancang.

      Delete
  4. Hadi akan bermain wayang sekarang untuk menipu ahli pas.
    Dia terpaksa jaga hati pengikutnya dan umno.
    Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita berlapang dada.. Klu kena wayang, Kita pun ada wayang kita..box office lg.sabar ye.

      Delete
  5. Dari tilikan Dan renungan geluk jampi.. Kerjasama antara pas dan pribumi akan membuahkan hasil insyaalah.Kita yakin pimpinan Kita buat yg terbaik dan tahu percaturannya.. Kita doakan berjaya.. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Maaf banyak yang mencurigakan tentang PAS.

      PAS boleh keluar kan kenyataan supaya siasat Mahthir isu BMF tetapi tidak ada kenyataan Najib di siasat malah PAS lah berkecuali di parlimen mengenai 1MDB.


      Baca komen Zaid Ibrahim?

      Apa formula selepas menang?

      Rakyat lagi takut jika bersama PAS dan memang pulak pembangkang..

      Delete
    2. Kita hormati penderian mereka. Jika berkhianat, Kita yakin Raja pada hari pembalasan yg jatuh kan hukuman setimpal.
      Terus mati kena serangan jantung atau di aibkan dgn stroke.. Apa2 pun rancangan Allah maha hebat.

      Delete
  6. Bincang , boleh sj. Lapang dada perlu juga. TAPI, TAPI TAPI....
    Awas, perhati betul2, yg dok terbelit atas kepala tu serban, ataupun ULAR KAPAK 90 Juta!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tumboh tak melata, tak sunggoh tak fobia.
      brapa kali dah nyata, kalu Lebai takpa , kalau Lobai ..cibai

      Delete
    2. Dalam serban ada duit..berat2 nk fikir kezaliman law fikir dedak ok juga ..

      Delete
  7. Pas sendiri pun tak tahu apa yg hendak dia perjuangkan dan untuk apa dia terus relevant dgn politik tanah air.

    Nafsu cukup besar mengalahkan nafsu kuda. Demand nak 70 kerusi parlimen.

    Dalam sejarah, Pas pernah menang ker 70 kerusi sebelum ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh declare 40,maka dpt 40 la... Jgn main chup2 pulak nk 70 lps ni.

      Delete
  8. Bekerja sama memang boleh, tapi boss sama2 boss saja la. Yang akar umbi mempunyai banyak pilihan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham bro.. Freedom of choice tu hak Kita yg sape pun x boleh nk amik. Klu berkumpulan lg meriah.. Tak gitu?

      Delete
    2. Maaf saudara pada saya kita sudah tidak ada pilihan lain melainkan wajib nyakkan depa depa ni dari masih bermaharajalela di petrajaya.

      Delete
    3. Maaf sedara Pru Sarawak dh selesai petrajaya BN dh amik.. Kita nk fight putrajaya.. Minta maaf krn buat pencerahan.

      Delete
  9. .

    Untuk satu kesudahan begini memakan masa yang lama .... ? Waduh...waduh !!

    Tenguk Hudud sahaja sudah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Yang untung nya PAS.

      Sebab rundingan satu lagi dengan UMNO ialah antara Presiden dengan Presiden..

      Delete
    2. Antara dua kekasih.. Siapa nk jd cina buta.. MCA atau gerakan? Dap siang2 tuang presideng tak mau...

      Delete
  10. yang penting semua melayu bersatu dibawah satu parti melayu ...pimpinan melayu baru...buat apa kalau melayu bersatu tapi masih dipimpin pemimpin lama yang haprak...

    kalau pun senua ahli umno join dengan bersatu...janganlah pemimpin lama umno diberi peluang memimpin dibawah atau diatas...akan berbalik kepada masalah yang sama....

    parti melayu baru ini mesti memperjuangkan bangsa melayu dan hak hak mereka...berlandaskan agama islam...

    yang penting melayu dan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Kalau berlandaskan agama Islam bukan sekadar berjuang untuk bangsa melayu sahaja tetapi termasuk hak-hak rakyat Malaysia.

      Jangan melayu dapat hak melayu dan hak kaum lain di nafikan .

      Tu sebab ramai melayu yang takut pada Islam. PAS bertukar menjadi assabiyah.

      Delete
    2. yang paling penting...bukan melayu baru ke lama.. kita perlu pemimpin yg berintegriti, amanah,no korupsi, jaga kebajikkan rakyat.. dan cemerlang utk negara... kalau tak de ini.. tak guna parti manapun..

