Friday, 20 May 2016

KECUALI JIKA BERANI ISYTIHAR KEMBALI BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG, PAS SEBAIKNYA DILUPAKAN SAJA


Sementara Pas terus mendesak agar mereka diberi peluang bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama banyak pihak juga bimbang terhadap lenggok perjuangan sebenar parti Islam itu sekarang ini.

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ada kebimbangan yang sama bahawa jika hanya Pas yang dibiarkan berlawan tanpa disertai calon yang mewakili rakyat untuk menolak Najib Razak, ada kemungkinan ia akan menarik diri di saat-saat akhir dengan tujuan memberi kemenangan percuma kepada BN.

"Kita tidak hairan jika ini yang akan dilakukan oleh Pas.

"Hadi Awang nampaknya sudah terima "cash is king"  Najib walaupun dunia menganggap beliau pemimpin yang kuat rasuah," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya.

Hakikatnya, kebimbangan dan ketidakpercayaan massa terhadap Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah sesuatu yang sudah merata di mana-mana. Pas tidak lagi dilihat seperti Pas yang dahulu, malah Hadi Awang yang dulunya tidak lekang dengan perkataan taghut, kafir assabiyah dan seumpamanya terhadap UMNO dan BN, kini dilihat sudah berubah hampir 180 darjah.

Sebaliknya kini, ungkapan terbiasa dilafazkan Hadi Awang ialah barua, mencerca Amanah, memusuhi DAP mirip seperti UMNO, malah disertai dengan perkataan seperti "babi DAP" sedangkan sebagai ulama dan pemimpin dalam masyarakat berbilang kaum, ungkapan seperti itu tidak seharusnya dilafazkan terhadap pihak lain, jika benar ingin bersama-sama menyingkirkan Najib

Lagi pun DAP adalah parti berbilang kaum yang mana orang Melayu dan Islam, selain ramai menjadi ahlinya, turut ada yang terpilih sebagai Ahli Parlimen juga.

Jadi wajarkah DAP dilabelkan sedemikian rupa?

Berbalik kepada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, keinginan Pas yang tidak mahu Pakatan Harapan turut meletakkan calon seharusnya tidak dilayan sama sekali.

Pakatan Harapan tidak perlu tunduk kepada PAS, kecuali jika parti itu secara terbuka mengisytiharkan kembali kepada pakatan pembangkang atau setidak-tidaknya berani mengatakan ingin sama-sama parti-parti pembangkang untuk menumbangkan BN dan tidak lagi dapat menerima kepimpinan Najib yang penuh masalah dan skandal itu.

Yang beria-ia mengatakan Pas ingin menumbangkan UMNO dan BN hanyalah Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin kecilnya yang lain sahaja, sedangkan Hadi Awang dan Dr Haron Din, dua individu yang lebih berkuasa menentukan hala tuju parti Islam itu, tampaknya cukup selesa dan "tidak geli apa-apa"  berdampingan erat dengan Najib yang sedang dicemuh di seluruh dunia.

Selagi Pas dan Hadi Awang masih kekal dengan pendirian serta wataknya seperti sekarang, Pakatan Harapan mesti terus meletakkan calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ini kerana Pakatan Harapan adalah parti sebenar yang membawa imej menolak Najib secara total.

Malah, sebagaimana yang pernah ditulis dalam blog ini sebelum ini, jika benar ingin bersama-sama memberi tekanan kepada Najib, PASlah yang harus bertolak ansur dan berkompromi dengan Pakatan Harapan, bukannya terus berdegil dan seolah-olah tiada tolak ansur dalam kamus perjuangannya.

Jika Pas tidak berani membuat perisytiharan terbuka, merekalah kacau daun sebenar yang mungkin mempunyai maksud tersirat ingin memanjangkan lagi hayat politik Najib.

Jangan lagi dilayan pemintaan agar Pas saja yang layak dan sesuai bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar seolah-olah ada dalil Tuhan atau hadis sahih yang mengatakan demikian.

