Pada Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu.
Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.
Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.
Hari ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB.
Mengikut Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang tertentu.
"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.
Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.
Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.
Alasan penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.
Nah, lihatlah....besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya!!
Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB?
Kiranya apa yang berlaku melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga ditutup berpunca daripadanya.
Daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat Malaysia selepas ini?
Sudahlah dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak ditemui di negara kita sendiri.
Tentunya juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat pelaburan itu.
Di negara kita, siapa agaknya yang sudah mula kepanasan ketika ini? (SH 25/05/2016).
Kita tunggu dulu apa nasihat tuang amanat.Memang tidak lojik menutup bank.Ini menganggu ekonomi singapura dan bolehlah dihalang keluar negara swiss.
ReplyDeleteDulu mengikut fatwa kitab hijau;
Delete1MDB= 1MUSIBAH DEDAK BERACUN
Kini mengikut fatwa kitab biru,
1MDB=SEHATISEJIWA MAKAN DEDAK BERSAMA....
Ke guaner din???
Ini Malaysia Bang Budin, Bolehland.
DeleteTak perlu risau, semua dibawah lindungan Arasy. Sbb tu kita masih ditahap Negara Dunia Ketiga.
Najiblis dan Najibilion yg Penipu Mega pagi tadi bagi tahu Parlimen bahawa tiada penyelewengan atau pelanggaran peraturan dlm 1MDB. Begitulah bodohnya dia anggap semua Ahli Parlimen dan rakyat jelata. Blog SakmongkolAK47 dah senyap. Tunggu blog ni lenyap pulak. Najiblis.
Deletemalam tentu ada siangnya
ReplyDeletedari bulan bertukar matahari
khianat, bohong serta aniaya
makin terdedah setiap hari
di dalam rumah bagai tak apa
diluar rumah dunia mengata
pemimpin khianat begitu rupa
semakin susah rakyat jelata
hari ini dia diatas
guna kuasa tidak terbatas
pada rakyat tak punya belas
teraju negara tak nampak ikhlas..
Aku cuba jawab 2 rangkap jer,
DeleteHari nih mungkin Najib bebas
Esok lusa terima lah balas
Sg Besar letakkan PAS
DeletePasti BN akan tumpas
PAS? Apa bezanya dengan BN. Sama sama pinklah.
DeletePAS? Apa bezanya dengan BN. Sama sama pinklah.
Deleteapa bezanya pas dgn ameno..??
Deletedua2 same jer...
lgi pon pas x leh caya, nnt. dia buat u'turn abih laa...
Bukan hanya najib, peguam negara yg lepaskan najib dr sebarang tuduhan pun tak senang duduk skrg..semua pihak dlm & luar negara dah pandang serong pd AG. KPN taknak siasat ke? Jho low bila nak panggil? Pelik2..2 negara ni memang terkenal dr segi ketelusan bukan shj dr bidang perbankan..ni bukan pihak berkuasa zimbabwe atau somalia yg siasat. Sbnrnya, lg najib fikir dia bijak, lg dlm lubang dia korek utk diri sendiri. Satu masa nanti pasti dapat cukup bukti, mana najib nak bawa diri? Kazakhstan? LA? New york?
ReplyDeleteSPRM MALAYSIA....bila nak serbu 1mdb mcm serbu banglo lge.
ReplyDeleteterbaik admin.... sipendedak masih lagi sedang dilamun khayalan akibat terlalu banyak makan dedak... sehingga tak dapat merasa bala dah dekat... masih merasa aman dgn najib... bela najib macam orang hilang akal... harap ada pihak yang catitkan semau nama- pembela najib, memusuhi TUN... supaya dapat kita tengok balik muka2 barua tu nanti..
DeleteArouse Mah, usahlah kamu letak gambar Kak mah kamu tu, saya makin menyampah dan meluat nengok muka dia. Buat mendatangkan dosa je bila melihat gambir dia.
ReplyDeleterantau Nusantara
ReplyDeletetak pernah jenayah
sebesar sedunia
najib jholow beraniaya
disebabkan tindakan Datuk Khairuddin Abu Hassan telah menyebabkan sebuah bank terpaksa menanggung kerugian dan rakyat Malaysia harus berbangga dengan pencapaian sedemikian.. bala tidak akan timbul jika tidak ada pencetusnya.
ReplyDeleteSlogan bersih,cekap dan amanah bukan milik Negara Malaysia lagi sebaliknya Singapura lah yang melaksanakan nya.
