Tuesday 3 January 2017

FORUM MENYEDARKAN PENGUNDI MELAYU MENOLAK NAJIB PADA PRU 14

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim melalui syarikat penerbitannya, ZI Publication Sdn Bhd akan menganjurkan forum "Melayu Badut atau Melayu Wawasan" pada  Sabtu, 7hb Januari ini, jam 8.00 malam di Goodhope Hotel, Johor Bahru.

Forum akan disertai oleh ahli panel yang terdiri daripada Zaid Ibrahim sendiri, Timbalan Presiden Amanah, Sallahuddin Ayub, Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Prof Dr Tajuddin Mohamad Rasdi.

Sidang media mengenai forum itu diadakan di  Kelab Akhbar Johor Bahru, pagi tadi.
Bercakap kepada media, Zaid berkata, beliau tergerak hati untuk menganjurkan forum itu dengan tujuan untuk mengajak pengundi-pengundi Melayu agar berani membuat keputusan yang penting dalam PRU 14 akan datang di sebalik pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Najib Razak kepada negara.

Katanya, pilihanraya akan datang adalah satu-satunya detik penting untuk pengundi Melayu melakukan perubahan yang akan memberikan kebaikan kepada masa depan negara dan anak-anak cucu mereka.
Orang Melayu sebagai pengundi majoriti dalam negara tidak boleh sekadar berdiam diri dan mengeluh semata-mata, tetapi tidak mempunyai keberanian menggunakan hak mereka yang sah setiap lima tahun sekali untuk menentukan masa depan depan negara ini, jelasnya lagi.

Sehubungan itu, tegas Zaid, forum di Johor Bahru ini adalah langkah permulaan untuk pihaknya memberi kesedaran bagi maksud tersebut.

Menurutnya, selepas di Johor Bahru, beliau akan menggerakkan forum yang serupa ke seluruh negara supaya perubahan sikap pengundi Melayu itu benar-benar mampu menjelmakan kejayaan sebagaimana yang diharap-harapkan.

Kita bermula di selatan dan kemudian kita akan pergi ke beberapa kawasan di pantai barat, timur dan utara untuk menggerakkan perubahan pengundi Melayu agar mereka berani berubah dan tidak terus berada dalam pentadbiran lama yang bukan saja merugikan, bahkan sebenarnya memperdaya masa depan mereka, tambah Zaid lagi.

Sehubungan itu, untuk warga Johor Bahru dan yang berdekatan dengannya, mereka adalah dijemput beramai-ramai menghadiri forum pada Sabtu ini yang terbuka, percuma serta turut disediakan jamuan ringan di akhir program. (SH 03/01/2017).

79 comments:

  1. Limit to 300 people kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakatan harapan
      jangan mimpi
      jangan angan angan
      akan menang dalam PRU14

      walau pun najib terbonggeng
      walau pun kes 1MDB heboh sedunia
      walau pun kes bunuh altantuya
      walau pun kes bunun kevin
      walau pun parti gerombolan pecah
      walau pun mahathir lawan najib
      walau pun muhyiddin lawan najib
      walau pun pengundi china
      tak sokong najib
      walau pun FELDA hancus
      walau pun saham FGV punah
      walau pun peneroka ditipu
      walau pun nilai ringgit jatuh
      walau pun barang naik harga mencanak
      walau pun rosmah dibenci
      walau pun rosmah rasuah
      walau pun DOJ tuduh najib
      walau pun najib rembat duit
      walau pun rosmah bersubahat
      walau pun majoriti rakyat menyampah
      benci pada
      united malays national organisation
      benci pada ketuanan melayu

      dalam pru14
      najib rosmah
      tetap akan menang besar

      ingat ingat ingat
      malaysia negara dunia ketiga
      dalam dunia ketiga
      bila pilihanraya dijalankan
      yang menjadi kunci
      bukan berapa ramai penyokong
      atau
      berapa banyak undi dapat

      yang menjadi kunci ialah:
      siapa mengira undi
      siapa menjalankan pilihanraya

      tidak pernah dalam sejarah
      tidak pernah berlaku
      dalam negara dunia ketiga
      dalam negara zalim
      dalam negara ganas
      dalam negara yang rasuah
      dalam negara dimana pemimpin
      terlibat kes bunuh
      peralihan kerajaan dibuat
      melalui pilihanraya

      pakatan harapan
      parti parti pembangkang
      jangan berhujah
      mereka kalah kerana
      mereka berpecah
      mereka tidak sekepala
      mereka tikam menikam
      parti islam pas belot
      atau
      mereka tak ada media
      mereka tak ada dana
      maka
      kerana semua ini
      maka pakatan kalah

      ini hujah tidak betul
      ini hujah salah
      ini hujah musuh
      ini hujah yang sengaja
      disebarkan oleh najib rosmah

      sedarlah
      yakinlah
      pakatan kalah
      kerana
      SPR telah lama merancang licik
      untuk
      memastikan najib rosmah
      akan terus berkuasa

      semua jentera daulah
      semua lembaga daulah
      akan digunakan untuk
      memastikan najib rosmah
      akan terus berkuasa

      mustahil tidak faham
      mustahil tak sedar
      saja-saja sumer melayu berwawasan terus kekal menjadi badut

      Delete
    2. Tarikh pilihanraya pun hanya Allah dan Najib tahu tambah Jamil, seorang broker dari Sykt Doplosen, Parsen dan Rakan2.

