Dalam UMNO ketika ini, bukanlah rahsia lagi mengenai hubungan Najib Razak dengan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bermasalah dan mula renggang.
Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin adalah bertujuan membantu parti dan kerajaan, tetapi dengan masalah membelenggu Najib terus bertambah parah, para penyokongnya mula "berkicau" merata-rata menyarankan adalah lebih baik Perdana Menteri segera berundur jika masih sayangkan UMNO dan BN.
Mengambil kira faktor popularitinya dalam UMNO, para penyokongnya percaya Zahid lebih mampu meraih kekuatan dan mampu mengelakkan BN daripada kalah dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib.
Namun demikian, penyokong Zahid tetap keberatan untuk bertindak memulakan langkah menuntut pengunduran Najib secara terbuka kerana mereka juga sedar pengaruh "dedak" yang telah ditaburkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO selama ini.
Berdasarkan respon rakyat yang terus menyusut, ditambah lagi dengan wujudnya PPBM yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad, harapan mereka ialah agar Najib segera sedar kedudukan dirinya yang bertambah sukar dan sedia berkorban demi menyelamatkan UMNO dan BN.
Najib, sepertimana yang diulangnya banyak kali, bagaimanapun bertegas tidak sesekali akan berundur diri. Beliau tetap mahu mengemudi dan memenangi PRU 14 dengan apa cara sekali pun.
Sandaran Najib untuk mencapai kemenangan mula terserlah satu demi satu. Ia mungkin dengan bantuan Pas dan boleh jadi juga melalui persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya yang sedang dilakukan oleh SPR.
Ada yang "nakal" pula melihat kemungkinan Akta Majlis Keselamatan Negara tidak mustahil boleh digunakan sebagai "perisai akhir" untuk menyelamatkan kuasa UMNO dan BN kerana akta baru itu didakwa membolehkan penguatkuasaan darurat diisytiharkan oleh Perdana Menteri.
Apa yang Zahid dan penyokongnya mungkin tidak sedar ialah Najib melantiknya sebagai orang nombor dua bukanlah bertujuan untuk menyediakannya menjadi "orang nombor satu" atau sebagai bakal penggantinya, sebaliknya hanyalah untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu semata-mata.
Pilihan Najib yang sebenarnya untuk menggantikan tempatnya ialah Hishammuddin Hussein. Jika ingin menyerahkan kuasa, Najib lebih percaya kepada Hishammuddin berbanding Zahid untuk menjaga kepentingan dan legasi buruknya untuk kekal tersimpan selama-lamanya.
Namun demikian, para penyokong Zahid seperti tidak mahu menerima hakikat itu. Mereka bukan saja mahukan Zahid menjadi Perdana Menteri, tetapi juga mula menggelarnya sebagai "murabbi" serta penyelamat kepada UMNO dan BN dalam suasana getir sekarang ini.
Pada penghujung Ogos lalu, sekembalinya daripada menghadiri mesyuarat majlis keselamatan PBB di New York, Zahid agak keletihan dan tidak sihat, tetapi pantas tersebarnya khabar angin beliau dikatakan diserang "stroke".
Apa yang menariknya, khabar angin itu tidak tidak langsung menjadi perbualan di kalangan parti-parti pembangkang atau pun PPBM. Selain menjadi bualan dalam UMNO, diberitakan para penyokong Najib dan Hishammuddin lebih galak memperkatakan isu kesihatan Zahid itu.
Ia dikatakan serangan awal untuk melemahkan Zahid dan seterusnya menolaknya ke tepi secara perlahan-lahan.
Apabila Zahid kemudian muncul sihat dan menyelar penyebar khabar angin itu, meski kemudian memaafkannya, ia dengan jelas menunjukkan Zahid tahu siapa yang melakukannya.
Walaupun "ombak besar" belum kelihatan, sebaliknya hanya "riak-riak kecil" di permukaan, sudah ada yang menyamakan keghairahan penyokong untuk menaikkan Zahid ini tidak banyak bezanya dengan ghairahnya penyokong Anwar Ibrahim mahu menjatuhkan Tun Mahathir suatu ketika dahulu. (SH 23/09/2016).
