Friday 13 January 2017

LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!


Apa pilihan untuk Annuar Musa?

Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran  apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.

Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya saja.

Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi. 

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

"Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

"Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.

Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?

Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?

Nampaknya sekali lagi Annuar keliru. 
Isunya bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?

Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Mara pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.

Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.

Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.

Jika tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.

Siapa lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.

Paling wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya. (SH 13/01/2016).

65 comments:

  1. Ketua Penerangan Umno pun tak boleh nak terangkan perkara sebenar, inikan pulak macai2 umno. Lagi celaru..komen pun merepek macam tahu semua perkara. 1998 & 1999 sebagai menteri pembangunan luar bandar lagi dah sapu peruntukan pprt kelantan..sampai la skrg perangai tak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu ada kesah? Selagi boleh suap nasik ke mulut, sori la. Berapa kerat sgt yg peduli pun. Rembat duit terus berjalan walaupun kantoi, tersembam, tertonggeng, jolok jubur, tertogel.. dah nama pun UMNO.

      Kalo bole tunjuk sekor UMNO yg baik pun jadi la, saya dgn rela hati untuk membunuh diri tanpa prejudice.

      Sengal UMNO ni, dari ahli dan JKK hujung kampung ulu banat tempat jin bertendang hinggalah ke PM Tunku sampai PM Najib, sengal UMNO x ada kesudahan. Setiap saat pikiaq nak merembat, aniaya org dan segala mcm haramjadah lagi berulang2 tanpa jemu mengkepalabutuhkan rakyat dan org keliling.

      Kes ni senang ja sapu masuk bawah karpet. Kali rembat berbillion pun rakyat boleh kowtim, apa la sangat nak harap SPRM pi kacau. Cirit birit dlm sluar la lari lintang pukang. Sembang pegawai gomen, gunung pun boleh runtuh.

      Delete
    2. APA pasal pulak nak letak jawatan. Suruh Azmin letak jawatan dulu, yang balun rm40B Dari DIEG, Dan 2.9 billion lagi bagi pada konsisi Air Selangor bila lagi nak letak jawatan.

      Delete
    3. Ala utoh ko lah annuar bin musa.

      Delete
    4. 7 : 13"
      Acai dedak

      Delete
    5. Anon 7.13 ada bukti ke? baucer ke? invois ke? dokumen berkenaan?

      Delete
    6. Anon 7:13 korang takyah suruh buat apa pun.. Org cam dia ko mintak apa pun mmg tuli.. Jari bergerak bersendikan dedak, otak mentafsir bersandarkan dedak.. Bukti apa korang nak ngan anon 7:13? Resit dedak ada laa.. Wakakakaw

      Delete
    7. Betul tu anon 20:44,

      Nanti ada pula golongan yg bebal berkata "umno dulu okay, sekarang yg tak okay" kahkahkah.

      Umno ni jadi haramjadah bukan baru sekarang TETAPI sejak dulu sampai sekarang.

      Mujur masih ada yg celik hati macam anon 20:44

      Delete
  2. MARA dah jadi badan amal..kesian melayu lain yg lbh memerlukan.

    ReplyDelete
  3. Ini lah sifat umnongok, kaki penipu. Contohnya Annuar Musa ngok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janggut dia pun "tak centre" ini kan pula kita nak harap kepimpinan dari beliau,

      Confirm kepimpinan nya pun "tak centre"

      Delete
  4. Puak ni cari makan... Mana mungkin nak lwtak jawatan.... Maruah dh x penting.... Dedak yg penting

    ReplyDelete
  5. Dari PM sampai kepada pemimpin biasa dlm umno semua nya kaki menipu dan pendusta..malangnya org melayu yg mengaku islam sebagai pegangan dan beriman dgn Allah swt banyak yg masih menyokong semua pemimpin dusta ini...walau pun dgn terang hadis riwayat at tarmizi menyebut yang Rasullulah tak mengaku umatnya sekiranya orang tersebut menyokong pemimpin pendusta dan zalim

    Wahai melayu yg memuja umno dan najib sedar dan insaf lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya ramai pakcik2 dan makcik2 di kampong2 dan felda tak tau pasal putar belit ni. Benda ni mana ada keluar dalam media arus perdana???

