Tuesday 28 February 2017

KALAU TUN MAHATHIR NYANYUK, KENAPA PULA BELIAU DIMINTA BERSARA? BUKANKAH LEBIH MUDAH NAJIB MENANG PILIHANRAYA?


Nyanyuk adalah istilah paling popular yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad sejak akhir-akhir ini.


Dari pemimpin UMNO, menteri hinggalah kepada pencacai dan blogger 6.6 peratus, istilah nyanyuk  sangat kerap diguna untuk memperlekeh bekas Perdana Menteri yang sudah berusia 92 tahun itu.


Mengikut  Kamus Dewan, istilah nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak, tidak berapa betul atau bercakap yang bukan-bukan.


Dalam konteks Tun Mahathir sekarang dan beberapa siri kritikannya kepada Najib, bolehkah beliau dianggap sebagai nyanyuk?


Apakah pandangan,  kritikan atau kata-kata Tun Mahathir kepada Najib yang boleh dianggap sebagai nyanyuk?


Adakah label nyanyuk itu kerana Tun Mahathir benar-benar sudah nyanyuk atau kerana Najib dan pengampunya tidak mampu berhujah balas dengan beliau yang sudah berusia 92 tahun?

Apabila Tun Mahathir menarik sokongan kepada Najib kerana skandal 1MDB dan disebabkan ada wang RM2,600 juta disahkan masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, adakah beliau dianggap sudah nyanyuk?


Apabila Tun Mahathir keluar UMNO, menubuhkan Bersatu dan kini terus berusaha keras untuk menjatuhkan Najib, nyanyukkah beliau?


Jika Tun Mahathir benar-benar seorang nyanyuk, kenapakah Najib dan para pemimpin UMNO, termasuk Setiausaha Akhbarnya masih berhempas-pulas menjawab dan menyerang balas beliau?


Adakah orang yang  waras masih sanggup mahu berlawan dengan seseorang yang dianggap sudah nyanyuk?


Tidakkah orang nyanyuk saja yang sudi berlawan hujah dengan orang yang dianggapnya sudah nyanyuk?


Jadi, siapa nyanyuk?


Jika Najib dan sekalian pemimpin UMNO, termasuk Setiausaha Akhbar beliau tidak sama nyanyuk, bukankah suatu kelebihan kepada mereka jika berlawan dengan Tun Mahathir yang dianggap sudah nyanyuk itu?


Pernahkah kita dengar dalam dunia ini orang tidak nyanyuk tidak menang bila berlawan dengan orang nyanyuk?


Jadi, dalam mengata Tun Mahathir nyanyuk, mengapa diminta beliau agar segera bersara kerana bukankah lebih mudah untuk orang tidak nyanyuk menewaskan orang nyanyuk?


Dalam hal ini, Najib seharusnya bersyukur kerana berlawan dengan Tun Mahathir yang dianggap oleh penyokong dan pengampunya sebagai nyanyuk kerana kemenangan sudah pasti akan berpihak kepadanya.


Tidaklah mungkin pengundi-pengundi yang tidak nyanyuk akan memenangkan Tun Mahathir yang sudah nyanyuk, kecuali rata-ratanya rakyat Malaysia juga adalah nyanyuk.


Tetapi, mengapa masih berterusan menyerang Tun Mahathir yang dianggap nyanyuk dan memintanya agar segera bersara?


Adakah Najib masih tidak yakin menang PRU 14 meskipun lawannya adalah Tun Mahathir yang dianggap sudah nyanyuk?


Mana Najib nak letak muka agaknya jika UMNO dan BN kalah PRU 14 nanti sedangkan hanya berlawan dengan seorang tua berusia 92 tahun yang selalu dikata sudah nyanyuk?


Adakah selepas PRU 14 nanti, Najib akan benar-benar jadi nyanyuk? (SH 28/02/2017).

112 comments:

  1. Mana harussaini, rahman dan shukri? Rindu pendapat mereka yang hampir maksum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haramsani dah tak boleh ingat ayat... Bila tua nyanyuk !!! Makin dekat dgnbsetan

      Tapi Tun masih kuat ingat semua isu politik ekonomi sosial. Hebat Tun

      Betul SAUDI DTG MALAYSIA NAK BYR HUTANG ANGGOTA KITA MATI KATAK PERANG YEMEN DAN SYRIA DI PADANG PASIR

      UNTUK APA MATI KPD SAUDI WAHABI ALGULABABIIII

      P.S SAUDI DAH meterai perjanjian cybersecurity dgn Israel ! Nyt. Bloomberg.

      Apa najb extendbkobtrakndgn apco?

      Baguslah wahabi dan sunnah Wal jamaah versi haramsani.. Al yaHADI ahWANG

      hidup penjaga kaabah dan kubur nabi.. Jgn Terlepas kpd Iran pulak bila harga myk turun Saudi bankrap

      Delete
    2. Yang mengata TUN MAHATHIR NYANYUK dan memiMINTA dia BERSARA itu nyata bodoh. Bukan ha nya nakkan bos depa terus jadi PM, tapi memang tak bijak, tak boleh pikir hujah lain.

      Omputih kata "unclever, unthinking, damn stupido". Ramai penyokong Najib macam itu. Depa tujukan komen begitu kapada orang kampong dan yang berpendapatan rendah di kota kota. Depa ingat orang2 begitu tak boleh memikir macam depa.

      Harap PPBM seksploitasi kata2 macam itu. Tujukan kapada pengundi2 saperti itu. Gunakan kata kata dan hujah hujah yang begitu tapi kasi isi sikit dan dalam bahasa yang senang2.

      Bagus Sinar Harian keluarkan rencana macam itu.

      Delete
    3. Mana yg nyanyuk? Antara Tun, Lim Kit Siang, Muhammad Taib, Rafizi Ramli, Anuar Ibrahim berbanding Ahmad Maslan, Hassan Makek, Rahman Dahlan, Noh Omar, Jamal Tongkol, Zahid Hamidi?

      Delete
    4. Yang nyanyok? Najib.

      Bila skandal 1MDB meletup, senyap. Pastu ngaku ada wang RM2.6 bilion dalam akaun dia.

      Tak jawab pulak dari man, untuk apa. Kroni2 dia yang jawab, hingga satu Hamba Allah senaraikan 40 jawapan yang berlainan.

      Cakap putera Arab beri. Tapi Menteri Luar Arab Saudi kata bukan putera Arab Saudi, tapi dari seorang individu Arab.

      Jadi, tak nyanyok ke macam itu?

      Delete
    5. Pindaan Akta Pertubuhan 1966 selepas krisis UMNO 1988 bagi memasukkan peruntukan Seksyen 18 (C) adalah bukti kukuh campur tangan kerajaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu dalam urusan undang-undang berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

      Peruntukan yang menghalang hal dalam parti daripada dirujuk ke mahkamah itu secara langsung mematahkan hujah terkini bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP yang menyatakan peranan ROS ketika era pemerintahannya adalah bebas tanpa dihalang kerajaan.

      Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menjelaskan bahawa, seksyen berkenaan juga secara jelas mencerminkan betapa terdesaknya Presiden UMNO ketika itu dalam mempertahankan kedudukannya.

      “Pindaan kepada Akta Pertubuhan itu secara jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir campur tangan dalam urusan ROS selepas krisis UMNO 1988.

      “Jadi kalau hari ini Dr. Mahathir berkata, ROS pada zamannya adalah bebas berbanding sekarang, itu tidak berasas sama sekali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

      Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP melalui artikel bertajuk ‘DULU DENGAN SEKARANG’ di blognya, chedet.cc melabel ROS kini sebagai alat kerajaan untuk mengganggu parti lawan.

      Krisis UMNO 1988 berpunca daripada konflik di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah di mana kedua mereka bersaing merebut jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987.

      Akibat pertembungan itu, terdapat beberapa ahli UMNO yang merujuk hal berkaitan ke mahkamah dan akhirnya hakim memutuskan UMNO dibatalkan pendaftarannya.

      Dalam pada itu, Anina yang juga bekas pengasas PPBM turut memuji tindakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim yang dilihat tegas dan mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi sebagai seorang penjawat awam.

      Ujarnya, Surayati telah melaksanakan tugas yang dipikul berdasarkan peruntukan undang-undang negara.

      “PPBM adalah komponen Pakatan Harapan. Bagaimanakah pakatan itu boleh diluluskan sekiranya isu perlembagaan salah satu parti komponen belum lagi selesai.

      “Saya cuma nak minta Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz agar tidak terus menafikan kesalahan sendiri,” katanya sinis.

      Delete



  2. Untuk mengelakkan title 'bapa segala kroni' digunakan yg sangat kasar ini, adalah lebih sofan di gunakan nyanyok saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana dengan bapa segala pencuri. Hina sungguh sesorang itu kalu di gelar kleptocracy oleh seluruh dunia. Just imagine mencuri dari setiap orang tak kira kaya atau miskin, tak kira tua atau bayi. Sungguh tak tau malu.

      Delete
    2. 8.08....untuk mengelakkan lu punya title pencacai angkat najis yg sangat kasar ini.....adalah lebih sofan digunakan pembawa sisa buangan.

      Delete
    3. Agaknya berapa ramai rakyat Termasuk saudara mara anda Yg bekerja di syarikat syarikat Yg anda istilahkan kroni2 Tun?Dan berapa banyak pulak Yg bekerja dibawah kroni2 najib... Satiny 1mdb Syarikat teragong Malaysia Yg mempunyai nilai berbilion bilion ringgit? Cita

      Delete
    4. 8.08
      penyokong tegar penyamun..tak dapat dinafikan lagi..

      Delete
    5. MO1 telah mencipta sejarah Negara dengan mengondol segala title yang keji-keji dan tercela belaka......!!

      Delete
  3. Kalo dah tau Tun M orang tua nyanyok.....apa pasal caklibut masa Nothing to Hide?? Kasi hantamlah itu orang tua nyanyok.....apa takut??

    Nyanyok2 Tun M pon jadi pilihan TV3 dan akhbar perdana.....wowwww....glamour tu woiiii....

    Semua penyangak penyamun duk layan kesah orang tua nyanyok ni. Agaknya malam2 pon duk mengigau mimpi orang tua nyanyok nak datang cekik.....heeeeehihihi....duk menjerit teroyak dalam tidor. Hissh.....riso bebenor tu yeop.....

    Apa daaaa.......kalo anak jantan, apa takut dgn orang tua nyanyok baling gelas tak pecah???

    Kalo teman....teman tak takut dengan orang tua nyanyok.....teman lagi takut dengan penyamun, perompak, pencuri.....paling teman gerun dengan badak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekali bro phantom.

      Walaupun si tua ni dikatakan dah lemah baling gelas tak pecah, nyanyuk, tak ingat mati, hipokrit, bapa penyamun, u-turn dan 1001 tuduhan yang lain tapi deme ni punyalah takut kat si tua ni sampai tidur malam termimpi kena cekik dgn si nyanyuk ni.

      Kalau si nyanyuk ni dilabelkan nyanyuk dan gitu sekali deme takut kat dia, Agak2nya apa gelwran paling sesuai kpd orang2 yg takut skt si nyanyuk ni, pondan? Gila? Meroyan? Cer cadang tengok..

      Delete
    2. Bro John Doe......rasa gelaran yg sesuai kat deme tu......Pak Pandir.....sebab deme ingat deme cerdik tapi sebenarnya bodoh abadi.......dan yg paling kesian deme tak tau kita nampak deme tu bodoh.....deme duk pikio kita percaya dengan deme cerodik.

      Tu sebab deme cuba belit temberang tapi tak sedor nampak bebenor tipunya......jawapan yg tak masuk akei pon ada. Itulah dia Pak Pandir Moden alaf baru.

      Cer kita request Bro Fan Tun buat pantun yg sesuai dgn Pak Pandir ni.

      Salam perjuangan bro.....

      Delete
  4. Kalo Tun m takdak pengaruh apa yg team najib nak takut...cepat cepat le wat pru..jgn mengaum macam singa sarkas je, dirotan dengan sisemah udah menikus...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menasihatkan Mahathir bersara tu lebih berbelas ehsan kepada Mahathir berbanding dengan penyokong beliau yg terus mengapi-apikan beliau.Lihatlah padahnya sekarang ,Mahathir di malukan di perlekehkan dan tak lama lagi akan menghadapi mala petaka besar sekiranya RCI di tubuhkan.Apa yg berlaku disekeliling Mahahtir sekarang-tindak tanduknya,tutur katanya ,dolak dalih nya semuanya mencermin kan keburukan mengenai siapakah Mahahtir,tidak ada yg membayangkan bahawa beliau seorang yg jujur,ikhlas dan berprinsip.Orang kampung pun boleh menilaia siapa Mahathir sekarang.Tidak berperinsip,muka tebal dan opportunis tahap gila.

      Bagi saya pula ,memamng elok sangat kalau Mahathir di biarkan terus berkeliaran kesana kemari mengarut,supaya kesah lama beliau akan terus di korek dan di beri hukuman nanti,agar menjadi pengajaran kepada pemimpin lain.

      Delete
    2. 10:38,Berbelas kasihan lah pada rakyat, tun m, yg terpaksa bangun dari persaraan yg selesa dan menebalkan muka kerana melihat kesusahan rakyat hasil dari kebodohan pemimpin sekarang..dont u get it...butakah mata atau hilang ke kewarasan kamu..

