Sementara Pas terus mendesak agar mereka diberi peluang bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama banyak pihak juga bimbang terhadap lenggok perjuangan sebenar parti Islam itu sekarang ini.
Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ada kebimbangan yang sama bahawa jika hanya Pas yang dibiarkan berlawan tanpa disertai calon yang mewakili rakyat untuk menolak Najib Razak, ada kemungkinan ia akan menarik diri di saat-saat akhir dengan tujuan memberi kemenangan percuma kepada BN.
"Kita tidak hairan jika ini yang akan dilakukan oleh Pas.
"Hadi Awang nampaknya sudah terima "cash is king" Najib walaupun dunia menganggap beliau pemimpin yang kuat rasuah," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya.
Hakikatnya, kebimbangan dan ketidakpercayaan massa terhadap Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah sesuatu yang sudah merata di mana-mana. Pas tidak lagi dilihat seperti Pas yang dahulu, malah Hadi Awang yang dulunya tidak lekang dengan perkataan taghut, kafir assabiyah dan seumpamanya terhadap UMNO dan BN, kini dilihat sudah berubah hampir 180 darjah.
Sebaliknya kini, ungkapan terbiasa dilafazkan Hadi Awang ialah barua, mencerca Amanah, memusuhi DAP mirip seperti UMNO, malah disertai dengan perkataan seperti "babi DAP" sedangkan sebagai ulama dan pemimpin dalam masyarakat berbilang kaum, ungkapan seperti itu tidak seharusnya dilafazkan terhadap pihak lain, jika benar ingin bersama-sama menyingkirkan Najib
Lagi pun DAP adalah parti berbilang kaum yang mana orang Melayu dan Islam, selain ramai menjadi ahlinya, turut ada yang terpilih sebagai Ahli Parlimen juga.
Jadi wajarkah DAP dilabelkan sedemikian rupa?
Berbalik kepada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, keinginan Pas yang tidak mahu Pakatan Harapan turut meletakkan calon seharusnya tidak dilayan sama sekali.
Pakatan Harapan tidak perlu tunduk kepada PAS, kecuali jika parti itu secara terbuka mengisytiharkan kembali kepada pakatan pembangkang atau setidak-tidaknya berani mengatakan ingin sama-sama parti-parti pembangkang untuk menumbangkan BN dan tidak lagi dapat menerima kepimpinan Najib yang penuh masalah dan skandal itu.
Yang beria-ia mengatakan Pas ingin menumbangkan UMNO dan BN hanyalah Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin kecilnya yang lain sahaja, sedangkan Hadi Awang dan Dr Haron Din, dua individu yang lebih berkuasa menentukan hala tuju parti Islam itu, tampaknya cukup selesa dan "tidak geli apa-apa" berdampingan erat dengan Najib yang sedang dicemuh di seluruh dunia.
Selagi Pas dan Hadi Awang masih kekal dengan pendirian serta wataknya seperti sekarang, Pakatan Harapan mesti terus meletakkan calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ini kerana Pakatan Harapan adalah parti sebenar yang membawa imej menolak Najib secara total.
Malah, sebagaimana yang pernah ditulis dalam blog ini sebelum ini, jika benar ingin bersama-sama memberi tekanan kepada Najib, PASlah yang harus bertolak ansur dan berkompromi dengan Pakatan Harapan, bukannya terus berdegil dan seolah-olah tiada tolak ansur dalam kamus perjuangannya.
Jika Pas tidak berani membuat perisytiharan terbuka, merekalah kacau daun sebenar yang mungkin mempunyai maksud tersirat ingin memanjangkan lagi hayat politik Najib.
Jangan lagi dilayan pemintaan agar Pas saja yang layak dan sesuai bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar seolah-olah ada dalil Tuhan atau hadis sahih yang mengatakan demikian.
