Keazaman untuk mengalahkan UMNO serta BN dalam PRU 14 akan datang dan seterusnya membuatkan Najib Razak tersingkir daripada puncak kuasa, seharusnya merupakan keputusan yang mutlak dan tidak ada kompromi.
Terus menyokong UMNO dan mengundi BN hanya menyebabkan kemungkinan Najib terus kekal berkuasa sedangkan kekalnya beliau selepas PRU 14, tidak menjamin segala masalah yang melingkari dirinya akan selesai dan nama negara dapat dipulihkan.
Dalam dokumen Jabatan Kehakiman AS, Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib, beliau didakwa menerima sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.
Ini bermakna, selepas harta-harta Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Al Badawy disita nanti, kita tidak tahu apa yang berlaku kepada Najib seterusnya.
Keputusan PRU 14 dan katalah jika Najib kekal berkuasa, ia tidak mungkin menyebabkan Jabatan Kehakiman AS dan FBI menutup kes itu. Sama ada BN menang atau tidak, perjalanan kes itu terus berjalan juga.
Bermakna, jika berlaku apa-apa tindakan terhadap Najib selepas itu, jika beliau bukan lagi Perdana Menteri, ia adalah lebih baik kerana tidak menjejaskan sama sekali nama baik negara. Sekarang ini, semuanya terjejas kerana Najib adalah Perdana Menteri.
Bayangkan apa jadi kepada reputasi negara dan maruah pengundi kiranya selepas memberi kemenangan kepada BN, tiba-tiba lebih banyak tindakan di peringkat antarabangsa diambil terhadap 1MDB dan mereka yang ada kaitan dengan Najib. Sudah tentu lebih buruk nama negara jika nama Najib turut disebut atau dikaitkan secara langsung.
Jabatan Kehakiman AS juga mendakwa wang 1MDB yang dipercayai diselewengkan yang dapat mereka kesan ialah berjumlah AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta. Laporan Audit Negara yang diOSAkan pula menyebut wang 1MDB yang tidak dapat disahkan pengalirannya ialah AS$7 bilion atau RM28,000 juta.
Ini menjadikan, selain AS, tujuh negara lain turut melakukan siasatan berkaitan penipuan, penyelewengan dan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.
Marcos, Suharto, Hosni Mubarak dan ramai pemimpin dunia lain juga dicatat sejarah pernah terlibat dalam skandal kewangan dan mengumpul kekayaan, tetapi jumlahnya tidaklah sebesar melibatkan 1MDB. Marcos, Suharto dan Hosni Mubarak juga tidak pernah disiasat sehingga oleh lapan negara asing di sebalik pengumpulan kekayaan, perbelanjaan dan pembaziran yang mereka lakukan.
Dengan itu, dari segi penipuan, penyelewengan dan penggubahan wang haram, apa yang berlaku kepada 1MDB yang diilhamkan oleh Najib, ia bukan saja berskala mega, tetapi boleh dikira antara yang terbesar dalam sejarah sejak zaman Nabi Adam lagi.
Sekali lagi, sama ada Najib kekal atau tidak selepas PRU 14 akan datang, nama 1MDB dan kaitannya dengan Najib akan terus menjadi perhatian, malah mungkin membawa kepada pendakwaan dan perbicaraan.
Juga bermakna, jika Najib bukan Perdana Menteri ketika itu, ia adalah lebih baik dan tidak menjejaskan negara kerana sebarang tindakan tidak lagi melibatkan nama Malaysia dan ketua kerajaannya.
Media-media antarabangsa juga tidak akan berhenti mendedahkan keburukan dan kebobrokan Najib dan keluarganya hanya kerana BN menang pilihanraya. Ia malah boleh jadi tambah berganda dan memburukkan lagi nama negara.
Di dalam negara juga begitu, isu-isu melibatkan Najib yang diperkatakan sekarang tidak akan tiba-tiba berhenti disebabkan UMNO dan BN terus berkuasa selepas PRU 14. Najib tentu saja tidak akan diapa-apakan oleh agensi penguatkuasa yang ada kiranya beliau terus berkuasa, namun bahananya ialah rakyat akan terus sengsara dan sakit jiwa.
Kekalnya Najib juga tidak mungkin membuatkan Tun Mahathir terus berdiam diri dan bersara, tetapi jika kerajaan baru berkuasa, bekas Perdana Menteri itu tentu saja akan menyumbangkan idea-ideanya yang lebih baik untuk pembangunan negara.
Rakyat lebih tenang dan damai jiwanya jika negara memiliki kerajaan dan Perdana Menteri baru selepas PRU 14. Bersama kemungkinan tidak lagi nama negara dikaitkan dengan penyiasatan atau pendakwaan di peringkat antarabangsa, rakyat turut dapat menumpukan kepada urusan harian dan keluarga dengan lebih baik lagi.
Ketika itu, kiranya ada sebarang pendedahan, berita baru, waima pendakwaan sekali pun, ia hanya melibatkan Najib secara peribadi saja. Nama negara tidak lagi terheret.