      Delete
    3. saya pun tak mahu hak kaum lain diabaikan ..mereka juga berhak untuk menikmati hidup dibumi malaysia ni...yang saya maksudkan...hak melayu dan agama islam...perlu dikekalkan sebagai teras negara malaysia...

      tidak mahu teras ini diperkotak katikkan oleh kaum lain..kaum asing ni terutamanya cina...asal mereka diberi peluang...mereka akan redah dan terus meredah tanpa mereka peduli lagi...mereka jadi lupa...mereka jadi alpa terhadap segalanya...agama..adat..budaya...harta benda...yang mereka
      tahu duit...duit adalah tuhan...mereka dah peduli apa lagi...mereka kurang menghormati org lain...bila mereka diberi kuasa...mereka lupa...pada mereka hanya kaum mereka jadi keutamaan...

      itu yang saya maksudkan...saya anak kekahiran pulau pinang...saya dah setengah abad...saya dah melalui tiga zaman ketua menteri cina...saya tahu semua...saya rasa semua...baik bn atau dap yang memerintah pulau pinang..mereka ada lah cina...dan saya tahu tentang cina ni dengan baik dan jelas sekali...arah tuju mereka...tak kira KM dari bn atau dap...

      parti pembangkang hari ini..banyak memuji pemerintahan dap...bagus banyak dari bn...pkr ..bersatu dan pan...walaupun saya membenci umno....terutamanya umno sekarang...tak bermakna saya menyokong dap sebagai pemerintah pulau pinang...

      tanyalah mana mana melayu jati pulau pinang..selami jiwa mereka sedalam dalamnya....
      sejujurnya sebagai anak melayu pulau pinang...baik cina bn mahupun cina dap....diskriminasi bangsa tetap dimainkan oleh mereka...dan melayu pulau pinang hanya akan tetap dipinggirkan dari semua sudut...dan melayu pulau pinang akan tetap berada dikedudukan keempat selepas cina..india..indian muslim (mamak) melayu....

      jadi jgn salah tafsir apa yang saya tulis disini...

      Delete
    4. Faham bro.. Maaf ye bro.. Cina secara semulajadi depa pandai scheming.. Cer tengok filem channel 321 astro.. Klu depa nk game melayu, Kita game depa balik.. Cer kaji kuat depa Kat mana dan lemah depa kt mana.. Depa pecah belah ikut clan.. Kita mana ada clan.. Semua Islam sedara Kita..tang tu kekuatan Kita..hang perbetui aku klu aku salah.

      Delete
    5. .

      Kebanyakan pandangan tentang cina adalah hampir sama dengan saudara cass.

      Saya sama sekali tidak nafikan tentang pandangan tersebut. Memang cina begitu.

      Cina bertuhankan duit. Melayu pun bertuhan kan duit. Cara cina bertuhan kan duit tidak seteruk melayu bertuhan kan duit.

      Cina dalam pada bertuhan kan duit tetap mengutamakan kaum nya. Melayu ?

      Lalu kita tidak suka cina dan mengatakan cina mementingkan duit.

      Tuan, melayu yang berkuasa akan menindas melayu yang memusuhi nya. Saling berselisih pendapat dan mencari kesalahan pihak yang lain.


      HARAPAN bercadang mengadakan unjuk perasaan anti Trump di tolak oleh parti melayu dan parti Islam sendiri.

      Cina tidak menindas cina lain walau pun mementingkan puak nya sendiri. Cina akan bersama dalam isu cina tetapi tidak akan mempertaruhkan kepentingan puak nya.

      Usah tenguk dalam hal berniaga atau isu dalam negeri. Dalam syarikat besar yang di kuasai oleh melayu, melayu sendiri tikam melayu. Labu Labi kata ada agen, saya kata ada talam dua muka.

      Sanggup mengenepikan bangsa sendiri kerana bangsa sendiri mempunyai sifat buruk sangka. Tidak setuju dan bagi pandangan yang lain di anggap melawan lah, tidak hormat lah, bahaya lah..

      Ambil bangsa lain sebab bangsa lain tidak akan menganggu gugat kedudukan dia. Bila dia bersara siapa ganti? Apa jadi seterusnya ? Adakah bangsa yang ganti dia akan ambil melayu ?

      Mahathir dan Anwar pernah kata lebih kurang begini .. Mana-mana bangsa akan jaga bangsa nya sendiri. Tidak salah mana- mana bangsa mengutamakan bangsa nya sendiri. Kerana itu adalah sikap semula jadi.

      Melayu Kelantan akan mengutamakan melayu Kelantan.

      Melayu Johor akan mengutamakan melayu johor.

      Tetapi melayu mana-mana negeri dari UMNO akan pinggir melayu bukan UMNO. Maksud pinggir bukan sikit-sikit atau sekadar menyusahkan tetapi kasi mati.

      Delete
    6. Sebab itulah diturunkan agama islam untuk membetulkan tuhan pelbagai kaum di dunia ni..tapi harus diingat islam itu lain, muslim itu lain dan parti islam itu lain..muslim yg mungkar dan parti islam yang senget tidak menggambar islam itu teruk kerana yg merosakkan islam ialah org dan partinya sahaja.

      Delete
    7. Dari segi kuantiti, umat Melayulah paling ramai jadi umat Muhammad SAW, walaupun tidak seorang pun umat kita bersua muka dgn Baginda semasa hayatnya. Tapi dari kualiti...???? Saya lebih respect dgn Ustaz Mualaf Hussein Yee berbanding ustaz2 Melayu kita. Ustaz Hussein Yee mengeliling dunia berdakwah dan telah mengislamkan puluhan ribu kaum kafir. TG Hadi Awang & PAS sebaliknya mengkafirkan jutaan umat Melayu Islam kerana tidak menyokong PAS.

