Wednesday 11 January 2017

SINGAPURA KINI KIAN HAMPIR KEPADA JHO LOW?


Seorang lagi dihukum penjara di Singapura berkaitan skandal 1MDB. Kali ini ia melibatkan bekas Pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura, Jens Sturzenegger, seorang warganegara Switzerland.

Beliau mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan gagal melaporkan urusniaga berpotensi jenayah melibatkan berbilion-bilion dollar dan berbohong kepada pihak berkuasa negara itu bagi melindungi kepentingan kewangan Jho Low.

Tetapi, sebagaimana yang dilaporkan media pada 5 Januari lalu, Sturzenegger sebenarnya sedang berhadapan dengan 16 pertuduhan oleh pihak berkuasa Singapura.
Atas pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan itu, beliau dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000. 

Sehingga ini, Singapura sudah menghukum penjara dan denda kepada empat individu berhubung penyiasatan yang mereka jalankan berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, Yvonne Seah Yew Fong, Yak Yew Chee dan dan Yeo Jiawei iaitu pegawai-pegawai daripada BSI Bank sudah pun dijatuhkan hukuman penjara dan denda atas kesalahan masing-masing.

Kedua-duanya, BSI Bank dan Falcon Private Bank juga sudah pun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa kewangan Singapura, MAS.

Kesalahan melibatkan Sturzenegger sehingga beliau dihukum penjara selama 28 minggu dan didenda S$128,000 ialah berkaitan pemindahan mencurigakan sejumlah AS$1.262 bilion melalui Falcon.
Laporan-laporan media sebelum ini mendedahkan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib juga adalah melalui Falcon, tetapi Perdana Menteri mendakwa ia merupakan derma yang diterimanya daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Bagaimanapun, kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS mengatakan kemasukan jumlah keseluruhan AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta ke akuan peribadi "Malaysian Official 1" adalah wang 1MDB yang dilencongkan.

Sehingga ini, dakwaan Jabatan Kehakiman AS itu tidak pernah dinafikan oleh sesiapa.

Dengan keputusan terbaru mahkamah di Singapura ini, apa yang paling mudah difahami ialah pihak berkuasa Singapura kini semakin menghampiri ke arah Jho Low.

Unit jenayah kolar putih Singapura sebelum ini telah mendedahkan bahawa Jho Low adalah orang penting dalam penyiasatan mereka berkaitan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Mereka juga sudah pun merampas akaun bank dan hartanah bernilai S$240 juta milik Jho Low dan keluarganya.

Setelah beberapa individu disabitkan bersalah serta dihukum, jika urusan mendakwa Jho Low dilakukan selepas ini, ia akan menjadi lebih mudah bagi pihak berkuasa Singapura membuktikan kesalahannya.

Apa jadi jika Jho Low didakwa?

Dan siapa pula yang "berasap punggungnya" di Malaysia? (SH 11/01/2017).

33 comments:

  1. Alahai sikit je kena denda berbanding dgn komisen yg dia dapat slpas pindah duit berbillion. Harap harta dia pun kena rampas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore ada bisnes entreport yg hebat walaupun xder sumber hasilbumi yg memberangsangkan. Negara ciput ada integriti mai kot mana?? Abih sumer kluarga Kuan Yew boleng bisnes.. faham setup dulu.. 2x5 ja dgn US pun..

      Ingat x lagi keluarga Taib Mahmud and the gang bila diinterview oleh mat saleh GlobalWitness tu.. biaq saya bubuh link kat sini..

      [https://youtu.be/_1RRNggnM6A]

      Singapore mmg syurga money laundering sejak puluhan tahun lagi. Switzerland pun 2x5 ja. Kes ni sama saja mcm kes Gani Patail dipaksa resign, Kevin kene simen, Mukhriz-Muhyiddin kene tendang kluaq UMNO.

      Takkan wayang sejemput ni pun kita nak kecoh? Family Taib Mahmud boleh selamat.. Najib pun keluarga dia jugak.. setup pulak si Taib ni jadi Raja Sarawak.. hihi..

      Melayu biasa la. Lambat hadam. Tambah pulak cakap English simple2 mcm Faiz Subri semalam pun, dah cirit birit. Inikan pulak taruk accent Jawa sikik mcm Zahid Hamidi. Buleh bungkuih trus.

      Delete
    2. Critical thinking and thinking out of the box..tabik spring.

      Delete
    3. Se ekor lagi di Malaysia ada liat sikit sebab bijak bodoh-bodohkan rakyat,, terutama orang-orang Melayu pantang nampak dedak......!!!