Lupakanlah episod bersama Pas dan sebaiknya Pakatan Harapan lebih menumpukan kepada kekukuhan ikatan sesama anggotanya dengan imej dan iltizam yang lebih kental untuk menyingkirkan Najib, menumbangkan BN dan menyelamatkan negara ini kerana rakyat sebenarnya sentiasa membuak-buak dengan perasaan itu. (SH 20/05/2016).
hadi awang dan haron din adalah kapir laknat...sbb tu nak baik sgt dgn umno..dua ekor ni memang setan berwajah manusia..
ReplyDeleteSumpah aku tak percayakan PAS. Esok last minute meka buat U TURN habis kita.
DeleteKita dah nampak hadi pakai baju pink satu tema dgn najib. Awas jangan kita diperbodohkan.
Skrip daripada cash is king adalah; kedua-dua calon PAS tarik diri dan Barisan Najib menang tanpa bertanding.
DeleteBeratnya tuduhan kamu,awaslah akidah kamu sendiri.Apakah anda sanggup menggadai akidah sendiri keran taksub kepada Mahathir ?.
DeleteKapir adalah org yg tidak percayakan Allah sbg Tuhan dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.
DeleteKedua2nya banyak berjasa kpd Islam. Cuma lately banyak berdiam diri dan sekali sekala condong di media menyokong BN walaupun hakikatnya mereka melawan BN.
Cuba lihat senarai dosa2 dlm Islam dulu sblm menuduh org kafir. Ini baru 70 mengikut keutamaan besar ke kecil....dlm bible lebih 600 dosa disenaraikan.. kalo diikutkan, kapir cuma membuat dosa no 1 ja.. keduanya x lakukan yg ni pun.. agak2 la nak tuduh pun..
01. Associating anything with Allah
02. Murder
03. Practising magic
04. Not Praying
05. Not paying Zakat
06. Not fasting on a Day of Ramadan without excuse
07. Not performing Hajj, while being able to do so
08. Disrespect to parents
09. Abandoning relatives
10. Fornication and Adultery
11. Homosexuality(sodomy)
12. Interest(Riba)
13. Wrongfully consuming the property of an orphan
14. Lying about Allah and His Messenger
15. Running away from the battlefield
16. A leader's deceiving his people and being unjust to them
17. Pride and arrogance
18. Bearing false witness
19. Drinking Khamr (wine)
20. Gambling
21. Slandering chaste women
22. Stealing from the spoils of war
23. Stealing
24. Highway Robbery
25. Taking false oath
26. Oppression
27. Illegal gain
28. Consuming wealth acquired unlawfully
29. Committing suicide
30. Frequent lying
31. Judging unjustly
32. Giving and Accepting bribes
33. Woman's imitating man and man's imitating woman
34. Being cuckold
35. Marrying a divorced woman in order to make her lawful for the husband
36. Not protecting oneself from urine
37. Showing-off
38. Learning knowledge of the religion for the sake of this world and concealing that knowledge
39. Bertrayal of trust
40. Recounting favours
41. Denying Allah's Decree
42. Listening (to) people's private conversations
43. Carrying tales
44. Cursing
45. Breaking contracts
46. Believing in fortune-tellers and astrologers
47. A woman's bad conduct towards her husband
48. Making statues and pictures
49. Lamenting, wailing, tearing the clothing, and doing other things of this sort when an affliction befalls
50. Treating others unjustly
51. Overbearing conduct toward the wife, the servant, the weak, and animals
52. Offending one's neighbour
53. Offending and abusing Muslims
54. Offending people and having an arrogant attitude toward them
55. Trailing one's garment in pride
56. Men's wearing silk and gold
57. A slave's running away from his master
58. Slaughtering an animal which has been dedicated to anyone other than Allah
59. To knowingly ascribe one's paternity to a father other than one's own
60. Arguing and disputing violently
61. Witholding excess water
62. Giving short weight or measure
63. Feeling secure from Allah's Plan
64. Offending Allah's righteous friends
65. Not praying in congregation but praying alone without an excuse
66. Persistently missing Friday Prayers without any excuse
67. Unsurping the rights of the heir through bequests
68. Deceiving and plotting evil
69. Spying for the enemy of the Muslims
70. Cursing or insulting any of the Companiions of Allah's Messenger
Jika dulu dlm PAS, menuduh org lain kafir, itu biar dia bagi alasan dgn Allah sendiri nanti.