Lupakanlah episod  bersama Pas dan sebaiknya Pakatan Harapan lebih menumpukan kepada kekukuhan ikatan sesama anggotanya dengan imej dan iltizam yang lebih kental untuk menyingkirkan Najib, menumbangkan BN dan menyelamatkan negara ini kerana rakyat sebenarnya sentiasa membuak-buak dengan perasaan itu. (SH 20/05/2016).

61 comments:

  1. hadi awang dan haron din adalah kapir laknat...sbb tu nak baik sgt dgn umno..dua ekor ni memang setan berwajah manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah aku tak percayakan PAS. Esok last minute meka buat U TURN habis kita.

      Kita dah nampak hadi pakai baju pink satu tema dgn najib. Awas jangan kita diperbodohkan.

      Delete
    2. Skrip daripada cash is king adalah; kedua-dua calon PAS tarik diri dan Barisan Najib menang tanpa bertanding.

      Delete
    3. Beratnya tuduhan kamu,awaslah akidah kamu sendiri.Apakah anda sanggup menggadai akidah sendiri keran taksub kepada Mahathir ?.

      Delete
    4. Kapir adalah org yg tidak percayakan Allah sbg Tuhan dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.

      Kedua2nya banyak berjasa kpd Islam. Cuma lately banyak berdiam diri dan sekali sekala condong di media menyokong BN walaupun hakikatnya mereka melawan BN.

      Cuba lihat senarai dosa2 dlm Islam dulu sblm menuduh org kafir. Ini baru 70 mengikut keutamaan besar ke kecil....dlm bible lebih 600 dosa disenaraikan.. kalo diikutkan, kapir cuma membuat dosa no 1 ja.. keduanya x lakukan yg ni pun.. agak2 la nak tuduh pun..

      01. Associating anything with Allah 
      02. Murder 
      03. Practising magic 
      04. Not Praying 
      05. Not paying Zakat 
      06. Not fasting on a Day of Ramadan without excuse 
      07. Not performing Hajj, while being able to do so 
      08. Disrespect to parents 
      09. Abandoning relatives 
      10. Fornication and Adultery 
      11. Homosexuality(sodomy) 
      12. Interest(Riba) 
      13. Wrongfully consuming the property of an orphan 
      14. Lying about Allah and His Messenger 
      15. Running away from the battlefield 
      16. A leader's deceiving his people and being unjust to them 
      17. Pride and arrogance 
      18. Bearing false witness 
      19. Drinking Khamr (wine) 
      20. Gambling 
      21. Slandering chaste women 
      22. Stealing from the spoils of war 
      23. Stealing 
      24. Highway Robbery 
      25. Taking false oath 
      26. Oppression 
      27. Illegal gain 
      28. Consuming wealth acquired unlawfully 
      29. Committing suicide 
      30. Frequent lying 
      31. Judging unjustly 
      32. Giving and Accepting bribes 
      33. Woman's imitating man and man's imitating woman 
      34. Being cuckold 
      35. Marrying a divorced woman in order to make her lawful for the husband 
      36. Not protecting oneself from urine 
      37. Showing-off 
      38. Learning knowledge of the religion for the sake of this world and concealing that knowledge 
      39. Bertrayal of trust 
      40. Recounting favours 
      41. Denying Allah's Decree 
      42. Listening (to) people's private conversations 
      43. Carrying tales 
      44. Cursing 
      45. Breaking contracts 
      46. Believing in fortune-tellers and astrologers 
      47. A woman's bad conduct towards her husband 
      48. Making statues and pictures 
      49. Lamenting, wailing, tearing the clothing, and doing other things of this sort when an affliction befalls 
      50. Treating others unjustly 
      51. Overbearing conduct toward the wife, the servant, the weak, and animals 
      52. Offending one's neighbour 
      53. Offending and abusing Muslims 
      54. Offending people and having an arrogant attitude toward them 
      55. Trailing one's garment in pride 
      56. Men's wearing silk and gold 
      57. A slave's running away from his master 
      58. Slaughtering an animal which has been dedicated to anyone other than Allah 
      59. To knowingly ascribe one's paternity to a father other than one's own 
      60. Arguing and disputing violently 
      61. Witholding excess water 
      62. Giving short weight or measure 
      63. Feeling secure from Allah's Plan 
      64. Offending Allah's righteous friends 
      65. Not praying in congregation but praying alone without an excuse 
      66. Persistently missing Friday Prayers without any excuse 
      67. Unsurping the rights of the heir through bequests 
      68. Deceiving and plotting evil 
      69. Spying for the enemy of the Muslims 
      70. Cursing or insulting any of the Companiions of Allah's Messenger


      Delete
    5. Jika dulu dlm PAS, menuduh org lain kafir, itu biar dia bagi alasan dgn Allah sendiri nanti.

