Sunday 15 May 2016

BERITA BURUK DARI SINGAPURA


Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib? (SH 15/05/2016).

26 comments:

  1. Tudia.. lps ni sumer tanah Johor akan dizakatkan kpd Singapore. Sbb depa negara kecil dan miskin.

    Mcm aruah 3 ABDUL (Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak dan Abdul??) bagi zakat la. Bapa borek, anak rintik.

    Seniwati Sarimah apa khabar? Mujur x jadi aruah mcm Altantuya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkai gajah walau macam mana ditutup pun tetap akan terhidu jugak.
      Rakyat cuba DIPERBODOHKAN.
      Bagi yg nak MENGUNDI 2 PRK tu tolonglah BERINGAT sikit.

      Dlm Malaysiakini melaporkan TUN M sarankan ONE-TO-ONE FIGHTS TO BEAT BN (SATU-LAWAN-SATU).

      Delete
  2. 1) buat baik berpada pada
    buat jahat jangan sekali
    terasa pedas terkena lada
    makin terbuka mana nak lari?

    2) tnggi tinggi si matahari
    anak kerbau mati tertambat
    boleh ditutup di dalam negeri
    dedah diluar apa nak buat?

    3) pulau pandan jauh ketengah
    gunung daik bercabang tiga
    dalam negara boleh lah lengah
    negara luar teruskan juga

    4) sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu
    pemimpin negara jadi harapan
    jika khianat rakyat kan tahu

    5) buah cempedak diluar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    pencacai dedak cakap bergegar
    jadi trooper si mat maslan

    6) aduhai rakyat Malaysia tercinta
    apalah malang nasibnya kita
    setiap hari dunia mengata
    negara kita terus dicerca..






    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pasar singgah dikedai
      membeli barangan pesanan Pak Akub

      Tiada apa yang dapat dilerai
      di Malaysia semua jalan sudah ditutup.


      Delete
  3. Bro Din macam mana ada kes di Maksysia.
    1. SPRM sepatutnya menyiasat tapi bila di siasat oleh Kebab terus berhenti menyiasat dan cuma pandai membuat sembahyang hajat.
    2.AG bukan tidak tau jalankan tugas cuma tiada tugas sebab najib cakap tidak tahu duit masuk di dalam akaun dia.
    3. Ketua polis negara cakap ada kes dan akan disiasat satu persatu tetapi belum sampai giliran najib lagi cuma yang mendedahkan didahulukan.
    4.Ketua PAC bukan sengaja memadam tetapi terpadam beberapa perengan lapuran PAC kerana sibuk cari makan.
    5.Lembaga hasil dalam negeri terlalu sibuk dengan tugas mencukai rakyat biasa jadi giliran mencukai 2.6 billion belum sampai lagi bukan tidak mau
    6. Menteri menteri dedak pun sama banyak tengkorak di dalam almari jadi tiada kes cuma yang ada, kes bapa borek anak pun rintik.
    7.Rosmah cakap bukan ada kes cuma dugaan dari Allah. Macam cerita wayang P Ramlee. dugaan-dugaan.
    8. Lawyer Hafarizam cakap najib tidak perlu tau apa yang dia sain. Jadi kalau sain buta tuli maka najib tidak tau tidak bersalah lah maknanya. Maklumkah Lawyer burok.
    9. Yang bersalah sudah lari tinggal Kekanda kelentong dan yang bersekongkong.
    10.Point yang terakhir dan yang paling penting iaitu keputusan secara umum pun bertukar daripada ada kes kepada tiada kes sebab baru terima BRIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum munafikin akan di lempar ke dalam lapisan neraka terbawah. Si munafik, apabila dia cakap dia bohong; apabila dia berjanji, dia tidak tunai; apabila dia di amanahkan sesuatu dia akan khianatinya.

      Delete
    2. sprm pdrm peguam negara hakim bank negara dan pac. mereka semua sedar dan tahu najib telah melakukan satu kesalahan iaitu mencuri duit negara.
      tapi malang nye semua badan kerajaan d bawah arahan najib sebagai pm.
      persoalan nye sekarang tidak ada srorang yg berani bersuara. mereka takut d pecat dan masing2 mahu menjaga periok nasi mereka. hanya tdm sahaja yg berani bertindak ke atas najib dan d sokongi semua lapisan rakyat malaysia.
      NAJIB AKAN KECUNDANG. ITU PASTI.
      bila kita pilih pm baru. semua menteri dan pegawai kerajaan atasan yg tidak mempunyai integriti semasa pemerintahan harus d hentikan dari jawatam masing2. kalau ada kes terhadap mereka ambil tindakan kerana melindungi pencuri negara..

      Delete
    3. 07:18...sebenar nye kami takut...takut masuk dlm tong dan d isi simen. kami risau keluarga kami dan kami juga takut miss shoooruuuu....najib dan rosmah sgt berkuasa...tolong lah kami. kami tersepit..

      Delete
    4. 0724, dah tahu tersepit, tapi masih kuat merembat jugak. Ya..Najib Rosma mmg berkuasa dan terlalu kuat, tapi hampir semua pekerja gomen yg hidup mewah dgn gaji dan elaun serta pangkat yg tinggi, kerjanya merembat senyap2 duit rakyat.

