Saturday, 14 May 2016

KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB


GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

5. Oleh itu, atas sebab-sebab yang disebut saya sekali lagi menyeru agar Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai “Rahsia Rasmi”,  diubah  kepada “untuk tatapan umum”. Saya juga membuat seruan ini kerana mengikut Perlembagaan, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebenarnya berhak mendapat Laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada 16hb Mei, 2016. Isu-isu yang dibangkitkan itu amat penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa Laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Saya mengulangi juga keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Najib supaya Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil penyiasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat. Dalam membuat keputusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
14 Mei 2016 bersamaan 
7 Syaaban 1437H.


Di atas adalah kenyataan akhbar oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang secara kesimpulannya mahukan kerajaan segera menarik balik label Akta Rahsia Rasmi atau OSA terhadap Laporan Audit mengenai 1MDB, sebaliknya diubah untuk tatapan umum berikutan wujudnya pelbagai kesangsian terhadap Laporan PAC dibentangkan di Parlimen kerana terdapat beberapa ayat dalam laporan itu didapati telah dipadamkan.

Ini adalah permintaan kali kedua oleh Tengku Razaleigh terhadap pembebasan Laporan Audit 1MDB daripada OSA di mana kali pertama beliau berbuat demikian pada 23 April lalu iaitu selepas bersama-sama Najib menghadiri majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba di Melaka.

Dengan sudah dua kali berbuat demikian dalam tempoh yang singkat, sekurang-kurangnya menggambarkan keprihatinan Tengku Razaleigh terhadap masalah 1MDB yang menjadi perbualan seluruh rakyat, lebih-lebih lagi sesi Parlimen akan memulakan sidangnya pada Isnin, 16 Mei ini.

Maka, jika Najib benar-benar jujur, ikhlas dan tiada apa yang cuba diselindungkannya, beliau seharusnya segera membenarkan Laporan Audit 1MDB itu bebas untuk ditatap, dibaca dan dianalisa oleh Ahli-Ahli Parlimen dan sesiapa saja menjelang sesinya yang akan datang ini.

Kepada Tengku Razaleigh pula, jika Najib terus buat "selamba" dan "keras kepala"  dengan tidak mengendahkan sama sekali dua kali desakannya ini, ada baiknya jika beliau segera bertindak menarik balik sokongan yang pernah diberikan sebelum ini kepada Perdana Menteri melalui kesediaan menandatangani Deklarasi Kelantan.

Hakikatnya jika Najib seolah-olah masih mahu melindungkan sesuatu berkaitan 1MDB, tidak guna sama sekali beliau terus diberikan sokongan, tambahan pula Deklarasi Rakyat sudah pun mendapat 1,271,997 tandatangan dan akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Bertindaklah, Ku....(SH 14/05/2016).

39 comments:

  1. Ku Li sendiri nampak pembohongan dan putar belit Najib Razak. Malangnya Ku Li masih sanggup menghina diri sendiri bersekongkol dan menjadi kuli kepada pembelit dan perompak besar wang negara. Adakah Ku Li ini spesis kuli duit, sanggup menghambakan diri kerana duit yang berbilion RM masuk ke akuan PM Najib?. Dolak dalih Ku Li dan tanpa ketegasan membayangkan Ku Li seorang yang sanggup menjaja prinsip. Maka pimpinan tidak berprinsip begini sama sekali tidak layak diangkat sebagai pemimpin masa depan Malaysia walau apa juga pengalaman lepas yang beliau ada. Pandai dan berpengalaman saja tanpa prinsip dan amanah menjaga hak rakyat dan awam tidak melayakkan seseorang itu diangkat sebagai pemimpin diaras mana pun jua. Jika Ku Li masih berdolak dalih, rakyat Gua Musang wajib menolak Ku Li jika beliau terus bertanding dlam GE akan datang. Beliau perlu diajar agar tidak lagi berjiwa seorang kuli terhadap kerosakan negara hanya kerana wang ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bolih pakai ,dari dulu sampai sekarang .

      Delete
    2. kuli pun kong ka li kong juga org nya. look at our TDM.
      very sharp old man. he knows what he is doing. its a matter of time TDM will kick najb in the ass out from the office.
      we rakyat depend on mahadhir to lead us to kick najib off. we rakyat support TDM.
      with or without ku li. TDM will move.n TDM is a SCINETIS POLITITION.

