Wednesday 1 February 2017

ANNUAR MUSA "MANGSA" DUA PERMAINAN?


Apabila beberapa hari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran "tunggu" kepada ahli-ahli politik yang korup, hampir tidak ada yang menyangka mangsa pertamanya ialah Annuar Musa.

Dengan kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO, lebih-lebih lagi beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Ahmad Maslan di tengah-tengah kehangatan serangan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak, hukum akalnya beliau adalah tokoh pilihan dan tentulah akan sentiasa dilindungi oleh Perdana Menteri.

Jika pun beliau didapati melakukan apa-apa kesalahan yang ketara dan tidak boleh dilindungi, langkah yang biasa diambil ialah menasihatkannya berundur secara sukarela. Dengan yang demikian, bukan saja beliau akan diselamatkan, malah faktor jawatan yang disandangnya itu mungkin memberi kesan negatif kepada parti dapat dielakkan, selain yang lebih utama nama Perdana Menteri yang melantiknya juga akan turut terpelihara.

Tetapi, apa yang menimpa Annuar semalam memang mengejutkan dan luar biasa. Pertama kali dalam sejarah Mara, malah sejak Rida ditubuhkan,  Pengerusinya diperlakukan sedemikian rupa.

Annuar digantung tugas mulai semalam dalam satu mesyuarat khas tanpa kehadirannya yang diadakan ketika beliau berada di New Zealand menjalankan tugas rasmi selaku Pengerusi Mara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab kepada Mara, dalam kenyataan medianya mengatakan penggantungan itu adalah proses biasa bagi membolehkan audit dalaman menjalankan siasatan terhadap Annuar.

Pada lewat petang semalam pula, SPRM mengesahkan bahawa Annuar kini sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan di mana Annuar dipercayai ada kepentingan di kedua-dua belah pihak.

Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, maka kini tidak mustahil kepulangan Annuar di KLIA Khamis nanti akan disambut oleh pegawai-pegawai SPRM yang ingin menahan remannya, sekaligus menjadikannya ahli politik pertama yang ditahan sejak meletusnya skandal 1MDB.

Persoalan ramai, mengapa Ismail Sabri selaku menteri memberi kebenaran kepada Annuar diperlakukan sedemikian rupa sedangkan beliau sedar kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan merupakan antara orang kesayangan Najib?

Mengapa tidak Annuar dinasihatkan berundur secara baik,  jika pun beliau mahu dihadapkan kepada audit dalaman Mara atau mahu disiasat oleh SPRM?

Mengapa tindakan gantung jawatan, bahkan ketika beliau melakukan melakukan tugas rasmi menjadi pilihan yang tentunya memalukan dirinya, UMNO dan juga Najib?

Semua orang tahu Ismail Sabri Yaakob bercita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO akan datang. Di kalangan warga UMNO, keinginan Ismail Sabri itu bukan lagi rahsia, malah dalam program lawatannya ke beberapa negeri kebelakangan ini, beliau didapati "menyelam sambil minum air" dengan bertemu pemimpin-pemimpin UMNO di setiap negeri yang dilawatinya.

Sekiranya UMNO terus menang PRU 14, Zahid Hamidi sudah tentu akan mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sekarang dipangkunya. Dengan demikian, hanya tinggal Hishammuddin Hussein selaku penyandang Naib Presiden dan bermakna ada dua kekosongan bagi jawatan tersebut.

Jika Hishammuddin menentang Zahid pula, lagilah ketiga-tiga kerusi Naib Presiden ada kekosongan. Di sinilah Ismail Sabri merasakan beliau ada peluang untuk menempatkan dirinya di jawatan ketiga penting dalam UMNO itu.

Tetapi, Ismail Sabri bukanlah pemimpin yang benar-benar ada karektor untuk pergi lebih jauh dalam politik dan kerajaan. Beliau hanyalah pemimpin biasa-biasa saja. Sebab itu, beliau perlukan lonjakan untuk menjadikannya sentiasa popular dan diingati.

Lantang dalam isu Low Yatt, mewujudkan Mara Digital dan mengatur perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian untuk menyatakan sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sebelum ini adalah antara langkah yang dipercayai dilakukan oleh Ismail Sabri untuk mempopularkan dirinya.

Baru-baru ini pula Ketua Setiausaha kementeriannya ditahan oleh SPRM atas dakwaan rasuah. Meskipun penahanan itu tidak melibatkan beliau, tetapi hubungan rapatnya dengan Ketua Setiausaha itu telah pun menjadi bualan ramai dalam UMNO sehingga dikatakan sanggup membawanya sama berpindah dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sekarang ini untuk bersama di bawah satu kementerian dengannya.

