Wednesday 25 May 2016

SIAPA YANG NAJIB NAK KELENTONG ATAU INI PETANDA TIADA SIAPA AKAN DIDAKWA BERKAITAN 1MDB?

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung tindakan yang diambil kerajaan terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen, Najib Razak memberitahu, tidak berlaku sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan urus tadbir syarikat pelaburan tersebut.

Sebaliknya, hanya terdapat kelemahan dalam urus tadbir syarikat, kata Najib lagi.

Biar betul jawapan Najib di Parlimen ini?

Benarkah semua yang berlaku dalam 1MDB hanya kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan?

Bolehkah diterima akal bahawa  berlakunya pembayaran sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta kepada syarikat klon, Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang mempunyai nama hampir sama dengan anak syarikat IPIC yang sebenar iaitu Aabar Investment PJS (didaftar di Abu Dhabi), semata-mata suatu kelemahan dalam urus tadbir?

Jika jumlah yang tersalah bayar itu hanya RM3.51 sen, barangkali masuk akal juga jika dikatakan sekadar kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan, tetapi bagaimana dengan amaun sebesar AS$3,510 juta atau bersamaan RM14,000 juta?

Begitu juga dengan pembayaran sebanyak AS$1.03 bilion kepada Good Star Ltd yang dipercayai milik Jho Low, apakah ia kelemahan urus tadbir syarikat juga?

Bagaimana pula dengan keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB yang berjumlah AS$7,000 juta atau RM28,000 juta yang menurut laporan PAC tidak dapat disahkan kesahihannya?

Apakah ia hanya kelemahan urus tadbir syarikat dan bukan penyelewengan?

Sekali lagi, pembayaran yang tidak dapat disahkan itu bukannya 7 ringgit tetapi AS$7,000 juta, maka otak jenis apa yang boleh menerima ia  hanya sekadar kelemahan urus tadbir dan bukannya penyelewengan?
Selain itu, dengan sekurang-kurangnya tujuh buah negara sedang menjalankan siasatan berkaitan 1MDB di mana Switzerland serta Singapura sudah pun memulakan tindakan perundangannya, masihkah mahu dikata ia bukan penyelewengan juga?

Di dalam negara pula, kalau benar apa yang berlaku dalam 1MDB bukan suatu penyelewengan dan hanya kelemahan dalam urus tadbir, mengapa PAC turut mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu tertentu dalam pengurusan kanannya?

Selain itu, kenapa Laporan Audit 1MDB tidak berani didedahkan untuk tatapan umum sehingga sekarang?

Kenapa perlu diOSAkan jika segala-galanya hanya kelemahan urus tadbir?

Siapa yang Najib mahu kelentong dengan jawapannya kali ini?

Atau apakah dengan memberikan jawapan sedemikian, ia merupakan mesej daripada Najib bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan 1MDB meskipun telah dicadangkan oleh Laporan PAC dan Ketua Audit Negara?

Meskipun dalam jawapan yang sama di Parlimen, Najib memberitahu, "Justeru Ketua Polis Negara telah memaklumkan pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan penyiasatan dan tindakan lanjut", tetapi dengan pendirian Najib itukah yang menyebabkan sehingga sekarang nampaknya tiada apa-apa khabar berita mengenai perkembangan siasatan terhadap 1MDB?   (SH 25/05/2016)

43 comments:

  1. Budin,
    Selagi Najib memegang kuasa PM ,siapa pun dinegara ini tak mampu buat apa apa walau pun diberi AMANAH oleh rakyat untuk berkhidmat mengikut lunas lunas undang undang dan jujur kepada aku janji sumpah sebelum berkihdmat.

    Najib PM pertama dalam sejarah malaysia moden merosakkan kedaulantan undang undang dan melumpuhkan sistem dan jentera institusi pengkuatkuasaan negara. Pengkuatkuasaan hanya untuk rakyat bawahan tapi bukan untuk Najib ,rosmah dan keluarga termasuk kuncu kuncu yang menyelewengan bersama beliau.

