Thursday, 29 September 2016

RAHMAN DAHLAN, MENTERI JERMAN?


Agak menggelikan hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, salah seorang menteri propaganda Najib Razak menyatakan bahawa persamaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad antara Joseph Goebbels dengan mereka yang selalu mempertahankan Perdana Menteri sebagai  menyinggung perasaan Jerman.

Kata Abdul Rahman, kritikan Tun Mahathir tentang persamaan itu menyinggung perasaan Jerman, lebih-lebih lagi kerana kerana ia dilontarkan ketika Najib mengadakan lawatan rasmi ke negara tersebut.

Beliau telah menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman, negara yang membawa kumpulan pelaburan Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu, kata Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN.
Dalam tulisannya di blognya semalam, Tun Mahathir menyamakan pemimpin-pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib umpama "Goebbels kecil"  kerana berkelakuan seperti Joseph Goebbels, Menteri Propaganda era Hitler yang peranannya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan Nazi supaya ternampak bukan saja baik, tetapi juga mulia.

Malangnya, kata bekas Perdana Menteri itu lagi, tiada sesiapa yang mempercayai gambaran yang cuba dilakukan Goebbels itu yang akhirnya bukan saja membuatkan rejim Nazi dan Hitler ditolak, malah Geobbels bersama isteri dan anak-anaknya juga membunuh diri.

Dengan Tun Mahathir turut menamakan Abdul Rahman sebagai antara "Geobbels kecil"  tersebut, orang yang sepatutnya tersinggung ialah Abdul Rahman sendiri, bukannya rakyat atau negara Jerman.

Lagi pun, jika Kedutaan Jerman sendiri tidak berkata apa-apa sehingga ini berkaitan tulisan Tun Mahathir itu, bagaimana Abdul Rahman tahu banyak pihak di negara tersebut yang tersinggung?

Logiknya tidak ada sebab untuk sesiapa di Jerman yang harus tersinggung atau kecil hati dengan perbandingan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu kerana ia adalah fakta sejarah yang benar dan bukan direka-reka.

Perbandingan yang dibuat oleh Tun Mahathir juga tidak bertujuan memburuk-burukkan negara Jerman, baik dahulu mahupun sekarang, tetapi untuk menunjukkan betapa ada pemimpin di Malaysia sendiri yang mengaku moden dan bertamadun yang tidak mengambil iktibar daripada kegagalan watak Geobbels itu.

Malah, orang Jerman sendiri tidak ada lagi yang berperangai seperti Geobbels selepas berakhirnya era Nazi kerana mereka telah menjadikan sejarah sebagai pedoman untuk meneruskan kehidupan dan menjadikan negara mereka lebih dipandang tinggi oleh dunia.

Hanya di Malaysia, termasuk Abdul Rahman, walaupun mungkin banyak menonton cerita perang antara Jerman dengan Amerika sejak kecil melalui televisyen, tetapi tidak pernah sedikit pun belajar daripada sejarahnya.

Dalam banyak-banyak watak di dunia ini yang boleh dipilih untuk diri sendiri bagi ditonton oleh masyarakat, keluarga dan anak-anak, kenapalah watak Geobbels juga jadi pilihan? (SH 29/09/2016).

56 comments:

  1. Replies
    1. Siapa Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR tanya berkahwin.

      “Wakil parlimen PKR duduk serumah dengan peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala..
      “Patut la sedap sangat lawan undang-undang Islam nak dilaksanakan.. Nie rupanya kerja korang…,” kata Mohd Sobri dalam Facebook sekejap tadi.

      Delete
    2. Tunjuk bukti la woi. Kalau ada bukti, bagi kat rahman dahlan.

      Delete
    3. Woi sobri...kalau betul la macam tu....bukan setakat jabatan agama aje yang serbu...semua agensi dan media kerajaan akan serbu...silap2 geng baju merah pun ikut sama...pi la report...jangan mencacau dalam facebook aje.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Ini apa mamat ni !,pergi buka blog sendiri ,nak merapu ke suka hati hang.

      Delete
  2. Rakyat Jerman pasca NeoNazi juga menolak Hitler. Mereka sedikitpon tidak terasa akan cemuhan antarabangsa ke atas bekas kerajaan diktator itu. Sebaliknya hanya Regim diktator dan para penyembahnya yang tidak suka disabitkan dengan Nazi. Mereka fobia sumpahan jatuh binasa Hitler mengena mereka.

    Dalam banyak-banyak Regim, hanya di Malaysia terlebih-lebih meloncatnya. Terlalu takut agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang German sendiri pun tak sukakan Hitler dan Nazi. Semua negara Eropah terutama yang dahulunya pernah kena serang oleh Nazi semua menolak kekejaman Hitler dan Nazi ni.

      Ianya tak ada kena-mengena langsung dengan kerajaan dan rakyat German sekarang ni sebab kerajaan mereka yang ada sekarang ni bukan lagi berfahaman seperti Hitler dan Nazi.

      Janganlah cepat sangat melatah !!

