UMNO akhirnya seperti mengakui kesilapannya dalam memilih Mastura Yazid, balu Allahyarham Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar pada 18 Jun depan berikutan timbulnya isu edah yang hangat diperkatakan ramai sejak nama beliau diumumkan.
Blog ini sendiri mengatakan tindakan memilih Mastura itu sebagai "keputusan gila" yang seolah-olah tiada calon lain yang boleh diketengahkan, sambil ternampak keinginan yang terlalu besar untuk meraih rasa simpati daripada pengundi demi memastikan kemenangan dapat dikekalkan.
Berikutan itu, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyatakan, sebagai menghormati hukum Islam itu, kaedah multimedia akan digunakan sepanjang berkempen antara Mastuta dengan jentera pilihanraya dan pusat-pusat daerah mengundi.
"Kita pun tak pernah ada pengalaman guna kaedah seperti itu, tetapi saya fikir dengan adanya media baru dan konsep multimedia, ia dapat digunakan untuk menyampaikan apa juga mesej yang diperlukan.
"Dalam majlis-majlis tertentu pula, kita boleh gunakan konsep "persidangan video" bagi tujuan kempen, asalkan ia tidak melanggar hukum agama," katanya lagi.
Mastura pula memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat terlibat dalam kempen sepanjang pilihanraya ini berikutan larangan edah selama empat bulan sepuluh hari yang ditetapkan oleh Islam itu.
Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari melalui laman sosial Facebooknya mencadangkan agar anak Mastura dijadikan ganti untuk berkempen dan bertemu pengundi bagi menggantikan ibunya yang masih dalam tempoh edah itu.
Selepas ini, pasti ramai lagi pemimpin UMNO yang tampil menyatakan bahawa Mastura tidak perlu turun berkempen pun untuk pilihanraya dan semua jentera parti sedia melakukannya tanpa kehadiran beliau.
Bermakna dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar ini, Mastura tidak akan muncul sama sekali di khalayak awam, kecuali melalui kaedah persidangan video, tayangan melalui layar atau pengundi hanya dapat menatap poster-poster wajahnya sahaja.
Mengengkari ketetapan edah itu bermakna Mastura telah melanggar hukum Islam dan sebagai calon UMNO yang membawa imej perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, perbuatan sedemikian, jika berlaku, tentu saja tidak boleh diterima sama sekali kerana seolah-olah hukum Tuhan tidak sepenting keduniaan.
Tetapi, dengan semua yang akan berlaku dalam kerja kempen itu di mana kempen terpaksa menggunakan multimedia, anaknya mewakili untuk bertemu pengundi dan sebagainya, maka sahlah UMNO "memang gila" dalam membuat keputusannya memilih Mastura sebagai calonnya di Kuala Kangsar ini.
Lagi pun, bolehkah diyakini sepanjang 12 hari tempoh berkempen nanti tiada sekali pun Mastura keluar rumah untuk berkempen dan bertemu pengundi?
Pilihanraya apa namanya jika calon hanya duduk di rumah saja sepanjang masa?
Dalam hal ini, kenapa UMNO memilih jalan sukar dan berliku-liku sedangkan jalan mudah sedia terbentang di depan mata jika bukan Mastura dipilih sebagai calon?
Jika orang lain yang bertanding, kerja kempen tentunya dapat dijalankan secara normal sepertimana pilihanraya sebelum ini, tanpa perlu konsep multimedia, tayangan melalui layar atau anak sebagai wakil untuk berkempen.
Soalnya juga, adakah pengundi Kuala Kangsar dapat menerima cara kempen melalui multimedia saja sedangkan pencabar lain dapat menonjolkan calonnya secara nyata dan terang-terang di depan mata?
Selain itu, nak pakai konsep multimedia bagai untuk kempen, adakah internet di Kuala Kangsar sentiasa laju macam di kawasan Bangsar atau Bukit Damansara?
Itu belum lagi masalah-masalah lain yang akan timbul kemudian berikutan pengundi tidak dapat bertentang mata dengan nyata dan mengadukan masalah mereka secara terbuka kepada calon yang hendak mereka undi.
Apakah UMNO begitu darurat untuk meletakkan Mastura satu-satunya tanpa kompromi sehingga menolak ke tepi semua nama-nama yang lain?
Apakah UMNO Perak begitu lekeh sehingga tiada calon lain di negeri itu yang layak diketengahkan dan mampu membawa kemenangan kepada BN di Kuala Kangsar?