    Kedurjanaan dan malapetaka ini akan terus berlarutan malah lebih buruk dan rosak sekiranya rakyat majoriti negara ini masih terpedaya dengan BN era najib ini dan terus menerus memberi undi kepada kedurjanaan puak puak ini ,kerana kalau kerosakan seperti 1MDB ini pun rakyat pandang ringan saya yakin Bukan saja najib aka Rosmah malah pengantinya dalam umno dan BN akan juga menjarah harta negara sebab rakyat malaysia tiada berani untuk melakukan berubahan malah sudah sebati hidup dalam kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin korup dan mungkar dunia akhirat . Wallah hua'lam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perdana Menteri Malaysia ada kegemaran peribadinya sendiri iaitu suka memperbodohkan rakyat Malaysia. Tidakkah beliau tahu bahawa diperbodohkan bukan sesuatu yang menyeronokkan? Adakah dia fikir semua rakyat Malaysia ini baglal dan keldai seperti penyokong2 nya yang buta lagi tuli?

      Delete
  2. Awal2 dah bagitau,semakin jibon bercakap semakin nampak kebodohannya. Yg pasti beliau mmg bodoh. Yg tu boleh jawab...bila tanya pasal jho lo ngapa bisu?
    Jibon babun albahlol Mmg tolol!

    ReplyDelete
  3. Seorang ADUN dari Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya kembali merujuk kepada perjanjian gabungan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada Januari lalu berhubung peruntukan kerusi pilihan raya.


    ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, berlandaskan perjanjian dengan PKR dan DAP di bawah payung PH, semua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS adalah menjadi milik PAN selepas ketiga-tiga parti itu membentuk gabungan pembangkang yang baru.



    "Kestabilan yang dibina sejak 1999 adalah untuk satu lawan satu, jadi kalau Pakatan Harapan sudah menggantikan Pakatan Rakyat, Amanah (PAN) sudah menggantikan PAS, demi kestabilan itu kita kekalkan pengagihan yang telah kita bergaduh dan berbalah..dan kita berjaya kompromi.



    "Bagi saya, istilah untuk kestabilan dan nak capainya bukan mudah, tetapi saya masih terbuka untuk melihat apa sebabnya. Kalau kita kekalkan yang lama, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah calon Amanah (PAN), tapi kita kena runding," katanya kepada Antarapos.



    Awal hari ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata hasrat parti itu untuk bertanding di PRK Sungai Besar adalah kerana mahu menyelamatkan hubungan PKR dan PAS di Selangor.



    Langkah itu diambil setelah rundingan PAS dan PKR gagal mencapai sebarang persetujuan di mana parti Islam itu bertegas untuk bertanding, begitu juga dengan PKR.



    "Kalau (kerusi) Parlimen di Selangor, PAS tujuh kerusi maka tujuh kerusi ini akan dipertandingkan oleh Amanah (PAN), kalau Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 kerusi PAS, maka selayaknya dipertandingkan oleh kami, itu pada dasarnya," kata Saari sebagai menyokong kenyataan Khalid.



    Saari dalam pada itu turut menjangkakan peluang akan lebih memihak kepada PH untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar biarpun wujud pertembungan tiga penjuru.



    "Ada kajian menyatakan kalau tiga penjuru di Sungai Besar, kelebihan kepada kita (PH), kalau di Kuala Kangsar memang PH tiada harapan (kalau tiga penjuru) sedangkan dua penjuru (antara PAS dan BN) pun masih berat (sukar) untuk kita menang, lebih memihak kepada BN.



    "Tapi di Sungai Besar, tiga penjuru akan beri kelebihan kepada PH. Itu pandangan secara rawak," ujarnya.



    Media hari ini melaporkan PAN dijangka mencalonkan Presidennya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu di PRK Parlimen Sungai Besar.



    Khalid berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu antara calon yang disenarai pendekkan untuk diangkat sebagai calon PAN.