      Delete
    2. Di Germany dulu mereka ada Nazi
      Di Malaysia sekarang ini kita ada Nazri

      Delete
  3. Mahathir tak kutuk bangsa jerman sekarang pon....rahman bising pasal apa? Pi jaga karabau laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bro..ular lidi nak jadi naga.
      Dia dgn keruak ni macam beruk dapat bunga atau si kodong dapat cincin.

      Delete
  4. Otak karabau teringin nak jadi pembesar....kharkkk ptuihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. saya turut bersimpati dgn rahman dahlan ini. drpd menjaga sebuah kementerian, dia d tukar menjadi menteri menjaga unit saja.

    kementerian d ujudkan berlandaskan akta, walhal penubuhan EPU hanyalah 'administrative arrangement' saja.

    secara jelas ini adalah penurunan pangkat(demotion).

    najib tidak bolih mengabui mata merkel.
    percayalah, sebelum najib mendarat semua maklumat mengenai nya(intelligence briefing) termasuk kemelut 1MDB,tlh pun d beri kpd merkel.

    ini lah nasib kepala Negara yg sedang dlm keresahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kesian pon kat dia ni...dia pernah suruh kita keluar rumah awal pagi untuk elak bayar tol, cadangan paling bodoh dan menyakitkan hati warga kota. Kalau dia kena strok, aku happy habisssz

      Delete
  6. Bodoh bahlol bangang pandir bebal bongok ...itulah menteri kau org semua rahman dahlan. Malu agaknya mak bapak dia. Dok pikir tang manalah silap dapat anak macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap sikit saja.....salah lubang!!!

      Delete
  7. Respon rahman dahlan jelas menunjukkn yg beliau terguris hati sebenarnya...kih3

    ReplyDelete
  8. Cadangan Datuk Abdul Rahman tu adalah cadangan yang ekonomi sebenarnya. Secara tidak langsung ianya akan mendidik rakyat bangun lebih awal pagi lagi. Tol naik berikutan dengan kos operasi selenggaraan lebuhraya semakin meningkat. Cumanya pembangkang shj yg suka mensensasikan mende2 camni. Biasa ler pembangkang. Sume nk bangkang. Ms madey bersama DSN dulu pun tembak madey. La ni jilat balik badan madey tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekonomi kepala bapak kau...orang macam kau sah dok kampong, apa pon tak tau. Tak terkejut kalau ko ni orang kota belud

      Delete
    2. Nilah sentimen yg dimainkan pakatoon. Di luar negara tol naik jgak. Rakyat senyap je. X de pown nk suh PM letak jwtn. Belanje mende bkn2 sanggup je. Eksos besor. Sport rim bersilauan..lg bnyk pkai duit. Ape lah sgt tol naik..kalau x nk byr tol, toksah ikut lbh raya.

      Delete
    3. Semua Org pakai ekzos besar ke?

      Semua Org pakai sport rim ke?

      Ye ke apalah sangat tol naik? Kau nak tolong bayarkan ke?

      Kalau xnk bayar tol? Sapa yg xnk bayar? Takkan taknak bayar dgn marah tol naik pun Xtau beza?

      Oh.. Sorry aku lupa.. Xsampai hati nak minta jawapan Org BODOH mcm kau.. Bak lagu elyana "Tak Tercapai Akalmu".. Nanti kau migraine siap strok kesian anak Bini kau

      Delete
    4. 2314 ni manusia yg paling bodoh di dunia. Aku x caya dia bodoh tahap gaban gini. Aku rs dia dah terkena sihir nasi kangkang dedak kut. Baik bwk mamat 2314 dan 2340 ni berubat ruqyah bg buang sihir....

      Delete
    5. Kalau macam tu toksah la buat highway. Semua pakat bangun awal pergi kerja. Lalu jalan lama..

      Delete
    6. Di Sabah Orang Kota Belud bolehlah pergi kerja pun naik karabau. Jangan sama kan dengan orang malaya

      Delete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  9. Woi rahman, negeri kau tu tunggang langgang, tak habis habis orang kena culik oleh lanun filipina. Pi jaga negeri kau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu. Bawa karabau kau sekali

      Delete
  10. Bro, smlm saya mengupah seorg pendatang dari negara jiran pasang tiles d rumah.
    Yg menarik perhatian saya dia peka tentang politik Msia.
    Isu yg di perkatakan adalah menegenai Grobell kecil i.e Salleh Keruak.
    Tahu apa pertanyaanya? Kenapa SSK selalu bercakap tanpa memikir maruah beliau.
    Haha, kalau seorg mason bole berfikiran begitu imagine the perception of them from an ex Premier.

    ReplyDelete
  11. Bro, smlm saya mengupah seorg pendatang dari negara jiran pasang tiles d rumah.
    Yg menarik perhatian saya dia peka tentang politik Msia.
    Isu yg di perkatakan adalah menegenai Grobell kecil i.e Salleh Keruak.
    Tahu apa pertanyaanya? Kenapa SSK selalu bercakap tanpa memikir maruah beliau.
    Haha, kalau seorg mason bole berfikiran begitu imagine the perception of them from an ex Premier.

    ReplyDelete
  12. Agak-agak SH Dia ni baru dengar nama yang dipaparkan olih TDM tak.