Maka, mengalahkan UMNO dan BN melalui pilihanraya dengan tujuan memastikan Najib tersingkir haruslah menjadi pegangan muktamad dan tidak diubah-ubah lagi. (SH 15/09/2016).
Dah ada parti melayu baru selain parti umngok, bolehlah kita tukar-tukar kerajaan yang memerintah.Umpama membeli baju Dan memakainya begitulah menukar parti pentadbir kerajaan.Biarkanlah umngok Dan pis sedondon sampai mereka dapat menyaman SR & WSJ.Lepas tumbang pun kita masih menunggu tindakkan saman keatas SR&WSJ.
ReplyDeleteDoj ni.. Trump dah banyak kali bitau.. x boleh dipercayai.. kat utube bersepah..
Delete
Delete17.38, ko siasat pulak siapa dia sebenarnya Trump ini dan latarbelakang dia. Cakap dia boleh pakai ke.
Petikan berita penyelewengan yg diumumkan oleh AG US.
DeleteWASHINGTON (REUTERS/AFP) US Attorney-General Loretta Lynch said on Wednesday (July 20) that a number of corrupt officials had treated Malaysia state fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB) as their private bank account.
She was delivering prepared remarks to announce a new legal action to seize more than US$1 billion (S$1.36 billion) in assets including
luxury real estate and a jet allegedly bought with money pilfered from the 1MDB state investment fund.
Siapa Loretta Lynch?
The current Attorney General, Loretta Lynch was nominated by President Obama after serving as the United States Attorney for the Eastern District of New York. She was confirmed by the Senate on April 23, 2015 and sworn in by Vice President Biden on April 27, 2015.
Apa itu DOJ?
The United States Department of Justice.
Kalau dia orang ni tak betul, kenapa diam, sila hantar bantahan dan saman.
Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????
DeleteTerkini yg menjadi tanda tanya saya,adakah dana di PNB akan digunakan utk "bailout" masalah yg dihadapi oleh kerajaan aka BN setelah pengerusi dan CEO PNB bersara atau dibersarakan.Minta En Din beri pandangan atau kupasan.
ReplyDeleteAndai kita terus mengundi najib Untuk terus berkuasa dalam pru 14, bermakna kita menyokong pencuri, penipu, pembohong serta menggalakkan kemungkaran yakni membazir, bermewah2 serta membantu perkara haram seperti penjualan dan pengambilan arak, berpesta lucah, perjudian pembuatan filem tidak bermoral.
ReplyDeleteRakyat Malaysia akan disinonimkan dengan segala kejahatan. Agama dan bangsa lain yang bertamadun juga tidak bertolak ansur dengan perkara yang disebutkan. Sudah pasti semua rakyat Malaysia akan dipandang hina oleh masyarakat dunia. Fikir2kan lah......
fakta karut dari orang tak berilmu..
DeleteFakta apa? Ilmu apa? Ilmu mencuri dan merasuah ke? He he he.
DeleteAnon 18:55 tu sebenarnya tak berilmu. Ilmu melancap dia adalah
DeleteBetul kata Anon 18.55 memang fakta karut dari orang tak berilmu.
DeleteFakta yang betul dan tepat dari orang2 yg tinggi ilmunya ialah rasuah itu halal lagi suci. Mencuri menipu, tamak haloba, berpura-pura tu perkara yang afdal. Jual bangsa, jual agama, jual negara tu amalan baik, patut kita beri sokongan.
Anon18.55
DeleteGolongan saperti kamu lah penkhianat negara Malaysia.
Pura pura menjadi pembela bangsa, pura pura menjadi alim ulamak.Kumpulan kamu boleh menipu manusia, tetapi kamu tidak dapat menipu Allah.
Ini golongan 'laknatullah'
Inilah bumi Msia.Sampai tahap berbilion hilang dana rakyat dan negra pun masih boleh segar dan tunggu pru 14 baru turun.Marcos bungkus disebabkan pembangkang dan rakyat.suharto bungkus sebabkan pembangkang dan rakyat bah kan Cina dulu pun berubah sebabkan pembangkang dan rakyat.tetapi cukup malang dan berbeza dgn pembangkang dan rakyat Msia.Melayu yahudi pengkhianat durjana lakhantullah bersama betina puasa ahli neraka serta kuncu kuncu nye bermaharajalela memerintah .
ReplyDeleteAnon 14.00,
DeleteBetul pendapat kamu.
Bangsa melayu darjatnya sama dg bangsa asli.
Cuma beza melayu ramai agama islam.
Bangsa melayu banyak disuap dgn kebodohan,di ciptakan zon selesa sementara nak mampus seperti kenaikan gaji yang tinggi dan hiburan yang melampau yang akan menguatkan lagi kebergantungan mereka kepada gomem.
DeleteDalam minda Melayu, yang penting ialah Melayu memerintah. Rasuah tu tak ada makna yang besar atau tidak ada makna langsung kepada kehidupan mereka. Pantang "Melayu" hilang dari persada politik negara.
ReplyDeleteHantu-hantu dicipta untuk menakutkan Melayu. Hantu-hantu tu ialah DAP, Amanah, ... Malaikat ialah UMNO, MCA, MIC, ....