Zahid lebih dihormati dan dipercayai ketika penggal Obama hampir tamat.
ReplyDeleteSi Shima auww..auww tu nak dijadikan PM?
DeleteSimpang malaikat 44
DAP Selangor menuntut supaya pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula yang sedang berterusan.
DeleteBercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar, malam semalam.
"Jika kamu buat tinjauan rambang, ramai akan menyatakan perkara yang sama.
"Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai," kata Pua.
Keputusan itu, katanya, dibuat berdasarkan jangkaan keputusan hasil analisis DAP Selangor selepas persempadanan semula selesai.
Pua berkata, DAP Selangor akan mencadangkan perkara itu kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan untuk keputusan muktamad.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pada Isnin lalu menolak cadangan itu dengan berkata kerajaan negeri tidak boleh mengkhianat mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Exco Selangor dijangka membincangkan langkah seterusnya tindakan berhubung cadangan persempadanan semula hari ini.
Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar.
Delete“Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin.
Kemudian, tiga bulan selepas itu, beliau memulakan komplot Gerakan Kajang untuk menendang Khalid keluar dan apabila beliau tidak dapat menumbangkan Khalid, beliau cuba menjadikan isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik – namun gagal juga.
Jadi, apakah maksud artikel saya setakat ini – adalah ‘sudah saya katakan pada kamu’?
Masalah dengan rancangan ini, ialah DYMM Sultan Selangor tidak bersetuju Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar baharu. Dan jika mereka bertegas mahu meneruskan perancangan ini, akan ada bahaya yang Dewan Undangan Negeri Selangor mungkin terpaksa dibubarkan untuk satu pilihanraya negeri baharu.
Namun, DAP dan PKR masih mahu melawan Sultan. Mereka merasakan mereka mampu menggerakkan rakyat dan menganjurkan demonstrasi seluruh Selangor untuk menekan Sultan agar mengalah. Ini jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sepupu saya, Sultan itu. Jika mereka meneruskannya, Sultan akan musnahkan mereka sepenuhnya. Cubalah berlawan dengan Sultan dan tengok apa yang boleh berlaku.
Hadi tahu bahawa konfrontasi terbuka dengan Sultan akan berakhir dengan buruk bagi Pakatan Rakyat. Sultan bertegas mahukan lebih dari satu nama untuk cadangan calon Menteri Besar. Jadi, Hadi mencadangkan dua nama – Dr Wan Azizah dan Azmin.
Hadi telah menyelamatkan Selangor daripada bala. Beliau memberikan Sultan satu pilihan dan bukannya mengugut Sultan seperti yang mahu dibuat oleh DAP dan PKR. Sultan telah memilih Azmin dan itu telah memusnahkan plot DAP dan PKR untuk meletakkan isteri Anwar di kerusi Menteri Besar.
Dan itulah permulaan mereka mensasarkan Abdul Hadi Awang. DAP dan PKR pada mulanya menghentam Sultan dengan menuduh baginda tidak menghormati perlembagaan dan campurtangan dalam politik. Kemudian mereka menghentam Hadi kerana memberikan Sultan satu pilihan untuk memilih dan bukannya menutup ruang pilihan untuk Sultan serta memaksa baginda melantik Dr Wan Azizah.
Gerakan Kajang dan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar adalah rekahan pertama dalam Pakatan Rakyat. Dan mereka menyalahkan Hadi untuknya. Tetapi bukan Hadi yang merancang Gerakan Kajang. Gerakan Kajang itu secara rahsia dirancang PKR tanpa sebarang rundingan dengan dua lagi rakan kongsi gabungan.
Apa yang Hadi lakukan adalah beliau telah mencegah Gerakan Kajang daripada bertukar menjadi bala sebagaimana yang telah berlaku lebih awal di Perak yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas di negeri terbabit. Hadi tahu apa yang Sultan boleh buat dan boleh bersetuju lakukan dan beliau dengan bijak tidak berenang melawan arus atau tidak, akan menyebabkan Pakatan Rakyat terjerumus dalam bahaya besar.