      Delete
    3. 10:38..

      Kah kah kah.. Kamu memang kelakar..

      Delete
    4. 10.38.....deme yg menasihatkan Tun M bersara tu bukan berbelas ihsan pada Tun.....tapi berbelas ehsan pada talian hayat masing2.....pangkat dan poket masing2....temolok masing2......paling utama tuan dedak mesti dipertahankan dari semua ancaman kalo tidak.....habis semua urat nyawa putus.

      Macam mana sekalipon ko alih tiang gol.....takkan dapat padamkan ingatan rakyat pada syarikat tersohor Malaya yg jadi buah mulut saentero dunia....1MDB.

      Memang dayus kalo kes lama 30 tahun dulu disiasat tapi hal 1MDB kekal dimati-bisukan.

      Delete
  5. Low class betoi kalu dengan orang dah nyanyuk pun hampa mati akai. Membuat tidoq tak nyenyak, makan tak selera. Akibatnya muka yg dulu lincin dah nampak berkedut.

    ReplyDelete
  6. Mereka terdesak sekarang ni.Sudahlah tak malu menyokong Pm yang terbukti membohong menyeleweng serta tak pandai mengurus negara biadap pulak pada Tun.Depa ingat semua orang boleh ditipu.Kami ada akal mata telinga mengharungi realiti kehidupan harian nak suruh telan percaya kat Najib n co buat apa.Depa ingat semua orang tak berpelajaran
    dan duduk bawah tempurung shok sendirika?

    Depa komen hanya hendak menyedapkan hati.Realitinya terutamanya di bandar bandar orang dah tak sokong Najib dah.Di kalangan mereka sendiripun dok mengata belakang Najib macam macam.

    Hanya Kerana Tun bertanya soalan dimana datangnya duit 2.6 b dan lain lain sampai ke tahap begini jadinya mereka.Nasib baik ada Tun yang membawa suara rintihan suara rakyat yang sedar akan realiti kepincangan pentadbiran The Pirates of Malaysian.

    ReplyDelete
  7. pro najib mmg dah lupa daratan. biadap dgn org yg lebih berusia. inikah sikap budaya yg nak dijadikan contoh pd anak2! tak dak akai ka?

    ReplyDelete
  8. ORANG YANG TUDUH TUN NYANYUK ITULAH SEBENARNYA NYANYUK DAN PONDAN. APA KENYATAAN TUN YANG MENUNJUKKAN NYANYUK. TETAPI YANG JELAS NAJIB DAN PENCACAINYA JELAS KETANDUSAN IDEA UNTUK MEMBALAS HUJAH TUN DENGAN BERNAS DAN FAKTA. SEBENARNYA TIDAK PERLU MENUDUH NYANYUK, YANG PERLU ADALAH HUJAH BALAS DAN KALAU BERANI, ADA TELOR, BERDEBATLAH DENGAN TUN.

    TU SEKOR TU, KELMARIN KATA TAK NAK LAYAN TUN TETAPI SEBALIKNYA, YANG INILAH SEBENARNYA NYANYUK DAN TIDAKSEDAR DIRI.

    ReplyDelete
  9. TU SI SHARIF, LEBIH TERUK DARI SHARIF DOL, MEMBERI HUJAH MEMALUKAN, TIDAK ADA NILAI AKADEMIK LANSUNG! MAKAN GAJI BUTA AJE.

    ReplyDelete
  10. kenapa sy kena sokong najib? kenapa sy kena pangkah bn pd Pru akan dtg??

    ReplyDelete
    Replies


    1. Sebab org lain songlap 30 B

      Delete
    2. baguih la..hg tnya,hg sendiri jawab,kahkahkah..sah dah hangpa ni semua dah biol...

      Delete
  11. Bingai yang teramat geng2 bijan ni... dengan orang yang dituduh nyanyuk pun nak kecoh dengan cara bongok... dah tuduh orang tu nyanyuk yang kau org layan tu kenapa...? Biarlah dia nak kata apa pun... dan dah nyanyuk... bongok sungguh anjing najib nih... biasa dia yerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Zack

      kejora dan Unknown aka sahabat pun ada pencen gak.

      Tapi itu atas kertas la.. Kalau zaas dulu sebelum sampai umur pencen ataupun JASA tutup kedai tak tahulah apa nak jadi..

      Manusia hanya merancang..

      Delete
    2. Tu namanya pencen doggy.....kalo yg kecik sikit panggil pencen kitty.....

      Delete
  12. .

    Bukan senang orang yang bersalah dan di benci oleh reformis hadir ke konvensyen otai reformasi.

    Ada kerusi atau tidak Mahathir tetap datang. Walaupun masih ada benci tapi sakit hati pada Tun sudah tidak ada. Insyallah satu hari nanti benci bertukar jadi kasih.

    Rasa sayu bila Tun kata 'lepas itu nak buat apa pada saya buat lah'.

    Keberanian Tun hanya dapat di balas oleh Najib dengan mendakwa Tun nyanyuk.

    Harap hari-hari Tun buat kenyataan Najib mesti di jatuhkan.

    Jatuhkan Najib, jatuhkan. Najib tu jahat. Najib tu penyamun. Jatuhkan !

    Dengan izin Allah jua Najib akan jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya kesedarannya jelas, sebab tu la dia berani masuk sarang reformis dan stay sehingga selesai.

      Tak macam self declared pahlawan Bugis yang masa di PWTC kubunya sendiri pun lari mengekeh bila si nyanyuk tua baling gelas tak pecah ni sampai..

      Delete
    2. Buat John,

      Ada bidalan melayu yg tepat menggambarkan kes najip mencicit lari terberak2 dalam seluar dari nothing to hide:

      BAGAI ANJING LARI BERCAWAT EKOR

      Dalam Bahasa bugis maaf saya tak tahu

      Delete
  13. 1.Che Det Mamak Kutty disuruh bersara kerana sudah tua sangat,dah 90 lebih dan hamper nyanyuk.

    2.Kerana dah tua sangat adalah lebih baik duk rumah layan cucu -cicit dan perbanyak amalan-amalan sebelum dijemput kembali oleh Allah S.W.T

    3.Kerana selalu sangat keluar ceramah politik dibimbangi mengeluarkan kata-kata mencaci dan menfitnah. Ini tentu tidak baik bagi seseorang yang hujung usia seperti Tun M.

    Dihujung usia sepatut seorang lebih mengutama hari Akhirat daripada mencintai hal Dunia berlebihan...bermuhasabah diri dan bertaubat sebelum dipanggil pergi...jangan fikir macam orang muda lagi dan terlalu cinta dunia sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah tua nyayok tu di panggil berceramah sini sana ko tu belum tau masih pakai anynomous mengentel telur kat blog je

      Delete
    2. Betul bro Unknown


      Si nyanyuk ni seluruh dunia panggil dia utk berkongsi idea.