DeleteJgn kita lebih2 nak tunjuk hero nak menjawab dpn Allah kelak.
Anon 6.51 kerana jadi penyokong Tun M dan tak sokong PAS kamu tuduh orang itu gadai akidah ,ini islam atau isle apa yang kamu pakai ini ,dah nak dekat ajaran ayah pin ini bawa bertaubat la.
DeleteSyaitan sedang berpesta.....
DeleteSi Jahil mencaci nista,
Si Alim berkata dusta,
Demi kuasa dan tamak harta,
Nafsu dan emosi bermaharalela.
Astafirullahalazim. Saya faham saudara marah tapi jgn ikut rentak eddie ah wang tu ya saudara.
ReplyDeleteDalam banyak pekara kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi banyak yang bercanggah dengan agenda perjuangan parti PAS. Cakap tak serupa bikin. Tidak konsisten. Sekejap kata nak jadi penasihat, kejap kata PAS berpolitik bukan nak berebut kuasa, biar PAS kalah asalkan dapat keredhaan Allah. Kata berbelit seperti serban dikepala.....
ReplyDeletePandangan Tun Mahathir bahawa PAS akan beri kemenangan percuma pada calon BN ada asas dan lojik jika berpegang pada kata-kata Hadi Awang.
Oleh kerana itu pemimpin PH perlu se kata dalam memberi peluang pada parti tertentu meletakkan calon menentang PAS Dan BN. Jangan jadi kan peristiwa Sarawak diulang lagi dalam pilihanraya di Sg. besar dan Kuala Kangsar. Nanti orang kata....bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.....
Apa yg kamu tahu mengenai perjuangan Pas?.Sepanjang yg aku tahu ,sekarang lah Pasx sudaah kembali kepada perjuangan asal mereka,bukan pengejar kuasa yg bersedia bersubahat dgn musuh Islam seperti DAP dan puak liberal seperti PKR.Jauh sekali bersama Mahahtir yg sentisa memusuhi ulamak Pas.
DeleteMinta maaf PAST, tak ada undi untuk kamu walaupun kau lawan umno... sebab PAST tidak boleh dipercayai.
DeleteHaha... yup, PAST. PAS no more. Jgn harap lah aku nak undi PAST lg selagi peel mcm barua UMNO.
DeleteTahniah Tn. Budin. At last, ada juga yg faham geometry. Pusing 180 darjah. Bkn 360.
Anon 6.54 kalau eddy awang boleh sedondon dengan najib perasuah no 1 negara kira lagi teruk la dari PAS dulu.Tun M dia memusuhi pemimpin PAS ,bukan ulama kerana maana ada ulama kalau nak main muslihat politik ini politik dunia bro banyak kotor.kamu kena faham la matlamat tidak kenal cara walaupun jual agama.
DeleteX payah joint ph, nanti kena kencing dgn dap babi tu. DAP Xkan setuju pas dgn hudud. Siap warning langkah mayat aku dulu, kata dap. Tapi PAN masih xfaham.
ReplyDeletePercaya kat Hadi Lebai Malang, kompom kena kencing.
DeleteKalau biarkan PAS letak calon, pasti dia akan bagi calon Bugis menang.
Teragak-agak pasti kalah. Buat sahaja keputusan PAS=UMNO, UMNO=PAS, ada peluang cerah untuk menang. Jangan lupa undi Cina dekat 30% PAS tak akan dapat kalau PH tak sokong.
...UMPAS
DeletePerhaps the discussion on the by elections should focus more on the voters of KK and Sungai Besar instead of time and again on the political parties to enter the by elections? The voters need to be made to understand that they are in the process of making decision that is bigger - much, much bigger - than who to represent them in the Parliament. And their mistake in voting would also mean that they like the rest of Malaysians would have to face more financial and non financial burdens in the coming two years plus!
