Sebagaimana yang dijangka, Pas dan Amanah kalah di semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Pas bertanding di 11 kerusi, manakala Amanah sebagai parti baru bertanding di 13 kerusi.
Kekalahan Amanah mungkin tidak mengejutkan, bagaimanapun bagi Pas sebagaimana yang dituturkan oleh Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili, parti itu menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi.
Ohhh, begitu...
Tetapi PKR dan DAP barangkali mendapat pengajaran paling berguna apabila kedua-duanya dikalahkan oleh BN di enam kerusi bertindih yang mereka bertembung sesama sendiri.
Walaupun belum pasti BN dapat dikalahkan jika pertandingan satu lawan satu di kerusi-kerusi tersebut, ia terbukti memberi imej yang tidak baik dari segi konsep permuafakatan dan untuk meyakinkan rakyat.
Oleh itu, jika benar-benar ingin menjadi alternatif kepada kerajaan di peringkat Pusat, adalah penting untuk kedua-dua parti tersebut mengukuhkan lagi persefahaman dan tolak ansur sesama sendiri dan tidak membiarkan apa yang berlaku Sarawak berterusan sehingga ke pilihanraya umum kira-kira dua tahun lagi.
Ini adalah pengajaran awal dan belum terlewat untuk melembutkan keegoan masing-masing. (SH 07/05/2016).
Aiiii....Tok guru Eddie Ah Awang kata PAS boleh menang paling kurang pun 1 kerusi.
ReplyDeleteApa sudah jadi?
Kurang ker jus Tok Guru untuk orang2 Sarawak.
Itulah....lain kali jgn cakap besar tok guru.
Ciak boh liaw lah lu Hj Hadi.
DeleteBaik baik jalan arrrr
...tuan gundu buat kejutan.
Deleterileks la nro..ada perlawananan ada kalah dan monang..tapi x monang sampai bile-bile psl dia bukan nak jadi ketua hanya nak jadi PUNAHSIHAT AJE YANG BEERPUNAHSIHAT? KAH..KAH..KAH..?
DeleteOrg Sarawak bangang..
ReplyDeletePemimpin2 pembangkang yg bangang, bergaduh dan cantas mencantas sesama sendiri untuk berebut kedudukan mencari "dedak"...rakyat dah naik muak
DeleteBetul tue.. Memang bangang.. nk lawan sesama sendiri..
DeleteKemenangan BN diSerawak membuktikan rakyat Serawak
Delete1. Menyokong perlaksanaan GST
2. Memandang ringan perbuatan rasuah dan penyelewengan
3. Tidak kisah dengan keadaan ekonomi yg malap.
4. Tidak ambil pusing dengan kesengsaraan rakyat di seluruh Malaysia dengan peningkatan harga barang dan taraf hidup.
5. Tidak peduli dengan skandal 1MDB dan kes RM2.6 Billion
6. Ternyata rakyat Serawak lebih mementingkan diri sendiri dan gagal memahami keadaan Malaysia yg sebenarnya.
PRN Sarawak menang bukan sebab najib. Menang sebab rakyat sarawak bersikap patriotik kpd parti org mereka sendiri. Sarawakian kita tau memang susah nak terima parti luar selain dari kaum mereka sendiri. Tu sebab Sarawakian tak perlukan umno.
DeleteAdenan satem kata kalau umno masuk sarawak dia sanggup letak jawatan.
Kemenangan parti kaum sarawak ini memang dah dijangkakan.....tapi nanti biasalah akan ada penyamun yg akan tumpang 2 kaki 2 tangan....mengaku kemenangan tu ialah punca dari "kewibawaan" dia dan sebab orang "percayakan" dia......kononnnn.....
Sebab Aura Adenan Satem sendiri yg tak makan rasuah dan tidak menjual bumi kenyalang.
DeleteBukan sebab najib.
Kalau sebab najib bn pasti kalah teruk
Pas dan amanah tak menyanyi. Macam mana nak menang. Zaman sekarang ni, yg pandai nyanyi, pandai bohong, bagi duit banyak dan kaki samun saja yg dinaikkan jadi pemimpin. Muntahlah kita dalam dua tiga bulan ni dengar Najib jual borak dia antara sebab Sarawak menang besar. Salleh kahak dah mula melalak dah. Tak lama lagi, kaki dedak yg lain akan puji sehingga jilat jubirlah kehebatan Najib
ReplyDeleteSyukur BN masih menang di Sarawak. Ini menandakan rakyat suka dicukai. Saya nasihatkan Dato Sri Najib boleh pertimbangkan untuk naikkan GST kepada 8% atau 10% lagi tahun ini. Kita tengok apa reaksi rakyat.