DeleteNamun, tindakan Hadi memenuhi kehendak Sultan dari sebaliknya membantah baginda tidak diterima dengan baik oleh DAP dan PKR. Mereka mahu mencabar Sultan dan memaksa baginda untuk bersetuju dengan kemahuan Pakatan Rakyat. Tapi Hadi telah memberi penyelesaian kepada Sultan yang telah mengelakkan satu konfrontasi dengan Istana.
Hadi berasal dari Terengganu, satu negeri dimana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi anda keluar dari negeri itu dan menahan anda jika and cuba masuk kembali ke negeri tersebut (yang mana pernah berlaku sebelumnya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor). Anwar dan Lim Guang Eng, pula, berasal dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, jadi mereka tiada perasaan kasih dan hormat pada sultan-sultan.
Dan itulah sebab kenapa Hadi melihat isu ini berbeza daripada Anwar dan Guan Eng yang sanggup mengkhianati Sultan.
Malahan, itulah permulaan pergeseran antara Hadi dan DAP/PKR. Kemudiannya, Kelantan memutuskan untuk meneruskan agenda Hudud. Namun, daripada menyalahkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau PAS Kelantan untuk tindakan tersebut, mereka menyalahkan Hadi. Jadi mereka memuji Nik Aziz dan memanggil beliau tokoh yang hebat dan mereka mengutuk Hadi di atas apa yang Kelantan telah lakukan.
Tidakkah ia sesuatu yang janggal? Kenapa Hadi dipersalahkan atas apa yang Kelantan lakukan? Dan kenapa memuji PAS Kelantan dan pimpinan PAS Kelantan tapi pada masa yang sama mengutuk Hadi? Bahkan sekarang DAP mahu membelanjakan wang Pulau Pinang untuk membantu Kelantan membina lebih banyak masjid di negeri tersebut. Dan penyokong-penyokong Cina DAP bertepuk tangan serta bersorak memanggil ianya tindakan yang hebat. Tapi bukankah ini Kelantan yang mahukan Hudud?
Kemudian, dalam Disember 2013, Anwar mengaturkan satu pertemuan antara Umno, PAS dan PKR di London untuk berbincang urusan membentuk satu kerajaan perpaduan. DAP dan parti-parti bukan Umno lain dalam Barisan Nasional telah tidak dijemput ke dalam perbincangan ini.
Anwar kemudiannya telah meminta Hadi menghadiri pertemuan tersebut dan walaupun Hadi kebetulannya berada di London ketika itu, beliau enggan menghadirinya. Jadi, perbincangan itu gagal dan kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan.
Selepas itu Lim Kit Siang menuduh Hadi bermesra dengan Umno. Dia menuduh Hadi sebagai pengkhianat dan pembelot. Pada masa yang sama, Kit Siang mencadangkan Pakatan Rakyat menimbangkan satu pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan Barisan Nasional.
Dan itulah dia, wahai pembaca, bagaimana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, telah mengkhianati Pakatan Rakyat. Dan sekarang, disebabkan oleh pengkhianatan Hadi, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan baginda bahawa Selangor tidak lagi diketuai oleh kerajaan Pakatan Rakyat tapi diketuai oleh kerajaan Azmin Ali. Azmin mempunyai sekurang-kurangnya 28 ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bersama beliau dan disebabkan belum ada lagi undi tidak percaya dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri, maknanya Azmin masih berkuasa.
Dan DYMM Sultan akan menitahkan jika sekurang-kurangnya 29 ADUN belum mencadangkan undi tidak percaya terhadap Azmin, maka beliau boleh terus menjadi Menteri Besar sehingga pilihanraya umum akan datang.
Dan semua ini adalah kerana pengkhianatan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang – jahanam dia!
