Saturday, 21 May 2016

NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA


Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal.

Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib berundur daripada jawatannya.

Najib, katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.

Hanya dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma di tangannya yang sedang tegak berdiri.

Sememangnya, Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.

Kadang-kadang, sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru ini.

Ia disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.

Tidak ada mana-mana pemimpin lain, sama ada di dunia sebelah Asia, Afrika, Amerika Latin dan sebagainya yang paling menjadi fokus media antarabangsa sekarang ini melainkan Najib. 

Tetapi, di sebalik berita silih berganti dan pelbagai pendedahan baru mengenai dirinya, Najib masih lagi selamba saja menghadapi semua itu seolah-olah sedikit pun tiada perasaan malu dalam dirinya.

Beliau tetap mempamerkan wajah tidak bersalahnya, walaupun dalam masa yang sama semua orang juga tahu bahawa banyak media antarabangsa tidak dilayannya, malah diusir keluar hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya.

Sesungguhnya, ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Berbeza dengan Tun Mahathir yang tidak pernah lari daripada menjawab soalan, bahkan tidak pernah menolak sesiapa untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Sebab itu, bagaimana sekali pun orang marah dan menolak Tun Mahathir, tetapi kerana sumbangan dan jasanya juga tak ternilai, tidak pernah kedengaran ada sesiapa sampai sanggup berdoa di depan Kaabah di sebalik dalam masa yang sama terus memberikan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Hanya di bawah Najib, sementara secara berdepan ada yang tidak mampu melakukan penolakan secara terbuka sebagaimana banyak pihak lain yang sudah berbuat demikian, ada juga yang dalam diam menganggap beliaulah pemimpin paling menyusahkan rakyat dan negara. (SH 21/05/2016).

56 comments:

  1. ...bukan berita buruk, tapi berita busuk. Tak gitu. Apa pun AMIN terhadap doa tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan sedang berpesta,
      Si Jahil menipu dan berdusta,
      Si Alim aminkan bermuka muka,
      Demi dedak, nafsu dan kuasa,
      Halal haram, sudah tidak dikira,
      Kehendak kroni bermaharaja lela.

      Ya Allah selamatkanlah lah kami dari bala yg melanda.

      Delete
    2. Takan Tuan Hj Gundu tk bg nasihot pd Najib!??

      Delete
    3. Apa lagi nak dibincang pasal Penipu Mega, Najibilion ni. Yg lebih hina ialah mereka yg gagal bertindak dan sanggup menipu Untuk Najibilion tu.

      Delete
    4. Anon 8:55, tuan hj gundu kenyang dapat dedak!

      Delete
    5. Anon 8:55, tuan hj gundu kenyang dapat dedak!

      Delete
  2. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

    (Al-Baqarah 2:126)

    ReplyDelete
  3. Tuhan sayang Najib Razak..... Dan hak tuhan untuk membiar Najib membentuk kumpulan Mafia 117 yang berselindung atas nama 1MDB.

    Oleh kerana tuhan berpihak pada Najib... Diberikan bomoh yang handal melindungi dari segala ancaman. Diberikan tubuh yang sehat, diberi akal cara menipu duit rakyat ditukar atas namanya dan dikumpulkan segala jenis pencacai mengelilingi diri dan keluarga bagi menjawab segala soalan, permasaalahan berbangkit dan membersihkan dirinya dari dituduh bersalah.

    Najib tak perlu risau kerana tiada siapa yang boleh sentuh dia....jauh sekali boleh dijentik.

    Itu sebabnya Najib selamba saja kehulu kehilir tanpa mempedulikan segala makin hamun rakyat.

    Selagi tuhan Najib tidak mati......Najib akan kekal berkuasa.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala kenikmatan ini hanya istidraj. Tunggu pembalasan Allah. Allah Maha Adil

      Delete
  4. Nabi s.a.w. bersabda, “Ihsan adalah beribadah kepada Allah seakan-akan memandang Allah. Jika tidak dapat memandang-Nya maka dengan meyakini bahwa Allah melihatnya.” (HR Bukhari).

    Nabi s.a.w. bersabda, “Di antara pesanan para2 Nabi terdahulu yang masih diketahui orang pada masa sekarang adalah: jika engkau tidak lagi memiliki rasa malu maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)

    Tanpa perasaan segan dan malu kepada Tuhan, Najib seringkali bertunduk kepada hawa nafsu amarahnya.