      Kita kena timbang bangsa Cina lebih jauh awal menjadi umat Rasulullah SAW, malah kita dianjurkan menimba ilmu ke negara tersebut oleh baginda. Mubaligh keturunan Cina banyak jasanya dalam mengislamkan orang2 Jawa pada abad 15 mengikut catatan sejarah Jawa. Juga Laksamana Cheng Ho sebagai contoh di Melaka, dan bahkan ada masjid atas namanya di Tanah Jawa.

      Saya dari kecil hingga ke alam pekerjaan sentiasa bergaul & dikelilingi oleh bangsa Cina, sama ada di Spura maupun di Malaysia. Saya dapati mereka ada yg tekun & ikhlas. Dukacita saya nak sebutkan bahawa dari pengalaman 45 tahun dalam sektor pengkorporatan swasta, saya dapati pekerja Melayu lebih banyak bersembang kosong, kuat MC, lambat mula kerja tapi lebih awal bersiap nak pulang, lebih banyak meminta dari memberi.

      Delete
    8. Saya sokong penuh pendapat Saudara Othaman, termasuk... pe'el orang-orang Melayu dalam pekerjaan makan-gaji.

      Delete
  11. Melayu dan Islam tu teras.. Ada juga sedara mara pribumi yg bkn Islam,jgn Kita sisihkan.. Contoh dr Sabah Dan Sarawak Dan org asal di Malaya.. Nama pun pribumi.. Tak gitu sedara? Ke teman salah..Bini teman org Sabah tp dh Islam.. Boleh ke masuk pribumi atau bersatu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh bro sampai kesana,dulu2 ayat mesti power ni tau.ada tips...teman pun nak jugak hihihi...

      Delete
  12. Yang penting Malaysia tidak lagi dijajah atau dijual kepada negara lain. Yang penting mempunyai pemimpin yg iklas yg berjuang/berkhidmat untuk rakyat, Hak rakyat dihormati keistimewaan dipelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Dah terjual dah ..!

      Tak tahu lah apa yang nak di selamatkan ?

      Melainkan nak Najib je yang jatuh..

      Delete
    2. Negara dah pun tergadai, terjual & terjajah oleh pentabiran KERAtajaan NAJIB kpd syarikat perbank Zionis Yahudi & syarikat2 negara Tembok Besar China.

      Persoalannya...bagaimana kita hendak menebus kembali....????

      Delete
  13. Haha..United We Stand, Divided We Fall..so Better We Stick Together...for unity and strength..kerjasama utk tujuan menentang kerajaan pimpinan NajisBadak penjahanam negara bagi semua party pembangkang adlah bagus..ssuatu yg perlu..tapi perlu diingat..PAS ne..dah termakan umpan..bila bila masa ketua lanun boleh mengarahkan siasatan 90J..kes balak..dll..beban nya sama2 dipikul semua party pembangkang jika PAS ne ke sebelah PH/PPBM...pasti djadikan modal oleh UmnokBeend..klu lah betul nk buat kerjasama..sstgh dr pemimpin PAS..antaranya Haji Lebai Marang perlu mengundur diri ataupun dikickout..sebab dia ne antara " pembusuk PAS"..tak perlu memandang individual..maksud saya..kedudukan dia..Party..perjuangan bersama..itu lebih utama....ingat..jika kepentingan diri didahulukan..hurmm..tak ada titik persamaan/ kejayaan yg akan dicapai..lanun dan syaitan dr kem Najis sentiasa ada....menghasut..menghulur dedak/umpan..jika termakan..alamatnya kegagalan..singkir "pembusuk " dulu baru boleh berlapang dada...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar ahli pas yg tentukan bro.. kita hanye kusutkn keadaan.. cuba sedarkn mereka dgn fakta yg jitu..

      Delete
    2. Kalau perangai hangpa macam ni sampai bila pun tak selesai, kalau tak kerjasama pun hgpa kata, dah ada persefahaman pun hgpa komen macam macam negatif, hgpa tau tak dah solo lama dah sejak merdeka lagi, kalau macam ni perangai biar pakat pakat bertanding pas kalah pun takpa, hgpa pun melepas akhirnya umno lagi zalim pada semua padan muka semua.

      Delete
    3. Sabary sedara adzhani, pas bagus, hanya kami kurang berkenan dgn aksi tuang presideng tu je.. Tak ada sbnrnya. Tuan presideng kadang2 over acting, Tak mcm arwah tgna.jgn salah anggap ye.

      Delete
    4. Yaa.. Bro, Adzhani....memang betul saya keluarkan /komen2 yg negatif..buat apa simpan..sebab pemikiran saya memang akan komen yg tak betul..klu betul sayang party (PAS) tu..individu2 yg menjadi "pencemar" kena kickout dia..( setuju tak setuju terpulanglah...)sebab pada pandangan saya inilah penyebab/ punca parti ini tak sehaluan / ada penolakan /tercemar di mata rakyat.....( mungkin tdk pada ahli/penyokong PAS sendiri)..tapi pada pandangan umum..hakikatnya begitu..perbaiki kelemahan yg terlihat/terdedah ..salahkah komen utk menyatakan pendirian /pandangan sebegitu..sebab tanpa kita sedar yg negatif @ kelemahan itu lah yg menjadi kekurangan party ini..klu bahasa/cara penyampaian komen saya tak menyedapkan hati.pls forgive me✌✌✌

      Delete
    5. Ya, pemimpin yg seharusnya dipersalahkan dalam hal ni, ahli pas walaq dan taat pada pemimpin, depa tak salah..tapi kalo pemimpin konar konar apa akan jadi?.

