Monday, 26 September 2016

TIDAK BOLEHKAH SPR MEMPERLIHATKAN DIRINYA BENAR BEBAS DAN BERKECUALI?


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPR adalah sebuah badan bebas. Kerja mereka ialah menguruskan perjalanan pilihanraya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya

Antara perkara lain berkaitan pilihanraya yang menjadi tugas SPR ialah mendaftar pengundi dan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen dan juga DUN.

Berbanding menguruskan perjalanan pilihanraya atau melakukan pendaftaran pemilih, melakukan persempadanan atau melukis semula kawasan-kawasan pilihanraya seringkali menimbulkan bantahan serta rungutan.

Mengikut undang-undang, persempadanan  kawasan pilihanraya perlu dilakukan pada setiap lapan hingga sepuluh tahun sekali. Ia bertujuan mengelakkan ketidakseimbangan pengundi berikutan kemungkinan berlakunya pertambahan penduduk dalam tempoh tersebut.

Kali terakhir persempadanan semula peringkat Parlimen dilakukan ialah pada 2003, di Sabah pada 2005 dan di Sarawak pada 2015 yang lalu.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya yang biasanya menyaksikan jumlah kerusi Parlimen turut ditambah, memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Itulah yang berlaku sebelum ini seperti yang dilakukan SPR pada 2003, 1994 dan tahun-tahun sebelumnya.

Dalam persempadanan yang dicadangkan SPR kali ini, ia tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen, sebaliknya hanya kawasan-kawasan pilihanraya itu dilukis semula atau dipecah-pecahkan.

Oleh kerana ia tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen, maka kelulusan dua pertiga di Dewan Rakyat adalah tidak diperlukan. Persempadanan kali ini hanya memerlukan undi majoriti mudah daripada Ahli-Ahli Parlimen saja.

Banyak isu timbul dalam persempadanan kali ini. Antara yang paling diperbualkan ialah kawasan Melayu dikecilkan, manakala kawasan yang majoriti bukan Melayu dibesarkan lagi. Lantaran itu, lukisan baru kawasan pilihanraya ini dilihat seolah-olah untuk memberi kelebihan kepada UMNO memenangi banyak kerusi Parlimen dalam PRU 14 akan datang yang menyaksikan "pertarungan hidup atau mati"  bagi karier Najib.

Dengan kawasan Melayu dikecilkan, melalui mainan sentimen perkauman, selain kuasa wang dan penggunaan jentera kerajaan, ia dikatakan mampu memberi kelebihan kepada UMNO. Ia juga seolah-olah memperlihatkan kawasan bukan Melayu dan campuran yang dibesarkan itu dilonggokkan untuk dimenangi oleh parti-parti pembangkang.

Berikutan itu, yang banyak membantah ialah parti-parti politik pelbagai kaum dan bukan Melayu. Dalam Pakatan Harapan, semua parti meluahkan bantahan, manakala dalam BN, yang kuat memprotes ialah MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan bagikan dapat melihat nasib mereka hanya sebagai "penumpang tanpa kerusi" saja dalam BN selepas ini.

UMNO, walaupun turut membantah, tetapi hanya di satu dua kawasan saja yang seolah-olah sebagai syarat semata-mata.

Dalam ertikata lain, jika Ahli-Ahli Parlimen BN menyokong usul persempadanan baru ini, maka ia pasti diluluskan, diterima dan digunakan dalam PRU 14 akan datang.

Soalnya, mengapa SPR tidak melakukan tambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri yang wujud banyak pertambahan bilangan penduduk serta kawasan perumahan baru seperti di Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan lain-lainnya?

Tidakkah dengan hanya melukis semula dan bukan melakukan pertambahan kerusi Parlimen, ia dengan sendirinya menunjukkan SPR terikat kepada kedudukan BN dan kerajaan yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen?

Bagaimana jika misalnya ketika ini BN mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, adakah pecahan kawasan yang menyaksikan  pertambahan jumlah kerusi Parlimen yang akan dilakukan oleh SPR serta dicadangkan kepada kerajaan atau sekadar lukisan semula sepertimana yang dilakukannya sekarang?

Dalam hal ini, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas serta berkecuali, SPR seharusnya membuktikan dirinya benar-benar bebas serta tidak terikat kepada parti yang sedang menguasai kerajaan, walaupun pihak kerajaan yang akan membentangkannya di Parlimen.

