Saturday, 28 June 2014

Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!!


Baru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja.

Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, "Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib ini akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

"Rugilah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja."

Malangnya hari ini, seorang menteri kanan dalam pentadbiran Najib sudah pun menunjukkan kedudukannya sekadar menghabiskan beras saja. Seluruh rakyat, pengundi Bagan Datoh, ahli UMNO, pengundi bukan ahli UMNO, pengundi tidak berparti, malah budak-budak sekolah patut malu dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung insiden kepala lembu yang didapati dilemparkan di hadapan rumah ADUN DAP RSN Rayer.

Jauh dari menunjukkan sikap yang sewjarnya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Zahid sebaliknya menyifatkan kejadian itu adalah harga yang perlu dibayar kerana kecelurapan RSN Rayer sendiri sebelum ini.

RSN Rayer sebelum ini mengundang kemarahan ramai pemimpin dah ahli UMNO berhubung ungkapan "UMNO Celaka" yang dilakukan dalam sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

Meskipun ungkapan Rayer itu tidak seharusnya disokong atau dialu-alukan, tetapi membalasnya dengan melemparkan kepala lembu yang dianggap suci kepada penganut agama Hindu, memanglah agak keterlaluan. Ungkapan kesat dan meyakitkan hati, kalau pun mahu dilawan, seharusnya dibalas dengan ungkapan yang bermaksud serupa juga. Itulah politik.

UMNO dah para peminpinnya juga pernah melemparkan tuduhan dan kata-kata tidak wajar kepada pembangkang seperti DAP komunis, PAS parti syaitan, Pas parti sesat dan sebagainya. Pemimpin pembangkang pula kemudian membalasnya dengan perkataan lain yang juga pedih maksudnya dalam ceramah-ceramah.

Meskipun tidak diketahui siapa yang melakukan lemparan kepala lembu itu, tetapi lebih tidak wajar dan keterlaluan ialah sikap yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi, sebagai pemimpin kanan dalam dalam UMNO dan kerajaan ketika memberi reaksi. Menyifatkan kejadian kejadian meletakkan kepala lembu itu sebagai harga yang perlu dibayar atas keceluparan Rayer, tidak menunjukkan jiwa besarnya sebagai pemimpin dalam kerajaan. Malah ia seperti menyokong dan menyetujui perbuatan melemparkan kepala lembu itu.

Zahid seharusnya sedar beliau adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, bukannya ketua cawangan, macai UMNO atau ahli JKKK tetapi komennya menunjukkan beliau tidak lebih dari itu standardnya.

Memandangkan kepala lembu berkaitan dengan kepercayaan agama lain, sikap "menghabiskan beras" yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi tidak mustahil mengundang serangan balas daripada penganut agama Hindu kepada orang Islam pula. Jika ia berlaku atau berterusan berlaku, tentulah mengundang ketidakharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Nampaknya belum pun lama kebimbangan ramai bahawa saiz kabinet yang besar yang dilakukan oleh Najib ini bukan saja tidak wajar, sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja, ia mula terserlah satu demi satu.

Setelah sekian banyak penonjolan watak menteri yang menghabiskan beras yang sudah pun diketahui dan dibualkan umum sebelum ini, Zahid Hamidi kini merupakan menteri dan pemimpin kanan UMNO yang terbaru menunjukkan perwatakan seperti itu. (SH 28/06/2014)

16 comments:

  1. Zahid bercakap atas kapasiti naib presiden parti... Tak ada kaitan dng kerajaan. Seperti juga rayer dan ahli politik lain, zahed juga berhak mempunyai pandangan peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cakap ikut pandangan peribadi cakap masa mesyuarat kabinet atau mesyurarat dalaman parti. Cakap secara terbuka lebih baik cakap sebagai seorang menteri... kalau tak lebih baik berhenti sahaja.... samalah kepada penjawat-penjawat jawatan di dalam Pakatan Rakyat.... cakap biar bertaraf jawatan yang disandang.

      Delete
    2. Tepat sekali geng Aon 19.19. Mamat Kluangman ni ada lah seasoned contributor dalam dalam banyak blog2 lain. Never learn and masih lagi mind set lama I.e bodoh, bebal ..... dan sombong. Masih lagi jadi penjilat jubok2 menteri UMNONGOK.kah kah kah !!!

      Delete
    3. Memang bebal aparah hehehe

      Delete
  2. Politik di Malaysia tak matang seperti di Negara luar,,,,Ramai Ahli politik Bodoh di sini....

    ReplyDelete
  3. Kluangman ini belongs to zaman dinasour. Biarkan lah ia reput perlahan lahan..

    ReplyDelete
  4. Suka atau tidak, umno bukanlah sebuah parti hasil dari liwat, bukan parti dari serpihan kekecewaan dan tidak juga parti pendatang...jika ada yg teringin sangat atau perasan umno akan tewas di pru2 akan datang, elok sangat terjun bangunan kerana harapan itu sukar tercapai.

