Friday 17 February 2017

APA JASA 272 KAKITANGAN JASA, SELAIN HANYA MEMBAZIRKAN DANA?


Saranan saya supaya Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dimansuhkan untuk menjimatkan RM22 juta setahun yang kini digunakan untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi Lokman Noor Adam, yang sebelum ini berjawatan Panel Pemikir JASA. Menurut beliau, jika KEADILAN dan Pakatan Harapan memenangi tampuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan, JASA akan mempertahankan KEADILAN dan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu kerana JASA bertanggungjawab mempertahankan kerajaan.
 
Pertamanya, jika pun Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan memerlukan satu kumpulan untuk menjawab isu-isu yang mengkritiknya, kumpulan itu bukanlah dari kalangan pegawai-pegawai tinggi (termasuk bekas pegawai tinggi) seperti Lokman Noor Adam dan Tun Faisal Ismail Aziz kerana rekod buruk mereka mempertahankan dasar-dasar Dato’ Seri Najib Tun Razak.
 
Mereka akan terus diingati sebagai individu-individu yang bermati-matian mempertahankan bahawa GST itu baik untuk rakyat, juga bermati-matian mempertahankan 1MDB walaupun seluruh dunia tahu wang rakyat telah lesap.
 
Malah, berani saya katakan bahawa akibat Umno menyerahkan tugas propaganda kepada mereka inilah juga, kedudukan sokongan Umno di kalangan orang Melayu pun sudah jatuh menjunam sehingga hanya 40% pengundi Melayu yang akan mengundi Umno dalam PRU14 mengikut Kajiselidik PRU14 yang disertai 104,000 pengundi baru-baru ini.
 
Keduanya, saya yakin Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak memerlukan sebarang jabatan propaganda berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
 
1. Tugas menjawab kritikan dan serangan ke atas sebarang dasar Kerajaan Persekutuan adalah tugas menteri yang bertanggungjawab. Beliau perlu mempertahankan dasar yang diperkenalkan partinya semasa memerintah dan jika beliau tidak mampu, maka beliau sewajarnya dipecat oleh Perdana Menteri atau tidak diundi rakyat dalam pilihanraya
 
2. Sebarang sebaran maklumat yang bukan menghebahkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak boleh dibuat oleh jabatan kerajaan yang ditanggung rakyat, apatah lagi propaganda yang mempertahankan pemimpin dan parti politik yang dituduh terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat.

Maka, saya yakin Pakatan Harapan akan memansuhkan JASA dan kakitangannya berkemungkinan akan diagihkan seperti berikut:
 
i. Kakitangan tetap yang telah menjadi sebahagian dari perkhidmatan awam akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian yang memberikan khidmat terus kepad rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan
 
ii. Semua lantikan politik di peringkat tertinggi JASA akan ditamatkan perkhidmatan

iii. Semua lantikan kontrak yang melibatkan ahli Umno yang didapati dilantik khusus bagi tujuan propaganda akan ditamatkan perkhidmatan

Saya menyemak senarai jawatan JASA di seluruh negara yang mempunyai 272 kakitangan (rujuk Buku Senarai Perjawatan yang dilampirkan). Pecahan 272 kakitangan itu adalah seperti berikut:
 
Pejabat Ketua Pengarah – 6 orang
Bahagian Gerak Saraf dan Perancangan Dasar – 3 orang
Bahagian Pembangunan Insan – 4 orang
Bahagian Khidmat Pengurusan – 36 orang
Jawatan Sementara Lantikan Kontrak – 127 orang
Pembantu tadbir, penolong akauntan, juruaudio, pemandu – 96 orang
 
Ini bermakna, 47% dari keseluruhan kakitangan JASA di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT). Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50% dari kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan.
 
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Ketua Pengarah JASA menyiarkan nama setiap penjawat Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (JSKT) di ibu pejabat JASA dan pejabat JASA negeri-negeri agar orang ramai dapat mengesahkan sama ada benar JASA digunakan untuk menempatkan aktivis Umno menjalankan kerja propaganda dengan dibayar oleh rakyat.
 
Jika Ketua Pengarah JASA enggan berbuat demikian, ia akan terus mengukuhkan dakwaan bahawa aktivis Umno dilantik ke jawatan kerajaan melalui kaedah JSKT untuk menjalankan kerja propaganda mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
 
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

96 comments:

  1. Penulis tidak tahu perasaan lain lain orang,mengenai DR Mohd Asri Zainal Abidin mufti perlis ini. Beliau ketika bercakap bertajuk sejauh mana anda memahami hudud anjuran Angkatan Amanah merdeka berkata,
    Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,


    Tidak dinafikan beliau ada penyokongnya, akan tetapi penulis sangat malu ada seorang mufti seumpama ini di Malaysia kini.Tindakan itu seolah olah mahu cuba jadi ulat dalam buah delima.
    Bayangkan, seorang mufti yang ada ijazah PHD (DR) boleh berkata potong tangan pencuri dan rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada orang minum arak hilangnya keindahan Islam.

    Pada mufti Perlis, keindahan islam tidak duduk pada hukum potong tangan pada pencuri, rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada peminum arak.Malah islam jadi buruk apabila terlaksana hukum potong tangan, hukum rejam dan hukum sebat.

    Barangkali Islam jadi indah apabila tidak potong tangan pecuri tidak sebat orang minum arak dan tidak rejam penzina

    Hal ini telah disahkan sendiri DR Maza bahawa ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompak manusia termasuk IS.Tindakan ini hanya membenarkan dakwaan presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas.

    Yang hairannya macam mana Dr Maza seorang mufti yang berautoriti dalam bidang fatwa boleh setuju dengan dakyah presidean Amerika Syarikat Donald Trump Kafir Yahudi itu.