Jika pecahan kawasan yang disertai dengan pertambahan kerusi Parlimen itu dilakukan dengan adil, objektif  dan benar-benar mengambil kira pentingnya keseimbangan pengundi di semua kawasan pilihanraya, sudah pasti Ahli-Ahli Parlimen, sama ada BN atau pembangkang, tidak ada masalah untuk memberikan sokongan mereka.

Bukankah SPR sepatutnya memberikan khidmat untuk kepentingan pengundi dan rakyat serta tidak bergantung kepada sama ada BN dan kerajaan ada majoriti dua pertiga atau tidak di Parlimen?

Melakukan lukisan semula, antaranya dengan mengecilkan kawasan majoriti Melayu dan membesarkan kawasan bukan Melayu, dengan sendirinya akan mewujudkan ketidakseimbangan politik, tidak kira siapa pun yang akan memenangi pilihanraya.  (SH 26/09/2016).

40 comments:

  1. Din

    Selagi SPR berada dibawah JPM jangan lah kita berharap ia akan bebas dan berlaku adil. Apa-apa bantahan tidak akan membantu memberi keadilan kepada pembantah. Kita sudah melihat bagaimana kesalahan teknikal yang kecil dijadikan alasan menolak bantahan persempadanan semula kawasan pilihanraya negeri Sarawak. Isu keadilan yang lebih besar tidak diangkat.

    SPR hanya akan bersifat bebas dan berlaku adil bila ia benar-benar bebas dari cengkaman ahli politik. Sudah tiba masanya SPR dan badan-badan seperti SPRM, ATM dan Kehakiman diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja.

    Selain itu sistem yang menentukan sempadan Parlimen sekarang perlu diubah. MP tidak mengurus masalah rakyat setempat seperti ADUN. Fungsi MP lebih kepada masalah nasional, bertepatan dengan fungsi mereka sebagai pengubal undang-undang.

    Dari bergantung sepenuhnya kepada geografi jumlah MP sesebuah negeri sepatutnya ditentukan oleh jumlah rakyat negeri tersebut. Peruntukkan Perlembagaan yang menetapkan jumlah pengundi sesuatu kawasan perlu menyamai purata nasional yakni sekitar 60,000-70,000 sudah jelas untuk diikuti. Untuk menjadikannya lebih adil, peruntukan tersebut perlu diubah kepada jumlah penduduk berbanding jumlah pengundi.

    Jika ini dipraktikkan negeri Perlis akan mempunyai 4 MP berbanding Selangor 30 dan Pulau Pinang 20. Wilayah Persekutuan perlu dijadikan 1 berbanding sekarang 3 wilayah berbeza. Jumlah pengundi/penduduk di wilayah bertiga ini disatukan dan kerusi ditentukan berdasarkan jumlah yang disatukan.

    Langkah di atas mampu menghalang ketidakadilan kepada MP, pengundi dan penduduk setempat. Contohnya MP Putrajaya berkhidmat kepada 18,000 pengundi sedangkan MP Klang terpaksa berkhidmat kepada 100,000 pengundi. Peruntukkan sama rata kerajaan Pusat kepada MP di antara MP Putrajaya dan MP Paloh tidak mewujudkan keadilan kepada pengundi/penduduk kerana jurang komposisi pengundi/penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut sangat tinggi.

    Semua ini mampu dilaksanakan oleh SPR jika ia sebuah badan yang benar-benar bebas dan mendengar kehendak rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik ada kerja daripada kena buang atau ditukar. cari makan..beb. yang menurut perintah

      Delete
    2. Nampaknya begitulah. Cari makan..

      Delete
  2. Salam Sedara Shah

    Cuba sedara atau pembaca blog ini beri satu contoh badan berkuasa yang benar benar bebas di Malaysia...terutama badan badan berkuasa yang semestinya "bebas" seperti SPRM, PAC, Auditor General, Attorney General dan Kehakiman...ade ke? Dengan salah guna kuasa Najib semua badan yang sepatutnya bebas dirombak dan diterobosi dengan manusia yang dapat dikawal/dibeli. Bahkan Sistem Demokrasi dan Raja BerPerlembagaan yang menjadi asas penubuhan Negara juga telah dicemar oleh PM Najib yang tersepit ini.