Kalau pun kerusi itu mahu diserahkan kepada calon wanita, apakah Wanita UMNO Perak tidak mampu menonjolkan calon lain yang benar-benar berwibawa untuk mengekalkan kemenangan?
Dan jika pun terdesak sangat untuk meraih simpati pengundi, kenapa tidak dipilih saja salah seorang anak lelaki Wan Khairil sebagai calon berbanding balunya yang lebih wajib untuk menjaga edah dan kehormatan selepas kematian suami?
Bukankah itu lagi senang dan mudah, tiada kekangan edah dan tidak perlu pun menggunakan konsep multimedia atau sebagainya dalam kempen yang entah berkesan entahkan tidak akhirnya nanti?
Pokoknya, pasti akan lebih banyak susah dan bakal bertimbun masalahnya nanti. Semua masalah itu tidak akan wujud jika nama lain yang dipilih sebagai calon.
Sekali lagi, hanya yang "sah-sah gila" saja suka memilih jalan susah berbanding jalan senang untuk memenangi pilihanraya. (SH 29/05/2016).
Tajuk paling sesuai untuk drama ini ialah "PILIHANRAYA AZIZAH II".Wahai Raja-Raja Melayu sila letakkan si Najib dalam 'edah' sehingga siasatan rompakan terbesar dalam sejarah dunia selesai!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteRasulullah saw dah bersabda tentang pemimpin2 akhir zaman ni.
DeleteJadi tak heranlah ramai antara mereka yang bodoh tak tahu hukum agama. Lebih malang lagi orang yang di atas yang BUTA AGAMA.
Apabila berkiblatkan Dollar dan RM maka perbuatan ghairah kepada duniawi dan MEMBELAKANGI AGAMA tu amat2 TERSERLAH.
Agama diletakkan dipunggungnya tapi DOLLAR dan RM diletakkan dihadapan biji matanya.
Agama diguna untuk KEPENTINGAN dan kesempatan dirinya. Agama bukan lagi ditunaikan kerana Allah.
Allah sudah jelas TUNJUKKAN kepada kita inilah pemimpin2 akhir zaman.
Nasib baik Allah selamatkan rakyat yang menegur dan persoalkan tentang perkara edah ni dari sebarang kezaliman, ditangkap atau didakwa kerana bersuara.
Moga Allah swt selamatkan aqidah kita dari berkiblatkan Dollar & RM dan selamatkan kita dari sebarang kezaliman....amiin.
Dengan kehendak Allah swt, UMNO & pemimpin2 mereka tidak dapat berfikir dgn waras. Allah memberi peluang/Jalan pada parti Pakatan/Amanah supaya blh menang dgn undi yg banyak.Saya amat2 mencadangkan supaya Pakatan/Amanah perlu gunakan strategic yg betul & tepat.WAJIB mencari calon TEMPATAN bagi mengisi ruang kosong ini supaya blh menang dlm PRK dgn cemerlang.
DeleteDengan kehendak Allah swt, UMNO & pemimpin2 mereka tidak dapat berfikir dgn waras. Allah memberi peluang/Jalan pada parti Pakatan/Amanah supaya blh menang dgn undi yg banyak.Saya amat2 mencadangkan supaya Pakatan/Amanah perlu gunakan strategic yg betul & tepat.WAJIB mencari calon TEMPATAN bagi mengisi ruang kosong ini supaya blh menang dlm PRK dgn cemerlang.
Deletesamb.....utk maklumkan calon BN Datin Mastura bukanlah anak TEMPATAN....beliau anak N.S.
DeleteKepada parti Umat Melayu No Otak (UMNO) tindakan mereka adalah keputusan yang sangat bijak.
Delete...lepas pak mati ganti anak...kenang kejasa kononnya... trend trkini pulak...'BUJANG' x habis edah pulak kena ganti mendiang laki bertanding...berat ketuanan melayu kita ni Cik Din...berat...
ReplyDeleteSebenarnya umnoBN sedang menyediakan alasan kalah dlm prk ni... kalau kalah sampai hilang wang taruhan pun, alasanya dah ada... eleeehhh org tau lah akal penipu dorang ni...
DeleteKALU BAB-BAB NK MINTA SIMPATI NI... MESTILAH CALON NI DI PILIH OLEH NAJIB, TANPA ADA SORG PON YG BOLEH BG BUAH FIKIRAN, ATAU SKRG2NYA BERI PANDANGAN.. NAMPAK SGT, PEMAKAN2 DEDAK SEMUA PENAKUT.. HANYA YES MAN SAHAJA DEPAN NAJIB. DAH TERKANTOI BARULAH SEDAR..