Prosiding saman PAS terhadap Sarawak Report kini di peringkat akhir berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima sejumlah RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
DeletePresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, barisan peguam diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan sedang menyiapkan dokumen berkaitan.
“Peguam sudah ada cuma perlu sedia bahan untuk dikaji. Proses diserahkan kepada kumpulan yang diketuai oleh Datuk Takiyuddin,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sebelum ini, Sarawak Report yang berpengkalan di London, menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri merayu supaya PAS menjauhi gabungan pembangkang dan mengalirkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu.
Sementara itu, Takiyudin berkata, PAS sudah berjaya mendapatkan khidmat ‘Queen Council’ di London.
“Kita telah mendapatkan khidmat Queen Council dan beliau telah bersetuju untuk mengambil kes kami.
“Biasalah, kes besar kita perlu menggunakan khidmat peguam dan kita di bawah lujnah undang undang dan dokumen itu kita akan kemukakan kepada beliau.
“Kita tak perlu bimbang kes sebegini mempunyai had enam tahun. Jadi kita perlu ada dokumen dan peguam akan meneliti serta beri notis supaya proses itu berjalan,” katanya.
Yini worang tarak sekola kaa..?? Tulis baanyakk panjang!! Deyyy pigi mati la...chhiiit
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteDengar betul-betul apa yang Tengku Razaleigh pernah bahaskan dalam parlimen ketika Mahathir mahu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Barulah anda tahu siapa Mahathir sebenarnya.
DeleteSelepas dia hapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, dia hapuskan pula keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui PPSMI.
Mahathir juga yang menyebabkan anak-anak Melayu terpaksa berhutang untuk menimba ilmu melalui PTPTN.
Kepada golongan muda generasi Y, inilah jasa-jasa Mahathir terhadap Melayu.
Sekarang ni di hujung hayatnya, dia pecah-belahkan orang Melayu. Mahathir ni sebenarnya ??, bukannya Melayu.
Nak komen panjang panjang tulis blog sendiri lah, bro.
DeleteBudin, bole tlg tapis tak komen yg melalut?
Bro ini cerpen atau novel ke?
DeleteSemua org buat salah dan silap, kalo lu mau tulis, x cukup kat sini...yg penting harus pandang kedepan..tengok masalah paling serius skang ni..mo1 kan? Jangan melalut dengan kisah lampau yo!
DeleteIni text khutbah jumaat ke apa ni??
DeletePanjang lebar cerita dongeng kau buat Labu.............!!
Boto tu 17:40
DeleteArwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????
Anon 1130,
DeleteKau ni la yg dulu guna nama "Waghih" kan?
Dah kono band ko nick ekau tu? Sampai kono guno namo mat non yo?
Kahkahkah
Ingatkan ekau dah lamo nyopi jadi makin ceghodik
Rupo eh bangang cam maghin yo
Lupo lak, kang kot ekau dah ceghodik dah takdo la najip nak sumbek dodak dalam tembolok ekau laie kan? Ha toghuihkanla jadi bodoh camtu
haha Tajul Oden nyokong pm sojak merdeka sampai skrg tak kiro janji Melayu perintah tanah Melayu ... tak kiro la ek ang nak gola oden bingai ko apo ko oden tak kisah, takat ni alhamdulillah selagi kito kayuh ado jugak rezeki yg ponting halal, O'ang eteh mmg ea banyak duwit diorang balun. Ek ang nak lobeh kono cari jalan rapat dgn o'ang eteh, mano tahu dapek jugak habuan meniago,janji masyukkk. Oden makan gaji bulanan yo. Pengamatan den Najib masih selamat sampai pru14 dan undi perwakilan jo yg menentukan mano tahu kot2 diyo nak perintah lobih dari ompek penggal lawan Madey. Kito lengok jo la.
DeleteLantak la dia org.gi mampos la umno.