Apabila Annuar sendiri membuat dakwaan bahawa mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang menggantungnya semalam diadakan dengan restu menteri, tidak mustahil ia dalam masa yang sama juga bertujuan melonjakkan nama Ismail Sabri.

Dengan sebelum ini mengatakan kes tajaan kepada bolasepak Kelantan telah menjejaskan nama Mara, penggantungan Annuar pula dengan sendirinya mampu melonjakkan lagi nama Ismail Sabri dalam konteks memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam di bawah kementeriannya.

Namun, tidakkah  tindakannya itu seolah-olah "mengenakan"  Najib kerana Annuar adalah pilihan Najib sebagai Ketua Penerangan UMNO?

Sebagai menteri yang biasa-biasa, Ismail Sabri tidak mungkin berani bertindak luar biasa. Apa pun tindakannya, beliau mesti mendapat kebenaran daripada Najib terlebih dahulu. Mustahil Ismail Sabri ada kekuatan luar biasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Majlis Mara mengadakan mesyuarat khas untuk menggantung Annuar tanpa mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Jika begitu, kenapa Najib sanggup "mengenakan" Ketua Penerangannya sendiri?

Najib kini berdepan tekanan masyarakat berhubung isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Setiap hari sokongan rakyat makin menyusut dan berkurangan terhadapnya.

Apabila Annuar, sebagai orang kanan UMNO sendiri disiasat, direman atau didakwa kemudiannya, tukang-tukang kompang akan mengatakan itulah buktinya Najib serius dalam menanangi rasuah sehingga orang kanannya dalam UMNO sendiri pun tidak dilindunginya.

Orang kampung, makcik Felda dan pakcik kedai kopi mungkin menerima logik sebegitu, lebih-lebih lagi jika dua atau tiga lagi ahli politik turut dijadikan mangsa selepas ini.

Dalam keadaan begitu, ia sedikit-sebanyak akan memutihkan watak Najib untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Bermakna, dengan "menghitamkan" Annuar, Ismail Sabri dapat melonjakkan popularitinya serta dalam masa yang sama dapat pula "memutihkan" sedikit imej Najib di mata rakyat. 

Apalah sangat setakat Annuar kalau mahu dijadikan "mangsa", yang lebih penting ialah mesti menang pilihanraya. Selepas menang nanti, skrip dan jalan cerita boleh diubah semula. (SH 01/02/2017).

66 comments:

  1. Sedikit option pd pendapat di atas.. ada kemungkinan ini permainan UMNO kelantan bilamana posisi anuar boleh menggugat dato' pa sbg ketua perhubungan negeri. So cara nak jatuhkan anuar terbuka bila Dato' Jazlan (MP machang) sebagai timbalan menteri di bawah ismail sabri.. dan MARA di bawah kementerian ini.. bila lagi nak kuburkan anuar musa.
    Perangai umno tetap perangai umno CUMA yg tersurat ialah bilamana ada raja melayu yg bersuara memecah tembelang menteri, kesan dia cepat pulak agensi kerajaan ambik tindakan..
    Jadi sebaiknya majlis raja2 bersuaralah untuk menangkap pokeMO1... ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK HARAP SULTAN MELAYU BERSUARA UNTUK MENANGKAP NAJIB.JANGAN HARAP LA TUAN. RAKYAT MALAYSIA AMAT KECEWA SULTAN YANG ADA..

      Delete
    2. In our dream that the majesty Dan the highnesses will mencemar duli for people. Annuar musa traded sword a prince from southern state.. So on murka basis, he is to be removed. The similar scenario happened to Tun when he had to remove the chief justice and history always repeat itself. Why do you think Tun had to ask parlimen earlier to curb the majesty power???

      Delete
    3. Setuju dengan 18.18... kecewa Sangat...lg2 dgn forest city..nak cakap lebih2 nanti kena tangkap pula :(

      Delete
    4. Apa pun juga alasannya.
      Inilah hukum karmanya.
      Annuar jahat sejak dulunya.
      Tibalah masa terima padahnya.

      Delete
    5. Tak sedar2 lagi ke ? Majlis raja2 tak ambil peduli pun pasal rakyat, pi ah mampos korang. Keluarga diraja dan kerabat2 hidup senang lenang, depa tak kenal perkataan susah?

      Delete
    6. Di Indonesia semua raja2 Dan sultan telah jadi lipatan sejarah. Kita mohon tidak berlaku di bumi Malaysia.

      Delete
    7. Saya sendiri dah saksi d depa mata ketika melawat Istana Maimun di Medan...waris2 & kerabat kesultanan Melayu Deli jadi pekerja Cleaner/cuci tandas di Istana tersebut yg kini menjadi muzium.