      Jgn kita lebih2 nak tunjuk hero nak menjawab dpn Allah kelak.

      Delete
    6. Anon 6.51 kerana jadi penyokong Tun M dan tak sokong PAS kamu tuduh orang itu gadai akidah ,ini islam atau isle apa yang kamu pakai ini ,dah nak dekat ajaran ayah pin ini bawa bertaubat la.

      Delete
    7. Syaitan sedang berpesta.....

      Si Jahil mencaci nista,
      Si Alim berkata dusta,
      Demi kuasa dan tamak harta,
      Nafsu dan emosi bermaharalela.

      Delete
  2. Astafirullahalazim. Saya faham saudara marah tapi jgn ikut rentak eddie ah wang tu ya saudara.

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak pekara kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi banyak yang bercanggah dengan agenda perjuangan parti PAS. Cakap tak serupa bikin. Tidak konsisten. Sekejap kata nak jadi penasihat, kejap kata PAS berpolitik bukan nak berebut kuasa, biar PAS kalah asalkan dapat keredhaan Allah. Kata berbelit seperti serban dikepala.....

    Pandangan Tun Mahathir bahawa PAS akan beri kemenangan percuma pada calon BN ada asas dan lojik jika berpegang pada kata-kata Hadi Awang.

    Oleh kerana itu pemimpin PH perlu se kata dalam memberi peluang pada parti tertentu meletakkan calon menentang PAS Dan BN. Jangan jadi kan peristiwa Sarawak diulang lagi dalam pilihanraya di Sg. besar dan Kuala Kangsar. Nanti orang kata....bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kamu tahu mengenai perjuangan Pas?.Sepanjang yg aku tahu ,sekarang lah Pasx sudaah kembali kepada perjuangan asal mereka,bukan pengejar kuasa yg bersedia bersubahat dgn musuh Islam seperti DAP dan puak liberal seperti PKR.Jauh sekali bersama Mahahtir yg sentisa memusuhi ulamak Pas.

      Delete
    2. Minta maaf PAST, tak ada undi untuk kamu walaupun kau lawan umno... sebab PAST tidak boleh dipercayai.

      Delete
    3. Haha... yup, PAST. PAS no more. Jgn harap lah aku nak undi PAST lg selagi peel mcm barua UMNO.

      Tahniah Tn. Budin. At last, ada juga yg faham geometry. Pusing 180 darjah. Bkn 360.

      Delete
    4. Anon 6.54 kalau eddy awang boleh sedondon dengan najib perasuah no 1 negara kira lagi teruk la dari PAS dulu.Tun M dia memusuhi pemimpin PAS ,bukan ulama kerana maana ada ulama kalau nak main muslihat politik ini politik dunia bro banyak kotor.kamu kena faham la matlamat tidak kenal cara walaupun jual agama.

      Delete
  4. X payah joint ph, nanti kena kencing dgn dap babi tu. DAP Xkan setuju pas dgn hudud. Siap warning langkah mayat aku dulu, kata dap. Tapi PAN masih xfaham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya kat Hadi Lebai Malang, kompom kena kencing.

      Kalau biarkan PAS letak calon, pasti dia akan bagi calon Bugis menang.

      Teragak-agak pasti kalah. Buat sahaja keputusan PAS=UMNO, UMNO=PAS, ada peluang cerah untuk menang. Jangan lupa undi Cina dekat 30% PAS tak akan dapat kalau PH tak sokong.

      Delete
  5. Perhaps the discussion on the by elections should focus more on the voters of KK and Sungai Besar instead of time and again on the political parties to enter the by elections? The voters need to be made to understand that they are in the process of making decision that is bigger - much, much bigger - than who to represent them in the Parliament. And their mistake in voting would also mean that they like the rest of Malaysians would have to face more financial and non financial burdens in the coming two years plus!

