Monday 16 May 2016

JAWAPAN TAMBAH PENING DARIPADA MENTERI ARAB SAUDI


Putera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu.

Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.

"Ini isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sebagai analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma  dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas?

Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya?

Cuma perlu katakan ya atau tidak saja.

Kenapa menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia?

Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma?

Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta. 

Pening lagi Najib dibuatnya....(SH 16/05/2016).

27 comments:

  1. Tuan shah da makan ubat pening sya siap makan ubat tpi masih pening tak tau yg baca lpas ni mgkn telan 2.3 biji cuba baca dulu

    ReplyDelete
  2. Personalannya SIAPA adek beradek dia yg bagi derma itu. Wujud ke orang itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kah gerangan si perderma itu?

      Iaitu Putera Majed bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang gemar khadam2 lelaki melancapkan nya dan kentut dimuka nya..

      "When they did finally encounter the prince again, he was, say the women, being masturbated by another man who was 'stroking his penis'. But when they attempted to leave the room, the 29-year-old spotted them and ordered them to stay and watch.

      The first woman was also ordered to stop and watch as a different aide passed wind in Al Saud's face - again after stumbling upon the prince and his retainers in a room at the mansion, the documents say."

      http://www.dailymail.co.uk/news/article-3281354/I-prince-want-Saudi-royal-Prince-Majed-bin-Abdullah-bin-Abdulaziz-Al-Saud-accused-cocaine-fueled-rage-threatened-kill-Los-Angeles-mansion-staff-watched-pleasured-male-aide.html#ixzz48pNv9Wzw

      Delete
  3. Budin,
    Beberapa bulan lepas menteri luar arab saudi kata derma najib ini dia sah berpandu kepada kenyataan AG dan bukan atas kepasiti kerajaan Saudi yang sah tapi riuh kaki ampu najib bagi tahu itu kenyataan mengesahkan punya bahalol ,Sekarang satu lagi menteri arab saudi malah putera sah raja arab saudi pula tu boleh komen tak tahu langsung dan ini isu dan masalah malaysia ,sah kenyataan ini buat kaki ampu najib ternganga dan bengong sekejap.

    Percaya la najis najib ini satu hari nanti akan terbongkar kesemuanya ,semalam menurut anak tiri najib dah bagi pengakuan kepada pihak yang menyiasat di US bahawa wang yang diterima sebanyak US 150(RM 550 juta) juta adalah wang dari 1MDB tapi dia kona kata satu pinjaman dari 1MDB ,tengok betapa bahalolnya anak najib ,1MDB itu syarikat kerajaan macam mana kamu dengan mudah boleh terima loan kemudiaan menurut artikel 117 M@A 1MDB najib yang sign elok la tu dia luluskan wang ini untuk dipijam oleh anak tiri ini dah jadi "conflict of interest" dan tindakan "Breach of Trust". kemudian sekarang 1MDB dah kantoi tak boleh bayar hutang dah bukti yang si anak tiri mana ada guna sebagai hutang ini dah sapu ,Dan perniagaan Red granite ini pun dah terhenti tapi bangalow mewah dan kondo masih dok guna ini bukan berniaga produktif ini pun macam 1MDB jenis joli dan sapu duit . sudah la Najib dan Rosmah insaf la tolong la berambus tak ada faedah pun pada negara .

    ReplyDelete
  4. Camna lak Mat Jib nak tepis..???

    ReplyDelete
  5. Apa dah jadi dengan berita ni...

    Published on 10 May 2016 "Dana RM2.6 billion sumbangan politik Kerajaan Arab Saudi"

    Dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak menyalahi undang-undang di negara ini.