ReplyDeleteUntuk penyokong Pas, juga tahniah kerana anda memeng ehem..ehem.. Begitu juga DAP dan PKR.jangan lupa untuk berebut kerusi lagi dalam PRU 14 nanti ye. mana tahu jika menang, boleh elaun MP atau ADUN. Rakyat peduli hapa,janji poket tuan/puan penuh duit.
Peluang terbuka untuk perompak rembat duit.
DeleteTamak dan ego nak rebut kerusi..akhirnya satupun tak dpt..ingat ini pengajaran utk pemimpin yg tamak dan ego dlm membuat keputusan..rakyat naik meluat..
ReplyDeletePENGAJARAN BESAR kepada PKR dan DAP untuk PRU14. Bercakaran sesama sendiri tidak membawa apa2 keuntungan. Orang TAMAK selalu RUGI. So better LEARN A LESSON before GE14.
DeleteThis is a BIG LESSON to both PKR n DAP. Should this be REPEATED in next GE?
Madpudulong kena belajar berpolitik dgn adenan satim.
DeleteAdenan satim boleh dapat majoriti 3/4 kerusi
Madpudulong nafsu karabau apa ada?
Ehemm..Ehemmm jamil khir baharom
Tamak dan ego nak rebut kerusi..akhirnya satupun tak dpt..ingat ini pengajaran utk pemimpin yg tamak dan ego dlm membuat keputusan..rakyat naik meluat..
ReplyDeletebukan lagi untuk pengajaran tapi memang kurang ajar
ReplyDeletetak mau denagr bial di ajar
padan muka 50 tahun lagi pun macam tu jugakla
PRN11 Sarawak menjadi medan kepada parti-parti pembangkang menilai kekuatan dan pengaruh mereka. Ditolak faktor Adenan dan rasuah pilihanraya, kegagalan Pakatan Harapan menambah kerusi dan menidakkan kuasa 2/3 BN di DUN Sarawak berpunca dari perbalahan terbuka di antara mereka. Ketidaksepakatan, serangan terbuka dan salah menyalahi penyebab rakyat Sarawak melihat PH tidak mampu menjadi alternatif kepada BN. Buktinya selain dari jumlah keluar mengundi yang rendah dan sebahagian undi kaum Cina kembali kepada BN, di beberapa kawasan calon bebas memperolehi lebih banyak undi dibandingkan calon PKR-DAP. Ini berupa protes dan hukuman rakyat Sarawak terhadap ketidak-rukunan parti-parti Semenanjung.
ReplyDeletePKR, DAP, PAS, Amanah dan parti-parti pembangkang tempatan sewajarnya kembali ke meja rundingan dan memperbetulkan kesilapan masing-masing (baca ego masing-masing) serta bersegera putuskan pihak mana selayaknya bertanding pada PRU14. Sekiranya ada parti kacau daun mewujudkan pertandingan 3 atau lebih penjuru ternyata parti tersebut dengan niat mengekalkan Regim sebagai kerajaan Persekutuan dan sewajarnya ditolak sama sekali oleh pengundi.
Sasaran PH kini adalah Putrajaya. Langkah penting perlu dilaksanakan sekarang ialah menentukan/membahagikan kerusi-kerusi yang bakal mereka tandingi. Hanya dengan itu setiap parti dapat memberi tumpuan dan melancarkan gerak kerja dengan strategik. Jika PH gagal bermuafakat dan bersatu padu menjelang tahun keempat penggal 13, ada baiknya mereka membubarkan Pakatan Harapan dan bergerak sendirian atau menyertai BN. Ini memudahkan rakyat membuat keputusan dan bergerak demi masa depan mereka dan negara. Politikus yang tidak jujur dan iqlas berjuang tidak layak bertanding merebut jawatan Wakil Rakyat!
Betul.. Bubarkan aje Pakatan. Biar BN yang perentah. Belum apa2 dah berebut kerusi bagai. Kalau menang nanti entah apa yg depa buat. BN dah ada rekod memerentah cuma DS Najib je buat taik.
DeletePRU14 parti-parti pakatan akan kalah besar bukan kerana tak dapat undi tetapi angkara pertembungan sesama sendiri.