ReplyDeletekhas buat yang terkesima dgn mantan,
DeleteBalik2 muko diyo jo nak nentukan Malaysia, patut ei dah bersara tu duduk ontok2 layan cucu mcm Paklah. Takdo kojo lain asik2 nak jaga suku sakat diyo jo lopeh tu nak suruh boboi ambik alih, mahu sampai 2040 kroni2 diyo jo. 1mdb tu contoh sykt bosa yang bernaug dibawahnya jenis2 perniagaan utk rakyat M'sia keuntungannya lbh krg mcm Petronas kan milik rakyat M'sia khas utk bumiputra. Tak tahu la mangkok2 sokong berasaskan kebencian. Tak kemana2 lengok je la apo jadi pada Nuar dianiaya dan skrg bergabung semula sebab nak jaga diri jo, rakyat dah lamo di julapkan mantan. Woi bangun la. Jgn ikut je buat la kajian mentelaah baca kisah2 yang lalu. Dulu bukan main kato Nuar itu ini last2 berpeluk balik dan yg masih bangkang asal bangkang tu la menjadi hobi korang dari azali, dulu sokong Nuar dulu kato Mahazalim la Mahafiraun la. Patut ei mantan ni la korang patut meluat. Apo toh skrg korang kono gula2 dek diyo lagi ko. Apo la siol politik murahan.
Org politik mana boleh percaya depan sokong belakang maki hamun yg penting binatang2 politik dapat dedak dan kuasa itu saja jadi apa yg berlaku itu ramai yg baling batu sembunyi tangan jadi tak payah hairanlah mereka tetap kayaraya
ReplyDeleteOrg politik mana boleh percaya depan sokong belakang maki hamun yg penting binatang2 politik dapat dedak dan kuasa itu saja jadi apa yg berlaku itu ramai yg baling batu sembunyi tangan jadi tak payah hairanlah mereka tetap kayaraya
ReplyDeleteMemandai-mandai je wat fitnah korang ni. Nak buat mcm mn. Dah digilap dek DAP komunis cina puak2 pembangkang ni. DSN tak pergi sbb ada urusan lain. Tak kan ler DSN nak umumkan kat awam. Tu pun nk jdkan isu gak ke..
ReplyDeleteAnon 15:15 DSN pun mcm ko juga. Bangang!!!
DeleteKalau dia bangang ko ni tongong.
Hahaha..tak habis2 ckp komunis cina..
DeleteTapi jual IPP kat China
Jual 60% Bandar Nsia kat China..
Beli coach MRT kat China..
diorg negara komunis.. tau tak?
Dia buta sejarah tuuuuu. Dia lupa sejarah bukit kepong.
DeleteKomunis Melayu di bawah pimpinan Mat Indera yg membunuh polis2 Melayu serta anak isteri mereka dan bakar hangus balai tu.
Duta china pon dah naik tocang...siap kasi warning terbuka kat malaysia sept tahun lepas, tak diplomatik langsung. Tak pernah berlaku dalam sejarah negara, duta asing selamba sound kat kerajaan kita. Yang tersiratnya sangat simple.... you no money, want my help? can , no problem, one billion enough aaa? 10 billion oso can, sap sap suey maaaa....just follow what i say. But you dont talk big aaa, i tell you first, i shit you then you know.
Deletekesian si anon 15:15...banyak sangat makan dedak...simpan sikit bangang kau utk anak cucu...jangan tunjuk sangat....bahana makan dedak terlebih-lebih
DeleteBidan terjun jerrrrr
ReplyDeletexde sorg pun dlm UmNo layak jd leader.
ReplyDeleteBARUA..WANG nak letak jawatan? Mustahil..
ReplyDeleteTulis panjang2 mengenai PAS pon tak guna. Pas akan lingkup dalam PRU14 jika bersendirian.
ReplyDeleteOrg politik mana boleh percaya depan sokong belakang maki hamun yg penting binatang2 politik dapat dedak dan kuasa itu saja jadi apa yg berlaku itu ramai yg baling batu sembunyi tangan jadi tak payah hairanlah mereka tetap kayaraya
ReplyDeletedulu ada melayu keja ngan penjajah untuk menjaga kepentingan penjajah bila penjajah balik hak penjajah terjaga
ReplyDeletedulu ada melayu tangakp pejuang melayu bagi kat penjajah britis
itulah kesah melayu tak abeh abeh harubiru
HAKIKAT NYATA
ReplyDeleteUMNO tak ada apa apa lagi...Maruah, Integriti dan Kredibiliti...hancus. Sesiapa saja dari UMNO sama sahaja...tak de guna lagi.