      Masa dia ke Checnya baru2 ni pun Presiden sendiri arahkan dia diikuti dan dijaga keselamatannya.

      Itu orang yang dah tiada kuasa dan pergi pun kapasiti peribadi.

      Yg pengomen ni masih berlindung di sebalik tikus tanpa nama dan takdak sapa kenal dia ada hati nak suruh Tun M dok diam2.

      Delete
    3. 11 44

      Mahathir mati di medan perjuangan.

      Najib kalau mati di celah ketiak bini.

      Entah-entah umur Najib yang pendek ..
      Wallahualam.

      Delete
    4. Dah lengan semah lagi besor dari peha najip

      Jangankan najip

      Trump pun buleh mati kena kepit celah ketiak cenggitu

      Delete
  14. Gerakan Tun Dr. Mahathir hanya akan menimbulkan lagi perpecahan di kalangan rakyat.Tun Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan dikalangan Rakyat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk khususnya dalam keadaan negara kita yang seringkali diusik api perkauman oleh pihak tidak bertanggungjawab. Oleh itu, seluruh rakyat harus bermuafakat dan menolak pihak-pihak yang cuba merosakkan gagasan perpaduan tersebut walau dengan apa cara sekalipun.jangan kerana percayakan guruh, habis air di tempayan dicurahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat plak masa Nabi saw berdakwah di Makkah Baginda pun dituduh pecah belah masyarakat Arab Makkah.

      Sebab Nabi tak lemah semangat dgn tuduhan bodoh ginilah akhirnya Makkah diIslamkan dan akhirnya Islam sampai ke tanah Melayu.

      Tun M bukan Nabi jauh sekali maksum tapi tuduhan beliau sedang timbulkan perpecahan adalah tuduhan meleset.

      Itu ari saya baca doa ikut doa Nabi Nuh yang meminta golongan bathil dihancurkan terus supaya umat Melayu boleh kembali bersatu sorang pun pendedak termasuk Unknown aka sahabat tak aminkan..

      Guana tu?

      Delete
    2. anon 12.29

      takkan org ramai nak bersatupadu dgn penyelewengan.

      semestinya org ramai menentang penyelewengan. tak gitu?

      Delete
  15. Bangsaku mudah lupa demi disuap dedak
    Bangsaku mudah lupa demi pangkat
    Bangsaku mudah lupa demi kuasa
    Bangsaku mudah lupa senang dibangsat

    Bangsaku nyanyok yang muda dari tua
    Bangsaku nyanyok yang muda lupa jasa
    Bangsaku nyanyok yang muda lupa agama
    Bangsaku nyanyok yang muda gila nama

    Yang nyanyok baguslah kata nazri
    Dilempar gelas, gelas tak pecah
    Yang nyanyuk biarlah kata PMO aide
    Dihina dikeji dah immune dan lali

    Ingatlah bangsaku satu hari nanti
    Jangan ditangisi jangan diingati
    Bila nasi dah jadi bubur
    Tak heran anakcucu kencing atas kubur




    ReplyDelete
    Replies

    1. Jangan bimbang, kami tak lupa yg songlap 30B dulu

      Delete
    2. Buktikan dulu 30B tu Tun yg kapor

      Setakat menyalak macam anjing kena rogol kat sini baik tak payah

      Dah la main nama anon je - telor dah Potong kasi anjing makan ke?

      Delete
  16. Inilah standard macai najib utk serang dan hina negarawan supaya akan dijanjikan nanti kerusi bertanding dlm PRU.
    Dulu sebelum dia ni pun ramai yg macam dia biak keluar dr perut UMNO.

    UMNO adalah parti rosak. Sama macam standard parti DAP, MCA MiC yg rosak dan kalau memerintah akan hancurkan negara. DAP bijak menyorokkan tanduk syaitannya sebelum berkuasa menjadi penentu kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Even if it is true that dear Tun has gone senile (which of course is not true seeing that he looks pretty much like a man in his sixties!), would that be worse than being a thief who brings world wide shame to the country or that of hard core supporters of a thief (leading easily to the label traitors to Malaysia attached to them both)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presumably you are referring to si Bugis Lanun.

      I agree he's a much worse case than Tun Dr Mahathir. Tun's 22 years rule produced many aspects of development in the country. Including for the Malays.

      Najib's rule threw out ISA (even USA still has ISA-like detention without trial in Guantanamo Bay), Najib decided on throwing out the Sedition Act which protects the sensitive Articles of the Constitution on Malay rights and interests.

      Najib also put aside the NEP, discarded the Kementerian Kemajuan Usahawan designed to assist Bumiputera businesses - they don't have a culture of doing business and have been left far behind economically etc.

      The Malays will suffer a worse fate if Najib is not toppled at PRU14.

      Delete
  18. Tuan Shahbudin, TBHG TUN MAHATIR TIDAK NYANYUK
    Berdasarkan pernyataan2 dlm terbitan di atas ternyata Y Bbhg Tun seorg negarawan kebanggaan Malaysia yg tiada tolok bandingan setakat ini. Alhamdulillah beliau masih sehat. Mari kita sama2 doakan kesejahterannya agar terus membela rakyat jelata marhaen. DENGAN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH. Yang NYANYOK adalah mereka2 yg mengutuk dan menghinanya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nyanyok? Najib.

      Bila skandal 1MDB meletup, senyap. Pastu ngaku ada wang RM2.6 bilion dalam akaun dia.

      Tak jawab pulak dari man, untuk apa. Kroni2 dia yang jawab, hingga satu Hamba Allah senaraikan 40 jawapan yang berlainan.

      Cakap putera Arab beri. Tapi Menteri Luar Arab Saudi kata bukan putera Arab Saudi, tapi dari seorang individu Arab.

      Jadi, tak nyanyok ke macam itu?

      Delete
    2. Yang individu Arab itu nampak nya ia lah seorang dari komplot yang di rancangkan si Jho Taek, di bawak ke Malaysia, bergambar dengan Najib, Rosmah. Jho Taek, anak tiri Najib, dll.

      DoJ USA dah ambik tindakan mahkamah nak rampas asset ank tiri najib dan Jho Taek itu yang berkaitan dengan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering".

      Delete
  19. Saya masih ingat ketika Tun M mula mempersoalkan 1MDB dan si kelepet gagal menjawab, maka persoalan bertukar menjadi serangan. Ia bukan isu peribadi tetapi isu kepentingan agama bangsa dan negara secara umumnya.

    Si Kelepet yang tidak mahu kalah kemudian berkata ia seorang pahlawan yang tidak akan berundur dari medan juang. Ia juga berkata 'i am fit for a fight'.

    Maka ia pun putuskan sebaik2 perlawanan ialah dengan menyerang balas.