Bila lagi Melayu nak jadi bijak walaupun Melayu bukan BODOH? Mana pergi rukun Iman ni?
najib sudah bertekad bertanding utk mengekalkan kerusi kawasan parliament Pekan.
ReplyDeletejika ada 'platform' saya bersedia menentang nya. saya sudah pun menyatakan hasrat saya kpd tan sri muhyiddin tempoh hari.
sungguhpun pun hampir mustahil utk mengalahkan nya,insya'allah saya mempunyai strategi utk memberi tentangan yg credible. kita tidak akan tahu hasil nya jika tidak mencuba.
Rosmah wajib d nyahkan drpd persada pemerintahan. utk ia nya menjadi kenyataan, najib wajib d korban kan.
pentadbiran Negara sedang d landa suasana ketidak tentuan. tidak saperti Indonesia yg sedang rancak maju k depan d bawah kepimpinan pres jokowi.
mari lah kita sama2 maju demi bangsa serumpun.
Hadapkan mereka ke perundangan kita.
DeleteDua golongan manusia yg mengundi BN/umno pru 14 akan datang.
ReplyDelete(1) Golongan yg ada kepentingan peribadi, dapat kontrak dan dapat dedak.
(2) Golongan yang mengharap BRIM dan tak tahu sangat 1mdb.
Golongan no2 ini yg paling ramai dikampung melayu @felda.
PPMB mesti memasuki kampung melayu dan kampung india untuk memberi penerangan jelas.
Penyokong blok ini yg sayang Malaysia mesti berkorban tenaga tanpa gaji menjadi ketua penerangan tanpa mengharap balasan.
Masa inilah peluang jihad kita menyelamatkan Malaysia dari terus musnah.
Memburukan nama negara iaitu negara yang dimiliki bersama bukan melayu Dan bukan Islam, macam mana pula memburukkan nama bangsa melayu dan dan agama islam? Ini kategori Penganas @ terrorist yang menganas kantong negara dan menyerang undang-undang negara ker?
ReplyDeletemalang sekali bagi soldadu (pengikut)yg kini memiliki bukan tiga bahtera (PKR,DAP,PAN) yg disandingkan atas sifat berpura-pura (Pakatan Harapan),kini muncul mendekatinya bahtera yg diberi nama BERSATU.
ReplyDeleteteorinya, akan lebih sukar untuk saling berkhianat jika berlaku "pakatan" yg seimbang (2-2).
tercampaknya PAS adalah akibat "pakatan" yg seringkali menghasilkan keputusan 2-1 (DAP+PKR) dalam kebanyakan gerakan sulit di dalam Pakatan Rakyat yg telahpun dikebumikan.
tidak lama selepas berakhirnya PRU ke-13. pecah khabar bagaimana buasnya ketiga2 bahtera yg berpura-pura itu berebutkan "kuasa", sekiranya Pakatan Rakyat memperoleh kuasa pemerintahan pusat. sehingga Ku Li (ahli parlimen gua musang) dijemput untuk menjadi PM, akibat dari tertolaknya Anwar bin Ibrahim dan Hadi Awang dari memegang jawatan Perdana Menteri. demikian juga barisan kabinet yg diajukan kemudian dibantah tanpa henti.
demikianlah sifat sebenar sekalian serigala itu, walaupun ia hanya berkisar andaian pada kemungkinan jika Pakatan Songsang itu berjaya menawan Putrajaya.
sedihnya soldadu dari ketiga-tiga bahtera itu tidak mengetahui kecelakaan yg bakal berlaku dan terus diperbodoh oleh politikus2 yg berhati serigala.
Jika mahu menggapai bulan, sediakan tangganya terlebih dahulu.
Andai mahu melayan bahtera, angkatlah nakhodanya sebelum mengembangkan layar.
Itulah bezanya antara yg Haq dan yg Bathil.
seburuk-buruk UMNO dan BN ia punyai nakhoda dan masih berlayar menempuh buruk dan baiknya gelora lautan.
Apa yg ada pada puak serigala itu? selain dari fitnah dan janji memenuhi kehendak hawa nafsu.
Haq dan bathil kepala bapak Kleptokrasi hang
Delete16.50....kebodohan kau tiada batasnya
Deletepedih bukan apabila kamu diperlihatkan sesuatu yg Haq ..sejarah tidak pernah menipu, hanya si jahil akan kekal diperbodoh oleh politikus berhati serigala.
Deletemereka mewujudkan "majlis Presiden" sebagai ganti nakhoda di dalam Pakatan Harapan. itulah tanda jelas pendustaan.
Percayalah ia akan hancur dan karam seperti bahtera palsu terdahulu.
Diwaktu itu kamu akan dihidangkan kisah disebalik tabir bagaimana mereka saling berkhianat sesama sendiri.