    Selain Mat Sabu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla bla bla.. ada aku kesah!

      Delete
  4. Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan ‘bergaduh’ dengan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lattefa Koya di dalam WhatsApp sampai ke pagi.


    Pergaduhan di WhatsApp itu dikatakan berpunca daripada warkah Anwar Ibrahim dari penjara yang sengaja dibocorkan kepada umum yang dilihat untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Ia sekaligus menggambarkan perbalahan dalaman PKR kerana Rafizi dikatakan mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala Lattefa pula mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rubbish... ada aku kesah!!

      Delete
  5. pergaduhan Rafizi ramli dan Lathefa Koya
    “WhatsApp Leaks!!!! …. Sudah kantoi!!!! … pergaduhan @Rafizi Ramli/Lateefa Koya!!!!! … bergasak dari jam 9.00 malam berlarutan hingga lewat 1.00 pagi.

    “Lateefa Koya beritahu yang Rafizi Ramli sebagai dalang tukang dedahkan surat pedas Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Mahathir kepada umum lepas itu buat muka toya menipu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

    “Sekarang Ahli MPP PKR undi terbanyak sudak lanyak Rafizi Ramli sebagai kaki penipu.

    “Rafizi ini rupa-rupanya mudah tertekan dan melatah bila diasak .. siap mengeluarkan kata-kata “sexist” lagi bila digasak tersandar di dinding,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya.

    Sebelum ini, Setiausaha Politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei mendakwa tujuan pendedahan ‘permintaan perempuan’ dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai balasan rundingan projek adalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis Anwar kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rubbish... topik lain ckp lain!!

      Delete
  6. Mat Shuhaimi Shafiei
    Tanpa menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR ‘marah dengan salah seorang daripada pemimpin’ yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

    “Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri,” kata Mat Shuhaimi.

    Beliau berkata dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan pentadbiran negeri itu bukan sahaja mencemar imej parti, malah kerajaan Selangor dan kakitangan awam negeri ini.

    “Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.

    Rafizi, individu yang menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp itu berkata beliau akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.


    ReplyDelete
  7. ada kuasa guna segala
    jangan harap dakwa segera
    lahap umpama sang serigala
    menjadi mangsa harta negara

    konon dia tak buat salah
    walaupun banyak dia dah sesah
    negara asing tempias masalah
    di Putrajaya buat tak kisah

    tunggu lah kini balasan Allah
    Dia penguasa dialam maya
    rakyat kerja berpenat lelah
    senangnya dia menjadi kaya..

    ReplyDelete
  8. Mana menteli cap ayam..tak tolong jawap untuk pok jip ker??? Biasanya cap ayam rajin pertahankan towkey dedak.

    ReplyDelete
  9. Apa rakyat tersangat bimbang adalah malapetaka yg dahsyat menimpa negara di atas kedurjanaan pemimpin2. Baik malapetaka ekonomi mau pun malapetaka Alam ini.

    ReplyDelete
  10. Yang bersetuju dengan jawapan itu hanyalah anjing2 belaan aja dan akan terus mempertahankannya bahawa 1mdb tidak ada buat apa2 kesalahan pun bukan ke begitu

    ReplyDelete
  11. Yang bersetuju dengan jawapan itu hanyalah anjing2 belaan aja dan akan terus mempertahankannya bahawa 1mdb tidak ada buat apa2 kesalahan pun bukan ke begitu

    ReplyDelete
  12. Bila sudah jadi pendusta pada diri, maka mendustakan orang lain itu adalah perkara yang wajar. Nafsu syaitaniah telah jadi tuan rumah diri sendiri.

    ReplyDelete
  13. Keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun 2016 nanti adalah satu keputusan yang sangat mengusarkan DAP, Mahathir dan BN.

    Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan AMANAH untuk bertanding dikerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan atau pun tidak.

    Dendam Kit Siang kepada PAS ternyata masih kuat. Dia tahu, agak sukar untuk DAP bertanding dikedua-dua kerusi berkenaan, tetapi masih mendesak supaya ada wakil dari Pakatan Harapan untuk menghalang PAS.

