Ada dua perkara yang menjadi pertanyaan ramai mengenai Pas sekarang ini:-
- Apakah Pas akan bersama dengan parti-parti pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN atau kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru yang dalam ertikata lain memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang?
- Bilakah saman terhadap Sarawak Report yang diumumkan lebih sebulan lalu oleh Hadi Awang sendiri akan menjadi kenyataan?
Meskipun beberapa pemimpin Pas ada menyatakan keinginan untuk melihat pertandingan satu lawan satu berhadapan dengan BN dalam PRU 14 akan datang, kenyataan yang serupa belum pernah keluar daripada mulut Hadi Awang selaku Presiden Pas atau Mursyidul Amnya, Dr Haron Din.
Ini menjadikan pendirian Pas masih menjadi tanda-tanya sama ada parti itu benar-benar mahu menumbangkan BN atau sebenarnya ingin menjadi "tongkat penyelamat" kepada kedudukan Najib, UMNO dan BN.
Sepertimana yang selalu diulang oleh Tun Mahathir Mohamad, parti-parti pembangkang yang tidak sedia berpakat untuk bertanding satu lawan satu menentang BN, ia adalah sama seperti memberi pertolongan kepada Najib yang sedang berhadapan dengan skandal kewangan berkaitan dirinya.
Sehingga ini, beberapa pemimpin kanan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Iskandar Samad, Mustaffa Ali dan lain-lain nampak bersetuju dengan pendirian Tun Mahathir itu, cuma Hadi Awang dan Dr Haron Din yang merupakan "pemberi kata putus" berkaitan hala tuju parti itu, kekal tidak berbunyi dan berdiam diri.
Maka, pendirian Pas masih dianggap misteri dan tidak menentu.
Dalam waktu yang sama, Pas juga berhadapan dengan dakwaan menerima bantuan kewangan sebanyak RM90 juta daripada Najib yang dibuat oleh Sarawak Report, tidak lama sebelum ini.
Berikutan itu, Hadi Awang pada 13 Ogos lalu mengumumkan bahawa Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dengan melantik seorang peguam kanan di London bagi tujuan tersebut.
Katanya lagi, proses itu akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.
Oleh kerana hari ini sudah 14 September, bermakna sudah lebih sebulan masa berlalu dan masih tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai saman itu.
Apakah ia akan tetap diteruskan, masih dalam proses rundingan dengan peguam atau sudah dibatalkan sebagaimana ura-ura saman Najib terhadap WSJ sebelum ini yang hanya gah dan berdentum-dentum di permulaan, tetapi akhirnya sunyi sepi sehingga sekarang?
Jika Pas berdiam diri dan tidak meneruskan saman, tanggapan ramai ialah mungkin benar parti itu atau pemimpin tertentunya ada menerima bantuan kewangan daripada Najib sepertimana yang didakwa Sarawak Report itu.
Berhadapan dengan dua persoalan yang menjadi pertanyaan ramai itu, Pas sebenarnya boleh menyelesaikannya secara serentak dan sekaligus meletakkan namanya kembali dihormati iaitu dengan mengumumkan secara rasmi untuk menyertai parti-parti pembangkang bagi berlawan satu lawan satu dengan BN.
Dengan berani berbuat demikian, isu wang RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada Najib akan terhakis dengan sendirinya. Sama ada saman diteruskan atau tidak terhadap Sarawak Report, tidak lagi menjadi persoalan besar.
Hanya jika Pas atau mana-mana pemimpinnya benar-benar tidak pernah terhutang budi atau tidak menerima budi daripada Najib, barulah ia tiada keraguan sama sekali untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan untuk berlawan dengan UMNO dan BN.
Selagi Hadi Awang dan Dr Haron Din berdiam diri mengenai kerjasama untuk berlawan dengan Najib, UMNO dan BN, dan dalam masa yang sama menangguh-nangguhkan pula tindakan saman, keraguan orangramai akan terus berkembang dan berakar umbi.
Lebih buruk kepada imej Pas ialah kiranya ia tidak sedia bekerjasama untuk satu lawan satu menentang BN dan tidak juga meneruskan saman terhadap Sarawak Report.
Dalam masa yang sama, Pas atau pemimpin tertentunya juga tidak harus menjadikan DAP dan kewujudan Amanah sebagai halangan untuk bekerjasama bersama parti-parti pembangkang bagi merealisaikan satu lawan satu menentang BN.
Jika Tun Mahathir dan Anwar sudah boleh bertemu, bersalaman dan menunjukkan jiwa besar demi kepentingan negara, apakah Pas tidak boleh mengambil sikap yang sama?
Lebih-lebih lagi, kalau benar pimpinan Pas, terutamanya Hadi Awang, lebih banyak membaca Al- Quran berbanding membaca Facebook, mereka juga tentunya lebih memahami erti kemaafan, tolak ansur, bekerjasama menentang kemungkaran dan keperluan menjauhi pemimpin yang lebih merosakkan negara dengan samunan, pembaziran dan kemewahan yang berterusan. (SH 14/09/2016).