    Ia terlupa bahawa perlawanan di antaranya dgn Tun M bukan lawan bola atau lawan tinju tetapi perlawanan di antara amar ma'ruf nahi mungkar dengan amar mungkar nahi ma'ruf.

    Di dalam mempertahankan kemungkaran yang ia lakukan, ia mula menyerang balas di atas isu2 yg direka2 dan dibuat isu di atas perkara yg bukan isu pun.

    Ia terlupa bahawa apa yang ia lakukan telah membawa dirinya masuk ke level fujur dan tindakan2nya menunjukkan ia benar-benar merasa aman dari kemurkaan Allah.

    Demikian juga dgn para pencacainya. Mereka menganggap politik bukan tntg betul atau salah tetapi tetang siapa yang memberikan tempat.

    Sebagaimana si kelepet telah membuat pilihan sebegitulah para pencacai dan pendedaknya telah membuat pilihan.

    Spt Kelepet para pencacai ini juga merasa aman dari kemurkaan Allah.

    Ingatlah satu hari kita pasti akan menuai apa yang kita semai. Kalau kita telah menyemai kemurkaan Allah, maka satu hari nanti pasti kermurkaan itu akan disemai.

    Sesal kemudian sungguh tiada gunanya...

    Wala'yazubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:-

      Ingatlah satu hari kita pasti akan menuai apa yang kita semai. Kalau kita telah menyemai kemurkaan Allah, maka satu hari nanti pasti kermurkaan itu akan dituai.

      Delete
  20. wahai sahabatku John Doe - kamu berdoa sepertimana doanya Nabi Nuh as ?? - Nauzubillahimzalik, engkau benar-benar termasuk didalam golongan yang melampaui batas.

    Apakah engkau tidak mengetahui sifatnya doa Nabi Nuh as itu adalah khusus terhadap umatnya yang kekal kufur walau setelah hampir 1000 tahun Nabi Nuh as menyeru agar kembali kepada Allahswt.

    lalu Allahswt menyeru kepada kekasih-Nya agar dipersiapkan sebuah bahtera yang "maha" besar di puncak bukit.

    Maha suci Allahswt - datangnya Nabi Muhammad saw kemudian tidak lagi dibenarkan berdoa sebagaimana doanya Nabi Nuh as kerana kemuliaan Baginda saw ditahan segala azab keatas umatnya sehingga ke hari kiamat.

    Sahabatku John Doe apakah kamu "pasti" keturunan orang2 yang kamu doakan itu akan melakukan pengkhianatan kepada agama Allahswt ??

    Kamu ingin bicara mengenai perihal pengkhianatan ?? - rujuklah ia kepada tuan2 politikmu, kerana merekalah yang berjual-beli agama dan bangsa melalui tipu daya (hatta sesama mereka).

    Masih ingatkah kamu setelah matinya Pakatan Rakyat lalu tuan2 politikmu mengerjakan satu lagi tipu daya yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan.

    Mereka terus berpura-pura dengan menandatangani MOU dan mereka saling berkhianat tatkala tiba waktu PRN Sarawak (MOU yang berusia tidak sampai setahun) hanyalah bernilai sekeping kertas yang tiada harga.

    Tuan2 politikmu menyeringai dengan taring yg berbisa yang menghiasi wajah. akhirnya mereka melalui PRN Sarawak laksana kawanan serigala yg saling mengigit sesama sendiri walaupun datangnya mereka sebelum itu laksana "penyelamat" ummah.

    Tidak malukah kamu menunding kemungkaran "musuh" walaupun di dalam kalangan kamu membawa kemungkaran yang lebih besar ??

    Tak malukah kamu bilamana kamu melata mencari dan mempertahankan segala nikmat dibawah pemerintahan yang kamu fitnahkan sebagai zalim ??

    Allahuakbar - hujahmu semakin membelit batang lehermu sendiri.

    Salam untuk semuanya
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat


    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. john doe28 February 2017 at 13:48
      Unknown,

      Sungguh kamu takutkan kebenaran sebab itu kamu takutkan doa Nabi Nuh a.s itu.

      Kini kamu berfatwa lagi dan mengatakan apabila datang Nabi Muhammad maka doa seperti doa Nabi Nuh itu tidak lagi dibenarkan.

      Ini kenyataan orang-orang yang takut dgn kebenaran sbgmn ia takut bersumpah laknat dan kemudian memberi alasan pula. Bukan sekadar takut malah jahil juga.

      Kamu tidak faham konsep di antara qisas,diyyat dan memaafkan, dan konsep di antara doa orang yang dizalimi dan berihsan dgn penzalim.

      Kalau kamu faham nescaya kamu akan mengetahui bahawa fatwa kamu itu salah sekali lagi.

      Mungkin kamu juga tidak pernah membaca kisah bgmn Hasan Al-Basri rahimahullah berdoakan balasan ke atas kepada yang menzalimi dirinya.

      Oh ya, kalau kamu tak tahu Hasal Al-Basri adalah seorang umat Nabi Muhammad saw yang terikat juga dgn syariat Nabi Muhammad. Beliau juga hidup di zaman salafussoleh, bertaraf tuan guru dan diiktiraf seorang wali Allah yang arifbillah.

      Tapi tak apa, sebab walaupun kamu takut dgn kebenaran dan mahu lari daripadanya dengan beralasan spt Nasrani disebabkan kamu sedar kamu di pihak yang bathil, kebenaran itu telah pun mula mengejar kamu.

      Hanya tunggu masa sahaja sebelum yang mengejar itu benar2 sampai kepada yang dikejar.

      Sungguh aku tak ada apa yang nak dimalukan sbb aku bernafas di atas izin Allah, memijak bumi Allah dan segalanya di atas kehendak Allah.

      Maka aku menulis ini pun dengan kesedaran bahawa ia dibuat demi ketaatan kpd Allah.

      Tak malukah kamu memijak bumi Allah dan bernafas udaranya tapi mengingkariNya dan merasa aman dari kemurkaanNya?

      Oh ya, kamu lebih taat kpd manusia berbanding Allah dan demikian kamu tiada masalah memilih keridhaan manusia di sebalik kemurkaan Allah.

      Ingatlah pada hari kebenaran iu turun si bawah hidungmu atau di celah kerongkongmu, penyesalan sudah tidak berguna..

      Bersukarialah kamu selagi diberi tempoh kerana tempoh itu tetap akan luput.

      Delete
    3. Wahai "unknown" yang kasi "Salam untuk semuanya",

      Salam tu makna nya peace. Tapi apa yang kamu cakap, tak nampak mana peace nya. Awat lagu tu?

      Kamu pulak mengaku sahabat dan ikhlas. Pun tak nampak di mana itu semua.

      Menagapa kalau orang ingin bicara mengenai perihal pengkhianatan, kau suruh rujuk kepada tuan2 politik nya, kenapa kau tuduh mereka "berjual-beli agama dan bangsa melalui tipu daya (hatta sesama mereka)."