      Harap2 semua DYMM Raja2 kita peka jgn diam membisu bila penyelewengan pemerintah berleluasa dgn terang lagi bersuluh. Dikhuatiri, rakyat akan hilang sabar bila melihat seolah-olah Najib leih kebal dari Raja.

      Delete
    8. Berikan peluang pada Annuar Musa untuk bertaubat nasuha kemudian tinggalkan Umno untuk sama-sama berjuang dengan Bersatu & Pakatan

      Delete
  2. Biar mereka tikam belakang sesama sendiri..kalau pencapaian najib makin merosot pada pru 14 nanti walaupun bn menang tipis, tak mustahil najib pula kena tikam belakang habis2an. Tapi yg kasihannya kehidupan rakyat jelata..makin hari makin malap. Pergi kerja balik kerja, kos kehidupan makin meningkat. Itu belum masuk pengangguran dan hutang. Belum masuk nasib peniaga kecil. Belum masuk hal lain spt bencana alam. Jika pembangkang menang pilihanraya, ambillah langkah drastik mansuhkan gst, rancakkan kegiatan ekonomi. Wujudkan peluang pekerjaan, bantulah mereka yg bekerja sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 0530,kawan setuju benor dgn pendapat mike. Rakyat marhean skrg makin di himpit dgn kesan ekonomi angkara Si bijan.. Bila ringgit merundum, harga barang import naik mencanak. Yg paling terkesan adalah harga kelapa yg naik dua Kali lipat. Rega petroleum Kita faham ikut harga semasa tanpa subsidi, maka gomen dpt jimat duit subsidi. Utusan dgn gahnya menyambung lidah bijan kununnya prihatin dgn nasib rakyat maka diberinya brim sebanyak 5 billion, pada masa yg sama dikutipnya balik 50 billion dlm bentuk gst lapor ketua kastam. Cukai pendapat an juga di kenakan pd hamba rakyat Cara paksa pakai PCB, dan perkeso sudah mula main tarik tali dlm nmenluluskan pencen ilat pd yg layak. Maka utusan dan tv3 akan pukul canang bahawa harga kenapa sengaja di naikkan kerana kenapa tinggi kolesterol dan tidak baik utk kesihatan dan demi mengalakan rakyat berjimat kos petrol, berjalan kaki tu satu senaman yg juga baik utk kesihatan.. Pendek kata ikut tv3 dan utusan, apa yg dibuat oleh bijan atas denyut nadi rakyat.. Baik belaka... Kaki tangan awam di suruh menipu apabila perkhidmatan kerajaan merosot krn budget di Potong termasuk budget hospital gomen.. Mmtg2 kami ni marhean, nyawa kami tidal bernilai bg kamu.. Sehingga kan ubat2an kami utk sambung nyawa pun kau sekat... Akhir kalam kamu lah penguasa zalim dan mmg kamulah dajjal yg ingat yg kamu jaja sebagai syurga pada Pru 13 rupanya neraka buat kami..

      Delete
    2. Labu labi cakap la macamanapun.orang melayu kebanyakannya tetap akan undi BN juga...macam kat sg besar dan kuala kangsar

      Delete
    3. Itu le yg teman sedihkan, dema dpt brim berapa sen je tp dapat habuan lg bila undi BN, tp anak deme ramai yg ngangur..peluang keje zaman bijan ni terhad sgt hatta peruntukan universiti dan ptptn pun kena potong.. Klu tak sedor jgk.. Lepas ini jgn jerit..

      Delete
    4. Mcm yg ada yg post ari tu, politik umno ni satu pelaburan. Deme labur 10 juta utk tabur duit Sana sini, tp musti kaut balik sepuluh Kali lipat 100 juta paling kurang. Pokcik dan mokcik jumpa jemput yb anak sunat, anak kawin, sedara meninggal semua yb umno tolong... Tp mereka tak sedar, setiap ringgit yg yb tabur dia akan kutip blk 10 Kali lipat.. Mcm mana? Projek le..projek jalan, pjbt kerajaan semua sub dekat cina.. Deme ambil 15% award projek.. Itu le sumber duit deme. Projek tu pulak kuli nya melayu... Deme anak Bini boleh cuti negeri org putih, marhean makan anak Bini catu sardin duit titik peluh kerja kuli kt projek yb..Bini semput dgn ada darah tinggi.. GI spital ubat tak cukup..langsung meninggal. Pusingan kemiskinan akan berterusan krn bangsawan feudal borjuis memerintah.. Rakyat harus cetus revolusi pd pemerintahan yg zalim.

      Delete
    5. Saya x org KL, tp sekali-sekala jengok gak kat sana. Maklumlah mcm musang masuk kota nak dikatakan.