ReplyDeleteMemalukan seluruh rakyat.!!
Hari2 terakhir najib akan tiba , skrg pekung 1MDB dah keluar nanah bakal menjatuhkan kerajaan umno kesan pada tidak amanah dan rakus sang najib and the gang
ReplyDeleteEh? Bila IGP nak pergi menyiasat kes2 money laundering di Singapura dan Switzerland? Kan ada berkaitan dg Malaysia?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteEh? Bila IGP nak pergi menyiasat kes2 money laundering di Singapura dan Switzerland? Kan ada berkaitan dg Malaysia?
ReplyDeletePDRM masih tercari-cari jika ada anggota atau pegawainya hingga ke peringkat IGP yg tahu mengira hingga ke angka billion. Setakat ni belum ada, jadi belum dpt siasat. Ok?
Delete
ReplyDeleteDear Admin,
Macam mana 07.46, iklan ubat kuat boleh terlepas tu?
Nak jadi macam Harakah pulak ke?
Bukankah sebagai rakyat kita tak perlu masuk campur dan memarahi peneraju 1MDB. Sebabnya simple:
ReplyDelete1)duit kerajaan yg lesap. Kita bukan kerajaan, duit kerajaan adalah masalah kerajaan.
2)betul kerajaan itu adalah dtg dari rakyat, jadi duit kerajaan duit rakyat, tapi rakyat yg kena bayar cukai, saya bukan pembayar cukai. Kenapa nak menyibuk.
3)jumlah hutang yg ditanggung rakyat nanti sehingga ke anak cucu cicit. Maka saya tak perlu perduli sbb anak cucu saya punya hal kenapa saya nak kisah.
4)anak tiri Najib, anak anak Rosmah songlap duit 1mdb, kita apa hal nak kisah, itu rezeki dia songlap cara menipu, kita biarkan Tuhan yg urus mereka, kita hanya rakyat dan bukankah cucu cicit kita yang akan tanggung?. Pandai pandailah anak cucu kita bayarkan nanti, kalau mereka susah kenapa mereka tak buat macam anak anak Najib? Jgn ambil dari duit sendiri. Jgnlah pilih orang beriman dan takut pada tuhan jadi pemimpin...susah nanti nak ambil duit orang. Peluang nak kaya cara politik pun tak akan ada lagi bila orang baik dan amanah rakyat pilih.
Jadi kekalkan orang tamak, buncit sapu hak orang, pemalas, penipu, pembohong, tak minat agama, suka hiburan, suka pompuan jadi pilihan kita utk meneraju kerajaan. Hidup 1mdb!!
Idea ini yang najib nak dengar supaya pungkoq rosmah lagi kembang kerana rakyat semakin bahalol
DeleteIdea ini yang najib nak dengar supaya pungkoq rosmah lagi kembang kerana rakyat semakin bahalol
DeleteItu semua fitnah bukan ke 1mdb sebuah syarikat yg berjaya dan transparet tidak ada penyelewengan bukan je hebat pemimpin malaysia ini
ReplyDeleteItu semua fitnah bukan ke 1mdb sebuah syarikat yg berjaya dan transparet tidak ada penyelewengan bukan je hebat pemimpin malaysia ini
ReplyDeleteSatu hari satu pendedahan pasal 1mdb, boleh kena serangan jantung mereka yg terlibat. Tidur jadi tak lena, buat apa saja tak kena. Mcm kena kejar dgn ah long. Hal derma diorang boleh mengelak, 1mdb ni terlalu banyak tinggal jejak bertulis. Tak mampu diorang nak ditangkis. Betul lah shahbudin...balanya makin dekat. Menteri2 najib pasti akan lepas tangan & biarkan najib jawab sendiri satu masa nanti..kalau salahkan/kambing hitamkan ceo & ex-ceo, jho low, ahli lembaga pengarah, akhirnya nanti kena balik ke muka najib. Tak sangka..sejak merdeka hingga skrg, salah seorang dari PM kita akan jatuh disebabkan salahlaku & penyelewengan...
ReplyDeletecerita pelik akan berterusan selagi `najis' masih memegang kuasa..Dia tahu dalam sanubarinya jike melepaskan kuasa,penjara Sungai Buloh akan menjadi tempat kediaman di hari-hari tuanya...
ReplyDeleteTawaran Istimewa Web Hosting
- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -
Dendam siapa lebih mudarat: Mahathir atau Anwar?