Jangan percaya puak khawarij.
ReplyDeleteBahaya percaya ularmak PAS ni.
DeleteIni antara scenario yang mungkin berlaku lepas mereka "setuju" sertai pakatan pembangkang/satu lawan satu:
1. Minta bertanding jumlah kerusi yang melampau, contoh 100 kerusi Parlimen mesti ditandingi calon PAS.
2. Semua kawasan nak letak calon AMANAH, mereka akan tuntut untuk bertanding. Apa nak jadi dengan AMANAH? adakah mereka akan biarkan sahaja? Akhirnya mereka salahkan pembangkang punca mereka "terpaksa" kerjasama dengan BN saat diakhir sedangkan pekatan pembangkang tidak sempat untuk buat persiapan.
3. Lepas PRU mungkin pakatan pembangkang menang tipis, sedangkan pakatan pembangkang sudah beralah dan beri PAS bertanding banyak kawasan/kerusi. Kemudian mereka akan tuntut yang bukan-bukan. Kalau tidak dapat apa yang dituntut, mereka berpaling tadah sokong BN, akhirnya BN kembali tubuh kerajaan. Masuk angin keluar asap!
Ingat, sifat semulajadi ular mematuk apa kawan mahupun lawan.
Dlm kampong, kalo lebai lilit serban, dia la kaki paling putar belit. Kalo 20, hanya satu yg boleh pakai. Ini kalo lebai kampung.
DeleteJika berpolitik.. haha.. kalo 10000 yg lilit serban, nak jumpa satu pun payah. Lagi2 yg ada DATUK..DATUK SERI apa LANCIAO sumer.. pd gua, sorilah bro.. gelaran2 inilah yg telah lama mengkepalabutuhkan kita.
Sampai hari ini, LKS masih utuh tanpa gelaran lanciao apa ini sumer.. cukup memalukan sapa yg mengaku umat Islam..
Lagi tinggi gelaran sultan2 penipu bagi, lagi lanciaolah dia. Sultan2 ni claim ahlulbait, datang dari celah kangkang mana, habaq mai sat..
Berhentilah menongkat ketiak bangsawan2 ini sumer. Telah lama kita ketagih diperbodohkan. Bila la nak sedar2??
Parti u turn ni hanya gunting dalam lipatan jer.
DeleteSelagi Hadi Awang dan Harun Din x berhenti bernapas, selagi itulah PAS akan terus muntah hijau begini.
DeleteHadi Awang dan Harun din ibarat rasul Allah dan nabi seperti Nabi Musa dan Harun di kalangan ahli2 PAS totok tua dan muda.
Tiada gunanya mengharapkan penagih candu sembuh seperti sedia kala. Ada 2 cara utk menanganinya, buang negeri ke Sidratul Muntaha atau kurung mcm Yakjuj dan Makjuj.
Tanpa nama 6.58: analogi yg diberikan adalah diluar konteks dan tak kena langsung... takde sesiapa pun dlm kes nie layak nak diibaratkan dgn rasul, dan kamu tahu ke apa sidratul muntaha tu, tpt para malaikat dan anbiya...? Bersembng la menurut taraf org yg awwam shj...
DeletePAS berlawan dengan Umno sejak daripada Pilihan raya 1955 kerana dasar, bukan kerana Umno sebuah parti rasuah dan hilang integriti. Perjuangan Umno ini rosak bukan sekarang, bukan zaman Najib yang mana kita bersama Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.
DeleteUMNO ini rosak semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Pemimpin silih berganti tetapi dasar UMNO tak pernah berubah. Kalau mereka bergaduh sehingga pecah dan parti baru ditubuhkan bukan kerana untuk menegakkan hak rakyat tetapi untuk kepentingan diri masing-masing.
Dalam kita berjuang yang penting ialah akhlak perlu dipelihara dan dijaga, supaya kita tidak ditempelak, berprinsip tetapi tidak berakhlak. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Siapa yang mencari Redha Allah, manusia akan marah,sedangkan Allah Ridha. Akhirnya manusia juga akan redha. Siapa yang mencari Redha manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan marah".
Sikap PAS ialah mengamalkan politik matang dengan mengambil pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin UMNO sebaliknya mengekalkan pada tahap parti UMNO. Jadi tidak hairan dalam kita bermusuh dengan UMNO, UMNO walaupun tidak banyak mengamalkan ajaran Islam mereka tidak sampai menghina pemimpin PAS seburuk-buruknya.
Memang dalam politik ada emosi tetapi kita belum jumpa lagi pemimpin UMNO menghina ulama PAS bila mereka meninggal dunia.
Kita lihat apa yang UMNO tak kata kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Saban hari dalam akhbar dan media TV menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Tapi bila Tok Guru meninggal dunia, ramai pimpinan UMNO datang untuk mengucapkan takziah dan kata-kata baik. Mereka tak menghina bila ada pimpinan PAS meninggal dunia. Begitu juga PAS bersikap dengan UMNO.
