Friday 6 January 2017

KETIKA KSU DITAHAN SPRM, NAJIB HANYA MAMPU MENGULAS TENTANG KUCING...


Meskipun SPRM sejak kebelakangan ini sudah melakukan beberapa tangkapan di kalangan penjawat awam dalam usaha membanteras gejala rasuah yang kian membarah, termasuk yang terbaru seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian telah ditahan, malangnya tidak kedengaran lagi sebarang reaksi atau ulasan mengenainya daripada Najib Razak.

Berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi sebelum ini, jika ada tangkapan serupa itu, kita pasti akan mendengar reaksi positif atau mengalu-alukan usaha agensi itu daripada mulut seorang Perdana Menteri yang sedang mengetuai kerajaan.

Sememangnya, di ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh SPRM dan seluruh rakyat juga memperkatakannya, terutama berkaitan begitu banyak wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan simpanan haram ditemui di bank-bank dalam jumlah yang agak mengejutkan, reaksi positif daripada Perdana Menteri adalah amat penting sebagai gambaran kepada rakyat beliau menyokong sepenuhnya tindakan pembanterasan itu.
Tambahan lagi, Najib dikenali sebagai antara pemimpin yang pantas memberi reaksi atau komen terhadap hampir semua perkara, sehingga mengenai gerhana dan perlawanan bolasepan Manchester United pun beliau tidak melepaskan peluang menulis di Facebook atau Twitter mengenainya.

Tetapi, kenapa Najib memilih tidak memberi reaksi mengenai tangkapan demi tangkapan oleh SPRM, terutama yang terbaru melibatkan seorang Ketua Setiausaha yang merupakan penjawat awam tertinggi ditahan setakat ini berkaitan rasuah?

Sejak dua hari lalu, saya mencari-cari di pelbagai sumber media sosial dan portal untuk melihat jika ada sebarang reaksi daripada Najib mengenai tangkapan terbaru SPRM itu, namun tidak terjumpa langsung mengenainya.

Di Facebook atau Twitternya, yang ada hanyalah tulisan mengenai banjir, pertemuan dengan Panglima ATM yang baru, tentang MRT dan serangan di Turki.
Apa yang menggelikan hati, di laman Twitter miliknya, sempat pula Najib memuatnaik mengenai seekor kucing yang baru dimilikinya.

Apakah kucing lebih penting berbanding mengulas tentang rasuah bagi seorang Perdana Menteri?

Adakah Najib kurang puas hati dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ini yang sekadar melibatkan ikan kembung, tamban dan cencaru saja?

Atau mungkinkah Najib seperti majoriti rakyat lain yang hanya berpuas hati dan gembira mengenai pembanterasan rasuah di negara ini jika rasuah tentang SRC International yang melibatkan "seseorang yang terang-terang menerima RM42 juta melalui akaun peribadi" turut dilakukan tangkapan dan dibawa ke muka pengadilan? (SH 06/01/2016).

57 comments:

  1. Nak ulas hal tangkapan rasuah macam mana tuan?. Lebih lebih ulas akan jadi macam tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri. mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.komen lebih lebih kelak macam dia meludah ke langit saja, akhirnya mendarat ke muka sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:49,,saya sokong 200% pandangan anda,,cukup bernas,tepat dan cukup pedas untuk MO1 baca dan fahamkan ........!!

      Delete
    2. Sudah 1600 tahun dah dinyatakan dalam kitab Talmud ajaran Yahudi utk penganut2 Freemason.

      Najib cuma penganut Freemason kelolaan APCO Yahudi ja. Tindas rakyat adalah ajaran bla k book Talmud. Bila la nak sedar kita semua ni? Tangkapan sumer topeng wayang ja.

      Delete
    3. Terbaik pandangan dari Anon 9:49, saya sokong 200%,,cukup bernas,,tepat dan pedas buat MO1 baca dan fahamkan........!!

      Delete
    4. kalau dia ulas pasal rasuah tu nanti jd kesipuan pulak

      Delete
  2. Rakyat dibongokkan dan pemikiran rakyat dilencongkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji DiCapati
      Tembolok DiDahulukan
      Rakyat DiJahanamkan...

      .. tiru Fan Tun hihihi

      Delete
  3. Budin,
    Dengan PM dari negara bergelut untuk membangun kalau seronok memuatnaik photo kucing belaan beliau utk kongsi cerita nampak sangat mentaliti beliau...jenis mamat dari kecil tak pernah hidup susah dan sudah besar pun jenis asyik goyang telor orang lain fikirkan untuknya...ini dinamakan PM paria menyusahkan rakyat.