      Delete
  14. PAS nie dah rosak sama mcm UMNO. Kerjasama utk satu lawan satu mmg penting tapi bolehkah PAS dipercayai sedangkan di dalam parti tu sendiri seolah2 ada team Hadi Bawang aka team 90 juta,team PAS yg tegar anti-DAP dan team PAS yg hanya mahu UMNO kalah utk hudud ala PAS diorang? Aku rasa mcm PAS nie nak jadi musuh dlm selimut la utk porak-porandakan PH+PPBM. Tun M pun mcm tak kisah PAS join ke tidak sebab dia lebih arif dgn kerenah2 individu tertentu dlm PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas pun tak kisah kalah dlm pru, kenapa semua parti tunggu pas, kalau dah rasa kuat sgt pergi la, buat apa tunggu lagi, ajak berdamai lepas tu fitnah pas tak habis habis, hei ingat sikit pas dah lama ada dlm politik malaysia sejak merdeka lagi, pas lebih kenal perangai umno dari ahli umno yg selalu kena tipu

      Delete
    2. Kamu yg rosak akhlak bukan pas...

      Delete
    3. Ye setuju adzhani..Kita cari titik persamaan bkn nk cari titik perpecahan.. Bulat air krn pembetung, bulat kata krn muafakat... Demi Allah Dan rasulnya. Kita hapuskan yg bathil, tegakkan yg haq... Itu matlamat Kita. Kita semua dr puak Kiri marhean dan othmaniah akan tentang puak kanan elit bangsawan.

      Delete
    4. Politik matang,we can agree to disagree.. Tp matlamat kita satu.Islam didahulukan, rakyat diutamakan.. Jumlah org yg masuk Islam krn di perangi rendah, banding yg masuk Islam krn akhlak nabi... Tu dakwah Kita... Saya dr kecil ramai kwn2 cina Dan India.. Tp bila besar, ramai dari mereka masuk Islam.. Bkn nk kawin dgn melayu, tp depa tengok akhlak Kita.. Kita hormat org tua, sayang org muda DLL.. saya masih akrab dgn depa smpi la ni.

      Delete
    5. Masalahnya bukan PAS tapi org kt dalam parti tu. Sama mcm UMNO, elok2 je parti tu berfungsi membela agama, bangsa dan negara tapi org kt dlm yg merosakkannya. Serupa PAS jugak, pemimpin2 ada yg berkepuk duit selama jadi ahli politik nie...senang cerita org2 melayu nie pantang dapat title, kuasa dan wang.

      Delete
    6. Kita nk heran ke dgn pangkat dan darjat anugerah manusia.. Kumpul reta bertimbun pun tak boleh masuk kubur.. Matinya anak Adam, hanya 3 perkara yg tinggal.. Harta yg di infak fisabillilah, ilmu yg menafaat pd manusia, bkn ilmu agama semata2, termasuk ilmu sains Dan teknologi dan anak yg mendoakan Kita.. Kita syg anak, anak syg Kita tp klu Kita derhaka dgn anak maka anak akan derhaka dgn Kita.. Wallahualam.

      Delete
  15. Malaysia is looking at a potential economic contraction given that the unhealthy balance of payments, losing the value of of the Ringgit against major currencies, foreign capital and investments have been leaving Malaysia and above all the unproductive domestic politics since late 1990's that are breaking the country futther and further apart, the negative kleptocrat image Malaysia ruling government of the BN coalition led by MO1 who presides umno, is giving to world we Malaysia never have expected to be ashamed of.

    We are now pro-terrorist. I have thought Malaysia have tries hard to be non-align but now Malaysia is a pro-terorist nation !! How is that MaLaysia has become a country promoting the act of terrorism ??

    Malaysia is realizing a plague and now the plague is terminally spreading across the lands exposing the corrupt practices by the people entrusted with power, and corporations (including those belonging to the government).

    And Malaysia is at center of money laudering scandalous financial transactions seven most developed countries are investigating and prosecuting. How did get here ??
    By having a corrupt Prime Minister and a cabinet of corrupts ??

    Now PAS don't mind having formal alliance with umno. This is dangerous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said and cannot agree more with you. On one hand the kleptocrat and the elite gang...and on thd other hand ordinary people and Islamist aligned grouping.. The elite kept their power by buying votes thru brim and other goodies..what the ordinary folks don't realized they had been robbed by GST and other taxes imposed on them. At the same time the government delivery are also slackening due to budget cut. Even hospital had limited stock of medicines to disbursed.but again the ruling party will come back to power due to cash is king...ptptn cut,university budget cut and higher cost of leaving with little job opportunities is not ordinary folks concern after they taken short term monry reward by ruling elite... This cycle will go on and on...until someone break this cycle..our hope is on Tun Dr Mahathir, may Allah blessed him with a long and healthy life..ameen.