      Delete
    4. sprm sedang menjalankan siasatan. tengok vedio rasuah menteri sambil mkn keropok lekor.depa pun leko gak sampe mampuih..

      lazimnya sapa yg kena siasat sprm akan lompat banggunan sbb byk kedarah duit haram,.....kelaku jadi mcm haramjadah..taktau kelaku sapa.
      yg melompat atau yg menyiasat..
      kalu sprm siasat bapak mentri. sprm pulak akan lompat banggunan..sebab bukti haram .
      untok elak dari lompat bangunan elok jgn gatai nak siasat,sampe toa kmdian pencen..bila pencen pi masjid wirid sampe mampuih.
      kalu mampuih atas sajadah alhamdulillah jamin sorga.wa ckplu.

      aku juga jadi kulibatak cina sampe toa.bila mampuih esok-esok taktau nak hantag pi mana sorga atau neraka. harapan teman biorle sorga sbb neraka donia teman dah merasa dekat perai, kilang masak kaca. kawan aku kata neraka donia..
      teman pening.teman nak pi pekena ubat sat..

      Delete
    5. Kilang masak kaca...panaih nak mampoih tuuuu

      Delete
  2. Sekarang ni kita nak respect org kafir ke orang islam??? Orang kafir bila dah ditunjuk bukti dia mengaku bersalah tapi orang islam tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lge ada kaki pembohong paling besar, sebelum pru tahun 2008 dulu dia berjanji akan memberi RM5000 kepada setiap kakitangan kerajaan negeri jika DAP menang. Satu sen pun tarak. temnerang saja kuat. Memang tak boleh caya apa pun.

      Delete
    2. Betoi Kah? Ada 4 saksi dgn SD.. Klu dak lobai kata fitnah.. Dosa besaq sama mcm membunuh.. Masuk neraka jahanam.

      Delete
  3. Reformasi juboq Najib11 January 2017 at 21:21

    Hidup rosmah! Mati umno!

    ReplyDelete
  4. Budin, skripnya dah diatur. Swmua yg didakwa akan mengaku bersalah dan tak perlu lagi panjangkan bicara. Jho Low dan sesiapa yg terlibat tak perlu lagi dipanggil utk jd saksi.
    Yg mengaku pun dah kaya, lps tempoh penjara tetap kaya dgn ank cicit tak hanis lagi harta yg terkumpul.

    Kita? Terus melopong dipermain org melayu tamak bangsawan. Cina bangsawan. Kapiaq bamgsawan.

    Kita melayu mesti bersatu utk ganti kerajaan najib ni dgn kerajaan melayu yg lbh baik.
    Muhyidin ka Mukhriz ka, atau sesape pun layak jd PM asalkan lain dr geng penyagak.

    ReplyDelete
  5. Lobai2 akan minta 4 saksi Dan SD utk buktikan dakwaan pak budin ni.mustahil bg hujjatul Islam bijani al pondani yg maksum dan yg telah bermutaah dgn lobai sedonia juga maksum utk terima.apa2 pun sumbangan yg lobai terima tu halalan toyibban krn ikut fatwa mufti yg dkt dgn tuhan Dan berilmu,ini di benar kan dgn syarat kena kumpul pahala banyak2 utk menebus syurga..tu lah doktrin lobai.. Ttg konsep hamba tu mcm mana pulak... Mari Kita dgr pencerahan lobai2 bg Kita yg swam lg jahil INI.

    ReplyDelete
  6. Ooo...Al Jho Low lah rupanya pak arab yang pak zahid jumpa tu..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul...betul. aku setuju. Mmg jolok tu zahid pi jumpa. Balik Msia dia kata jumpa tok arab.
      Penipu punya zahid. Dia ingat rakyat msia ni bodoh mcm dia jugak.
      Oii zahid kalau kau bodoh kau jgn ingat orang lain pun bodoh mcm kau juga..

      Delete
    2. Zahid ni komidi betul

      Delete
  7. Minta negara singapura meminta interpol menangkap si JLO.habis kecoh Malaysia ne.Dulu ingat lg kutuk melayu UMNO..tak nk tunggu cina JLO citer hal sebenar jeng2...senang je nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan ada kuasa yg cuba sedaya upaya pertahankan Jo Lo dari didakwa sebab kalo mamat tu kena dakwa......habis licin semua pekong yg selama ni disimpan terburai bersepai. Ini sangat bahaya.

      Jadi akan ada satu usaha yg bersungguh-sungguh dibuat untuk cegah dari mamat badak tu dibicarakan.....

      Delete
    2. Jangan kena simen dalam tong drum sudah...