    Budin Najib ini mana nak cakap pasal tangkapan rasuah sebab dia dah truma pada 2015 hampir hampir ditahan oleh AG Gani Patail dalam kes songlap wang RM 42 juta SRC..akhir sekali nak selamat mantan AG dipecat SPRM diganggu siasiatan jadi selamat tapi masih truma...Sekiranya PM jenis ini masih dipilih oleh rakyat terutama orang melayu maka sama la jugak mentaliti orang yang mememilih itu jenis paria dan sudah kufur dari ajaran syariat ISLAM kerana masih mengambil pemimpin TIDAK AMANAH dan ZALIM( sebab kebodohan dan ketamakan harta dunia rakyat tanggung beban kos hidup dan hutang)

    ReplyDelete
  4. Leo mcm muke bini M01...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la hina Leo tu...jauh beza muka bini M01 dgn kucing tu...mcm langit dgn bumi...hehehe

      Delete
    2. Memang la lain...
      Sebab rosmah ketot...

      Delete
  5. Shah,

    Najib will never comment on bahri, KSU's arrest and or the recent 16 charges on falcon ex bank manager in singapore yesterday. He knows his time is up.

    I am banking on zaid's case with AMBANK where najib has applied to intervene. With the singapore case, hearing this 11 january, and by entering a plead guilty, the game is almost over for najib. This case will prove beyond reasonable doubts that the 2.6 bil is from malaysian shiekh jho low. DoJ is also vindicated. If najib is allowed to intervene, its a self confession.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1001 excuses will be created soon.......

      Delete
  6. Kita mengalu-alukan SPRM membanteras rasuah tapi kenapa hanya fokus kepada penjawat awam? Kenapa penjawat awam saja yang menjadi target? Rasuah hanya berlaku dikalangan penjawat awam saja kah? Mengapakah SPRM memilih jalan selamat dengan hanya menumpukan penjawat awam?

    Bagaimana dengan 'jerung-jerung' besar seperti pak-pak Menteri, politicians, businessman dan Ketua-Ketua Bahagian?
    Ada sesetengah KB yang mempunyai kekayaan luar biasa. Semua orang tahu. Kalau di kampung-kampung tu rumah mereka yang paling besar. Kereta-kereta mewah bersusun. Gaya hidup mereka Masya Allah sungguh mewah.

    Rumah banglo besar, kereta-kereta mewah, makan di tempat high class dan kerap bercuti ke luar negara. Sebahagian daripada mereka hanya berstatus kontraktor kelas kecil tapi memiliki kekayaan yang tidak boleh diterima akal. Dari manakah sumber kekayaan mereka?

    Ada seorang KB baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan pemberian wang tunai sebanyak RM 1 ribu kepada 646 ketua cawangan. Dari mana dia dapat duit sebanyak tu? Apakah pekerjaan beliau sehingga memiliki wang sebegitu banyak. Mengapakah mereka-mereka ini tidak disiasat?

    Adakah mereka ini dikategorikan sebagai 'untouchable' yang kebal dari undang-undang? Adakah terdapat arahan-arahan supaya mereka ini 'no go area' kerana pemimpin atasan mahu mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap mereka.

    Membenteras rasuah itu satu pekerjaan yang mulia tetapi kerana tumpuan hanya kepada penjawat awam? Moral penjawat awam sekarang berada dalam keadaan all time low. Bukan kerana mereka merasakan diri mereka tidak bersalah. Yang salah tetap salah tetapi mereka merasakan diri mereka teraniaya.

    Seperti rasa dikambing hitamkan sedangkan rasuah berlaku di mana-mana di pelbagai peringkat dan jawatan. There is strong under current of dissatisfaction among them. They felt they have become a scapegoat to cover up for even bigger corruptions among the top echelons. Dissatisfaction and unhappiness among 1.6 million civil servants of this lopsided investigations which unfairly focusing on them is extremely worrying. They could express and translate their dissatisfactions when the time arrive; that is through the ballot box in the next PRU.

    ReplyDelete
  7. Orang yang mencuri, seorang penyamun,mukanya tak lah setebal kulit Gajah.... tapi Parti Pemerintah kebanyakannya begitu lah gambarannya sekarang di Tanah Air...