    ReplyDelete
  5. Najib serba salah jika dia undur maka akan di bacarakan kemudian ke sungai buluh, oleh kerana itu beliau akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk tidak undur,segala hal terdahulu akan di bongkar itu yang beliau dok bimbangkan....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sedikitpun berbuat bohong,
      Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
      Tanda orang yang amat celaka,
      Aib dirinya tiada ia sangka.
      Bakhil jangan diberi singgah,
      Itulah perampok yang amat gagah.
      Barang siapa yang sudah besar,
      Janganlah kelakuannya membuat kasar.
      Barang siapa perkataan kotor,
      Mulutnya itu umpama ketor.
      Di mana tahu salah diri,
      Jika tidak orang lain yang berperi.
      (gurindam 12 Raja Ali Haji)

      Barangsiapa tak erti malu
      bimbing rakyat sampai mana?
      Laku salah tidak pilu
      umpama lanun bersuka ria

      Delete
  6. Rakyat perlu bangkit seluruh negara tumbangkan najib dan sekutunya

    Majlis raja dan agung boneka saja

    Lebih lama lebih derita rakyat

    Ayung rakyat seluruh negara yang betul berani dan menegakan kebebasan rakyat

    Terlalu banyak beban

    Buang najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meluat tengok kepura-puraan dia. Macam tak ada salah apa.

      Delete
    2. Najib sudah layak digulingkan.Kenapa Melayu takut berkata benar?Orang PAS sanggup mati,sanggup terbalikkan kereta polis dalam Bersih,sanggup menghadang kereta Raja,sanggup berguling-guling atas jalan,dan sanggup mengkafirkan sesama saudara.Tetapi,apabila benar ada PM yang curi duit dan mengenepikan undang-undang,...masa ini lah PAS 'bercium molot' dengan PM yang bernama Najib itu.Memang benarlah,orang yang memanggil orang lain kafir,dia lebih lagi kafir.PAS berpolitik secara bodoh.Setiap kali Allah bagi peluang,PAS akan lepaskan peluang itu atas kesesatan sendiri.Anwar berjaya memecah belahkan PAS,kini datang pula giliran Pahlawan/Pahlanun Bugis merasuah PAS.Tidak malukah berselindung atas nama Islam???

      Delete
    3. PAS....Parti Agama Shaitan kut....sebab tu memilh atas kepentingan bukan atas yang haq.

      Delete
  7. Buang najib

    Ulama juga boneka

    Tunggu pru

    Bukan guling lagi berdangdut la najis
    Kuasa undi pada dia

    ReplyDelete
  8. Buang najib


    Najib golongan bangsawan kononnya kebal undang 2

    Rakyat perlu bangkit serentak seluruh negara

    Skandal peribadi

    Skandal kewangan

    GST

    undang2 najib pegang

    Sedar dari lena rakyat

    ReplyDelete
  9. DIdi kota belud22 May 2016 at 03:49

    Dia malu tuuu... Apanak buat dia terpaksa... Kalau mengandung.. Maka mudahlah kerjanya.... Kakakakaa...

    ReplyDelete
  10. Bagaimana lah kehidupan anak cucu kita dengan hutang yang terpaksa ditanggung oleh mereka... yang bukan mereka lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah terbayang di fikiran masa depan anak cucu kita nanti rasuah bmaharajalela korupsi dari atas hingga ke bawah jenayah kolar biru kolar putih berleluasa rakyat hidup mementingkan diri sendiri tiada muhibah antara kaum dan pendatang jadi majikan mereka.

      Delete
    2. anak2 tidak berminat mlanjutkan pelajaran lagi kerana buat apa tanggung hutang ptptn (itu pun kalau masih ada ptptn) kalau tiada peluang pekerjaan maka senanglah lagi mereka diperbodohkan oleh so called pemimpin

      Delete
  11. Manusia yg tidak beriman dan bertopengkan haiwan mana tahu malu semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya aaaammmmiiiijnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana kita tahu Najib doa (kat Mekah) pada Tuhan supaya kejahatan nya Tuhan selamatkan di-dunia?
      ...dan sekarang Tuhan kabulkan doa nya?

      Akhirat lah tempat yang dia akan bayar balik semua perbuatan mungkar dan zalim nya....Insya Allah!

      Delete
  12. Manusia yg tidak beriman dan bertopengkan haiwan mana tahu malu semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya aaaammmmiiiijnnnnn

    ReplyDelete
  13. Malangnya hj hadi dan haron din sangat
    percaya najib.malang pas dspat pemimpin
    yang sokong penyeleweng.

    ReplyDelete
  14. Mungkin juga PM kita ni dikawal oleh makhluk asing siapa yang tahu.Sahingga seluruh kabinet pun sama nada.Harap-harap doa rakyaat Malaysia dapat melepaskan cengkaman makluk asing keatas Najib dan beliau pula rela melepaskan jawatan.Inilah harapan kita Shah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan makhluk asing la tapi syaitan yaang prgang tu.

      Delete
  15. Itu area tradisi PAS. Biarlah PAS yang bertanding dan PAN, PKR & DAP X LAH PAS. BARULAH BN BOLEH DITUMBANGKAN.