DeleteBAB2 GUNA TAKTIK MENARIK SIMPATI NI, MMG NAJIB GUNA SEJAK DULU2 LAGI.. MASA AYAH DIA MENINGGAL DAN BG NAJIB, IANYA AMPUH/BERJAYA.. TAPI BUKAN SEMUA MASA BOLEH PAKAI NAJIB Oiii
Maka bertambah lah kerja mat mazlan....
ReplyDelete...maaf ckap...amat setuju bagi Mat Masalahan lipatkan ganda kerja...lagi pun mat sekerap ni orangnya cerdik jgn di ikut....hrapan amat tinggi nak hilang duit 'ban'....hah..haaa...haah....
DeleteIni berita baik bg yb yb umno...kalau ditakdirkan mereka pergi dulu... Pergilah dgn Aman...tempat Yg ditinggalkan akan di ambil alih olih org tersayang...
ReplyDelete.
...teramat amat setuju....pergi keseluruhan dgn Aman pun x menjadi masalah rasanya..
DeleteKeadaan mendesak sehingga tak dapat berfikir secara rasional dan bijak,,Yaa Allah Yaa Rahman bukakan pintu hati mereka-mereka yang masih liat untuk men pertahankan pemimpin mereka yang jahil ini....!!
ReplyDeleteOrang perak khususnya k kangsar....apa dah jadi? Langsung takde tentangan? Apa guna kalian selama ni bertungkus lumus,alih2 bini arwah jadi calon yb.
ReplyDeleteMulai saat ini saya nobatkan umno adalah pertubuhan utk org2 dungu yg tak mampu bersuara walau sepatah pun!
Saya tak mampu lagi menyokong pertubuhan anda,cukup lah.
DeleteBaguslah UMNO Najib sekarang ni.
Sungguh hebat demokrasi versi Najib and gang ni.
YB mati, gantikan dengan balu.
Kalau balu pulak yang mati selepas ni, gantikan dengan anak, selepas tu , cucu, cicit...
Ahli-ahli parti yang lain tu dok melopong saja lah.
Korang layak jadi pencacai saja.
Tak dapek den nolong tu doh.
Najib mati ganti dgn rosmah
DeleteNajib belum kiok pun Kak Mah dah ganti dah.
DeleteSalam bro.
ReplyDeleteKetika daya nenjadi pensyarah kanan d sebyah kolej d KK, my ex students used to jokes that PHD actually stands for permanent head damage.
Betul juga kan kalau d link dgn kemelut umno kuala kangsar ni.
Hehe.......
Salam bro.
ReplyDeleteKetika daya nenjadi pensyarah kanan d sebyah kolej d KK, my ex students used to jokes that PHD actually stands for permanent head damage.
Betul juga kan kalau d link dgn kemelut umno kuala kangsar ni.
Hehe.......
Yang CADANG NAMA DIA TU PHD LAAA...
DeleteTu la tandanya nak hujan kena duk dlm Rumah. Alamatnya um no nak bungkus la dlm prk ni. Parti umno gila kuasa Wang dunia mereka sanggup gadai perintah agama. Kalahlah umno fuoh ptuii.
ReplyDeleteDin, baguih hang punya statement, bukan setakat gila memamg wad tanjong rambutan pun tak terima umno and najib laknatulallah....
ReplyDelete3.85 for sure sebok dng kebodohannya
Semua harap umno Akan bungkuih kali nie,sama sama kita doakan
ESOK isnin and lusa selasa...
kalau faktor simpati diambilkira adakah rakyat nak simpati sangat apabila kita telah melihat gaya hidup kemewahan keluarga menteri2 umno ni?
ReplyDeleteadakah kita masih bersimpati walaupun mereka tidak langsung ada empathy terhadap hidup rakyat yg makin terhimpit?
Nak menang punya pasal, agama tolak tepi. Dah tak peduli dah halal haram..
ReplyDeletePicking a widow of a late husband whose still in iddah to stand as candidate, how desperate can you get? as if no one else left.
ReplyDeletePerempuan dalam iddah kan haram keluar rumah. Ini disebut dengan jelas dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah. Hadith nabi pun ada sebut pasal ni. Ini bukan benda remeh-temeh. Ini soal hukum.