Tapi berlainan sekali dengan parti serpihan PAS akibat daripada kalah pemilihan. Mereka dan ahli parti PAN sangat kurang ajar dengan pimpinan PAS, sedangkan dulu mereka yang banyak men'jilat'. Mereka menepikan ajaran Islam. Bila mereka rasa gagah kerana disokong oleh DAP, berkawan dengan orang kapir, mereka sanggup menghina ulama Islam, pemimpin Islam demi meraih undi orang kapir.
Mereka sanggup menepikan kepentingan Islam termasuk RUU 355 atau hudud demi untuk mencapai cita-cita untuk menang pilihan raya, meraih undi bukan Islam (kapir).
Sejahat-jahat UMNO tak celepur seperti ahli PAN. Mana orang IKRAM dalam PAN? Kenapa membisu dan menjadi bodoh?
Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.
Delete3. Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh Mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.
4. Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.
5. Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.
6. Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.
– Prosiding saman PAS terhadap Sarawak Report kini di peringkat akhir berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima sejumlah RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
DeletePresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, barisan peguam diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan sedang menyiapkan dokumen berkaitan.
“Peguam sudah ada cuma perlu sedia bahan untuk dikaji. Proses diserahkan kepada kumpulan yang diketuai oleh Datuk Takiyuddin,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sebelum ini, Sarawak Report yang berpengkalan di London, menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri merayu supaya PAS menjauhi gabungan pembangkang dan mengalirkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu.
Sementara itu, Takiyudin berkata, PAS sudah berjaya mendapatkan khidmat ‘Queen Council’ di London.
“Kita telah mendapatkan khidmat Queen Council dan beliau telah bersetuju untuk mengambil kes kami.
“Biasalah, kes besar kita perlu menggunakan khidmat peguam dan kita di bawah lujnah undang undang dan dokumen itu kita akan kemukakan kepada beliau.
“Kita tak perlu bimbang kes sebegini mempunyai had enam tahun. Jadi kita perlu ada dokumen dan peguam akan meneliti serta beri notis supaya proses itu berjalan,” katanya.
Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????
DeleteKalau nk satu lwn satu semua parti pembangkang prlu didaftarkan sebagai sebuah parti spt BN dn spt BN prlu ada perlembagaan yg menyatakan bahawa ketua blok pembangkang ni mestilah org melayu beragama islam dn dia ble dtg dr mana2 parti gabungan jika ini dipratikkan maka tiada parti dominan dlm pakatan pembangkang tidak spt BN yg dominan adala UMNO dn calon UMNO sahaja yg ble jd PM dn jika DAP turut dlm pakatan yg berdaftar ni sekaligus ia nya menghapuskan kata2 selama ini ia itu DAP anti melayu sbb tu DAP tidak setuju pakatan pembangkang didaftarkan, jika pembangkang tidak berbuat demikian, maka pada pendapat saya sukar utk mereka menang pru 14 sbb pengundi2 di kwsn pendalaman adala org2 melayu mereka takut utk undi pembangkang krana bg mereka pembangkang dikuasai oleh DAP yg anti melayu
ReplyDeleteTak ada pengganti seperti Almarhum Tuan Guru Nik Aziz,,tawaduk dan ikhlas sewaktu kepimpinan nya...!!! Sekarang semua Pak Lebai mata duitan...........!!!!
ReplyDeleteMeman betoi!!! Tok lebai PAS hr ni tak boleh percaya lansung.
Deletebolih pecaya ke, gang u turn
ReplyDeleteSiapa yang percaya tuang amanat 1981?
ReplyDeleteKeling mabuk yg lalu kat tepi jalan tu pun tak percaya kat dia.
DeleteHuhu....mampus kamu oleh tuang amanat ni.
H. Awang ini dah terima wang banyak dari pengkhianat UMNO kan? Nah, jelasnya kepala PAS tu sudah jadi kafir munafik - akibat berpuluh tahun dia terus mengkafirkan orang mukmin melayu yang tidak bersekongkol dengan fahaman "kaum muda wahhabi" dia tu ...
DeleteSalam Budin!!!Gua tak berapa perkenan dengan tajuk lu kali ni!!Sebabnya terima atau tak 90 juta tu kita tak tahu!! Pun begitu Budin, sejak gua mengenali politik malaysia ni, gua dapati mereka2 yang berada dalam AMANAH ni yang dulunya berada dalam parti bulan lah yang cukup lantang di dalam menyuarakan isu isu nasional dan yang mencakupi kepentingan rakyat dan negara! Mana ada dalam parti bulan sekarang ni yang lantang bersuara seperti mereka di dalam AMANAH!!! So pada gua simple aja! Biarlah parti bulan ni menentukan hala tujunya sendiri dan dalam pada masa itu juga AMANAH pulak kenalah kerja kuat memperkenalkan parti dan halatujunya yang jelas pada rakyat!!!! Pada gua ulama itu penting, golongan profesional juga penting, cuma rakyat malaysia sekarang cukup bijak untuk menilai pihak mana yang benar2 ikhlas membawa agama dan pihak mana yang sekadar menjual agama atas perjuangan parti mereka!!!Gua doakan yang terbaik aja, InshaAllah!!!