    Peliknya ia tidak percaya dan yakin dengan penyataan qat’ i dan perintah Allah bahawa kita kena laksana potong tangan pada pencuri, kena laksana 100 sebat pada peminum arak dan kena laksana rejam pada penzina.

    Yang paling pelik lagi dari mana ajaran gambaran tersebut suatu paling salah, sedangkan itu adalah perintah dan Rasulullah SAW pernah berkata Fatimah anak aku jika mencuri aku potong tangannya.

    Kalau kata kata potong tangan penccuri, rejam terhadap penzina dan sebat dengan peminum arak terrbit dari mulut orang orang ajaran sesat tak mengapalah, kerana mereka sesat, akan tetapi kata kata itu terbit dari mulut dan lubuk hati seorang mufti yang adalah gelaran PHD (DR).

    Malu dan memalukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan Pas.


      Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas Perdana Menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

      "Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.




      Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan, namun Pas memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

      Beliau kemudiannya menyelar tindakan Pas dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi BN pada PRU14.

      Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

      "Kita (Pas) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa Pas tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.

      "Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan masing-masing," katanya. - Bernama

      Delete
    2. ISU empat wakil rakyat DAP dari Melaka yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini, dipercayai akan menggugat kedudukan parti itu pada PRU akan datang.


      Krisis dalaman DAP itu dilihat bukan sahaja menyebabkan perpecahan dalam parti, malah turut menghilangkan kepercayaan pengundi Cina, sekali gus menutup peluang calon-calon parti itu untuk mencapai kemenangan.

      Demikian pandangan diberikan penganalisis politik, Dr Phoon Wing Keong kepada Sin Chew Jit Poh, ketika mengulas isu empat pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him meninggalkan parti tersebut. Tiga lagi yang turut keluar parti ialah Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).




      Menurut Wing Keong, sebelum isu itu tercetus, sudah terdapat ura-ura mengatakan jumlah pengundi Cina yang akan keluar mengundi pada PRU14 akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 peratus berbanding PRU lalu.

      "Isu empat wakil rakyat DAP keluar parti ini perlu dipandang serius kerana ia mungkin akan menyebabkan ramai pengundi rasa kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan yang bertelagah serta berpuak-puak," katanya.

      Menurutnya, keempat-empat wakil rakyat itu sebenarnya tidak puas hati terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerana dipercayai campur tangan dalam pemilihan parti di Melaka tidak lama dulu.

      "Kehilangan mereka memberikan kesan amat besar terhadap parti, terutama di Melaka kerana mereka mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat. Saya percaya DAP menghadapi ujian besar untuk mempertahankan keempat-empat kerusi Dun ini pada PRU14," katanya.

      Wing Keong berkata, selain krisis dalaman DAP, perpecahan antara parti pembangkang dan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara faktor yang memungkinkan DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi laluan sukar pada PRU14

      Delete
    3. Labun je la kome..mana logiknya tun m nak numbuk org, si nazri kata lempor gelas pun tak pecah..ate gemor aje nabur fitnah yer..

      Delete
    4. Mat bung 15:59, Mat dung 16:01,Mat Leh 16:05,,,,apa yg kamu merepek ni....
      Mat bung 15:59 kamu tak faham dan tak baca habis ayat yg Dr Asri cakap lalu kamu terus hentam? Mu mabuk ketum?
      Mat dung 16:01 dan Mat Leh 16:05 kamu berdua terus hemtam bawah tajuk lain.
      Kalu nak komen cuba ikut tajuklah....mabuk todi!!
      Begini kah pegawai Jasa?...pening sangat ke?.....

      Delete
    5. Anon 16:31

      15:59, 16:01 dan 16:05 memang sah merepek. Tuan tanah cerita lain, mereka bukak cerita lain.

      Hangpa 3 orang ni bukaklah blog sendiri. Jangan tumpang populariti Bro. Shah.

      Apa pun, bukan aku baca pun... scroll down terus lepas baca dua tiga patah.

      Menyemak.....

      Delete
    6. Woi...bincang pasal JASA la woi..you know , JASA...tak payah menempek yg lain, bangang betul

      Delete
    7. Anon 15:59

      Tak payah komen panjang-panjang pasal pandangan Dr Asri.

      Kau hayati sebahagian makna doa iftitah yang dibaca disetiap solat

      "Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"

      Ini pun sudah cukup untuk membuatkan hukum hudud tidak perlu dilaksanakan..... dengan syarat semua orang Islam mengamalkan apa yang mereka janji di hadapan Allah.

      Masalahnya, ramai yang tidak solat, ramai yang tidak faham makna doa itu dan ramai juga yang mendustakan Allah dengan janji palsu diucap setiap solat.

      Fikir-fikirkanlah

      Delete
    8. aduyai,...rase nak tergelak ade,...kesian pun ade,...cubaan pekerja kontrak JASA nak alih kan isu,...1st komen plak tu,...tulis panjang2,...cume nak membelitkan fakta dalam posting di atas,...

      'sokongan pada UMNO jatuh merundum kepada 40% dari Kajiselidik PRU14 yang disertai 104,000 pengundi baru-baru ini',...ini semua gara2 komen dari pekerja kontrak JASA y langsung x memberi kesan pada rakyat,...tak dak ummphh,...

      mmg wajar mereka ni ditamatkan kontrak dgn segera,...sbb dari kebanyakkan komen mereka y berjela2 tapi tiada upaya untuk mengubah fakta,...membuat rakyat makin benci meluat pada kerajaan BN,...kerajaan bayar mereka untuk propaganda tapi kerajaan BN balik kena,...rugi jela bayar setahun rm22 juta,...

      jika JASA ingin terus jadi relevan,...pihak kena ubah taktik,...ape fungsinya pekerja2 kontrak ini,...kalo sokongan rakyat pada kerajaan BN terus merundum,...elok ditamatkan saje kontrak mereka,...

      mungkin JASA kena turun padang buat pertunjukkan amal atau potong rumput dipadang,...untuk cover balik sokongan rakyat,...baru nampak JASA masih lagi berfungsi dan relevan.