Posted on Wednesday, May 25 @ 07:15:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Artikel
Benar dan wajarkah surat Anwar Ibrahim yang ditujukan kepada barisan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap khusus untuk pemahaman dan tindakan pemimpin dan ahli-ahli parti itu sahaja?
Pemimpin-pemimpin PKR nampaknya tidak mahu teguran Anwar itu menjadi bahan perbincangan umum kerana mungkin khuatir ia menerbitkan persepsi kurang baik berhubung soal kerukunan dan kesejahteraan dalam parti itu.
Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau menganggap mesej yang terkandung dalam warkah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “hal rumah tangga PKR”.
ReplyDeleteMungkinkah beliau bimbang jika pendirian Anwar itu menjadi perbincangan awam atau agenda Pakatan Harapan, ia akan merencatkan gerak kerja pakatan itu kerana perlu menilai semula pembabitannya dengan Mahathir?
Paling tegar menafikan campurtangan “orang luar” ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, dan Naib Presiden, Shamsul Iskandar Akin. Mereka menyifatkan ehwal PKR tidak perlu dikongsi pihak lain, termasuk media.
Dengan serius Azmin menggambarkan kerengsaannya menjawab soalan wartawan meminta komen beliau mengenai peringatan Anwar tentang taktik Mahathir yang dianggap elit politik berbahaya pada perjuangan reformasi PKR.
Shamsul pula merumuskan bahawa warkah Anwar itu bukan arahan supaya PKR menjarakkan diri dari kempen Deklarasi Rakyat mantan Perdana Menteri itu.
Katanya, intipati surat Anwar cuma satu peringatan pada pucuk pimpinan PKR supaya berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan Tun Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Ia bukan bermaksud melarang.
Jadi jika surat Anwar itu adalah soal rumahtangga PKR yang mahu reformasi ditegakkan dalam setiap sendi pentadbiran negara mengapakah pihak luar, terutama rakyat dan media, dilarang daripada terbabit dalam wacana Anwar itu?
Bukankah Anwar dengan terang mengingatkan bahawa gerakan reformasi semakin malap dan keghairahan PKR sendiri semakin luntur kerana “dikerdilkan” oleh agenda Mahathir yang juga mahu “menyelamatkan negara”?
Sebenarnya Anuar dan family dia nak apa ,cuba cakap terus terang jangan ujud muslihat merosakakan hubungan kuat pembangkang ,kalau nak najib bebaskan beliau seawal mungkin terus terang la.
Deletetun M dilihat boleh satukan dan harmonikan hubungan antara parti pmbangkang.
Deleteanwar dan famili dia takut hilang pengaruhnya semakin dilupaan dan mmg tidak relevan lg dlm suasana politik semasa
Mahathir mensasarkan usaha menurunkan Datuk Seri Najib daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir juga tidak berselindung untuk menewas dan mengaibkan Umno-BN dalam dua pilihanraya kecil bulan depan.
ReplyDeleteAnwar mungkin khuatir jika “kemenangan-kemenangan kecil” Mahathir jadi kenyataan, ia akan melalaikan pimpinan PKR dan menjalar kepada pimpinan Pakatan Harapan dan akhirnya menyebabkan idealisme reformasi terkubur.
Setakat ini Parti Amanah Negara (PAN) tidak menunjukkan minat mengambil ibrah daripada surat Anwar. Ia sibuk meletakkan calon dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar untuk menjadi dalil ia adalah pengganti PAS sebagai parti Islam.
Soal bahaya pemikiran dan strategi politik Mahathir bukan perkara utama bagi PAN. PAS juga tidak berselera mengulas mesej surat Anwar itu kerana turut leka mempertahankan “haknya” meletakkan calon dalam kedua-dua PRK itu.
Kalau sikap tidak acuh parti-parti komponen Pakatan Harapan dan PAS ini berlarutan sudah tentu ia akan membawa maksud bahawa kebimbangan Anwar berasas. Parti-parti berkenaan memang terpukau dengan taktik Mahathir.
Sekaligus ia juga boleh dibaca bahawa pengaruh Anwar semakin susut dek jeriji besi penjara Sungai Buloh yang menghalang karismanya merangsang perjuangan reformasi yang digerakkan sejak 1998.