      Apa tidak musangnya, masa nak beli tiket lrt mcm dah ilang punca sebab x tau mcm mana. Pegi kat kantor tiket lalu org tiket sapa, kenapa x guna mesin tiket? Lalu saya jawab, mcm mana nak buat bg benda yg x tau sebab saya bukan org Kl. Dia hanya jawab ngan senyuman sambil menghulur tiket kpd saya.

      Tiba kat Keramat saya terperasan apa yang tulis kat badan lrt - jelas terpampang gambar mat klepto bersama logo dacing dengan kata-kata yang menyejukkkan hati-hati kak peah, piah, tipah, bedah dan entah berapa -ah lagi apabila mereka guna lrt ke pasar basah membeli ikan kembong utk makan tengah hari sekelurga nanti.

      Kata-kata tentang keperitan sara hidup. Yang sejuknya ialah apabila mat klepto menambah bahawa beliau "dengar resah dan kesah rakyat".

      Kalo x silap itu pada tahun lepas.

      X usah lah nak konperm ngan saya sama ada omongan tu masih terpampang kat lrt pada tahun ini.

      Dan x usah lah nak konperm dengan saya bahawa sebenarnya mat klepto ni bukan hanya kaki auta #1 tapi jua sekarang dah jadi pekak macam badak.

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe... nampak mcm drama juga... tangan-tangan ghaib sedang bagi arahan... tengoklah nanti hasilnya tak ke mana juga... kalau najib boleh terlepas... takkan ler yg ni tak boleh pula... kacang je nih... hehehe..

      Delete
  4. .
    .

    Boleh pulak pemimpin melayu yang kena dulu ?

    Itu pun pasal bola.

    Hish, Hish, Hisssh.

    ReplyDelete
  5. .


    Kes Annuar tidak dapat memutihkan imej Najib kerana Annuar bukan dalam kabinet Najib. Annuar bukan ikan jerung. Banyak lagi kes macam MARA.

    Yang boleh membersihkan imej Najib ialah kes kementerian yang melibatkan Menteri Najib.

    Namun pastinya imej SPRM akan lebih bersih sekiranya SPRM berani lebih sedikit dengan siasatan ke atas MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun ada hati nak jadi presiden FAM..muka tak malu!!!

      Delete
    2. Nak buat mcm mana bro, pemimpin2 umno dari tahun 1990 sampailah 2017...mereka ni sembah duit.

      Pada mereka makan babi je yang haram, yang lain semuanya halalan toyyiban

      Delete
    3. Konen paling win,hehehe kipidap.

      Delete
  6. Wayang negara.Semua nye Menipu bagi buat certa

    ReplyDelete
  7. .
    .

    Annuar hanya satu dari berpuluh-puluh orang yang korup dan yang menyalah guna kuasa.


    Kes ini sangat mudah.






    ReplyDelete
  8. Korban politik?

    ReplyDelete
  9. 🙄🙄 nasib baik TMJ dedahkan kes anuar musang ne....anuar ne tpaksa dipermainkan..atau cuma watak dlm lakonan utk membaik pulih kapal para lanun yg semakin hari tercalar dan bocor..klu tak ambil kes..btambah bocor/bernanah/ tongkang lanun...prinsip lanun..sanggup berkorban/terpaksa menikam jika terdesak demi survival mereka..apapun yg SPRM lakukan thdp anuar musang ne..faham faham shje lah..ketua @ Pirates of Malaysia tetap dibelakang / backup semua lanun....biasalah ....lakonan @ filem utk di tontonan / penghibur keresahan rakyat yg berdepan tekanan hidup etc..minyak naik..kos sara hidup yg kian meningkat dll..

    ReplyDelete
  10. Persepsi tinggal persepsi aja budin...akhirnya tiada apa2 didapati bersalah....bebas merpati dari sangkarnya....dah boleh agak penghujung cerita ni...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahjibgor telah meresapkan budaya Mafia kedalam Putrakalah

      Delete
  11. Why Annuar Musa,

    1. Was not the KSU under Isnail Sabri's ministry who was recently arrested and under investigation for corruption also a BOARD MEMBER OF MARA?.....Think

    2. Remember, MACC Boss had earlier gave a hint that politicians..beware..even "tan Sri" not spared! .....Think

    3. After MACC's announcement, Ku (Palsu) Nan came out with statement that UMNO did not indulged in corruption! This bulldog knew that Isa Samad was/is a politician from umno who was once "found" guilty of corruption and suspended from UMNO only to be gievn new lease of life by najib? .... Think

    4. Was Isa Samad then MB N9 when najib was caught in close proximity with Ziana Zain?.....Think

    5. Was not Sharir, Ermiety and Ahmad Maslan recipeints of Najib's loop of payment vis 2.6 bil "donation" made known to public by shahrir's own admission?..... Think

    6. What necessitated Zahid's loyalty pledge to najib?
    .... Think

    7. Why was Zahid so angry about "identity/identities" wanting to dethrone him in Bagan Datoh?.....Think

    8. Why did Zahid reveal the remaining 6.6% bloggers still defending najib's policies? Who fed him with info? ....Think

    9. Who initiated the telling of old stories on CIA/BMF/FOREX Loss supposedly to humiliate Mahathir but unfortunately these boomeranged back into najib's face with more humiliation and suspicion? ..... Think.

