Wednesday, 4 June 2014

Saman Betul Atau Acah-Acah?


Perdana Menteri, Najib Razak dan UMNO akhirnya meneruskan tindakan saman terhadap portal berita Malaysiakini atas penyiaran artikel yang menghimpunkan komen-komen pembaca mengenai dirinya yang dianggap sebagai fitnah dan menjejaskan reputasi peribadinya sebagai ahli politik, Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Komen-komen yang dijadikan artikel itu diterbitkan pada 14 Mei itu adalah berkaitan krisis politik di Terengganu berikutan pertukaran jawatan Menteri Besar daripada Ahmad Said kepada Ahmad Razif Abdul Rahman dengan tajuk "A case of the PM reapings what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu".

Najib dan UMNO sebelum itu telah menghantar notis tuntutan agar Malaysiakini menarik balik, memohon maaf dan tidak mengulangi penyiaran artikel seumpamanya di lain masa. Bagaimanapun Malaysiakini menolak tuntutan itu kerana ia bukan dasar yang biasa mereka amalkan, sebaliknya menawarkan Najib ruang untuk menjawab dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Sebagaimana Malaysiakini menolak untuk menarik balik dan meminta maaf atas artikel yang telah disiarkannya, Najib juga memilih untuk menolak ruang menjawab yang diberikan oleh portal berita itu.

Lantaran itu, Najib yang memfailkan saman atas kapasiti peribadinya manakala Setiausaha Kerja UMNO, Abdul Rauf Jusoh mewakili UMNO, telah mengemukakan saman terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang, Stevan Gan dan Pengarang Fathi Aris Omar, atas penyiaran artikel tersebut.

Walaupun menjadi hak Najib untuk mengemukakan tindakan saman itu, tetapi mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran artikel berdasarkan pandangan dan luahan hati pembaca, samalah seperti cuba menyekat rakyat daripada menyuarakan pandangan mereka.

Lagi pula, jika pun pandangan pembaca itu tidak dijadikan berita, ia tetap juga boleh dibaca melalui ruangan komen pembaca yang memang disediakan oleh portal berita itu. Hampir semua portal berita juga sekarang ini menyediakan ruang untuk pembaca meluahkan pandangan, sesuai dengan konsep keterbukaan dan langit yang sudah lama terbuka.

Tindakan saman ini juga memperlihatkan Najib semakin tertutup daripada sebarang kritikan walaupun sebelum ini kerap menjanjikan keterbukaan dan ruang yang lebih luas untuk rakyat menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan dan pentadbirannya.

Dalam hal ini, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sendiri seakan kurang bersetuju dengan tindakan saman yang diambil oleh Najib itu walaupun dalam masa yang sama mengakui adalah hak Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Kata Mahathir lagi, "itu hak beliau tetapi saya tidak akan saman. Dalam politik sama ada kita kena hentam atau dipuji".

Mahathir juga menyindir Najib dengan mengatakan selain beliau tidak mempunyai banyak wang untuk mengemukakan saman, tindakan saman hanyalah memberi wang kepada peguam tetapi plaintif tidak mendapat apa-apa pun daripada tindakan yang diambil itu.

Selain ramai mempertikaikan kewajaran Najib mengemukakan saman terhadap Malaysiakini itu kerana ia lebih menunjukkan beliau tidak lagi terbuka, tidak toleran dan tidak sedia mendengar suara sebenar daripada rakyat, sebaliknya lebih gemarkan sanjungan dan puji-pujian, ramai juga sinikal tentang sejauh mana seriusnya tindakan saman itu.

Ini kerana sebelum ini UMNO juga pernah mengemukakan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali yang menuduh parti itu terlibat dalam penyiaran video lucah yang mirip dirinya dan juga Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.

Bagaimanapun kedua-dua saman itu kemudiannya ditarik balik melalui penyelesaian di luar mahkamah dan UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abdul Rauf juga dilihat bersalam-salaman dengan pemimpin pembangkang itu.

Keadaan itu menyebabkan ramai kalangan dalam UMNO yang meluahkan rasa marah dan tersinggung kerana setelah beria-ia mengemukakan saman dan mahu menegakkan kebenaran, tiba-tiba dengan mudah saja menarik baliknya walaupun Ahli MT UMNO, Razali Ibrahim menyatakan penarikan balik itu menunjukkan keterbukaan dan sikap sedia memaafkan yang diamalkan oleh parti itu yang seharusnya juga menerbitkan perasaan malu kepada mereka yang terlibat.

Tetapi lebih ramai yang melihat tindakan menarik balik saman itu menunjukkan sikap tidak serius dan tidak yakin dengan kebenaran yang mahu dipertahankan oleh UMNO. Ia juga dianggap menjejaskan reputasi dan imej UMNO kerana seolah-olah sudah terkulai sebelum berjuang.