ReplyDeletePakatan Harapan vs Pakatan PAS
Sendiri mau ingat la PKR&DAP! Kalau tak ingat jugak, PRU 14 pakat bagi BN menang la...Kepada Amanah. Dun worry... First attempt, camtu la... Takes time.. Tp. Kena banyakkan usaha. Insyallah.. Boleh menang!. Kepada Pas...kena komen ker
ReplyDeleteparti ni? Buang masa aku jer..
PKR & DAP apa bodoh sangat??? Tamak berebut sesama sendiri. Sekarang dua2 jadi losers. Dua2 pun rugi. Yg untungnya Najib. Talian hayatnya ditambah lagi.
DeleteAmanah kena kerja lebih lagi. Kena 2 kali ganda kerja sebab parti baru.
Tapi yg nampak bodoh ialah PKR & DAP. Apa pasal korang murah hati sangat bagi jalan mudah pada penyamun??
Kalau PRU ke14 korang masih bercakaran macam ni, memang korang dua2 punya parti akan tamat. Kalau korang nak menang korang buang ego masing2 dulu. Masalah korang ialah tamak. Korang tolong pakai kepala sikitla.
Pilihanraya Cash is King.Sarawak mampu berdikari?Oleh itu patut minta merdeka daripada Najib durjana.
ReplyDeleteSaya sokong jika BN menang lagi PRU 14 nanti. Pakatan Harapan memang tak boleg diharap. Pakatan masing2 tak sehaluan dan penting diri sendiri. Elok kita kekalkan BN. Walaupun hidup susah tapi terjamin. Kalau di bawah pakatan, belum apa2 dah pentingkan diri sendiri. Elok pemimpin Pakatan tak dapat elaun MP atau ADUN. Baru dia orang sedar diri.
ReplyDeleteYang menjadi masalah besar, Najib.
DeleteBukannya BN@Kerajaan.
Baik kekalkan BN dalam PRU14 nanti.
Bak kata Mahathir.
Dia anti Najib bukan BN.
PM berjiwa rakyat patut pimpin BN.
Kalau PH dalam keadaan sekarang.
Entahlah... tak tau apa nak kata.
- Aku kecewa.
Kalau najib tak undur macam mana?? Takkan nak pangkah BN?? Pangkah BN maknanya undi najib.
DeleteAku akan pangkah pembangkang kalau najib tak nak turun. Itu harga yg terpaksa dibayar. Maaf itu jer jalannya. Tak ada pilihan lain.
Frust Tertonggeng
❤❤malaysia❤❤ ahli politik jahanam.
ReplyDeleteKebodohan dan kedunguan pimpinan komponen Pakatan Harapan dalam menguruskan ego dan haloba masing masing akan memusnahkan diri sendiri. Pakatan Harapan telah menyuntik Ubat Kuat kepada BN secara tidak langsung., Jika ini berjangkit di Semenanjung, maka diharap rakyat menolak gabungan ini kerana jelas belum menguadsai Putrajaya, komponen Pakatan Harapan sudah gagal mencari titik pertemuan.
ReplyDeletehehehe
Deleteubat kuat
Sesama sendiri bergaduh macam mana rakyat Sarawak nak yakin dengan pemimpin pemimpin giler macam ini.....!!!!!
ReplyDeleteKalau bergaduh sepanjang masa.
DeleteDalam PRU14, Selangor dan Pulau Pinang
BN akan ambil balik.
PRU@13, kerana bertindih calon PKR@PAS
DeleteChegubard yang patut menang, tewas.
PRN@Sarawak, banyak bertindih banyak tewas.
PRU14, mungkin lebih banyak bertindih.
Nanti lebih banyak pula yang tewas.
Justeru itu, rakyat patut terus pilih BN.
Bagi mengelakkan Negara kucar kacir.
Lihat saja apa yang telah berlaku
di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Hanya masalah Najib saja harus diatasi.
Itu saja, yang lain-lain kira oklah...
Pembangkang menjadi parah bila anwar tubuh parti pkr, dimana berpecah 3 parti iaitu pas, pkr dan dap. Kemudian pas pula berpecah dengan tertubuhnya amanah menjadi 4parti. Setiap parti nak jadi parti tunggak dengan letak calon yang teramai walaupun belum tentu menang. Akhirnya ada pertindihan calon sesama pembangkang.
ReplyDeleteFaktor yang kedua, pembangkang tidak ada "pemimpin yang berkaliber" yang boleh diterima ramai untuk menjadi pm. Hadi, anwar, mat sabu dan lim kit siang bukan lah calon pilihan yang boleh menidakan bn.
