Thursday, 12 June 2014
MCA Mahu 3 Wakil, Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai
Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi.
Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang sudah membuat resolusi untuk kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.
Najib mungkin benar-benar tidak tahu atau tidak berniat merombak kabinetnya kalaulah beliau sudah lupa akan janjinya kepada Mah Siew Keong dan juga pengundi Teluk Intan. Begitu juga, beliau mungkin tidak merombak kabinetnya jika beliau juga lupa pelawaannya kepada MCA baru-baru ini agar parti itu kembali bersama-sama menguatkan kerajaan dan terlupa jufa parti itu sudah mengubah resolusi sedia kembali dalam kerajaan.
Namun jika beliau berpegang kepada janjinya, rombakan kabinet terutama untuk membawa wakil daripada MCA dan Gerakan menyertai kabinet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.
Mengikut laporan media sejak seminggu lalu, Najib dijangka merombak kabinetnya sebelum puasa atau selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jika rombakan itu hanya melibatkan kemasukan wakil daripada MCA dan Gerakan saja, mungkin ia akan dilakukan sebelum puasa ini tetapi tidak mustahil juga dilakukan selepas sambutan Hari Raya bagi membolehkan Najib mempunyai lebih masa untuk melakukan penyusunan dan pengubahsuaian yang harmoni.
Dalam penyusunan kabinet selepas pilihanraya umum lalu, Najib telah mengosongkan satu jawatan menteri dan tiga timbalan menteri untuk MCA apabila parti itu sedia mengubah semula resolusi tidak mahu menduduki jawatan dalam kerajaan sebagai tindakbalas terhadap penolakan pengundi Cina terhadap parti itu. Kerusi menteri yang dikosongkan untuk wakil MCA ialah menteri pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.
Apabila kepimpinan MCA berubah daripada Chua Soi Lek kepada Liow Tiong Lai, parti itu bukan saja mengubah resolusi itu, bahkan pimpinan muda yang menerajui MCA sekarang nampaknya lebih ghairah untuk berada dalam kabinet berbanding pendirian lama berada di luar kerajaan.
Di peringkat negeri, wakil MCA sudah pun menduduki tempat dalam EXCO kerajaan dan juga PBT. Wakil MCA hanya belum berada dalam kabinet saja lagi, walaupun resolusi enggan berada dalam kabinet itu sudah lama dibatalkan.
Dengan kemenangan BN di Teluk Intan melalui calonnya iaitu Presiden Gerakan yang dijanjikan jawatan menteri, rombakan kabinet untuk membawa Mah Siew Keong menyertai kabinet adalah sesuai disekalikan dengan memasukkan wakil MCA yang mungkin sudah lama sengsara jiwa berada di luar kerajaan.
Namun sumber tertinggi MCA memaklumkan Najib mungkin sedikit pening dengan rombakan kali ini, terutama untuk meletakkan wakil daripada MCA dalam kabinet kerana MCA mahukan lebih daripada satu kerusi sebagaimana yang telah disediakan oleh Najib.
MCA dikatakan mahu tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri daripada Najib dan ini bermakna semua tujuh Ahli Parlimen MCA yang menang dalam pilihanraya lalu akan berada dalam kerajaan selepas ini. Hujah MCA ialah mereka menolak satu jawatan menteri kerana Gerakan yang ada satu kerusi Parlimen iaitu Mah Siew Keong juga memperolehi satu jawatan dalam kabinet.
Lebih dari itu, sumber itu memberitahu, sekiranya MCA bersetuju menerima hanya satu jawatan menteri, bermakna ia menjadi lebih kecil berbanding MIC yang mempunyai dua wakil dalam kabinet, sedangkan MCA adalah parti kedua terbesar selepas UMNO dalam BN.
Oleh itu, sesuai dengan kedudukannya sebagai parti kedua terbesar dan mempunyai tujuh Ahli Parlimen manakala MIC pula hanya mempunyai lima Ahli Parlimen, kedudukan yang dirasakan paling wajar ialah diberikan tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri.
Bagi Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, Najib mungkin tidak mempunyai masalah kerana beliau boleh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tetapi di mana mahu diletak wakil MCA itu sedangkan kekosongan yang disediakan hanya satu iaitu Kementerian Pengangkutan?
Lebih memeningkan Najib, sumber MCA itu memaklumkan bahawa MCA juga menuntut jawatan lamanya dalam kerajaan sebelum ini daripada Najib iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar yang kini disandang oleh wakil MIC, S Subramanian dan wakil UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan.
Ada kemungkinan besar Najib akan memenuhi tuntutan itu, sesuai dengan kehendak beliau yang amat memerlukan sokongan pengundi Cina dan ini bakal menyaksikan Subramanian dan Abdul Rahman bakal dipindahkan. Terdapat kemungkinan sekurang-kurangnya satu kementerian baru akan diwujudkan untuk Subramanian manakala Abdul Rahman yang tidak begitu bagus pretasinya tetapi diperlukan kerana beliau mewakili Sabah akan diletakkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga, sama seperti Mah Siew Keong.
Dengan jumlah anggota kabinet yang kini seranai 32 orang, rombakan kali ini akan menambahkan lagi jumlah anggotanya. Jika Presiden Gerakan, Mah Siew Keong menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MCA mengisi semula jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Hishammuddin, jumlah menteri kabinet akan menjadi seramai 33 orang.
Dan andainya Najib akur dengan permintaan MCA yang mahukan tiga jawatan dalam kabinet pula, anggota kabinet negara kita mungkin menjadi yang paling ramai dalam dunia iaitu seramai 35 orang. Jika diwujudkan lagi kementerian baru, bermakna bertambah lagi kementerian di era kepimpinan Najib ini.