      Delete
    3. Whether Ku Li should continue his support for najib or otherwise doesnt matter anymore. He is irrelevant. So does Hadi. They are oppotunist.

      Delete
    4. Whether Ku Li should continue his support for najib or otherwise doesnt matter anymore. He is irrelevant. So does Hadi. They are oppotunist.

      Delete
  2. Janganlah kita harap apa2 lagi dengan KuLi ni. Buang masa saja. Spesies dia ni dah pupus. Banyak lagi pemimpin muda yang patut diberi peluang. Dulu memang dia pandai pasal scenario lama. Org pandai pun tak ramai zaman dia. Sekarang ni bersepah org cerdik. Dia pun main politik selamatkan diri sendiri. Org macam dia tak layak nak memimpin. Kalau hebat sangat pun, bagilah nasihat dan tunjuk ajar kepada pemimpin baru.

    ReplyDelete
  3. Selagi bernama UMNO perangai setan pembelit sama saja samaada kuli atau najibur.

    ReplyDelete
  4. Dedak dah diterima, tak kesah la. Bila dedak dah kurang, bising la sikit, dapat dedak baru lagi ... maruah tak boleh isi perut dan beli kereta baru beh!

    ReplyDelete
  5. Nafsu tu masih nak jawatan PM,dimasa yg sama nak juga tunjuk hero filem tamil pandai gempaq,org tua ini lebih baik pencen saja,banyak gelagat beliau akhir akhir ini buat orang makin tak respect.

    Isu lapuran PAC cukup jelas byk perkara mencurigakan,org bangang saja yg boleh kata najib tak bersalah kalau baca lapuran PAC ini,semua perkara kalau melibatkan penyelewengan najib dlm 1MDB dah tak boleh di ketengahkan kerana semua institusi berkuasa dan sistem kerajaan dah rosak di kawal najib / rosmah,mohon majlis raja raja saja bertindak sesuatu sekurang kurang nya nenubuhkan suruhan siasiatan diraja yg bebas utk siasat kes ini,pihak najib boleh bantah tapi hak majlis raja raja pun harus dihormati kerana terpelihara oleh perlembagaan bukan rampas kuasa itu mungkin isu lain. Jadi kalau ini pun tak boleh dibuat lebih baik la negara ini diistihar sebagai negara diktator berkuasa mutlak versi malaysia walau pun ada instituisi raja berpelembagaan. Wallah hualam.

    ReplyDelete
  6. Kuli mungkin tak makan dedak kewangan. Tapi kalau ditawarkan jadi pengganti PM mungkin itulah dedak yg didambakannya sejak sekian lama. Bayangkan kalau kuli jadi PM. Semestinyalah seluruh negara berkembang maju sepertimana gua musang yang diterajuinya sekian lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Gua Musang ada durian Musang King.
      Musang King yg jaga Gua Musang skrng ni.

      Delete
    2. Lu Buat sy ketawalah kawan..
      Wa duduk sorg2 bacapun bole ketawa..
      Patutlah abis utan belantara Gua Musang kna tarah..rupanya Musang King yg jaga.

      Delete
    3. Molek sangat lah Ku Li jadi PM.Lepas ni Agong pun dari sana.Sekarang AG dan Ketua Turus Angkatan Tentera juga dari sana.Pastikan orang sana dilantik sebagai KPN dan jawatan-jawatan penting lain dalam negara.Mana tau Malasiya boleh jadi 'hebat'.Belum coba belum tahu.

      Delete
    4. Pengerusi SPR dan Ketua Hakim pun dari sana..

      Delete
  7. Mp rompin penyeleweng siasatan
    1mdb.patut disingjir jd mp rompin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penipu besar pun. Tak padan dgn tua nak mampus esok lusa. Dia pernah kata dulu saya pun cari makan maaa..

      Delete
  8. Dah terang lagi bersuluh....apa lagi yg ditunggu. Ma'af cakap, namun kubur sudah menghampiri, coba2 lah beranikan diri...buka langkah masuk gelanggang, insyaAllah, hilang rasa takut, mungkin latihan yg baik untuk menghadapi sakratulmaut....

    ReplyDelete
  9. Ku Li haprak....royalti negeri ape citer!!

    ReplyDelete
  10. Jgn harap pd KuLi saja, pemimpin lain apa cerita Pak Lah dan lain2 pemimpin dlm majlis tertinggi yg bisu dan buta pada hakikat tragedi besar sdg berlaku kesan dari 1MDB, kepimpinan najib yg haprak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak lah lena tidur sama juga dgn Mt umno...kenyang makan dedak...