Najib MO1, Zahid Komedi, Hishamuddin Lembik, Salleh Kruk, Rahman Dahlan, Nazri Mafia, KuNan Londeh, dan semua menteri UMNO...gi jahanam kamu semua...
Adios UMNO...
Yg tulis panjang tu lain kali lukis gambar lg senang.markah tak ada.
ReplyDeleteItulah kerja sia-sia namanya, panjang-panjang tapi kena buang.Cuba buat blog sendiri, adeker yg datang menjenguk?kah kah kah kah
DeleteItu kerja Beruk Tunggal peliharaan Najib/Rosmah yg buat di portal2, merepek meraban lari tajuk dgn tujuan untuk mengabui mata pembaca2 blog. Contoh, di blog Kluangman kerap posting dia kena delete. Sila ambil perhatian.
DeleteYang tulis panjang berjela tu syok sendiri je. Tak der sape nak habiskan masa baca panjang sedepa. Perasan sorang le kamu yop ingat orang lapar nak baca.
ReplyDeleteLagi satu yang tulis bahasa macam bahasa sastera tu, lagi le meloya orang nak baca.
Kih Kih Kih Kih.
pening n sampai juling mata saya bila membaca komenter yg panjang lebar tapi tak ada kaitan lansung dgn topic artikel.
ReplyDeletemaaf ya! ini pandangan ikhlas saya.
Pada saya zahid bukan pilihan najib tetapi terpaksa sebab kedudukan zahid sebagai no.3. Hisham menjadi pilihan sebab pertalian saudara. Umno tidak lagi boleh menanggung pergesiran dalam pada ketika ini. Kaki dan tangan najib sudah terikat sekarang. Mustahil bagi najib hendak bermain kotor dengan zahid yg datang dari perak. Umno sudah hilang sedikit pegangan di johor dan sabah pulak sedang bergerak menuju kearah itu. Kedah sudah hampir pasti hilang and to risk perak, is just suicide. Perak dan Kedah pernah beralih angin dan tidak mustahil akan kalih sekali lagi pada PRU 14 jika tiada permainan kotor.
ReplyDeleteNampaknya hanya bermain kotor saja yg dapat menyelamatkan najib dan bn pada pru 14 ini. Kita benci umno bukan kerana umno tetapi roh perjuangan sudah tidak ada lagi pada pemimpin2nya. Jika dulu hanya diperingkat negeri dan daerah tetapi sekarang sudah busuk diperingkat pusat. Apa lagi yg tinggal untuk diperjuangkan melainkan hanya hendak menyelamatkan sepasang pemimpin.
Zahid atau Hisyamudin sekalipun,sudah terlambat.Goodbye Umno parti yang dulu ku berdiri teguh bersama kerana jasa serta perjuangan...sekarang hanya parti menyelamatkan Najib.
ReplyDeleteINI adalsh satu penelitian yang tepat. Syabas Budin.
ReplyDeleteUMNO sudah rosak dan dihinggapi barah hingga ke akar umbi.
ReplyDeleteJom hancurkan UMNO dan tanam ke dalam laut mati.
Tu yg panjang berjela tu mcm petikan artikel lama yg penah saya baca dr blog raja petra kamaruddin
ReplyDeleteKorang tk suka, aku suka semua cerpen anon ni, aku suka bca, ada logiknya.. Ada kelainannya.. Dia ni neutral.. Bawak otak aku mengembara ke satu sudut yg tenang dn berbeza dari sudut pandang aku yg ke biasaan terutama yg ini...