      Delete
    3. Selama aku follow blog ini. Inilah kali pertama aku jumpa statement plg win Anon 00.45.

      Aku pun tak faham kenapa mahathir ajak undi pembangkang walhal umno ni bab pilihanraya menang tipu.

      Dari tahun 2000 aku sokong apa2 parti asalkan bukan umno. Ayat YB2 umno plg famous bila berkempen "Saya berjanji akan membela nasib tuan2 semua". Walhal yg semakin kaya pemimpin2 itu sendiri.

      Fikir logiklah, kalau jadi pemimpin umno tak boleh kaya, orang takkan sibuk melobi2 macam2 cara untuk dapatkan jawatan.

      Kita ni dah ditipu umno sejak dulu hingga sekarang. Ada pula yg cakap umno dulu okay haha. Si nazri gangster tu baru 3 tahun jadi menteri ke atau sejak dulu lagi???

      Yg kata umno dulu okay, confirm pernah sokong umno dulu. Umno dulu & sekarang sama saja haramjadahnya.

      Delete
    4. Jika kita faham betul2 protokol2 Freemason serta menilik2 kitab Talmud Yahudi serta berlapang dada membacanya, tidak susah kita nak faham politik UMNO dan apa yg terkandung dalam komen 00.45am.

      Selagi UMNO BN mendokong Yahudi APCO, selagi itulah Najib akan selamat. 1israel = 1malaysia.

      Kitab Talmud direka khas oleh rabbi2 Yahudi utk menolak ajaran Taurat. Mengapa susah Melayu2 Badut nak berpisah dgn Yahudi? Kerana mereka tidak lagi yakin dgn Allah dan lebih yakin kpd kuasa wang. Hinggakan mufti2 juga hidup mereka hanya menyakiti hati rakyat demi menunaikan rukun piramid kapitalism.

      Ada yakin lagi ka Agong baru kita itu nakkan Islam? Hidup menyembah Allah tetapi dalam masa sama tak mampu tinggalkan protokol2 Freemason.

      Delete
  2. Melayu badut tu mcm lobai2..
    Ha5

    ReplyDelete
  3. Elok le kalau nak buat forum tapi lebih baik tempatnya diubah dari hotel kepada felda2 atau kampung2...mereka disana merupakan golongan sasar yg perlukan maklumat lebih dari yg tinggal dibandar..ini cadangan saya le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju setuju setuju...walau bagaimana pun, mereka buat kerja mereka, syabas...kita bila balik kampung, kita pun sama sama lah buat kerja kita...

      Delete
    2. setuju 100%,mesti dibuat di felda2,kawasan kg-kampong dan di kawasan pertanian/kg nelayan melayu.TAK lupa,kawasan pinggir-pinggir kota.HERE WE GO,MELAYU MESTI BERANI,MELAKUKAN PERUBAHAN,UNTUK MENJADI LEBIH BIJAK,PANDAI,BERDIKARI,BUKAN PANDAI RASUAH,PELAHAP DEDAK,MENGHINA ORANG,TAPI MELAYU YG KUAT BEKERJA,TANPA MEMINTA-MINTA,DISAMPING MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH.

      kITA DIMOMOK-KAN DGN dap,cina,TAPI dari analysis penduduk malaysia,pada 2030,penduduk cina adalah 15%,melayu melonjak 70%,TAPI MELAYU YG MACAMANA?MACAM JAMAL JAMBAN!!ATAU LOBAI PAYPERVIEW!!.

      SEBENARNYA,SAINGAN MELAYU BUKAN CINA,TAPI ADALAH PENDATANG2 ASING YG DIBENARKAN OLEH PENGHIANAT MELAYU INI.Sedarkah kita,pemborong2 INDON,sudah menguasai borong barang runcit?mamat apki dah menguasai di low yat!!mamak-mamak tongkang ah menguasai kedai2 makan!!mat/minah tomyam kuasai kedai makan!!mamat bangla dah kuasai kedai2 perabut,MEREKA TIADA MARA/UDA..Tapi mereka kuasai PASARAN orang2 melayu,tiap2 bulan mereka hantar wang balik negeri....KENAPA JADI BEGINI..BUKANKAH KEREANA RASUH..DEDAK..JUAL AGAMA?

      Delete
    3. Betul tu..patutnya majlis majlis sebegini lebih tumpukan kepada penduduk di luar bandar khususnya di FELDA FELDA sbb itu lah lubuk emas UMNO..

      Delete
    4. Buat forum kat hotel? Syok sendiri sajalah

      Itu bukan kumpulan sasar

      Matlamat tak sampai.

      Mahu cari publisiti murahan saja ke?

      Delete
    5. Patutnya buat forum di CERUK2 KAMPONG.....bukan di bandar. Orang bandar semua dah tau pasal 1MDB....makcik pakcik kampong tu yg BLUR ramai tak tau.

      Orang di bandar ni tau macam mana nak access media2 online luar negara.......tapi pakcik makcik kampong tu hanya baca utusan dan tengok TV3 jer. Pada merekalah patutnya pembangkang bagi penerangan pasal skandal berbilion duit rakyat kena rompak. Kena bagitau berita2 sebenar banyak didiamkan dan ada yg disekat accessnya dari pembaca.

      Apalah dia orang ni......asik2 tumpu kat bandar. Sedangkan orang kampong tu siap sedia nak pangkah toyol.