    ReplyDelete
  13. Said Keruak, Rahman Dahlan jenis jenis seberang timor tak berapa cerdik bila bercakap, membodek pun tahap merapu..orang hululah katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada macai2 mappadulung kecil dan besar:

      dort isnone wie die so blind, der nicht sehen

      Delete
  14. Bos, u don't worry now I cover U, dulu I terlepas cakap.I janji I x cakap yg memalukan U.I setia bersam U, bos. BTW, ini org tua sudah dilabel mungkin sudah hilang akal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau terlepas cakap sekali lagi, aku hantar kau balik sabah jadi pak guard pantai.

      Delete
    2. Buat apa jadikan dia pak guard pantai. Lebih baik jadi tukang sapu sampah jalan di kk

      Delete
  15. Madey poyi sobut German tentu ada yg marah (org German) tapi apa masyarakat antarabangsa dah tahu belang temberang suka menyibuk perilaku puak2 sejagat, elok jugak diya berpeluang suarakan dimedia Jerman bagi mengambil hati semula rakyat yang terguris. Jadi soalnya nape Madey tak kesana menerangkan kerusakan menerusi tulisan tu. Tak habis2 o'ang tuwo ni nak kesilapan silam puak2 sejagat nape poyi sama rakyat sana punya peel ke arah "rakyat German berpolitik" serupa korang la dlm blog ini kata penyokong dedak dan sebaliknya. Ikut logik skrg memang sebilangan rakyat Jerman tersinggung. Tu la Madey gitu mulutnya celupar tak tentu hala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poyi samakan rakyat sana punya peel ke arah

      Delete
  16. kalo ada negara korup yang disamakan dgn najib dan kuncu-kuncunya, kami rakyat malaysia tidak rasa tersinggung sikit pun..

    ReplyDelete
  17. Kito mmg ea 2x5 .... 5x2 sama je (ko tuduh oden mkn dedak bagai ... oden pun tuduh korang dedak bagai) tompi jgn sobut negara lua sebagai bandingan.

    ReplyDelete
  18. Sama bodoh dengan saudara senegeri bung mokhtar...ketika pasukan jerman memenangi piala dunia 2014..di beri pujian dengan ungkapan hail hitler yang dibenci oleh semua Rakyat dunia Dan khususnya Rakyat jerman..bodoh tak reti nak bezakan antara yang betul dan salah..tidak ada rakyat jerman yang menyukai hitler dan pembodeknya..menteri2 bodoh Malaysia!!

    ReplyDelete
  19. This guy is so stupid..someday in history when this dictatorial and corrupted najib regime is brought down to its knees and all the dedak ministers are sentenced to death..someone in Germany will make Rahman dahlan as an example on why not to be a dedak minister......believe me no one in Malaysia will ever be offended by that analogy!!

    ReplyDelete
  20. The worst thing is, this guy is a malaysian cabinet minister. Kalu takat menteri sabah, tak pa laaa.

    ReplyDelete
  21. Apa ke halnya orang2 umno ni....dari perlis ke melaka ke johor ke sabah, makin bangang...nak tanam ketum, bagitau amerika nak bunuh melayu, hias nasi goreng dalam kuali...sekarang ni kata rakyat jerman tersinggung dengan analogy nazi. Aku percaya sekarang bahawa effect nasi kangkang adalah nyata, walau pon dulu aku tak percaya benda karut marut.

    ReplyDelete
  22. Rahman, where is your "journalist" friend lester mulanyi....atau dah jadi lester melenyekkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Dahlan and Keruak, we fervently hope that the two of you do not represent the Sabahan intellect!!!
      It would be exceedingly disappointing to have to acknowledge that!

      Delete
  23. Ooh...memang seseorang sudah terasa tp yg pasti bkn rakyat Jerman...Jerman punya sejarah hitam dan J Geobbel itu slh satunya yg akan dijadikan pengajaran/moral dr sejarah hitam itu

    ReplyDelete
  24. soalnya mengapa poyi ceghita peel org lain diungkit2, tak tahu hangpa suko o'ang ceghita kisah hangpa yang sudah berkubuq tu melainkan hangpa semua malaikat tak penah buat dosa.

    ReplyDelete
  25. SAH si Rahman Dahlan ni Goebel Najib. Kesian hidup dengan bersekongkol dengan perompak negara. Tidak ada rasa malu kepada mereka ini. Wang telah menjadikan mereka buta hati dan maruah.

    ReplyDelete
  26. Jadi menteri takat kerja mengipas aje bazir duit rakyat buat bayar gaji dan elaun...makan duit haram.

    ReplyDelete
  27. Kito mmg ea 2x5 .... 5x2 sama je (ko tuduh oden mkn dedak bagai ... oden pun tuduh korang dedak bagai) tompi jgn sobut negara lua sebagai bandingan.

    ReplyDelete
  28. Adalah dia ni bau bau bacang orang Jarman...dari belah jiran dikampung dia punya atuk punya cucu sedara punya kawan baik....lah ceritanya panjang sangat nak tulis ni. Lain kali ajelah!

    ReplyDelete
  29. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...