      Delete
    9. Tak payah la nak belakon hukum hudud bagai. Apa hukum menyokong seorang penzalim dan akibat sokongan itu dia terus menzalimi? Toksah nak cakap banyak pasal agama la. Hanya org bodoh percaya auta ulama palsu.

      Delete
    10. Cantas dan buang jer mana dahan burok yg tak datangkan manafaat pada negara. Perlu sangat ke dengan JASA ni?? Berapa peratus faedah dan manafaatnya khidmat mereka?? Setakat ni berapa banyak khidmat mereka yg dah berjaya bawak kesan baik untuk masyarakat dan negara??

      Lagi baik peruntukan untuk JASA tu didivertkan untuk tambah peruntukan perubatan/hospital dan pendidikan negara. Itu lebih penting.

      Life can survive without JASA.

      Delete
    11. Komen sampah dan x berkenan perlu dibuang dan hanya buat semak dlm thread ja. Blog Budin ni akan jadi mcm blog Omakkau yg dah berkubur tahun lps.

      Delete
    12. Tuan Budi, bro phantom dll.

      Kalau JASA ditutup kedai, Unknown aka sahabat nak ke mana?

      Adoooi, baru saja itu hari berhajat nak dapat gaji lagi tujuh tahun mempertahankan Najib..

      Kuang kuang kuang...

      Delete
    13. Aiiikkk.......takkan tak der dedak tak boleh hidop kot?? Dulu masa kecik2 kan ke mak kita bagi makan suap nasi?? Ate....hidop le dgn makan nasi....mok kite dulu2 tak peronah ajor makan dedak. Kate mok teman dedak tu makanan ayam itik....... Cer belajor penohkan peroyok dengan nasi.....

      Delete
    14. jASA dgn owbgalaman dalam perang saraf akan dikitar semula menjadi operatif bagi memberbenteras ancaman abubsayyaf Dan IS di sempadan filipina.. Jika mereka terbunuh maka PAS akan mereka sebagai syuhada.. Takbir !!!

      Delete
    15. Pernah jasa terfikir apabila peniaga menutup kedai?

      Delete
  2. Pembaziran.

    Dana ini sepatutnya digunakan untuk biasiswa, bukan itu buat fitnah terhadap tun dan pembangkang yang lain.

    JASA ini berdosa bersekongkol dengan penyamun 2.6 bil wang 1MDBVdan 42 juta wang SRC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk individu2 yg menjawat jawatan dlm JASA..

      Si bijaN ada bagi pesanan, andaikata PRU14 ni pembankang menang, "JASA mu , ku kenang" kahkahkah..

      Delete
    2. Berapa orang nama 'unknown' masuk dalam blog ini?
      Hai ya...manyak sussah looo..

      Delete
    3. Biarlah depa masuk berperang dlm blog ni. Kita tetap bersikap professional. Mari kita sambut mereka dgn tangan dan fikiran terbuka.

      Delete
    4. Bro zack,

      Sebab keduanya berlainan kem, unknown aka sahabat prijibo dan unknown di atas ni byk masuk suka suka tp nmpk respon kpd antijibo.

      Nasib baik unknown projibo tu dah tk pakai google account lg, tidak jd konpius jugaklah kecuali bila dilihat gaya bahasa unknown hey hey hey tu..

      Delete
  3. mana mana jabatan yg dok pertahankan najib pencuri dan kerajaan umno rasuah haruslah di lesapkan dari bumi malaysia ini.
    kalau boleh umnobn pun kita hapuskan !!!
    semua menteri dedak harus dibicara
    jamil khir, bila free baliklah yan kws hang...tengok sapa lagi yg akan sokong hang lepas nie !!!
    duit anak yatim pun hang kebai habis !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lau kat Yan ada padang golf, nanti ostad jamil khir balik ye hehe..

      Delete
    2. Lembab sungguh dfikiran datuk mohd amar dgn lokman noor adam serta tun faizal.

      Satu tangan menghulur salam dan satu tangan lagi menumbuk permainan parti mana yg sebenarnya?

      Amalan parti mana yg tangan kanannya memberi salam tetapi tangan kirinya meraba dlm serban yg tersembunyi kapak siam?

      Nak cakap tu patut patut salah. Jgn terlampau over confident sangat wahai datuk mohd amar. Dalam politik ni orang tak bermusuh selama lamanya. Sedangkan perang dunia pertama dan ke dua pun boleh tamat. Pengganas komunis di Malaysia pun boleh letak senjata dan berdamai.

      Delete
    3. Amalan parti mana yg tangan kanannya memberi salam tetapi tangan kirinya meraba dlm serban yg tersembunyi kapak siam?
      Bro zack saya rasa dalam serban takde kapak siam tapi fulus cek 90j le bro ..kihkihkih

      Delete
  4. .

    UMNO nak jadi Firaun.

    UMNO lah yang memberi rezeki (pendapatan gaji) kepada penjawat awam dan UMNO lah yang boleh menarik rezeki dengan kurang kan penjawat awam.

    Penjawat Awam dalam ketakutan dan apabila Najib umumkan tidak ada pengurangan penjawat awam, minggu depan Najib umum pru.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye pru semakin hampir..surat permohonan untuk menggunakan sekolah sbg tmpt mengundi sudah viral di laman sosial..dengor cerite ler..hihi

      Delete
    2. PRU lepas sukan SEA

      Delete
    3. Cantek. Sukan SEA bg huru hara.
      Tiba2 UMNO jdk juara rakyat

      Delete
    4. Umno jadi juara sorak boleh la bro, tapi negara tergadai..