ReplyDeleteDah la kat Sarawak PKR vs DAP , lagi nak masuk Pas dalam P Harapan ? senang cerita biar je la Pas dengan perjuangan dia, nak masuk PH kalau ngam takpe takut bertambah rumit.
ReplyDeletepas nak jadi penasihat jer. dah tak mahu bercita2 tinggi untuk perintah negara, mungkin dah sedar kemampuan diri dan kesukaran untuk menegakkan apa yang diperjuangkan selama ini. dari perlembagaan Islam dah tukar jadi negara kebajikan. hanya ustaz2 pas masih lagi dok beri maklumat salah semasa memberi ceramah agama politik. jika jadi penasihat, pas mungkin kurang stress bila jumpa pengikutnya kerana beban untuk melaksanakan apa yang dijanji itu dialih kepada umno, sebabnya pas dah beri nasihat, tapi umno tak mahu ikut.
ReplyDeletePAS is PAST
ReplyDeleteJangan kata HADI AWANG sgb HAIaWANG
Jangan panggil Ya Hadi dgn YAHADI
Jangan panggil YDP Tganu dgn SEtTIPU
Jangan panggil TONTOWI dgn nama TONTON V
Jangan panggil NASARUDIN dgn Nak Soru Den (dedak)
Jangan panggil RAZMAN dgn cRAZyMAN
dan banyak lagii sebab deme ni ulama'
Jangan marahkan hamba sebab dah pesan jatuh panggil mcm tu... hahahahaaaaa
ha,ha,ha,.Yg sebenar nya Mahathir is Past.
DeleteHidup Mahathirism!!!
DeleteAkhir zaman.fitnah berleluasa.sanggupkah kita mengadap ALLAH dengan fitnah yang kita buat wahai saudara.menabur fitnah itu sangat besar dosanya...jika apa yang ditulis tidak benar alangkah malangnya nasib di akhirat nanti
ReplyDeleteYe la tu...kalu holamak pas buat fitnah kamu kata itu tazkirah.
DeleteKalu org yg bukan pas tegur dan kritik holamak pas kamu kata org yg menegur itu fitnah dan melawan ulamak...!!
Maknanya hanya holamak pas dan ahli pas sajalah yg ada lesen utk fitnah dan memaki hamun sesiapa sahaja yg mereka suka...
Buat malu je ada perkataan islam pada parti mereng mcm pas ni! Puiii...
Mana hudud?? Kenapa tk bunyi dah sekarang?!
Apa fitnah ulamak pas?
Delete...pil kuda, barua, broker. Berbukti tiada. Tak gitu
DeleteLogiknya senang, PAS sekarang Pro-UMNO bukan Pro-Pakatan jadi hilang hak moral sebagai pembankang UMNO mintak seat wakili Pakatan lawan UMNO.
ReplyDeleteDemi istiqamah perjuangan melawan UMNO, Pakatan mesti meletak calonnya sendiri tak kira apa PAS nak buat. Ini adalah petanda benchmark PRU14 akan datang biar jadi pengajaran kpd semua.
Takdirnya 3 penjuru, kemenangan moral yalah Pakatan kerana PAS kerugian bargain politik kerana menidak keuntungan politik sesiapa termasuk diri sendiri, neither here nor there.. PAS sendiri mesti declare join UMNO atau Pakatan.
Setidaknya moral pengajaran kepada Hadi, Haron dan kaki siku lutut semua bagaimana nak jadi Penasihat Kanan UMNO yalah bergabung dgn UMNO.
Pendokong deklaradi rakyat termasuk Dr. M mesti berkempen untuk Pakatan kerana PAS akan pertahankan Najib Dan UMNO.
PRK di Selangor dan Perak adalah medan pertembungan Tun M dan DSN. BN dan PAS agak sukar utk mengenengahkan strategi kempen mereka, melainkan Tun M yang bakal menjadi tumpuan ramai semasa kempen.