Tanyakan kepada politikus yg memakai label agama diwaktu mereka turut mabuk dan berdusta tentang wujudnya tahaluf siasyi didalam bahtera penipuan (pakatan rakyat).
saya berkemungkinan seorang yg bodoh, tetapi saya masih punyai akal.
cuba cermin diri awak sendiri terlebih dahulu.. kerana terlalu lama dikudakan untuk turun di jalanan berulang-ulang.
jangan lupa, politikus berhati serigala sudah mencanang untuk memperkudakan sekalian kamu dengan tema "bersih 5"... hehe
selamat petang.
17.18....bahtera umno penuh dengan orang macam kau...layar dilebar, sauh dilabuh, kapal tunggang langgang....kelasi kapal tak tau apa langsung, sebab bebal
DeleteYa...marilah kita bersama-sama sokong rasuah, penyamun, penipu dan pembelit.
DeleteLagipun kuasa itu sajalah TALIAN HAYAT yang ada untuknya mengelak dari sebarang dakwaan dan tangkapan.
anon 16:50 setiap perkara ada natijahnya... kalau UMNO buang si penyamun munafik tu dan jaga kredibeliti pemimpin.. tak perlu rakyat jadi pening mcm ni... objektif utama buang Si penyamun Munafik tu dlu.. lps ni rakyat akn sedar jika ada pemimpin yg spt si penyamun munafik tu.. rakyat tahu bagaimana nak singkirkannya..
DeleteMamat "nakhoda" datang melawat setiap entry dgn topik yg sama lalala~*. Topik "nakhoda" beliau umpama mcm negara dah nak melingkup. Mamat "nakhoda" nape masih x komen tentang isu duit billion2 yg telah dibuktikan wujud dlm ambank???
Deletetanyakan kepada politikus yg berdusta,bahtera yg dinamakan sebagai Pakatan Harapan.
ReplyDelete1. siapa nakhodanya
2. siapa panglimanya
3. siapa soldadunya
jika mereka mampu mengadakan hearaki yg lengkap didalam bahtera kecilnya (PKR,DAP,PAN).
mengapa mereka bersifat bagaikan si dungu yg tidak mengetahui apa-apa, apabila ia melibatkan bahtera yg lebih besar dan gah?
kini datang pula BERSATU.. menyertai tanpa "bersatu" didalam bahtera Pakatan Harapan.
Demi Allah jika mereka kekal demikian sehingga tiba masanya PRU ke 14, dengan rahmat dan kasih sayangNya..janganlah kuasa pemerintahan tanah Melayu ini jatuh ke tangan puak2 yg berdusta seperti ini.
Engkau tak tau sebab kau bodoh...asyik baca urusan dan tengok tv3 jerrr
Deleteawak tau ker?
DeleteSedangkan puak2 atasan serigala tidak mampu mengakui adanya nakhoda didalam bahtera besar yg diberi nama Pakatan Harapan.
hmmm .. tentunya saudara pernah bersekolah. dan urusan paling utama tatkala memasuki penggal pertama persekolahan. si guru akan "bermuafakat" dengan sekalian anak murid untuk dilantik ketua kelas.
erm, boleh awak beritahu kepada saya siapa nakhodanya@ketua didalam Pakatan Harapan plus BERSATU ?
17.28...awak tak pernah sekolah kot, kalau pernah pergi pon tak belajar apa apa...style penulisan kau tu adalah style baru dikalangan pemakan dedak, setelah style lama iaitu menghentam Tun dan muhdin dan mukhriz tak ada hasil. Style penulisan baru cuba menampilkan gaya pemikiran orang terpelajar....tapi sori la, orang terpelajar tak makan umpan, mat rempit boleh la
Deletehehe .. sebenarnya awak sendiri tidak mengetahui siapa nakhodanya Pakatan Harapan.
DeleteHanya satu soalan yang mudah. tetapi ia adalah pembuka jalan antara yg Haq dan yg Bathil.
mengapa harus bahtera2 kecil itu (PAN,PKR,DAP) punyai susunan hearaki dari kepala hingga ke tapak kaki ?
mengapa tidak diadakan "majlis ahli tertinggi" sahaja tanpa Wan Azizah,Mat Sabu, Lim Guan Eng diangkat sebagai nakhodanya ?
Kerana kamu terlalu senang diperbodohkan oleh politikus berhati serigala yg berpura-pura sedang "bertahaluf siasyi"
karamnya bahtera dusta para politikus sumbang sebelum ini, sedikitpun tidak memberi pelajaran buat kalian untuk berfikir.
sedihnya.
17:48...tak payah la nak sibuk pasal parti orang lain...kau sebagai ahli umno...boleh berfikir tak....adakah selama ini kau telah diperbodohkan oleh pemimpin kau?...kes 42 juta tu pun dah cukup la...adakah jawapan bodoh dari pemimpin kau dengan menyatakan TAK TAHU ada duit dalam akaun dia....tapi boleh belanja duit tu...kau percaya?...kalau kau percaya...menunjukkan tahap kebodohan kau adalah 4+....itu sebahagian aje...Allah mengurniakan kamu otak....untuk berfikir...
Deleteerm, aku tidak membela si pemerintah.. yg aku tanyakan apakah politikus di seberang sana benar-benar "bertahaluf siasyi"?