    10. Why Annuar came with following statements as reported in celah gelegar,

    "Saya telah membaca kenyataan YB MENTERI KKLW berhubung tindakan menggantung saya.Alasan yang di berikan adalah utk membolehkan siasatan oleh JK AUDIT DALAM di lakukan dan utk mengembalikan keyakinan rakyat pada MARA.

    Saya berpendapat jika itulah keraguan YBM,siasatan AUDIT DALAM TIDAK MEMADAI..

    Saya cadangkan AGAR PDRM DAN SPRM segera menyiasat spt yg pernah saya syor kpd Ahli Majlis Mara dlm grup whatsapp minggu lalu..

    Perkhidmatan saya di Mara adalah satu amanah yg saya junjung tinggi.Pendirian saya dlm byk perkara berkaitan tatakelola dan integriti memang tidak di senangi.

    Justeru saya sendiri tidak terkecuali.Soal tajaan pasukan KELANTAN yg di bangkitkan elok di siasat badan bebas dan berwajib.Saya AKAN berikan sepenuh kerjasama Insyaallah.."

    Macam ada sesuatu yang Annuar tahu dan nak bagi tahu namun akan hanya diketahui at the right time.

    Food for thought this morning.

    Good morning rakan seperjuangan. Nikamatilah kenaikan harga minyak yang setara dengan standard perkhidmatan Perdana Menteri yang dikasihi. Penerima BRIM akan sah terima BRIM dalam Februari ini....selamat menikmati kerajaan pintar dan sangat adil Barisan Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAha..saya tk dpt BRIM..mane pgi GST/cukai sya bayar???? takde miss pula saya bayar..tapi BRIM miss bayar saya..😂😂klu lah sya tak layak dpt BRIM..layakkan lah saya terima derma dr pak arab...mane tau..dpt subsidi minyak petrol bagi yg takde BRIM...hehe..beri BRIM..naik harga minyak..sondol GST..huhu..itulah Lanun..

      Delete
  12. ..


    Siapa penganti Annuar sebagai Pengerusi ..

    Ahmad Mazlan atau Hassan Malik ?

    ReplyDelete
  13. Strong specualtion...a new MARA Chairman and a new Minister of KKLW...

    ReplyDelete
  14. Menteri kata" penggantungan itu adalah proses biasa bagi membolehkan audit dalaman menjalankan siasatan terhadap Annuar"... dlm kes wanEmDibi tak dak sapa pun kena gantung masa siasatan...betui ka itu proses biasa wahai Menteri ??

    ReplyDelete
  15. I doubt it.. See what happened to those leaving umno...public humiliation.the script is ready only to be read aloud by tv3, if he dare to leave umno and changed camp. Mind you he is umno information chief.. So all the inner workings of umno is in his pocket.

    ReplyDelete
  16. Ini semua diversion najib umno jer..bak kata bro labu labi, spt siaran telenovela ada nyanyi2,nari2, gaduh2...siaran untuk tv3 suku mainkan pada rakyat sebelum pilihanraya aja..yg sebenarnya pada pendapat aku apa yg terjadi dlm umno bn tu tak perlu dibesar2kan..kalo depa nak lingkup pun lg baguih..#adaakukisah..hahaha

    ReplyDelete
  17. Katakanlah ianya satu diversion....mengapa annuar?

    Ketua penerangan UMNO Pusat
    Ketua penerangan Umno Kelantan
    Ketua Bahagian di Kelantan
    Pengerusi MARA

    Why?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon: 09:46: Why?
      Allah dah skipkanlah.
      Ramai lagi akan kena.
      Allah kata: Tunggu.

      Delete
  18. Zahid senyap aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyaplah sebab dia pun 2 x 5 juga

      Delete
    2. aku cuma agak-agak aje
      entah betul entahkan tidak
      perebutan jawatan dalam umno
      hishamuddin saingan kuat zahid
      jangan-jangan zahid tunggu
      masa aje dingap@cekup sprm tak
      harap-haraplah mimpi ngeri aku
      ini tidak akan berlaku.

      Delete
    3. Fuh...susah datang ni kalau wak jahit pun kena...habis punah ranah plan aku dgn dia.

      Delete
    4. Eh, apa pulak mimpi ngeri, baguslah tu dia kena cekup. Yg paling bagus sekali, cekup semuanya.