    ReplyDelete
  8. Jangan bela kucing pun guna peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri sudah lah .. dah lah cakap pasal kucing di tengah-tengah isu rasuah, dengan kucing sekali di bawak bercuti..

    ReplyDelete
  9. Salam, tuan budin..kalau nak tahu bab lain najib boleh komen tapi kalo bab rasuah najib tak boleh sentuh..sebab nama najib tidak boleh digandingkan dengan perkataan rasuah sekarang ni..buruk akibatnya bagi dirinya, keluarga dan parti politiknya...

    ReplyDelete
  10. Org kota belud bela kerbau...tak nak masuk fb atau twitter ke? Ka sana tarak line...

    ReplyDelete
  11. L lanun
    E ekonomi
    O orang

    N nama
    A anda
    J jangan
    I ingat
    B bersih....hehe mcm nak sepadan la pulak!
    Jadi takkan dia nak komen lebih2 kang tak pasal2 tersasul,langsung kantoi.
    Ikan membusuk dari kepala,ingat tu!

    ReplyDelete
  12. Sejak Bahri berhenti dp SPRM banyak sungguh tangkapan dibuat. Dulu apa dia buat tidur ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:10
      Ko ingat tangkap perasuah mcm tangkap ikan kat tepi pantai ke? Ko ni baru bangun tido ke apa?

      Delete
    2. You are right anon 14:22 .

      Anon 12:10 tu masih di buai mimpi .

      Samalah dengan kisah Najib 'launched' model baru Proton sebaik Mahathir lepskan jawatan Pengerusi .

      Kekadang tu geram juga dibuatnya kerana kebaculan mereka2 ini .
      Kekadang tu rasa kelakar dibuatnya kerana ke goblok kan mereka2 ini .

      Delete
  13. saja nak tanya. kucing tu betina atau jantan?

    saya percaya najib banyak membela kucing 'berkaki dua'. serupa dgn isu rasuah, ia tidak akan d dedahkan olih kerana ianya adalah 'taboo'.

    bercakap mengenai rasuah, pegawai2 kerajaan ada lah d takrif sebagai 'soft target'. amat bersetuju bahawa kita tidak bolih berkompromi dgn perbuatan rasuah.

    namun ia nya harus lah d basmi secara saksama. serupa juga dgn prostitusi, perbuatan rasuah akan ujud hingga k akhir zaman. Negara akan hancur jika ia nya d lakukan secara terangan/terbuka.

    malang nya,ini lah yg sedang/akan berlaku apabila pemimpin ala kepala penyamun/perasuah menunjukkan contoh/tauladan yg amat jijik.

    saya percaya jika kucing tersebut d beri pilihan, sudah tentu ia akan menolak utk d pelihara olih perasuah tegar agar dpt menghindar dprd menelan makanan 'haram'.

    bila pula najib bercadang utk membela ular - bermacam jenis ular ada ie drpd ular lidi hinggalah kpd anaconda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin pak rahman jpc;


      "saya percaya jika kucing tersebut dberi pilihan, sudah tentu ia akan menolak utk d pelihara olih perasuah tegar agar dpt menghindar dprd menelan makanan 'haram'.

      Yang ni saya setuju 100%. Kesian si kucing tu.

      "bila pula najib bercadang utk membela ular - bermacam jenis ular ada ie drpd ular lidi hinggalah kpd anaconda."

      Yang ni rasanya pak rahman jpc yang masih tak perasan. Najib telah pun membela ular dalam kuantiti yang ramai. Cuma ular2 yang dibela kesemuanya berkaki dua. Walaubagaimanapun tabiat membelit dan lidah bercabang masih tidak boleh dihilangkan, dah spesisnya camtu.

      Hehehe..

      Delete
    2. Jangan tudah najib...
      Nanti lobai hadi mereng maraahhh.

      Delete
  14. Memanglah najib x bolih ulas apa-apa pasal tangkapan sebab nanti 1.subjudis
    2.mereka x bersalah selagi belum dibuktikan bersalah 3.mereka yg di tahan tu tak tahu menahu duit berpuloh juta ,jongkong emas, barang kemas,kereta mewah,rumah mewah,geran tanah yg dlm simpanan mereka milik rakyat,mereka tak tahu,jadi mereka tak salah.oh..malay-si..a..ku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tak boleh sebab muka Nothing to hide, lpas tu Something to hide, sekarang dah Eveeything to hide. Rakyat berdoa agar cepat negara diselamatkan dari.musibah musibat ular2 biawak UMnuBeEnd ni. Ya, Allah, selamatkan lah kami.