DeleteJika benar adanya tahaluf siasyi, dimana ketuanya ?
aku hanya mengajak kamu supaya berfikir. Untuk mengenali siapa nakhodamu.
berkait isu 1MDB, Najib dan isteri melanyak duit berbillion .. tiada seorang dari kalangan mereka yg mempercayai khabar itu mampu membawakan pembuktian untuk dijadikan asas pendakwaan ke muka pengadilan.
percayalah kebenaran akan muncul akhirnya. jika benar Najib dan isterinya melakukan jenayah kolar putih akan ada pembalasan.
namun bagaimana jika ia hanya sekadar fitnah ?
apakah hujah dari lidah si kafir, politikus2 pembangkang, Ngo2 tanpa pembuktian yg nyata akan dijadikan sandarannya.
sila bawakan bukti2 dan mulakan pendakwaan jenayah di dalam makamah dalam atau luar negara.
jangan jadi seperti kisah Tun M yg didakwa dengan pelbagai tuduhan, sehingga ada yg sangat mempercayai, Anwar bin Ibrahim ada 6kotak pembuktian akan menyumbat Tun ke dalam penjara.
nasihatku jangan terlalu percaya. biarkan masa menentukan. kamu percaya pada Allahswt bukan.
17.48...engko yang bodoh, pemikiran tahap mat rempit, nak berbahas tapi tahap form 3....pi bahas dengan ahmad bashah laaaa
Delete19.01...nasihat ko tu layak untuk budak budak pink puteri atau geng2 tahap ahmad maslan. Orang di sini tak perlu nasihat bengap engkau
DeleteWoi sekolah pondok 19.01...diam lah...nak berceramah agama konon, piiiirah
DeletePilih saja nakhoda penyamun barulah negara maju bankrap, kilang2 banyak tutup, duit kurang, ekonomi jatuh, harga barang naik, tambang public transport pun naik, harga rumah naik, biasiswa belajar pun dah ciput........tentu rakyat hidup bahagia.
DeleteAnon 17:05 dan 19:01..
DeleteKorang berdua baru lepas makan taik ke??
Macai + walaun = MALAUN
Nak tunjuk pandai kot...kah kah kah
Pembaca blog SHAHBUDIN ni terdiri dpd org yg bijak2...kalu komen mcm taik korang tu baik gi ke MYKMUT je...kat sana ramai org bahalol...kahkahkah
Nakhoda Pas lg teruk dah ler kaki u turn, pembohong bersiri menjual agama utk kepentingan politik sempit.
DeletePakatan Harapan dgn gabungan Bersatu, Amanah, PKR dan DAP tk perlu tunjuk ego, lagak mcm nakhoda Pas berangan nk jd ketua tp pemalas @ bodoh sombong.
Politik dwi parti mematangkan rakyat memilih kerajaan baru yg telus dan bekerja utk rakyat bkn merompak duit dan harta rakyat. Mcm penyamun tarbus dan tuang penasihatnya.
Umno hanya mampu hantar anjing kurap saja untuk menyalak disini. Anjing gemok dok menyorok dlm hutan kerana malu. Tapi sikurap mana dia tahu malu sebab muka tebal, badan dah nipis, akibat kurap.
Deleteerm, bawakan padaku suatu kelompok manusia yg waras akal tetapi ia menolak untuk melantik nakhodanya.
DeleteNescaya kamu akan mendapati ia hanya berlaku satu2nya di tanah Melayu ini.
alangkah bebalnya kamu, yg berangan dan bermimpi laksana jatuhnya bulan ke riba..
sedangkan kamu tidak "melihat" adanya ketua dari kalangan kamu didalam bahtera baru yg gah itu (Pakatan Harapan plus PPBM)
bukankah politikus berhati serigala itu membina bahtera lalu kemudian mereka saling berkhianat, berulang-ulang tanpa jemu.
apa yg membuat kamu menyangka akan tumbuhnya padi andai benihnya hanya lalang ?
politikus sumbang itu tidak segan untuk saling "berjabat tangan" sambil menghunus belati di masa yang sama.
para soldadunya dipenuhkan didalam dadanya segala macam celaan, rintihan dan keluh kesah, amarah yg membakar, dan berkelakuan ibarat lembu yg dicucuk hidungnya (berkali-kali diarak ke jalanan, diperah wang ringgitnya,tenaganya,masanya,ilmunya).
para soldadu itu juga dibuai dengan segala janji manis yg membuai kehendak hawa nafsu, yg dijaja oleh politikus berhati serigala.
satu contoh kecil bagaimana penduduk kg buah pala "dijanjikan" pada kekalnya kampung itu dengan syarat mengangkat puak serigala sebagai penguasa yg baru.
kini Kg itu hanya tinggal sejarah.
Hai mamat "nakhoda"
DeleteAlahai...rakyat ni dah byk kali dah ditabur janji manis oleh BN..dah berpuluh2 tahun dah kena kencing.
Biarlah kami nak rasa janji manis dari pemerintah baru pula. Sebab pemerintah lama pun byk janji2 manis dicapati.