Dalam masa yang sama, walaupun ada ura-ura beberapa menteri daripada UMNO akan digugurkan tetapi kebarangkaliannya adalah tipis kerana jika jumlah menteri UMNO dikurangkan mungkin pula menjejaskan sokongan akar umbi terhadap masa depan Najib sendiri. Menteri daripada UMNO mungkin hanya mengalami pertukaran portfolio sahaja, sesuai dengan kemenangan besar UMNO dalam pilihanraya lalu berbanding parti-parti komponen yang lain, meskipun ada laporan beberapa menteri UMNO seperti Hasan Malek, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Jamil Khir Baharom bakal digugurkan. (SH 12/06/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib sebenarnya tak perlu merombak kabinet kerana jawatannya sebagai PM 1Malaysia juga hanya bagai telor di hujung tanduk. Tak payah buang masa sebab dia juga sedang memikirkan tentang nasib dirinya yang akan dihambat keluar dari Putrajaya dalam waktu terdekat.
ReplyDeleteSaya masih kekal pendirian MCA tidak layak memegang apa-apa jawatan pun dlm cabinet. Prestasi buruk mereka berbanding UMNO tidak melayakkan mereka menerajui apa jua decision making dlm Negara. Najib harus menjaga sensitivity pengundi UMNO dan wakil UMNO dlm cabinet. Dalam pengamatan saya sebagai rakyat biasa, untuk pengetahuan Najib, tidak nampak sebarang perubahan di kalangan mindset kaum CIna utk mengundi BN pd masa akan datang. Mereka akan tetap menerima tetapi tidak akan memberi. Satu jawatan dalam cabinet adalah terlalu banyak utk mereka.
ReplyDeleterealitinya untuk memang 2/, undi bukan bumiputera sangat diperlukan untuk 'melayu' kembali berkuasa dan kali ini jika berjaya, tsunami cina tidak akan berulang lagi dalam tempoh yang panjang selepas ini.
ReplyDeleteCina2 yang lupa daratan dan kurang ajar ini perlu disedari bahawa DAP khususnya membawa sikap perkauman membenci yang melampau, tidak sesuai di negara majmuk dan akhirnya membwa kerugian dan memalukan bagi kaum china itu sendiri. DAP akan tipu cina untuk kepentingan dan kelangsungan anak beranak.
Memujuk dan memberi ruang untuk cina (bukan semestinya MCA sahaja) berada di dalam kerajaan atau kembali menyokong kerajaan perlu diteruskan secara sederhana, jangan sehingga Melayu terlalu rugi. Dalam lain perkataan UMNO hanya perlu menggiat, menambah dan terus memelihara dengan kuat kepentingan Melayu dan Islam walaupun dalam masa yang sama memberi muka kepada orang cina.
Masalah sekarang ialah bukan kerana memberi ruang kepada orang cina. tetapi masalah sebenar ialah gelagat UMNO sendiri yang tidak serius membangunkan orang Melayu menyebabkan rakyat Melayu membenci UMNO.
Apakah PKR dan PAS cukup bagus, lebih bagus dari UMNO? Kalau 'no' ..... Melayu lebih merbahaya jika sekadar suka-suka tukar.
Bro
Delete"Cina2 yang lupa daratan dan kurang ajar ini perlu disedari bahawa DAP khususnya membawa sikap perkauman membenci yang melampau..."
Tolong jelaskan skit sikap-sikap perkauman membenci yang melampau yang dibawa oleh DAP.
Yang kita dok baca adalah serangan perkauman yang dilancarkan secara terang-terangan yang dilancarkan oleh puak-puak UMNO menggunakan nama NGO seperti Perkasa, Isma dan lain-lain.
Chinese bashing ni dicanang oleh p3mimpin2 UMNO seperti Zahid Hamidi dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO . Agaknya lawan Zahid Hamidi dalam pertandingan tersebut calon cina kot? Tak ke bangang namanya. Apa kaitan pemilihan jawatan di dalam UMNO dengan orang cina.
Tak sedar ke ramai taukeh-taukeh cina seperti vinc3nt tan, sunway group, YTL dll menjadi kaya raya d3ngan pertolongan pemimpin-p3mimpin UMNO. Apa punya tur la.....rakan niaga p3mimpin2 UMNO terdiri dari kaum cina t3tapi gegak gempita dok hasut orang melayu suruh benci dan bergaduh dengan cina. Ceritanya senang je - sampai bila nak tipu melayu hidup-hidup dengan dogeng rekaan UMNO semata-mata nak kekal kuasa?
Aku pun naik heran dengan spiesis UMNO Baru ni. Yang buat cina baik toncang ni kerja sapa. Yang buat depa kaya raya ni hasil kerja sapa yang menerintah selama ini? Tahun ni dah masuk 57 tahun kita merdeka dan selama tu jugaklah UMNO menjadi tunggak kerajaan. Habih apa yang UMNO dok buat selama ni sampai ciba baik toncang dan nak rampas semua hak melayu, kalau kita percaya pembohongan UMNO le.
MCA dan Gerakan nampaknya telah mula berjaya meyakinkan semula masyarakat Cina untuk menyokong BN. Oleh itu adalah wajar kedua2 parti tersebut diberikan semula kuota menteri penuh mereka. Orang Melayu juga lebih menyenangi Liow dan tidak gemar pemimpin yang ada masalah moral. Sejak PRU13, BN semakin dihormati. Tiada isu yang boleh dibangkitkan oleh pembankang.
ReplyDeleteEntah ape2 entah...BN semakin dihormati?lagi dipijak oleh MCA n gerakan adalah..Tiada isu berbangkit oleh pembangkang?ko baca flyers megasale Econsave ke ape der!?cait..hancing punye UMNO!!!
ReplyDelete