      Banyak lagi aku nak tulis. Tunguuuuuuuu

      Delete
    4. Wahai "unknown" yang mengaku semua di sini sahabat, ikhlas dsb nya,

      Tak sahabat, tak ikhlas bunyi komen kamu tuh.

      Mereka tidak berpura-pura menandatangani MOU dan mereka tidak saling berkhianat, ha nya kamu saja yang cakap bebukan, menunjukkan kamu yang mengaku kawan ikhlas sabenar nya rakan tahi.

      Satu masa nanti Tuhan akan balasi niat busuk kamu.

      Delete
    5. Huiyyo unknown aka sahabat bn tuduh bro jon doe fajir..mungkin dia dapat pengetahuan tu dari penulisan bro john doe seblum ni cuma salah tuduh org...cam tak caye jer kihkihkih...aku fikir dia yg berlebih lebih membela bos yg mungkar..

      Delete
    6. Nakhoda sewel ni biasalah

      Bekokok lelebih kat sini

      Sebab dah cemas takut kena 'sembelih'

      Nak pulak PRU dh dekat..

      Delete
  21. aiiikkk, anon 12:59, yg PM sebut tsunami cina, menteri sebut cina mau apa lagi tu bukan pecahbelahkan kaum ke???? bukan takat pecah , dah berdorai leee. Tapi Tun M baling gelas tak pecah kan...kan...kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baling ke muka engkau, muka engkau yang pecah. Gelas tidak.

      Delete
    2. aik,,,bapak marah ke ni?
      oleh kerana bapak telah marah, seluruh maruah dan harga diri bapak terjual dgn harga borong dipasar borong sungai tong....kah...kah...kah

      Delete
  22. Salam. Orang yang dituduh "nyanyuk" itulah yang mengangkat dan membebaskan umat Islam di Bosnia Herzegovina. Tapi Najib sanggup bersengkokol dengan Arab Saudi dalam membunuh umat Islam Yaman. Agak agak nya siapa yang mengangkat Islam? Diantara Mahathir dan Najib,?

    ReplyDelete
  23. Tun Mahathir yang memilih jalan untuk terus menongkat langit di penghujung usia sangat mendukacitakan.

    Allahuakbar - benarkah ada sebahagian doa yang pernah ditujukan kepada Tun Mahathir kini mula dibukakan hijabnya oleh Allahswt ? - doa yang mahu Tun "melihat" kembali segala kerosakan yang pernah dilakukan sewaktu memegang tampuk pemerintahan.

    Kini akhir hidupnya dipenuhi bukan dengan memperbaiki hubungannya dengan Allahswt - bahkan Allahswt membiarkan Tun Mahathir terus dikelilingi orang-orang yang jahil dan puak2 opurtunis dari si muslim dan puak kafir atau Tun sendiri yang memilih untuk bersama golongan yang jahil serta puak-puak opurtunis, tidaklah dapat dipastikan.

    Maha Suci Allah - kisah 2.6b terus dimatikan dengan hadirnya Raja Salman (pemegang dua anak kunci kiblat ummah).

    Telah dipertemukan "si pemberi derma" dengan "si penerima derma" - lalu ke mana hilangnya para penjaja kisah 2.6b?

    Allahuakbar.

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies

    1. Maha Suci Allah - kisah 2.6b terus dimatikan dengan hadirnya Raja Salman (pemegang dua anak kunci kiblat ummah).

      Telah dipertemukan "si pemberi derma" dengan "si penerima derma" - lalu ke mana hilangnya para penjaja kisah 2.6b?

      3 words in reply:-

      Bingai tahap gaban.

      Delete
    2. Tun Mahathir yang memilih jalan untuk terus menongkat langit di penghujung usia sangat mendukacitakan.

      Allahuakbar - benarkah ada sebahagian doa yang pernah ditujukan kepada Tun Mahathir kini mula dibukakan hijabnya oleh Allahswt ? - doa yang mahu Tun "melihat" kembali segala kerosakan yang pernah dilakukan sewaktu memegang tampuk pemerintahan.

      Kini akhir hidupnya dipenuhi bukan dengan memperbaiki hubungannya dengan Allahswt - bahkan Allahswt membiarkan Tun Mahathir terus dikelilingi orang-orang yang jahil dan puak2 opurtunis dari si muslim dan puak kafir atau Tun sendiri yang memilih untuk bersama golongan yang jahil serta puak-puak opurtunis, tidaklah dapat dipastikan.

      Reply:-

      Belum akhir lagi. Kita tengok ja pengakhiran cerita ini apa jadi pada Tun M dan apa jadi kpd Najib.

      Dan tak lupa juga apa jadi kpd aku dan apa jadi kpd kamu.

      Kamu menunggu dan aku juga menunggu..

      Spinlah bgmn pun, akhirnya kebenaran itu tetap akan tiba walaupun banyak manusia membenci kebenaran itu.

      Delete
    3. .

      .

      Yang doakan Tun "melihat" kembali segala kerosakan yang pernah dilakukan sewaktu memegang tampuk pemerintahan ada lah orang jahil yang sama dengan Tun sekarang.

      Lalu di izinkan Nya dengan memperlihatkan kebobrokan Najib. Jika Najib tidak boros dan menzalimi rakyat selama-lamanya Tun akan menanggung dosa yang lebih besar.

      Yang paling malang ialah Najib kerana tidak ada doa supaya Najib di panjangkan umur supaya diperlihatkan kebobrokan yang telah di lakukannya sehingga Najib benar-benar menyesal dan kembali dengan pengampunan Allah.

      Maka itu juga untuk memperingatkan diri ini sendiri jaga lah hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dari sekarang bukan bila umur dah tua.

      Delete
    4. Bukankah 2.6 billion sudah dimatikan oleh peguam negara ?

      Jika sudah dimatikan, setelah dipertemukan "si pemberi derma" dengan "si penerima derma" eloklah tubuhkan siasatan diraja .. kita tenguk kunci raja salman yang power atau kunci siasatan diraja yang lebih power.


      Delete
    5. sahabatku John Doe - tuan2 politikmu yg menjaja kisah 2.6b adalah milik 1MDB dan sebahagian besar darinya kini telah dipulangkan, lalu mengapa tuan2 politikmu tidak menjaja kisah ke mana ia dipulangkan ??

      Hujah bela diri berkait kisah 2.6b adalah ia bersifat derma yang kemudian disahkan oleh salah seorang kerabat diraja Al-Saud yang memegang jawatan Menteri Luar Arab Saudi.