      TUAN2 PEMBANGKANG.....tolonglah cerdik siiikiittttt. Kita dah tak banyak masa lagi. Nak bagi orang kampong paham dan tukar pendirian bukan kerja senang. Ramai yg liat takut nak tukar...takut pada perubahan.

      Contoh mak2 dan pak2 sedara aku.....aku ambik masa berbulan2 nak bagi dia orang paham. Kena bagitau satu persatu....kenapa benda2 berkait skandal duit ni tak masuk berita perdana....aku bukak macam2 you tube mainkan depan dia orang. Dah lama barulah dia orang paham. Bukan senang nak yakinkan mereka......sabarrrr ajelah.

      Pada pembangkang......tolong ambik berat hal orang2 di kampong ni secara serius.

      Delete
  4. Melayu badut = Mamat yang pakai tuala depan pejabat SUK Selangor

    Melayu wawasan = Pemimpin dan ahli-ahli parti PPBM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu wawasan = Mamat yang pakai tuala depan pejabat SUK Selangor

      Melayu badut = Pemimpin dan ahli-ahli parti PPBM

      Delete
  5. Lobai hadi...haru sini...wajik suzuki
    Ostad ostad badut...

    ReplyDelete
  6. matahari dh turun, satlagi masok la jin jilat2 dedak dan sewaktu.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan 20:17 forum paling sesuai diadakan kawasaan kampung2 penduduk felda, lebih afdal. Dengan demikian akan lebih cepat lagi orang2 melayu faham kejalan perubahan. Kita wajib sedarkan orang meĺayu tentang masa depan mereka. Jangan jadi macai macam orang mabuk terkena kuat makan dedak tapi masa depan penuh malap. Sudah2lah dibodohkan oleh najib berserta kuncu2nya. Mendapat pendapatan haram membawa keneraka. Sekarang mufti2 pun tak tahu hukum2 allah dengan perbuatan kemungkaraan. Dalam dua tiga hari ini rakyat tak berilmu agama amat keliru tentang hukum guna sumber yang haram. Semua pembodek mempertahankan najib. Yang haram menjadi halal. Apakah mufti ini dari mana datangnya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin sedang mencari punahsihat, untuk fatwakan semua pusat2 judi, kareoke, dan kilang2 arak Dan kandang babi di Selangor semuanya halal.
      Ko lah yg paling sesuai utk jawatan ini.

      Delete
    2. Punahsihat termasyhur....
      Lobai hadi...
      Takabbuurrr..

      Delete
    3. Jgn kate felda yg jauh dari KL nie... Nie depan hidung nie, yg duduk kat celah2 bangunan nie pun dah kelabu asap... Takut tah mana2 pangkal tah... Yg kelabu dgn dedak satu hal lah... Tp yg bangang, cemas tak tentu hala pun ramai..

      Delete
  8. Mana jin jin najib rosmah ketot lobai hadi...

    ReplyDelete
  9. Nak sedarkan melayu harus buat fourm dikawasaan melayu perkampungan felda. Melayu selama ini dah lama tidur kerana najib and geng. Samun duit tak kena tangkap, yang buat laporan polis dilokapkan. Apa undang2 yang polis buat ni, pening kepala dibuatnya. Ekonomi dah rosak, kos sara hidup meningkat, kehidupan harian amat sempit tapi najib cuti sakan diluar negara. Banyaknya duit????? Sila mufti beri fatwa berkenaan kehidupan najib ni. Jangan jadi ulama yang haram dihalalkan, rosak ikidah, gugur iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org samun duit negara Dan terus berdedy-kasi kpd anak2 untuk membeli saham dlm beratus2 syarikat.

      Delete
    2. Jebon dan rosmah ketot dibantu oleh hadi mereng...

      Delete
  10. buat apa berperang dgn melayu...baik kita berperang melawan senua cina mca, gerakan, dap dan pkr...kita perang atau sekat kemaraan cina ni semua yang rakus merampas tanah dan harta kita....budaya kita juga mereka cerca....dan yang paling malang agama islam kita mereka hina...ini semua berpunca dari tertubuhnya 1Malaysia dan pemansuhan ISA...cina sudah naik tocang...atas dasar hak sama rata...mereka langgar segalanya... mereka bebas nak buat apa saja...nak berniaga apa saja....mereka naikkan harga barang ikut suka...sbb hampir keseluruhan kilang pengeluaran...baik makanan dan minuman serta benda2 semua mereka punya....tiada pesaing...mudah untuk mereka berpakat sesama mereka untuk bebas memperbodohkan kerajaan....kerajaan pulak dah terlalu banyak terhutang budi...ikut sajalah....punya lah lemah dan tak berdayanya bangsa melayu....jelas sangat bila cina raya saja...tutup kedai dah kelam kabut org melayu....sampaikan ada pepatah cina raya melayu tak makan ikan...teruk sampai nacam tu kah bangsa melayu ni...ayoh!!!! kita perang dan sekat kemaraan kaum cina ini dari terus bermaharajalela di bumi kita...cukup cukup sudah...kita pejam mata...jgn sampai ada pepatah yang bakal kekal diguna pakai...Melayu Bertuankan Cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cass, hang ni dari kampong mana? Isu perkauman hang tu tahun 70an boleh laaaa....ketinggalan betul. Malu la sikit weihh sampai bila nak salahkan orang? Berapa kilang hang ada? Berapa kapal tangkap ikan hang ada? Berapa mini market? Berapa ekar tanah getah/sawit ada usaha? Berapa ramai melayu hang gaji? Cakap ada serupa bikin? Dan last skali...ada masyukkk dedak? Kalu nak sangat "perang"...nuhhh dgn China nuhhh...depa dah mula balun dah.