ReplyDeletebukan macam tu bro.. dulu arwah tok guru lu ajar, "demo bui ke kito - kito amik... pangkah bui ke pahh"... nampak tak macam mana fitnah "cash is king" nie membelit kemas tengkok kalian...
Deleteingat, klu alasan 90juta untuk kebaikkan ummah sekalipun, ingat semula kata2 yang pernah keluar dari tengorok ustak-ustak kamu semua ~ Matlamat tidak menghalalkan cara...
note:
banyak tul duit orang pas nak bertanding semua kerusi, bukan ke hari2 kita kena bayar duit gst.. ade lagi ke duit derma dari ahli...?
Semua pakatan pembangkang termasuk PPBM (Bersatu) mesti bersatu hati, berpadu tenaga. Jika masa PRU tiap parti letak calon masing2 memang undi akan berpecah dan hasilnya sama macam Sg Besar dan Kuala Kangsar baru ni.
ReplyDeleteKepada semua pembangkang selagi kamu tak buat SATU LAWAN SATU, jangan harap boleh menang PRU.
Rahsia BN boleh menang ialah sebab dia org tak lawan sesama dia orang. Pernah ke kita tengok dlm satu kawasan UMNO lawan MCA atau MCA lawan MIC???? Ada ke???
Jadi semua para pembangkang tolong jangan TAMAK HALOBA, semua pikir nak menang utk parti sendiri je tapi akhirnya semuanya RUGI...!!
PRU akan datang tolonglah jadi cerdik dan bijak sikit. Yg dah lepas tolong jadikan tauladan dan sempadan. Sampai bila nak ulang kesilapan yg sama berkali-kali??
If u keep on doing the SAME thing u'll keep on getting the SAME result.
Yg buat pembangkang kalah ialah sebab tiap2 parti lawan antara satu sama lain. Tolong celikkan mata, ni kami rakyat di bawah ni dah bersedia NAK UBAH, jadi tolong bagi kerjasama yg MANTAP wahai tuan2 pembangkang semua....jangan pikir utk parti sendiri je....tolong letak RAKYAT sebagai PRIORITY...boleh???
Entahnya..siang malam mengukuhkan saf saf...sampai depan musuh je kita tibai kawan sebelah.
DeleteEntahnya..siang malam mengukuhkan saf saf...sampai depan musuh je kita tibai kawan sebelah.
DeleteSaya cukup setuju dengan Saudara Faizal Rahim 1000%
DeleteSudah sudahlah dengan parti PAS dengan DAP pun dia kena cerai talak 3
Sekarang ni telah menjadi kekasih gelap UMNO semula.
Parti yang telah dan akan membawa mala petaka kepada agama Bangsa dan Negara.
Bagaimana nanti sekiranya BN benar-benar tewas tetapi PAS berpaling tadah membentuk kerajaan bersama BN dengan majoriti mudah.
ReplyDeleteItu sebab mereka "dijinakkan", kotla ada gunanya nanti.
DeleteBila2 masa dia org boleh U-turn.
DeleteBrader joe...
DeleteBetul lu kata tu. Setuju sgt! Gua risau sgt le yg tu berlaku! Pas ni bkn boleh caya. Dia akan buat perangai bila pbangkang menang nnt...!!
Mereka ni parti lalang yg ingin makan kiri kanan. Sapa yg bg offer baek punya akan didokong. Alasan boleh bikin...!! Terang lg nyata umno/bn mmg byk dana. Lebih2 lg MO1...Boleh terpelanting serban dikepala bila kena hentak pakai RM...
Mcm2 sebab boleh direka. Kemudian pelbagai ayat dan hadis keluar utk halalkan perbuatan khianat mereka. Yg jelas nnt DAP akan jd kambing hitam...!!
PIS bertanding bukan untuk menangkan. Tak payah la Nak tunggu saman. Puak darah hijau Ni sama aje dgn puak darah merah. Lagipun, diorg Ni semua kan Dah dijamin ahli syurga.
ReplyDeleteTuan Shah.. This so touching.. Brilliante..
ReplyDeleteLebih-lebih lagi, kalau benar pimpinan Pas, terutamanya Hadi Awang, lebih banyak membaca Al- Quran berbanding membaca Facebook, mereka juga tentunya lebih memahami erti kemaafan, tolak ansur, bekerjasama menentang kemungkaran dan menjauhi pemimpin yang lebih merosakkan negara dengan samunan, pembaziran dan kemewahan yang berterusan. (SH 14/09/2016).
