Tuesday 10 May 2016

KENAPA NAZRI BEGITU PANTAS MAHU MENAMAKAN CALON PILIHANNYA DI KUALA KANGSAR?


Agak sedikit pelik apabila Nazri Aziz secara tiba-tiba memberi cadangan agar UMNO dan BN memilih bekas Adun Manong selama empat penggal, Ramly Zahari sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya, Wan Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Ramly menjadi pilihannya kerana bekas Exco Perak itu seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah merajuk, masih muda iaitu berusia 57 tahun dan tetap mendampingi masyarakat melalui Yayasan Anak Kuala Kangsar yang diasaskannya meskipun setelah tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Jika dia dipilih, mudahlah kerja kita, kata Nazri lagi.

Persoalannya, mengapa Nazri begitu pantas memberi cadangan terbuka seolah-olah mahu campurtangan dengan meletakkan rakan baiknya itu sebagai calon pilihanraya?

Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana pemimpin cuba mencadangkan nama calon pilihanraya di bahagian yang bukan diterajuinya?

Tidak bolehkah beliau menyerahkan kepada UMNO Bahagian Kuala Kangsar menyenaraikan nama calon tersebut yang kemudian akan dibawa ke peringkat UMNO negeri dan pusat untuk diputuskan secara muktamad?

Jika mahu juga mencadangkan nama pilihannya, kenapa tidak melakukannya dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Zambry Abdul Kadir di mana Nazri selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas adalah salah seorang ahli jawatankuasanya?

Sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pula, mengapa beliau tidak menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melontarkan cadangannya kepada Najib jika pilihannya tidak diterima di peringkat negeri?

Mengapa sebagai pemimpin yang ada banyak ruang untuk bersuara dalam mesyuarat tertutup, tetapi masih memilih untuk bercakap secara terbuka dan melalui media?

Lebih dari itu, mengapa Nazri mahu sibuk-sibuk dan membuat cadangan terbuka untuk menonjolkan pilihannya sedangkan Kuala Kangsar hanyalah bahagian lama yang pernah disertainya sebelum berpindah ke Lenggong dan kini mengetuai UMNO Padang Rengas?

Tidakkah soal calon pilihanraya ini lebih merupakan bidang kuasa Najib, Zambry dan UMNO Kuala Kangsar untuk memutuskannya dan jika ada cadangan lain, Nazri seharusnya melakukannya melalui saluran yang betul?

Kalau sebelum ini Nazri begitu marah dengan Muhyiddin yang bercakap secara terbuka soal parti sedangkan katanya ada saluran dalam mesyuarat untuk memberi pandangan, kenapa sekarang beliau berperangai lebih kurang sama saja?

Adakah beliau rasa dirinya seorang yang hebat dan kerana itu bukan sekadar cadangannya dianggap sentiasa betul, malah boleh juga "main langgar" saja ketika melakukannya? (SH 10/05/2016).

47 comments:

  1. Replies
    1. Lebai kata haram pecat pemimpin yg dipilih melalui pilihanraya

      Delete
    2. Duduk dalam kementerian bodoh pun dia boleh sakau duit kaw2. Kenapa nazri peluk cium lge? Projek billion penang dpt kat dia. Menteri kaki @&%£*÷#

      Delete
    3. tak kan tau itu kan menteri kurang ajar dlm sejarah kabinet msia. cakap dia semua betul2 kurang ajar. kaki toron

      Delete
  2. Bila nazri bersuara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda nazri akan berkubur dipadang rengas masa pru14 nanti. Aku suka kalo bekas adun ni buat pesta dorian MAnong....the best durian at Perak

      Delete
    2. Tanda nazri akan berkubur dipadang rengas masa pru14 nanti. Aku suka kalo bekas adun ni buat pesta dorian MAnong....the best durian at Perak

      Delete
  3. Sikalang UMNO memang itu macam cala maa aa ,satu olang suala semua sokong maa aa ,tatak payah undi lagi maa aa .

    ReplyDelete
  4. Org tua bodoh mcm tu la.....darah daging rasuah apa yg dia tahu selain bodek ampu membabi buta? Paling penting bila dia bijak?

    ReplyDelete
  5. 57 tahun tu kalau dlm umno masih muda remaja....
    Hmmmmm.....