      Delete
  15. simbolik :

    kucing - leo
    ular lidi - cobbie
    iguana - crocky
    murai - eagly
    puyu - pirny
    hamster - womby
    koala - grizzy

    contoh nama binatang yang mungkin diberi oleh mereka yang sebenarnya ingin menterjemah maksud atau menyampaikan mesej kepada umum siapa pemelihara sebenar....bela binatang comel tapi bagi nama gah, garang atau ganas...begitulah simboliknya nama yang dipilih...muka manis..watak lembut , sopan realitinya.....? tetapi mungkin setengah orang tidak tahu tentang tabiat kucing atau bapa kucing...bapa kucing ni apabila ada pasanganya yang beranak...dan ada anak kucing jantan yang baru lahir...tak kira berapa ekor pun pasti kesemua anak kucing jantan ini akan diburu dan dibunuh oleh si bapa kucing dengan cara menggigit putus kepala anak-anak kucing jantan tadi...terpulang anda semua samada mahu percaya atau tidak...ini memang kenyataan...sebab itu kita lihat ibu kucing yang beranak kecil akan sentiasa memindahkan tempat anak-anaknya...kebeberapa tempat sehingga anak-anaknya besar sedikit setelah boleh buka mata dan berdiri teguh...demi untuk menyelamatkan anak-anaknya dari dibaham bapa kucing....begitulah juga corak pentadbiran kita...takut melawan taukey...sisihkan sementara awal...sebelum nasi menjadi bubur..sebelum kudis menjadi tokak...sebelum kurap menjadi pekung..sebelum ulcer menjadi kanser... akan ada banyak lagi pembasmian dan penghapusan species-species begini...tunggu dan lihat...atau mungkin kucing yang bernama leo ini akan berusahasama dengan kucing adenan sarawak atau bertembung sesama mereka..tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  16. Itulah contohnya seorang PM jenis tahi kucing. Layak sangat gelaran ini.

    ReplyDelete
  17. Pegawai kerajaan didakwa rasuah
    Dia tak komen tak mahu susah
    Jika dikomen orang belasah
    Tidur malamnya resah gelisah

    Negara sendiri dia selamat
    Sebab jalan semua dah sekat
    Pak pandir pula taat berkhidmat
    Tukang siasat tak ada maklumat

    Bertuahlah kucing bernama Leo
    Putrajaya Mansion tempatnya tidur
    Kos bela high, bukannya low
    Rakyat dikampung menelan liur

    Ini kucing peliharaan khas
    Peneman isteri masa berhias
    Leo belajar dihantar ke kelas
    Peruntukan istimewa tak dicantas

    Kita dikenali rakyat Malaysia
    Nak cari rezeki semakin sukar
    Cukai pelbagai,dah naik harga
    Baik jadi Leo daripada manusia

    Hidup didunia jangan menunjuk
    Rakyat geram melihat yg buruk
    Ekonomi negara bertambah teruk
    Berbillion wang mana disorok?










    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari Fan Tun.

      Keep it up bro.

      Delete
    2. rimbun kangkung tumbuh melata,
      tikar mengkuang indah dijalin,
      bawa keluarga naik jet org mengata,
      bawa leo senang siapa pun tak komplen.

      Delete
    3. Leo = Leonardo di Caprio ke?
      I used to admire him as an actor but no more after 1mdb fiasco.

      Delete
  18. Saya pikir Najib mungkin nak mengulas tapi segan.Begini mungkin ulasannya:

    "Tengok,kebanyakan pegawai kerajaan dari level kerani sampai ke KSU mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa!!!Saya sebagai PM tak boleh pulak ke?"

    ReplyDelete
  19. Kadang2 saya terfikir juga sendiri......mungkinkah Najib ni benar2 tak bersalah?...sebabnya kalau kita tengok beliau tak pernah nampak macam orang2 yang bersalah ,waima dengan penyiasatan DOJ,Singapura dan lain2 negara lagi.Mungkin ramai pengomen2 disini yang tidak bersetuju dengan saya.Antara sebabnya saya berpandangan begitu kerana saya selalu terfikir akan sikap dan pendirian Najib yang nampak ok dan tak ada masalah dan sedikit pun tidak nampak takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brudder, kalau Nampak gelisah dan takut, habis la tu. Case Closed !!!