Tahniah..
Kalau haji hadi dan haron din letak jawatan...aku rasa baru la pas boleh bergerak seiring dgn pembangkang....Haji hadi dan haron din...fikir2 la....kamu akan ditanya di Akhirat nanti...
ReplyDeletedulu benar ikhlas kerana Allah berjuang
ReplyDeletetapi lani dah mula jadi petualang
seronok bukan main puak amno
amno pun syok dok main dengan pas. Hang jilat aku. Aku jilat hang.
DeleteDulu umno dengan pas ni dok bergocoh sokmo
DeleteLa ni siang malam dok kocak sokmo sampai terberak berak
Pas ni mcm ular dlm seluar.mcm kepala bu***
ReplyDeletePandangan aku, selagi Haji Hadi dan Haji Harun Din berada di tampuk teratas parti PAS makanya tidak usah lah pakatan pembangkang bergabung dgn PAS walaupun mereka berkehendakkannya. Merosakkan lebih dari memberi kebaikan.
ReplyDeleteHamba Allah yg berilmu, warak dan tahu hukum hakam Allah Taala mustahil akan bermain politik atau menyertai mana mana parti politik.
ReplyDeleteMelainkan orang orang yg mengaku dan cap dirinya suci sahaja yg berada di dlm parti pas sekarang ini.
Orang orang suci inilah yg sanggup menjanjikan syurga kepada ahli ahli dan sekutunya dan neraka kepada bukan ahli atau penentangnya.
Untuk rekod. Orang orang suci inilah yg dahulunya mengeluarkan fatwa dan amanat kafir dan haram kepada ahli ahli umno.
Orang orang suci ini jugalah yg mulakan sembahyang dua imam dan seterusnya mengharamkan nikah kahwin dan sembelihan ahli ahli umno.
Orang orang suci yg sama ini jugalah yg hari ni buat u-turn kembali berbai'ah dan sanggup kahwin mutha'ah dgn ahli ahli umno.
Sampai kiamat dunia ini dan sehingga ke hari akhirat sekalipun janganlah ambil orang orang suci ini sebagai kawan. Bersahabat pun jangan.
Jangan sama sekali hampiri mereka ini. Kelak akan menjadi saka turun temurun.
Rileks bro pas Dah xde so takdela nak bertondih ber satu Blum tahu lagi
ReplyDeleteBn x pernah bertondih pasal cash is king
Pelik rm90 juta....dari mana datangnya angka ni? Rm100 juta tolak 10% kamsen ka?
ReplyDeleteKenapa tak cukup kan 100 juta je ya,? genap kan pemberian tu atau pada asalnya duit itu 30juta USD? pening ambo fikirkan punca duit ni betul derma atau sekadar isu je? aku bangga kepada penyiasat-penyiasat yang boleh tunjukkan bukti soheh ini.
DeleteTak guna bersaMa PAS. 5 sebab.
ReplyDelete1.selagi ada hadi/haron dan geng2 lobai lontoih mesir Mereka nak jadi KETUA,orang lain cuma jadi Macai aja.
2.Terbukti semasa dlm PR. Hadi dah tandatangani BUKU JINGGA,tanda peruafakatan pimpinan PR,tapi hadi selalu ponteng meeting,dia selalu ketinggalan bus,bila pimpinan lain coment tentang dia ponteng meeting dan ponteng parlimen, dia anggap orang lain comment tentang islam.Jadi disebabkan geng2 tarbus ni wala tak tahu bizakan yg mana satu ulamak yg bekerja dan ulamak curi tulang,bila ulamak curi tulang ni buka mulut mereka terus menyokong.
3.Hadi suka kencing pengikut2nya,pada 1981,hadi suruh pengiku2nya berjihad tentang umno,mati dikira sahid,akibatnya pengikut memali mati katak.sekarang ni dia u-turn 180%,dan bersedondon dgn umno/najib,walaupun uno masih mengekalkan undang2 penjajah.
4.PAS bersama ulamak u-turn ni suka tikam kawan dari belakang, ada 5 dun semasa pilihanraya 13 dulu,ditandingi oleh pas,walaupun Mereka dah bersetuju pada awalnya.REASON mereka ialah mereka nakkan islam.
5.hadi fitnah kawan(pkr) dgn pil kuda,masuk mahkamah.
6.Sistem biokrasi pas itu sendiri,style iran,diMana dewan ulamak control 100%,bagi yg profesional ada dlM pas hanyawindowcleaner sahaja.sistem ini dimanupulasi pada muktamar 61 dulu , bila ularmak dan geng2 mesir adakan penipuan Mengunakan sistem CAI,KONSPIRASI BERULA DI TASIK KENYIR.HABIs SETANDAN GENG2 PRO,ditendang keluar.
jika front pebangkang masih lagi nakber sama PAS,just forget about it.
mereka tetap akan tikam dari belakang,sebab mereka nakjadi KETUA,sebab pada mereka PAS itu AGAMA,menjadi ahli PAS dapat pahala masuk syurga,selai dari pas,semuanya tak betul.PAS adalah pilihan Allah.PERIOD.
sebut saja nama pas..pemimpin nya memang seduit pun tak boleh dipercayai. kaki putar belit dan pelahap yang sudah sebati dengan pemimpin pas sejak azali lagi.