      Delete
    2. Kilang tak boleh bersaing pon salah cina? Apa punya logik???//

      Delete
    3. Cina j lho apa business dia?

      Delete
    4. Minyak naik 20 sen. Org marah, so kena la main isu perkauman nak divert. Tak kan tak paham, taktik lama.

      Delete
    5. 2243 ni lahir hasil dari persenyawaan dlm telor dinosaur kot. Mcm tak boleh nak hujah balas langsung lah dgn dia ni, rasis silap rempah.

      Delete
    6. Bukan cina yg melingkopkan melayu.......tapi melayu sendiri yg melingkopkan melayu.

      Bukan cina yg melesapkan berbilion bilion duit rakyat........lepas tu sanggup menipu, berbohong pada rakyat hanya sebab nak penohkan kantong sendiri hingga negara terpaksa tanggung kerugian yg besar......ekoran dari itu kita semua kena tanggung hutang yg macam gunong.

      Bukan cina yg tangkap Melayu miskin yg curi barang makan untuk anak2 tapi bapak penyamun yg samun duit rakyat dilepaskan macam tu jer.

      Kena ingat bukan Cina yg tekan Melayu golongan miskin dan sederhana dengan GST. Tarik subsidi gula, minyak masak dan banyak lagi.

      Bukan cina malaysia yg bagi projek kat Cina di negeri Cina atas tiket bina dulu bayar kemudian. Yg secara tak langsung menambah hutang kita.

      Siapa yg susutkan dividen ASB, saham felda pon jatuh teruk??? Akhirnya bumiputera jugak yg merana. Cina tak campurtangan pon dalam hal ASB dan Felda ni.

      Bukan Cina yg memalukan Malaysia di mata dunia.....hingga digelar negara ke2 tertinggi rasuah.....syabas..!!

      Delete
  11. Najib Goyahkan DAP : Agenda Politik DAP Terbongkar
    Sabtu 3 Dis 2016. Ingat tarikh itu, kawan-kawan, kerana itu adalah hari apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang dari rampasan kuasa dan ‘menterbalikkan meja’ pada DAP. Di hadapan hampir 3,000 perwakilan Umno dan ahli-ahlinya, Najib mendedahkan agenda politik DAP.

    Dan sesiapa yang mungkin mempunyai walaupun sedikit keraguan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, video berikut dimainkan di dewan yang penuh sesak di Pusat Dagangan Dunia Putra – video yang mengiringi semua orang pulang ke rumah hanya beberapa jam lalu yakin pilihan raya umum akan datang bukan sahaja mengenai memilih kerajaan akan datang tetapi mengenai mempertahankan dominasi politik Melayu terhadap agenda politik DAP untuk menggantikan Barisan Nasional yang diterajui Umno dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP.
    Rampasan kuasa dari Najib yang hanya boleh digambarkan sebagai kurang bijak. Selama dua tahun sejak Disember 2014, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerang Najib dengan harapan bahawa – sama seperti apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi – Najib akan tunduk kepada tekanan dan meletakkan jawatannya. Selama enam bulan Mahathir umpama ketuk tong kosong dan Najib hanya berdiam diri. Semakin banyak Najib berdiam diri, Mahathir bagaikan mendapat lebih banyak orgasme, beliau berfikir bahawa berdiam diri adalah pengakuan kekalahan.

    Dan kemudian, pada bulan Julai 2015, Najib menyapu bersih ‘padangnya’ dari kacau ganggu dan kejengkelan.Saat ketika kekotoran tersebut hilang, semua musuhnya lari mencari perlindungan.

    Mahathir terpaksa menjilat lukanya dan cuba untuk kembali semula pada bulan Oktober 2015 dengan merancang undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal, seperti rancangan yang dilakukan untuk undi tidak percaya dalam perhimpunan agung Umno setahun yang lalu pada Disember 2015.

    Seperti kucing bermain dengan tikus, Najib menunggu sehingga mereka kehabisan idea dan kemudian dia bergerak untuk serangan balas. Mukhriz Mahathir telah dibuang sebagai Menteri Besar Kedah dan orang tua itu begitu terkejut dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas selain daripada meletakkan jawatan dari Umno – yang tepat apa yang Najib tahu Mahathir akan lakukan dan, sebenarnya, mahu dia lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda apa? Dapa derma pon tak leh jawab. Ko ingat org kat sini bodoh dgn cerita dongeng ?

      Delete
    2. Najib & MO1 pengecut nak jumpa dan ber debat dengan Tun Mahathir,, jangan nak bela najib haprak

      Delete
    3. 2317 hujah terencat akal. Sebab akal dh disita, moral digadai, terlebih expose oada pancaran radiasi media perdana, terutama tv3 terlibih suku tu. mekayu mcm dia ni akan pung pang2, mcm labpandai taoi tark low penuh dipunggung. Kesian, kan?