ReplyDeleteDah tak ada ke Islam beriman dalam Umno ni? Tak berani bersuara menegur pemimpin yang membuat kesilapan. Kesetiaan membuta-tuli
Jalan-jalan menuju kehancuran yang diambil oleh pemimpin UMNO.Apa dah terjadi dengan ahli-ahli yang berjuang bagitu lama dalam umno di SG.Besar & Kuala Kangsar?.Sekarang Umno ni buat pekara yang tidak sepatut dibuat tetapi mereka buat.Menteri yang patut dilantik daripada yang memenangi pilihanraya tetapi sok sendiri dilantik dari orang ramai,bagini juga wakil yang bertanding dalam Prk dicalonkan mengikut sok sendiri.Betul ap yang dikatakan oleh TDM umno sekarang parti Najib.Tak adakan meetingkah ahli-ahli umno Sg.Besar/K.Kangsar bagi memilih calon?.Dah jadi macam lembu kena cucuk hidung pula.Inilah pertanda umno najib menuju kenhancuran dan ahli dalam kawasan kedua-dua ini tolong bantu president untuk menjayakan kenhancuran dengan cepat.Tanyalah diri sendiri sebagai ahli apa hak anda bagi membuat penentuan.
ReplyDeleteRasanya umno bn masa buat pilihan ni depa lupa tentang islam.. Bila terlanjur salah. Mereka taknak mengaku dan egolah yg membuat mereka teruskan pilihan calon dalam edah ni.. Penyelesaian mudah ja.. Mengaku salah dan pilih org lain.. Semua org paham kadang ada salah.. Mcm 1mdb.. Ada salah tapi taknak mengaku.. Terpksa pusing.. Pilih jalan susah pun takpa.. Asal jgn mengaku salah.. Biar org kata bodoh asalkan bn umno tetap memerintah
ReplyDeleteMENUNJUKKAN UMNO, BUAT DULU, LPS TU BARU TENGOK HUKUM...
DeleteKALU DH TERKANTOI, PANDAI2LAH CARI JLN/MENJWB..
KALU MYSKT TAK KESAH.. TERUSKAN JER
Mcm mana bakal calon nak buat di hari penamaan nanti, sedangkan masih dalam edah. Bolehlah calon tidak perlu hadir diri pada hari tersebut ?
ReplyDeleteNazri Aziz cakap apa? Hi hi hi hi...
ReplyDeleteHarap ramai yb yb umno dtg tlg kempen nanti..tp dtg naik heli la ya..
ReplyDeleteMUNGKIN ADA AHLI2 UMNO NK SABOTAJ UMNO NAJIB...
ReplyDeleteJGN LUPA, ORG2 MAHATHIR MASIH ADA BERPURA2 SOKONG PRESIDEN.
SOKONG BAWA REBAH... NANTI TENGOK.
Bro. Umno dah amalkan cara BOGIL. Yakni gabongan antara BODOH dan GILER. Mari kita doakan BN KO UMNO KO. AMINNN
ReplyDeleteNampak sangat mereka lebih mengutamakan kepentingan politik dpd agama.
ReplyDeleteApakah pandangan Mufti Perak?
Mana pergi Tuang Presideng? Tak mampu beri nasihat ke?
Bro. Umno dah amalkan cara BOGIL. Yakni gabongan antara BODOH dan GILER. Mari kita doakan BN KO UMNO KO. AMINNN
ReplyDeleteNajib nk tiru mcm pakistan. Ali bhutto mati. Ganti dgn anaknye benazir. Benazir kiok ganti dgn suami zardari. Lepas najib mgkn ganti rosemak pulak. Nauzubillah
ReplyDeletesebenor nya dema nakbagi PAS menang...itu je cik shah oooi
ReplyDeleteUmno dah tau nak kalah, jadi awal awal lagi cipta masalah supaya nanti jadi alasan knp kalah .yg penting kalah bukan kerana Najib
ReplyDeleteMakcik tu pun terima nak jadi calon apehal?
ReplyDeleteMakcik tu mata duitan lah
ReplyDeleteDIAMMMM... SHUT UP... INI ARAHAN BIG MAMA..... akkakakakakakakkaka
ReplyDelete...memang depa ni dah seronok buat kerja2 yg TIDAK MASUK AKALLLLLLLLLL ...!!!!!!
ReplyDelete...duit hilang BILLION BILLION pun mereka relak je...AKAL dah hilang....
Kalau pndekatan kempen mlalui multimedia akses internet, wifi perlu dipertingkatkan.adakah tu jnji bn utk prk kuala kngsar sptmana jnji tinggal jnjj di teluk intan....
ReplyDelete