    Salah siapa?...salah kita jugak..kita yang pilih mereka. Kalau kita sedar yang kita telah tersalah pilih...jangan pulak nanti kita tersalah pilih lagi diPRU akan datang. Masaalahnya orang melayu terutamanya sama ada terlalu mudah di abui oleh "umpan" didepan mata atau terlalu taksub dengan UMNO walaupun UMNO hanya tinggal kelongsong sahaja. Jiwa dan Perjuangan UMNO sekarang sebenarnya menjahanamkan melayu itu sendiri. Apa tidaknya...RASUAH, MEMBODEK dan KEPENTINGAN TEMBOLOK SENDIRI menjadi teras pimpinan UMNO masakini...pemimpin dan ahli bawahan pastinya berinspirasi untuk mentaladani pemimpin mereka yang telah BERJAYA mencapai puncak ini.

    Saya tetarik dengan serangga jenis "Anai-anai" Kalau kita lihat dalam Chanel Discovery atau Animal Planet tentang anai-anai ini...Di Padang rumput Afrika terdapat anai-anai yang bersarang dengan membina busut dari tanah dengan sistem pengudaraan yang canggih membolehkan mereka membiak sehinggakan busut "Negara" mereka ini menjulang tinggi dan "rakyat" hidup harmoni dan selesa. Walaupun kadang ada binatang lain yang memceroboh dan bersarang dibusut tersebut...namun anai-anai akan membaik pulih dan tetap memakmurkan "negara" mereka. Di Malaysia ada jugak anai-anai busut seperti ini...tapi kebanyakan anai-anai yang biasa kita temui adalah jenis yang makan kayu dimana akhirnya rumah kayu mereka akan reput dan rebah...mereka akan berpindah mencari rumah kayu lain dan mengulangi cara hidup ini.

    UMNO saya ibaratkan sebagai anai-anai kayu tersebut....menanti rebah dek olahan mereka sendiri.

    Pilihan ditangan rakyat...adakah kita memilih anai-anai UMNO atau memilih untuk mencontohi anai-anai busut Afrika.

    Telah sampai masanya kita merubah pentadbiran Negara kita demi kesejahteraan anak cucu kita. Jangan satu masa nanti anak cucu kita menyalahkan kita kerana mewariskan sebuah negara anai-anai kayu yang menanti rebah.

    ReplyDelete
  3. SPR ni boleh diandaikan sebagai Suruhanjaya jenis haram jadah saja. SPR adalah perosak sistem demokrasi Malaysia. SPR ada lah Suruhanjaya Budak Suruhan Regim Razak UMNO BN. SPR adalah Musuh Demokrasi di Malaysia ini. Maka rakyat WAJIB bangun bersama BERSIH di BERSIH 5 kerana Sistem Demokrasi di Malaysia semakin dihancurkan oleh tangan tangan UMNO BN melalui SPR. Jenis Suruhanjaya haram jadah begini tidak wajar dibiar lakukan apa saja demi mempertahankan regim perasuah pimpinan Najib Razak

    ReplyDelete
  4. Sdr Budin,
    Saya ada lihat kertas cadangan SPR tidak dinafikan nampak macam lebih menguntungkan UMNO dan ketua ketua bahagian mereka sahaja . Kali ini kalau kita lihat dengan teliti jelas kawasan melayu yang dikecilkan anggarkan kawasan majoriti ahli UMNO contoh kawasan lama dulu dianggarkan 30000 orang dan anggaran ahli UMNO disitu 16000 selebih 14000 atas pagar sekarang dikecilkan lagi kepada 20000 makna nya dari 30000 sebelum ini selebih yang atas pagar iaitu 10000 orang diekspot keluar jadi kali ini umno dan SPR berharap kawasan baru adalah kawasan benar benar menyokong UMNO dengan majoriti banyak.

    Tapi saya tak pasti la adakah kali ini penyokong umno ini benar benar nak sokong Najib aka rosmah ..mereka ahli umno tapi kebencian kepada Najib aka Rosmah menjadi isu penting kemungkinan unsur sabotage dan sebagainya..dengan keujudan parti bersatu sebenarnya amat merungsing kepala ketua ketua bahagian umno apatah lagi Najib dan Rosmah kerana mereka tidak dapat sama sekali mengawal sentimen dan minda ahli ahli umno tidak seperti pemakan pemakan dedak yang beriman dengan najib seperti keseluruhan ketua bahagian dan para menteri jadi kita lihat saja apa yang akan kemungkinan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperkara yg kita semua kena faham. Masih ramai penyokong amno di luar sana (especially luar bandar) yg masih ambil konsep ni - benci najip tapi sayang amno (tmasukla pak mertua aku huhu..)

