Monday, 30 June 2014
Apa Muslihat Muhyiddin Pecat Pengarah Umcedel?
Tindakan Kementerian Pendidikan memberi tekanan kepada Pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau Umcedel, Prof Dr Mohamad Redzuan Othman agar meletakkan jawatan hanya kerana kebanyakan kajian yang dijalankannya tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan, mengejutkan banyak pihak dan memberi tamparan baru kepada kerajaan pimpinan Najib Razak.
Dalam masa yang sama, khidmat beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial turut tidak diperbaharui dan ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan amat memandang serius mengenai kajian Umcedel selama ini.
Di sebalik UMNO dan kerajaan dikritik kerana tindakan itu, Najib sebagai Perdana Menteri juga turut tidak terlepas daripada tempias sasaran kritikan ramai. Apatah lagi, perletakan jawatan secara paksaan atau pemecatan itu mengundang solidariti daripada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saiffuddin Abdullah yang turut meletakkan jawatan dengan segera sebagai Felo Penyelidik Kanan di Universiti Malaya.
Keadaan ini segera menenggelamkan semua janji keterbukaan, sedia menerima teguran, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir, berubah sebelum rebah dan segala macam retorik lainnya yang pernah disuarakan oleh Najib sebelum ini. Ternyata bahawa semua ungkapan manis itu hanyalah untuk mengabui mata rakyat, sedangkan hakikatnya sebagai anak bangsawan, Najib tetap tidak lari daripada sukakan pujian dan sanjungan.
Itulah antara kritikan yang banyak kedengaran sekarang ini.
Namun sebelum semua kritikan kepada Najib itu mahu diambil kira, kita haruslah melihat bahawa ini merupakan tindakan Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin. Ia mungkin mendapat restu UMNO dan Najib dan mungkin juga diluar pengetahuan Perdana Menteri.
Kiranya semua tindakan Muhyiddin membenarkan tekanan kepada Dr Mohamad Redzuan mendapat restu daripada Najib dan UMNO, memang ini merupakan malapetaka kepada negara kerana kerajaan nampaknya tidak suka dikritik, tidak suka dikata tidak popular dan tidak suka kebebasan akademik, sebaliknya hanya mahukan pujian serta sanjungan sahaja.
Jika itu hakikatnya, maka benarlah segala kata-kata keterbukaan dan kebebasan yang dilafazkan Najib selama ini hanyalah palsu belaka sedangkan beliau lebih kembang hatinya jika dihamburkan kata-kata manis yang bersalutkan pujian dan sanjungan.
Namun, jika tindakan terhadap Dr Mohamad Redzuan itu hanyalah keputusan persendirian Kementerian Pendidikan, sikap Muhyiddin haruslah diragui iaitu apakah muslihat beliau berbuat demikian? Apakah beliau juga ingin mengampu dan membodek Najib setelah baru-baru ini dihebohkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kedudukannya tidak lagi diperlukan oleh Najib?
Meskipun khidmatnya disambung lagi dan tiada rombakan kabinet melibatkannya atau mana-mana pemimpin UMNO, apakah Muhyiddin masih tidak yakin dengan masa depannya dalam kerajaan sehingga perlu juga mengampu dan membodek bagi meneruskan kelangsungan masa depan politiknya?
Atau mungkinkah tindakan Muhyiddin ini bertujuan untuk memalukan Najib dan kerajaan kerana apa-apa pun kesan daripada pemecatan Pengarah Umcedel itu, yang paling menanggung bebannya ialah Perdana Menteri dan kerajaan juga? Tidak dapat dinafikan, bahkan sekarang ini pun, kesalahan lebih diletakkan kepada Najib, UMNO dan kerajaan berbanding Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan.
Bila UMNO dan kerajaan yang dikecam dan persalahkan, tentulah Najib yang disasarkan kerana beliau ketuanya sedangkan Muhyiddin mungkin sedang tersenyum saja.
Walaupun tindakan pemecatan Dr Mohamad Redzuan ini tidak boleh diterima dalam konteks kebebasan akademik dan merangsang pemikiran kritis, tetapi tidak mustahil ia juga dijadikan medan untuk diambil kesempatan bagi mencapai tujuan yang lain daripada yang sebenarnya.
Sebelum UMNO dan kerajaan memberi reaksinya, adalah perlu Muhyiddin terlebih dahulu memberikan jawapan terhadap pemecatan Dr Mohamad Redzuan ini untuk mengetahui kejujuran atau muslihat di sebaliknya. (SH 30/06/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika Muhyiddin, UMNO dan kerajaan disaran bersikap keterbukaan maka begitu jugalah Dr Mohamad Redzuan dan Saifuddin juga perlu bersikap terbuka dengan tindakan kerajaan.
ReplyDeleteTidak perlu merengek dan minta simpati. Mereka mempunyai terma dan syarat dalam memegang jawatan tersebut dan bebas juga untuk berhenti.
Kajian yang dibuat bukan sahaja diragui malah tidak disokong majoriti. Kalau Anwar betul popular daripada najib masakan pembangkang TEWAS. Kalau betul Anwar popular kenapa demonstrasi jalanan untuk membelanya sudah sepi?
Tahniah Muhyiddin atas ketegasan Tan Sri. Kita mahukan orang akademik membuat kesimpulan berdasarkan data. Bukannya andaian sendiri.
ReplyDeleteHarap DS Najib pon tegas dan tidak berkompromi dalam hal-hal ini.
Kajian yang dibuat UMCEDEL kalau dilihat secara menyeluruh tidak pun bias ke ma a mana pihak. Ada situasi dimana hasil kajian tidak menguntungkan oposisi dan begitulah sebaliknya. UMCEDEL hakikatnya mempetlihatkan fakta dan bukan auta dan ini diperolehi dari data dan angka yang dikumpul secara rawak.
ReplyDeleteMemanglah hasul dari persampelan rawak tidak boleh menggambarkan keseluruhan populasi dengan tepat dan jitu. Namun telah diperakui bahawa kaedah persampelan adalah antara metode ysng boleh diterima dalam melakukan satu satu kajian.
Kalau benarlah tindakan menamatkan perkhidmatan Dr Reduan itu ada kaitan dengan kajiannya yang tidak menyebelahi parti pemerintah, maka saya beranggapan amat banganglah dan bongkak mereka mereka yang berkenaan yang mengambil tindakan sedemikian. Kelihatan berkata benar pun hari ini menjadi satu kesalahan rupanya. Maka tidaklah pelik bila Dato Saifuddin mengambil langkah yang sama kerana rasa tidak puas hati dengan cara pihak dan individu berkenaan menangani perkara ini.
Mereka yang berani berkata benar walau pun pahit harus kita hormati. Jangan jadi manusia yang berjiwa haiwan, hanya kerana wang ringgit dan aku janji yang senget sebelah, sanggup menggadai maruah dan merapak sembah tuan yang jelas tidak berlaku adil. Sampai bila sanggup hambakan diri dan gadai maruah hanya kerana sedikit habuan?. Hinanya manusia spesis sebegini.