      Delete
    4. Anon 23:17, hang baru keluar hospital tanjung rambutan ke? Cakap merapu tersalah tempat.
      Kalu nak minta dedak degn rosmah bukan blog ini tempat kamu merapu.
      Kamu nak jadi pensyarah kpd kami? Kamu grad sek pondok mana? Pondok aji adi teganu atau universiti kelly castle batu gajah?
      Melayu yg otak cerdik dlm umno sekarang mereka berdiam diri membiarkan PAK KADOK UMNO saperti kamu bertempik sebagai pahlawan utk mempertahankan najib.
      Pepatah melayu berkata" Berkokok berderai derai ekor penuh dgn tahi"
      Tolong sebarkan cerita kamu kpd jiran rumah kamu jika kamu rasa kamu dipihak yg benar.
      Jika kamu takut pada jiran, eloklah kamu masuk semula hospital bahagia tanjung rambutan. Disana duduk free, makan free tak payah lagi 'menyalak untuk dapat dedak'.

      Delete
  12. Sebelum Mahathir tahu, umpama bermain terup, dia telah lontarkan kesemua kadnya dan tidak mempunyai lagi kad untuk dimainkan – sekurang-kurangnya ‘kad dalam Umno’. Jika dia mahu terus dalam permainan beliau terpaksa lakukan di luar UMNO. Dan itulah yang beliau lakukan apabila dia keluar dengan kempen ‘Selamatkan Malaysia’ dan Deklarasi Rakyat, dengan harapan bahawa dia boleh menukarkan kesemunya dari berjuang untuk merebut kuasa kepada kononnya gerakan ‘Reformasi’.

    Dan itu adalah apabila Mahathir jatuh terus ke dalam tangan Najib. Di saat Mahathir beralih dari bermain di lapangan Umno kepada padang pembangkang, orang tua itu telah menandatangani waran kematian. Beliau telah melakukan kekufuran, bid’ah dan murtad. Mahathir baru sahaja memakai ‘topi pariah’ ini yang parutnya kekal sepanjang hayat.

    Tetapi untuk ia dilihat sebagai sebuah gerakan rakyat atau pergerakan reformasi dan tidak lagi sebagai perebutan kuasa dalaman antara dua kumpulan Melayu, Mahathir terpaksa menjual dirinya kepada orang Cina. Dan kerana DAP memonopoli pasaran China dan berbangga sebanyak 90% sokongan / undi Cina, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain untuk merangkak kepada DAP.

    Dan ini sesuai sangat dengan DAP. Orang Cina yang biasanya berpecah kepada tiga parti politik dan kini mereka semua disatukan di bawah DAP, atau sekurang-kurangnya 90% daripada mereka. Orang Melayu telah berpecah kepada empat – Umno, PKR, PAS dan PAN. Tetapi empat tidak cukup bagus. Pada tahun 1990 dan 1995 ia adalah tiga. Pada tahun 1999 dan 2004 ia adalah tiga. Pada tahun 2008 dan 2013, ia juga tiga. Tiga adalah tidak baik. Walaupun empat adalah tidak baik. Lima yang baik dan enam atau tujuh adalah lebih baik.

    Justeru, apabila Mahathir datang kepada DAP untuk menawarkan khidmatnya untuk memecahkan Umno kepada dua – dan dengan PKR, PAS dan PAN juga memancing di kolam yang sama – DAP menadah tangan mereka ke langit dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana makbulkan apa yang tidak pernah DAP mimpikan ianya boleh berlaku dalam seribu tahun.

    Jadi sekarang Mahathir tidak lagi boleh memberitahu orang Melayu Umno bahawa mereka perlu untuk menggulingkan Najib bagi menyelamatkan Umno. Ini bukan lagi mengenai isu menyelamatkan Umno. Ini adalah mengenai menewaskan Barisan Nasional yang diterajui Umno supaya Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh mengambil alih. Ini adalah mengenai menghapuskan dominasi politik Melayu dan menggantikannya dengan dominasi politik Cina. Ini adalah kira-kira melanjutkan penguasaan politik Cina dari Singapura dan Pulau Pinang ke seluruh Malaysia.

    Tiada dua cara mengenainya. Tiada jalan pintas yang boleh diterima. Jika Mahathir mahu sokongan DAP untuk menggulingkan Najib, maka orang tua itu mesti bersetuju untuk menjual orang Melayu kepada orang Cina. Dia mesti melakukan apa yang mereka lakukan kepada Melaka pada tahun 1511, memusnahkan pengaruh politik Melayu memihak kepada penjajahan. Ia adalah satu langkah drastik yang Mahathir terpaksa ambil. Dalam mana-mana era lain Mahathir akan dicap sebagai pengkhianat bangsa dan lehernya akan digantung pada pokok sehingga dia mati.

    Dan itulah yang telah dibentangkan kepada para perwakilan Umno semalam. Mereka diberitahu bahawa Mahathir sedang bekerjasama dengan DAP untuk menamatkan dominasi politik Melayu dan akan menggantikannya dengan pakatan pembangkang pimpinan DAP. Mahathir telah menjual bangsa dan negaranya ini kepada orang Cina. Dan orang Melayu Umno perlu mempertahankan dominasi politik Melayu hingga ketitisan darah terakhir mereka, menurut Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannnnnn,,
      Kamu sudah mati akal bagai mana nak bercakap dg RAKYAT MALAYSIA YG BUKAN PENYOKONG UMNO.
      Orang umno yg bangsat saja percaya tiori kamu.
      Kamu umpama ditangkap oleh org kampung kerana mencuri telor ayam. Jadi kamu reka cerita kamu datang bukan nak curi telor, tapi nak tengok ayam bertelor?
      Kamu beranggapan orang lain bodoh saperti kamu.

      Delete
    2. 23.17 tak payah tunggu cina. Melayu sendiri yg melingkopkan melayu. Bangang tahap gaban.