ReplyDeleteBerkaitan derma RM90M, kemungkinan besar hardy ada terima advance secara sulit dan pensedirian seperti ds najib terima RM2.6B jugak. baki selebihnya akan diberi menjelang pru14 untuk perbelanjaan pas sebagai pengacau atau pemecah undi pembangkang di kawasan BN menang tipis.
Seperti tajuk tuan Budin diatas, 90 jota tu akan menjadikan pis sebuah go-blok ketiga.Tidak mahu membangkang Dan mahu kekal sebagai sedondon u-turn klek kluk Klan tukang label-jelek di potarjaya.Goblok ke tiga = lawan tiga penjuru.
ReplyDeleteOrg Umno ckp RM90juta..hanya taik gigi Najib shj. Sebab Najib kebas US$1,05++ bilion yg masuk dlm akaun dia yg bersamaan dgn RM4,050,000juta. Dia beri pd Hadi & Geng RM90 juta utk musnahkan PR dan tambat Hadi & Geng dibawah telunjuknay.
ReplyDeleteMurah betul iman, kredibility dan nilai lebai Hadi & Geng. Kata parti islam yg mengamalkan islam. Dgn ambik duit dari Najib, jelas parti pengikut setan jugak.
Sehingga kini, walupun saman belum dibuat, tiada kenyataan dari Hadi & the Geng menafikan laporan SR tu.
Dalam parti pembangkang ada bukan melayu dan bukan islam, inilah sebab pas memutuskan hubungan jika tidak dinobatkan menjadi Ketua kepada pakatan pembangkang.sedondon dengan umngok akan menyebabkan pis terpalit dengan $$$ dan tidak tahu bila nak saman SR, (hari selasa juga kot).rela diperkuda oleh umngok janji bahagia dengan rm jota-jota.
ReplyDeletedalam calender hadi/najib takada hari selasa.
Deletepass piss puss....
ReplyDeletepissing... pissing... pissing
orang pas cakap agama hebat tapi kuat keluarkan perkataang kesat...
panggil dapig...tak tunjuk akhlak mulia.. walaupun mereka bukan Islam...
Rasulullah saw tak guna perkataang kesat macang orang pas...
kalau kita panggil mereka PIGS melenting pula...
tapi orang tak tergamak guna perkataang tersebut....tak macang orang pas mulut capoi walaupun yg digelar ulamak..
semua orang masuk mereka sebab taada no keahlian pas
tak tahu apa nak dikata.. nak kata ustaz ni bodoh tak tergamak TAPI memang BODOH..
BODOH SOMBONG...
pass piss puss....
ReplyDeletepissing... pissing... pissing
orang pas cakap agama hebat tapi kuat keluarkan perkataang kesat...
panggil dapig...tak tunjuk akhlak mulia.. walaupun mereka bukan Islam...
Rasulullah saw tak guna perkataang kesat macang orang pas...
kalau kita panggil mereka PIGS melenting pula...
tapi orang tak tergamak guna perkataang tersebut....tak macang orang pas mulut capoi walaupun yg digelar ulamak..
semua orang masuk mereka sebab taada no keahlian pas
tak tahu apa nak dikata.. nak kata ustaz ni bodoh tak tergamak TAPI memang BODOH..
BODOH SOMBONG...
nak buat macamana dah memang bodohpun,dah berapa kali orang nasihatkan jangan percaya najib/umno ,nak buat hudud,dah berapa kali masuk lubang anaconda yg sama,lagi mahu masuk tergedik-gedik pula tu!!pada geng2 profesional yg tinggal tak berapa kerat dlm pas,seprti ir iskandar,dr.rani dan lain2 di selangor,tahu tak kamu geng2 muda ularmak,sudah keliling-keliling kawasan kamu,tengah hasut orang2 tua wala' nak hambat kamu keluar!!masih tak caya!!lagi ,baru2 nikan geng2 ni belasah dr.rani.mereka pernah menipu dulu2,kali ni mereka nak pastikan kamu pulak kena.
DeletePada pandangan saya PAS sudah tidak ada kredibiliti. Tingkah-laku ketua mereka sudah tidak ada halatuju. Orang dibawah tidak akan dilayan sekiranya ada yangg membangkang. JADI toksah nak harap atau percaya dengan mereka, rosak agenda Pembangkang yang mahu menumbankgan UMNO/BN.