Lantaran itu, ramai yang mempersoalkan apakah tuntutan saman Najib dan UMNO terhadap Malaysiakini ini sesuatu yang serius atau acah-acah saja sebagaimana Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi yang sebelum itu begitu memusuhi dan melabelkan macam-macam terhadap portal berita itu tetapi kemudiannya dilihat ketawa mesra menyampaikan anugerah kepada ketua editornya seolah-olah tidak pernah ada prasangka walau sedikit pun.

Lebih-lebih lagi peguam dan individu yang mewakili UMNO itu adalah juga orang yang sama yang menarik balik saman UMNO sebelum ini. (SH 04/06/2014)

8 comments:

  1. Isu MB Terengganu lebih kepada masalah dalaman parti atau peribadi yang sudah diselesaikan ikut cara mereka, ribut dalam cawan. Jika saman itu berkaitan dengan keselamatan atau memburukkan ekonomi, politik atau perpaduan kaum rasanya lebih logik.

    Kenapa najib tidak saman hal fitnahnya dengan pembunuhan altantuya - bukankah itu sangat penting untuk membersihkan namanya untuk membolehkan rakyat malaysia dalam dan luar negara berbangga mempunyai perdana menteri yang bersih?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ini Pak Najib, dengar orang kritik sedikit, sensitif nak mampus. Ada komen dan pendapat sudah macam cacing kerawit.

    Ini pak Anwar, belas tahun di fitnah, tahan macam besi.

    Bekas Presden USA, Bush di buat orang macam kartun dalam komik atau YouTube, buat dek je telinga dia. Obama pun ada aku kisah orang kritik aku. PM British tak kisah pun.

    Ini Pak Najib, guru kritik GST pun tak boleh.

    Apa punya pemimpin pondan sangat ni???? Apa punya nasiblah puak samseng UMNO tahi minyak punya ketua pengecut macam ni???



    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo kau merepek ni jang ! Bila sembah lembu suci, ni lah jadi nya. Kencing nya pun boleh di hiruuuup...slurp !

      Delete
  3. Tuan,

    Ruangan komen pembaca didalam artikel malaysiakini yang membuat Najib berani saman sebenarnya tiada beza dengan komen-komen pembaca yang disiarkan oleh MSM seperti Utusan,BH,NST dll.

    Sebenarnya ia adalah satu strategi daripada intimidasi-intimidasi politik yang dirancang oleh Najib untuk memulihkan atau mengekalkan sokongan politik kepadanya kepada golongan sasar khusus iaitu orang-orang melayu diluar bandar. Ia bukan untuk meraih sokongan peringkat nasional kerana PRU masih lgi jauh.

    Kes saman ini sama seperti kes mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang menggunakan akta perhimpunan aman dan akta hasutan. Kes saman ini untuk meraih simpati dan sokongan dari kelompok sasar kepada dirinya. Kes pendakwaan spti yg disebutkan diatas adalah untuk memburukkan pembangkang dan menarik simpati dan sokongan juga daripada kumpulan sasar kpd dirinya....bukan kpd UMNO kerana PRU masih lambat lagi.

    Mengapa Najib perlu buat mcm ni? Ini ada kaitan dengan beberapa langkah bodoh dan m3nekan rakyat yang tidak akan popular yang akan diambil oleh Najib kerana kewangan kerajaan s3makin tenat. Bagi kita yang selalu memerhati, hint-hint kearah itu sudah mula disebar. Contohnya k3naikan tarif letrik kerana kerajaan dah tak mampu menanggung subsidi, cara baru pemberian subsidi petrol/diesel kepada rakyat dll.

    Jangan lupa t3ntang GST yang akan dilaksanakan tahun depan. Najib sedang prepare golongan sasar supaya bersikap seperti sikap terhadap m3nifesto pembangkang dalam PRU 13 lalu. Tak petrol murah sebab mereka pakai moto, tak mahu harga kereta murah sebab mereka pakai moto, tak mahu PTPTN dihapuskan sebab anak mereka yang m3nganggur dah bergaji besou dengan dok melepak kat rumah....antara contoh p3mikiran yang sedang Najib cuba b3ntuk.

    Kluangman....sebab itulah Naj8b tak saman pihak yang menuduhnya dalam kes Altantuya. Kes ini akan memfokuskan kepada dirinya. Entah apa yang akan keluar m3ng3nai dirinya dan isterinya jika dia m3nyaman. S3bab tu dia saman Malaysiakini. NAjib alihkan fokus dari dirinya kepada malaysiakini. Najib jarikan dirinya s3bagai mangsa untuk meraih sokongan dari golongan sasarnya yang akan digunakan untuk buat benda lain. Benda lain itu ialah beberapa langkah membebankan rakyat untuk menyelamatkan kewangan kerajaan yang dia sendiri membazir dengan pelbagai cara.

