Tuesday 13 October 2015

SOKONG SOSMA SEMASA DALAM KERAJAAN TIDAK BERERTI SETUJU IA DISALAHGUNAKAN

Apabila Muhyiddin Yassin termasuk dalam senarai tujuh pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penggunaan undang-undang Sosma kepada penentang kerajaan, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan pantas melakukan kritikannya terhadap Timbalan Presiden UMNO itu.

Dalam hujahnya, beliau mengingatkan bahawa Muhyiddinlah yang ketika itu Ketua Whip BN yang bersungguh-sungguh memastikan semua wakil rakyat parti itu mengundi bagi kelulusan Sosma di Parlimen.

Menulis di twitternya, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, "Sosma adalah lebih baik daripada ISA. Malah bekas Ketua Whip BN, TSMY memastikan semua Ahli Parlimen BN termasuk Ahli Parlimen Semporna mengundinya di Parlimen."

Abdul Rahman turut mempertahankan Sosma yang menurutnya lebih memberi peluang kepada pesalahnya melihat nasib mereka ditentukan di mahkamah berhanding ISA, selain menyindir pemerintahan 22 tahun Tun Mahathir Mohamad yang penuh warna warni serta menimbulkan "budaya ketakutan yang tidak dinafikan".

Semalam Tun Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Tun Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang di bawah Sosma yang dianggap suatu bentuk penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak mendiamkan pengkritik.

Seiring dengan kenyataan bersama itu juga memperlihatkan Tun Mahathir dan Ku Li sudah duduk semeja dan seakan terus sehati sejiwa dalam fasa-fasa berikutnya untuk melakukan tekanan bagi pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Apa yang Pengarah Strategik BN itu perlu faham dan hadam betul-betul ialah ketujuh-tujuh yang menentang Sosma itu kerana wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan undang-undang itu dilakukan semata-mata untuk mendiamkan pengkritik Perdana Menteri.

Sosma yang digubal untuk menangani ancaman keganasan dan terrorisme, secara akal loginya tidak wajar dikenakan kepada seseorang yang hanya membuat laporan polis meminta siasatan dilakukan terhadap 1MDB.

Membuat laporan kepada pihak berkuasa, sama ada di dalam mahu pun di luar negara, bukanlah suatu bentuk keganasan atau ancaman kepada keselamatan negara kerana ia hanya merupakan satu tindakan mencari kebenaran terhadap 1MDB yang mungkin turut melakukan kesalahan di negara-negara terbabit.

Khairuddin dan Mathias barangkali boleh dianggap bersubahat dengan pengganas dan mengancam keselamatan negara jika mereka melaporkan mengenai 1MDB kepada kumpulan pengganas yang tidak diiktiraf seperti IS atau mana-mana kumpulan kiri dan haram di negara -negara Barat.

Ini mereka hanya membuat laporan kepada pihak polis di beberapa negara dan FBI saja, jadi apa masalahnya?

Kenapa kita rasa terancam bila laporan dibuat kepada pihak berkuasa keselamatan yang sah di luar negara? 

Kalau ada asas terhadap laporan itu, biarlah siasatan dijalankan? Kenapa sudah rasa tergugat dengan sekadar laporan polis, sedangkan penyiasatan mungkin dilakukan dan mungkin tidak?

Peranan Muhyiddin selaku Ketua Whip semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri hanyalah untuk memastikan undang-undang itu diluluskan yang ketika digubal jelas tujuan dan matlamatnya, tetapi ia tidak bererti bersetuju jika ia disalahgunakan.

Apa yang berlaku, berdasarkan hujah-hujah dalam kenyataan bersama itu, Sosma jelas telah disalahgunakan terhadap Khairuddin dan Mathias berbanding dengan tujuan asal undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

Mengecam Sosma kerana percaya ia disalahgunakan, walaupun oleh orang yang pernah berperanan penting meluluskannya adalah jauh lebih terpuji berbanding mereka yang terus mempertahankan penahanan Khairuddin dan Mathias yang ternampak seperti membenarkan Sosma sewenang-wenangnya diselewengkan.

Dalam pada itu, baik ketika pentadbiran Tun Mahathir atau pemimpin sebelum dan selepasnya di mana ISA masih berkuatkuasa, tidak pernah ada sesiapa ditahan hanya semata-mata kerana membuat laporan polis mengenai sesebuah anak syarikat milik kerajaan.

