Tuesday, 31 May 2016

PILIHAN PALING SESUAI - PKR DI SUNGAI BESAR, AMANAH DI KUALA KANGSAR


Di Sungai Besar, UMNO terlebih dahulu mengumumkan nama calonnya dengan menamakan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Kemudian Pas mengumumkan  Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai ayam tambatannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

UMNO letak Adun, Pas pun ikut letak Adun.

Di Kuala Kangsar pula, Pas yang lebih dahulu mengumumkan seorang wanita iaitu Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya.

Apabila UMNO mengumumkan calonnya, mereka juga memilih seorang wanita iaitu Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad untuk dipertaruhkan bertanding di kerusi yang pernah diisi oleh suaminya sejak 2013 yang lalu.

Pas letak wanita, UMNO juga ikut letak wanita.

Mula-mula Pas tiru UMNO, kemudian UMNO pula tiru Pas.

Secara formal tidak ternampak wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, tetapi dalam soal calon seperti tersirat elemen senada, seirama dan saling bahu membahu antara Pas dan UMNO.

Meletakkan Dr Rani dan Dr Najihatussalehah, kedua-duanya orang luar Sungai Besar dan Kuala Kangsar sedangkan ada calon tempatan yang lebih sesuai, memperlihatkan Pas hanya ingin memecahkan undi dan bukan untuk menang kerusi.

Di Sungai Besar, jika pun Pas ingin meletakkan Adun juga sebagai calonnya, memilih Salehan Mukhyi, wakil rakyat Sabak yang berjiran sebelah dengan Sungai Besar adalah lebih tepat berbanding Dr Rani yang didatangkan lebih jauh iaitu dari Meru.

Begitu juga di Kuala Kangsar, memilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yakob, Yang Dipertua Pas kawasan tersebut sebagai calon akan memberi banyak kelebihan kepada Pas jika dibandingkan dengan Dr Najihatussalehah yang berasal dari Pasir Salak.

Tetapi Pas seperti menolak untuk meletakkan calon yang boleh menang di kedua-dua kawasan itu.

Bermakna sekarang pertandingan tiga penjuru tidak lagi dapat dielakkan. Hanya menunggu Pakatan Harapan saja yang belum mengumumkan siapa calonnya.

Adakah Amanah akan bertanding di kedua-dua kerusi itu atau salah satunya akan ditandingi oleh PKR?

Melihat kepada calon UMNO dan Pas yang diketengahkan, peluang Pakatan Harapan untuk menang adalah terbuka di kedua-dua kawasan itu dengan syarat dapat meletakkan calon yang betul dan memastikan undi bukan Melayu benar-benar berpihak kepada mereka.

Berdasarkan UMNO meletakkan Budiman dan Pas meletakkan Dr Rani di Sungai Besar, seiring dengan Pas pula menjadi sebahagian daripada komponen dalam kerajaan negeri, maka lebih sesuai jika PKR bertanding di situ.

Walaupun berlaga sesama sendiri, ia akan memberi kelebihan kepada PKR kerana kerajaan negeri Selangor sedang diketuai Azmin daripada parti tersebut. Meletakkan calon PKR juga seolah-olah untuk menambah seorang lagi wakil kerajaan negeri untuk  bersuara di dalam Parlimen.

Ditambah dengan salah satu DUN dalam Sungai Besar sudah pun dikuasai oleh DAP melalui Adunnya, Ng Suee Lim, kelebihan mendapatkan undi bukan Melayu yang berjumlah 33 peratus nyata berpihak calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan.

Namun demikian, sekiranya Amanah mahu diberi peluang bertanding di Sungai Besar, maka parti itu mesti meletakkan kalangan pemimpin utamanya sebagai calon. Lebih baik dan ternampak keberanian jika Mohamad Sabu sendiri yang bertanding.

Di Kuala Kangsar, sebagaimana yang sudah dimaklumi bahawa calon BN, Mastura Mohd Yazid sudah mula dilihat sebagai beban dan mendatangkan banyak masalah, manakala calon Pas pula bukan dipilih untuk menang, ia memberi umpama tuah terbuka buat Pakatan Harapan.

Calon yang paling sesuai mewakili Pakatan Harapan di kawasan itu ialah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak sebelum ini. Beliau dikenali ramai di seluruh Perak dan ada rekod kerja sebagai pemimpin yang cukup membanggakan.

Dengan Mastura berasal dari Negeri Sembilan, malah masih ahli UMNO Chembong dalam bahagian Rembau,  Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak dan Nizar sebagai Adun Changkat Jering, bekas Menteri Besar Perak itu ternyata lebih hampir dengan Kuala Kangsar berbanding pesaing-pesaingnya.