    ReplyDelete
  4. Saya akui, kadangkala tindakan sebahagian melayu Umno ini setengah masak. Beriya-iya pada awal, akhir nya mengecewakan.

    Saya ingin lihat PM Najib berdiri kukuh atas platfom nya. Melayu itu mesti bersatu ! Tuan juga pemangkin nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jakim sanggup makan babi demi menghalalkan coklat cadbury. Macam mana nak bersatu..... Melayu UMNO Baru dah jadi Melayu UMNO Celaka... Najib memang melayu haramjadah.

      Delete
  5. Tuan

    Bila bercakap mengenai perpecahan melayu kita boleh letakkan tahun 1987 sebagai milestone. Sebelum 1987, orang melayu berp3cah kepada 2 k3lompok bila kita m3lihat dari sudut politik orang melayu. Sebahagian kecil orang melayu cenderong kepada PAS. Majoriti atau sebahagian besar orang melayu menyokong UMNO samada s3bagai ahli atau secara luaran. Tu pasai UMNO lama b3gitu berjaya dari sejak merdeka hingga masa tu. Ini hakikat sejarah.

    Yang dilaungkan sebagai perpecahan melayu sebenarnya ialah perpecahan golongan majoriti melayu yang selama ini apabila UMNO lama diharamkan oleh mahkamah dalam tahun 1988 dan UMNO Baru ditubuhkan oleh Mahathir sedangkan beliau mempunyai kuasa dibawah akta pertubuhan 1966.

    Kematian UMNO Lama pada masa itu begitu membinggungkan golongan majoriti orang melayu yqng selama ini bernaung di bawah UMNO LAMA. Apabila UMNO BARU ditubuhkan, sambutan orang melayu agak lembab kerana mer3ka b3gitu terkesan dengan p3ngharaman UMNO Lama. Orang melayu dari golongan majoriti ini berpecah dua: ada yang menyertai UMNO BARU dan ada tidak menyertainya dan berada diluar UMNO BARU.

    Sebahagian dari golongan yang tidak menyertai UMNO BARU INI kemudiannya menubuhkaN Semangat 46 setelah Mahathir m3nolak permohonan mereka untuk menyertai UMNO BARU ( mereka adalah musuh politik Mahathir didalam UMNO Lama dari kumpulan B). Sebahagian besar golongan ini tidak menyertai UMNO BARU atau Semangat 46.

    Golongan yang tidak menyertai UMNO BARU ini termasuk ahli Semangat 46 ini k3mudiannya bekerjasama dengan PAS menentang UMNO BARU dan Mahathir. Golongan ini l3bih ramai berbanding ahli UMNO BARU pada per8ngkat awal.

    Jika kita tak faham perkara ini sampai bilapun kita akan terus tertipu dengan pembohongan UMNO BARU dalam isu perpecahan orang melayu.

    PRU 1990 merupakan satu lagi milestone didalam politik orang melayu. Para saintis politik ingin melihat 2 perkara didalam P4U 1990 : Pertama, bagaimana kesan k3matian UMNO BARU yany b3gitu sinonim dengan perjuangan melayu. Kedua, bagaimana penerimaan orang melayu kepada UMNO BARU yang cuba dipromosikan sebagai parti yang mewarisi perjuangan UMNO LAMA yang t3lah mati( yang Mahathir tak mahu hidupkan kerana tidak mahu dicabar didalam PAU-PAU seterusnya).

    Mereka-mereka yang melalui era itu t3ntu dapat memahami bagaimana suasana politik orang melayu dimasa itu.

    Walaupun UMNO/ BN memenangi PRU 1990 setelah berjaya m3mpegaruhi orang melayu dengan isu Kuli memakai t3ngkolok salib di satu majlis anjuran PBS di Sabah, UMNO BARU, khususnya Mahathir terperanjat bahawa UMNO BARU DITOLAK OL3H SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU DISEMANJUNG APABILA HANYA MEMPEROL3HI HANYA 46% SAHAJA UNDI POPULAR ORANG M3LAYU.

    Keputusan ini dan survey-survey yang dijalan selepas P4U 1990 ini masih menunjukkan trend yang sama s3hingga mendorong Mahathir mengembangkan UMNO BARU ke Sabah demi mencari base kekuatan yang baru diluar Semenanjung Malaysia. Walaupun dia terpaksa meminta bantuan buliputra bukan melayu yang majoriti berugama kristian. K3mudian base kekuatan UMNO BARU yang baru ini dipe4kuatkan lagi dengan pati-pati dari Filipina yqng diberi IC biru dalam apa yang dikenali sebagai projek IC Sabah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...