Kami pun nak merasa dikencing oleh pemerintah yg baru. Sebab pemerintah lama dah kencing kami berpuluh2 tahun. Sampaikan kami dah kenal bau hancing tiap2 pemimpin yg ada.
Biarlah kami rasa yg baru pulak ya abg mamat "nakhoda" hihihi...
Saya masih ahli umno yang belum bersedia join ahli BERSATU tetapi akan menyokongnya termasuk undi.
ReplyDeletesaya berada di dalam beberapa group wassap DAN FORUM umno
Pertama: saya lihat suasana aman sebelum ini mula kecoh apabila ada yang sudah mula mempersoalkan jawapan pemimpin bagai lawak jenaka dalam isu gst dan 1mdb.
Kedua: saya telah mengambil kesempatan mempersoalkan beberapa perkara yang menyebabkan forum menjadi sedikit tegang dan ada kalangan pemimpin bahagian tidak dapat menjawabnya (memalukan)
Ianaya sebagai sebahagian sumbangan yang menggoyangkan keyakinan ahli kepada umno.
1. Terbaru najib bersuara lagi tentang meningkatkan tahap pengangkutan awam. Kononnya pentadbiran masa lalu mengabaikannya. Benarkah??
ReplyDelete2. Semasa pak lah menjadi pm, landasan berkembar dihentikan atas alasan projek gajah putih. Kemudian setelah najib menjadi pm, sama juga tidak mahu meneruskan projek tersebut.
3. Hanya setelah didesak oleh pelbagai pihak termasuk tun, baru projek itu diteruskan dan megalami pertambahan kos.
4. Semasa tun mula jadi pm, banyak kemudahan asas yang belum disediakan terutama di kawasan pendalaman. Jalan yang tidak berturap, tiada elektrik air dan talifon. Semua itu memerlukan dana yang besar dan tanpa pulangan yang menguntungkan negara. Manakala pendapatan negara hanya tertumpu pada hasil pertanian.
5. Melalui dasar pandang ketimur, banyak pelabur dibawa masuk dan dapat menyediakan peluang pekerjaan dan kutipan cukai.
6.selepas itu keadaan di kampung-kampung berubah wajah secara mendadak. Setiap rumah ada elektrik, air, telefon dan jalan tar.
Rumah papan telah diganti dengan rumah batu dan ada kereta.
7. Rakyat boleh berbelanja apa saja yang diidamkan mengikut kemapuan. Dimana-mana terdapat peluang pekerjaan. Banyak hartanah tumbuh bagai cendawan.
8. Di pusat negara, dibina klcc, menara kl, putrajaya, klia, lrt dan sebagainya.
9. Tetapi sejak tun keluar umno dan melakukan serangan terhadap najib, banyak kata-kata najib yang menimbulkan persoalan.
10. Najib bukan setakat masuk bakul angkat sendiri, tetapi lebih kepada menonjolkan kebodohan diri. Ibarat sapi yang mwncuri susu lembu.
11. Sebenarnya najib cuba untuk membeli jiwa rakyat melaysia setelah dia terpalit dengan isu 1mdb.
12. Langkah pertama najib burukan tun dengan apa cara sekalipun supaya tun hilang pengaruh dan rasa hormat rakyat pada tun.
13. Menunjuk-nunjuk pada rakyat kononnya najib ini seorang yang prihatin kepada rakyat. Contohnya br1m, terpampang gambar najib disetiap penjuru negara. Anjurkan malam cinta rasul, hadir dan mandi peluh bersama rakyat. Tunai haji dan umrah, ambik gambar, masuk tv dan besar-besarkan isu nya. Taja haji. War-warkan sokong hudud pas. Dan berbagai lagi yang najib lakukan untuk menonjolkan dirinya sebagai pm terbaik.
14. Semua yang najib lakukan hanya untuk menjadikan dirinya popular walaupun menggunakan sejumlah besar wang negara. Malangnya tiada apa pun faedah untuk rakyat dan negara dalam masa panjang. Malah rakyat dibebankan dengan gst untuk menutup segala lubang yang najib korek.
15. Hutang negara meningkat ketahap tidak munasabah jika dibandingkan dengan hasil dari hutang yang dibuat. Rakyat tertanya-tanya kemana perginya duit sebanyak itu sampai pelajaran rakyat diabaikan.
16. TERAMAT MALANG BER PM KAN NAJIB.
janganlah lah menjadi kufur nikmat..semuanya salah pm dan dihentam sezalim2nya..apa sumbangan saudara pada negara selain dari hanya menggunakan air liur untuk mengutuk menghukum pemimpin..cermin dulu diri..entah2 keluarga sendiri pun tak terpimpin..
DeleteSumbangan saya adalah menghentam Najib. :-)
DeleteSokong Joe Harry !!
DeleteBerjihad pada negara,
DeleteHentam najib dan umno.
Hidup Tun M!!!
Anon 19:08
DeleteDeyyy.... pigi mati laa!!! Chaiit!! Wotak surupa tarak ada wotak...chiiit!!!