      Delete
    5. Tender membekal & menghantar peti undi & beg galas undi pun SPRM dh bukak

      Siap tarikh tutupnya 9 Mac lagi

      Ni bukan bohong tapi SPRM sendiri letak iklan dalam paper berita hairan wan klasifaid m/s 23

      Kalau boleh post gambar dah saya upload dah kat sini

      Delete
  5. Yalah...program plkn tuu pun bazir juga..elok buat sekolah wawasan utk satukn semua kaum..nii tidak dh tua bangka baru nk kenal..👏🏻👏🏻👋🏽🙌🏽

    ReplyDelete
  6. Jasa yg berjasa pada najib dan kerajaan sahaja bukan pada rakyat dan negara...eloklah cari keroje lain aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokman Noor Adam ni dulu bukan main lagi mempertahankan GST masa debat dengan Rafizi dan Dr.Zaharuddin. Konon harga barang ada yang akan turun bila GST dilaksanakan.

      Hampeh!!!! Satu barang pun tak turun harga, semua naik

      Delete
    2. Ada yang turun saudara...selain dari hujan ialah maruah dan harga diri mereka pencacai bijan..

      Delete
    3. tambah sket,..serta harga Ringgit y makin turun,..

      Delete
    4. Betul la tu, lepas GST banyak benda yg turun.

      Tak tengok ke TungkuNan turunkan seluar dia utk buktikan GST boleh turunkan byk benda..kahkahkah

      Delete
    5. Betul gak tu, pas pun dah turunkan harga maruah parti dengan berkolabarasi dengan umno..

      Delete
  7. Buang je semua diJASA perabih boreh yo.Duit tu boleh buat beli obat di hospital yang kekurangan ubat lagi berfaedah.

    ReplyDelete
  8. Cis..patut pun sial makin menjadi2
    Rupanya umno menggunakan duit rakyat utk kepentingan parti mereka. Ditubuhkan JASA berbelanja sampai RM22 juta setahun, tapi utk propaganda mereka.
    Mmg sial.
    Aku tak halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyamun akan pertahankan apa jer yg boleh jaga kepentingan dia orang. Kepentingan yg boleh securekan kedudukannya. Kena ingat itulah talian hayatnya.

      Delete
  9. Lokman kaduk tu..
    Keh5
    Specis pokok duit2/kaduk
    Menumpang hidup utk pulus

    ReplyDelete
  10. Lokman kaduk tu..
    Keh5
    Specis pokok duit2/kaduk
    Menumpang hidup utk pulus

    ReplyDelete
  11. Menyampah aku baca riaksi N.Amar balak kepada Tun Mahathir.

    Nik Amar ni perasan tak habis2,apakah beliau menganggap yang Tun Mahathir tu setaraf dengan beliau?...sedarlah diri tu sikit yang beliau tu hanya melukut ditepi gantang saja.....dulu rakyat Kelantan tak kenal pun siapa beliau....nama malaun ni timbul selepas berlakunya komplot menjatuhkan Dato Husam.

    Dalam masa kebelakangan ini sudah beberapa kali dah malaun ni menyerang Tun Mahathir,kononnya idea dia tu cerdek sangat!!....susah kalau orang dah ditimpa perasan ....sedangkan di Kelantan sendiri rakyat boleh dikira dengan jari yanh kenal Nik Amar ni....kalau orang sebut pasal balak ,hah baru orang kenal dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang beri tanah ladang kpd Nga dan Ngeh itu siapa? bukankah puak puak yg mengaku pejuang islam ?....
      Sebab itu lah saya selalu menuduh puak puak ini menipu orang islam dan menipu tuhan.
      Bila duit dan perempuan didepan mata, serban dan kopiah hilang.

      Delete
  12. Apa jawapan Tun Mahathir kepada puak2 parti sesat ni(PAS) memang dah sepadan!!.....apa mereka ingat Tun sebodoh dan serendah merekakah darjatnya??....pendek kata semua orang sudah tahu puak2 munafik ini sejak sekian lama.....sebuah parti yang sesat dan jahat yang tidak boleh dipercayai.Parti yang bertopengkan agama,pendek kata parti PAS ini kalau dihayati dan diperhati sejarahnya amat2lah jejeknya, sejak dari dauhulu dan lebih2 lagi sehingga sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak tahan adik almarhum tuan guru siap baca doa "hancurkanlah umno,hancurkanlah umno.." sudahnya anak tuan guru pulak "pas bergabung dgn umno,pas bergabung dgn umno.."
      Kahkahkah

      Delete
    2. Ambo da gyoyak, pitih ni boleh beli iman lebai2 PAS guna timbang kati.

      Delete
  13. Apalah jasa nya..najib bg gaji buta je kat diorang ni..satu sen pun tak berguna..KELOPAK SALAK!!
    kenapa tak ubah nama agensi ni kepada AGENSI KAKI KIPAS NAJIB atau nama singkatan nya 'KIPAS'..
    Penerangan utk rakyat konon..tak ubah mcm cybertrooper mkn dedak..tp ni old skool sikit..guna cetakan..pphhuuiiiikkk!!

    ReplyDelete
  14. .

    Banyak lagi jawatan kontrak JASA.

    iaitu copy paste. copy paste. copy paste.