Hakikat yang perlu ditelan, undi yang pembangkang dapat adalah kerana pengundi marah atau tidak setuju dengan bn. Bukan kerana pengundi yakin dengan pembangkang.
Pembangkang boleh kalahkan bn sekiranya pkr, pas dan amanah bersatu dibawah satu parti dan mencalonkan seseoarang yang berwibawa untuk menjadi presiden pada parti tersebut.
Eloklah tu...bubar aje semua parti yang dalam blok
ReplyDeletepembangkang. Cakap berdegar-degar tapi sifat hasat dengki tetap berkobar dalam hati. Biar BN je yang memerintah....biar Negara jahanam sekalipun tak pe.
Gua sudah kata.
ReplyDeletePas satu kerusi pun tarak.
Jangan mimpilah PRU14 ada kerusi.
Allah dah laknatkan Pas.
PAS tunggu masa untuk dikuburkan.
DeletePadan muka Hadi@PilKuda.
Kah... kah... kah...
Pas parti yg sombong patut cermin diri jgn jadi menang sorak kg tergadai dpt telor disarawak behitu juga pkr dan dap terlalu ego sekarang apa jadi klu beginilah sikap pemimpin dan ahli bagaimana dlm pru14 nanti bn akan gunakan cash is king maka eloklah dap dan pkr fikir dan nilai diri sendiri
ReplyDeleteAlhamdulillah BN Sarawak menang besar, presden parti lebai boleh lah hantar ramai punasihat2 kesana....kikikiki
ReplyDeleteAlhamdulillah BN Sarawak menang besar, presden parti lebai boleh lah hantar ramai punasihat2 kesana....kikikiki
ReplyDeleteDap dan pkr berbalah sakan di sarawak, hang dok cakap presiden pas tak betul.. adakah hang yg tak betul?...
ReplyDeleteHaha..betul..budin ni pun satu..batu api..dia pun makan dedak juga..org umno...ada dalam blog ni dia mengaku nak jatuhkan umno bn
DeleteKo dah masuk sini pulak dedakian...baghal....!!
DeleteSaya kurang senang dengan sikap Abang Azmin dan Apek Lim Guan Eng. Langsung tidak bijak dalam strategi politik. Yang satu Abang Hadeee Awang jangan haraplah. Cakap nak perintah Sarwak asal orang Islam satu percaturan politik yang bodoh.
ReplyDeleteMereka ini semua gagal dalam memenuhi aspirasi perjuangan rakyat.
Bagi sayalah kalau UMNO kembali bersih, cekap dan amanah, maka saya pasti sokong UMNO.
Syarat abang Najib dan pengampu tak ada maruah buang ke pulau jauh tengah hutan Amazon. Sama jga puak DAP dan PKR biar bercakaran macam monyat di hutan Brazil.
Banyak pengajaran yg perlu diselidiki dan dikaji drp PRN SARAWAK.
ReplyDeleteSaya tak heran kalo PAS tewas dari sudut undi. Hakikatnya mmg org yg ikut kebenaran itu sikit sejak zaman para nabi dulu hingga nabi Muhammad SAW bahkan sampai sekarang ni.
Yang saya musykil sangat nasib si PAN. Katanya dapat sokongan drp PKR & DAP. Kenapa lebih parah drp PAS?.
Kalau yang ikut kebenaran itu sikit,PAS tak payah lagi berpolitik.Duduk sahaja dalam pondok,masjid,madrasah dan surau.Kenapa sibuk sama nak terjun ke lubang najis?
Delete...pan parti baru. Baru nak bertatih.
DeleteHadi@Pil, Haron@Jin dan Abduh@Nik perosak Pas.
ReplyDeletePemecatan Husam lagilah cepat Pas ditalkinkan.
Dulu dapat kerusi pun pasal Anwar, suruh lawan BN.
Tetapi lain adinya, kawan BN nak dapat dedak Najib.
Mereka ingat rakyat bodoh, PRN@SR jadi pengajaran.
PRU14 bersiap-siaplah masuk kubur.
Azizah, Azmin, LKS, LGE, Mat Sabu dan Rafizi
binalah Pakatan Harapan dengan jitu supaya dapat
jadi pilihan rakyat yang kedua selain BN.
Elakkan bercakaran sesama sendiri, kami dah muak.