    Macam ini punya formula pun takkan susah nak faham.

    DENGAN CARA INI SIAPA SEBENARNYA YANG MAHUKAN BN MENANG?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tempat tradisi kalah. Tak gitu.

      Delete
    2. Yakin ka menang..najib penaik br1m ..habih tersungkoq..mmm

      Delete
    3. Area tradisi.....area tradisi...tu Lah saja ayat yg masih ADA yang depa dok buat ratib. Apala punya bangang,area tradisi pa kalau asyik kalah saja.kalu biasa menang kut la...PH jgn dok layan hujah Bodo puak2 ni. Istiharkan saja nama calon Dan mulakan gerakerja Insyaallah kita menang. Hanya kemenangan saja boleh tutup mulut puak suka maki hamun. Go PH go. Muhid alyahya kubur panjang kedah

      Delete
  16. Xde maruah pun...xperlu respect pun. Memalukan yang di pertuan Agong shj.

    ReplyDelete
  17. Mana ada kwsn tradisi pas. Semua parti berhak tanding walau 7penjuru. Biar rakyat pilih parti mana. Demokrasi kann??

    ReplyDelete
  18. Budin, mcm mane kamu tahu takde orang berdoa didepan kaabah meminta mahathir ditamatkan penindasan nya. Kalu ade pun orang tu tak lah pegi jumpa kamu dan bgtahu tentang doanya. Lagi 1perkara yg agak merunsingkan aku ialah tentang sifat penyabar. Adakah najib nie seorang yg sabar? Sebabnya mcm2 serangan yg menimpa dia, tp di buat dek je. Adakah najib mempamirkan sifat seorang penyabar? Heran jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...penyabar kau kata, apa kau dah nak mampus. Muka ini macam kau cakap penyabar. Ini bukan penyabar, ini penyamun.

      Delete
    2. Sikap penyabar juga sangat diperlukan jika seseorang itu ingin menjadi perompak,pencuri,perogol,peliwat,dan juga penulis.

      Delete
    3. Ya memang ada pada tahun 1999 oleh puak reformasi dan puak pas ,buakan doa depan kaabah tapi berdoa semasa sembangyang antara pemimpin dan penyokong menta Tun M mati dan pacah perut tapi nampak Tun masih kuat pemimpin yang jadi imam tu dah meninggal dalam keuzuran,itu dinamakan kuasa allah swt.Jadi sentiasa bersangka baik akan lebih barakah.

      Delete
    4. Ya memang ada pada tahun 1999 oleh puak reformasi dan puak pas ,buakan doa depan kaabah tapi berdoa semasa sembangyang antara pemimpin dan penyokong menta Tun M mati dan pacah perut tapi nampak Tun masih kuat pemimpin yang jadi imam tu dah meninggal dalam keuzuran,itu dinamakan kuasa allah swt.Jadi sentiasa bersangka baik akan lebih barakah.

      Delete
  19. A'Kom,
    Sya baru pulang dari Hanoi Vietnam, ternyata Najib memang cukop Popular.Tour guide di halong bay turut persendakan dengan kata kalau di Vietmnam ambil wang adalah corruption tapi di Malaysia itu di panggil donation. Ish Ish

    ReplyDelete
  20. Sudah makan kenyang harta rakyat. Negara menanggung hutang. Perut pun dah buncit duduk diam2 la..raya tahun ni anon 0936 pergilah rumah najib mana nak tahu kot2 dapat angpow

    ReplyDelete
  21. Anon 09:36 oii..sinajis tua kutok tu bukan kaki penyabor...dia kaki gelojoh..yang penyabornye..rakyat malaysia..kene tindas ker..kene zalim ker..saaaaaabor je le..maki pon seatakat dalam fb..dalam blog..bile dia gi majlis..sume pakat kerumun..pakat cium tangan..pakat dengor temberang dia..dàpat makan free..tu la rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  22. I sumpah tk pernah entot altantuya. Siang mlm i entot semah jer. No choice. Tp selera i yg muda slim mcm ziana. Kahkahkah. Apalah nasib diri i. Huhuhu

    ReplyDelete
  23. Aamiin... semoga Allah selamatkan Malaysia dari pemimpin yang membuat mungkar. Kita juga berdoa semoga letak pemimpin tersebut dan yg bersubahat diletakkan di tempatkan yang paling keji dan dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia...aamiin semoga Allah makbulkan doa kami.

    ReplyDelete
  24. I sumpah tk pernah entot altantuya. Siang mlm i entot semah jer. No choice. Tp selera i yg muda slim mcm ziana. Kahkahkah. Apalah nasib diri i. Huhuhu

    ReplyDelete
  25. Sedara Admin, iklan kat bahagian bawah ruangan komen tu agak mengerikan. Memang sengaja di adakan atau disengajakan oleh orang lain.