    ReplyDelete
  6. jangan macam-macam nanti "Bugis" dia keluar kang
    Kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Nazri ini berikutan dengan cara wenang bosnya Ahjibgor telah melampaui protocol pentadbiran awam negara ... cash is king bermakna diorang yang pegang wang dan emas itu sekarang sudah betakhta RAJA BARU!

    ReplyDelete
  8. Kalau dah samseng tu samsenglah juga tak akan jadi manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samseng kat media je...marilah turun fight kalau dia berani

      Delete
  9. Standard UMNO dan orang politik semuanya diri dan puak didahulukan rakyat dikemudiankan , nanti bila jumpa orang melayu akan guna standard biasa ,melayu akan hilang kuasa kalau umno kalah ,melayu akan merempat kalau umno tewas ,samapi bila la orang melayu nak jadi barua dan bangang pada pemimpin dan orang politik macam ini . Wahai orang melayu buka hati perut dan mula belajar bijak menentu nasib sendiri bukan pilih orang politik mengkayakan diri dan puak puaknya.

    ReplyDelete
  10. Nazri Umno Pekat,,menyampah pulak apabila dia bersuara lagu ni......!!!

    ReplyDelete
  11. Nazri nikan selalu cuba buat pandai tapi sebenarnya bangang melantun. Kalau dia pilih tu mestilah calon kalah. Dia ni pandai pilih perempuan je.

    ReplyDelete
  12. Saya masih lagi mengatakan peluang untuk BN menang adalah tinggi. Letak lah siapa pun calon, jika Pakatan masih haru-biru seperti sekarang. Peluang BN masih ada.
    http//:usryabdullah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mati hidup balik pun aku tak akan undi umno/bn dah selagi najib jadi presiden.
      Aku tetap bersama Tun Mahathir sekali pun Tun Mahathir tidak pernah mengenali aku.

      Delete
    2. Sokong,selagi najib jd PM,tak guna memangkah BN..perot boleh senak ketawa sbb hari2 ada saja lawak jenaka bodoh yang ditayangkan di media terutama tv3..blom yg lain2 lagi..


      Tetap bersama tun mahathir!!!

      Delete
  13. Nazri dah mula takut kpd pengaruh rafidah aziz.
    Selama ni dia caci dia hina rafidah habis2an semata2 nak ambil hati najib.
    Tuhan nak tunjuk
    Skrng kerusi kuala kangsar dalam bahaya
    Bila2 saja akan jatuh ke tangan pembangkang.
    Kalau jatuh saja kerusi kuala kangsar akan menjadi petunjuk yg cukup jelas masa depan umno di bawah pimpinan big brother nazri si madpudullong tu.
    Kalah saja umno/bn panas berasaplah punggong nazri yg selama ni hidup cukup mewah mcm najib juga.
    Tunggulah. Masa akan menentukan kenyataan.
    Setiap perbuatan pasti akan menerima pembalasan drp rakyat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap semua PEMBANGKANG akan BERSATU HATI utk 2 PRK kosong.

      JANGAN BERPECAH LAGI.

      Bersama BENTERAS RASUAH sebelum jadi tabiat dan amalan generasi muda dan seterusnya.

      Delete
    2. PAS bukan pembangkang.
      PAS adalah punasihat umno/bn demi mempertahankan ketuanan melayu.

      Ke guanerr din???

      Delete
  14. WHAAAATT? Ramly Zahariii? THAK PAYAH!! Baik letak Ramly Burger..dah tentu kenyang berbandingkan burger cap Jamal Ikan Tongkol. Orang Manong pon tak sior kat Ramly..inikan pulak orang Kuale..siiimpaaang!! Woi Nazri penyamun! Kalo udah kamu ndak bebenor si Ramly jelebor tuh..kamu naik je mane-mane heli boghok yang agak-agak buleh terempah..sebelum tu tuleh wasiat bagi kat Najib Haghamjadoh supaya calonkan Ramly kat Padang Rengah..kume orang Kuale tak sior kalu si Ramly tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan....nape dgn ramly tu cer citer sikit. Teman nok juge tau. Pase ape tak sior dgn die?? Rame yg nok tau ni....suspen le juge ni...

      Delete
    2. Hahahhakk... setuju bebenor la weh kalo Menteri Nazri cap mangkok jamban ter yang terhempas heli lepas ni yek. Kalo liyat benor hempaskan je pala botok die ter ngan mangkok jamban.. buat nyemak Malaysia je mangkok ter... Wasalam

      Delete
    3. Amiiin kepada kata mike nyuroh orang tua ni naik heli bughok. Teman harap terempah. Udah banyok bebenor kemungkaran si tua ni membuat selama idup dia nyer pun. Idokler sanggup teman nengok anok baghal dia lagi kekonon udoh tobat kehulu kehilior dengan janda jendoi.