      Bukankah dengan kehadiran Raja Salman di Malaysia, yang merupakan pemegang kuasa paling utama adalah kesempatan terbaik untuk para penjaja kisah 2.6b memberitahu kepada Raja Salman bahawasanya Najib memfitnah kerabat diraja Al-Saud sebagai "penderma" sedangkan 2.6b itu adalah hasil rompakan Najib melalui 1MDB.

      atau kamu mahu berkata kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui dan bersekongkol atau kamu mahu menuduh kerabat diraja Al-Saud juga sebagai pemakan dedak ??

      Mungkin kamu John Doe boleh melakukan sumpah laknat dihadapan Raja Salman yang Najib telah menjadikan kerajaan Arab Saudi sebagai kambing hitam untuk menutup rompakan yg dilakukan.

      Allahurabbi - umat Muhammad saw dilarang dari mendoakan azab kepada saudaranya (walaupun ia mampu diatas hujah dan pembuktian) bahkan diharamkan juga mendoakan azab pada keturunan sipolan yang lain, sekurang-kurangnya itulah ilmu yang diajarkan kepadaku.

      Kamu wahai John Doe tidak pernah mampu membuktikan kepadaku bahawa Pakatan Harapan plus PPBM lebih tunduk pada syariat berbanding UMNO/BN.

      Kamu juga tidak pernah mampu membuktikan sebahagian besar dari dakwaan melainkan hanya bersandar pada "keyakinan".

      Kamu hanya mampu melafaz sumpah (taasub) dan bergurau senda.

      Salam ikhlas dariku
      Unknown aka sahabat

      Delete
    6. Isu ini pun dah dijawab dulu.

      Benarlah kata seorang anon, Unknown ni adalah penjual ubat yg bodoh bergelak ketawa sedangkan ubatnya langsung tak laku tapi dia tak sedar dan hanya seronok melihat orang ketawakannya dan menyangka dirinya popular.

      Dia suka ulang perkara yg sama walaupun telah dijawab sbb dia nakkan jawapan yg dia nakkan.

      Dia bukan mahukan kebenaran.

      Dia pun bertuhankan wang mengikut ajaran si Raja wang. Sebab itulah dia lebih mengutamakan keredhaan Najib walaupun terpaksa menghadapi kemurkaan Allah.

      Unknown seorang pendusta besar yg sedang diberi tempoh.

      Delete
    7. Wahai Unknown yang bukan sahabat, yang memberi salam tapi mencaci, ada pernah kah membuktikan bahawa UMNO/BN lebih tunduk pada syariat berbanding PPBM, PKR dll?

      Kamu ha nya mengarut saha aku tengok.

      Delete
    8. Songlap 2.6 B melalak
      Songlap 30 B bisu

      Delete
    9. Dlm dunia ni ada 4 jenis manusia..
      1. Org yg berilmu.. dan dia Tahu yg dia mmg berilmu.
      2. Org yg ada ilmu..tp dia tak tahu yg dia berilmu.
      3. Org bodoh..dan dia tahu dia bodoh. Dan ingin belajar..cari ilmu.
      4. Org bodoh..tapi dia tak tahu pun yg dia boddo.

      Agak2 unknown tahu dia no berapa?

      Delete
  24. Tun mamak tuduh 2.6 billion la.. mana ada la.. sebrnarnya 31 billion lahhhh...tgk link bawah la

    http://medan-info-kita.blogspot.my/2017/02/belum-sempat-tun-dr-m-nak-tanya-pasal.html?m=1

    sila saman dan simen......




















    kikikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei Kasim Baba, kamu cuma anak ayam la...dapat dedak basi la....tak berbaloi dg tanggung dosa rakyat mslaysia la....
      Bila kamu tidak diperlukan lagi bos kamu masuk kamu dlm tong dram la....sebab kamu tahu banyak rahsia dia la....pencen kau tak dapat rasa laa...

      Delete
    2. Tentu kena simen la...

      Delete
  25. Kenapa kawan kita ni tiba-tiba melenting?

    Sebab Tun bilang ada kemungkinan Raja Salman akan kata beliau lah penderma 2.6b kpd mat klepto dalam rangka i hep u u hep me antara ke2-2 negara.

    Jadi Tun sebut lah sebelum satu lagi pembohongan mat klepto akan berlaku. Tak kan itu nyanyuk kot, sebab itu satu kemungkinan yang x mustahil utk berlaku dalam kerajaan Umno cash is king masa kini.

    Jadi kawan kita ni melenting lah bak kata ketua penyamun dlm cerita ali baba bujang lapuk, "sudah rosak ana punya program daaa.."

    Begitu lah apa yang menyalak apabila tuannya dikacau sebab hakikatnya kawan kita ini dibayar untuk menjalankan tugas utamanya iaitu menyalak apabila tuannya dikacau.

    Sebelum ini pun banyak salakan-salakan lain seperti yang pernah kita dengar. Nko ni tuhan ke tahu haji mereka tu mabrur atau tidak? Nko ni ada lesen ke untuk buat fatwa? Eloklah tumpu di atas sejadah jelah selain bermain dengan cucu di peringkat orang tuo!

    Kita terkedu apabila mendengar salakan-salakan seperti itu, walhal apa yang diajukan Tun ada lah benda-benda yang objektif sifatnya.

    Kenapa mereka begitu x lah rumit sangat, sebab dalam kerangka yang lebih mudah ialah mereka sebenarnya berada dalam keadaan terkepung. Terkepung dalam hakikat bahawa mereka x boleh nak jawab dengan menggunakan nas-nas keobjektifan.

    Maka dengan itu terserlah lah kata-kata yang berupa salakan semata-mata atau dalam bahasa kiasan Melayu, siapa makan cabai maka dia lah yang akan berasa pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, Tun pun dah percaya 2.6B itu datang Dari penderma Arab ye?

      Memanglah Tun dari dulu pun percaya perkara itu, cuma pura2 tak buat tak percaya saja atas alasan yg dia sendiri tahu

      Delete
    2. Ye lah...FBI pun sudah tutup kes ini sebab duit itu DERMA JARIAH DARI TOK SEH ARAB.
      Bodoh betul FBI, nak siasat pun agak agak lah....tengaok orang lah....ada muka macam pencuri ke?
      Ada jet sendiri, tak kan nak memcuri pulak...

      Delete
    3. 1440, sapa kata Tun dah mula percaya RM2.6 bilion itu datang dari penderma Arab?

      Kamu mimpi ke? Otak kamu sempit ke?

      Delete
    4. Dlm sejarah dunia x pernah sapa-sapa mampu derma 2.6b. Kalo muka wasatiah, iaitu bukan muka pencuri, kenapa belanja derma utk keluarga?

      Pas tu bagi balik kat penderma? Kalau Raja Salman nak buat kenyataan dia bukan hanya kata dia lah penderma, malah jua buat kenyataan bahawa dia dah terima balik saki-baki derma asalnya, tau? Tak kan Raja Salman begitu tolol sekali nak cari pasal kot?