      Sila hantar semua points ko ke lubang jamban sebab kat sini cakap ko memang tak laku.....ini taktik memang dalam poket kita orang. Sorry tak termakan dengan cakap ko.

      Apa kata ko cakap pada mak ko ajelah hokayyy.
      Blaaaaahhhlah lu....

      Delete
  13. Khairul Azwan Harun, Timbalan Ketua Pemuda Umno, menekankan perkara ini dengan sangat jelas. Ianya menjurus kepada Umno melawan DAP, atau, lebih tepat lagi, yang Barisan Nasional yang diterajui Umno melawan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Ianya membabitkan perkara tersebut. Dan tanpa ragu lagi, ia akan menjadi satu “ferocious fight with no prisoners”.

    Oleh sebab itu, pilihan raya umum akan datang adalah berkenaan perkara tersebut. Ia bukan mengenai memilih 222 Ahli Parlimen atau lebih daripada 500 Dewan Undangan Negeri. Ia adalah berkenaan mempertahankan dominasi politik Melayu. Ia juga berkenaan mempertahankan Umno dan orang Melayu daripada serangan Cina yang diketuai oleh DAP dan juga Ketua barua mereka, Mahathir. Ia adalah berkenaan pertarungan sehingga mati dan sehingga ketitisan darah terakhir Melayu, mesej tersebut telah dihantar kepada hampir 3,000 perwakilan Umno semalam.

    Ini adalah masa yang sesuai untuk nyatakan pendirian. Parti-parti politik tidak lagi penting. Apa yang penting adalah adakah kamu Melayu atau adakah kamu yang ingin melihat orang Melayu binasa? Lim Kit Siang menyedari dia telah membuat satu kesilapan besar. Beliau telah menukar perkara ini kepada orang Melayu melawan orang Cina dan dia kini takut. Itulah sebabnya beliau berkata ia adalah mustahil untuk orang Cina menggulingkan orang Melayu kerana terdapat lebih ramai orang Melayu daripada Cina.

    Itu mungkin benar. Tetapi DAP mempunyai barua Melayu yang bersedia untuk menjadi proksi kepada tuan-tuan Cina mereka. Bagaimana 10,000 Inggeris memerintah lebih 300 juta penduduk India jika tidak melalui proksi juga, atau 20 British memerintah lebih 300,000 rakyat Kelantan? Anda tidak perlu jumlah jika anda mempunyai barua. Cina tidak perlu melawan Melayu. Semua yang orang Cina perlukan adalah Melayu yang bersedia untuk melawan Melayu. Gunakan Melayu untuk melawan Melayu. Gunakan Mahathir untuk melawan Najib. Itu sahaja yang DAP perlu lakukan untuk mengalahkan Umno dan menghapuskan dominasi politik Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata 20:44...matahari dah benam, jin penjilat pun keluar

      Delete
    2. Bukannya jin

      Tapi tu level toyol je

      Delete
    3. Anak toyol bodoh. Menanggung dosa yg tak terampun. Patutlah dari bapak toyol hingga anak toyol cakap merapu macam org hilang akal. Mereka berbincang siang dan malam bagaimana nak terbitkan satu tiori supaya rakyat malaysia memaafkan mereka mencuri.

      Delete
    4. Dominasi samun duit rakyat.....pastu buat muka selamba konooooon bersih lagi suci. Tak der rasa segan silu bermewah-mewah dengan duit samun macam duit halal toiyyiban.....macamkan duit bapak dia.

      Sape berani bukak mulot tanya sikit pasal duit yg lesap tu....nahaslah orang tu.

      Berputar kepala cari jalan supaya terlepas dari didakwa dan bertanggungjawab kerana merompak dan melarikan duit haram.

      Akhirnya mainkan isu perkauman dan Cina......sebab itu jer yg boleh sambungkan talian hayatnya untuk kekal berkuasa. Bila kuasa ada dalam tangan.....maka boleh bina benteng "yes man" untuk tepis segala dakwaan.

      Bagus2....otak bijak macam badak.

      Delete
  14. Sebab itu rakyat sepatutnya hari ini bangkit seluruh negara mogok pecat najib dan umno bn
    Korea boleh?
    Malaysia kebal kah?


    Forum tu kena buat seluruh negara

    ReplyDelete
  15. Selagi isu derma tak selesai, siapa nak caya umno

    ReplyDelete
  16. Buat pamplet ringkas tolak najib umno bn..untuk beri pada yang tak sokong najib bn seluruh negara

    ReplyDelete
  17. penjilat pembangkang dan seumpamanya termasuk admin adalah contoh contoh orang yg buta dan tak faham/jahil sistem/permainan/ dan ilmu politik di malaysia ni...pasal tu berterus otak lembab...sembang jer dan sebab itu juga "kehendak dan takdir ALLAh "sentiasa kepada pihak yg jujur dan ikhlas berkhidmat untuk agama/bangsa dan negara..ALLAH HU AKBAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuiyohhhh....ko tak jahil rupa nya. Bila nak saman wsj? Kan dia org dah buat "fitnah" ke serata dunia?

      Delete
    2. Kita tak minat soal mainan politik. Kita nak tau sapa derma 2.6b. Nak tau apasal 1mdb hutang berbillion. Nak tau cam na j lho kaya raya billion2. Tu pon ko tak buleh jawab, tapi nak label org jahil. Boleh blahhhh

      Delete
    3. 2338, tanpa kau sedar, kau telah keluarkan kenyataan loya yg telah menyebabkan ramai Rakyat termuntah mlm tadi. Nak jilat pun agak2 la ayat...satu Malaysia dan Dunia dah tgk PM ko dgn isterinya tu kehulu kehilir dlm keadaan bogel pun. Di ikuti dibelakang oleh Badut2 penjilat yg hina dan sentiasa terhegeh2 akibat putus urat malu. Kesian , kan?