      So inilah cabaran bersatu, amanah, keadilan Dan lain2 - untuk mengubah cara melayu luar bandar berfikir.

      Pas? Xtau la boleh percaya ke tak? Baru kena pam dgn dedak dah baju sedondon. Silap2 spender pun sama kaler.

      Delete
  5. Sokong putrakraken.
    Perumpamaan anai anai sangat releven dgn UMNO sekarang. Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
    Selagi tak di'bunuh' permaisuri anai anai, tak akan musnah legasinya. Samalah dgn Malaysia yg kita sayangi ini. Selagi dibiarkan permausurinya memnyamun, maka semua askar-askarnya menyamun sesuka hati!

    ReplyDelete
  6. Tentulah ikut Boss yng melantik..satu2 badan bebas mcm Audit Negara pun kena cucuk lembu kahkahakahakah

    ReplyDelete
  7. Bro, lima kali sehari semlm kita lafazkan ikrar bahawasenya hidup dan mati kita hanya kerana Allah tapi kenapa ma c takut pada manusia?
    Kalau nak lihat spr telus dan adil, kena tunggu matahari timbul d Barat.
    They are all bootlickers.
    Pardon my foul language.

    ReplyDelete
  8. Hehe.. maka para "intelektual" kaki lima yg melata di alam maya turut memberi hujahnya. Menjurus betapa tidak adilnya SPR.

    Bukankah kalian tidak perlu risaukan lagi betapa gerombolan non muslim kini secara majoriti telah berpaut di tengkuk politikus berhati serigala.

    dan seharusnya kalian tidak perlu juga khuatir dengan bangsa melayu yg didakwanya secara majoriti juga turut bersama kalian.

    Atau kalian mengetahui betapa sesungguhnya bangsa Melayu itu keseluruhan secara umum masih punyai akal,ilmu dan iman .. lalu mereka menjauh dari segala tipu daya politikus berhati serigala.

    hehe ... 19 nov 2016 juga mungkin boleh menjadi titik tumbangnya kerajaan. pastikan majoriti yg hadir adalah dari gerombolan non muslim.

    Atau kamu sekali lagi menjadi laksana biri2 yg dikumpul di jalanan .. dan gerombolan non muslim itu hanya melihat aksi kalian di kaca televisyen dan di media sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah ngaku kau bodo dalam post terdahulu sebelum ni. Cukup la tu.

      Delete
    2. qoute "i'm maybe stupid" membawa maksud "mungkin saya bodoh" .. bukan pengakuan "saya si bodoh" ..

      apabila tiada seorang daripada kalian yg mampu menjawap pada pertanyaanku ... aku tidak pasti siapa di antara aku atau kalian yg lebih bodoh ?

      Delete
    3. Dah laa tu...kau jugak yang memperakui bahawa tiada yang lebih bodoh dari kau. Tak nak tokok tambah lagi ke cerita pasal husam dan matthias tarik balik (buat sementara waktu) saman class action suit di US? Tambah laaa sikit apa obama cakap, apa komen donald trump, apa ulasan donald duck? Mickey mouse?

      Delete
    4. hehe, tarik saman balik untuk sementara waktu ?

      Bukankah sepatutnya politikus berhati serigala itu meneruskan saman tersebut, kerana respon yg dibuat Red Granit adalah atas penarikan saman sivil oleh DOJ, itu sebelum politikus berhati serigala memfailkan kes mereka.

      Lucu sekali lidah si kafir dan sekutunya hanya berdiam diri tanpa ulasan.

      Meninggalkan politikus berhati serigala bersilat lidah tatkala Makamah US menggugurkan saman sebelum sempat didengar untuk direkod.

      Makamah US sendiri sudah menggugurkan saman politikus berhati serigala. maka seharusnya kalian hanya berdoa agar DOJ tidak mengambil pendekatan serupa.

      kenapa kamu begitu taasub sehingga membuang akal, ilmu dan iman ?

      Wahai sahabat.. tidak sudikah kamu memberitahu kepada ku siapa ketuamu didalam Pakatan Harapan ?

      apakah kamu rela diperbodoh seumur hidup dengan pendustaan politikus berhati serigala itu?

      Berapa banyak world record yg telah dicipta oleh politikus berhati serigala di negeri-negeri yg ia kuasai.. apakah itu tidak cukup untuk membuat kamu berfikir?