    Malah, Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ketika beliau ingin memperkenalkan kod sumbangan dana politik di Parlimen, ia ditolak pihak pembangkang.
    Wawancara tu di tv1 pada 10/5/2106 dan berita di atas tu dipetik dari tv3.
    https://www.youtube.com/watch?v=-jqz3ts32Ls&feature=youtu.be&a

    MyKMU pulak bagitau: RM2.6b diberi bagi menyokong pertumbuhan Malaysia : Putera Arab Saudi
    http://www.mykmu.net/2016/05/rm2-6b-diberi-bagi-menyokong-pertumbuhan-malaysia-putera-arab-saudi/

    Maam mana agaknya ahli UMNO nak hadam semua ni... Agaknya lebih senang tunduk dan angguk saja. Ada orang tabur dedak... jilattttttttttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ditanya jawapan bukan pada soalan ,Kod apa benda kamu najib tak yah susah sahkan akaun penderma dan suruh penderma tampil buat pengesahan setakat cakap dan surat back dated takyah la ,kemudian tak yah cerita kona dan menipu.

      Duit derma menyokong pentumbuhan malaysia ,pertumbuhan apa kebenda kalau boleh bagi tau najib guna ikut suka dia ,kemudian joli beli sana sini banyak dekat luar negara, yang pelik kalau dah galak nak pertumbuhan malaysia kenapa boleh kata bagi balik apa punya cilaka punya nak tipu.
      sebenar nya mereka ini semua layan rakyat malaysia macam khinzir dan beruk yang buta dan pekak .Apa masih tak faham dan buta hati kalau tak faham lebih bagus lagi jadi Paria.

      Delete
  6. MISSION IMPOSIBLE, KALAU BOLEH CERITA KISAH IMDB INI DI BERI KEPADA TOM CRUISE.

    ReplyDelete
  7. Budin,
    Beberapa bulan lepas menteri luar arab saudi kata derma najib ini dia sah berpandu kepada kenyataan AG dan bukan atas kepasiti kerajaan Saudi yang sah tapi riuh kaki ampu najib bagi tahu itu kenyataan mengesahkan punya bahalol ,Sekarang satu lagi menteri arab saudi malah putera sah raja arab saudi pula tu boleh komen tak tahu langsung dan ini isu dan masalah malaysia ,sah kenyataan ini buat kaki ampu najib ternganga dan bengong sekejap.

    Percaya la najis najib ini satu hari nanti akan terbongkar kesemuanya ,semalam menurut anak tiri najib dah bagi pengakuan kepada pihak yang menyiasat di US bahawa wang yang diterima sebanyak US 150(RM 550 juta) juta adalah wang dari 1MDB tapi dia kona kata satu pinjaman dari 1MDB ,tengok betapa bahalolnya anak najib ,1MDB itu syarikat kerajaan macam mana kamu dengan mudah boleh terima loan kemudiaan menurut artikel 117 M@A 1MDB najib yang sign elok la tu dia luluskan wang ini untuk dipijam oleh anak tiri ini dah jadi "conflict of interest" dan tindakan "Breach of Trust". kemudian sekarang 1MDB dah kantoi tak boleh bayar hutang dah bukti yang si anak tiri mana ada guna sebagai hutang ini dah sapu ,Dan perniagaan Red granite ini pun dah terhenti tapi bangalow mewah dan kondo masih dok guna ini bukan berniaga produktif ini pun macam 1MDB jenis joli dan sapu duit . sudah la Najib dan Rosmah insaf la tolong la berambus tak ada faedah pun pada negara .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai senang en Roslan minta jib dan kak mah berambus,bagaimana pula duit yang hilang 2.6bilion dan skandal yang lain,mereka berdua harus membersihkan nama terlebih dahulu sblm mereka menetap di Kazakhtan.

      Delete
    2. Anon 23.13
      Berambus tu yang saya faham ,berambus dari jadi PM kemudian baru senang kita buat pendakwaan keatas Najib Rosmah kalau tidak payah sikit.

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya nak bongkar miss wee bole����

      Delete
    2. Tuan Shah.....miss vee ni guna topik semasa untuk tarik perhatian orang buka website bisnes dia. Setiap article posting dia masuk.

      Tolong pantau your blog from people taking advantage bro.