    ReplyDelete
  15. http://theflyingkick.blogspot.my/2017/02/pkr-tentang-habis-habisan-himpunan.html?m=1

    link atas esok perhimpunan di padang merbok tanda bermulanya penyatuan ummat islam di Malaysia. . Lupakan yg lalu.. bina yg baru... yakin kita dipihak benar... perjuangan kita kai ini benar.. dan bersatu untuk menentang barua barua penjajah yahudi berpusat di Singapork dan zionis yg BERSATU dng pluralisma murtad.. syiah kafir... SiS..G25.. evanglist lgbt dan gay... juga masa untuk jatuhkan pemimpin yg dah rosak akhlak daan moral nya spt di Selangor.. Pulau Pinang...

    jom kita UBAH....!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat padang merbok nanti ada jual tiket masuk sorga tak?

      Nak beli tiket couple seat ni..

      #nukilan dari pendosa akhir zaman.

      Delete
    2. Ada aku jual ... Al Quran ... Sesiapa menghafalnya... InsyaAllah

      Delete
    3. Anon 20:43

      Kalau buat filem separa lucah,camne pulak?

      Delete
    4. Hafal je tak cukup bro kalo tak praktik..ini kata bro teman le yg tengah belajo tabbayun,sahibul samahah sheikh abuya labu labi wal teluki intani..
      ..

      Delete
    5. Pembetulan gelaran bro labu..dah upgrade yg baru..al fadhil ustaz abuya datuk seri panglima Dr labu bin labi al hak al Intani wal peraki.. Lujnah penerangan parti bebas chop kunci..
      Kesilapan amat dikesali..hihihi

      Delete
    6. Kalo tak silap aku ada tambah lagi le .... Albanjari atau aljawawi.

      Delete
    7. Bitau la terus terang. Komen tu utk pkr (selangor) dap (penang). Bersatu di hightlight besar utk org tau komen utk bersatu juga..

      "perjuangan kita kali ini benar"... Maksudnya sblum ni tak benar ka?
      Siapa yg benarkan..

      Bersatu menentang barua barua penjajah yahudi".. Sapa yg ambik yahudi jadi penasihat? Najib?

      Yg benar adalah bila nak saman husam dan sarawak report..

      Yg benar adalah.. Pas bukan islam.. Pas hanya sebuah parti politik yg mana pemimpin2 slalu mengaku mengikut islam, tetapi kenapa mengkafir dan kata pengkianat agama pada org yg berbeza pandangan politik...? Yg berbeza hanya pandangan politik bukan agama..

      Ruu 355 bukan hudud

      Ruu 355 hanya memperkasa undang2 syariah..

      Tanpa ruu 355 adakah kita dikira kafir jika tak setuju? Tidak
      Ruu 355 tak selesai masalah..

      Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.. Kalu salah. Saya mohon maaf

      Delete
    8. Propa puak jasa ni ibarat curah air kedaun keladi.. Utk tolong bg dia org dpt gaji.. Kita sokong je lah mereka dgn takbir dan hidup pas Dan umno.. Klu dak penuh copy paste... Apa pun Kita Mencari tabayyun dan tahlul siyasi.. Klu bunyi Arab tu nampak alim.. Padahal injil Arab pun di tulis baca Arab.. Ada yg serban baca ayat injil dlm bahasa Arab dia ingat al Quran.. Kwang kwang.. Kikiki.. Kihkihkih.. Ahaksss.. Nukilan ikhlas syeikhul abuya datuk seri panglima Dr labu bin labi al haj.. Anson bay Perak state.. Wassalam.. Kepala lujnah parti bebas chop kunci
      ..ingat kunci ingat labu labi.. Ahaksss..

      Delete
    9. Lokman noor adam tu dulunya umno kutuk pas.

      Lepas tu kata bye bye kpd umno berhijrah pula ke dalam pkr bersahabat semula dgn pas dan kutuk umno.

      Sepas tu kata bye bye pula kpd pkr balik semula kpd umno dan kutuk pula pkr dan terus kahwin dgn pas.

      Adakah orang mcm ni kita panggil pemikir atau pemakan dedak?

      Delete
    10. Bro Zack,

      Tu bukan pendedak lagi dah

      Tu namanya pelacur

      Sapa bayar dia pun mengangkang

      Delete
  16. Saya pernah punyai sejarah dgn JASA. Pada masa itu ia bergelar JHEK.

    Di atas penglibatan aktif saya dengan JHEK saya pernah ditawarkan jawatan no. 2 di sebuah negeri.

    Syukur tawaran itu ditiolak. Kalau tidak hari ini sama ada saya menjadi seorang pendedak seperti seorang 'sahabt yang tidak dikenali', atau alternatifnya dibuang kerja spt yg berlaku pada suami Hamizura Osman.

    JHEK adalah akronim kpd Jabatan Hal Ehwal Khas. Kini namanya JASA pulak. Tiada lagi akronim.

    Sudah pasti pertukaran nama ini dibuat dengan dengan matlamat untuk tabur jasa maka nama JHEK ditukar kpd JASA.

    Tapi namanya sangat kontradik dengan amalannya. JASA tidak lagi berjasa tetapi berkhianat kerana membela seorang pengkhianat besar yang mencuri drpd rakyat sendiri.

    Apa kata JASA ditukar kepada KHIANAT?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Jika Hadi . JASA tukar nama PASA.

      Delete
    2. Bro John Doe .

      Ungkapan penuh JASA masih lagi Jabatan Hal Ehwal Khas .

      Bagaimana dan macamana timbulnya perkataan JASA tu masih menjadi tandatanya kepada saya dan mungkin juga majority rakyat .

      Bro John Doe berpendapat penukaran JHEK kepada JASA bermatlamat menabur jasa .

      Tetapi , apabila di selidiki dan di amati olih otak saya yang dak jadi kronik ini , saya beranggapan penukaran itu dilakukan kerana ada manusia yang tergila gilakan Amerika dan Yahudi .