ReplyDeletepas semakin dipingirkan dihati kalangan masyarakat melayu, disebab isu yg membelit pas disebabkan tidak menhargai idea golongan profesional dan intelik, cth pembuangan husam menjadikan MB kelantan kelu mendapat idea membsngun negeri sehingga masalah banjir besar belum dapat dipulihkan sampai sekarang, yg dibsngun hanya tugu banjir pulak. rakyat akan melepas geram pada pru14 nanti, kemunkinan YB pas akan goyang batu selepas ini, termasuk tuan president sendiri
ReplyDeleteTak payahlah PAS bang din. Parti baru jadinya ahli pun baru. Pengundi baru yg patut kita tumpukan. Ini semua generasi akan datang. Buat apa buang masa dengan pemimpin lama yg ada sekarang. Yg baik kita jadikan penasihat dan beri tunjuk ajar dengan ikhlas. PAS kita pujuk bukannya parti yg dulu. Hj Hadi dan konco2nya termasuklah Hj Haron Din dah komersial. Rakyat yakin yg dia dah makan duit haram. Tak payah nak selindung sebalik serban dan pergunakan ayat Al Quran. Kita tunggu saja Insyaallah tembelang mereka ini akan pecah jugak akhirnya. Bersatu pasti berjaya dan ada sokongan. Samada terang2, dalam diam dan simpati. Rakyat dah jijik bang din. PRU tahun depan ke, tahun 2018 ke tak kisahlah. Pasti Najib tumbang. Org UMNO sekarang ni je yg hanyut dan buta kenyataan. Tak lupa juga ..bebal dan bangang
ReplyDeleteBudin tak bagi tahu pada pengikut dan pencacai Budin di sini sebab utama mengapa PAS tidak sokong BERSIH atau PPBM. Jawapan nya adalah DAP. Pas tidak akan besama mana mana parti yang besekongkol dengan DAP. Setelah lama dengan Pakatan Rakyat, PAS tahu sangat agenda sebenar DAP. Cuma budin dan melayu sesat macam anjing Mahathir, Khairuddin sahaja yang nak cuba kaburkan mata rakyat dari realiti ini. Bertaubatlah budin. Pintu syurga sentiasa terbuka. Be honest Budin. Not just to yourself but to your readers.
ReplyDeleteFuck you PAS sesat.Baru sahaja lepas berpeluk dengan DAP.Kononnya tahu sangat agenda DAP.PAS memang khawarij pengamal ajaran sesat dari dulu kini dan selamanya.Surga untuk yang sokong PAS.Nabi dulu dah mampos.Sekarang ada Nabi baharu yang sokong Najiblis pulak.
DeletePAS dengan DAP dulukan tido sebantal romen lain tilam. Itu yang Tapa Ali dapat baek punya servis kat mana punya hotelkan. Ntah2 tempat Tapa Ali krongkek tu kat hotel cina DAP tak?
DeleteKau sama je pun. Kalau iya kau tak sesat kau pegi masuk dulu pintu syurga yang sentiasa terbuka kau cakap tu kat mana? Kau dah sampai dalam syurga? Kalau kau pun tak pasti diri kau sesat ke kapir. Elok kau pun sama tobat.
Rakyat sudah ralat nak sokong PAS RM90juta .....????
Deletebukan dulu Nik Aziz tu wali suci Dap ke? Tempat Teo NC mintak pedoman.
DeleteSyurga mana yang Nik Aziz tu dah masuk?
Adalah lebih baik kita sokong Parti DAP dpd pangkah parti yg sombong bodoh ni yg tidak ada pendirian cakap pun macam umno je he he he
ReplyDeleteBetul. Sokong DAP lagi baik daripada sokong PAS.
DeleteOnar telah dibuat lagi PR mahu bersama PAS.
Biarkan PAS bersekongkol dengan UMNO.
Selepas PRU14 BN/UMNO dan PAS akan ditalqinkan.
Kes RM90 juta tak saman-saman lagi mahu percaya ke?
Ini ular@dalam@semak banyak putar belit oooiii...
Ulamak, konon? Puuuiii... Pukimak punya Hadi@KhadamUMNO.
Perlantikan peguam kanan London mungkin tidak akan berlaku kerana:
ReplyDelete1. Pemimpin PAS tak fasih berbahasa Inggeris
2. Soalan pertama yang akan ditanya oleh peguam London ialah samada PAS terima RM90juta. Jika PAS tidak dapat beri jawapan "TIDAK" dengan teguh, peguam London tidak akan terima kes. Tidak ada peguam London yang cekap yang sedia mengadaikan reputasi beliau untuk mempertahan anak guam yang dianggap tidak ikhlas.
Peguam kanan London tidak sama dengan setengah pegaum diMalaysia. Di London, peguam menganggap "rule of law" bukan satu perkara yang boleh digadai.
Seru pemimpin PAS utk keluar PAS dan berusaha kalahkan UMNO BN bersama Pakatan Harapan jika PAS berkeras utk tidak tegas menentang penyelewengan UMNO dalam kerajaan. We want good governance. Period.