      Mereka menggigit kuat kuasa di selangor, tetapi bermusuh di Penang n Kelantan.

      Mereka katakan Pakatan Rakyat telah mati .. lalu diselangor mereka masih "berdiri" sebagai kerajaan negeri.

      Akal yg waras pasti berkata .. kegilaan apa yg sedang diperbuat oleh politikus berhati serigala ?

      Masing-masing menolak supaya puak yg dimusuhi meninggalkan "habuan" di Selangor.

      Hatta politikus berhati serigala saling meletakkan calon di kerusi yg sama.

      Kini datang pula PPBM untuk menyertai.. kerusi siapa diantara puak politikus berhati serigala yg bakal "dikorbankan".. atau si jahil yg taasub akan dipersembahkan dengan drama pertindihan kerusi ?

      Ketahuilah olehmu .. walau dibina seribu bahtera untuk kalian .. ia pasti karam dan tenggelam jika disediakan lebih dari satu kemudi didalam bahtera itu.



      Delete
    5. Mat "Nakhoda"...hidup lagi rupanya,

      Mak u free tak malam ni?

      Delete
    6. Nakhoda sewel ni memang tengah sakan berkokok

      Tengah intai2 peluang nak jadi menteri najip

      Korang dah lupa memang skg prasyarat nk jadi menteri kena jadi "yang terbodoh di kalangan yang terbangang"?

      Delete
  9. Kalu sempadanan tiada beza org totap sokong dap tak main la mca atau gerakan apalagi pkr dan pan cuma kalu proxykan Melayu serupa Telok Intan, Umno akan totap diundi Melayu jadi apo nak jerit2 pulak pasai pensempadanan semula.

    ReplyDelete
  10. Alaa...jika pembangkang kalah PRU, confirm dikatakan SPR tak adil. Ya lah. Memang SPR bawah UMNO. Cuba kalau pembangkang perentah, SPR akan dimiliki pembangkang....this is politic...

    ReplyDelete
  11. Bkn ni berita gembira ke ? Kan mlayu da taknak pangkah umno,dorang nak pangkah parti madey

    ReplyDelete
  12. Dah terkene dengan permainan madey. Jumpa nuor lagi ler menjadi-jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 2.6 Billion !!! dlm akaun Najib. Brapa kau dapat?

      Delete
  13. Betul kata hisyam(tukartiub),kalau SPR telus, dah lama negara kita ini dipanggil 1 malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hisyam jgak ko pecaya. Dia mn ada ugama.

      Delete
  14. Doakan orang2 besar SPR kena strok.

    ReplyDelete
  15. Satu masa tidak berapa lama dulu,salah seorg dari 3 yg tertinggi di SPR nikah senyap2 di luar negara(tak jauh).Nikah pun tergesa gesa(saya ada dilokasi)Agaknya takut Malaysia tau atau bini dia tau.Saya tanya"tak minta izin ke?"jawabnya tak perlu.Ada sahabat dia jawab"ini hal peribadi dan juga hak lelaki nak nikah berapa".Jawab saya betul,tapi jika di hatinya tipu bini yg dia kata dia cintai,setakat nak tipu pengundi dan persempadanan pilihara apalah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14.18.adalah dan saya ada disitu.dan ini bukan fitnah.

      Delete
    2. Tau la tak fitnah...sapa dia? Kalu tak bagi tau pon tak pa, bagi tau rafizi. Ini soal karektor orang. Kalu dengan bini pon tak telus....hmmm

      Delete
    3. Layar dilebarkan, sauh dilabuhkan, bahtera dah belayar. Inilah raja segala punca kebangangan, sebab kelasi semua dah pening.

      Contohnya: amerika nak bunuh melayu, rakyat suka internet yang low speed. Latest, may be i'm stupid, but i dont think you more stupid than me. Adoiiii

      Delete
    4. 15.00 Goreng bro goreng sampai hangit

      Delete
  16. ha ha ha ini sebenarnya arahan mahathir kepada spr supaya partinya boleh menang dan di sabah shfie afdal boleh dapat kerusi.dulu bank negara,peguam negara, sprm ikut cakap mahathir.sebenarnya SPR pun mahathir pegang.lu siasatlah sendiri.

    ReplyDelete
  17. Anon 14.08.....pala hotak kau!!!!.....