      Delete
    4. Anon 23:38,contoh melayu badut!!

      Delete
    5. Orang lain sume jahil........yg tak jahil tu toyol, badak, ko dan atok ko jer.

      Delete
    6. Anon 23:38, kerana ada ramai manusia spt kamulah Ajaran Sesat boleh berkembang diMalaysia. Manusia bodoh sombong, bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh tumpang.

      Delete
  18. Realitinya nanti atau at the end result =Bersatu dan PAN akan jadi parti bertandinng 1xjer Pru lepas tu pupus, Pkr hidup segan mati takmau, yg tinggal dan kuat serta kukuh INsyaALLAH PAS dan umno...Selangor dan Penang akan dirampas semula InsyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya dlm diri..ko.confident atau kecut telur nii? Ops silap, ko mana ada telor. Kesian kan?

      Delete
    2. Umno dan Pas berkahwin hidup satu bumbung? Eloklah itu mungkin sudah suratan takdir kamu. Orang jahat, jodoh dia orang jahat juga. Perompak berkahwin dengan Penipu.
      Malam tidur sebantal, tapi berlainan mimpi.
      Boleh kekal ke? Saya percaya kamu org pas bermimpi bagaimana nak menipu tuhan. Partner kamu bermimpi bagaimana cara nak menyamun harta rakyat.
      Kamu berdua sudah dilaknat tuhan.

      Delete
  19. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tidak perlu gusar atau memandang negetif dengan usaha melayu berforum diluar konteks UMNO.

    UMNO juga berforum dengan kuasa media dan lintas langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umnu sejak dolu2,kini2 dan selamanya mana brani level playing field. Kalu boleh, referee pun dia beli. Dasar dedak la kata kan..semua irang dh tahu. Syok sendiri, wayang lebih, Kesian kan,?

      Delete
  20. A thousand miles journey begins with a step

    Tak dinafikan yg memang kelompok felda antara yg perlu diberi kesedaran dari Lena yg Panjang

    Serta penduduk2 luar bandar

    Tapi ini baru langkah pertama

    InsyaAllah selepas ini program ini akan ditambahbaik dan diperluaskan ke kawasan2 tadi (di mana juga memerlukan dana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la tu Mulakan dgn dedah kekayaan mengila Taiko2 UMnuBEnd disetiap daerah. Mudahkan kaedah bagi whistle blower n insider utk maklumat aset termasuk keluarga...ramai Rakyat ditahap membuak utk ,'dedah' tp terlalu byk kekangan dipasang oleh UMnuBeNd. Tapi belum cukup usaha facilitate perkara ini dgn aggresive. Bila lagi? Its niw or never. Rakyat perlu disedarkan bahawa yg diatas skrg tu hanyalah kontraktor bertempoh 5 tahun. Mereka fibayar gaji hari GST dan cukai lain2 utk kerja Tadbir dgn amanah, bukannya utk jadi Boss dan Pimpin. YA! utk jadi KULI mentadbir sj spt janji SLA semasa kempen produk parti mereka. Sekarang dah terlalu byk ciri penipuan, malah bertahap jenayah pun. Bau bangkai gajah sudah dpt dihidu seluruh dunia.

      Delete
    2. Nak dedahkan kekayaan taiko2 BN???

      Nak dedahkan macam mana. Ada yg tak mahu cerita lama. Isu 1mdb saja nak dibongkar. Sedaplah bekas2 umno yg lama dah sapu kekayaan.

      Bukan 1mdb saja yang patut dibongkar. Semua sekali cerita2 lama umno termasuk 1mdb wajib dibongkar!!!

      Delete
    3. kerja bongkar musuh UmnuBend kerja sapa? Kontrak Tadbir (bukan Perintah) pun masih ditangan. Bongkar, rakyat berhak kontraktor yg bersih dan amanah

      Delete
    4. 232, ko tak perlu.panas. Selongkarlah smpai zaman Tun Teja pun, tapi jgn lupa gajah 1mdb yg dh mati dlm bilik ko tu tau. Eh, hehe, mahukah ko? boleh ke ko? Tak boleh kan? Itu gunanya pihak lain. Tak susah pun,melainkan sebab ko termakan sama, kan?

      Delete
    5. One small step for man, one giant step backwards for Malaysians. Najib and seleweng 1MDB, songlap berbilion Ringgit, gunakan itu menyogok Ketua2 Bahagian dll.

      Pendirian Cash Is King memang suatu step backwards. Bila menggunakan cash untik mendapat undi.

      Delete
  21. Anon keluar bertalu talu
    cerita lama orang tak mahu..

    asyik kata ancaman DAP
    parti dia, lagi kiblat ke China & Yahudi..