      Delete
    5. Sblm zahid kena angkut tgh malam, Kita pun kena angkut sama. Teman idak le heran, dpt beramal lg lebih.. He he

      Delete
  19. Kena daulat Tun M ..ngutuk Tun tak ingat dunia..sekarang macam mana ..bodoh punya penyamun..belajar kleptokrasi belum katam nak ngutuk Tun.

    ReplyDelete
  20. Lepas ni suruh annuar musa jadi driver najib sudah lah

    ReplyDelete
  21. Dalam keadaan Malaysia terkini.
    Yang tidak menentu kedudukannya.
    Baik politik, ekonomi dan sebagainya.
    Aku setuju Anwar Ibrahim ada dalam penjara.
    Tiada siapa dapat menyalahkannya lagi.

    ReplyDelete
  22. Salam tuan2,perlu ingat yg sprm dh nyatakan cuma kes tajaan MARA-TRW yg disiasat,kemungkinan cuma dituduh salahguna kuasa dan bukannya 'derma' ke akaun personal atau mcm transaksi belian hartanah di Australia tu...jadi ini semua drama poyo umnobn je...

    ReplyDelete
  23. "Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah dengan murkanya manusia maka Allah akan cukupkan bagi dirinya daripada berhajat kepada manusia. Barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan murkanya Allah maka Allah akan letakkan nasib dirinya kepada manusia."

    Anuar Musa dikenali banyak membantai Tun M tanpa peluru betul disebabkan semata-mata mahu dapatkan keredhaan Najib. Kini Anuar tersepit, apa jalan keluar yang ia ada? Ia tak boleh melompat ke bunga raya ataupun menarik balik serangan2 dan kutukan yang ia pernah buat ke atas Tun M kerana ia dah keterlaluan. Ia juga tidak boleh menentang Najib kerana ia juga dah keterlaluan mencari keredhaan Najib. Kini nasibnya benar-benar di tangan Najib.

    Najib mungkin mahu membantu Anuar Musa tapi ia pun tahu ia tak boleh bantu terlalu ramai orang di dalam kes2 sebegini. Sudahlah ia tiada pilihan dalam kes Isa Samad yang menyimpan bom atom ke atasnya, takkanlah ia nak gunakan untuk Anuar Musa pulak. Kebarangkalian ia akan membiarkan Anuar Musa menari ikut muzik SPRM tetap ada.

    Tak kisahlah ini wayang atau apapun, saya mahu bersangka baik dan angkat topi kepada SPRM. Kalau tak dapat raja jerung, dapat jerung2 pengiring si raja jerung pun jadilah.

    Lagipun bukankah ada satu prinsip fiqh yang menyebut 'kalau tak dapat buat semua maka janganlah tinggalkan semua'. Secara analogi kalau masih tak mampu nak tangkap MO1 dapat tangkap orang-orang keliling MO1 pun jadilah.

    Kalau dah banyak jerung pengiring kena tangkap sedikit sebanyak perisai si raja jerung tetap akan berkurangan.

    Apa pun saya setuju dgn tuan Budin bahawa Ismail Sabri tiada tanjak untuk menjadi pemimpin utama. Semasa ia menang exco Pemuda UMNO dulupun saya terkejut. Apa pun tuah manusia tiada siapa yang tahu.

    P/s - Harap2 selepas ini Nazri Aziz pula. Samseng Perak ni pun banyak kes macam Anuar Musa juga. Mulutnya pula lebih longkang daripada Anuar Musa. Anaknya pula paling kontroversi berbanding anak2 menteri2 lain (kecuali Riza anak tiri MO1) dan gaya hidupnya juga astaghfirullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro john,teringat dialog arwah brahim.'mari kita tengok sape yang kena'selepas ini.

      Delete
    2. Nazri aziz samseng perak???

      John doe masih ingat kes si nazri ni di gerai uncle don?

      Delete
    3. Nak tanya pada orang2 perak yang bingai.

      Awat hang semua bole undi:-
      1) zahid komedi
      2) nazri mafia
      3) tajuddin yamseng

      Mereka di atas ini jadi pemimpin. Sudah pupuskah orang2 yang berakhlak di negeri perak? Manusia haramjadah macam ni jugalah yang berkuasa dari dulu sampailah sekarang.

      Buta Mata ke Buta Hati???

      Delete
    4. Sebenarnya yeop, teman undi dunia akhirat.. Parlimen bg umno krn zahid dgn teman ada sesudu dua darah yg sama lg byk jasa dia kg teman, tp DUN teman bg pakatan PAS kan undi pas ialah pas masuk syurga.. Jgn salah sangka pulak ye,blood is thicker than water.. Teman mmg sokong zahid krn dia sedara teman,walau haram dia kenal teman pun.