    ReplyDelete
  18. 15.00 kalau tak faham, tanya. Kalau tak tau, baca. Kalau dah baca, dah baca, dan dah beberapa kali baca, tapi masih tak faham, duduk diam diam. Tak perlu memperbodohkan diri di khayalak. Tak perlu bagi peluang orang lain memperkecilkan kau akibat dari kebodohsombongan kau tersendiri. Dalam soal saman husam, baik kau pi tanya mana mana lawyer yang arif pasal status writ saman tu. Engkau akan faham akhirnya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Spr suruhanjaya penipu raya

    ReplyDelete
  20. Tuan Nakhoda, dari penulisan tuan yg saya ikuti setiap hari, saya boleh agak tuan adalah saorang yg berpengetahuan dan tidak lari jauh sekiranya saya katakan tuan saorang blogger.

    Persoalan yg baik dari tuan, siapa ketua depa. Dulu depa agak bercelaru sedikit sbb tidak ada general sebenar bagi memimpin, sebab anwar saorang yg bermasaalah. Jika tidak dah lama dah umno bungkus. Saya mengenali anwar dari jiran dia semasa dikampong, rakan sekolah dia semasa BM high School, MCKK dan UM. Sesetengah dari mereka adalah saudara terdekat saya. Definitely kita tidak mau saorang ketua yang bermasaalah. Tak kira dari pihak mana dia. Jika kita bertuankan saorang yg bermasaalah lambat laun yg menerima akibatnya adalah rakyat. Kita berkehendakan saorang nakhoda yg bersih, cekap dan amanah. Yg belum terbukti mempunyai scandal. Yg berani berdiri dihadapan siapa saja. Bukan saorang yang akan lari bersembunyi apabila berhadapan dengan musuh. Kita tidak perlu berbangga dengan pemimpin seperti ini. Jangan kita tertipu dengan saorang munafik, dia akan kehadapan bila keadaan tenang dan sebaliknya akan lari menyorok dibelakang apabila keadaan tidak menentu.

    Berbalik kepada soalan tuan berhubung siapa ketua pakatan. Dengan jujur saya katakan depa tidak mempunyai ketua selepas Anwar. Mereka nampak bercakaran satu antara lain. Tidak seperti BN dimana umno presiden umno adalah pengerusi BN. Tetapi kebelakangan ini nampak macam si pengerusi sudah tidak ada kuasa lagi. Jelas sekali dengan serawak. Kita semua tahu apa sedang berlaku dgn serawak. Pemimpin serawak sekarang sedang memegang buah pengerusi BN. Depa dok demand lanie. Depa tau Pengerusi BN lemah. Dan depa tau BN lemah lanie. Mau kah kita bertuankan saorang yg lemah. Siapa lagi yg dia akan menurut perentah, US, Swisslands,China, atau hanya sebuah negera kecil seperti Singapore. Siapa ketua kita sebanarnya. Perlu kah kita takut dengan cina rakyat Malaysia, atau cina luar. Mana yg lebih mengerunkan.

    Tulisan ini hanya untuk renungan. Bukan untuk memperbodoh sesiapa.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus penulisan saudara,

      Di sini saya ingin bertanya..

      Adakah najib seorang pemimpin yg bersih, cekap & amanah?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. khas buat yang terkesima dgn mantan,
    Balik2 muko diyo jo nak nentukan Malaysia, patut ei dah bersara tu duduk ontok2 layan cucu mcm Paklah. Takdo kojo lain asik2 nak jaga suku sakat diyo jo lopeh tu nak suruh boboi ambik alih, mahu sampai 2040 kroni2 diyo jo. 1mdb tu contoh sykt bosa yang bernaug dibawahnya jenis2 perniagaan utk rakyat M'sia keuntungannya lbh krg mcm Petronas kan milik rakyat M'sia khas utk bumiputra. Tak tahu la mangkok2 sokong berasaskan kebencian. Tak kemana2 lengok je la apo jadi pada Nuar dianiaya dan skrg bergabung semula sebab nak jaga diri jo, rakyat dah lamo di julapkan mantan. Woi bangun la. Jgn ikut je buat la kajian mentelaah baca kisah2 yang lalu. Dulu bukan main kato Nuar itu ini last2 berpeluk balik dan yg masih bangkang asal bangkang tu la menjadi hobi korang dari azali, dulu sokong Nuar dulu kato Mahazalim la Mahafiraun la. Patut ei mantan ni la korang patut meluat. Apo toh skrg korang kono gula2 dek diyo lagi ko. Apo la siol politik murahan.

    ReplyDelete
  22. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...