    ReplyDelete
  6. Dah la kat Sarawak PKR vs DAP , lagi nak masuk Pas dalam P Harapan ? senang cerita biar je la Pas dengan perjuangan dia, nak masuk PH kalau ngam takpe takut bertambah rumit.

    ReplyDelete
  7. pas nak jadi penasihat jer. dah tak mahu bercita2 tinggi untuk perintah negara, mungkin dah sedar kemampuan diri dan kesukaran untuk menegakkan apa yang diperjuangkan selama ini. dari perlembagaan Islam dah tukar jadi negara kebajikan. hanya ustaz2 pas masih lagi dok beri maklumat salah semasa memberi ceramah agama politik. jika jadi penasihat, pas mungkin kurang stress bila jumpa pengikutnya kerana beban untuk melaksanakan apa yang dijanji itu dialih kepada umno, sebabnya pas dah beri nasihat, tapi umno tak mahu ikut.

    ReplyDelete
  8. PAS is PAST

    Jangan kata HADI AWANG sgb HAIaWANG
    Jangan panggil Ya Hadi dgn YAHADI
    Jangan panggil YDP Tganu dgn SEtTIPU
    Jangan panggil TONTOWI dgn nama TONTON V
    Jangan panggil NASARUDIN dgn Nak Soru Den (dedak)
    Jangan panggil RAZMAN dgn cRAZyMAN
    dan banyak lagii sebab deme ni ulama'

    Jangan marahkan hamba sebab dah pesan jatuh panggil mcm tu... hahahahaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha,ha,ha,.Yg sebenar nya Mahathir is Past.

      Delete
    2. Hidup Mahathirism!!!

      Delete
  9. Akhir zaman.fitnah berleluasa.sanggupkah kita mengadap ALLAH dengan fitnah yang kita buat wahai saudara.menabur fitnah itu sangat besar dosanya...jika apa yang ditulis tidak benar alangkah malangnya nasib di akhirat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la tu...kalu holamak pas buat fitnah kamu kata itu tazkirah.

      Kalu org yg bukan pas tegur dan kritik holamak pas kamu kata org yg menegur itu fitnah dan melawan ulamak...!!

      Maknanya hanya holamak pas dan ahli pas sajalah yg ada lesen utk fitnah dan memaki hamun sesiapa sahaja yg mereka suka...

      Buat malu je ada perkataan islam pada parti mereng mcm pas ni! Puiii...

      Mana hudud?? Kenapa tk bunyi dah sekarang?!

      Delete
    2. Apa fitnah ulamak pas?

      Delete
    3. ...pil kuda, barua, broker. Berbukti tiada. Tak gitu

      Delete
  10. Logiknya senang, PAS sekarang Pro-UMNO bukan Pro-Pakatan jadi hilang hak moral sebagai pembankang UMNO mintak seat wakili Pakatan lawan UMNO.

    Demi istiqamah perjuangan melawan UMNO, Pakatan mesti meletak calonnya sendiri tak kira apa PAS nak buat. Ini adalah petanda benchmark PRU14 akan datang biar jadi pengajaran kpd semua.

    Takdirnya 3 penjuru, kemenangan moral yalah Pakatan kerana PAS kerugian bargain politik kerana menidak keuntungan politik sesiapa termasuk diri sendiri, neither here nor there.. PAS sendiri mesti declare join UMNO atau Pakatan.

    Setidaknya moral pengajaran kepada Hadi, Haron dan kaki siku lutut semua bagaimana nak jadi Penasihat Kanan UMNO yalah bergabung dgn UMNO.

    Pendokong deklaradi rakyat termasuk Dr. M mesti berkempen untuk Pakatan kerana PAS akan pertahankan Najib Dan UMNO.

    ReplyDelete
  11. PRK di Selangor dan Perak adalah medan pertembungan Tun M dan DSN. BN dan PAS agak sukar utk mengenengahkan strategi kempen mereka, melainkan Tun M yang bakal menjadi tumpuan ramai semasa kempen.