      Delete
    5. Kalau gitu lah yeop...tumpooooo!

      Delete
    6. Oohhh undi sebab ada hubungan sedara & jasa. Labu labi kan tahu ahli politik ni biasanya "baik ada makna". Takkanlah jasa sejemput tu boleh beli jiwa.

      Lain kali labu labi undilah orang yg lebih berakhlak sebagai pemimpin. Jangan diangkat orang yg bersifat penipu & kaki pukul sebagai pemimpin, rosak negara. Rasanya labu labi sendiri sedia maklum.

      Semoga akan tiba hari di mana negara bebas daripada pemimpin2 yg zalim & salah guna kuasa. Amin

      Delete
  24. Ini semua lakonan drama bersiri. Setelah meneliti dan menjalankan siasatan mendalam, didapati tiada unsur penyalahgunaan kuasa dan semua penajaan adalah mengikut proses sedia ada.
    Maka bersoraklah Blogger 6.6 mengatakan keadilan ditegakkan dan tuduhan hanya dibuat oleh orang yang mendengki.
    End of story. Bersambung dengan drama bersiri berikutnya yang telah disiapkan script terdahulu.

    ReplyDelete
  25. Pada saya apa yang berlaku kepada Anuar adalah pembalasan dari ALLAH kepada beliau secara casg diatas segala kejahatan dan kezaliman yang telah beliau lakukan selama ini.Ini termasuk juga kezaliman yang telah Anuar lakukan terhadap Tun Mahathir........dimana segala kebaikan yang Tun taburkan kepada beliau sedikit pun tidak dikenang malah sanggup mendurhakai Tun dan menjadi pembodek Najib yang tegar.Apa yang boleh saya katakan PADAN DENGAN MUKA ANUAR......semuga selepas ini beliau akan insaf dan kembali kejalan yang benar.......

    ReplyDelete
  26. Dia tak berani keluar punya,keluar je dari kem umno semua tokak,kudis buta,kurap dan panau akan dipersembahkan pada awam.

    Kalau masih dalam kem semuanya cantik dan semuanya flawless.
    Itulah umno dari dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  27. Lobai2 tak kato apo2 ko pasal Anuar Musa ni atau sonyap sobab nak mencuri hati umno utk sokong RUU355 yg sepatutnyo bukan korjo Parti Lobai tu buat?

    Kalau bukan Hudud tak payoh lo nak cari namo wahai Lobai2 woiiii..sio2 ajo korjo kamu tu. Umno tu mengharapkan sokongan parti2 lain jugok. Ymbo tu sebahagian dpd BN. Kono paham tu. Lagipun itu kerjo Umbo-Bn dan bukan korja kamu wahai Lobai2.

    Kalau nak cari nama dan pengaruh tak payoh laaaaa...!!!

    ReplyDelete
  28. I am not at all amused.

    This drama is meant to distract the public from the main issue...i.e MO1...most probably all these are orchestrated by MO1 himself. It is unlikely that the UMNO warlords acted without the blessing of MO1. Remember AG Pandi, who is sleeping snugly in MO1 pouch, is watching the match...he is the prosecution, judge and executioner, all at the same time...of course at the behest of MO1.

    SPRM, Auditor General, BNM, PDRM....whatever you do...all come to nothing....because of AG Pandi.

    Please be reminded...and keep our focus on the real issues. So long as our nation is headed by a proven thief, we are forever in deep shit. See what is happening around us, The Government Head is stealing from the coffer of the nation, so are the Government Servants and also the heads of GLCs. These people whom we trusted to look after the wealth of the nation, failed us miserably...betrayal actually. Corruptions to the magnitude that is unheard before...stash of cash, gold and valuables, landed properties...They are stealing our monies...and don’t ever forget that THE HEAD OF the Government also received RM 42 million in addition to RM 2.6 billion in his personal bank account. These are all evidences corroborated by documents sighted by our Auditor General and SPRM...But our highly educated prosecutor, judge and executioner said there was no wrongdoings.

    THINK!...and Think again.

    Apart from the rampant corruptions in the government, The mismanagement of our GLcs is much bigger....run to billions and billions.

    Do you still believe all the farce? We should not be satisfied with all the actions of the SPRM…however true their findings and investigations...the inaction of AG Pandi kills them all. AG pandi is the real number one enemy of the state. He colluded with the Prime Thief.

    The power is with us...Change the government....nothing short. Will someone out there who are burdened with knowledge of all the wrongdoings please do the right thing...expose all the evil...for the sake of our nation and our future generation.

    Don’t let the wayang kulit distract our focus. Save Our Nation.