Salam semua
ReplyDeleteMalang sungguh Malaysia. Rakyat...terutama melayu gagal melihat musibah didepan mata. Bau hancing kencing yang disimbah kebadan tetap diharumkan.
Apa hebatnya Najib dan UMNOnya? UMNO yang telah banyak berjasa kepada melayu kini hancur dan membusuk...masihkah melayu berpaut kepada UMNO?
Bukanlah sesuatu yang sukar untuk menerima hakikat bahwa Najib dan UMNO telah menghancurkan maruah dan ekonomi negara...tak perlu Ijazah, Masters atau Phd...Kleptokrasi adalah satu kenyataan. Bagaimana kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia masa kini?...adakah kita lebih sejahtera tanpa tekanan ekonomi?...atau kita terkial kial dengan himpitan ekonomi yang datang tanpa nampak tanda tanda akan reda? Hutang 1MDB olahan Najib melebihi RM 50 billion. Kalau diambil kira rakyat Malaysia termasuk bayi yang baru lahir dan orang orang tua...anggaran 30 juta...setiap seorang akan menanggung hutang sebanyak RM 1,666.67. Adakah kita merasa nikmat dari hutang tersebut?...BR1M yang diterima pun bukan dari wang tersebut...tetapi dari kantong kerajaan...duit kita juga.
Apa yang kita takut dengan perubahan kerajaan? Ianya tetap ditangan kita juga...bukan rakyat atau kuasa asing. Selangor dan Pulau Pinang tetap juga berjalan lancar...macam biasa jugak.
Wahai melayu...terimalah hakikat bahwa Najib tidak akan membawa kebaikan kepada negara...Najib kini menjadi beban (liability). Kita mesti singkirkan Najib dan BN untuk kesejahteraan kita semua...beri peluang kepada orang lain.
MO1 PENCURI !!!...
Kenapa anak Najib dan Joe Low dan yang lain lain dinamakan pada sidang akhbar DOJ masih belum di dakwa?
ReplyDeleteBila nak dakwa. Macam hangat hangat taik ayam aja! Press conference sejam lebih (yalah dah kena sogok dgn Mamak)
Katanya bukti kesalan dah bertimbun timbun (ye ke? LOL!)
Kenapa tak tangkap lagi? Budin tak nak tolong DOJ Amerika ke? Kesian dia orang masih tak dapat tangkap siapa siapa lagi. Najib dah berulang alik ke Amerika. Masih tak tangkap lagi. Mungkinkah Cia dan FBI tahu ini semua ciptaan Mamak kan barua baruanya. Ada tak pencacai pencacai kat sini yang kuat mencarut ada apa komen yang bernas mengenai "no further action" dari DOJ?
Takkan syok sendiri pasal press conference DOJ aja kut!
Alert! Macai detected. Siap guna nama Khalid Samad lg... Haha... Cybertrooper my ass.
DeleteBiar Allah yang laknat si penyamun.
DeleteHidup tiada berkat makan duit haram.
Daging tumbuh dari duit haram.
Bernafas dengan hasil haram.
Hadaplah siksaan dan balasan di akhirat nanti.
Itulah mahkamah yang maha agung dan adil.
Hakimnya Allah SWT.
Hidup di dunia ni singkat saja.
Umur pun dah banyak berlalu.
Masih lagi leka dengan kemewahan dunia.
Itulah beza manusia berakal dgn yang tidak.
Masa diberi DOJ pd penyamun2 1mdb hingga akhir september ni. Harap macai dan walaun bersabar. Dah kena dakwa nnt tk cukup tanah nk lari termasuklah macai2 najib dan walaun2 hadi. Mana nk sorok muka sokong ketua penyamun dan tuang penasihat 25persen.
DeleteCai 19:14. Apa jadi dg AG report dan PAC report? Dah masuk tong sampah ke? He he he macai. Dah mkn dedak?? He he he.
Deleteselaamat pagi, rasionalisasi (penambahbaikan) halatuju 1mdb adalah hasil dari laporan dan saranan PAC serta SPRM.
Deletemenerusi siasatan PAC serta SPRM juga mendapati tiada bukti untuk menyabitkan Najib dan isterinya melakukan pecah amanah berbillion rm menerusi 1mdb.
sebab di ISO kan laporan itu, mengikut pertimbangan AG yg dipersetujui kerajaan, tiada apa yg perlu dipertikaikan lagi.
kes saman DOJ hanya melibatkan 4 penama yg disyaki menyeleweng pembayaran sejumlah wang yg sepatutnya dapat kepada IPIC (tetapi diarahkan pembayaran ke anak syarikat yg bukan milik IPIC).
secara dasarnya sejumlah wang itu yg diselewengkan oleh Khadim Al qubaisi (bekas CEO IPIC) adalah milik IPIC. bukan milik 1mdb.
kes kini dalam peringkat timbang tara.
Oleh kerana itu jugalah,hasil siasatan FBI diserahkan kepada DOJ hanya untuk memulakan saman sivil. disebabkan tiada melibatkan kepentingan U.S, hanya(menghalang pembersihan wang dengan pembelian aset di negara kuasa besar itu).