      Delete
    2. Maaf saya nak komen sikit. Memang nampak tak gelisah macam kita. Kalu saya pun tak akan gelisah resah kalu ada lembu2 yg hanya diberi dedak dok protect.

      Siapa saja cuba nak kaitkan dia dengan kesalahan akan dibuang kerja, ditukar dan tidak mustahil digertak. Kalu tak bersalah bagaimana dengan perbicaraan diluar negara. Sebenarnya saya yakin dia amat takut dan tahu dia tidak akan dapat dilindungi selama lamanya. Dia juga tahu dia tidak akan terlepas dari semua ini. Hanya Allah SWT saja yg mengetahui bila dan bagaimana dia akan terima hukuman. Saya tak ingin nak menghurai panjang lebar cuma banyak membaca dan mengkaji, saya pasti yg tuan akan bersependapat dgn saya tampa ragu ragu najib bersalah keatas semua pertuduhan keatas dia.

      Delete
    3. dont judge a book by its cover

      Delete
    4. ..1853..coverup.
      Cover lawa,
      Semua mukasurat basah lencun terkena kencing takut. Tambah2 semasa dia buat intonasi pidato theater...kononnya ala2 Sukarno la tu...piraaah Bijan , org kenai ko

      Delete
  20. Baru aku sedar kenapa orang kata "tahi kucing la !".

    ReplyDelete
  21. Cuba diletak jawatan hari ni, saya ingat tak cukup tanah dia nak lari.

    ReplyDelete
  22. Aku orang susah. Anak lak ramai. Aku rasa kos belanja seekor kucing tu lagi banyak daripada kos perbelanjaan kami sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kau malas kerja...

      Delete
    2. Lobai oh lobai... Pala utoh..mana 4 saksi Dan SD bg sokong kenyataan ko yg mamat nie malas keje..kesian kan?

      Delete
    3. Haji hadi ni perasan alumni newcastle. Perasan org lain x betul. Dia je betul.

      Delete
    4. 1740 pala utoh, komen mcm mabok todi terencat akal. nick Haji..Haji Pala Utoh ko!

      Delete
    5. Lobai hadi suka mencarut...

      Delete
  23. Ada pihak yang sengaja menghasut rakyat membenci kerajaan demi kepentingan mereka. SPRM dulu dan kini sama sahaja, matlamatnya adalah untuk membanteras gejala rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement kelakar.

      Kah kah kah

      Delete
    2. Sila dakwa kes SRC Dan 1mdb, jika tidak bawa kan 4 saksi bg menyokong kenyataan anda berserta SD sekali..lobai oh lobai... Pala utoh...

      Delete
    3. Selagi ksu tak dpt defend diri dia dan dia tak didapati bersalah, orang tak percaya dia bersalah. Sekarang ni macam2 bukti boleh disumbat dan diada2kan demi membuat pertuduhan. Tengok aje bagaimana media dibohong tentang kes dato bahri walaupun pengakuan dato bahri direkod.
      Yang kes felda pula skrang ni chairman diganti setelah habis duit felda semua dikitai. Mengapa tiada siasatan? Mengapa cepat tutup buku? Berbillion yg hilang.

      Delete
  24. KSU yg kena tangkap tu pun sbb dah lawan pak menteri

    ReplyDelete
  25. dia tunjok contoh, sbb kuching hampir ada pesamaan dgn kenching,bunyinya kan.
    kuching jantan sukaa pancut kenching merata- rata tampa mengira tempat tu rata atau tak rata dia pancut kenching
    habis-habisan sampe lichin rata.
    yg dudok d kuching lg kwat punya dia kenching....kwat dia punya kenching.
    kenching kwat.
    sama dgn amno haramjadah kwat kenching sampe mampuih.harus d ingat bila tambah kuching sebagai keluarga yg suka kenching rakyat ,bemakna lg rame kaki kenching lg baguih dia punya kencing.
    mlayu akan terus d kenching oleh puak amno haramjafah sampe mampuih.
    lepas kenching boh berak sama yob..
    malaisa aman makmog bangunan bertingkat tingkat ,dlm masa singkat..

    ReplyDelete
  26. Kepala timun punya perdana menteri.

    ReplyDelete
  27. Pencuri di tangkap
    Penyamun di hukum
    PEROMPAK TEGAR ?

    siapa kah PEROMPAK TEGAR yang masih bebas ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...