      Tun x perlu risau sebab Raja Salman awal-awal dah tahu siapa yang mencuri dan berbohong.

      Buat apa komen yang lagi satu kalau dia x faham apa yang dia baca?

      Delete
    5. 1807
      Mana ko tau.. Ko pembohong

      Delete
    6. Kepada Mak enon 1901

      Satu dunia dah tahu

      Kau je yg bodoh buat2 tak tahu

      Kau la pembohong

      Delete
  26. Berpada2lah menghina Tun,jika tak hormat sumbangan dan jasa2nya besarnya,hormati ketuaannya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda soal tak hormati Tun.

      Yang seleweng 1MDB dan songlap berbilion tuh, perlu di pandang berlain lah.

      Delete
  27. Negara kucar kacir...mahathir perbetulkan...salahlaku bajib bila nak dakwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Umno/BN tumbang aje di PRU14 dan salepas PM baru angkat sumpah aje.

      Delete
  28. Apa saja kerosakan yang Najib dan kuncu-kuncunya lakukan terhadap negara Malaysia....ahli UMNO BN mesti bertanggungjawab atas kerosakan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa mesti di pertanggungjawabkan.

      Penting nya, bila Najib lingkup di PRU14, ganti Peguam Negara serta merta, ambik tindakan ke atas MO1 pronto.

      Delete
  29. Pertanyaan saudara SH "mana mau letak muka jika team TDM menang PRU14"-jawapanya senang saja sembam saja muka pada tirai besi Sg, Buluh nanti lawatan hulu balang2 yang dok mengampu bawa capatikah /apa2 saja untuk isi temolok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda maksukan Najib dan kroni2 nya ke Sg Buluh, gua setuju dan sokong.

      Delete
    2. Kroni2nya ke sg buloh

      Tak taulah berapa tahun

      Tp utk najip special kes

      Ke sg buloh jugak

      Cuma dek kes amoi Mongolia tu

      Najip xkena btahun2

      Sbb kt tali tu biasanya xsampai seminit

      Delete
  30. Tuan,
    Ramai yg brkrja d Spura masih mahu N jadi pm...
    Sbab...mata wang brbanding Spura akan trus jatuh.
    Contoh ...rata2 yg brkrja d Spura brgaji $2,000/- (campur elauns..ot)
    Tu dah lebih RM6,000 sbulan..
    Ramai yg brmotosikal ke Spura..tapi d rumah ada Alphard..Estima...Odyssey..BMW pun ada dah...
    Mana lah kalau gitu dia org nk N pm kalah...???

    ReplyDelete
  31. http://theflyingkick.blogspot.my/2017/02/nurul-izzah-si-ratu-fitnah-berang.html?m=1

    Link atas.... akibat hasutan anak kepalo jubo dari Sg Buloh 34 penghuni kg kerinci hilang rumah berharga RM500,000.00 (LIMA RATUS RIBU) yg diberi percumaolrh Kerajaan merana kena tipu oleh anak kepala jubi Sg Buloh..... skg merayu pada kerajaan jangan sakiti hati 34 penghuni mereka ini... sendiri mau ingat la Lembah Pantai punya penduduk..!!
    Di Selangor ber MB kan ppemimpin yg dah rosak akhlak dan moralnya..... sakim jamban dalam tandas sambil kroni kaya raya tayang duit berkilo kilo... cat pintu gerbang 10 juta stadium KKote Baru baru 350ribu saja... company 2 ringgit telan 32 bilion GLC Sgork...semua cukai naik di Selangork

    Pada rakyat Srlangor dan Malaysia am nya kalau masih ada harga diri.... jati diri sebagai Islam dan peganganya maka PRU 14 adalah masa terbaik untuk hancurkan kerajan barua penjajah pluralist murtad ... lgbt dan gay yg BERSATU dng DAP evanglist yg rasis

    INI KALI LAH

    JOM UBAH


    UBAH DAN SIMEN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejola dah bekokok lagi

      Stakat rujuk blog cap Ayam anak aku pun boleh buat

      (Promote blog yg xlaku la tu kt sini)

      Delete
  32. .
    .

    Dalam satu kajian yang telah dilakukan, pilihan pertama yang mendapat undi tertinggi ialah Mahathir !

    Najib jadi PM kerana pilihan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib..lah
      Salah kira kot...
      Ki3

      Delete
  33. Unknown aka sahabat!
    Dedak bulan ni dah dapat ke...? hehehe...untunglah kamu kerja tipu muslihat pun kamu di bayar...bagi anak bini makan lg. Harap2 anak kamu tak lah jadi perompak dan penyamun macam tuan kamu juga.

    Tahukah kamu tuan pemberi dedak kamu itu keturunan yang makan duit judi dari genting highland....?


    ReplyDelete
  34. Zaman dahulu pengkhianat disula.

    ReplyDelete
  35. En Shbuddin,
    Apa kata raja johor ?

    ReplyDelete
  36. Seorang psaiko Unknown sahabat
    Dengan John Doe mahu berdebat
    Aminkan doa tak sanggup buat
    Sebab tahu diri tak selamat

    Bro Phantom mintak Pak Pandir
    Terus dia muncul kutuk Mahathir
    Kononnya nyanyuk kehulu kehilir
    Sebab Tun kritik parti yg hanyir

    Ada seorang setiausaha akhbar
    Baru nak naik rasa tak sabar
    Hina Mahathir rasa dah besar
    Bosnya jatuh jual suratkhabar

    Seorang lagi pelarian negara
    Dari Malaysia cabut Manchester
    Raja pulun fikirnya harta
    Otak dah rosak pakar mengata

    Kellie's castle dan suhaili
    Benih Pak Pandir didalam diri
    Kutuk Mahathir setiap Kali
    Tapi sijibo menganggap kuli

    Kojola flykite tenggelam timbul
    Dibantai hebat bila dia muncul
    Carut Pakatuns bila terpacul
    Ajak berdebat menjadi bacul

    Semua ini kategori Pak Pandir
    Sokong membuta pemimpin yg hanyir
    Dikutuk dihina nyanyuk Mahathir
    Sedikit tak luak tidak khuatir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fan Tun!

      Naik unta berkain pelekat
      Aci pun naik berkain sari
      Najip ludah depa jilat
      Najip tombang mana nak lari..

      Delete
  37. Yā-Sīn:68 - Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?

    An-Naĥl:70 - Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  38. At-Tīn:5 - Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

    At-Tīn:6 - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk (dikembalikan kepada umur yang paling hina), serta aku memohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg Beriman (Ghāfir):58 - Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

      *Ambil pelajaran.

      Delete
  39. Orang yg Beriman (Ghāfir):56 - Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    Orang yg Beriman (Ghāfir):57 - Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    Orang yg Beriman (Ghāfir):58 - Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...