      Delete
  11. Untuk negara ini bergerak ke depan dengan penuh semangat dan bermaruah,lupakan Ku Li dan spesis semacam dia.

    ReplyDelete
  12. Sumbat dedak penuh mulut,diam la kuli..

    ReplyDelete
  13. Can we get Ku Li out of the equation. There's no added value to his involvement although he thinks he is PM material. He will choose to make himself noticeable tilted to the safer side, whichever side is safe, whenever is safe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My sentiments exactly. Lupakan saja dia neh, move on.

      Delete
    2. Agree.. just forget about this man. I am not anti those from Kelantan coz ramai yang pandai and bagus from that state. Would definitely welcome new Agong from Kelantan in next change. But "PM" and top executives from Kelantan yang Anon 2225 mentioned kat atas tu mintak dijauhkan dan ditamatkan perkhidmatan secepat yang mungkin.

      Delete
    3. Bagi oghe Klate,Ku Li is the best.Mana pergi "ramai yang pandai and bagus from that state"?

      Delete
  14. Bila lagi Salleh Keruak nak pertahankan Hassan cari makan ni dengan hujah perlembagaan membolihkan Hassan cari makan memadam atau mengubah laporan PAC ni.

    ReplyDelete
  15. Encik shahbudin tak serik lag ke? Kami dah. Bagi kami kuli nak cakap apa, buat apa, kami tak ambik pot pun. Takde makna langsung. Bye bye je lah.

    ReplyDelete
  16. Tengku adalah manusia licik dan tak pernah puas dari dulu,,dia tak ada pendirian langsung,,yang pasti dia pun tak layak ganti PM Najib...!!! Jenis talam dia muka

    ReplyDelete
  17. Ku Li adalah seorang yg tiada pendirian dan pembelot. Sangkaan Tun Mahathir pada mulanya Tengku Razaleigh benar2 menolak Najib kerana skandal 1MDB tetapi akhirnya spesis chameleon itu berubah wajah lalu berpaling tadah dengan menyokong najib.

    Seperti mana kata sesalan Tun Mahathir, "Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?"

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/26/ku-li-dalang-gulingkan-najib-dakwa-tun-m/

    ReplyDelete
  18. Benda ni takpayah nak tunggu Ku Li bercakap..., sebelum ni ramai dah bercakap pasal PAC.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya org2 umno ini buta hati buta mata buta segala2nya hanya kerana dapat dedak sipenyamun perompak dan penipu senyum saja dia peduli apa janji dia anak beranak senang lenang itu saja maka segala usaha Ybhg Tun agar diberkati allah aaammmmìiiiinnnnn

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya org2 umno ini buta hati buta mata buta segala2nya hanya kerana dapat dedak sipenyamun perompak dan penipu senyum saja dia peduli apa janji dia anak beranak senang lenang itu saja maka segala usaha Ybhg Tun agar diberkati allah aaammmmìiiiinnnnn

    ReplyDelete
  21. Tolong jangan hina kuli mgkn beliau tersilap langkah tpi masih belum terlambat.kuli kmi sebagai rakyat yg tertindas memerlukan pemimpin melayu yg bermoral integriti dan telus di waktu negara kita tenat.klu anda khianat tiada ampun lgi.berfikir sebelum terlambat buat selamanya.

    ReplyDelete
  22. Sampai tua tersilap.

    ReplyDelete
  23. Budin, mungkin org melayu sudah di jangkiti penyakit " Acquired Immune Recycle Syndrome ". Ini 1Penyakit feudal yg sukar diubati. Balik2 pakai yg lama, takut kpd perubahan. Sebab tu org me layu walaupun pakai spek mata Ray Ban, minum kat kafe, bila tanya dlm BM akan mula jawab dgn " akcherli " tapi tetap percaya dan kembali pada bomoh, barang lama. Buangkan sifat2 feudal tu. Bomoh tu dah lama dah tak beroperasi. Cuba pakai doktor pulak. Memanglah kena bedah, jahit, cucuk, pasang tiub sana sini tapi kalu yakin insha allah akan pulih. Tapi kalu takut, pegi balik kat bomohlah.

    ReplyDelete
  24. Sy tak maksudkan doktor yg dah pencen tu ya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...