ReplyDeleteSeru pemimpin PAS utk keluar PAS dan berusaha kalahkan UMNO BN bersama Pakatan Harapan jika PAS berkeras utk tidak tegas menentang penyelewengan UMNO dalam kerajaan. We want good governance. Period.
ReplyDeletePeta minda PRU14
ReplyDelete*PAS 'mesra' BN = BN menang* (tanding 3penjuru)
*PAS kekal sendiri = BN menang* (tanding 3 penjuru)
*PAS bekerjasama Pembangkang = BN kalah * (gunapakai formula 1vs1)
Peranan PAS.
Terkini PAS dilihat BN sebagai tongkat utk menang PRU14 kerana UMNO sedang tenat disebabkan ketua presiden dan barisan pimpinan parti yg hilang/kurang amanah yg membawa masalah berat pada BN utk terus pimpin putrajaya..
PAS adalah parti melayu kedua terbesar selepas UMNO. Justeru PAS dijadikan senjata dlm PRU14 utk BN menang.
Setelah BN sihat/berkuasa maka tongkat kemenangan PAS akan dibuang
PAS tidak pernah berhasrat 'menang' Putrajaya sendirian kerana PAS hanya berminat sebagai penasihat kepada 'bakal pemenang' putrajaya sahaja. Justeru adalah lebih bijak kiranya PAS 'berganding bahu' bersama Pembangkang yg jelas mahukan perubahan menyeluruh utk kebaikan rakyat dari menjadi tongkat BN yg bakal dibuang setelah sihat selepas menang PRU14.
PAS hanya terus relevan jika menentang BN kerana PAS 'dahulu' adalah bekas komponen BN sebelum dgn haluan/pendapat sendiri. Jika perjuangan PAS selari dgn BN adalah lebih baik PAS jadi Seperti Semangat46.
*langkah2 'menang' putrajaya*
1 Pembangkang wajib berkerjasama dalam PRU14 secara formula 1vs1 meskipun tiada pakatan rasmi atau tidak rasmi blok pembangkang.
2 Letakkan keutamaan kalahkan jadikan BN sebagai 'Pembangkang' dari perjuangan parti masing2.
3 Lantik 'jurucakap rasmi' dari parti masing2 utk bercakap mewakili parti masing2 bagi sesuatu isu utk hilangkan kekeliruan ahli atau pengundi dgn lambakkan pendapat dlm sesebuah parti yg menjadikan pengundi hilang minat untuk undi.
4 Fokus utama hanya kepada isu2 'yg membawa mudarat pada negara' dan juga fokus pada kalahkan ketua BN dikawasannya sendiri, kerana rakyat akan hilang 'kepercayaan' apabila ketua lemah.
5 Beri pengundi/ahli/rakyat solusi penyelesaian yg menyeluruh utk sesuatu isu dgn pelan tindakan yg dipercayai
6 Jangan fokus pada 'siapa PM seterusnya' atau pada isu2 yg membawa pada perselisihan Pembangkang.
7 Guna pelbagai media termasuk media baru, Slogan perpaduan, lagu2 harapan, video2 penerangan juga apa sahaja yg dapat membantu.
8 Hadapi sesuatu isu dgn semangat 'kebersamaan' yg melangkaui agama, bangsa/kaum, bahasa untuk keadilan semua berpandukan Perjanjian Perlembagaan.
9 Jgn 'serang' 'individu' dlm BN tetapi 'serang' intergriti (amanah) atau kesalahan individu tersebut. Kurangkan mencaci lebihkan solusi
10 Bocorkan apa sahaja kesalahan BN dgn infomasi yg benar.
*p/s.. Jika PAS kekal sendiri dlm PRU14, Pakatan Pembangkan harus lebih fokus pada kalahkan BN sahaja dari layan PAS kerana PAS tidak berminat 'menangi putrajaya. PAS lebih berminat serang DAP dan PAN dari serang BN apabila PAS bersendirian. Apa2 tuduhan dari PAS kembalikan pada BN. Jgn perduli setiap dari PAS.. Fokus kalahkan BN. Jika PAS tidak bersama Pembangkang, Parti Amanah harus jadi 'Seperti' PAS dalam Pakatan Pembangkang parti berpaksikan agama islam. Kerana mereka serpihan PAS utk tarikh pengundi PAS seperti BERSATU yg mirip UMNO utk tarik undi org UMNO. Sabah dan Serawak boleh ditakluk apabila parti peribumi diberi layanan yg lebih baik dari BN berikan.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
PAS buka kuat, amanah pun bukan kuat. Klu di kelantan umno bn pun bukan kuat. Tp apabila pas tak nak bersama pakatan akan jadikan undi pas dan pembangkang lain pecah dua. Yang untung adalah umno bn sbb undi mereka tak pecah. Sbb tulah umno bn sekarang ni berlembut dengan pas bukan nak ajak pas bersama tapi cuma nak pecahkan undi. Bersatulah sblum terlambat.
ReplyDelete