    ReplyDelete
  12. Puak2 ni bukan xtau halal haram dosa pahala bila nk tulis benda yg x pasti...tp sngaja butakan hati seolah2 setiap tulisan dpt puaskn hati kepentingan masing2...selagi blh tulis...tulislh...x siapa larang...aku hnya berpesan2 pd kebenaran...sejahil2 aku pun xpnh muktamadkn dan sebarkn ssuatu yg xpasti sbb takutkn azab yg pedih dariNya...Nauzubillah

    ReplyDelete
  13. PAS minta AMANAH cermin diri sebelum tanding
    Bernama

    Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.

    "Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.

    "Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.

    Razman menegaskan PAS tidak sama sekali akan memberi laluan percuma kepada Amanah untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu agar ia berbuat demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...pas kan penasihat umno/bn. Nasihat lah umno/bn beri laluan pada pas lawan ph. Tak gitu.

      Delete
  14. hadi dahagakan king dari najib...dahulu dia kemaruk king dari anwar.. cari makan maa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanat Hadi Awang (1981):

      "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
      Percayalah saudara-saudara sekalian,
      Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’."
      - - -
      Kaum munafik apabila dia bercakap ia bohong; apabila dia berjanji ia mungkir janji; apabila dia di beri amanah atas sesuatu ia akan khianatinya; dan apabila dia berlainan pandangan ia mahu berselisih buruk.

      Delete
    2. Anon 8.53 ini lah kata kata Hj Eddy yang diambil sebagai fatwa oleh penyokong PAS sehinnga umat islam berpecah sehingga kini ,dosa besar memecah silaturahim sesama umat ,tapi kini beliau sendiri sedondon dengan perasuah no 1 negara iaitu presiden umno yang parti ini dikafirkan dulu .Ini yang dikatakan politk jadi mana ada ulama dalam PAS cuma ahli politik saja.

      Delete
    3. Anon 8.53 ini lah kata kata Hj Eddy yang diambil sebagai fatwa oleh penyokong PAS sehinnga umat islam berpecah sehingga kini ,dosa besar memecah silaturahim sesama umat ,tapi kini beliau sendiri sedondon dengan perasuah no 1 negara iaitu presiden umno yang parti ini dikafirkan dulu .Ini yang dikatakan politk jadi mana ada ulama dalam PAS cuma ahli politik saja.

      Delete
  15. rasa klakor bila baca TUNG M kate PAS tarik diri saat akhir dan PEONG pulok jenis makang meh jadi tulislah asalkan org baca dan dosa pahala kediang kira ..tanggunglah mu kalu yg mu tulis tu fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk abis2 nk kata org lain fitnah! Pil kuda...komunis...barua...broker...anjing...babi yg keluar dari mulut TUAN HJ GUNDU PRESIDENG tu hapa??? Fatwa utk ikutan kamu sbg walaun kambing ka...?? Kaa...??

      Delete
  16. Walaun2 PAS yang menyemak dalam blog ni semuanya spesis babi. Kalau Tn Presiden mereka yang fitnah dan maki hamun pihak atau parti lain maka itu halal toyiban dan harus bagi mereka tapi kalau Tn Presiden yang kena dikatakan fitnah dan tak takut azab neraka. Woi walaun otak babi.....kamu selawatlah setiap saat ke atas Nabi kamu si olamak donia Adi Awe tu kalau kamu terlalu yakin dan wala bahawa dia akan bawa kamu ke syorga. Bodoh walaun memang di tahap langit ke-7.

    ReplyDelete
  17. Din, aku memang tak percaya langsong hadi and haroon din nie, tuan ibrahim lebih effective. hadi nie nama saja tok guru,tapi bahalolnya macam lembu. dia seronok najib pie tenok dia kat wad bila dia msk hospital. memamg jng percaya dng 2 ekoq pemimpin pas nie. lebih baik kita ada backup plan letak PH kat dua dua location so kalau pas bodoh nak tarik diri pun at east still ada chance utk jatuhkan najib harami and laknatullah and semua menteri kabinet 1 mdb, MT andsemua ketua cawangan umno yg dok sokong perasuah and musibat no 1 dalam dunia which is NAJIB HARAMI. depa akan tau tak lama lagi langit tinggi ka rendah ka.