Dalam semua penahanan yang dilakukan ketika itu, ia dilakukan dengan alasan yang lebih besar dan ada ancamannya kepada keselamatan negara berbanding individu kerdil yang hanya sekadar pergi ke balai polis seorang diri membuat laporan dan minta dilakukan siasatan. (SH 13/10/2015)

32 comments:

  1. Replies
    1. Skang ni mereka gunakan sosma utk takutkan penentang. Ditangkap, ditahan selama 28 hari n lebih, dihadapkan ke mahkamah n tertuduh perlu mendapatkan peguam utk pertahan diri, ini semua membuatkan org yg nk menentang takut utk menentang. Disinilah boleh diexploitasikan sosma, bkn soal bersalah atau x lg dh..

      Delete
    2. Rahman Dahan ni tahap Jamal Ikan dan Ali tinju. Bangang sikit. Orang cakap jgn salahgunakan Sosma. Yang dia melarut kut lain Nampak tahap kebangannya.

      Delete
    3. Abd Rahman Dahalan bukanlah serendah Ali Tinju yang sekolah tahap SRP, malah lebih rendah dari itu (orang gunung). Kalau orang gunung ini turun ke laut 2 ke 3 ekor pun sudah haru biru dibuatnya, apalagi dari Sabah. Budaya kerja memang hancus tetapi budaya bodek macam anak Keruak tu memang paling handal. Mengapa mereka ini beragama Islam? Bukankah lebih baik mereka ini dari kalangan Yahudi dan Nasrani? Sekurang-kurangnya sikap dajal mereka tidak memburukkan lagi nama Islam.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ini kerja orang berakal. Menentang sosma yang di salahgunakan.

    Jika menguna alasan Mahathir salah-guna ISA mengapa najib dan Rahman Dahlan tidak buat apa-apa ketika itu. dan sekarang baru nak perkatakan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu kerja tak berakal.

      Sosma dan isa adalah untuk menueterinkan fahaman yang mereka bawa dimana membahayakan negara.

      Penahanan bawah sosma mengikut Rahman Dahlan seperti boleh di lakukan atas apa sebab walaupun ke atas perkara kecil kerana individu tersebut mendapat keadilan di mahkamah.

      Delete
    2. Najib lantik orang bodoh untuk menjadi menteri supaya menjadi pak turut.

      Delete
  3. Doktor guna dadah dalam rawatan penyakit. Doktor juga menentang salah guna dadah. Rahman Dahlan tak faham perbandingan macam ini. Orang lain senang jer menghadamnya. Banyak makan duit derma maka hati jadi benak.

    ReplyDelete
  4. Ahmad maslan tak nak komen ke? Komen laa sikit....seronok tau dengar komen dia...

    ReplyDelete
  5. Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang hanya membuat laporan ke pejabat perisikan, penguatkuasaan dan keselamatan negara-negara di mana terdapat kemusykilan dan keraguan dalam transaksi 1MDB. Menyabitkan mereka berdua mengancam keselamatan negara mengunakan undang-undang SOSMA beerti mengaitkan FBI, Polis UK, Polis Hong Kong, Polis Singapura dan sebagai kumpulan militan dan pemberontak. Najib sangat kurang cermat. Inilah kesannya apabila mempunyai barisan penasihat yang sangat mahal tapi amat tinggi kebodohannya.

    ReplyDelete
  6. Muhyiddin n the gang bukannya menentang SOSMA, tapi menentang orang yang menyalahgunakan SOSMA iaitu Ah Jib Gor. Muhyiddin setuju kalau digunakan SOSMA ke atas terrorist atau siapa2 yang didapati berniat nak menggugat kesejahteraan negara. Tapi apa yang berlaku kini SOSMA dikenakan terhadap orang yang nak selamatkan negara daripada orang2 yang telah banyak melakukan kesilapan yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat dan negara ni.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya PDRM malu bila Khairuddin dan Mathias buat laporan ke penguasa luar negara. Mereka di SOSMA kan sebab memalukan penguasa sini. Orang yang faham giler dgn PDRM je dpt survive mcm Sirul,Razak Baginda dan 2 org saksi SRC. Lari sorok blackmail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana integrity PDRM ? Procedure kerja pun dah tak ikut cogan kata.