Calon yang betul, kelemahan calon lawan, kedudukan Pas yang bukan lagi pembangkang berwibawa, banyaknya isu berkaitan Najib Razak yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan kempen serta bantuan kempen oleh Tun Mahathir dan grup Selamatkan Malaysia, kecuali memang sudah ditakdirkan Tuhan,  di atas kertas semua kelebihan adalah berpihak kepada Pakatan Harapan sama di Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar. (SH 31/05/2016).

29 comments:

  1. Jika PKR bertanding di Sungai Besar ia hanya membenarkan cakap umum parti itu tiada beda dengan PAS dan UMNO. Bertanding tiga penjuru dengan PAS dalam masa yang sama kekal bekerjasama di peringkat negeri (kerajaan Selangor PKR-PAS) memperlihatkan sikap opportunis PKR, yang mana ia genetikalnya sikap UMNO dan PAS selepas kemangkatan Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Rakyat pasti bertambah muak dengan PKR terutamanya selepas episod pertembungan 6 kerusi PRN Sarawak. Ada baiknya membenarkan PAN bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. PKR dan PAN mempunyai peluang sama cerah untuk menang (atau kalah). PRK ini menjadi medan menyukat kekuatan PAN dan kerukunan PH

    ReplyDelete
  2. Saya kurang pasti calon PKR sesuai bagi PRK Sg.Besar, kerana banyak pengundi cina telah mula merasa kurang selesa dengan Azmin, MB Selangor. Ada yang terang2 mengatakan tidak akan keluar mengundi jika calonnya datang dari PKR.

    ReplyDelete
  3. Siapa pun yg menjadi calon PH pd PRK ini,harapan calon itu mestilah sudah dikenali di peringkat kebangsaan dan harapan juga ada persefahaman antara anggota PH.jika masih terjadi spt di sarawak baru-baru ini di beberapa kawasan,saya doakan calon PH tumbang dan hilang wang pertaruhan.

    ReplyDelete
  4. Politik sedondon - that is what one can see from that side comprised of two political parties which have named their candidates! Surely the voters rakyat of KK and Sungai Besar are able to see that there is little difference in candidates from sedondon political parties (whereupon one of the two parties in the Hadi-Najib Hudud Bill is kind enough not to include mencuri as one of the crime to be given God’s punishment – the cutting off hands)?

    ReplyDelete
  5. Antara faktor penentuan parti PH yang bertanding tentulah siapa yang bakal bertanding kerusi itu pada PRU14. Kalau diberikan kepada PKR sekarang adakah bermakna pada PRU14 nanti PKR terus bertanding atau Amanah. Amanah sudah menyatakan pendirian bahwa ia akan bertanding di semua kerusi yg PAS bertanding. Jangan pula Amanah di 'short changed' oleh PKR di masa depan sedangkan PKR sudah ada rekod buruk ini.

    Amanah harus bertanding di kedua-dua kerusi itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju sekali.

      Delete
    2. Jangan berebut-rebut kerusi...biar apa persefahaman.nanti dua-dua jijit jari.baru padan muka.

      Delete
  6. Parti mana pun yg mendapat sokongan daripada GERAKAN RAKYAT dan meletakan calun yg betul sekali pun bertanding di atas tiket calon bebas jika Tun Mahathir turun berkempen untuknya insyaallah pasti akan menang.

    PRK kali ini adalah ibu segala PRK.

    PRK kali ini adalah pertembungan di antara rakyat dgn najib.

    PRK kali ini merupakan calon rakyat untuk rakyat.

    Selamat jalan najib.

    ReplyDelete
  7. Mahkamah syariah sewajarnya diberikan hak dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka yang tidak mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya, kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.


    Beliau berkata, usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, tidak sedikit pun mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil tetapi ia memperkasa institusi mahkamah syariah.

    Ia tidak mengganggu bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan kepada mahkamah sivil, sekiranya ada pihak tertentu yang mempertikaikan cadangan pindaan itu, mereka seharusnya melihat semula apakah yang bercanggah dari segi perlembagaan, katanya.

    "Kalau mereka cuma meletakkan satu anggapan bahawa ia membuka laluan supaya hudud boleh diamalkan, ia tidak betul kerana mahkamah syariah belum lagi boleh mengendalikan kes berkaitan curi, merompak atau membunuh.

    "Kalau sampai kita membicarakan kes curi dan bunuh di mahkamah syariah, barulah ia dikatakan menggugat Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wasatiyyah dan Perlembagaan Malaysia, Satu Pandangan' di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

    Dr Shamrahayu berkata orang Islam seharusnya diberikan kebebasan hak beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya.

    Susulan itu, pembentangan cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan, katanya.

    Beliau berkata tentangan dalam kalangan ahli politik bukan Islam mengenai cadangan pindaan itu haruslah ditangani dengan meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep meraikan kepelbagaian sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

    Dr Shamrahayu menarik perhatian bahawa rang undang-undang mengenai mahkamah syariah itu juga bukanlah kali pertama diperkenalkan.