    ReplyDelete
  26. Mindset pemimpin umnongok ni mcm tu.....pegang jawatan sampai mati....kehendak rakyat tlk ketepi. Tk cayo....Cuba perhatikan perangai pemimpin2 kecil mereka di tempat tuan2.

    ReplyDelete
  27. Ada sesiapa dari kalagan 'Ulama' dalam atau luar ke
    ajaan sanggup mempertahankan sipulan ni 'bersih'?

    ReplyDelete
  28. Tuan Budin,

    Syukurlah berkat nasihat tuang presideng parti Goblok 3 telah memungkin tebalanya kulit muka pok jib.Tak sia-sia past (Parti Amanat Sedondon kalah pilihanraya dan kekal di PUTARjaya...aaaamiiiiinn..

    ReplyDelete
  29. Betullah budin dia x tau malu. Allah tutup sifat malunya. Saya cadangkan supaya kita ramai2 membaca yasin memohon pengundurannya

    ReplyDelete
  30. USTAD USTAD UMNO KUAT SOKONG DIA. Skandal demi scandal didedahkan dengan bukti.
    RAMAI hilang nilai DIRI Dan hilang TAKWA pada Allah.
    Harts Dan pangKAT JADI KEBANGAAN.
    ADA USTAD KATA KALAU DENGAR BERITA SISAT DULU....
    tapi DUNIA masih siasat dengan bukti, tapi Malaysia dah tutup kes.
    Apa Hal NI USTAD.

    ReplyDelete
  31. A leader is around because there are followers. That person praying in Mekah should not only pray that that person will go away, but also that his followers too will go away! In Malaysia today, what is going on no more the fault of that one person or that one person and his consort. In short, what umno and the nation are now facing is due to the fault of many. InsyaAllah, some years from now that would exactly be what historians shall say. May you Shah, dear Tun, the insignificant me and the rest be steadfast on the path we have taken for we really do not want to have history to record us as being one of them...

    ReplyDelete
  32. Tidakkah RM2.6b itu duit songlap untuk PRU13 dulu, BR1M, dedak untuk penjilat dan pembodek di sekelilng pinggang termasuk juga ahli2 agama.

    ReplyDelete
  33. Hantu gigi jarang daripada kota belud tu saja yg bermati matian mempertahankan najib tapi dia pun dah kehabisan modal dah

    ReplyDelete
  34. ostad Zahir Kain:
    Walau pun pemimpin buat banyak dosa di dunia, keistimewaan diberi jua kepada mereka untuk mempertahankan diri masing-masing semasa pengadilan di Padang Masyar nanti.

    Mat Dahi Wangi & Mat Jabin:
    Kalau begitu tolong nyatakan keistimewaan-keistimewaan yang kami, sebagai pemimpin, boleh kecapi untuk menebusi dosa-dosa kami.

    Ostad Zahir Kain:
    Keistimewaan anda ialah melalui macai-macai anda. Jika anda telah berjasa bermakna macai-macai anda dapat manfaat dari jasa-jasa anda. Maka keistimewaan anda ialah macai-macai anda lah yang akan membela anda dalam pengadilan nanti. Lagi banyak macai, lagi kuat lah kes untuk menebusi dosa-dosa anda. Ada kah kau berdua mempunyai banyak macai supaya keistimewaan untuk pembelaan anda nanti berjaya?

    Mat Dahi Wangi:
    Sudah tentu! Dari Perlis hingga lah ke Sabah dah lama dok aku ternak macai. Dalam tiap-tiap masjid semasa tazkirah aku pupuk pengikut-pengikut ku. Dalam tiap-tiap markas aku hi5 dengan kader-kader ku. 24/7 tanpa penat dan lelah. Malah bukan hanya di tanahair, tapi jua oberc. Gerenti boleh lepas punya. (Alhamdulilllah, tak rugi lah depa impot hang no).

    Mat Jabin:
    Hang tahu ke, tiap-tiap macai yang Mat Dahi ini ada, aku mempunyai 100 orang peminat (atau dalam bahasa hang, macai)? Maknanya peminat ku berbilangan juta-juta. Bukan main sikit jasa yang telah aku beri. Berbiliyon-biliyon dedak telah ku tabur, bukan hanya di tanahair, malah seantero dunia. Bilangan peminat-peminat ku melebehi bilangan mana-mana rockstar pun punya peminat, apatah lagi bilangan macai2 si Mat Dahi ni.


    Ostaf Zahir Kain:
    Dengan itu keistimewaan untuk macai-macai anda membela anda di Padang Masyar nanti dengan sendirinya terbatal.

    Mat Jabin:
    Kenapa pulak, kan aku dah memenuhi semua syarat? Mana boleh, ini tak adil!

    Ostad Zahir Kain:
    Sebab kat sana pun nko dok asyik tabur dedak jugak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...