      Delete
  15. Nazri mulut longkang tu nak tunjuk hero kut,ingat dia lebih hebat dari org lain.tuui.

    ReplyDelete
  16. Natzri najis...

    ReplyDelete
  17. You help me i help u maa klu la zahid p.m siapa tpm???kena bawa masuk olang2 dia satu hari nanti siapa tau nazri pun mcm jamal burger malu2 tpi mau juga.

    ReplyDelete
  18. tarak orang lain lagi ke ? asyik dok pakai produk recycle

    ReplyDelete
  19. Najib patut letak anak dia sebagai calon di Sungai Besar,dan Nazri juga letak anak dia sebagai calon di Kuala Kangsar.Tidak ada ahli UMNO yang berani menentang.

    ReplyDelete
  20. 1) kalau ada jarum yang patah
    jangan disimpan didalam peti
    beliau sengaja acah melatah
    manalah tahu hajat menjadi

    2) Singapura diserang ribuan todak
    buat benteng si pokok pisang
    minta orang mengikut kehendak
    perangai tak ubah seperti musang

    3) kalau ada sumur diladang
    boleh kita menumpang mandi
    Memaki merapu cepat meradang
    lama lama orang tak undi

    4) pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji diatas peti
    pernah dia berkurang ajar
    Tun Mahathir diajak bergusti..

    5) awal pagi pergi ke pasar
    orang tak ramai beli pun senang
    calon si nazri di Kuala Kangsar
    dia meletak confident menang ?

    6) selepas selesai negeri Sarawak,
    Perak Selangor mula berkira
    menteri pencacai ramai pelawak
    buat penghibur bos yang lara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terrbaekk bro

      Delete
    2. Saya suka pantun2 tuan. Tiap2 hari mesti jenguk blog ni untuk baca pantun tuan. Memang terbaik!
      Nazri ni menteri paling teruk! Menteri gangster!

      Delete
  21. Dari bising2, apa kata doa sahaja supaya berlaku PRK Padang Rengas. Aku tak suruh hangpa doa keburukan atau malapetaka utk si botak tu, aku cuma minta hangpa doa PRK Padang Rengas boleh berlaku? :)

    ReplyDelete
  22. Dah tak ada org ke nak jadi calon org umno memang begitu biar aku hidup kaya raya peduli apa dgn org lain bukan ke ahli umno tu bodoh macam kerbau cucuk hidung ikut je janji ada dedak yg lain nak tunjuk aku ini hebat mana Mb tak kan diam saja takkan tak ada calon dihati nasib lah belalang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju UMNO bodoh macam kerbau,tetapi jangan dilupa yang PAS dan PKR juga sama sahaja.Politik ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.

      Delete
  23. Dah tak ada org ke nak jadi calon org umno memang begitu biar aku hidup kaya raya peduli apa dgn org lain bukan ke ahli umno tu bodoh macam kerbau cucuk hidung ikut je janji ada dedak yg lain nak tunjuk aku ini hebat mana Mb tak kan diam saja takkan tak ada calon dihati nasib lah belalang

    ReplyDelete
  24. Rahman dahan yg semakin bengong
    Tanya kos pulau pinang
    Kes najib ape cerita?

    ReplyDelete
  25. Nak setia ape umno?
    Kes seleweng bersepah

    ReplyDelete
  26. Cepat pecat najib dan kroni
    Makin serabut tadbir negara
    Ulasan kroni makin cincai

    Kritik pembangkang tapi pembangkang kritik marah

    ReplyDelete
  27. Hai nazri. Laju kau terjah. Ada apa2 ke ? Bagaimana pula dengan sg besar ? Kau tak nak buat yang sama ke ? Hai, tak berani lerr tu !

    ReplyDelete
  28. Oii Nazri..ko betempik suruh ikot saluran tp ko langgar semua demi kepentingan sendiri.Puiii

    ReplyDelete
  29. Sosial media la rakyat tau najib ni seleweng

    ReplyDelete
  30. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  31. Nazri ni patut blah je. Betaun padang rengas ghope itu juge - pekan koboi xada kemajuan. Kedai paling besor pun kedai chinnagani tu je le. Mengkalu mike xcye cenengok sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...