      Delete
  9. cepat Mah tolong abang
    abg pitam gelap pandang
    harap Mah tak meradang
    arab sudah pecah lubang..

    memang pedas rasa lada
    pokok lada cukup baja
    masa itu nazri ada
    kenapa dia diam aje?

    suruh resign bertalu talu
    jadi pee Emm masih mahu
    nazri diam sebab malu
    satu dunia sudah tahu...


    ReplyDelete
  10. Nazri mengkalu dia jawab memang mintak kena "sembelih hidup2" la dia dek reporter2 oversea tu.

    Dia cerdik sikit la dari mat maslan.

    ReplyDelete
  11. tara ku cha cha17 May 2016 at 03:31

    Apa kah yang menggerakkan S.Samsuddin dalam satu adegan (yang telah dipotong daripada tontonan umum) dalam filem P.Ramlee "Pendekar Bujang Lapok" pada tahun-tahun 60an itu di mana beliau menjawab kemusykilan yang dibangkitkan P.Ramlee bahawa rentetan huruf-huruf jawi alif-mim-nun-wau itu adalah ejaan bagi perkataan SARKAS?

    Bagaimana kah S.Samduddin pada masa itu mendapat firasat bahawa adegan-adegan SARKAS akan dilakunkan oleh UMNO lagi hingga 50 tahun kemudian seperti sekarang?

    ReplyDelete
  12. Bangsa arab la antara yang paling kedekut...sapa2 pernah deal dgn individu/sykt arab akan tau macam mana perangai orang arab, bayar minimum, service nak 1st class. Orang arab hanya jadi pemurah semata2 nak menunjuk2. Macam mana najib boleh dpt 2.6 billion tanpa hebahan pendermanya pun aku tak tau. Mmg mustahil..bak kata Tun M, masa zaman dia jd PM, jgn harap nak dpt derma 1 sen pun dr arab walaupun bg tujuan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar. Mana2 orang Arab pum mmg kedekut, service nak 1st class tapi bayaran nak yg paling minimal!!!

      Delete
    2. Arab adalah unta....

      Delete
  13. zaman aku bawa teksi bermeter dulu aku cukup menyampah dgn arab.
    Bini dia pakai purdah hitam, mata pun tak nampak. Laki dia pula pakai seluar pendik nampak paha.
    Nak bayar tambang teksi cukup punya susah siap tawar menawar lagi sedangkan aku pakai meter.Baik orang Malaysia ni lagi ada juga budi bahasa setakat baki seringgit dua tu dia kira sedekah saja.Kalau arab sen sen pun dia minta balik.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Nazri kerana bawa His Excellency Putera Sultan Abdulaziz, Menteri Pelancongan dan juga anakanda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, ke tanah Malaysia!

    Antara kata2nya di sidang akhbar bersama Nazri itu... "Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it ..." (Bukan nak komen mengenai isu berkaitan Malaysia ini ( isu derma ) kerana kita memang tidak tahu apa2 dan tidak mahu terlibat ...) Ayat ni yg paling mahal...
    https://www.youtube.com/watch?v=6lM4C-SFtY4&feature=youtu.be

    Dia anggota Kerajaan Arab Saudi dan dia juga kerabat diraja Arab Saudi yang tak tahu menahu tentang derma dana sedekah 2.6b itu. Ermmm… Ada Arab Saudi BVI ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Arab Saudi BVI ke?

      Maksud aku ada Jho Low buat Kerajaan Arab Saudi BVI ke?

      Delete
  15. Kalaulah manusia itu hidup dikelilingi dengan rasuah makan duit haram sampai bila2 pun ia akan buat benda yg sama merompak menyamun dan rasuah bak kata pepatah alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete
  16. Trending di Malaysia sekarang... Dari Perdana Menteri hingga ke Pencuci Longkang semuanya bergelumang dgn rasuah.

    Jangan lepaskan peluang berlalu. Mintalah derma ikhlas dari sesiapa saja yg anda boleh minta... Itu semua amalan biasa...

    #ILuvMalaysia

    ReplyDelete
  17. Sepatutnya Zahid Komidi turut serta dalam rombongan Nazri supaya senang nak mencelah yang dia dah bertemu dengan putera penderma tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...