      Delete
  16. Jangan sampai BERSATU atau PAS jadi DURI DALAM DAGING atau GUNTING DLAM LIPATAN atau API DALAM SEKAM...bila bersama PH..sudahlah...Nnt berbeza pendapat pula antara 2 presiden parti tu..terutama hadi awang tu..bukan boleh percaya sangat bila2 masa dia boleh guna veto dia dan boleh buat pusingan u 360 darjah...boleh caya ka...?

    ReplyDelete
  17. Pendapat saya PAS has no principle. The party is receiving bribes, mengkafirkan sesama muslim, abuse agama untuk kepentingan individu dan parti. The leaders are 2 faced.

    My view is forget about PAS. Let them rot.

    ReplyDelete
  18. Salam sejahtera dan selamat pagi kengkawan.

    Ada juga kawan penang kia sorang dalam ni. Slmt berkenalan bro cass.

    Pendapat saya masih sama. Saya lebih suka PAS tidak dilibatkan.Tunggu masa pembahagian kerusi nanti, jangan terkejut tetiba PAS minta kerusi lebih di atas alasan 'sebelum PPBM dan AMANAH wujud PAS dah pun bertanding di situ'.

    Walaupun Presideng dah keluar kalam nak menang 40 kerusi, tidak mustahil semasa berunding depa akan berkeras nak bertanding 80 kerusi.

    Itupun kalau kerjasama boleh kekal sampai pilihanraya. Kebarangkalian PAS konar sebelum pilihanraya tetap ada.

    Sejarah bgmn sikap PAS dalam PR dah ada. Dan perkembangan semasa juga tunjukkan PAS tidak berminat nak tumbangkan kleptokrat tetapi berminat untuk dapatkan harta rampasan perang lagi.

    Rundingan kali ni pun dihantar Timbalan Presiden. Mengapa bukan presiden yang dihantar? Mengapa selepas tamat tempoh baru dibuat rundingan.

    Itu hanyalah tentang kerjasama politik. Belum lagi isu2 lain seperti isu takfir yang belum selesai (hanya dibiarkan tersorok di bawah karpet).

    Bgmn pula isu potensi kehilangan sokongan rakan-rakan lain terutama daripada Sabah dan Sarawak yang masih tidak menerima PAS?

    Tanpa menafikan setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing, inilah pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Rundingan kali ni pun dihantar Timbalan Presiden. Mengapa bukan presiden yang dihantar? Mengapa selepas tamat tempoh baru dibuat rundingan."

      Siapa yang tetapkan tempoh?
      Siapa yang terus menjemput untuk berunding walaupun dah tamat tempoh?

      Delete
    2. Parti Pribumi Bersatu pun ada maruah & had kesabaran.

      Delete
    3. Betul awalnya PPBM yang mengajak PAS untuk berunding, tetapi kemudian PAS yang enggan. Berbagai alasan diberikan termausklah senioriti, king maker dan macam2 lagilah.

      Apabila Tun M membuat pengumuman sudah tamat tempoh untuk berunding dan PAS akan ditinggalkan barulah PAS yang kembali hendak berunding.

      Kalau dari segi prinsipnya, tawaran rundingan daripada PPBM telahpun ditolak PAS dan rundingan yang berlaku baru2 ini adalah daripada tawaran PAS pula.

      Untuk menambah garam pada luka yang dibuat PAS ini adalah fakta bahawa PPBM telah letakkan Presiden Muhyiddin untuk mewakili partinya tetapi PAS putuskan untuk menghantar Timbalan sahaja.

      Maka untuk tidak kelihatan melukut lagi melutut kepada PAS PPBM pun hantar Timbalan juga. Syabas PPBM.

      Di satu pihak Presidennya mengikat persefahaman dengan Presiden UMNO, di satu pihak pula Timbalan Prsedien mengikat persefahaman dengan Timbalan Presiden PPBM.

      Mustahil kedua2 persefahaman awal ini akan terjalin sehingga ke peringkat kerjasama pilihanraya. Salah satunya pasti akan punah.

      Yang mana satu punah pun akan membuktikan PAS cuba makan keliling. Ia hanya berminat kepada harta rampasan perang dan bukan perjuangan menentang kleptokrat.

      Delete
    4. john...

      It's so amazing, yu can read my mind and spell them out in such suoerb masterpiecep.

      You're really genius and extraordinaire, man....!!!

      Salam Perjuangan Withou Fear and Favour, buddy.

      Delete
  19. Maaflah sdr2 sekelian. Parti PAS yang ada skrg diterajui oleh seorg yg tidak berkaliber utk memimpin. Kalau Almarhum TGNA masih ada, hal remeh begini tidak mungkin terjadi. HA tidak mempunyai kredibiliti dan kualiti sebagai pemimpin. TITM jauh lebih layak untuk memimpin PAS dpd HA. Lihat saja HA kalau berucap di parlimen, langsung tidak 'convincing'. TIADA KUALITI sebagai pemimpin. Jumud dan kolot. Tidak langsung menggambarkan sebagai pemimpin parti Islam. Perlu diketahui, ISLAM itu sesuai disebarang zaman. Zaman skrg zaman hi-tech dan sebagai seorg Islam harus sesuaikan Islam itu di zaman hi-tech. HA langsung tidak mencerminkan kualiti untuk memajukan Islam selaras dgn kemajuan terkini. TITM, andalah pemimpin yang berkelayakn utk menerajui PAS. HA, anda letaklah jawatan sebagai pemimpin. Biarlah anda seorg yg gagal dan jgnlah diheret PAS ke kancah kegagalan juga seperti anda!