    Respect to the Lion who refused to dance to the King who is riding a hungry tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Our country is lack of honest leader, i think...thats why our country in jeopardy right now.those with power misused everything they have just to fill their own stomach and belly. People like sally(US AG) are very hard to find in malaysia nowadays...it so shame because we claim ourself an islamic country...

      Delete
    2. well said bro.

      kipidap!!!.

      all enlightened citizens (especially malays) must round up their loved ones n close associates n start 'preaching' abt d importance of saving our beloved nation now.

      apart from being n arm chair worrior, I hv already started my rounds in d Pekan area (my birth place).

      let us all do it.

      Delete
  29. Maksud rakyat didahulukan pencapaian diutamakan....rakyat yang bayar dulu kepada kerajaan...kerajaan guna duit rakyat untuk popular dan disokong...sokong sokong ...

    ReplyDelete
  30. Tapi rakyat tak bodoh macam dulu ,IMDB tetap tetap tersemat dihati rakyat sebagai senjata membenamkan UMNO ,Najib dan kuncu kuncu perompak nya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya. Kami rakyat marhaen ini menyokong penuh semua menteri2 yg rasuah & salah guna kuasa sejak tahun 1990 hingga 2017 disiasat. Yang terbukti bersalah dihukum & harta benda mereka dirampas, agih2kan kepada semua rakyat.

      Apa2 pun kes 1MDB masih tetap no.1...itu memang tidak perlu dinafikan sama sekali.

      Delete
  31. sehingga hari ini sultan sultan masih berdiam diri...mungkin dalam urusan politik rakyat mungkin faham tentang keterbatasan peranan sultan sultan kerana ini melibatkan pilihan rakyat...

    cuma yang tersangat kecewanya rakyat terutamanya bangsa melayu beragama islam ialah bilamana melibatkan isu isu agama islam yang sering diperlekehkan oleh kaum lain...sultan sultan yang merangkap ketua agama islam negeri langsung tidak bersuara..uk pun tidak ek pun tidak....

    sedangkan sultan sultan ini lah harapan terakhir rakyat untuk menghentikan penghinaan terhadap islam oleh kaum lain...setelah kerajaan dibawah pimpinan kerajaan yang ada memandang remeh soal penghinaan terhadap islam yang sedang berlaku dengan berleluasa....

    hampir setiap hari ada saja cerita baru...tentang penghinaan
    terhadap islam yang dibangkitkan oleh kaum bukan islam....

    terbaru di klang bila tokong didirikan atas tanah haram yakni tanpa kebenaran pbt...tokong yang dibina dengan berkonsepkan islam siap berkubah dan bulan sabit dan bintang...

    jelas menghina islam....sepatutnya isu ini tidak boleh lagi dipandang ringan oleh kerajaan dan sultan sultan...tetapi ianya hanya dianggap satu isu terpencil bila perkara ini langsung tidak dijadikan isu besar...dalam berita media massa isu ini hanya dimuatkan sekadar memenuhi ruangan kosong....

    mana dia badan agama kerajaan...badan agama negeri...mufti mufti...persatuan agama islam ngo...perkasa...ustaz ustaz...dan yang lain lain...yang paling menyedihkan sekali mana dia sultan sultan...

    ujudnya kedaulatan sultan sultan hari ini kerana agama islam dan orang melayu ....andaikata negara ini jatuh dibawah pemerintahan orang cina...akan ada lagikah kedaulatan sultan sultan ?..akan ada lagikah sembah sujud pada sultan sultan...akan ada lagikah taat setia pada sultan sultan? akan diterima pakai lagikah sistem hairaki sultan sultan yang sehingga hari ini dijunjung setia oleh orang orang melayu...akan ada lagikah adat resam sultan sultan yang dikekalkan ?...mungkin cina akan taat setia kepada raja keturunan mereka...tetapi tidak kepada sultan sultan melayu yang beragama islam....

    harap sultan sultan tidak menyalah tafsir tulisan patik yang biadap ini...patik hanya bertingkah disini agar nasib orang melayu dan kesucian agama islam dipertahan dan dipelihara selama lamanya....tidak ada daya patik lagi...selain berdoa kepada ALLAH SWT...dan memilih pemimpin yang baik melalui pilihanraya.

    Besar harapan patik dan bangsa melayu Malaysia agar sultan sultan dapat membantu kami mempertahankan satu satunya hak kami sebagai sebagai hamba....andai kami bangsa melayu tidak dibantu mempertahankan tanah dan harta benda kami dari dirampas..ditipu..dan dianiaya...bantulah kami wahai sultan sultan agar kami dan keturunan kami dapat mempertahankan satu satunya hak yang datangnya dari ALLAH SWT dan NABI MUHAMMAD SAW iaitu agama kami...agama islam yang suci.

    Salam buat muslimin muslimat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...