DOJ juga menafikan MO1 adalah dirujuk kepada najib, kerana tiada bukti yg menyabitkan Najib sebagai dalang penyelewengan urusan antara 1mdb pada IPIC.
siapa MO1? .. DOJ hanya menyebarkan spekulasi untuk mencampuri urusan tanah melayu. kerana mereka tahu adanya sikitol yg akan menyembah kepada mereka untuk habuan kuasa.
kerana itu, belajarlah untuk mendengar, bukan untuk menjadi kuda tunggangan si kafir.
Erm, lidah si kafir itu sendiri menyiarkan laporan wang 2.6b yg masuk ke dalam akaun najib adalah benar hasil "derma" dari keluarga diraja arab saudi sebagai dana politik.
Ye la tuh, belajar mendengar pastu jadi kaldai tunggangan najib..hahaha, tu je tahap pemahamannya..
DeleteMungkin rakyatnya langsung TIDAK MERASAKAN diri ditindas, TIDAK MERASAKAN diri dianiayai atau TIDAK MERASAKAN diri dizalimi. Barangkali juga, rakyatnya memang SELESA untuk dirinya ditindas, SELESA untuk dirinya dianiayai atau SELESA untuk dirinya dizalimi...
ReplyDeleteBukti - Pilihanraya Sarawak, PRK Sg Besar S'gor, PRK Kuala Kgsr Perak, malah PRK Rompin Pahang; sdgkan waktu PRK Rompin tersebut, isu pelaksanaan GST yg 'mencengkam' masih 'hot out from the oven'. Resultnya - sang pemerintah skarang masih menang & masih memenangi hati majoriti rakyat. Tok sah citer bab majoriti nyusut; dlm liga bola sepak - membelasah lawan 7-0; atau hanya menang tipis 1-0 shj pun, tetap 3 point & dikira menang...
Dah majoriti rakyatnya memang suka yg begitu..., suara2 'memberontak' minoritinya, kena 'turut'kan suara teramai jer lah; w/pun 'hati'nya menyanggah tak bersetuju (selemah2 iman...???) ��
Tips hari ini: utk sustain kuasa + politic survival, bknnya susah pun. Mudah - cuma sergah usik cuit-cuit sikit je isu 3R - religion + royal + race. Terus rakyatnya sebulat suara putuskan utk kekalkan yg sedia ada...
Peti undi ada betul ka?
DeleteSejarah dunia; tak perlu yg jauh sampai ke zaman Parameswara, yg terdekat shj pun pernah membuktikan...
DeleteWaktu pemerintahan regim Marcos di Filipina, Sukarno di Indonesia, malah Mugabe di Zimbabwe; hampir seluruh rakyat membenci... tapi bila pilihanraya - MENANG TERAMAT BESAR...!!!
Keputusan kiraan undi akan terus-terusan menjadi keraguan jika 45%-55%; malah utk kes 40%-60% pun... Selama-lamanyalah jadik kumpulan merah kumpulan kuning seperti di Siam...
Cuba sekiranya pecahannya adalah 30%-70%; atau 20%-80%.... baru hilang akal nak carik hantu untuk top-up spin result...!
Pikir-pikirkanlah yea...
Alhamdulilah saya dan rakan2 secara resmi mengisi borang ahli BERSATU di Seremban petang tadi.RAMAI ahli baru.Alhamdulilah..
ReplyDeleteKalau dah hebat sangat sedondon, saling tongkat menongkat untuk kekal di putrajaya dan putarjaya kenalah amik tindakan :
ReplyDelete1. Umngok saman WSJ
2. Pis go-blok ke 3 saman SR
Alangkah bodohdan malunya bangsa melayu dan agama islam masih memilih pemimpin yg hina kerana perasuah penyamun perompak duit rakyat dan negara maka utk tidak memalukan islam dan bangsa melayu makan marilah sama2 kuburkan bn dan umno fikir2kanlah
ReplyDeleteAlangkah bodohdan malunya bangsa melayu dan agama islam masih memilih pemimpin yg hina kerana perasuah penyamun perompak duit rakyat dan negara maka utk tidak memalukan islam dan bangsa melayu makan marilah sama2 kuburkan bn dan umno fikir2kanlah
ReplyDeletelagi cepat amano bn lingkup lagi baik
ReplyDeleteNajib kena kekal menang pru14, tapi sbg ketua pembngkang.....senang nak dakwa atau belasah kat sidang parlimen...
ReplyDeletePonteng memanjang agaknya....
Malaysia dah kritikal dan nak melingkup si Nurul ni minta pula Mahathir mohon maaf pada Anwar. Apa ni? Kok ia pun, tunggulah Najib itu diberambuskan dulu barulah dibuat sidang media Mahathir minta maaf pada Anwar, kan bagus begitu. Suasana kini (Mahathir salam Anwar) menampakkan kejernihan. Tolong jangan keruhkan ya, Nurul.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMiss v..
DeleteDeyy..banyak bodo punya worang!! Pigi mati laa..deyy!!
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com