    ReplyDelete
  20. Antara Parti PAS dan Presiden PAS - yang mana satukah masih relevan atau menunggu masa untuk diUMNOkan?

    ReplyDelete
  21. Ermm..kerjasama !!!!persoalannya..sanggup atau bersediakah PAS menerima / menghormati penggunaan satu " SYMBOL" pakatan pembangkang PPBM/PH- (PKR,DAP,AMANAH)..🤔🤔

    ReplyDelete
  22. PAS is a parochial political party. Its the only reason why it survives in Kelantan. The trengganu people realised this. The party did not last long in trengganu.

    PAS leader Hadi Awang is a non tested material for a real national leadership. Self proclaimed ulama, revered by parochial minded muslim malays. PAS members with exception of a few are all listeners and followers in the name of a community sharing a religion. A true malay muslim will pose intelligent questions about meaning of true unity under islam. All they have are superficialities.

    Umno, after 4th premier regime, is like PAS, use and abuse religion for personal gains. The Legislatives successfully deafened, the executives muted, the judiciaries blinded. The self proclaimed islamic geniuses and ulamaks unbelievably choise to remain deaf, mute and blind

    The malaysians are left with 2 choices for Putrajaya

    1. Known DEVILS...the current regime
    2. Mixed of Known and Unknown ANGELS

    if parochial malays and muslims prevail.....choose 1
    if malaysians are into transparency, good governance and new diemnsion.....chhose 2

    Wallahukaklam



    ReplyDelete
  23. Budin, inilah namanya positif tetapi berhati hati.

    PAS kekal sebagai parti yg mahu bekerjasama dengan parti orang melayu yg dilihat jujur dan tiada rekod buruk mengkhianati PAS dalam pilihanraya.

    Kerjasama politik dgn mana2 parti boleh, tetapi mesti yg menguntungkan orang melayu dan agama. Manakala dgn parti UMNO yg byk kali khianati PAS hanya sekadar hubungan positif sesama melayu shj tetapi bukan kerjasama pilihanraya. Ada bezanya tu.

    DAP dan AMANAH tetap tak perlu PAS ada hubungan dgn mrk sbb mrk ini ternyata kaki kencing, kaki tikam belakang. Kerja mereka nak bersandiwara je. Nak ada hubungan dgn kedua dua parti ni nak buat ape? Baik tak payah.

    Menjatuhkan najib memang amat perlu tetapi persoalannya selepas memenangkan pembangkang yg ada DAP dlmnya, adakah mrk akan berdiam shj membiarkan hak hak melayu dan agama kita tidak akan diusik lebih dahsyat lagi berbanding sekarang?

    Menjangkakan sikap DAP selepaa PRU14 mrk akan mengugut pmbangkang yang berada dlm kedudukan runcing utk terus berkuasa memerlukan jumlah kerusi DAP juga? Semakin banyak kedusi yg DAP menang semakin menambah kuasa berunding dan menentukan nasib melayu dan agama Islam. Itulah percaturan parti DAP, MCA ,Gerakan dan MIC.

    Bagaimana kalau Ketika itu DAP yg pandai bersandiwara mengugut akan meninggalkan pembangkang yg baru shj menang pilihanraya umum. Pembgkang yg baru shj menang diberi pilihan samada ikut kehendak mrk atau akan hilang kuasa akibat berpecah dan kekal sebagai pembangkang.

    Mgkin ada yg kata bagi menang dulu, tetapi belajar dari silap adalah lbh bijak. Sejarah kejatuhan empayar melayu disebabkan emosi, tiada percaturan bijak banyak merugikan kita dari menguntungkan.

    Kalau budin payah nak paham...jangan menulis lg pasal politik. Sbb politik ni bukan untuk semua orang komen dan aktif menulis. Politik emosi dengan politik bijaksana amat besar bezanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prove DAP pandai sandiwara?

      Kami di sarawak tak suka DAP atas alasan lain.

      You have prempted DAP's intention even before the election. DAP MUSTAHIL JADI KERAJAAN PERSEKUTUAN!!!

      Penang....Yes sebab kebodohan umno gerakan. If you know how to manage and rule instead of robbong the rakyat, you would not have DAP govt today.

      Melayu/mamak muslims di penang dah terindas oleh umno gerakan terlalu lama....jangan berbohong

      Ya DAP LGE didakwa rasuah...dalam proses.

      NAjib.....naper dilindungi apandi???? buta? pekak? bisu?

      malaysia has a population of slighyly more than 55% muslim....nak tunjuk champion...????.

      a muslim PM who robs, rakyat dianiaya (so to speak).

      PAS is a sideway party. I have lived long enough to see destructions by muslim malays in particular when pak Lah took over and made even worse under najib.

      by the way, i am a muslim and malay in the 60s. I understand the root of the problem...malay and muslim hypocrisy



      Delete
    2. Rasa2nya 8:39 am macam saya kenal jer. Ayat 'menanam tebu di bibir yg merah, kiranya racun berbisa lara'.