ReplyDeletePuak2 ni bukan xtau halal haram dosa pahala bila nk tulis benda yg x pasti...tp sngaja butakan hati seolah2 setiap tulisan dpt puaskn hati kepentingan masing2...selagi blh tulis...tulislh...x siapa larang...aku hnya berpesan2 pd kebenaran...sejahil2 aku pun xpnh muktamadkn dan sebarkn ssuatu yg xpasti sbb takutkn azab yg pedih dariNya...Nauzubillah
ReplyDeletePAS minta AMANAH cermin diri sebelum tanding
ReplyDeleteBernama
Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.
"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.
"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.
Razman menegaskan PAS tidak sama sekali akan memberi laluan percuma kepada Amanah untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu agar ia berbuat demikian.
...pas kan penasihat umno/bn. Nasihat lah umno/bn beri laluan pada pas lawan ph. Tak gitu.
Deletehadi dahagakan king dari najib...dahulu dia kemaruk king dari anwar.. cari makan maa
ReplyDeleteAmanat Hadi Awang (1981):
Delete"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’."
- - -
Kaum munafik apabila dia bercakap ia bohong; apabila dia berjanji ia mungkir janji; apabila dia di beri amanah atas sesuatu ia akan khianatinya; dan apabila dia berlainan pandangan ia mahu berselisih buruk.
Anon 8.53 ini lah kata kata Hj Eddy yang diambil sebagai fatwa oleh penyokong PAS sehinnga umat islam berpecah sehingga kini ,dosa besar memecah silaturahim sesama umat ,tapi kini beliau sendiri sedondon dengan perasuah no 1 negara iaitu presiden umno yang parti ini dikafirkan dulu .Ini yang dikatakan politk jadi mana ada ulama dalam PAS cuma ahli politik saja.
DeleteAnon 8.53 ini lah kata kata Hj Eddy yang diambil sebagai fatwa oleh penyokong PAS sehinnga umat islam berpecah sehingga kini ,dosa besar memecah silaturahim sesama umat ,tapi kini beliau sendiri sedondon dengan perasuah no 1 negara iaitu presiden umno yang parti ini dikafirkan dulu .Ini yang dikatakan politk jadi mana ada ulama dalam PAS cuma ahli politik saja.
DeletePas, parti haramjadah..
ReplyDeleterasa klakor bila baca TUNG M kate PAS tarik diri saat akhir dan PEONG pulok jenis makang meh jadi tulislah asalkan org baca dan dosa pahala kediang kira ..tanggunglah mu kalu yg mu tulis tu fitnah
ReplyDeleteTk abis2 nk kata org lain fitnah! Pil kuda...komunis...barua...broker...anjing...babi yg keluar dari mulut TUAN HJ GUNDU PRESIDENG tu hapa??? Fatwa utk ikutan kamu sbg walaun kambing ka...?? Kaa...??
DeleteWalaun2 PAS yang menyemak dalam blog ni semuanya spesis babi. Kalau Tn Presiden mereka yang fitnah dan maki hamun pihak atau parti lain maka itu halal toyiban dan harus bagi mereka tapi kalau Tn Presiden yang kena dikatakan fitnah dan tak takut azab neraka. Woi walaun otak babi.....kamu selawatlah setiap saat ke atas Nabi kamu si olamak donia Adi Awe tu kalau kamu terlalu yakin dan wala bahawa dia akan bawa kamu ke syorga. Bodoh walaun memang di tahap langit ke-7.
ReplyDeleteDin, aku memang tak percaya langsong hadi and haroon din nie, tuan ibrahim lebih effective. hadi nie nama saja tok guru,tapi bahalolnya macam lembu. dia seronok najib pie tenok dia kat wad bila dia msk hospital. memamg jng percaya dng 2 ekoq pemimpin pas nie. lebih baik kita ada backup plan letak PH kat dua dua location so kalau pas bodoh nak tarik diri pun at east still ada chance utk jatuhkan najib harami and laknatullah and semua menteri kabinet 1 mdb, MT andsemua ketua cawangan umno yg dok sokong perasuah and musibat no 1 dalam dunia which is NAJIB HARAMI. depa akan tau tak lama lagi langit tinggi ka rendah ka.