      Hal bicara di Singapura tu 90% pakcik makcik di kampong2 tak tau. Yg 10% lagi tu mungkin paham bila diterangkan oleh anak dia orang......macam yg saya buat.......atau mereka celik dengan berita2 yg berkisar di alam internet.

      Kita semua ada tanggungjawab untuk menyedarkan sedara-mara, atok nenek dan kawan2 kita di kampong yg kurang pengetahuan tentang penyelewengan yg berlaku ni.......perkara ni perlu kita hadamkan dalam diri mereka di kampong2.







      Delete
    2. ...setuju dgn pendapat phantom...idea yg ckup baik...elok mula dri laa...x yah tunggu dah...

      Delete
    3. Eh j3k lama tak keluar komen,gy bertapa ke?Apa khabar mu disana.

      Delete
    4. Thats the spirit Phantom ...keep it up the good job bro, Malaysia Tanah Ayer Kita, we need to rid those bastards for good right up to GE14!

      Imagine they employed their gestapo-tactic going after students protesting 1MDB issues and PTD officers with immediate reprimand...it showed not only the lead-pirate-bugis and his band of yes ministers-thieves, government agencies and the people running it are rottings at a speed if not stopped, the whole country and systems may just implodes!

      My Doa may more of you/us doing the same imparting the senses into the rural folks.

      They are bunch of sensible and peaceful 'straight' people, by that I meant these kampung people just wants a simple comfortable life but they need to realise the country burns and each and everyone of us will be affected, bigtime!

      Salam dari Nth America.

      MLN

      Delete
    5. 4.05....thank you for your support Bro. May Allah bless and lead all of us to the right path....ameen.

      Let us all together do the necessary to give the right information....right story....right news.....starting with our parents, siblings, relatives, friends and especially those in the rural areas and kampong2.

      In the rural areas and kampong we should start with the "leader" who leads the people such as penghulu, imam and those who have large followers.....therefore all the correct information will be spreaded smoothly.

      In order to make them understand use all the related media/methods......you-tube, online news etc as helping tools. I've done this to my parents, uncles/aunties and the entire family.......and it proved to be a successful method.

      Wish you all the best.
      Wassalam.

      Delete
  6. Lebih baik memuja UMNO dp memuja DAP yg telah merampas hak2 melayu Dan mempersendakan Islam dg ruu babi dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sangat memuja berbilion duit rakyat yg hilang lesap dirembat penyamun.....tetiba negara tanggung hutang macam gunung.

      Aku sangat memuja bermilion duit rakyat lesap dibayar pada Aabar Ciplak......kemudian kita tak dengar kabar berita pasal duit tu lagi......senyap terus. Tah mana peginya duit tu??

      Aku sangat memuja balik2 nama 1MDB tu jugak yg dikait sebut dalam prosiding bicara mahkamah di Singapura. Apa dah tak der nama company lain ke dalam dunia ni yg boleh disebut.......apa asik2 1MDB jer yg berkait dengan pengubahan wang haram di Singapura tu???

      Aku sangat memuja majalah bertaraf antarabangsa Time melaporkan Malaysia negara ke2 tertinggi rasuah. Bangga woiii.......!!

      Aku sangat memuja ilmu toyol dah berkembang dalam masyarakat kita ni. Ada yg dah jadi billionaire dengan ilmu ni.

      Errrrr........siapa yg dilaporkan oleh Finance Asia sebagai Asia's Worst Finance Minister 2016??

      Teruskan memuja dan memuji..........


      Delete
    2. Inilah yang dikatakan orang "bodoh sombong". Lebih baik tak diberi otak kerana tak digunalan langsung.

      UMNO curi duit kau beribu juta masuk kocek sendiri, tiap tahun lempar 1 ribu ringgit BRIM, kemudian naik harga petrol, gula, tambang, tol. Tambah lagi GST. Sekarang masa hujung bulan, duit petrol motosikal pun tak ada ....

      Duit tu semua masuk kocek DAP ke ???? Duit tu "kerajaan" yang kutip, masuk kocek UMNO. Dia orang makan daging ayam, kau yang dapat tulang ayam. Masih nak puja UMNO???

      Bodoh! Bodoh! Bodoh!!!

      Delete
    3. Aku masih boleh tolak ansor dalam semua hal kecuali mempersenda Islam Dan Melayu.


      Delete
    4. Sorry aku masih boleh tolak ansor dalam semua hal kecuali melayu yg meranapkan melayu.......melayu yg mencuri hak melayu dan melayu yg guna agama untuk perdayakan melayu.