      Betul tak Kejora.....????

      Delete
    3. sdra othaman,

      sdra dari parti BERSATU kan?

      berdasarkan pengamatan saya, nampak gaya orang sarawak perlu dilawati dan dekati oleh pemimpin BERSATU. Mereka perlu diberi taklimat strategi BERSATU sebagai parti alternatif pada Umno. Bukan untuk masuk sarawak. saya beranggapan sarawak akan tetap tak mahu Bersatu seperti umno masuk ke sarawak

      Saya terbaca semalam dalam satu online portal menegenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak iktiraf Undang undang tanah NCR. Impak ini amat besar pada rakyat berketuruanan iban dan juga melayu. Pemberontakan dalam parti pemerintah (mengikut perkhabaran) akan dirasakan mengancam kedudukan YAB Abang Johari sebagai KM Sarawak. Abg Jo ini tak "seberani dan vokal" macam Tok Nan.

      Hanya pandangan orang sarawak yang lama duduk di malaya:)

      Delete
    4. Kalau budin payah nak paham...jangan menulis lg pasal politik. Sbb politik ni bukan untuk semua orang komen dan aktif menulis. Politik emosi dengan politik bijaksana amat besar bezanya.
      ______________

      Di atas adalah petikan ulasan utama dari seorang anon.

      Jelas sekali anon ini mempunyai fikrah sehala yang berkata 'aku sahaja yang betul orang lain semua salah'.

      Di dalam blog ini dan malahan sesama pendokong PPBM juga ada berbeza pendapat sama ada perlu atau tidak perlu kepada PAS.

      Dato Rahman jpc sendiri amat berbeza pendapat dengan saya dalam isu ini tapi kami berdua menghormati pandangan masing-masing.

      Sdr ini bukan sahaja tidak tahu menghormati pandangan orang lain malah sampai ke peringkat memperlecehkan tuan blog konon tuan blog ini seorang yang jahil politik dan sdr pula sangat arif lagi bijaksana dalam hal ini.

      Tuan Budin bukan sahaja membuka ruang untuk perbezaan pendapat di kalangan pendokong PPBM malah 6.6& pun diberi ruang yang sama adil untuk memberi komen.

      Tuan Budin malah tidak menyorokkan identiti dirinya. Sdr pula hanya muncul anonymous dan berani pula melekehkan tuan blog.

      Hati2 sdr, fikrah sehala ini adalah punca kepada amalan takfir golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehala pemikiran dengan mereka.

      Delete
    5. Itulah keperibadian Kejora yg tak hormat langsung terhadap orang lain. Dia main redah saja, tak kira muda maupun yang jauh lebih usia darinya. Apatah lagi kepada Tuan2 punya blog dan juga Tun Mahathir.

      Suka2 dia panggil orang sedap mulutnya. Apakah dia nie dari keturunan tak beradab langsung..??

      Delete
  24. Pemimpin BERSATU terdiri dari kalangan orang yang berpengalaman dalam politik dan juga dalam kerajaan, orang-orang politik yang pernah duduk dalam kerajaan lebih mengenali ahli-ahli politik samada di pihak kerajaan atau pembangkang kerana mereka biasanya sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat oleh SB, penguatkuasa undang-undang, penganalisis yang berkaliber dan sebagainya. Keputusan BERSATU untuk terus-menerus berusaha untuk mendampingi PAS adalah berdasarkan maklumat tepat yang diperolehinya mengenai PAS. Jadi jangan perkecilkan tindakan politik yang telah dan bakal dibuat oleh kepimpinan BERSATU. Mereka yang duduk diatas penglihatannya lebih luas dari mereka yang duduk dalam bilik sempit menghadap computer.

    ReplyDelete
  25. HARAP BERSATU BIJAK JGN TERMASUK PERANGKAP PAS UTK MELENGAH2KAN PH DLM PERSEDIAAN PRU14.

    HARAP BERSATU LEBIH BIJAK DGN MENGGAGALKAN PLAN PAS UTK MELENGAH2 ITU, SEBALIK2NYA BIAR IA MENYUKARKAN UMNO UTK MENGENAL PENDIRIAN PAS YG TIDAK JELAS KPD SEMUA PIHAK.

    APA YG JELAS DGN PAS INI IALAH, MEREKA TIDAK LAYAK MEMERINTAH MALAYSIA. LEBIH SESUAI BUAT BYK2 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SAJA.. MUDAH2AN INSAF SEDIKIT

    ReplyDelete
  26. Ada 'kuasa' ke orang nombor 2 PAS ni? Takut sampai masa lain cerita pulak sebab ularmak WAHID akan veto pulak!

    ReplyDelete
  27. Kan bagus kalau begini selalu,kita boleh agree to disagree,masing2 keluarkan pendapat tanpa menyinggung yang lain.
    Bravo semua kipidap.

    ReplyDelete
  28. PAS awal2 lagi sudah berkata mereka ingin menjadi kingmaker dalam percaturan politik Malaysia. Dengan ertikata kalaulah BN dan PH TIDAK mempunyai mojiriti mudah, maka PAS akan jiont BN atau PH untuk membentuk kerajaan, PAS akan joint siapa sanggup offer tertinggi, mithalnya TPM Dan beberapa kerusi menteri.