    ReplyDelete
  18. Aku penyokong tegar Pas dan sentisa patuh kepada firasat ulamak.Minta di jauhkan darimenjadi penyokong individu yg sentiasa memikirkan kuasa,bersifat hasad dan dengki,merasa dirinya sentiasa betul dan mahu terus berkuasa.Aku hanya akan bersedia melupakan Pas ,jika orang begini yg memimpin Pas.

    ReplyDelete
  19. PASt SUDAH MACAM ADIK-BERADIK DGN UMNO.
    PASt boleh kasi tau sama UMNO jangan kacau daun.

    ReplyDelete
  20. Pilihanraya kecil ini adalah pertembungan di antara rakyat dgn najib.

    Biarlah pertandingan 3 penjuru sekali pun umno+pas tetap kalah jika Tun turun dan Rafidah Aziz pun turun membantu kempen.

    Rakyat mesti diberi kefahaman kita nak tamatkan pemerintahan kuku besi najib.

    Pandanganan aku, rakyat+pkr+amanah+dap mampu menumbangkan najib di 2 kawasan ini.





    ReplyDelete
  21. Pas dah haru biru perangai yg ditunjuk hj hadi termasuk pembodek president , kini tidak kenal perjuangan asal untuk menjatuhkan pemerintah bangang menyusahkan rakyat. Ahli dan pengikut sedang memerhati tingkah laku pemimpin mereka, beberapa ucapan pemimpin semakin menampakkan kebengongan dan kebodohan konon nak jadi penasihat pada pemimpin negara yg semakin tidak disukai ramai. Pas dah kehilangan kepercayaan pengikut mungkin akan berkubur selepas PRu14 dan balik pada zaman 60han

    ReplyDelete
  22. Inilah matlamat sebenar penulisan..sudah capai climaxnya..tunggu bala saja turun.

    ReplyDelete
  23. Tk de lain perangai Hadi klau dibandingkan dgn perkasa dan extremist umno yg selalau menggunakan perkataan 'babi' kalau merujuk kpd DAP dan org cina.

    Klau di kutuk perbuatan tu olih Allah, mati pun Allah bleh jadikan mcm babi jugak. Babi jugak maklokh ciptaan Allah..Hadi oiiiiiii...

    Kenyataan Mhdir mengenai Hadi memalukan umat islam yg berpegang kpd perintah Allah. Hadi menurut Mhdir ada lah penyokong kaki rasuah Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...duit musuk account tak masuk akal.

      Delete
  24. Dah mengenali pemimpin dan parti ini maka pkr dap dan amanah jgn berdiam diri lawan tetap lawan jika tidak bn dan umno akan menang percuma cash boleh beli semua org dan parti

    ReplyDelete
  25. Dah mengenali pemimpin dan parti ini maka pkr dap dan amanah jgn berdiam diri lawan tetap lawan jika tidak bn dan umno akan menang percuma cash boleh beli semua org dan parti

    ReplyDelete
  26. Yg komen dalam ni semua kena tipu ngan budin..dia org umno..dulu kini dan selamanya..cuma dia marah kat najib..senyum la dia geng pembangkang dok gaduh..dia kuat cucuk..ada dlm blog ni dia isytihar dia sokong pembangkang ambil alih malaysia..tak dak pun...dia org umno..mak pak dia umno..geng makan dedak..apa yg boleh diharap..nak tukar pm pun tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...rerata di sini sokong kebenaran.

      Delete
  27. Pimpinan PAS hari ini adalah para penyokong Regim Najib yang mengaku mereka pembangkang

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2016/05/menguji-pakatan-harapan.html?m=1

    ReplyDelete
  28. PAS IS PAST.....u ada faham!!!!!

    Lu mau lawan, lawan lah TAPI jangan nak suruh orang lain bagi lu jalan.....JALAN DAH!!!!

    ReplyDelete
  29. Si Badi (ooops gua cakap Badi ke?) ni masih berhajatkan jawatan besar. Tapi tengoklah...nawaitu ada betul ke? Kesian ahli PAS (terkena tempias ptuiiiii kot?) sampai sekarang tidak tahu mana kedudukan mereka.