      Bikin malu saja

      Delete
  8. Jangan di layan menteri2 persekutuan dari sabah yang bebal, bodoh, bangang, bangsat mcm si dahlan si salleh..nama ja salleh tapi akhlak tahap gaban...dorang2 ni menteri ampuan...saya org sabah malu sgt2 dengan akhlak menteri2 ni. Dorg ni nak cuba menegakkan batang pucuk yang dah mati, mkn viagra satu tan pun tak kan tegak pucuk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh Tiong bin said keruak

      Delete
    2. Ini Tiong bercita cita mau jadi Ketua Menteri Sabah Bah..Itu lah sebabnya dia mati mati amput najib

      Delete
  9. Malang sungguh bilamana terdapat seorang Menteri tidak tahu membezakan antara proses mendapatkan kelulusan akta/undang-undang di Parliman dengan proses mengimplimentasikannya selepas itu.

    ReplyDelete
  10. Rahman dahlan dan said keruak ni bikin malu orang sabah saja..bagus kedua-duanya balik kota belud yang masih jauh ketinggalan tu..dua menteri dari satu bandar kerbau...mmg mcm kerbau diorang itu..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang berdua ini memang kerbau pun. Datang ke Kl ni bukannya buat kerja untuk rakyat tetapi makan angin saja.

      Delete
  11. saya nak minta pandangan tuanpunya blog ;- bukankah selama ini kerajaan melaung-laungkan ekonomi negara antara yang paling kukuh dirantau ini kenapa perlukan wang dari kenaikan tol untuk membina hospital ? terasa macam ditipu @ di permainkan.., tak tahu yang mana yang harus kita percaya Ekonomi negara kita sebenar dah sampai ke tahap mana ? seringkali yang menjadi mangsa hanyalah rakyat bawahan macam kami ni yang dijadikan sasaran untuk 'memperbaiki' ekonomi yang semakin merudum tapi bila apa saja bentuk kemewahan cuma golongan tertentu sahaja yang dapat habuan.., kami membeli makanan 'bawahan' dengan harga yang semakin 'mahal' bagi kami tetapi orang atasan tak peduli pun sebab mereka kebanyakannya tak pandang dan tak peduli pun harga bahan makanan yang semakin 'mencekik' rakyat bawahan cam kami ni

    ReplyDelete
  12. Wang tol untuk bina hospital ? Wang yg di kutip dari GST tu buat apa? Untuk PM dan Rosmah guna belanja berpusing shopping di serata dunia.Menteri yg bagi alasan tu bangang 1Malaysia.Makin zalim terhadap rakyat bawahan.Ahli umno yg menyokong umno pun x terkepas bayar tol...bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang gst mereka laki bini pergi makan angin

      Delete
    2. Wang GST akan dibuat Hospital Bahagia untuk Najib laki bini

      Delete
  13. Kalau dh bodoh tu bodoh juga...tahap pemikiran menteri2 BN skrg mcm lembu kambing je.bangang nk mampus.

    ReplyDelete
  14. Mari kita terima hakikat bahawa penggubalan sesuatu Akta adalah terlalu umum dari segi susunan kata-katanya: tafsiran boleh diubahsuai mengikut citarasa. Kita terima lagi satu hakikat bahawa tahap akhlak gomen sekarang adalah lebih buruk darpada buruk. Jadi jangan harapkan kepada mereka mengambil kira halal-haram supaya tujuan sesuatu akta itu tidak menyimpang jauh daripada niat, atau dalam bahasa kaki lima "tidak menyalahgunakan akta apabila terdesak". Kepada saya TSMY dan A. Rahman Dahlan sama saja 2x5, masing-masing sedar SOSMA dalam pakaian baru dan ISA kedua-duanya boleh diputar mengikut citarasa. Jadi janganlah kita beria-ia sangat berkata seseorang itu kurang "hampasnya" berbanding lagi satu apabila kedua-dua pada dasarnya berintipatikan hampas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Raman Dahlan SOSMA ni memang bagus. Sebab tu Singapura,Indonesia, Thailand, USA, Rusia, China dah mansuhkan ISA.

      Mereka semua Gunakan SOSMA ciptaan Najib sekarang ni

      Delete
  15. Patutnya akta ni dulu letak nama ROSMA bukannye SOSMA ptui ptui

    ReplyDelete
  16. Pada aku akta ni salah ejaan bukan sosma tapi kato org nogori akta sosek hehehe kalau menteri cakap mesti betul punya jangan lawan nanti ... .

    ReplyDelete
  17. Pada aku akta ni salah ejaan bukan sosma tapi kato org nogori akta sosek hehehe kalau menteri cakap mesti betul punya jangan lawan nanti ... .

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Haram jadah punya lndon. Berambus kekuar dari bumi Malaysia ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...