    Bagi DAP, kalau wakil mereka itu kalah pun tak apa, yang penting dapat memecahkan undi PAS dan PAS juga kalah.

    Biar BN menang, DAP cuci tangan sekali gus menunjukan kepada rakyat bahawa PAS parti lemah. Walhal mereka sedar yang secara hakikinya, PAS boleh menang jika pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

    ReplyDelete
  14. Cukuplah pilihanraya di Sarawak menunjukkan bagaimana pertembungan antara calon DAP dan PKR yang begitu mudah ditewaskan oleh BN. Begitu juga percubaan nakal AMANAH yang cuba bertanding di kerusi PAS hingga menyebabkan BN kekal menang.

    Walaupun di kebanyakan kerusi AMANAH hilang wang deposit, tapi mereka “bangga” kerana berjaya melaksanakan amanah DAP untuk memecahkan undi PAS.

    Sesuatu yang rakyat kena faham pada hari ini, Pakatan Harapan sendiri masih gagal untuk bersepakat sebagai mana pilihan raya Sarawak. DAP ternyata begitu sombong dan memandang kecil kepada PKR, dan mereka sedikit pun enggan memberikan ruang kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

    Jika dengan rakan Pakatan Harapan sendiri DAP tergamak menikam dari belakang, inikan pula kepada PAS yang kini menjadi musuh ketatnya. PKR kena sedar perkara ini kerana ia bukan kali pertama berlaku.

    Pendirian PAS ini juga turut mengusarkan Mahathir yang cuba mengheret nama “rakyat” bagi menghalang PAS bertanding.

    Tidak cukup dengan itu, beliau turut memfitnah Presiden PAS yang dikatakan mengiktiraf Najib melalui prinsip Cash is King. PAS juga dikatakan sebagai majoriti kecil walaupun boleh menang di kedua-dua kerusi ini.

    Mahathir sedaya upaya mahu rakyat menolak PAS yang sudah cukup bersedia bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan dengan melaung-laungkan supaya wakil “rakyat” yang bertanding untuk melawan wakil Najib.

    ReplyDelete
  15. Persoalannya, siapakah wakil “rakyat” itu. Jika dikatakan dari Pakatan Harapan memang sangat jauh sekali tersasar kerana Mahathir jelas masih mahu bersama BN tetapi bukan bersama Najib.

    ReplyDelete
  16. Maknanya Mahathir masih lagi mengharapkan pemimpin BN sendiri bertanding secara bebas melawan BN dan menolak calon Pakatan Harapan.

    Hingga ke hari ini Mahathir hanya memperkudakan Pakatan Harapan dengan gula-gula politiknya iaitu “Deklarasi Rakyat” tapi masih enggan bersama blok Pakatan untuk menumbangkan BN secara total.

    Misinya sudah diperjelaskan iaitu, mempertahankan BN dan menolak Najib, bukan mengangkat Pakatan Harapan atau mana-mana blok pembangkang bagi mengalahkan BN.

    Ini politik apa sebenarnya?

    Menggunakan parti musuh ketatnya untuk “membunuh” Najib seorang dengan harapan dia boleh kembali bertaut bersama BN selepas itu. Dan yang pasti, seandainya beliau berjaya turunkan Najib dan kembali bersama BN, Mahathir akan kembali menghentam blok-blok pembangkang seperti sebelum ini.

    Hikayat Mahathir keluar masuk Umno-BN bukan baru. Zaman Tunku Abdul Rahman, Zaman Pak Lah dan kini zaman Najib.

    Jiwanya tetap bersama BN kerana legasinya di situ. Parti-parti pembangkang hanya menjadi badut sarkis untuk memudahkan laluannya kembali kepada BN.

    Mahathir pula tidak mempunyai kepentingan dalam PAS, jauh sekali untuk mengalas amanah untuk berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

    Lihat sahaja apa yang beliau lakukan semasa pilihan raya Sarawak. Beliau duduk dari jauh mengutuk Najib tetapi masih mengunci mulut dari memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si bangang,....buka blog sendiri lah!