      Tersepit sini, tapi terus kuat merembat. Kahkahkah.. teruskan merembat..

      Delete
  4. Barua terbaru dr BNM...terus tutup kes siasatan terhadap Najib..maharaja najib rosmah.

    ReplyDelete
  5. Semoga penyamun-penyamun dan yang bersubahat ini, Allah letak mereka ini ditempat yang paling keji agar dijadikan pengajaran seperti firaun yang ditengelami laut....Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Sampai bila dia nak berkuasa? Sampai bila dia nak menganiaya amanah yg rakyat berikan? Mak cik pak cik felda mungkin masih percaya lagi kat dia. Masih segan masih sayang lagi kat dia.

    Dosa orang yg bersubahat lebih besar drp dosa orang yg membunuh. Tanyalah guru guru agama mana pun.

    Tiap2 hari marah rakyat makin membara makin benci makin meluat dgn penipuan demi penipuan yg dia dok buat.

    Dulu bolehlah dia sorok. Skrang makin hari makin terungkai dgn sendirinya.

    Makin negara Malaysia dok sorok makin negara negara lain menyiasat dan dah mula bertindak.

    Tunggu hari saja kau ni najib oiiiiiii. Makin hari makin jaranglah gigi keruak makin lonjonglah kepala nazri makin sakit pinggang saudara azalina.la ni tengku palsu dan mat mazlan pun dah bisu.







    ReplyDelete
  7. Najib telah mengesahkan tanggapan orang bukan melayu dan orang melayu baik di-Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Selatan Filipina dan Indonesia...yg mereka tidak boleh di-beri kepercayaan menerajui tampok pimpinan negara.

    Terbukti Islam tidak dapat menerapkan nilai suci ke-dalam
    jiwa nurani pemimpin melayu. Tidak amanah,ikhlas,jujur dalam kepimpinan. Memang benar belaka apa yg di-katakan
    Tun bahwa dia telah GAGAL mengubah pemikiran umat melayu.

    Yang menjadi ketakutan sekarang adalah jangan ada malapetaka yang berlaku oleh sebab perbuatan mungkar yg di-lakukan oleh pemimpin. Semua orang akan merasai nya.



    ReplyDelete
  8. Yang anehnya tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh SRC Intrrnational pasal this latest episode. Syarikat ni hidup lagi ke tak? ke dah tutup kedai? Macam manalah orang tak buat spekulasi kalau dah macam ni gayanya. Satu statement pun tak keluar. Diam membisu. Kalau berita tu tak benar jawablah tak benar untuk mempertahankan reputasi syarikat. Ni tak diam memanjang.
    SRC ni merupakan anak syarikat bawah MOF. MOF tak nak keluarkan apa-apa statement ke? Untuk mengiyakan atau menidakkan berita dari Singapura tu.
    Brother Dr. Irwan Serigar tak ada sebarang komen ke?

    ReplyDelete
  9. Depa dah kena sindrom BISU.

    ReplyDelete
  10. Orang kapir nak jatuhkan Ketuanan Melayu, kapir makan babi, Tak boleh percaya.... Kah Kah Kah... Tergolek Dog....

    ReplyDelete
  11. Kalau majlis raja dan agung peka. Dengar rakyat. Pecat najib. Batal GST. siasat najib sekeluarga. Kroni nsjib. Siasat semua skandal guna naklumat luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis raya tau apa? Mentekendarah duit.. mmg lajuuu ja depa tala tiap2 hari

      Delete
  12. Serigar makan duit jugak

    ReplyDelete
  13. BERSALAH KE NAJIB.? Atau NIK FAIZAL?,Yang BERBELANJA SAKAN SIAPA?....Yg MALU SIAPA?..MARUAH NEGARA ATU RAKYAT YG TERCEMAR?...Bagaimana pula MARUAH RAJA RAJA DAN MACAI NACAI?..TAPI NAJIB SELAMBA Je kan.

    ReplyDelete
  14. Inilah dia manusia yg terlibat dgn 1mdb itu adalah manusia yg bertopengkan binatang dan sytan dan tidak tahu halal dan haram mungkin didunia lepas tetapi diakhirat nanti terimalah pemvalasannya

    ReplyDelete
  15. Inilah dia manusia yg terlibat dgn 1mdb itu adalah manusia yg bertopengkan binatang dan sytan dan tidak tahu halal dan haram mungkin didunia lepas tetapi diakhirat nanti terimalah pemvalasannya

    ReplyDelete
  16. Pesalah dan semua penyokong, pelindung danpembelanya adalah penjenayah negara. Mereka sewajarnya disingkirkan dpd persada pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  17. Allah yang maha kuasa..

    ReplyDelete
  18. Aku tak kisah semuanya itu, dah muak.
    Aku sama dengan Raja-Raja dan Sultan-Sultan
    mahu kes 1MDB diselesai secepat mungkin.
    Selagi tak selesai Malaysia segala-galanya parah.
    Intergriti dan ekonomi tak usah cakaplah, hancur.

    ReplyDelete
  19. Dulu Najib kasi free tanah kereta api tanjong pagar pada Singapore dengan harapan "pekong" dia boleh kautim tutup rapat oleh kerajaan Singapore tapi Negara Singapore berpegang pada law by law......!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...