    "Ketika diperkenalkan pada 1965, ia mendapat banyak sokongan dan ketika pindaan kali pertama pada 1984 tidak pernah ada bantahan seperti yang dihadapi hari ini," katanya.

    "Ketika 1965, denda adalah RM1,000 dan hanya selepas 20 tahun ia dipinda kepada RM3,000 namun persoalan mengenai pindaan itu tidak pernah timbul kerana ia tidak mengubah apa-apa bentuk jenis kesalahan kerana yang diubah cuma penambahan jumlah hukuman malah tidak mengacau orang bukan Islam," katanya. - Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakan dedak PAS Chai dah start posting utk sesuap nasi...kesiannnnn....masyuuukkkk...

      Delete
    2. Nak tulis panjang2 macamni pergilah bukak blog sendiri, bodoh. Menyemak je kat sini.

      Delete
  8. Akhirnya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ‘bocorkan’ rahsia kenapa PAS dan DAP terus menerus bersengketa.


    Menurut Tuan Ibrahim, ‘Langkah Kajang’ adalah punca utama yang menyebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat sekaligus menyebabkan DAP menentang PAS dan terkuburnya gabungan pembangkang itu. Jelasnya PAS ketika itu tidak bersetuju supaya kepimpinan di Selangor ditukar.

    “Kita akui tiada sebab untuk tukar Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba tanpa perbincangan mahu tukar, PAS seperti yang diketahui tidak setuju dan berlaku percanggahan sehingga DAP menyerang PAS,” katanya lagi.

    Mengikut ‘Langkah Kajang’, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya menjadi menteri besar tetapi rancangan itu tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan PAS.

    Sebagai kompromi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada September 2014 dipilih menggantikan Khalid.

    Bagaimanapun, susulan itu, krisis demi krisis melanda Pakatan Rakyat sehingga PAS dan DAP masing-masing memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama mereka.

    Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata DAP menentang PAS bukan disebabkan isu hudud semata-mata.

    Sebaliknya, kata beliau, parti dominasi Cina itu tidak mahu pemimpin parti Islam menjadi ketua dalam mentadbir negara pada masa hadapan.

    “DAP ini kenapa serang sangat, sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam (penjara). Dia (DAP) tidak boleh terima kalau PAS jadi ketua. Sebab itu saya kata ada perkara lain.

    “DAP ini tidak setuju PAS bawa hudud ke Parlimen. Hudud ini kita mahu buat dan Kelantan sudah menang berapa puluh tahun dah. Bila ada ruang kena bawa lah. Bawa sebab kewajipan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

    Tuan Ibrahim turut mengulas mengenai tindakan PAN yang didakwa menyerang PAS Kelantan sejak akhir-akhir ini berkata, peninggalan bekas Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mesti diteruskan jika benar rakyat sayangkan negeri ini.

    “Kalau kita sayang kerajaan negeri yang dipimpin oleh tok guru, kita kena pertahankan legasi ini. Kalau serang Kelantan dan hilang Kelantan, maka hilanglah legasi arwah tok guru.

    “Hak dia (PAN) nak sokong mana pun tapi untuk pertahankan konteks PAS di Kelantan maka kita pakat dukung legasi PAS di sini. Kalau mahu tumbangkan BN, kita kena cari tempat yang mana kita boleh menang,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  9. "Assalamualaikum,,

    Redhuan Tee umum keluar MCA sebagai ahli smeuur hidup kerana MCA lantang menentang Hudud yang cuba dibawa oleh PAS.Redhuan Tee sebelum ini banyak kali menimbulkan kemarahan penyokong PAS dengan kritikan kritikannya serta dengan sokongan yang begitu jelas kepada Umno seolal olah dia seorang melayu, setiap kali bercakap pasal Islam dia akan bercakap pasal melayu seperti orang Umno.


    Tetapi hari ini dia menegaskan menjadi ahli MCA untuk membuktikan dirinya masih lagi cina walaupun sudah menukar akidah.Untuk itu rasa hormat kepada Redhuan Tee wajar dihulurkan.Tetapi terlebih penting rasa sayang sebagai suadara seagama perlu lagi dipanjangkan kepada beliau kerana tegas mempertahankan ugama.Hudud dibuktikan oleh Redhuan Tee bukan milik PAS kerana belaiu tidak sedikitpun membantah cita cita melaksanakan Hudud cuma tidka menyatakan sokongannya sebelum ini tetapi sekarang sudah sah, Redhuan Tee sokong Hudud sebagai seorang Islam dan sokongannya dibuktikan dengan keluar MCA.

    Justeru itu, kepada ahli ahli DAP yang masih berugama Islam bila lagi anda semua mahu menyatakan ketegasan mempertahankan ugama dari serangan bukan Islam ini, terutamanya DAP yang masih ramai orang Islam menjadi ahlinya?