    Jika berada di bumi malaysia, kenalah bertuankan umno, kena terimalah hakikat itu...apapun selamat mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebal betul la mamat ni. Yang di maki hamun bukan Umno, tepi pemimpin sekarang yang bergelumang dengan maksiat, rasuah, ..curi sana, sapu sini dan habis2 dengan cerita pantat. Agak nya bodoh nya ksmu ni jika anak atau bini kamu diliwat pemimpin2 Umno sekarang kamu kata ok. Boleh buat lagi. Nak liwat saya pun ok juga. Ini kerana perkataan liwat dah tersangat biasa dengan kamu !!!

      Delete
    2. Pemimpin pembangkang tak terlibat ke dengan maksiat?
      Siapa anwar, azmin, nurul dan mana dia pemimpin umno yg bergelumang dengan maksiat?
      Pemilihan di parti pembangkang lebih telus dari SPR?
      Pemimpin yg kaki liwat anak bini kamu bukan dari umno tetapi dari pembangkang - recorded.
      Apa kata lim kit siang di melaka semalam - pembangkang akan hilang kuasa di negeri2 sekarang jika terima hudud - apa maknanya?
      Umno terus menang...itulah hakikat.
      Rakyat terus sokong umno dan tidak termakan dng fitnah pembangkang.

      Delete
    3. Anon10:17

      Anda memang syok sendiri mengatakan bahawa Umno terus menang... lihat dengan mata di Selangor, Pulau Pinang dan di Kelantan UMNO Baru kalah..... jadi parti pembangkang !

      Untuk peringatan anda, bahawa Anwar Ibrahim, Azmin Ali adalah berasal dari parti harramjadah UMNO Baru. Apa yang berlaku dalam parti PKR adalah hasil warisan pemimpin UMNO Baru yang di bentuk oleh Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

      Siapa yang lebih baik dari UMNO Baru atau dari PKR ?



      Delete
    4. hahahahah....kluangman bagi pendapat taik dia......hahahah

      Delete
  5. Bulan puasa kena tahan marah. Islamic leader di negara patut tunjuk teladan baik samada perbuatan & tutur kata. Terfikir jugak pemimpin Jepun, Korea, Sweden, Norway, NZ dll antara negara yg amalkan nilai2 Islam yg murni... Menilai tingkah laku pemimpin di negara ini, ia jauh menyimpang ajaran yg ditunjukkn Islam...

    ReplyDelete
  6. Bila dikatakan pertubuhan Melayu celaka, orang Melayu diam. Bila letak kepala babi kat masjid, orang Melayu diam. Bila ada Menteri Melayu berani kata insiden kepala lembu itu harga keceluparan, hangpa kata dia menghabiskan beras? Sapa yang menghabiskan beras sebenarnya? Barisan Menteri Melayu yang play safe dan khianat kepada perjuangan bangsa sendiri - itulah mereka yang akan dihukum pada pilihanraya akan datang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertubuhan Melayu dikata celaka, sememangnya orang Melayu terpaksa diam kerana perangai kebanyakan orang melayu memang celaka khasnya orang yang jadi melayu.

      Bila ada orang letak kepala babi kat masjid, orang Melayu memang terpaksa diam kerana yang meletakkan kepala babi itu pun orang melayu yang diupah agar semua orang melayu yang mengaku islam mengamok macam orang gila. Dalam hal ini yang untung adalah pemimpin UMNO Baru.

      Bila ada Menteri Melayu berani kata insiden kepala lembu itu harga keceluparan mulut seseorang, memang kita wajib kata dia menghabiskan beras kerana dia berstatus menteri dalam negeri yang sepatutnya bertindak sebagai kerajaan yang menjaga kepentingan seluruh anak bangsa Malaysia. Dan bukan hanya tertumpu pada satu puak saja.

      Berkaitan dengan cukai, semua bangsa wajib bayar demi membayar gaji menteri. Tapi bila bab kehormunian rakyat menteri hanya jaga melayu putra saja ? Itu namanya menteri haramjadah.

      Delete
  7. Melayu umno yg dicelakakan DENGAN melayu dibabikan dalam DAP...agak2 melayu mana yg lebih biawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dibabikan BOL3H DI SAMAK BERSIH.....yang dic3lakakan tu paling malang dan tak bol3h disealamatkan lagi. Semua dah rosak dan hancur lebur bila dicelakakan. Masa depan hancur dan masa sekarang pun merempat.

      Nko ingat nko pandai nak perangkapkan orang d3ngan soklan dibabikan dan dicelakan. Hakikarnya melayu yang dicelakan s3perti nko le yang paling malang. Bukan nko sorang je, anak cucu dan masa depan mereka pun sah nko musnahkan. Sedangkan mereka yang nko kata dibabikan ol3h DAP itu jauh l3bih bijak dan berpelajaran dari nko.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...