Ia juga boleh dibaca sebagai petunjuk kegesitan ilmu politik Mahathir. Selain itu, ia ia turut menggambarkan bahawa baik pimpinan PKR, mahupun DAP, PAN dan juga PAS sendiri mahu bersikap badan siasah yang elitis.
Rakyat dihalang dan dinafikan hak untuk membincang dan mengambil bahagian membentuk dinamika politik negara. Sesungguhnya ini sesuatu yang malang bagi politik pembangkang dan pembangunan wacana politik sihat.
Bukankah faktor politik Mahathir dan Anwar ini menjadi salah satu anak kunci pada perkembangan politik negara. Anwar mengingatkan PKR dan akhirnya rakyat tentang bahaya politik elitis Mahathir?
Saya nasihatkan Anuar ini pi berehat la dah diberi masa dan tempat berehat ,tolong la Rakyat sekarang terpaksa hadapi banyak masalah yang diujudkan oleh rejim najib ,tok sah la nak masuk juga hal hal pribadi dan nak ujud konflik sesama rakyat supaya yang untung rejim najib. Saya cukup fasih dengan muslihat Anuar .
DeleteRakyat dah mula lupakan Anuar.
DeleteSebab tu dia risau..mula le keluar mcm2 firasat dan reasons.. keluar penjara dah tak ada keja.
Bagaimanapun Mahathir pula tidak segan silu menyatakan bahawa isu yang mendasari saingan beliau dan Anwar kini ialah soal dendam.
ReplyDelete“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” kata Mahathir seraya mengakui tidak mustahil masih wujud dendam di antara beliau dengan Anwar Ibrahim ketika mereka menerajui negara.
Bagaimanapun beliau menegaskan tuduhan Anwar dalam suratnya yang mendakwa beliau (Mahathir) menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
Yang muktamad jika mengikut bacaan Mahathir ialah, masih ada saling dendam di antara beliau dengan Anwar. Kesumat mereka ini tentu mempunyai unsur yang boleh mencorakkan politik negara dan nasib rakyat.
Lantas sikap dingin DAP, PAS dan PAN berhubung isu ini agak menggusarkan. PKR tidak boleh menganggap pendirian Anwar itu sebagai rahsia dan tidak perlu membabitkan rakyat.
Perihal persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam PKR adalah satu persoalan yang ada kesan pada rakyat. Menafikan hakikat itu bererti menafikan hak rakyat dan tidak demokratik.
Sikap membisu untuk “jaga tepi kain sendiri” oleh parti-parti pembangkang ini agak mengecewakan. Belumpun diberi mandat memerintah, mereka sudah meracik hak partisipasi rakyat dalam politik.
Jika sikap ini berterusan, ia bukan sahaja akan menggencatkan peluang mereka menakluki Putrajaya kerana persepsi rakyat bahawa pembangkang berwibawa menjadi alternatif Umno-BN mungkin pudar.
Rakyat mesti diajak menyertai wacana saingan Anwar-Mahathir ini kerana rakyat perlu memilih dendam siapa yang lebih berbahaya kepada keharmonian hidup anak cucu mereka di kemudian hari.
Sebelum rakyat membuat pilihan, PKR dan parti-parti pembangkang lain wajib memutuskan siapa yang wajar mereka pilih sebagai nakhoda pembangkang – Anwar atau Mahathir.
Ini kerana di antara kedua politikus veteran ini ialah dendam.
Apa wacana? Apa dendam? Apa nakhoda?
DeleteAnon 0853 tak payah mai umpan kami dgn racun politik kau di sinilah.
Kau ingat kami macam kau ker. Kau lainlah memang tak ada pelajaran. Pegangan agama jauh sekali
Aku spray kau dgn sheltox mampus kau nanti.
HEHEHEHE.........U are so funny.
DeleteThe guy is thinking, Anwar pengerak bangsa.
Ko pulak anggap dia macam langau.
Kesian dia.
Tapi, saya pun tak minat nak baca surat Anwar.
He is no longer relevan.
Orang nak selamatkan negara daripada dijual oleh Najib, dia sibuk dengan REFORMASI yang dah takda Ummph. Orang tahu, Tun Mahadir takda apa-apa AGENDA. Dia dah 91 tahun, nak AGENDA APA LAGI...? Dia cuma nak selamatkan Malaysia daripada tergadai. Lepas Najib dinyahkan, dia kembali duduk diam, membaca Quran dan bersedia untuk menghadapi pertemuannya dengan ilahi. Bergasaklah korang, ada dia kisah selagi tak gadai negara macam Najib.
minta maaf sy mencelah
Deletejgnlah kita berkata tun mahathir 91tahun akan pergi dulu
ajal maut ketentuan Tuhan
kita sendiri tak tahu
maka sama2 lah buat persediaan mhadap Ilahi
Siapa cakap pasal siapa pergi dulu, siapa pergi kemudian...............?????????