ReplyDeleteAku penyokong tegar Pas dan sentisa patuh kepada firasat ulamak.Minta di jauhkan darimenjadi penyokong individu yg sentiasa memikirkan kuasa,bersifat hasad dan dengki,merasa dirinya sentiasa betul dan mahu terus berkuasa.Aku hanya akan bersedia melupakan Pas ,jika orang begini yg memimpin Pas.
ReplyDeletePASt SUDAH MACAM ADIK-BERADIK DGN UMNO.
ReplyDeletePASt boleh kasi tau sama UMNO jangan kacau daun.
Pilihanraya kecil ini adalah pertembungan di antara rakyat dgn najib.
ReplyDeleteBiarlah pertandingan 3 penjuru sekali pun umno+pas tetap kalah jika Tun turun dan Rafidah Aziz pun turun membantu kempen.
Rakyat mesti diberi kefahaman kita nak tamatkan pemerintahan kuku besi najib.
Pandanganan aku, rakyat+pkr+amanah+dap mampu menumbangkan najib di 2 kawasan ini.
Pas dah haru biru perangai yg ditunjuk hj hadi termasuk pembodek president , kini tidak kenal perjuangan asal untuk menjatuhkan pemerintah bangang menyusahkan rakyat. Ahli dan pengikut sedang memerhati tingkah laku pemimpin mereka, beberapa ucapan pemimpin semakin menampakkan kebengongan dan kebodohan konon nak jadi penasihat pada pemimpin negara yg semakin tidak disukai ramai. Pas dah kehilangan kepercayaan pengikut mungkin akan berkubur selepas PRu14 dan balik pada zaman 60han
ReplyDeleteInilah matlamat sebenar penulisan..sudah capai climaxnya..tunggu bala saja turun.
ReplyDeleteTk de lain perangai Hadi klau dibandingkan dgn perkasa dan extremist umno yg selalau menggunakan perkataan 'babi' kalau merujuk kpd DAP dan org cina.
ReplyDeleteKlau di kutuk perbuatan tu olih Allah, mati pun Allah bleh jadikan mcm babi jugak. Babi jugak maklokh ciptaan Allah..Hadi oiiiiiii...
Kenyataan Mhdir mengenai Hadi memalukan umat islam yg berpegang kpd perintah Allah. Hadi menurut Mhdir ada lah penyokong kaki rasuah Najib.
...duit musuk account tak masuk akal.
DeleteDah mengenali pemimpin dan parti ini maka pkr dap dan amanah jgn berdiam diri lawan tetap lawan jika tidak bn dan umno akan menang percuma cash boleh beli semua org dan parti
ReplyDeleteDah mengenali pemimpin dan parti ini maka pkr dap dan amanah jgn berdiam diri lawan tetap lawan jika tidak bn dan umno akan menang percuma cash boleh beli semua org dan parti
ReplyDeleteYg komen dalam ni semua kena tipu ngan budin..dia org umno..dulu kini dan selamanya..cuma dia marah kat najib..senyum la dia geng pembangkang dok gaduh..dia kuat cucuk..ada dlm blog ni dia isytihar dia sokong pembangkang ambil alih malaysia..tak dak pun...dia org umno..mak pak dia umno..geng makan dedak..apa yg boleh diharap..nak tukar pm pun tak boleh
ReplyDelete...rerata di sini sokong kebenaran.
DeletePimpinan PAS hari ini adalah para penyokong Regim Najib yang mengaku mereka pembangkang
ReplyDeletehttp://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2016/05/menguji-pakatan-harapan.html?m=1
PAS IS PAST.....u ada faham!!!!!
ReplyDeleteLu mau lawan, lawan lah TAPI jangan nak suruh orang lain bagi lu jalan.....JALAN DAH!!!!
Si Badi (ooops gua cakap Badi ke?) ni masih berhajatkan jawatan besar. Tapi tengoklah...nawaitu ada betul ke? Kesian ahli PAS (terkena tempias ptuiiiii kot?) sampai sekarang tidak tahu mana kedudukan mereka.