      Delete
  8. Aku rasa walaupun nama jho low naik, diorg x boleh pun nak extradite dia ke singapore unless dia pi sana dan ditangkap yg mana tak mungkin akan berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interpol red notice....pernah dengar?

      Delete
  9. Data transaksi elektronik bank dan email tak boleh dipadam dari server, kecuali private server, macam hillary buat...tanya org kerja bank, boleh jelaskan. Sbb tu kes di spore sebenarnya tak susah. Pertama, dakwa bankers kerana mereka uruskan transaksi. Ke dua, dakwa jho lho kerana dia yg authorize kan transaksi, dia yg empunya akaun. Banker yg dah kena dakwa pasti akan jadi saksi pendakwaan, dah buat deal, sebab tu hukuman ringan. Ketiga, keempat, kelima....mungkin berhenti di ke dua. Kjaan spore boleh mengambil kesempatan kes ini untuk tujuan kepentingan mereka. Bukan duit dia orang pun. Mungkin dia org bagi DoJ take over lepas ni. Sahabat kita dah terdiam...analisa dia tahap ciput, out habisss. Jelas dia yg jahil, tak paham kes.

    ReplyDelete
  10. Tunggu dulu penjelasan Sahabat...dia tak jahil macam kita!

    ReplyDelete
  11. Kisah Singapura dilanggar todak
    dibuang ke laut kesiannya budak
    Singapura penjara perasuah dedak
    Dia relaks macam tak nampak

    rakyat di nasihat rasuah tak elok
    Pada rasuah jangan mengangguk
    nasihat baik, lakunya buruk
    rupa rupanya, dia pun cilok

    Kes Singapura ramai kecundang
    Tolong aturkan billion yang hilang
    Negara sendiri tak boleh menghalang
    siapa menentang 'digelar petualang'

    kononnya dia pembela Melayu
    untuk Islam sedondong Tuan Guru
    yang keluar mulut, semuanya palsu
    rakyat sengsara tak macam dulu

    mana Jo low si montel Cina
    apa jasanya kepada kita
    lari kesini lari kesana
    enjoy sakan beratus juta

    salah laku mana nak surok
    keluar asap terbuka periok
    wap yg keluar berbau busuk
    kabinet dapur bertambah teruk

    kita marah, nak gelak pun ada
    tengok muka dia selamba
    lagak konfiden konon nak cover
    macam tak salah tak buat apa...









    ReplyDelete
  12. Jangan confident sangat Tuan Budin. Apa yang Singapura buat tu sekadar PR exercise jer. Nak tunjuk depa ada mengambil tindakan terhadap kes ni. Lagipun individu-individu yang kena within their reach. Within their jurisdiction.
    Semuanya warganegara dan expatriates yang tinggal di Singapura. Yang kena setakat ni boleh dikatakan semuanya kategori lightweight. Jho Low and the big bos tu dah dikira different league. Way too big and way too powerful. Depa ni kategori ikan yang terlalu besar. Pukat Singapura tak cukup depa. Keringat pun tak ada nak tarik ikan-ikan ni.
    Diorang ni dikira untouchables especially Jho Low pasal payung dia besaq. Singapura pun pikir dua kali to dip deep. Apa yang depa duk buat la ni at least nampaklah depa duk ada buat something berhubung kes ni. Tak adalah macam tak ada buat tindakan langsung. Lagipun kes ni dah meletup satu dunia dan Singapura merupakan salah satu tempat washing machine di mana duit-duit curi tu digubah dan disimpan. Depa kena nampak yang depa ada juga ambil tindakan walaupun yang kena tu nampaknya minions jer.

    ReplyDelete
  13. Tak usah diperjelas mcm mana pun JingJilatJuboJibbyjahiliah, tetap kata boss dia betul. Sekalipun terang bersuloh.
    Bukannya mereka disini utk behujah, cuma nak alih tiang atau padan api utk redakan suhu panas didubur tuan2 mereka.
    Mcm2 sabotaj ruang dilakukan. MO basi
    ini semua kerja dangkal.
    Elok tidak dipedulikan pun puak bingai JingJilatJuboJibbyJahanam ni semua.
    Yg paling kasihan , bila upah dedak basi dan lendir pekong taik low tu, mereka beri makan pada ibu bapa keluarga malah anak sendiri. Ini tetap paling kesian.
    Dalam pada tu sekali sekala lebai dubok akan lalu sini mencari sisa taik low. Adoi lagi la kesian.