      Delete
    2. Ini sah ulasan dan kupasan pemakan dedak

      Delete
  17. Apa sebenarnya yang Mahathir mahukan adalah supaya Najib turun. Tetapi itu adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika beliau sanggup mengorbankan BN untuk dikalahkan bagi memudahkan laluan menjatuhkan Najib.

    Dalam mengutuk Najib, Mahathir masih mengalas kuat tiang seri BN. Dan ini mengelirukan rakyat sebenarnya.

    Oleh itu, satu-satunya cara yang terbaik adalah dengan memilih PAS bersama blok ketiga untuk menolak semua politik yang caca marba dari blok Pakatan Harapan, Mahathir dan Najib-BN yang kini masing-masing cuba berpolitik demi kepentingan diri mereka sendiri sehingga sanggup “membunuh” rakan mereka yang dikatakan berpakat dengan mereka.

    Nasib rakyat tidak akan terbela dengan corak politik sebegini. Belum apa-apa lagi mereka sudah bertengkar dan berebut kuasa sesama sendiri.

    Keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka menang nanti kerana niat mereka bertanding pun bukan untuk menjaga kebajikan rakyat.

    Pemuda PAS mencabar Mahathir dan DAP supaya mereka sendiri bertanding di kedua-dua kerusi ini jika benar mereka mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat.

    Tak perlu lagi mendolak-dalih menjadi tok dalang bermain wayang dengan menghantar calon-calon yang mereka balacikan.

    PAS terbuka bekerjasama dengan PKR dan berbincang jika parti itu benar-benar ingin bersama membantu rakyat dan membela nasib rakyat. PAS tidak menganggu kerusi mereka.

    Sama ada PAS menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini, PAS tetap menganggap PKR sebagai rakan politik khususnya dalam Kerajaan Selangor pada masa ini.

    Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang Najib yang sudah nyawa-nyawa ikan cukup selesa untuk bernafas kerana blok pembangkang dan Mahathir bertubi-tubi mengasak PAS iaitu satu-satunya parti yang jelas mampu menewaskan BN dikedua-dua kerusi ini jika pertandingan satu lawan satu berlaku.

    ReplyDelete
  18. Najib tidak perlu berkerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus menyerang PAS, apalagi dengan mengistiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus akan memecahkan undi kepada PAS dan membuka peluang untuk BN menang lagi sebagaimana di Sarawak.

    Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh PAS melalui pilihanraya ini melainkan demi kepentingan rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen.

    Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, PAS kekal dengan misi bekerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS bekerja untuk rakyat???Munafik!!!

      Delete
    2. Apa yg ahli ahli parlimen Pas Pis Pus buat sekarang ni???

      Delete
    3. Berceramah bukan main lagi amar maaruf nahi mungkar...
      Bila dipilih, asyik Main telor n nasi kangkang umno/bn. Kemungkaran umno/bn buat2 bodo jerrr

      Delete
  19. Perlu panggil Auditor General jawab soalan tersebut di Parlimen.
    Kedudukan PM yg terlibat secara langsung dlm 1MDB ketika permasalahan berlaku secara automatik menyebabkan beliau mempunyai konflik kepentingan dan tidak wajar utk beliau membuat sebarang rumusan. Secara mudah la, kalau pengetua sekolah dituduh meluluskan bendahari PIBG songlap duit, takkan kita nak tanya pengetua tu pulak!

    ReplyDelete
  20. Mummy : Dorang ni memang dengki tau dgn kita. Kelemahan urus tadbir tu kan sama aje dgn bahasa pasarnya 'TAK SENGAJA'. Kan puppy...?

    Puppy : Yer, betul tu mummy. Mcm kita tgh puasa tiba2 terminum air sirap, kan puasa tak batal... Apalah dorang tu, itu pon tak paham.