      Delete

    5. Ko dg kepercayaan ko
      Aku dg kepercayaan aku.


      Delete
    6. Anon 22:17. Go fuck yourself.
      Klu kamu orang yg hina, kamu patut dihina tidak kira Melayu,Cina,India,Kadazan,Orang Asli ataupun kaum yang lain.
      Tidak kira kamu Islam,Christian,Buddism atau agama lain.
      Kalau dunia ada lebih ramai orang seperti kau, dunia patut khiamat.
      I dont know what is the right name to call you or descripe you but i know one thing for sure the earlier you vanish from this world is the best thing that happen to humanity.
      You are worst than animals.
      Inilah komen saya kepada manusia durjana seperti kau,yang tidak ingin membezakan antara betul dan salah atau baik dan jahat tetapi asalkan Melayu dan Islam kamu tidak boleh tolak ansur. Fucking Racist.
      What if I tell you that I cannot except 1+1=2 and I can only except 1+1=3 bcoz I am Melayu and Muslim, can you except me or you will say I am an idiot. Jawap jangan tidak jawap. Binatang.
      Saya boleh bertolak ansur dalam semua hal tidak peduli dari mana2 bangsa atau agama tetapi salah tetap salah. 1+1=2 tidak boleh =3. Tetapi saya tidak boleh tolak ansur dengan binatang seperti kau. Fucking Racist.

      Delete
    7. Setuju dengan Tatang Ka.....aku pon dah muak termuntah dengan racist issues yg dimainkan puak klepet ni...!!

      Delete
    8. Saya HANYA bertolak ansur kepada KEBENARAN. Yang benar saya sokong..yang salah saya mahu dia dihukum!
      Tidak kira dia Melayu , Cina, India dll. Tidak peduli dia Islam, Kristian, Buddha, Hindu dll.

      Masalahnya sekarang ramai yang menyokong pemimpin yang terbukti telah menipu dan mengkhianati rakyat negara ini..sedangkan Islam itu sendiri mencela sikap pemimpin sebegitu.

      Mulut cakap Islam dan Melayu tapi tindaktanduk langsung tiada aura Islam dan Melayu...amatlah MUNAFIK orang seperti itu. Sekian

      Delete
    9. Tks bro Phantom and Orang Sabah dan sesiapa yang bersependapat dengan saya.
      Kutuk habis habis kepada yang racist.
      Kita sama sama manusia dan rakyat Malaysia.
      May God bless all, whatever religion and to Atheist carry on in what you belief.
      To humanity, we are the same. Just find what is right, dont find fault.

      Delete
  7. Dia ini pernah dulu disyak mencuri dana untuk orang miskin. KSU nys pula didakwa.

    ReplyDelete
  8. A.Bapa borek anak rentik.B.kemana kauh jatuh tak ke nasi.C.Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
    Jawapan yang tepat di kehendaki kadar segera kerana PRU 14 sudah dekat .mana mau lari.

    ReplyDelete
  9. Din, jikalau dia letak jawatan, dari mana dia dapat lebih dedak ...

    ReplyDelete
  10. Nuar pak ce ingat rakyat cam kambeng.

    ReplyDelete
  11. Sebijik cakap pusingnya macam tunku aziz ari tu, dedah tentang pakatan pembangkang, diminta bukti..org dituduh disuruh bersumpah pulak..yg sinuar ni , mula tak ngaku, bila dah tunjuk bukti, kata urusan dia telus...mangkuk ni paham ke masalah di sini, masalahnya ko ambik duit peruntukan org belajar untuk team bola ko..wajarkah tindakan yg ko buat...pemimpin jenis apa itu pun x leh pikir..jangan ler asyik alih tiang gol..

    ReplyDelete
  12. Sebijik macam MO1 cakap berpusing-pusing dalam bab derma berbilion-bilion tuh.

    Sebab tu la MO1 appoint dia ni, sebab nak cari kaki kelentong yang sama dengan dirinya. Senang nak kawal.

    Apa pun saya nak tau pasal syarikat The Red Warriors Sdn Bhd ni, adakah sykt ni yg terima sumbangan dan wang sumbangan dilepaskan ikut suka hati pengarah ja. Brp derma masuk akaun Anuar Musa, sekiranya adalah.