      Saya berpendapat begitu kerana JASA di Amerika bermaksud Jewish Association for the Services for the Aged . Ia satu persatuan yahudi yang besar juga di Amerika .

      Delete
    3. Apa bezanya jasa dgn jabatan penerangan?

      Kenapa ahli2 umno khasnya ketua pergerakan pemuda umno msia tidak pernah bertanya bos mereka?
      Siapa pula KP jasa skrng ni? Bukankah si poad zakarsi yg kalah dlm pru 13 dulu di batu pahat?

      Bukankah ini bermakna jasa diujudkan semata mata untuk memberi pekerjaan kpd orang2 yg kalah dan orang2 yg merajuk di atas perbelanjaan wang rakyat sebanyak RM22 juta setahun. Bagaimana pula dgn nasib anak2 kita yg telah menjadi graduan tetapi masih menganggur dan terpaksa menanggung hutan ptptn

      Delete
    4. Bro zack, Takdak beza pun..dua2 jabatan tu kelabu asap..satu nama penerangan tapi tak terang apa pun, satu lagi nama jasa tapi tak berjasa pun..

      Delete
    5. Pak Diny dan bro Zack,

      Terima kasih kerana respon.

      Untuk pak Diny terima kasih berkongsi 'maklumat' mengapa JHEK menjadi JASA. Hmmmm alahai....

      Bro Zack,

      Dari pandangan saya pula, JASA ini ibarat pisau, apabila tuan yg pegang itu baik, maka baiklah hasilnya. Kalau buruk buruklah.

      Pada masa saya terlibat dengan JHEK ia berfungsi menjawab tohmahan dari pihak yang suka 'mengadu domba'.

      Saya berani katakan matlamat paling utama JHEK ditubuhkan ialah untuk memberi penjelasan tentang isu-isu agama yang menjadi mainan PAS pada masa itu seperti hudud, negara sekular, takfir dan sebagainya.

      Isu2 lain seperti isu Anwar Ibrahim dan reformasinya hanya disentuh sikit2.

      Pada masa itu panel2 pemikirnya banyak dari golongan agama seperti Harun Taib, HAMGA dll.

      Selepas Jabatan ini berkembang barulah isu2 lain turut dicover oleh mereka.

      Cuma hari ini mereka menjadi ibarat jentera propaganda Nazi di mana mereka mula menipu bagi pihak pemerintah. Mempertahankan yang jelas2 salah dan memutarbelitkan kenyataan bertujuan untuk mengelirukan. Seperti jentera Gobels dalam kerajaan Nazi, JASA akhirnya tidak dipercayai oleh majoriti rakyat dan propaganda mereka hanya berkesan ke atas sebahagian kecil rakyat yang masih bingung sahaja.

      Kalau JHEK yg dulu memang berfungsi memberi penerangan maka JASA hari ini berfungsi untuk mengelirukan.

      Matlamat mereka dah bukan lagi menyampaikan dan memberikan penerangan tentang isu-isu yang diadu domba seperti asalnya (walaupun unknown aka sahabat masih suka gunakan perkataan ini) tetapi benar-benar menjadi jentera propaganda.

      Apa nasib mereka selepas UMNO jatuh wallahu a'lam tapi kenyataan Lokman Noor Adam bahawa mereka hanya mempertahankan kerajaan yang memerintah adalah melucukan. Ini bkn isu GST semata-mata tapi isu kelptokrasi yang sedang menggila di bawah Najib di mana JHEK telah mempertahankan dengan cara yang amat tidak beretika.

      Ditambah dengan fakta bahawa negara kita sedang mengalami kehilangan wang yang amat dahsyat di zaman Najib yang dibela oleh JASA berbanding semasa ia masih JHEK dahulu, maka perbelanjaan 22j setahun ini akan tetap diambil kira untuk tentukan nasib JHEK apabila Najib tumbang kelak.

      Delete
  17. Perhimpunan solidarity penyatuan ummat islam terbesar di Malaysia. ... lupakan MCA..MIC..Gerakan menang kerana undi Melayu Islam. .. solidarity menentang musuh yg lebih licik dan penuh tipu daya dan bermain drngan slogan yg hebat hebat tentang Islam tetapi rupa rupa nya ada racun yg cukup bisa drngan tipu daya ...... racun pluralisma murtad.. syiah.. evanglist lgbt dan gay diadun dengan kebebasan individu dan hak asasi dari dana asing yg srngaja mengucar kacir kan islam dari dalam melalui barua barua yg dah lama di doctrine dng idealogi2 barat... hebat berhujah tapi penuh tipu daya... PRU14 masa terbaik untuk hapuskan barua barua ini... jatihkan kerajaan murtad ini di Srlangor dan P Pinang... lupa kan srjarah hitam yg lalu.. ayuh maju dan pandang ke depan untuk islam yg lebih gemilang...

    JOM UBAH.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOM UBAH???

      Nak tanye..camne nak UBAH Cayenne jadi Saga yaa?

      #nukilan pendosa akhir zaman

      Delete
    2. .


      Lalu Padang Merbok.. sunyi je.

      Mana nak lawan BERSIH.

      Delete
    3. Hidup lagi ko Anon Srlangor

      Tak usahlah menyemak dengan posting yang luar tajuk

      Delete
    4. .

      Bro 23 34

      Banyak jasa anon tu..

      Delete
    5. Boss acara tu acara Dr kul 2;0 ptg smpi tgh malam.. Lepas tgh malam leh pajak khemah Tak.UTK tido byk geng genster batas, majlis ayahanda dan pekida.. Puak tu fulus x masuk c mbuh nk dtg... Apa dia org nk jadi bahan org lain.. MKN Ada bg budget le tu.macai dpt t shirt dgn makan dan dapat abis ati...ayahanda makan besar.. Sampul tebal... Kikiki kihkihkih. Ahaksss... Bahan jd agenda org ..serodilk ke sikit.. Macai2 b oiii..