    Masa kat PWTC berbangga video
    pemimpin parti dia, angkah sumpah pun tidur..

    katanya, khidmat jujur dan ikhlas
    disoal 'derma', alamak tak dapat nak balas..

    macam dia sorang, paham ilmu politik
    masa Tun Mahathir PM, Anon masih menetek..

    dia ingat pembangkang semua DAP
    beribu orang Umno dah tukar keretapi..

    konon tulis panjang2, dia orang penting dalam Umno
    entah melukut tepi gantang, tukang bancuh kopi-o

    macam Umno sorang, sayang bangsa dan agama
    ahli, menteri tak tahu, pemimpin dia sorok derma..

    katanya yg kuat dan kukuh, hanya Umno dan Hadi PAS
    duit & pengaruh, Penang Selangor pun tak boleh rampas..

    katanya PKR, hidup segan mati tak mahu
    Pemimpin Umno yang beragan, pakai tuala muka tak malu..

    Anon juga kutuk PAN, belasah BERSATU
    kata baling gelas pun tak pecah, kenapa berpeluh baju?

    satu dunia siasat, Anon katak bawah tempurung
    ini mesti Kejora, pelatih Tg Rambutan terlepas kurung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita lama tak mahu?

      Patutlah sedap taib mahmud rembat balak. Orang x mahu cerita lama rupanya.

      Delete
    2. Taib tu, lagi penjilat ramai disarawak tu, tak lut la dia. Hantar bekas racun buat simpan air pun dh kira ok dah pun.

      Delete
    3. Terbaik dari Fan Tun.

      Berisi, bernas dan terhibur.

      Delete
    4. Terbaik dari Fan Tun.

      Berisi, bernas dan terhibur.

      Delete
  22. Makna badut di Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP ia lah:

    pelawak dlm sarkas (wayang dsb) yg berpakaian (bermekap) dan berkelakuan yg sungguh melucukan

    Saya fikir Melayu bukan badut. Ha nya belom tinggi tamadun nya. Belom terkenal sebagai suatu bangsa pencipta itu ini. Hanya mencipta lagu, macam P Ramlee.

    Kurang berperinsip. Pemimpin pun menyeleweng 1MDB dan mensonglap berbilion Ringgit masuk akaun sendiri, anak tiri dan kroni.

    Selalu nak ikut senang. Bila susah nak menang pilihanraya, gunakan wang, beli undi, jadi Mr Cash Is King.

    Ramai yang malas. Penyokong tegar Najib pun selalu mengarut, maki hamun dan mencarut. Contoh nya komen2 di bawah nama Nek Tempoyak. Malas nak cari fakta2 dan hujah2 yang boleh menolong naikkan imej boss depa yang dah merudum. Jenis itu di gelar Najib sendiri di kempen PRU13 sebagai "bangang, hamjadah".

    ReplyDelete
  23. Lobai2 melabelkan parti cap Keris bersilang sebagai assobiyyah Dan taghut Dan sebagai kafir..ya kafir harbi oleh lobai kepala a.k.a lobai pujaan sedonia..kesian kan

    ReplyDelete
  24. rukun iman...
    beriman kepada qada dan qadar = insyaallah ,penjilat, bersatu dan pan akan pupus selepas pru14 ni
    beriman kepada hari akhirat =ingat lah buruk sangka/fitnah/putarbelit/ kejahilan yg melampau akan mendapat balasan yang setimpal di hari pembalasan

    rukun yg terbaru= beriman kepada tun m/ bersatu / pan dan dap = tetap akan kalah pru14

    ReplyDelete
  25. lupa da lagi terbaru

    beriman kepada facebook/what up...

    ReplyDelete
  26. Species terancam....
    Pemakan dedak najib dan rosmah ketot...
    Peminun air kencing lobai hadi mereng..
    Pemutar belit ayat quran...
    Kena paham molek molek tu...

    ReplyDelete
  27. Jangan buang masa mengadakan forum. Kalau nak orang Melayu tolak Najib masa pilihanraya, bagilah duit yang lebih banyak dari apa yang Najib bagi. Semua beres!

    ReplyDelete
  28. Anon 2.25

    awak tak faham tak dapat halusi
    yg dikata cerita lama asyik2 DAP..

    Sengaja tak faham, buat tak reti
    disebut pulak Taib Mahmud bekas Ketua Menteri..

    dia burukkan pembangkang hanya umnolah heronya,
    disebutnya Taib Mahmud, apa kena mengena dengan cerita..

    dia menyebut Taib Mahmud, aku tak nak sentuh,
    yang aku tahu Taib Mahmud dulu Barisan Nasional sungguh...

    lain kali nak komen orang, baca dulu betul-betul,
    kita sebut cerita lama (takutkan Melayu dengan DAP), dia sebut Taib Mahmud, orang anggap dia biul..



    ReplyDelete
  29. Melayu tikam melayu x pe, asalkn org itu Melayu. Biar kena tipu & didoktrin utk tidak mahu akan perubahan yg lebih baik, asal kekal dalam kejumudan yng melampau. Minta kpd cybertroop yg fanatik melampau yg menjual maruah diri demi Dunia semata-mata utk sedar diri, Kita sbg manusia msti bertuhankn Sang Pencipta bknnya Bertuhankn Parti Politik. Konsep Negara Bangsa yg mana hendak didukung oleh Kita, 1. Negara yg maju dengan Masyarakat yg berdaya saing yg tinggi atau 2. Negara yg mundur dengan Masyarakat yg brpecah belah. Perkara yg Salah,wajib sbg sorg manusia yg ada Hati Perasaan utk menegur & ambil tindakan bknnya kekal membatu demi periuk nasi sndiri. Jangan Khuatir dgn rezeki yg dihalang demi utk mendiamkn tindakan Kamu krn Sang Pencipta yg memberi rezeki bknnya parti Politik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...