    Anuar dan tersepit ni, Ismail Sabri pun dah keluarkan arahan agar tajaan MARA selain daripada pendidikan digantung.

    Desperate camna pun Anuar akan gertak Najib balik dan Najib yang banyak hantu bayang-bayangnya akan terpaksa butakan matanya.

    Lagipun bukankah Najib sendiri adalah tok guru mereka semua?

    Masih ingat Isa Samad di FGV?

    Petanda keseluruhan pimpinan UMNO dah rosak beyond repair. Kena nyahkan seluruh grup ni dari persada kuasa.

    Tak lama dah. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak borek anak rintik
      Bapak jaws anak jerong
      Bapak klepet anak pencopet

      Delete
  13. Apasal kena kona kiri kona kanan baru ngaku?

    ReplyDelete
  14. Kaki kencing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut perangai lobai hadi...
      Kaki kencing...

      Delete
  15. Kenapa lah melayu mcm ni,makan rasuah,jual tanah rakyat mkn duit rakyat,tak amanah,penipu,makan dedak,dll,semua melayu,ada dengar bangsa lain buat semua tu ?..

    ReplyDelete
  16. Bodoh la sinuar ni..kalo x de duit untuk team bola, jgn le ambik duit budak nak belajar, pegi le mintak derma kat pak arab sana mcm sahabat kata, kalo najib boleh dapat 2.6b...takkan ko tak boleh, tak gitu sahabat??? Hahaha..

    ReplyDelete
  17. PATUT LAH BIASISWA ANAK SAYA DI BERHENTIKAN ..SEBAB NAK TAJA RED WARIOR RUPA NYA..BARUA NI MENGATA TUN MAHATHIR TAK INGAT DUNIA..SEKARANG BARU PADAN MUKA..DASAR TAK MENGENANG BUDI..
    PERGI TERJUN SUNGAI KELANTAN LAH..

    ReplyDelete
  18. Bila MARA nak sponsor Perlis, kedah, penang....sehingga ke sabah? Tak aci la sponsor klantan jerrr. Takkan team bola jerr ...tak nak sponsor kaa team lompat tinggi, lompat jauh, lumba basikal, lumba rempit....

    ReplyDelete
  19. Hok nila ambo benar2 tabek ko anak Raja Johor ni.....berani dan cerdek.....padan ngan muko siNuar Musang tu!!.......

    ReplyDelete
  20. Umngok umpama kereta yang total lost,,,tak boleh direpair,,,klau repair pun jpj tak luluskan, atas faktor keselamatan,,kerana stuktur nya sudah rosak teruk,,,kena beli kereta yang baru,,,,, kita sama2 tunggu komen Tun M terhadap pemakan dedak yg tegar,,,,kerana dedak boleh mentranformasikan sesaorang itu menjadi sangat berani berbohong, menipu dan kaki kelentong tahap first class

    ReplyDelete
  21. Kes 1MDB juga tiada apa yang salah,kerana semuanya dilakukan dengan lancar sehinggalah duit dapat dimasukkan ke akaun najib dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  22. Walau bagaimana pun,tahniah diucapkan kepada Annuar Musa kerana berjaya mendidik pemain bolasepak yang menang hadiah Puskas tu.Lepas ni boleh lah pulak bawa pasukan Klate terus ke Piala Dunia.

    ReplyDelete
  23. Najib kini ingin berlepas diri daripada gelaran yang dikurniakan DOJ US kepada beliau iaitu MO1. Diversion yang boleh dibuat ialah dengan tudohan rasuah. Tak mustahil angka 90 juta kepada pimpinan Pas dalam SR sebenarnya dibocor oleh Najib. Apa lagi duit Pengarah Syarikat Air di Sabah. Malah dokumen salahguna tajaan pendidikan MARA oleh Annuar! Kebocoran yang diterajui SPRM yang diketuai oleh salah seorang pembersih MO1 sangat mencurigakan. Lebih banyak NFA akan disaksikan bila PRU14 selesai kerana drama skripnya basi dan penonton dah muntah teruk.

    ReplyDelete
  24. Lebih baik MARA samada UNIKL labur duit tu untuk kemajuan sukan bolasepak sendiri. Macamana UiTM bina pasukan Bolanya atau UNIKL bina pasukan Hokinya, kerana pemain yang berstatus graduan boleh menyumbang kepada pembangunan sukan negara.
    Adakalanya nyanyuk tak kenal usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana layak jadi menteri umno kalau tak menipu...