    Begitu juga penyokong penyokong parti proxy DAP serta parti sepakatannya, bila lagi anda semua mahu tampil bersama mempertahankan hak ugama yang sedang dicerobohi oleh kafir?Tak inginkah anda sekalian berbaris bersama saudara seIslam lain membentuk perisai bagi menangkis serangan ini.

    Atau anda masih mahu membantu kafir kafir itu menyerang ugama anda sendiri, anda masih mahu berpegang kepada serangan ini ialah serangan kepada PAS bukannya ugama anda sedangkan Redhuan Tee sudah buktikan yang menyerang Hudud itu ialah menyerang ugama bukan PAS.

    Sampai bila anda mahu sedar? sampai nyawa tiba di halkum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis panjang2 macamni pergilah bukak blog sendiri, bodoh. Menyemak je kat sini. Dah la lari dari topik.

      Delete
  10. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor.

    Beliau ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan dua anggota parlimen, iaitu Wong Chen (Kelana Jaya) dan G Manivannan (Kapar).

    Rafizi yang tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.45 pagi, menghabiskan kira-kira sejam sebelum meninggalkan bangunan itu.

    Ditemui selepas laporan, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut laporannya, termasuk individu disebut dan sejauh mana serius kesalahan itu.

    “Saya terikat dengan Akta SPRM, jadi saya tidak boleh dedah butiran lanjut,” katanya.

    Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan membenarkan SPRM lakukan tugasnya.

    Rafizi membuat dakwaan itu dalam perbualan dalam aplikasi pesanan WhatsApp yang bocor.

    Biro politik PKR sebelum ini mengarahkan Rafizi supaya membuat laporan dan mengemukakan bukti kepada SPRM.

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan.

    Kejadian berlaku dilihat pelbagai pihak sebagai petanda perpecahan dalam PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard pencacai PIS sama dengan UMNO...sedondon gitu...demi sesuap nasi...kesiannn....macai PIS

      Delete
    2. Nak tulis panjang2 macamni pergilah bukak blog sendiri, bodoh. Menyemak je kat sini. Dah la lari dari topik.

      Delete
  11. Hoi!!!! buka blog sendiri la dedak!!!

    ReplyDelete
  12. Masalah sekarang ialah Najib dan kabinet mangkuknya curi duit dan gadai harta negara!!!

    ReplyDelete
  13. Nak komen panjang atau copypaste silalah buat blog sendiri.

    ReplyDelete
  14. PH, Give & take...jika parti A ambil parlimen parti B ambil adun pulak nanti. Jgn tamak2, yg penting BN mesti di kalahkan.Amacam blh ?

    ReplyDelete
  15. PH, Give & take...jika parti A ambil parlimen parti B ambil adun pulak nanti. Jgn tamak2, yg penting BN mesti di kalahkan.Amacam blh ?

    ReplyDelete
  16. Baru kita tau ridhuan tee ahli seumur hidop Mca. Patut le dia asyik tembak Dap dlm utusan msia dgn gelar ultra kiasu. Lagaknye lebih melayu pulak. Now tee dah wajib masuk pas segera. Ada berani?? Huhuhu. Alah pas pon dah baik dgn umno

    ReplyDelete
  17. pas pun dah main dedak. cepat belajar dari pemimpin umno..

    ReplyDelete
  18. pendapatannya banyak mengarut..sebab tu
    tak pernah yg betul..liability kpd BN pembangkang !

    ReplyDelete
  19. Jangan Lewatkan Berita" Viral & Gokil Terbaru Terakurat Dan Terpercaya Hanya Di Kakek Gokil
    Yang Juga Menyediakan Game Online Yang Menghasilkan Uang Formula BandarQ

    AduQ
    BandarQ
    Domino99
    Agen BandarQ Terpercaya
    Judi Online
    Game Online
    Sarang BandarQ
    Hack BandarQ
    Bandar66

    Bosen Dengan Link Judi Online Yang Cuma Bisa PHP Anda ?
    Ingin Cari Link Berkualitas Dengan Modal Minimal Hasil Maximal Itu Motto Kami
    Di MarioQQ Kami Berikan Kemenangan Dengan Mudah Dengan Minimal Deposit 10rb Saja Sudah Bisa Bermain
    8 Games Online Terbaik:
    AduQ
    BandarQ
    Domino99
    Poker
    Bandar Poker
    Capsa Susun
    Sakong
    Bandar66

    Langsung Di Pilih Permainan Yang Anda Suka Di MarioQQ Agen BandarQ
    Untuk Kontak Lebih Lanjut Bisa Hubungi :
    BBM(CS Rachel): DC91DE02
    WA(CS Rachel) : +855967975460
    FB : marioqq
    LINE : mari0qq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...