ReplyDeleteonymous23 September 2016 at 17:40
Dengar betul-betul apa yang Tengku Razaleigh pernah bahaskan dalam parlimen ketika Mahathir mahu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Barulah anda tahu siapa Mahathir sebenarnya.
Selepas dia hapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, dia hapuskan pula keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui PPSMI.
Mahathir juga yang menyebabkan anak-anak Melayu terpaksa berhutang untuk menimba ilmu melalui PTPTN.
Kepada golongan muda generasi Y, inilah jasa-jasa Mahathir terhadap Melayu.
Sekarang ni di hujung hayatnya, dia pecah-belahkan orang Melayu. Mahathir ni sebenarnya ??, bukannya Melayu.
Dn ini
Anonymous23 September 2016 at 22:00
Pada saya zahid bukan pilihan najib tetapi terpaksa sebab kedudukan zahid sebagai no.3. Hisham menjadi pilihan sebab pertalian saudara. Umno tidak lagi boleh menanggung pergesiran dalam pada ketika ini. Kaki dan tangan najib sudah terikat sekarang. Mustahil bagi najib hendak bermain kotor dengan zahid yg datang dari perak. Umno sudah hilang sedikit pegangan di johor dan sabah pulak sedang bergerak menuju kearah itu. Kedah sudah hampir pasti hilang and to risk perak, is just suicide. Perak dan Kedah pernah beralih angin dan tidak mustahil akan kalih sekali lagi pada PRU 14 jika tiada permainan kotor.
Nampaknya hanya bermain kotor saja yg dapat menyelamatkan najib dan bn pada pru 14 ini. Kita benci umno bukan kerana umno tetapi roh perjuangan sudah tidak ada lagi pada pemimpin2nya. Jika dulu hanya diperingkat negeri dan daerah tetapi sekarang sudah busuk diperingkat pusat. Apa lagi yg tinggal untuk diperjuangkan melainkan hanya hendak menyelamatkan sepasang pemimpin.
Adios..
DAP NI JAHAT KORANG TAU TK.. BUKN SEBAB DIA CINA.. KITA MELAYU.. MELAYU jugak yg menjahanamkan Melayu, tp sebab otak kekufuran dia itu yg tetap maukn Melayu sebagai yg dijajah dn mereka adalh penjajah , manakala hj hadi dah bca semua ini sejak bersahabat ymtahaluf siasi dulu lg.. Dn aku yakin hj hadi dh rasa kesilapan besar bertahaluf dgn DAP.. tu sebb hj hadi dh taubat nasuha.. Dn sekarang hj hadi tkda pilihan lain.. Melainkn tetap bersama geng Melayu islam biarpun sgt sedar semua tu lanun membangsatkn negara. Setelah timbang risk benifit dn dgn ilmu didadanya di lbh tmrela memilih bersahabat dgn lanun walaupun nmpak sonsang dimata kita yg tk nmpk ni. Korang ingat alim ulama buat kptsn guna akai ke.. Iwh tidak mereka bertahajud, memohon petunjuk dari الله.. Bukn sesuka hati... Dulu aku hot dgn hj hadi mcm tikus mondok tk menguit bila islam di pijak zaman tahaluf siyasi dgn DAP.. NMUN aku kembali respek pd hj hadi, rupanya dlm sabar, sabar berisi.. Last geng yg munafiq dlm pas dh terhumban kluar dgn sendiri.. Jd lh PAN.. geng yg tak guna.. Yg الله dh bersihkn dari PAS.. wlaupun aku marah dgn hj hadi kerana subahat dgn BOROSMAH tp aku sabarkn hati aku.. Krn aku percaya hj hadi ada sebab utk pelacuran ini.. Tetaplh dgn ulama.. Nescaya kita tk kn tersesat pegangan dn jalan... Adios..
ReplyDeleteAduh... Jangan bantai aku kuat sgt.. Agak Agak laaaarrrrr... Haha
ReplyDeleteNah 30sen...gi main bawah kolong.
DeleteIngatkan 30 billion, leh aku gi caymen island..
DeleteGi Alam barzakh la kau lg bagus
Delete