      Delete
    2. Macam perangai lobai hadi...
      Kuat menipu...

      Delete
  25. Banyak udang banyak garam
    duit bergudang dia melaram

    emas perak tembaga suasa
    dia borak habuk pun takde

    lain dulang lain kakinya
    si dalang, dialah orangnya

    makan nasi dengan garam
    alasan basi rakyat geram

    orang berbudi kita berbahasa
    Mara punya money buat penaja

    tak tumbuh tak melata
    tak sungguh rakyat tak kata

    siakap senohong gelama ikan duri
    bercakap bohong glamour jadi menteri

    ReplyDelete
  26. Rangkap yg last tu terrrbaekkkk bro !!

    ReplyDelete
  27. Agaknya itulah antara isi pen drive yg TMJ bagi pada si KJ haritu gamaknya

    ReplyDelete
  28. Rakyat Diperbodoh14 January 2017 at 03:42

    Kalau kepala ikan, yg dah membusuk...
    Masa kan isik badannya diyakini masih lagi fresh....???

    ReplyDelete
  29. REMBAT bola MELENCONG,
    REMBAT duit MELANCONG
    REMBAT duit bola..?

    ReplyDelete
  30. Pagi pagi baca blog en budin.ni depressed terus..tp klu x.buka x tau apa cter pula...bler la nak pru ni

    ReplyDelete
  31. 04.49...bila dah rembat duit bola..kenalah jadi pocong..lompat sana lompat sini nak cari idea lepaskan diri sampai mulut dah naik muncung...semua ni asas belajar dari ah chong...sana chong sini chong..last last kilang dedak pun kena chong...

    ReplyDelete
  32. 04.49...bila dah rembat duit bola..kenalah jadi pocong..lompat sana lompat sini nak cari idea lepaskan diri sampai mulut dah naik muncung...semua ni asas belajar dari ah chong...sana chong sini chong..last last kilang dedak pun kena chong...

    ReplyDelete
  33. MARA

    Majlis Amanah Rakyat

    Majlisnya ada.
    Rakyatnya tetap ada.
    Mana Amanahnya?

    Kalau dah Ketua Kerajaan tak amanah...apa lagi anak buah.

    Amanah umpama bola sepak juga....sepak terajang tak ada arti lagi.

    Cuba sebutkan siapa yang ada "amanah" dalam pentadbiran Najib?

    MO1 Pencuri!...
    Jahannnam!...
    Kumpulan ini yang masih anda nak sokong?

    Ada mata pandang
    Ada telinga dengar
    Ada mulut...cakap guna akal

    Akal membezakan manusia dari haiwan

    ReplyDelete
  34. Mara adalah singkatan dari nama Majlis AMANAH Rakyat.
    Nyata sekali sudah tidak ada AMANAH dalam peneraju Mara..
    Dana badan yang diwujudkan bagi mempertingkatkan kedudukan sosial, ekonomi dan akademik bumiputera telah disalah-guna secara terang dalam bidang yang tiada kaitan langsung dgn matalamat teras kewujudan Mara.

    kalau tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggung jawab atas penyelewengan ini maka sebaiknya buang perkataan AMANAH dari singkatan Mara itu..

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. Majlis Raja Raja perlu juga bertindak kerana ia telah melibatian Raja Raja Nelayu.

    ReplyDelete
  38. Kalau kau CEO syarikat swasta,dah lama kau kena pecat Annuar. Macam mana kau boleh buat keputusan taja pasukan bola pakao duit pendidikan. Serius aku tak paham. Kau buat keputusan sorang2 atau board Mara approved jugak? Kalau board approved,board sekali patut kena pecat. Memalukan! Kalau TMJ tak dedahkan,takde org tau kau pakai duit Mara nak taja TRW.

    ReplyDelete
  39. Kalau kau CEO syarikat swasta,dah lama kau kena pecat Annuar. Macam mana kau boleh buat keputusan taja pasukan bola pakao duit pendidikan. Serius aku tak paham. Kau buat keputusan sorang2 atau board Mara approved jugak? Kalau board approved,board sekali patut kena pecat. Memalukan! Kalau TMJ tak dedahkan,takde org tau kau pakai duit Mara nak taja TRW.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...