      Delete
    6. Contoh dan product yg paling terbaik drp majlis ayahanda dan pekida adalah rani kulob. Bini pun ramai.

      Delete
  18. Assalam Bro,macam mana nak masuk blog Rakyat Marhaen dan Out The Box ? Mohon bantuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download TOR browser

      Delete
    2. Boleh google dan tulis unblock outside the box

      Delete
  19. http://captainmgs.blogspot.my/2017/02/terbongkar-azmin-kerahkan-adam-rosly.html?m=1

    link atas... anak anak ikan Assmin kenyang jadi jutawan segera...ada yg bawa beg 2 kilo berisi duit...Rosak Selangor Darul Pluralism disebabjan pMB yg dah rosak akhlak dan moralnya.. Anak ikan assmin sambil makan ice cream dlm jamban....

    Masa untuk UBAH Selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rentikanlah kerja tak berfaedah kau Amon Srlangor.

      Tak habis-habis dengan makan ice cream dlm jamban

      Delete
    2. Kikikiki... gelisah.. cemas.. gelabah tak lalu makan nnpk...kikikiki... JOM UBAH.....

      Delete
    3. Najib skrim Rosmah pun jamban juga..sama ke..jom ubah najib
      .ahaksss.

      Delete
    4. Tu ais sekerim malaysia bro labu labi

      Delete
    5. Jamal skrim jamban jer dpt sejuta yg buang balik!! Hidup noh! Hidup jamal..ingat noh, ingat mb! Ahak, atui..khaak thui!

      Delete
  20. Anon 20:43 n 22:03 ni baru keluar kelambu , tu yg baru sedar segalanya dah hancuss kat mesia ni dikejakan dek Mo1 n kabinet nya, instiusi perkhidmatan hancus, keselamatan hancus kehakiman hancur, pendidikan hancur, umat melayu islam ko hancurrrr. Dia tau tak rakan politik baru dia tu penyokong nomor wahid yahudi zionis. siap ada hubungan perdagangan sulit tu. APCO tu dari mana? Goldman scach bank tu siapa punya, dellolit juru odit 1MDB haramjadah tu semuanya dari yahudi zionis rakan kongsi UMNO/BN selama ni. ko pekena ketum ke pil kuda?

    ReplyDelete
  21. YB Rafizi,
    Selain JASA yg tak berjasa kpd rakyat tu ada banyak lagi agensi yg terbukti punya pertindihan tugas sehingga terjadi perbalahan / kecelaruan antaranya;

    polis merin dah ada ujudkan pulak maritim - lanun merejalela jugak
    bomba n penyelamat dah ada ujudkan pula JPMM - pendatang haram berjuta2 menceroboh masuk.
    JPJ dan ada timbul plok SPAD - akhirnya perang pengusaha teksi ngan UBER n GRABCAR dlllllllll laaaaaaa.

    ReplyDelete
  22. Fungsi JASA (Jabatan Hal Ekhwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ada lah seperti di http://www.jasa.gov.my/bm/sliders/fungsi-agensi.html -

    1. Mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin Negara

    2. Menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat

    3. Menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat

    4. Membuat analisa pola dan sikap rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan

    5. Menjalankan penyelidikkan dan menyediakan laporan isu - isu sosio politik dan agama

    6. Mengenalpasti dan memantau setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan

    Di zaman sabelom Najib, fungsi2 itu juga di jlankan tetapi oleh pegawai2 Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Penerangan - setaf nya di kenali sebagai Pegawai Penerangan, berkerja di dalam dan di luar negara, tiap negeri ada Pejabat Penerangan yang bertanggung jawab kpd Kementerian Penerangan.

    Dari http://www.penerangan.gov.my/index.php?lang=ms di dapati bahawa Jabatan itu masih beroperasi. Jadi, mengapa kah ada suatu Jabatan Hal Ekhwal Khas (JASA) lagi di Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu?

    Fungsi Jabatan Penerangan itu di websaite tersebut ada lah:

    1. Memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara;

    2. Mengurus isu dan maklum balas awam sebagai input kepada perancangan Jabatan, Kementerian dan Kerajaan

    3. Membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan berkesan dalam menguruskan maklumat strategik;

    4. Membantu KPKK dalam menyediakan perkhidmatan perundingan perhubungan awam kepada agensi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah;

    5. Menyediakan khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi visual; dan

    6. Memberi khidmat teras yang berkualiti dalam aspek perancangan dasar, pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran dan teknologi maklumat.

    Ada sesiapa tahu jika Jabatan Penerangan itu telah di bubarkan? Jika tidak, mari kita bincang mengapa kah ada duplikasi jabatan, fungsi, kakitangan dan kemudahan sehingga JASA menambahkan perbelanjaan RM22 juta setahun.

    Dan ada kah berkesan kerja2 JASA, contoh nya, membolehkan isu 1MDB di selesaikan dan di senyapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah, nampak nya ada tangan ghaib yang halang komen aku keluor.

      Dah aku pinda pun tak boleh keluor jugak lagi

      Delete
    2. Nak coba sekali lagi:

      Bila JASA di mulakan? Sabelom ke selepas Said Keruak mula menguak sebagai Menteri?

      Kalo selepas, awat nak bikin JASA lagi. Dengor khabor dia di lantik sebab pande bebenor mengampu Najib. Jadi apa nak ada Jabatan lain dalam kementerian dia?