ReplyDeleteHudud adalah political mileage Haji Abd Hadi Awang. Selepas gagal mempertahankan Kedah berpunca dari masalah dalaman dan gagal menawan Terengganu negeri kelahirannya pada PRU13, Hadi terpaksa melakukan sesuatu untuk menarik kembali sokongan ahli PAS yang mula berubah dan mengalih sokongan ahli UMNO yang kecewa.
ReplyDeleteHudud adalah pedang dua mata Hadi, selain untuk meraih sokongan kepada parti ia menjadi modal beliau kekal di kerusi Presiden sekaligus melemahkan pengaruh Timbalannya Haji Mohd Sabu Mohd. Hudud Hadi dibangkitkan menjelang Muktamar 2015 yang mana ada pemilihan pucuk pimpinan Pusat.
Hadi sedar Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) yang diusulkan belum tentu akan dibahaskan Dewan. Jikapon ia berjaya dibahaskan belum tentu ia akan diluluskan dan dilaksanakan kerana yang menguasai Dewan majoritinya wakil rakyat sekular-liberal. Nah ini bukti ia cuma strategi politik Hadi.
Hudud mengekalkan Hadi di kerusi Presiden. Hudud menjadi model Hadi untuk menuntut kerusi MB Terengganu. Namun setelah berpisah dengan PR, peluang beliau menjadi MB sangat tipis. Barangkali terpaksa melepaskan kerusi Presiden, itupon jika beliau sadar dan faham gelombang yang berlaku di peringkat akar umbi
Sabu dah zina, Spender Ali dah juga, Anwar dah liwat. Maka bila Hadi mahu jatuhkan siksaan hudud atas mereka yang berdosa besar itu?
DeleteDemi masa, manusia ada dalam Kerugian.
Kecuali mereka yang Benar Beriman dan Beramal Salih;
Dan saling membicarakan Hakikat dan saling menasihati Kesabaran.
(surah Al-Asr)
...anon1140, bersaksi tiada.
DeleteSaya rasa kalu di biarkan Pas bertanding melawan BN di kedua-dua PRK ini alamatlah mereka akan hanya main baling-baling bantal je lah,atau pun bertinju macam seniman bujang lapok sampai beratus ratus pusingan pun tiada tumbukan dilepaskan..akhirnya dua-dua isytihar menang.
ReplyDeletekadang2 manusia Melayu ini bila dah termakan budi maka segala2nya akan tergadai.Inilah sebabnya terjadi satu U turn yang tidak disangka2 oleh semua orang diambil oleh ketua yang dulunya boleh mengeluarkan fatwa mengutuk habis UMNO.Benarlah apa yang dikatakan oleh (hadis) Rasullah SAW yang bermaksud "Apabila sesaorang Muslim keluar dari sembayang tetapi maseh lagi melakukan kemungkaran,maka orang ini tidak sembayang lagi".Kemungkinan akhir2 zaman bermacam2 pekara akan timbul bagi menunjukan kebenaran yang Maha pencipta.
ReplyDeleteShahbuddin. Banyak awak dapat saham sebab sebarkan fitnah daripada Malaun mahathir mengenai Pas. Dalam sejarah pilihanraya, TIDAK pernah sekali pun berlaku di mana calon Pas tarik diri beri laluan kepada calon Umno. Yang kerap buat begitu adalah calon2 PKR dan DAP, lihat sahaja peristiwa kejatuhan kerajaan pakatan Perak. Jadi kamu menjadi penyambung tohmahan tak berasas Mahathir yang menzahirkan banyak tukang2 komen karut berlagak lebih daripad orang kafir. Kepada Barua2 PAN dan DAP, yang menghemburkan komen2 keji terhadap Tuan Guru Hj Awang dan Pas, sedar atau tidak kamu telah menunjukkan sikap BARUA kamu, hingga sanggup menghina dan mengeji. Tak tahulah kalau kamu bukan lagi beragama islam sebab perkataan kamu menggambarkan kamu lebih kafir daripada kafir.
ReplyDelete