    ReplyDelete
  30. Hudud adalah political mileage Haji Abd Hadi Awang. Selepas gagal mempertahankan Kedah berpunca dari masalah dalaman dan gagal menawan Terengganu negeri kelahirannya pada PRU13, Hadi terpaksa melakukan sesuatu untuk menarik kembali sokongan ahli PAS yang mula berubah dan mengalih sokongan ahli UMNO yang kecewa.

    Hudud adalah pedang dua mata Hadi, selain untuk meraih sokongan kepada parti ia menjadi modal beliau kekal di kerusi Presiden sekaligus melemahkan pengaruh Timbalannya Haji Mohd Sabu Mohd. Hudud Hadi dibangkitkan menjelang Muktamar 2015 yang mana ada pemilihan pucuk pimpinan Pusat.

    Hadi sedar Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) yang diusulkan belum tentu akan dibahaskan Dewan. Jikapon ia berjaya dibahaskan belum tentu ia akan diluluskan dan dilaksanakan kerana yang menguasai Dewan majoritinya wakil rakyat sekular-liberal. Nah ini bukti ia cuma strategi politik Hadi.

    Hudud mengekalkan Hadi di kerusi Presiden. Hudud menjadi model Hadi untuk menuntut kerusi MB Terengganu. Namun setelah berpisah dengan PR, peluang beliau menjadi MB sangat tipis. Barangkali terpaksa melepaskan kerusi Presiden, itupon jika beliau sadar dan faham gelombang yang berlaku di peringkat akar umbi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabu dah zina, Spender Ali dah juga, Anwar dah liwat. Maka bila Hadi mahu jatuhkan siksaan hudud atas mereka yang berdosa besar itu?

      Demi masa, manusia ada dalam Kerugian.
      Kecuali mereka yang Benar Beriman dan Beramal Salih;
      Dan saling membicarakan Hakikat dan saling menasihati Kesabaran.
      (surah Al-Asr)

      Delete
    2. ...anon1140, bersaksi tiada.

      Delete
  31. Saya rasa kalu di biarkan Pas bertanding melawan BN di kedua-dua PRK ini alamatlah mereka akan hanya main baling-baling bantal je lah,atau pun bertinju macam seniman bujang lapok sampai beratus ratus pusingan pun tiada tumbukan dilepaskan..akhirnya dua-dua isytihar menang.

    ReplyDelete
  32. kadang2 manusia Melayu ini bila dah termakan budi maka segala2nya akan tergadai.Inilah sebabnya terjadi satu U turn yang tidak disangka2 oleh semua orang diambil oleh ketua yang dulunya boleh mengeluarkan fatwa mengutuk habis UMNO.Benarlah apa yang dikatakan oleh (hadis) Rasullah SAW yang bermaksud "Apabila sesaorang Muslim keluar dari sembayang tetapi maseh lagi melakukan kemungkaran,maka orang ini tidak sembayang lagi".Kemungkinan akhir2 zaman bermacam2 pekara akan timbul bagi menunjukan kebenaran yang Maha pencipta.

    ReplyDelete
  33. Shahbuddin. Banyak awak dapat saham sebab sebarkan fitnah daripada Malaun mahathir mengenai Pas. Dalam sejarah pilihanraya, TIDAK pernah sekali pun berlaku di mana calon Pas tarik diri beri laluan kepada calon Umno. Yang kerap buat begitu adalah calon2 PKR dan DAP, lihat sahaja peristiwa kejatuhan kerajaan pakatan Perak. Jadi kamu menjadi penyambung tohmahan tak berasas Mahathir yang menzahirkan banyak tukang2 komen karut berlagak lebih daripad orang kafir. Kepada Barua2 PAN dan DAP, yang menghemburkan komen2 keji terhadap Tuan Guru Hj Awang dan Pas, sedar atau tidak kamu telah menunjukkan sikap BARUA kamu, hingga sanggup menghina dan mengeji. Tak tahulah kalau kamu bukan lagi beragama islam sebab perkataan kamu menggambarkan kamu lebih kafir daripada kafir.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...