    Mummy : Mcm I jugakan, tiba2 TAK SENGAJA tershopping masa temankan You melancong... errr.. masa temankan You buat lawatan kerja di luar negara nun.. Kikikikiki...

    Puppy : Ntahnyer dorang pendengki tuuu... I sebagai Tuan Penasihat 1 Malaya Dan Beruknya TAK SENGAJA tersain dokumen pindahmilik duit billion2 ke akaun sana sini. Kan TAK SENGAJA... berdosa ker???? Itu yg dinamakan kelemahan salah tadbir syarikat keparat.. ehhh.. korporat.. Lagi pon sohabat karib I Tuang Presideng bertaraf Ulama kata kalau TAK SENGAJA tak berdosa... Kohkohkohkohkoh.. (gelak jahat)

    Mummy : Betul tu puppy, caaayyyyyaaannnngggg puppy.. Puppy, semalam I TAK SENGAJA terlemah dan tersalah tadbir duit bila nampak beg dan diamond bling2 tau.. Takperkan puppy..

    Puppy : Takde hal punyalah mummy, kan TAK SENGAJA dorang boleh wat aper??? Kikikikikiki...

    ReplyDelete
  21. The Bugis-Pirate lying again in Parliament?

    My my, what do you call BNM's penalty to 1MDB then?

    Does this PM aka Finance Minister understand breach, offence, violation, infringement, contravention that occurred under his watch?

    But, if PM took Parliament as a fool, then sanctity and integrity is not in his vocabulary!

    UMNO is rotten to the core.

    MLN

    ReplyDelete
    Replies
    1. He's one mappadulung sanrabone the Bugis people could do without!!! Let alone Malaysia!!!

      Delete
  22. Dunia terbentang luas telah menjadi semakin sempit.sesempit komen anon-anon yg lari topik.Sungai buloh setia menanti.

    ReplyDelete
  23. Lupakan kes Rafizi fokus kepada PRK yang akan datang lebih baik...!!!

    ReplyDelete
  24. Apa hal la blog kau ni din? Tajuk lain yg tukang komen cerita pasal pilihanraya kecil tu. Jgn jadi najib la....buat lain cakap lain! Tumpu pada isu lah. Cerita siapa dia nak kelentong tapi isi cerita tak berkaitan. Kita kongsi yg terbaik keluarkan komen2 yg bernas tanda keperihatinan kita kpd isu semasa.
    Anon 16.56 anda hebat!

    ReplyDelete
  25. Makin si penjenayah Najib bercakap, makin meluat saya melihat umno, bn, dan juga ahli-ahli umno yang DUNGGU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mula-mula benci Najib dan geng pembodeknya sahaja. Sekarang, dah benci dengan UMNO-UMNO sekali.

      Delete
  26. Sebetulnya DUA TIGA BIJI ATAU LEBIH TELOR BUSUK perlu di jadikan peringatan tepat kat JENDOL DIA ...baru dia berhenti merapu.

    ReplyDelete
  27. Skrg lancar lah mulut najib jawab hujah dan kritik fasal Kesalahan 1MDB, dgn bukti yg semakin hampir oleh FBI, jadi gagap dan menggeletar najib, pembodek2 beliau terus hilang akal, mungkin terjun diri

    ReplyDelete
  28. Pemakan dedak sekarang diberi arahan baru oleh ketua mereka. Arahannya ialah - kalau tak boleh jawab komen komen dilaman sesawang yang sedang diawasi, gunakan taktik "diversion", iaitu tulis panjang=-panjang pasal benda yang takde kena mengena dengan tajuk. Resipi masakan pon boleh, janji tulis.

    ReplyDelete
  29. unta pun tau marah tuannya
    sebab tuanya lalai akan kesusahanya ditengah panas bila tuan dia nak pi tolongnya dikira dah lambat maka unta tu telah tokak kepala tuanya sampai putus dari badan
    padan muka

    ReplyDelete
  30. News that you serve on a Friday is very helpful at all thank you .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...