Ini baru Sarawak ... dia orang boleh putar-belit tali perut pengundi degan julap....wang (dari langit gaknya turun...macam tak putus-putus). Apa lagi PRU14....akan lembiklah pembangkang, habis satu dunia dedak akan di impot untuk menjulap lak satu Mesia.
ReplyDeleteInikah bala buat orang Mesia, yang ngaku Muslim tapi perangai kalah Majusi?
Jangan lupa faktor yg mustahak Phanraya Swak menang besar di atas faktor Tok Nan kesayangan rakyat swak.Yg lain2 tu sampingan je kecuali jika UMNO masuk Swak n undi d jlnkan atas lantai yg sama nasib yg sama akan d alami spt mana parti2 lain ...Tok Nan sendiri myatakan jika UMNO masuk Swak dia akan letak jawatan krna itu adalah suara hati rakyatnya. Tok Nan seorang pemimpin yg benar2 menjiwai kesusahan kehidupan rakyat yg saban hari terpikul oleh kenaikan kos kehidupan n gs
ReplyDeleteJangan lupa faktor yg mustahak Phanraya Swak menang besar di atas faktor Tok Nan kesayangan rakyat swak.Yg lain2 tu sampingan je kecuali jika UMNO masuk Swak n undi d jlnkan atas lantai yg sama nasib yg sama akan d alami spt mana parti2 lain ...Tok Nan sendiri myatakan jika UMNO masuk Swak dia akan letak jawatan krna itu adalah suara hati rakyatnya. Tok Nan seorang pemimpin yg benar2 menjiwai kesusahan kehidupan rakyat yg saban hari terpikul oleh kenaikan kos kehidupan n gs
ReplyDeletePKR pn kucar kacir macam takda presiden,bila Azmin buat lebih kau orang kata dia gila kuasa.
ReplyDeleteEhemmm..Ehemmm jamil khir
DeleteMampuihlah hang kali ni dlm pru 14 nanti.
Main golf pun hang dah pandai bertaruh.
Dulu hang menang pun sebab kami nak tolong Mukriz saja bukan kerana sifat lebai hang.
Dulu lebai la ni cib@i
Pemimpin PKR dan DAP,dua-dua x boleh pakai@ harap.dua2 tamak dah tak boleh bertolak ansur.Rakyat baru nak bergantung harap pada pakatan harapan.macam mana nak perintah malaysia kalau bab meletakan calon pun tak boleh bersepakat?
ReplyDeleteAkhirnya,dua2 gigit jari.padan muka.
PRK nanti di sungai burung dan kuala kangsar,buat lagi.biar rakyat menilai sekali lagi pakatan harapan berpakat ke atau tidak.
Kalau prk ni pun,masih lagi nak tunjuk ego masing-masing lupakan terus nak ambil Putrajaya.
Dari nak selamatkan Malaysia,akhirnya Najib yang selamat!
PAS kalah dan tak dapat satu kerusi pun di Sarawak. Wakilnya hanya dibenarkan duduk bersila dilantai jika mahu mengikuti persidangan DUN Sarawak nanti. Tahniah kepada Presiden PAS
ReplyDeleteSyukuuur..kemenangang besor PAH dalang PRN Seghawok menandekang ghakyak Seghawok doh membuke minda dang ati untuk bersame kepimpinanang ulamak bagi menegokkank syiar Islang di bomi Kenyalang. Ambe sebaga Presideng mengucapkang tahnioh kepade calong-calong PAH dang paghe petugah yang berjihad untuk ambe sekeluarge. Hok yang pertame kite akang buak di Seghawok...eerkh..
ReplyDeleteBini No.3: Bang Aji wei.. bangung.. bangung..guane ngiga siang-siang bute neh? Tiddo dok basuh kaki ke guaner??
Tuang Presideng: Hok aloh..guaner mimpi menang neh?? Natang Najik denge Denang Sateng nippu aku doh neh!! Hilang pulok pitih!!
Ikot perangai " IBLIS" angkuh dan bangga ape yg ade pd diri mereka sendiri.
ReplyDeleteStatemen Azmin mengajak Pas kembali kepada
ReplyDeleteDAP dan PKR lebih menimbulkan kerosakan
kepada Pembangkang.
Dah terantuk baru terngadah, buat apa?
Hey Azmin! lu kalau terus bersekongkol
dengan Pas, lu pun bungkus sama dalam PRU14 nanti.
Lu punya statemen2 buat BN menang besar di PRU14.
Pas, terlalu ramai rakyat dah benci kecuali Hadi@Pilkuda "out you go".