    ReplyDelete
  29. sgt bahaya berbaik2 dgn org yg suka U-turn... suka takiyyah

    king maker make money.

    ReplyDelete
  30. akhirnya pokok pada "persefahaman" diantara tuan2 politik yg sering berkhianat sesama mereka itu hanyalah untuk menjayakan formula - satu lawan satu menentang UMNO/BN.

    PPBM tidak akan mendapat kerusi dari DAP dengan alasan - DAP bertanding di kawasan majoriti mata sepet.

    PKR juga tidak akan memberikan kerusinya untuk PPBM kerana bertanding di kawasan multi racial yg mana, bukan bangsa melayu sebagai pengundi majoriti. bahkan PKR meletakkan syarat agar tiada PPBM di selangor kerana telahpun PAN berpaut didalamnya sebagai penganti PAS.

    Kini harapan PPBM hanyalah kepada PAS untuk mendapatkan sebahagian dari kerusi untuknya bertanding.

    Kelihatan terlalu mudah dan sempurna untuk menjayakan "rundingan" ini, namun PAN walaupun hanya bertaraf budak suruhan DAP juga perlukan kerusi untuknya diluar selangor.

    rundingan diantara PPBM kepada PAS bagaikan berundingnya serigala pada kawanan biri-biri.

    ini gambaran sebenar "tahalluf siasyi" diantara Pakatan Harapan plus PPBM bersama PAS hanya diatas paksi untuk menumbangkan UMNO/BN. dan ujian pertamanya didalam pembahagian kerusi agar mereka tidak lagi menggigit dan berkhianat sebagaimana yg diperbuat pada PRN Sarawak yang lalu.

    PKR + DAP + PAN + PPBM = PH plus PPBM.
    DAP + PAN - PAS = ??
    PAS - DAP = ??
    PAS - PAN = ??
    PKR + PAS = ??
    PPBM + PAS = ??

    hanya untuk berbahagi "kuasa" dalam sifat kerusi yg ditandingi membuatkan tuan2 politik itu berunding sambil berkhianat (yang belum pasti diperoleh).

    Demi Allahswt Yang Maha Berkuasa - tidak aku melihat dari sifat dan keadaan tuan2 politik itu melainkan laksana aku melihat keadaan dan sifat binatang yang buas dan inilah seburuk-buruk pemimpin untuk golongan yang jahil lagi menyombong diri.

    Salam pagi dari saya untuk semua :)
    Unknown aka sahabat.



    ReplyDelete
  31. Ini macam penurunan tahta aje. Mcm tak ada pemimpin berkelayakan aje.

    Adakah Sarawak pon mcm BN di semenanjung?

    ReplyDelete
  32. Setuju dengan aminsihat 8.47,

    Berbeza pendapat kita rai kan.

    Janganlah kita terus menutup pintu parti PAS, walaupun perwatakan mereka keras.

    Kita beri peluang kepada mereka tidak kiralah ppbm, pkr, amanah dap dan pas bercakaran, bertumbuk, hentak meja dan baling kerusi sesama mereka.

    Ianya lebih baik dari mengangkat senjata seterusnya menjurus ke arah kacau bilau dan peperangan.

    Kehendak agama islam mengatakan kita perlu berunding dan berbincang mencari jalan penyelesaian.

    Bukankah islam itu cantik dan indah?

    Amalan demokrasi mengatakan keputusan majoriti adalah pemenangnya, lihat trump AS.

    Jika pembangkang menang adakah PAS merupakan suara majoriti? perhatikan jumlah kerusi milik parti mana yg perolehi jumlah terbanyak dan kumpul dan gabungkan? Adakah ppbm, pkr, amanah dan dap memiliki kerusi majoriti?

    Bukankah demokrasi itu adil?

    Lagi sekali mohon kepada pakatan pembangkang sekalian,

    Kita dan diri ini perlulah berlapang dada dan berjiwa besar, fokus kepada matlamat utama adalah menumbangkan bijan dan umno KORUP.

    Kenyataan dan reaksi terbaru dari pemimpin pkr, amanah dan dap berhubung persefahaman PPBM & PAS adalah
    POSITIF.

    Ayuh tuan2 puan2 saudara saudari sekalian,

    FOKUS! FOKUS! FOKUS! jangan lari dari matlamat kita,

    Bukan kah ini impian penyokong dan pemimpin parti2 pembangkang melihat umno jatuh rebah dan tumbang?

    ReplyDelete
  33. Sesungguhnya ini adalah keputusan yg amatx mengecewakan. Sepatutnya sudah ada kata pemutus samada Pas akan menyertai PH atau bergerak sendirian...atau lebih baik seperti yg diimpikan sangat bersatu dgn UMNO. Penyokong sudah mual, muak dan benci dengan kedudukan ini...mereka yg membuang, memfitnah dan mencaci tapi diwarxkan mereka yg jadi mangsa fitnah dan cacian. Akhirnya nanti penyokongx sudah tidak peduli lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai AnonyMOUSE yg berkeliaran di atas...tak bosan & penatkah merutuk & merungut pada diri sendiri? Kesiannya.....!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...