DeleteKamu baca balik dan faham komen saya otherwise jangan mencelah.
Jawapan MOF diParlimen jelas lepas batuk ditangga.. Lembaga Penasihat 1MDB tiada peranan operasi serah kpd pengurusan dan Lembaga Pengarah. Soal bayaran kpd sykt bogus diBVI, kuasa pengurusan dan Lembaga Pengarah yg meluluskan bayaran mengikut perjanjian yg dipersetujui oleh pengurusan dan Lembaga Pengarah.
ReplyDeleteTak perlu jadi saintis roket utk rakyat meneka mengapa Clausa 117 diM@A diadakan menjadi kuasa 117 mengatasi pengurusan dan Lembaga Pengarah sendiri spt scenario kes membelakangkan Lembaga Pengarah dlm pelaburan AMMB semasa TIA.
Spt Arul ringkaskan mengenai bayaran bogus BVI itu mgkin ada kes fraud besar-besaran yg dicollabrasi pihak dalaman.
Kalu berpandu kpd jawapan diParlimen itu nampaknya aman dan tiada urgency dan boleh dandaikan tiada tindakan akan diambil dalam negara keatas siapa2 atas alasan rasionalisasi 1MDB berjaya.
Harapan rakyat utk tahu kebenaran kehilangan khazanah negara hanyalah bergantung kpd penyiasatan2 luar negara terutama 2 penyamun ditahan diAbu Dhabi
itu buka mulut mengaku siapa dalang sebenar penyelewengan duit 1MDB ni dan siapa2 yg mengambil keuntungan dan faedah dari duit rakyat Malaysia ni.
Kalaulah Azmin Ali ada maruah, setiakawan dan keberanian, beliau tidak akan jadi mokpek bagi pihak Pakatan Harapan untuk berunding dengan PAS berkaitan kerusi Sungai Besar. Apalah yang hendak dirundingkan kalau kerusi itu secara tradisi ditandingi oleh PAS; apalagi PAS kalah tipis di situ. Maknanya PAS ada peluang untuk merampasnya daripada BN.
ReplyDeleteBagaimana andainya kerusi itu milik asal PKR? Tiba-tiba PAS mahu ajak PKR berunding agar PAS diberi peluang bertanding, PKR jangan. Apa kata PKR? Apa latah DAP dan PAN? Dan apa kata rakyat terbanyak? Yang pasti terkeluar ialah pemimpin PAS gila kuasa, PAS tamak, PAS tikam belakang dan sebagainya. Kenapa apabila terkena pada PAS semua jadi buruk dan najis?
Ugut PAS. PAS didakwa akan beri kemenangan percuma kepada BN. PAS pula dikatakan memecahkan undi pembangkang untuk memudahkan BN kekal berkuasa. Presiden PAS diperli sebagai tak tahu apa yang berlaku dalam partinya. Di manakah kewarasan ahli politik Pakatan Harapan? Mudah-mudahan rakyat tidaklah seising kamu.
Mereka beralasan bahawa PAS tidak akan menang. Kalau begitu baguslah untuk kamu kerana kamu boleh memaki PAS, mengherdik PAS dan membuktikan PAS hilang sokongan rakyat. Jadi apa yang tak kena dengan PAS sehingga kamu sibuk-sibuk hendak berebut kerusi dengan PAS? Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Kamu adalah ikan di mata rakyat.
Motif tulisan aku ialah untuk mendedahkan kepada rakyat betapa kotornya permainan PKR dan Pakatan Harapan.
Oiiii bengong kau nak tahu kenapa rakyat tolak pas? Sebab Tok Guru tuan presiden kau tu dah jadi penasihat umno
DeleteAnon 0857. Kalau umur dah tua tapi masih tak reti melayu lagi lebih baik bunuh diri sajalah.
Biarlah Najib dikorbankan sempena Hari Raya Aiddiladha demi kesejahteraan umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
ReplyDeleteLagi cepat dia mampus lagi lebih baik untuk agama bangsa dan negara
DeleteMudah sangat..semua rakyat tak sokong najib turun sokong deklarasi..bantahan umum aman seluruh negara..