      Apa? Nak suruh aku google cari jawapan tuh? Mengarut. Aku nakkan Najib di jatuhkan di PRU14. Bakpa aku nak carikan jawab nya plak? Kan dah ada 22 juta ginggit belanja setahun untuk depa? Depa le yang kasi jawapan.

      Selagi depa tak jawab, lantak lah oang pikir Najib bazir duit ke hape.

      Ingat, bazir tu tak sama dengan seleweng dan songlap. Bazir tu tambah kpd seleweng dan songlap.

      Delete




  23. Anina dimain Dr Mahathir, Hamizura dikencingkan!!!

    Anina orang Langkawi dan dia mahukan tempat situ untuk bertanding, tapi Mukhriz pun tengah kira untuk tanding di Langkawi. Sudah berbalah besar hingga tada siapa boleh tahan Anina.

    Akhirnya dia dipujuk Mahathir supaya fikirkan agenda lebih besar dan perjuangan parti kunun.

    Sekarang, bila nak letak Ketua Penaja untuk Langkawi, Anina yang telah berusaha di Langkawi diketepikan. DI letak Mahathir supaya Anina tidak boleh lawan Mahathir.

    Bila sudah tidak boleh lawan Mahathir, maka mudah untuknya letak Mukhriz jika dia boleh tanding dan menang di situ. Buat masa ini, Mukhriz diletak jadi Ketua Penaja Jerlun. Nak tanding situ pun elok .... he he he

    Anina tidak boleh kata. The Queen of Langkawi yang dulu melolok melolong kecam Najib bagi pihak idolanya Mahathir is dead. Kamu telah diperguna idola kamu Mahathir. Santan sudah habis maka sampai masak untuk dibuang bagai sampah.

    Hebat Anina ni hingga Naib President Dato Hamidah Osman pun dia boleh sabbo kasi kosong ceramah di Langkawi. Padahal orang UMNO Langkawi tak kenal pun sapa dia.

    How insignficant are PPBM in the political scheme of things!

    Hairannya Mahathir dan Mukhriz tidak berani diletakkan sebagai Ketua Penaja Kubang Pasu:
    Awat takut?

    Katanya satu lagi mangsa adalah musuh Anina yang mana telah digunakan untuk bunuh Anina Hamizura Osman. Padahal dia yang berusaha untuk bina PPBM di Perak tapi satu jawatan tidak diberi kepadanya.

    Sudah macam pembunuh Korea Utara yang mana dipercayai selepas membunuh abang ipar Kim Jong Il, dia telah dibunuh.

    Kini ada pengikut Hamiziura dibayar untuk bunuhnya dan blogger UMNO sudah mula ketahui

    Ada orang PPBM mula kecewa, sudah macam politik tikam menikam UMNO dulu zaman Mahathir. Masa zaman Najib sudah tidak ada sejak cap bunga ini semua keluar!

    Che Det Che Det ... kaki kelahi dan kencingkan orang hingga orang-orang kecil pun dia nak bunuh. Blogger dihina sebagai makan dedak.

    Masa time dia dulu, bukan saja kroni dan keluarga dia makan dedak, dengan ayam dan reban-reban dan telor sekali di telan.






    ReplyDelete
    Replies
    1. Diatas ada merupakam contoh karangan jasa yg mananya penulisnya mendapat biasiswa pelajaran semasa pemerintahan tun m.kepada yg tak paham, takde masalah kerana karangan diatas merupakan cerita fiksyen sahaja..sekian.

      Delete
    2. Setuju dgn 738 bahawa komen di 728 itu ia lah karangan JASA.

      Selaras dengan fungsi JASA

      3. Menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat

      Tapi hahaha, tak boleh tangkis. Sebab kita bukan main bola tangkis - kita main congkak, kekadang lastik, kena sebiji, benjol dahi, beb.

      Delete
    3. Komen di 728 itu bukan "menagkis dakyah" tapi "propaganda hitam" yang coba melaga laga kan satu sama lain di kalangan parti Bersatu dan Pembangkang Najib.

      Ini berupa "Dirty Tricks Department" puak depa, yang termasuk kerja kera "misinformation, disinformation, menyemai malumat yang di harapkan mendatangkan pergaduhan di puak yang di tuju.

      Tapi tak masuk akai. Takkan lah Tun Mahathir nak go down to such a low level "hingga orang-orang kecil pun dia nak bunuh."

      Bodoh punya black propaganda tuh.

      Delete
  24. Biarla mahathir nak bagi menang kawasan tu..anina cakap kat podium pun berserabut tak paham apa yg dia cuba sampaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum Anina menjadi srikandi, dia terlebih dahulu menjadi pensyarah utk masa yg lama.

      Anak2 muridnya juga ramai dan tiada siapa pernah katakan Anina bodoh tak tahu menyampaikan dan khidmat dia juga tidak pernah ditamatkan di atas alasan non-performance.

      Jadi kalau ada sesiapa yang tak mampu faham apa yg Anina cuba sampaikan maka faham2lah sendiri siapa sebenarnya yang mempunyai masalah..

      Delete
  25. Kpd mereka2 yg makan gaji JASA , dan bekerja sini:
    - Sekiranya termasuk walau satu butir nasi dari wang hasil aku dlm pinggan nasi kau atau anak bini kau,maka ia TIDAK SAMA SEKALI HALAL.
    (*Walaipun ia disucikam oleh jampian, mahupun kimcin Lobai sadonia)
    - Selagi terjual dgn rakus lenyap Tanah Melayu, selagi itu kau bertanggung jawap menjayakan Wilayah Nanyang.
    Atas sebab2 munasabah maka Halal dan Sah lah ,bagi Rakyat spt aku, utk jatuh Haramkan perbuatan dan permakanan cow2 JASA Jaddah dan keluarga. (termasuk tuan2 politaek low cow)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...