    ReplyDelete
  14. Mungkin CHINA akan back up M O 1
    atas dasar setia kawan kerana M O 1 dah LELONG utiliti negara kepada mereka
    Dan kontrak ketapi juga di berikan kepada mereka

    Dengan SINGAPURA ada kerjasama kontrak ketapi pantai timur
    Akan kah SINGAPURA mendakwa M O 1 ?

    Apa pulak kira kira tolak campur bahagi M O 1 dengan MALCOLM TURNBULL PM AUSTRALIA
    Tak kan bercuti kan AUSTRALIA baru baru ni semata mata bercuti kot
    Sedang kan kita tahu AUSTRALIA tak sebulu dengan kita

    Duit berbillion bercuti kat AUSTRALIA jer ke ?
    - Uiksz -

    VENICE tak kurang hebat nya
    RUSSIA canggih structure nya
    SIBERIA cantik keindahan nya
    HOTEL jamal murah hega nya

    ReplyDelete
  15. Dengan jens fred mengaku salah terhadap 6 pertuduhan semalam di singapura, ianya telah membuktikan tanpa ragu

    1. Malaysian Chinese Shiekh jho low adalah pendetma 2.6 bil

    2. Malaysian Jawa zahid is a compulsive liar.

    Justeru,

    Menteri2 umno, MTUs dan ahli2 umno adalah lembu, setelah diberi makan dedak, dicucuk hidung untuk di tarik, ditendang, ditipu untuk bercakap bohong untuk selamatkan penyamun. Ada dapat 2 juta, ada dapat 1 juta, ada dapat 50K, ada dapat pangkat, jadi ambassador....melayu bangsat dan dibangsatkan. Mereka2 inilah pengkhianat negara.

    Singapura negara KAFIR....BETUL
    Malaysia (hanya nama) negara ISLAM....BETUL

    Tindakan singapura memenjara rakyatnya kerana 1MDB......SALAH????

    Tindakan malaysia menutup kes 1MDB...
    BETUL?????

    saya pilih singapura. Namun saya melayu muslim percaya hukum Allah dan berpegang pada ajaran Allah. Saya berrealiti tidak berfantasi, berkebenaran tak suka berkepalsuan dan percaya pada fakta bukan auta

    Saya percaya mufti yang tahu halal haram tapi saya tsk percaya harussaini, shukri dan rahman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nukilan 535 amat Tepat.
      Mmg UmNu Bangsat.
      Tentu Pis juga Subahat.
      Ada mufti pun Pakat.
      Kebenaran diSekat.
      Islam jadi tali utk Ikat
      Politik raja, undang2 Tamat.
      JingJilatJuboJibby diSumbat
      Yang dapat hutang Rakyat.
      Bangsa MeKAYU itu sah BANGSAT.




      Delete
  16. Dengan perkembangan perbicaraan di singapore masih kah kita ragu2 tentang apa yg diperkatakan tentang 1mdb. Ya, depa akan berkata nama najib tidak disebut. Adakah depa depa ni terencat akai atau singkat akal fikiran . Kepada kumpulan terencat akai, 1mdb itu najib dan najib itu 1mdb. Kembar yang tidak dapat dipisahkan lagi.

    Najib boleh gunakan kuasa, kedudukan, dan cash is king, tetapi ingat apa terjadi kepada firaun dan pengikut pengikut nya. Jangan lupa akan peringatan Allah SWT.
    tidak kah depa melihat dengan mata kepala depa sendiri apa terjadi kepada pemimpin2 seperti depa apabila Allah
    diturunkan depa dari tampok pemerintah.

    Yang mengusarkan saya sekarang adalah pengaruh china disini. Adakah najib sedang mengheret kita kesuatu keadaan yg lebih buruk lagi seperti apa yang berlaku kepada saudara saudara Muslim kita ditimur tengah.

    Jika alim ulama pun sudah tidak boleh dihormati, percaya bunga bunga kehancuran sudah ada.

    Mari lah kita berdoa lah kita agar kita mendapat perlindungan dari Allah dan terhindar dari ditimpa bala bencana akibat perbuatan depa depa dan juga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana najib amat berminat dengan china mungkin akan datang ulama2 malaysia juga akan digantikan dengan ulama china...

      Delete
  17. Mengapa Aust. memulakan penyiasatan berhubung dengan 1mbd setalah najib berkunjung ke Aust. Apa najib buat disana. Siapa dia berjumpa disana.

    Kita tahu Australia berada diblock mana. Dua gajah berjuang yg mampus ditangah siapa. Fikir fikir lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah tak pernah dengar...badak air pernah!

      Delete
  18. 805, Bila dilelong semua Malaishia, , lengkaplah ia jadi Nanyang.
    Petualang semua kenyang.
    Rakyat pakat kena telanjang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...