ReplyDeleteAyuh bantahan umum..
Ayuh bantahan umum
Siapa berani jadi ketua
*gulingnajib*
KAKI KAKI MENYALAK YG SAMA JE YG SLALU KOMEN KT BLOG NI.TP MCM TIKUS.TULISAN BERGAYA TP HABUK.CR LA IDEA URUSKAN JGN BYK KOMEN.BODOH LG NK MAMPUS.
ReplyDeleteTaukeh dedak?
DeletePenolakkan rakyat terhadap najib kian meluas kerana ramai blogger yg menyumbang....cuma rakyat je perlu sedar dan bertindak bijak
DeleteSINGKIR DAN NYAHKAN JIBBY AND FAMILY NI.
Shahbudin dengan blognya, dah bt yg terbaik dengan wujudkan ruang buat rakyat kutuk, hina perbuatan najib & konconya. Rakyat perlu diingatkan dari masa ke semasa kepincangan & penyelewengan najib sebab harapan geng najib ialah isu 1mdb lapuk ditelan zaman. Mereka mengharapkan rakyat cepat lupa. Jangan ingat macai najib tak perhatikan apa komen blogger & reaksi rakyat...hari2 diorang pantau. Ada yg bt analisa sokongan terhadap najib. Teruskan usahamu shahbudin...moga najib tersungkur satu hari nanti.
DeleteSelagi ada gst selagi tu la x bleh lupa 1mdb
DeleteOOiii dedak. Kau tahu tak mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
ReplyDeleteAku cukup suker arr klu cik minah nie yg komen..pedas lg bercili!!teruskan dgn komen2 yg berisi..bkn komen bodo yg xtau ujung pangkal..
DeleteKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa cuba bermain politik dan tidak ikhlas apabila membuat permohonan dengan hanya mengutus sepucuk surat tanpa dokumen sokongan kepada menteri kerja raya bagi pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang.
ReplyDeletePengarah Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika di Pulau Pinang permohonan untuk membesarkan rumah atau menyewa gerai dari kerajaan negeri juga memerlukan dokumen sokongan.
“Apatah lagi jika projek ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan anggaran bernilai jutaan ringgit.
“Ia sudah pasti akan memberi implikasi besar terhadap aliran trafik di keseluruhan sistem lebuh raya kita dan pelan pembangunan jangka panjang untuk kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.
Rahman berkata, tidak ada kerajaan di dunia ini yang akan meluluskan permohonan projek dengan hanya bersandarkan sepucuk surat tanpa dokumen sokongan, kajian yang mendalam dan perbincangan yang khusus.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga.
Bagaimanapun, Fadillah berkata permohonan bagi jambatan ketiga Pulau Pinang itu akan dinilai berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat, sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan.
Semalam, Guan Eng merayu kerajaan persekutuan meluluskan permohonan negeri itu untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar walaupun surat permohonan kelulusan belum dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya.
Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu selepas kelulusan diberikan kerajaan persekutuan.
Setiausaha agung DAP itu pernah memberi alasan, kerajaan Pulau Pinang akan terpaksa membina terowong bawah laut kononnya kerana kerajaan persekutuan menolak permohonan untuk membina jambatan ketiga di negeri berkenaan.
Cerita ini tak ada kesan langsung kapada kesusahan hidup rakyat berbanding GST dan lanun 1MDB
DeleteRatu shopping negara mana pegi?? Kau punya pasal laki kau jadi penyamun
ReplyDeleteCai anon 7.33
ReplyDeletebukan khairudin punya angkara
negara lain rasuah tak terima
ini kaitan dana negara
money laundering itulah nama
pencetus masalah bukan khairudin
bukan jugak Tun Mahathir
buat salah mukanya sardin
itu orang yang merah bibir
kenapa otak tak dapat fikir
emdibi sudah huruhara
negara hampir menjadi fakir
mana umno pembela negara?
Perasan tak semenjak 2 menjak ni ada Anon. yang menulis panjang lebar mengenai politik sehingga mengalahkan Tuah blog.Dia patut buka blog sendiri.Jangan persiakan kebolehan kamu menulis.Nanti Najib boleh taja kau....dedak.
ReplyDeleteSeronok plak baca pantun DLM blog abg din no he he terbaik la pantun2 ni..tahniah
ReplyDelete*GULING NAJIB*
ReplyDelete